modul 5 penggunaan alat pandang dengar dalam p&p

Upload: gengkapak

Post on 05-Apr-2018

453 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    1/15

    Modul 5: Penggunaan Alatan / Bahan Pandang Dengar dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran.

    Teknik rakaman video dan audio

    Penggunaan alatan / Bahan Pandang Dengar dalam pengajaran dan pembelajaran( pra, semasa, selepas )

    Kemahiran:

    o Menghasilkan alatan / bahan audio dan video

    o Penggunaan alatan / bahan audio dan video dengan berkesan dalam

    pengajaran dan pembelajaran

    _______________________________________________________________________

    Audio

    Penggunaan Audio sebagai Bahan Bantu Mengajar.

    Sesuatu alat Bantu mengajar seharusnya mampu menimbulkan penumpuandan pemerhatian pelajar kepada suatu proses pembelajaran. Justeru,

    penggunaan bahan audio serta gabungan media-media lain seperti video

    misalnya, dapat menunjukkan kepada pelajar keadaan sebenar dalam situasi

    tertentu. Ini adalah kerana kebanyakan bahan audio adalah lebih efektifyang boleh menarik minat pelajar.

    Terdapat beberapa kebaikan penyampaian bahan pengajaran melalui pitaaudio. Di antaranya termasuklah:

    Sesuai digunakan bagi penuntut yang kurang cekap membaca.

    Bahan-bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui

    proses penyuntingan.

    Peralatan yang kecil dan mudah alih.

    Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu

    situasi.

    Mudah dipadam dan digunakan semula.

    Penggunaan masa yang fleksible di mana penyampaian dapatdisampaikan mengikut kadar masa tertentu.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 1

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    2/15

    Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan

    kefahaman pelajar.

    o Di samping itu , terdapat kelemahan sekiranya kitamenggunakan pita audio sebagai bahan pengajaran. Di antaranyatermasuklah:

    Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat dalam pitaaudio.

    Gangguan daripada bunyi luar yang akan menganggu minat pelajarsemasa proses pengajaran.

    Sekiranya pita audio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar

    masa. Kadar masa yang telah digunakan tidak boleh diubah.

    Kurang unsur interaktiviti antara pengguna dan mesin

    Panduan Merakamkan Audio

    o Dalam menjayakan rakaman audio, beberapa perkara perlu

    diambilkira. Antara perkara-perkara tersebut termasuklah:

    Gunakan perkataan yang mudah dan elakkan penggunaan ayat yangkompeks dan sukar difahami.

    Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Ini bertujuan bagimembolehkan pendengar mengambil masa untuk mendengar

    membuat sintesis dan analisis ke atas mesej yang ingin disampaikan.

    Gaya bahasa seharusnya tidak formal bagi memudahkan pendengar

    membuat andaian.

    Pelbagaikan jenis bunyi dan suara. Penggunaan suara dan bunyi

    yang pelbagai akan dapat menarik minat serta memberi tumpuan

    kepada pendengar.

    Kadar penerimaan oleh pendengar mestilah sesuai dengan tajuk

    sesuatu cerita yang dipaparkan.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 2

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    3/15

    Persembahan corak muzik harus sesuai dengan cerita atau mesej

    yang ingin disampaikan.

    Penggunaan kesan bunyi dapat menarik minat dan menghidupkanlagi jalan cerita.

    Suara yang dihasilkan perlu ada intonasi dan gaya percakapan yangdapat menarik minat pelajar secara umumnya.

    Pelajar harus dilibatkan secara aktif dalam mengemukakan soalandan permasalahan selepas sesi pengajaran. Hentikan sesi rakaman

    antara 1 3 minit. Galakkan penyertaan penonton.

    Sumber media audio boleh digunakan dalam jangka masa 7 10

    minit (maksimum) dalam tempoh pengajaran 30 minit. Informasi

    yang terlalu banyak akan mematikan motivasi dan minat pendengar.

    Elemen hentian harus diambilkira dalam pembinaan skrip. Ruangdan soalan perlu diberikan bagi menggalakkan pelajar berfikir.

    Nada suara perlu mempunyai intonasi serta personality menarik

    mengandungi perubahan ritma frekuensi persembahan denganpenekanan suara, tinggi rendah suara, kecepatan dan keperlahanan

    kepada frasa-frasa yang sukar.

