modul pdp reka bentuk dan teknologi thn 5 bhg 1

Upload: rui-ying

Post on 01-Jun-2018

300 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    1/66

    MODUL PENGAJARAN

    REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

    TAHUN 5

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    KSSR)

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    2/66

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    3/66

    Terbitan

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

    MAC 2014

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    KSSR)

    MODUL PENGAJARAN

    REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

    TAHUN 5

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    4/66

    Cetakan Pertama 2014

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

    artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan

    cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara

    lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian

    Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,

    Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    5/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    KANDUNGAN

    MODUL PENGAJARAN TEKNIKAL 1

    1. 2.0 Asas Teknologi

    2.2 Memasang Dan Membuka Kit Model Berfungsi Secara

    Elektromekanikal Berpandukan Manual.

    2.2.1 Membaca dan memahami manual 3

    2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang

    diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.

    2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model

    seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan

    tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, bateri, pemegang

    bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

    2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual. 5

    2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.

    2.2.6 Menguji kefungsian kit model.

    2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

    2. 4.0 Penghasilan Projek

    4.2 Menghasilkan Projek Menggunakan Bahan Logam Dan Bukan

    Logam Dengan Litar Elektronik.

    4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual. 15

    4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink

    dan bahan bukan logam.

    4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang

    digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam,

    gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata,

    kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis,

    penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

    4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan. 26

    4.2.5 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang

    digunakan untuk membuat projek.

    4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan 44

    pencantum.

    4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu 53cat licau atau syelek.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    6/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    4.2.8 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen 64

    elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED),

    perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis.

    4.2.9 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan

    manual.

    4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek. 72

    4.2.11 Menguji kefungsian projek.

    4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.

    4.2.13 Pengiraan kos bahan. 89

    MODUL PENGAJARAN TEKNOLOGI PERTANIAN 93

    3. 5.0 Teknologi Pertanian5.1 Menanam Benih Dalam Bekas.

    5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti 95

    cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak

    diserang perosak.

    5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, 101

    serampang tangan dan penyiram.

    5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan

    dan penyiram.

    5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran,

    peat mostdan cocoa peat.

    5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai.

    5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut

    prosedur.

    5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan 109

    kaedah yang betul.

    5.1.8 Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput

    dan mengawal makhluk perosak.

    5.1.9 Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai. 116

    5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut

    prosedur.

    5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput,

    menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    7/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    MODUL PENGAJARAN SAINS RUMAH TANGGA 127

    4. 6.0 Sains Rumah Tangga

    6.2 Menyediakan Sajian

    6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan 129betul.

    6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip,

    senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat

    penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat

    pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur

    dan oven elektrik.

    6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang. 141

    6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih.6.2.5 Menyedia, memasak dan menghidang sajian. 164

    6.2.6 Membersih alatan dan ruang memasak.

    6.2.7 Menyelenggara dan menyimpan alatan.

    6.3 Meghias dan Membungkus Makanan

    6.3.1 Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat urai, 177

    jem dan kelapa parut kering.

    6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti bekas

    plastik dan kertas pembungkus.

    6.3.3 Menyatakan maklumat pada label pembungkus

    makanan iaitu jenama, nama makanan, kandungan,

    tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh luput.

    6.3.4 Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti, 188

    donut dan biskut.

    PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNIKAL 193

    PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNOLOGI PERTANIAN 195

    PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT SAINS RUMAH TANGGA 196

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    8/66

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    9/66

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung

    cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih

    erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

    memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta

    masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara

    yang akan dapat dinikmati bersama secara adil

    dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

    terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya

    dan berbagai-bagai corak; membina satu

    masyarakat progresif yang akan menggunakan

    sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

    menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

    mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-

    prinsip yang berikut:

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    10/66

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu

    secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan

    harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    bertujuan untuk melahirkan warganegaraMalaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta

    memberikan sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    11/66

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

    MODUL PENGAJARAN

    REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

    KEMAHIRAN TEKNIKAL

    TAHUN

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    12/66

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    13/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    3

    TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

    MASA 60 minit ( 2 waktu )

    STANDARD

    KANDUNGAN

    2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

    elektromekanikal berpandukan manual.

    STANDARDPEMBELAJARAN

    2.2.1 Membaca dan memahami manual.2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang

    diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model

    seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dantali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri,sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

    OBJEKTIFPEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. membaca dan memahami manual.2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model

    dengan betul.

    RINGKASAN Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru.Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalamkit model didedahkan kepada murid.

    KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model.2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

    ELEMEN MERENTASKURIKULUM

    Keusahawanan :EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber.Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian.Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

    BAHAN BANTUANMENGAJAR

    Kit model, manual, carta, alatan tangan.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    14/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    4

    AKTIVITI PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN

    Set Induksi

    Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepadamurid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan

    jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.

    Langkah 1

    1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual

    kit model.

    Langkah 2

    1. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaanalatan tangan dengan betul.

    2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit modelseperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan talisawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, selsolar, sensor dan alat kawalan jauh.

    Langkah 3

    1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit modelyang ditunjukkan oleh guru.

    2. Guru meminta murid memberikan beberapa contohkegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran.

    Penutup

    Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandinganbeberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

    PENILAIANPENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan sepertilampiran.

    PENGETAHUAN SEDIAADA MURID

    Murid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengankit model semasa berada di tahap 1.

    REFLEKSI

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    15/66

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    16/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    6

    AKTIVITI PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN

    Set Induksi

    Guru menunjukkan kit model dan meminta murid untukmenamakan kit model tersebut. Guru bersoal jawab denganmurid.

    Langkah 1

    1. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiapkumpulan.

    2. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Muridmelakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manualdalam kumpulan.

    Langkah 2

    1. Murid mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapatpada kit model.

    2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuatpembaikan sekiranya tidak berfungsi.

    Penutup

    Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberipenghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kitmodel.

    PENILAIANPENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang mengikutkumpulan.

    2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

    PENGETAHUAN SEDIAADA

    Murid pernah melakukan aktiviti memasang kit model padapembelajaran yang lalu

    REFLEKSI

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    17/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    7

    Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :

    1. Alatan Tangan

    Alatan Tangan Nama Fungsi

    Pemutar skru Philip Untuk mengetatkan dan

    melonggarkan skru kepala

    Philip.

    Pemutar skru rataUntuk mengetatkan danmelonggarkan skru kepalabelah.

    Kunci AllenUntuk mengetatkan danmelonggarkan skru kepala

    Allen.

    Playar muncung tirusUntuk memegang komponenyang kecil.

    Gandin plastikUntuk mengetuk bahagian kitmodel secara perlahan.

    Sepana hujung terbukaUntuk mengetat danmelonggarkan bol dan nat.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    18/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    8

    2. Sistem Pergerakan Kit Model

    Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistempergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model kereta kabel.Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit model. Di antara beberapasistem pergerakan yang terdapat pada kit model adalah seperti berikut.

    Motor

    Kit model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model biasanyamenggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkantenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus elektrik dibekalkan pada motor, syaf yangterdapat pada motor tersebut akan berputar dan memindahkan kuasa kepada gear atau takaluntuk melakukan sesuatu kerja.

    Gear

    Gear merupakan satu komponen yang penting bagi sesuatu kit model kerana ia berfungsi sebagai

    penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model. Setiap komponen gearbersentuhan di bahagian gigi antara satu sama lain supaya berlaku permindahan kuasa padabahagian yang diperlukan. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear pemacu.

    Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan rangkaian gear yang lain yang dikenalisebagai gear dipacu bagi mewujudkan satu sistem pergerakan yang lengkap bagi sebuah kitmodel.

    Syaf

    Geardipacu

    GearPemacu

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    19/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    9

    Takal dan Tali Sawat

    Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakanuntuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain.Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dansistem pergerakan kereta kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untukmenukarkan dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya sepertiyang terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja.

    Gegancu dan rantai

    Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gegancupemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu. Rantai berfungsi memindahkan

    kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkanpergerakan apabila motor dihidupkan.