    Bagaimana meningkatkan Kualiti Audio.

    o Terdapat beberapa kaedah untuk meningkatkan kualiti audio

    dalam sesuatu persembahan sama ada secara tradisi mahupun melaluiteknologi multimedia. Di antaranya termasuklah:

    Studio Rakaman - Bagi menghasilkan kualiti audio tinggi,

    sebuah studio rakaman perlu disediakan. Kemudahan ini harusmengandungi kelengkapan peralatan audio yang terkini dan

    kepakaran sumber manusia bagi meningkatkan kualiti rakaman

    audio tersebut.

    Persekitaran Pastikan bahawa rakaman dibuat dalam

    suasana persekitaran yang sunyi tanpa sebarang gangguan daripada

    luar. Seeloknya rakaman harus dijalankan di dalam studio rakamanyang kedap bunyi.

    Jenis Mikrofon Peralatan yang penting adalah jenismikrofon yang digunakan. Kualiti sesebuah rakaman juga

    dipengaruhi oleh jenis mikrofon.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 3

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    4/15

    Kedudukan Mikrofon - Kedudukan mikrofon juga

    mempengaruhi kualiti rakaman audio terutama selepas menjalankanrakaman.

    Storan Audio Perkara yang paling penting adalah di mana

    sesuatu rakaman audio disimpan. Ini bergantung kepada jenis

    perkakasan dan peralatan yang digunakan. Ia mungkin terdiridaripada kaset, gelungan pita, DAT atau system penyimpan yang

    lain . Pemilihan storan audio sangat penting kerana ia akan

    memberi kesan kepada kualiti rakaman.

    Pengkabelan - Panjang dan kualiti kabel akan

    mempengaruhi kadar kebisingan sebelum sesuatu audio dirakamkan.

    Kadar Sampel - Peta hendaklah dirakamkan menggunakan

    perkakasan dan peralatan yang terbaik dan rakaman seharusnya

    dibuat dengan mengambil kira keperluan pengguna. Beberapa

    perkara perlu diambilkira iaitu:

    Ruang storan,

    Kadar main semula daripada CD-ROM atau peralatan storan.

    Kualiti kad bunyi pengguna.

    Kualiti speaker pengguna.

    Sekiranya kadar persampelan semasa rakaman adalah tinggi,

    pastikan bahawa perkakasan mempunyai keupayaan main semulaaudio yang telah dirakamkan.

    Proses Percubaan - Setelah rakaman dibuat, pengguna perlumenyemak sama ada rakaman tersebut mempunyai kadar kebisingan

    ataupun tidak. Kemudahan untuk menjalankan proses ini adalah

    bergantung kepada perkakasan dan perisian yang digunakan.

    Pos-Produksi - Terdapat pelbagai perisian komersial yang berada di

    pasaran yang boleh digunakan untuk merakamkan dan memprosesaudio secara digital. Selain daripada itu, pengguna perlu membuat

    penyimpanan atau backup ke atas kedua-dua jenis audio samada

    analog atau digital. Ini bertujuan bagi memudahkan mereka

    menggunakan semula sumber yang ada dalam setiap persembahan.

    Jenis-jenis Microphone.

    Tedapat beberapa jenis mikrofon yang agak popular di pasaran. Antaranyatermasuklah:

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 4

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    5/15

    o Mikrofon Dinamik. - Mikrofon Dinamik beroperasi menggunakan

    prinsip elektromagnetik. Voltan output dijanakan apabila signal elektrik

    melalui garisan flux pada kawasan magnetic. Mikrofon dinamik

    terbahagi kepada dua jenis iaitu:-

    Moving Coil Microphones Moving Coil Microponesmengandungi diafragma yang diperbuat daripada plastic. Padabahagian asas / bawah diafragma ini disaluti dengan gelungan

    wayar tembaga. Secara umumnya, Moving Coil Microphones

    adalah banyak terdapat di pasaran dan digunakan secara meluas.

    Mikrofon Riben Mikrofon Riben sama seperti mikrofon jenis

    moving-coil yang beroperasi menggunakan teori

    elektromagnetik. Rekabentuk Mikrofon Ribbon adalahdiperbuat daripada riben aluminium yang nipis bagi

    menjadikannya lebih fleksibel.

    o Mikrofon Kondenser (condenser Microphone) Seperti mikrofon

    dinamik, Condenser Microphones tidak beroperasi menggunakan

    elektromagnetik tetapi ianya beroperasi menggunakan tenaga elektrikmelalui prinsip kapasitan dalaman dalam pelbagai variasi. Penukaran

    kapasitan yang wujud di antara dua plat elektrod yang terdapat dalam

    mikrofon tersebut menjanakan voltan output.

    o Mikrofon Seramik. - Mikrofon Seramik diperbuat daripada

    Piezoelectric Crystal yang disambungkan dengan diafram. Mikrofon

    seramik mempunyai kualiti audio yang tinggi dan digunakan dalambidang kepakaran tertentu.

    o Mikrofon Karbon. - Mikrofon karbon biasanya digunakan dalam

    telefon dan mempunyai nilai sensitivity yang tinggi. Mikrofon karbon

    mengandungi piring yang dipenuhi oleh karbon. Kebanyakan daripada

    mikrofon jenis ini digunakan dalam industri telekomunikasi untukperhubungan antara satu sama lain.