    Tali sawat

    Takal

    Rantai

    Gegancu

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    20/66

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    21/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    11

    e. Suis dan pemegang beteri dipasang pada f. Pasangkan bahagian tangan dan kakibahagian belakang badan model robot. model robot dengan menggunakan skru.

    g. Cantumkan bahagian tangan dan kaki h. Kit model robot yang telah siap bolehkit model robot pada badannya. diuji dengan memasangkan bateri dan

    menghidupkan suis.Perhatikan pergerakan robot tersebut.

    4. Pengujian kit model.

    Pengujian kit model dilakukan bagi memastikan kit model berfungsi secara normal. Sekiranya kitmodel tidak berfungsi atau berfungsi secara tidak normal, pembaikan haruslah dilakukan. Setelahpembaikan dibuat, pengujian dilaksanakan semula.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    22/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    12

    5. Membuka dan menyimpan kit model.

    Kit model yang telah siap dipasang dan diuji akan dibuka setiap komponen satu persatu. Guruperlu membimbing murid-murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dantidak rosak. Semua komponen disimpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yangdisediakan.

    Pemilihan kit model mengikut kreativiti guru berdasarkan kepada Standard Pembelajaran 2.2.3.Kit model boleh diperolehi dengan menggunakan peruntukan PCG.

    Nota guru

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    23/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    13

    Lembaran Kerja.

    A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

    tali sawat gear Motor pemacu kuasa

    1. ___________ berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian

    pada kit model robot.

    2. Rantai berfungsi memindahkan __________ dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang

    gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.

    3. Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan _____________.

    4. ___________ merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada

    tenaga kinetik.

    5. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear ___________ .

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    24/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    14

    B. Labelkan bahagian-bahagian kit model robot di bawah.

    Suis Tangan Kaki Motor Gear

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    25/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    15

    TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

    MASA 60 minit (2 waktu )

    STANDARD

    KANDUNGAN

    4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan

    bukan logam dengan litar elektronik

    STANDARDPEMBELAJARAN

    4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.

    4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zinkdan bahan bukan logam.

    4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yangdigunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam,gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata, kikirparut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis

    penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

    OBJEKTIFPEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

    1. memahami cara membuat projek berpandukan manual.2. mengenal pasti pelbagai bahan logam yang akan

    digunakan untuk membuat projek3. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan.

    RINGKASAN Guru menerangkan cara membuat projek dengan berpandukan

    manual. Murid membaca dan memahami manual, kemudianmurid dapat menentukan bahan dan alatan tangan yang akandigunakan untuk membina projek.

    KEMAHIRAN 1. Memahami manual.2. Mengenal pasti pelbagai jenis bahan logam3. Menama dan menyatakan fungsi alatan tangan.

    ELEMENMERENTAS

    KURIKULUM

    Keusahawanan :EK2 - memilih idea terbaik daripada banyak idea.

    - meneruskan peningkatan kualiti ideaKreativiti - boleh mengumpul dan boleh membuat penilaian

    terhadap idea.Nilai murni : mematuhi peraturan.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    26/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    16

    BAHANBANTUANMENGAJAR

    1. Manual2. Aluminium, zink, keluli3. Gergaji logam, gunting logam, gandin kayu, gandin getah,

    kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras,pengikis, penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

    AKTIVITI PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN

    Set Induksi

    1. Guru mempamerkan contoh projek Papan tandaelektronik yang sudah siap.

    2. Guru bersoal jawab dengan murid.a. Apakah kegunaan projek yang dipamerkan?b. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat projek?

    3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaranpada hari ini.

    Langkah 1

    1. Guru mengedarkan manual projek Papan tandaelektronik. (seperti lampiran)

    2. Murid membaca dan memahami manual yang diedarkandengan bimbingan guru.

    Langkah 2

    1. Guru mempamer dan menerangkan pelbagai jenis bahanlogam yang boleh digunakan untuk membuat projek.

    2. Guru menerangkan nama dan fungsi alatan tangan.3. Guru menunjukkan cara mengguna alatan tangan

    pada bahan dengan betul. (lampiran)

    Langkah 3

    1. Murid diminta mengenal pasti bahan logam dan bukanlogam. (lembaran kerja 1)

    2. Murid diminta menyesuaikan fungsi alatan tangan denganbetul. (lembaran kerja 2)

    Penutup

    Guru membimbing murid membuat rumusan tentangpelajaran pada hari ini.

    PENILAIANPENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja 1 dan 2.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    27/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    17

    PENGETAHUAN SEDIAADA

    Murid pernah menghasilkan projek berasaskan bahan bukan

    logam pada tahun 4.

    REFLEKSI

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    28/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    18

    Penerangan Projek

    Projek Papan Tanda Elektronik menggabungkan bahan logam dan bahan bukan logam.Projek ini juga menggunakan litar elektronik dan boleh digunakan sebagai pemberi isyarat.

    Lukisan berdimensi

    Manual Projek Papan Tanda Elektronik

    Rantai

    LED

    Papan lapis

    Suis mikro

    Kayu berotiAluminium

    A

    B2

    B1

    C2

    C1

    DE

    F1

    F2

    G

    300

    200

    10

    Suis togel

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    29/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    19

    Lukisan terlerai

    Bahagian projek

    1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

    2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)

    2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)

    1 keping mounting board berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)

    1 keping zink berukuran 100mm X 90mm X 1mm (Bahagian E)

    2 batang aluminium berbentuk U 200mm X 12mm X 12mm (Bahagian F1 dan F2)

    1 batang kayu beroti 40mm X 20mm X 10mm (Bahagian G)

    Wayar lembar tunggal

    1 unit pemegang bateri

    2 biji bateri saiz AA

    1 unit suis togel 1 unit suis mikro

    4 biji LED

    B2

    C2

    B1

    C1

    D

    E

    F1

    F2G

    A

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    30/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    20

    Langkah Kerja

    1. Cantumkan bahagian B1, B2, C1 dan C2 di atas papan A mengunakan glu dan paku.2. Cantumkan bahagian F1 dan F2 di atas bahagian D mengunakan glu.3. Cantumkan bahagian D pada bahagian A menggunakan glu.4. Cantumkan bahagian G di atas bahagian E sebagai pemegang menggunakan glu.5. Masukkan bahagian E di bahagian F1 dan F2 sebagai tetingkap pada papan tanda

    elektronik.

    Bahan Logam Bahan Bukan Logam

    Aluminium Papan lapis

    Logam Kayu beroti

    ZinkMedium Density Fibre Board(MDF)

    Bahan logam dan bukan logam

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    31/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    21

    Murid-murid telah mempelajari nama dan fungsi alatan tangan di tahun 4.Berikut adalah alatan tangan yang perlu dipelajari semasa di tahun 5.

    Bil Nama Alat Fungsi

    1

    Gergaji Besi

    Memotong bahan logam

    2Gunting Logam

    Memotong kepingan logam

    3

    Gandin kayu

    Mengetuk permukaan kerja kayu

    4

    Gandin Getah

    Digunakan untuk membentuk, melipat,mengetuk dan meratakan kepinganlogam pada sudut tepat, sertamembentuk keluli lembut.

    5

    Kikir Rata

    Digunakan untuk meratakan permukaanlogam.

    Alatan tangan

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    32/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    22

    6Kikir Parut

    Digunakan untuk mengikir danmembentuk hujung kayu.

    7

    Playar Gabung

    Digunakan untuk memotong,membengkok, membentuk,memegang dan mencengkam bahanlogam.

    8

    Pisau boleh laras

    Memotong bahan bukan logam

    9

    Pengikis

    Mengikis permukaan bahan kerja

    10

    Penggarit

    Digunakan untuk menanda garisanpada permukaan kepingan logam

    11

    Ragum kakak tua

    Mencabut paku dan memotong dawaihalus

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    33/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    23

    12

    Ragum Meja Kerja Logam

    Memegang benda kerja logam

    13

    Ragum Meja Kerja Kayu

    Memegang benda kerja kayu

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    34/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    24

    Lembaran Kerja 1

    Tuliskan Logam atau Bukan Logam pada ruang yang disediakan untuk bahan di bawah.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    35/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    25

    Lembaran Kerja 2

    Suaikan gambar rajah alatan di bawah dengan fungsinya.

    BIL Alatan Fungsi

    1Digunakan untukmengikir dan membentukhujung kayu.

    2

    Digunakan untukmembentuk, melipat,mengetuk dan meratakankepingan logam padasudut tepat, sertamembentuk keluli lembut.

    3

    Digunakan untukmenanda garisan padapermukaan kepinganlogam

    4

    Digunakan untuk

    meratakan permukaanlogam.

    5

    Digunakan untukmemotong,membengkok,membentuk,memegang danmencengkam benda bulat

    6

    Digunakan memotongkepingan logam

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    36/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    26

    TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

    MASA 60 minit ( 2 waktu )

    STANDARD

    KANDUNGAN

    4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan

    bukan logam dengan litar elektronik.

    STANDARDPEMBELAJARAN

    4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan.4.2.5 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang

    digunakan untuk membuat projek.

    OBJEKTIFPEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. menyediakan alatan dan bahan berpandukan manual.2. mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan

    bukan logam dengan kaedah yang betul dan ukuran

    yang tepat.

    RINGKASAN Murid menyediakan alatan dan bahan bagi melakukan aktivitimengukur, menanda dan memotong bahan logam dan bahanbukan logam dengan bimbingan guru.

    KEMAHIRAN 1. Mengenal pasti bahan dan alatan tangan.2. Mengukur bahan logam dengan menggunakan pembaris

    keluli.3. Menanda bahan logam dengan menggunakan penggarit.

    4. Memotong bahan logam dengan menggunakan guntinglogam.

    ELEMENMERENTASKURIKULUM

    Keusahawanan:

    EK2 boleh merealisasikan idea untuk kesesuaiansemasa

    Kreativiti boleh menggunakan cara dan teknik mengikutkaedah yang lebih baik.

    Nilai murni - berdisplin

    BAHANBANTUAN MENGAJAR

    1. Manual2. Bahan logam dan bahan bukan logam.3. Alatan tangan. - Gunting logam, gandin getah, kikir rata,

    playar gabung, penggarit, pembaris keluli

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    37/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    27

    AKTIVITI PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN

    Set Induksi

    1. Guru bersoal jawab dengan murid.Apakah alatan dan bahan yang telah dipelajari padapelajaran yang lepas?

    2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaranpada hari ini.

    Langkah 1

    1. Guru mengedarkan manual.Murid membaca dan memahami manual.

    2. Murid menyenaraikan alatan dan bahan yangdiperlukan untuk membuat projek.

    Langkah 2

    1. Guru mengarahkan murid mengambil alatan danbahan yang diperlukan secara teratur.

    2. Murid melakukan aktiviti mengukur dan menandadengan berpandukan manual.

    3. Guru membimbing murid melakukan aktivitimengukur dan menanda dengan cara yang betul.

    Langkah 3

    Guru membuat penilaian hasil kerja murid denganmemberi penghargaan pada bahan yang telahdipotong.

    Penutup

    Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

    PENILAIANPENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    Guru menilai bahan yang telah dipotong.

    PENGETAHUANSEDIA ADA MURID

    Murid pernah melakukan aktiviti menanda dan memotong pada

    tahun 4

    REFLEKSI

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    38/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    28

    Penyediaan Bahan dan Alatan

    Sebelum mula membuat projek papan tanda elektronik, bahan dan alatan perlu disediakanterlebih dahulu. Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan bagi membuat projek tersebut.

    Bil Bahan Keterangan

    1 1 keping papan lapis berukuran

    300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

    2

    2 batang kayu beroti berukuran300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1dan B2)

    3

    2 batang kayu beroti berukuran200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1dan C2)

    4 1 keping zink berukuran 200m X 100mm

    X 1mm (Bahagian D)

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    39/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    29

    Bil Bahan Keterangan

    5 1 keping mounting board berukuran

    100m X 90mm X 2mm (Bahagian E)

    6

    2 batang aluminium berbentuk U

    berukuran 100mm x 12mm x 12mm.(Bahagian F1 dan F2)

    7 1 batang kayu beroti berukuran

    40mm x 20mm x 10mm (Bahagian G)

    8 Cat licau dengan warna yang

    bersesuaian.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    40/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    30

    Bil Bahan Keterangan

    9 Syelek

    10

    Kertas las

    11 Bateri saiz AA

    12 Glu sentuh

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    41/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    31

    Bil Bahan Keterangan

    13 Diod pemancar cahaya ( LED )

    14

    Pemegang bateri

    15 Suis togel

    16 Paku

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    42/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    32

    Bil Bahan Keterangan

    17 Wayar lembar tunggal

    18

    Bongkah penyambung

    19 Suis mikro

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    43/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    33

    Maklumat Tambahan Guru.