    Contoh-contoh Bagaimana Audio digunakan dalam Pendidikan.

    Derek Rowntree (1992) Exploring Open and Distance Learning (London:Kogan Page) mencadangkan penggunaan audio dalam pendidikan. Di

    antaranya termasuklah:

    o Memberi pelajar peluang untuk mendengar.

    o Memberi idea dan membantu pelajar yang tidak tahu dan tidak minat

    membaca.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 5

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    6/15

    o Penggunaan masa yang berkesan kapada pelajar kerana penggunaan audio,

    mereka dapat menjalankan dan mendengar beberapa tugas yang diberikan

    dalam satu masa.

    o Tugas yang diberikan adalah secara terus dimana penggunaan bahanbercetak boleh mengganggu penumpuan mereka.

    o Membenarkan pelajar melatih kemahiran tertentu seperti pembelajaran

    bahasa

    o Menambahkan interaksi yang cepat antara individu dalam proses

    pembelajaran.

    o Dapat menyatakan perkataan atau benda yang agak sukar untuk disebut

    seperti dialek tertentu dalam ucapan.

    o Untuk memotivasikan pelajar

    o Menyentuh perasaan dan sikap pelajar.

    o Menghasilkan sumber bahan bagi untuk pelajar untuk dianalisis.

    o Untuk mendapatkan perhatian pelajar.

    o Menghasilkan kepelbagaian bahasa dalam menghasilkan bahan video.

    Pendekatan Penggunaan Bahan Audio dalam Pengajaran-Pembelajaran.

    Persediaan Guru.

    Persediaan guru amat penting dalam melaksanakan pengajaran

    berbantukan bahan audio. Beberapa perkara yang perlu diambilkiradalam menggubal suatu rancangan pelajaran menggunakan sumber

    audio. Di antaranya termasuklah:

    o Tajuk yang akan diperkenalkan oleh guru.

    o Aktiviti yang akan dilakukan.

    o Soalan yang akan ditanyakan semasa dan selepas

    penggunaan sumber.

    o Bagaimana mengaitkan sumber itu dengan pengalaman

    pelajar yang sedia ada supaya dapat menghasilkan

    persekitaran pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 6

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    7/15

    Selain daripada itu, guru perlu mengetahui secara khusus apa yang

    hendak diajar dan objektif perlu dibina merangkumi keseluruhan isikandungan pelajaran.

    Sebelum sesuatu rakaman bermula, guru hendaklah membaca semua

    nota yang telah disediakan terlebih dahulu untuk sesuatu rakamandan menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan dalam sesi

    pengajaran. Bagi mengenalpasti kelemahan, guru hendaklah

    mendengar rakaman itu terlebih dahulu serta mencatatkan nota-notadan maklumat-maklumat dari pita yang telah dirakamkan. Dalam

    pada itu, guru juga harus mengenalpasti cara-cara bagi

    menimbulkan minat murid dan perkara-perkara yang hendakdibincangkan pada pertengahan dan akhir sesi perbincangan.

    Penjelasan harus diberikan kepada murid jika rakaman itu didapati

    sukar difahami murid, sebelum atau selepas mendengar rakaman.

    Persedian Murid

    Memandangkan sifat pelajar adalah berbeza-beza di antara satu

    sama lain maka adalah perlu bagi guru untuk mengkaji terlebih

    dahulu sifat atau cirri pelajar seperti umur dan tahap pendidikan,sikap dan pengetahuan terhadap subjek dan perbezaan individu

    dalam kumpulan. Penyertaan dan penglibatan pelajar dipengaruhi

    oleh beberapa factor dan ini akan membawa kesan ke ataspengajaran guru. Dengan itu, pemilihan rangkaian ayat, idea dan

    soalan serta muzik di dalam penghasilan bahan audio, mestilah

    merujuk kepada kumpulan sasaran pendengar yang setara dengandarjah kesukaran isi bahan audio tersebut.