    Projek papan tanda berlampu ini menggunakan bahan logam. Berikut adalah contoh bahanlogam yang boleh didapati di pasaran. Guru boleh memilih salah satu daripada contoh bahanlogam dibawah untuk membuat projek.

    Bil Bahan Gambar

    1 Aluminium

    2 Logam

    3 Zink

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    44/66

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    45/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    35

    Bil Nama Alatan Gambar

    6 Gandin kayu

    7 Gergaji logam

    8 Pisau boleh laras

    9Gergaji puting

    10 Kikir parut

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    46/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    36

    Bil Nama Alatan Gambar

    11Kikir rata

    12Penebuk pusat

    13 Pembaris keluli

    14 Ragum kakak tua

    15 Penggarit

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    47/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    37

    Bil Nama Alatan Gambar

    16 Gunting besi

    17Gerimit

    18 Pelucut wayar

    19 Pena ujian

    20 Pemutar skru Phillips

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    48/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    38

    Bil Nama Alatan Gambar

    21 Playar muncung tirus

    22 Pengikis

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    49/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    39

    Lembaran kerja

    Nyatakan fungsi bagi alatan tangan di bawah.

    Alat tangan Fungsi

    Kikir parut

    ..

    .

    .

    Gandin getah

    .

    .

    .

    Penggarit

    ..

    .

    .

    Kikir rata

    ..

    .

    .

    Playar gabung

    ..

    .

    .

    Gunting logam

    ..

    .

    .

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    50/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    40

    Mengukur, Menanda dan Memotong

    Setelah bahan dan alatan disediakan, langkah pertama untuk memulakan projek ini adalahdengan membuat kerja mengukur, menanda dan memotong.

    Berikut adalah langkah bagi kerja mengukur dan menanda.

    1. Ukur dan tanda papan lapis yang mempunyai ketebalan 3mm. Saiz papan lapis300mm x 300mm.

    2. Ukur dan tanda kayu beroti. Gunakan pembaris keluli dan sesiku L bagi mendapat ukuranyang tepat. Ukuran kayu beroti adalah seperti berikut :

    a. Dua batang kayu beroti bersaiz 20mm x 10mm dipotong sepanjang 300mm dan dilabeldengan label B1 dan B2.

    b. Dua batang kayu beroti bersaiz 20mm x 10mm dipotong sepanjang 200mm dan dilabeldengan C1 dan C2.

    Cara membuat ukuran menggunakanpembaris keluli.

    Cara membuat penandaan

    Cara mengukur dan menanda papan lapis

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    51/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    41

    Cara membuat penandaan sudut menggunakan sesiku L

    3. Ukur dan tanda kepingan zink dan aluminium berbentuk U dengan menggunakan pembaris,sesiku L dan penggarit. Saiz kepingan besi adalah 200m X 100mm manakala saizaluminium berbentuk U adalah 100mm x 12mm x 12mm.

    Cara membuat penandaan pada aluminium berbentuk U

    Cara membuat pengukuran dan penandaan pada kepingan zink

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    52/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    42

    Langkah kerja memotong bahan projek

    1. Potong papan lapis menggunakan gergaji tangan.

    2. Potong kayu beroti dengan menggunakan mitre saw.

    3. Potong kepingan zink dengan menggunakan gunting logam.

    Cara memotong kepingan zink

    Kayu beroti dipotong mengikut sudutyang telah dilaras.