    Selain daripada itu, reka bentuk bahan audio harus mengambilkira

    tajuk dan aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan keupayaanpelajar. Perancangan bagi seseorang guru dalam menyediakan

    bahan pengajaran berbentuk audio harus merangkumi isi kandungan,

    kaedah persembahan fakta-fakta dan isi kandungan. Selain daripadaitu, persekitaran pembelajaran yang berkesan perlu disediakan

    kepada murid-murid bagi menarik minat mereka semasa mendengar

    rakaman. Murid-murid perlu dilibatkan dengan komen-komen atau

    soalan-soalan yang menarik perhatian berhubung dengan topicrakaman.

    Mendengar Rancangan.

    Semasa proses pengajaran, murid-murid hendaklah diberi masa yang

    sesuai untuk mendengar rakaman. Suasana persekitaran haruslahsenyap dan murid-murid perlu menumpukan perhatian dan

    mengamati dengan teliti perbincangan yang dimainkan dalam

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 7

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    8/15

    rakaman. Selain itu, murid perlu mengaitkan rancangan audio itu

    dengan perkara-perkara, soalan-soalan atau tugasan yang telah

    dibincangkan. Pelajar juga perlu mencatatkan isi-isi yang pentingatau peristiwa yang diperdengarkan semasa audio dimainkan.

    Kajian Lanjutan.

    Setelah mendengar rakaman, satu perbincangan tentang rakamantersebut haruslah diadakan. Beberapa soalan perlu dikemukakan

    dalam membimbing murid menguasai isi pelajaran yang ingin

    disampaikan. Sebagai contoh, guru perlu bertanya kepada muridsamada bersetuju dengan pendapat-pendapat yang dikemukakan

    dalam rakaman. Perbincangan hendaklah dijalankan bersama

    selepas mendengar rakaman. Di dalam sesi penilaian, penilaian

    boleh dijalankan melalui kebolehan dijalankan melalui kebolehan

    dan prestasi pelajar. Soalan-soalan penilaian boleh terdiri daripadapelbagai bentuk seperti mengisi tempat kosong, struktur atau

    huraian pendek.

    Penutup.

    Audio sememangnya merupakan salah satu media yang mampu menarikperhatian pelajar sekiranya digunakan secara berkesan dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Walaupun ianya agak sukar untuk

    diterjemahkan dalam bentuk praktikal, namun seseorang pendidik yang baiksewajarnya berupaya memperbagaikan kaedah pengajaran mereka agar

    pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi dalam proses pembelajaran.

    Dengan sedikit kemahiran dan kreativiti , seseorang pendidik itu mampumenghasilkan satu bentuk atau konsep pengjaran yang menggunakan audiosebagai salah satu media yang utama.

    Video.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 8

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    9/15

    Format Video

    Contoh-contoh format video adalah seperti:

    Format SpesifikasiVHS lebar pita video diperkenalkan oleh JVC

    BETAMAX lebar pita video diperkenalkan oleh SONY

    BETACAM lebar pita video.

    U-MATIC lebar pita video.

    HI-8 Video

    MINI DV Digital (kecil)

    Istilah-istilah.

    Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris

    Saiz pengambaran Shots

    Arah / sudut Pengambaran Angles

    Pengamabaran Bergerak Moving Shots

    Peralihan Waktu Time Lapses

    Peralihan Adegan Transitions

    Imej Bercampur Mix

    Jenis-jenis Shot yang Utama.

    Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris

    Pengambaran Jarak Paling Dekat Very Close-Up Shot

    Pengambaran Jarak Dekat Menumpu Close-Up Shot

    Pengambaran Jarak Sederhana Menumpu Medium Close-Up

    Pengambaran Sederhana Medium Shot

    Pengambaran Gambar Penuh Full Shot

    Pengambaran Subjek Terkumpul Tight Group Shot

    Pengambaran Jarak Jauh Long Shot

    Arah/Sudut Pengambaran. - Terdapat tiga jenis arah pengambaran yang biasadigunakan , iaitu:

    Gambar sudut rendah (Low Angle Shot)

    Gambar sudut tinggi. (High Angle Shot)

    Gambar Sudut Paras Mata (Eye-Level Shot)

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 9

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    10/15

    Pengambaran Bergerak Antara teknik-teknik pengambaran bergerak yang biasa

    ialah:

    Tracking atau Trucking (Truck Along) - Pengambaran yang memerlukanpergerakan kamera yang maksima di mana kamera akan bergerak segandingdengan pergerakan objek yang ingin dirakam. Ianya biasa digunakan untuk

    pengambaran yang dibuat di luar studio. Contoh: Pengambaran ke atas

    seseorang yang sedang memandu kereta, menunggang kuda dan sebagainya.