    Mitre saw dilaraskan ke sudut 45

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    53/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    43

    Cara membuat potongan pada aluminium berbentuk U

    4. Kemaskan bahagian yang sudah dipotong menggunakan kikir rata.

    Cara menggunakan kikir rata bagi melicinkanpermukaan logam yang dipotong

    Kikir rata digunakan bagimembuang bahagianlogam yang bergerigisbagi menjadikan bahankerja kemas dan selamat

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    54/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    44

    TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK

    MASA 60 minit ( 2 waktu )

    STANDARDKANDUNGAN

    4.2. Menghasilkan projek bahan logam dan bukan logam denganlitar elektronik.

    STANDARDPEMBELAJARAN

    4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat danpencantum

    OBJEKTIFPEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. memasang komponen projek yang telah dipotong.2. mengguna pengikat dan pencantum pada bahan dengan betul.

    RINGKASAN Kerja memasang bahan yang telah dipotong dengan menggunakanpengikat dan pencantum yang betul.

    KEMAHIRAN 1. Menggunakan pengikat dan pencantum dengan betul.2. Memasang bahan logam dengan kemas.

    ELEMEN MERENTASKURIKULUM

    Keusahawanan:EK5 Prinsip tanggung jawab sosial untuk menjaga

    kebersihan bengkel.

    Kreativiti

    Penyelesaian masalah.Nilai murni - Mengamalkan budaya bersih.

    BAHAN BANTUANMENGAJAR

    Alatan tangan dan bahan berkaitanManual pemasangan

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    55/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    45

    AKTIVITIPENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    Set induksi

    Guru menunjukkan contoh projek yang cantik dan kemas buatannyasambil bersoaljawab berpandukan projek tersebut

    Langkah 1

    Guru menunjukkan jenis-jenis bahan pengikat dan pencantum yangakan digunakan dalam projek PAPAN TANDA ELEKTRONIK.

    Langkah 2

    Guru menunjuk cara penggunaan pengikat dan pencantum padabahan projek dengan cara yang betul.

    a. Menyapu glu sentuh

    b. Memaku

    Langkah 3

    Murid memasang bahan projek berpandukan manual.

    Langkah 4

    Penyelenggaraan bengkel:Murid membersih bengkel, membersih alatan dan menyimpan bahanprojek.

    Penutup

    Guru membimbing pelajar merumus isi-isi penting berkaitan1. jenis-jenis pengikat dan pencantum.2. Langkah-langkah mengikat dan mencantum

    PENILAIANPENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    Guru menyediakan lembaran kerja pada murid.

    PENGETAHUANSEDIA ADA

    Murid telah belajar memasang projek eksperimental padapembelajaran dan pengajaran Tahun 4

    REFLEKSI

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    56/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    46

    Lukisan Terlerai

    Bahagian projek

    1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

    2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)

    2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2) 1 keping mounting board berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)

    1 keping zink berukuran 100mm X 90mm X 1mm (Bahagian E)

    2 batang aluminium berbentuk U 200mm X 12mm X 12mm (Bahagian F1 dan F2)

    1 batang kayu beroti 40mm X 20mm X 10mm (Bahagian G)

    Wayar lembar tunggal

    1 unit pemegang bateri

    2 biji bateri

    1 unit suis togel

    1 unit suis mikro

    4 unit LED

    Langkah Kerja

    1. Cantumkan bahagian B1, B2, C1 dan C2 di atas papan A mengunakan glu dan paku.2. Cantumkan bahagian F1 dan F2 di atas bahagian D mengunakan glu.3. Cantumkan bahagian D pada bahagian A menggunakan glu.4. Cantumkan bahagian G di atas bahagian E sebagai pemegang menggunakan glu.5. Masukkan bahagian E di bahagian F1 dan F2 sebagai tetingkap pada papan tanda

    elektronik.

    B2

    C2

    B1

    C1

    D

    E

    F1

    F2G

    A

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    57/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    47

    Langkah Pemasangan projek

    1. Susun kayu beroti yang telah dipotong pada papan lapis.

    2. Sapukan glu pada kayu beroti dan papan lapis. Biarkan kering.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    58/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    48

    Cara menguji kekeringan glu:

    Uji dengan menggunakan kertas bagi memastikan glu sudah kering ( rujuk gambar )

    Elakkan terhidu glu kerana boleh menjejaskan kesihatan

    3. Lekatkan kayu beroti pada papan lapis. Kemaskan dengan menggunakan gandin getah.Kemudian kukuhkan dengan paku panel menggunakan tukul warrington atau tukul kukukambing bersaiz kecil.

    a b

    c d

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    59/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    49

    4. Gosok bahagian yang telah di pasang dengan menggunakan kertas las bagi mendapatkanpermukaan yang licin.

    5. Sapu glu sentuh pada papan lapis, logam aluminium ( bentuk U) dan mounting boardkemudian lekatkan pada papan yang sudah siap ditanda.

    a b

    c d

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    60/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    50

    6. Masukkan mounting boardyang siap diglu ke alur aluminium. Pastikan glu tidak bersentuhan.Lakukan dengan cermat.

    7. Lipat tepi tetingkap iaitu logam zink menggunakan ragum meja dan gandin.

    8. Pasangkan tetingkap pada gelongsor aluminium.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    61/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    51

    9. Pasangkan tangkai pemegang ke bahagian atas tetingkap gelongsor.

    10. Uji kefungsian projek, kemudian buat kemasan.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    62/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    52

    LEMBARAN KERJA

    NAMA MURID :_____________________________________________________________

    TAHUN : 5 .

    NAMA PROJEK :__________________________________

    JAWAB SOALAN BERIKUT.

    Padankan gambarajah di bawah mengikut kegunaan yang betul.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    63/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    53

    TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK

    MASA 60 minit ( 2 waktu)

    STANDARD

    KANDUNGAN

    4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan

    bukan logam dengan litar elektronik

    STANDARD

    PEMBELAJARAN

    4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat

    licau atau syelek.

    OBJEKTIF

    PEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

    1. Membuat kemasan projek menggunakan cat licau atau

    syelek dengan cara yang betul

    RINGKASANMurid boleh membuat kerja kemasan menggunakan cat licau

    atau syelek.

    KEMAHIRAN 1. Mengecat cat licau dengan menggunakan berus cat.

    2. Menyapu syelek dengan menggunakan berus syelek.

    ELEMEN MERENTASKURIKULUM

    Keusahawanan :

    EK 5 prinsip keadilan mengikut giliran.

    Kreativiti membuat perbandingan kualiti bahan.

    Nilai murni kekemasan dalam tugasan yang diberikan.

    BAHAN BANTU

    MENGAJAR

    1. Cat licau

    2. Syelek

    3. Berus cat

    4. Berus syelek.

    5. Pelarut.

    6. Kertas las

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    64/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    54

    AKTIVITI PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN

    Set Induksi

    1. Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap.

    Projek yang siap dibuat kemasan.

    Projek yang belum di buat kemasan.

    2. Guru meminta murid menerangkan perbezaan projek

    tersebut. Guru mengaitkan jawapan murid dengan

    pengajaran hari ini.

    Langkah 1

    1. Guru menerangkan kepada murid mengenai kertas las

    dan cara penggunaannya.

    2. Guru membimbing murid menggunakan kertas las untuk

    melicinkan permukaan kayu.

    3. Murid membersihkan permukaan kayu dari habuk dan

    kotoran.

    Langkah 2

    1. Guru menunjukkan cat licau dan syelek serta cara

    menggunakannya dengan betul.

    2. Murid melakukan kemasan menggunakan cat licau atau

    syelek pada permukaan projek.

    3. Murid membiarkan cat licau atau syelek yang digunakan

    di permukaan projek kering sepenuhnya.

    Penutup

    1. Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid dengan

    memberi penghargaan kepada hasil kerja murid.

    Penyelengaraan bengkel

    murid membersihkan bengkel, menyimpan dan

    menyenggara alatan serta bahan projek.

    PENILAIAN

    PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN

    Guru menyediakan lembaran kerja pada murid

    (lihat lampiran B)

    PENGETAHUAN SEDIA

    ADA

    Murid pernah melihat aktiviti mengecat dijalankan

    REFLEKSI

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    65/66

    Draf Modul PengajaranReka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    55

    Langkah kerja menyapu syelek

    1. Sediakan syelek, berus syelek dan bekas yang sesuai

    2. Proses syelek dimulakan dengan melakukan sapuan nipis di permukaan kayu.

    Berus syelek digerakkan mengikut ira kayu.

  • 8/9/2019 Modul PdP Reka Bentuk Dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

    66/66