    Dolly Shot - Dolly Shot pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

    Dolly In - Pergerakan kamera ke hadapan menghampiri objek yang

    dirakam. Biasanya ia menggunakan roda getah untuk

    menggerakkan kamera ke sasaran. Ia juga dikenali sebagai TrackIn.

    Dolly Out - Pergerakan kamera ke belakang menjauhi objek yangdirakam. Ia juga dikenali sebagai Track Out. Pengambaran ini

    biasanya memerlukan pergerakan yang minima dan ianya dilakukan

    di dalam studio.

    Zoom - Teknik pengambaran Zoom terdiri daripada:

    Zoom In - Fokus kamera menjadi lebih dekat iaitu arah

    pengambaran menjadi sempit. Objek akan kelihatan bertambahbesar dari segi saiznya.

    Zoom Out - Fokus kamera menjadi bertambah jauh iaitu

    pengambaran menjadi lebar. Objek akan kelihatan bertambah kecil

    dari segi saiznya.

    Tilting - Pergerakan kamera secara menegak ke atas dan ke bawah tanpa

    mengubah kedudukan kamera. Pergerakan kamera secara vertical ke atasdikenali sebagai Tilting Up manakala pergerakan kamera ke bawah dikenali

    sebagai Tilting Down.

    Panning - Pergerakan kamera secara melintang ke kiri dank e kanan tanpamengubah kedudukan kamera. Pergerakan kamera ke kanan dikenali

    sebagai Pan Right dan pergerakan kamera ke kiri dikenali sebagai Pan Left.

    Teknik Peralihan Waktu.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 10

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    11/15

    Teknik ini digunakan untuk menunjukkan peralihan waktu telah berlaku

    misalnya proses tumbesar seorang bayi kepada seorang remaja ataukemajuan kerja yang dicapai oleh seseorang selama 4 atau 5 tahun bekerja.

    Terdapat 3 teknik yang boleh digunakan untuk menunjukkan peralihan

    waktu telah berlaku , iaitu:

    Dissolve - Menggunakan alat seperti jam, calendar untukmenjelaskan peredaran masa telah berlaku.

    Wipe - Teknik ini menunjukkan peredaran masa telah berlakumelalui pemadaman babak video secara pelbagai bentuk. Ia

    digunakan semasa proses editing video.

    Dialogue - Menggunakan percakapan dialog untuk menunjukkan

    peredaran masa telah berlaku. Teknik ini juga menggunakanperkataan bertulis di skrin seperti 15 tahun kemudian.

    Peralihan Adegan

    Peralihan adegan bagi pengambaran yang memberiktahu kita perubahantempat pengambaran telah berlaku. Proses ini dapat menunjukkan

    kesinambungan pergerakan objek.

    Imej Bercampur/ Mix.

    Menggabungkan pelbagai bentuk pengambaran. Terdapat adegan yang

    menunjukkan tempat, masa, imbas kembali dan sebagainya. Teknik iniboleh digunakan teknik Dissolve dan Wipe serta proses tindanan imej untuk

    menggambarkan satu adegan.

    Penulisan Skrip - Berikut merupakan beberapa panduan dalam menulis skrip untuk

    video.

    Apabila membuat skrip, masa tontonan perlu ditentukan.

    Sebaiknya gunakan bahasa baku atau bahasa yang formal.

    Liputan atau ulasan cerita perlulah mempunyai pembahagian gambar yangbersesuaian dan sepadan.

    Bahasa liputan atau keterangan yang digunakan dalam skrip hendaklah

    dibuat dalam bahasa pertuturan.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 11

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    12/15

    Antara satu bahagian skrip dengan satu bahagian yang lain mestilah

    mempunyai hubungan dan aliran cerita yang sesuai.

    Skrip yang sudah siap perlulah ditulis dengan jelas dan disusun dengankemas supaya ia mudah dibaca.

    Ruangan catatan perlu disediakan pada setiap kertas skrip.

    ______________________________________________________________

    MEDIA PANDANG (VISUAL), MEDIA DENGAR (AUDIO) DAN MEDIA PANDANGDENGAR (AUDIO- VISUAL)

    Menurut pandangan pergerakan Falsafah Pendidikan, pengajaran perlu menekankan kepada

    makna, bukan kepada penghafalan. Ini selari dengan Pergerakan Audio Visual (PAV)seperti yang disarankan oleh Dale (Cone of Experience) bahawa proses pembelajaran

    haruslah tekal dengan pengalaman yang paling dekat dengan diri para pelajar sendiri bagi

    menjadikannya lebih bermakna dan berkesan.

    Ini bermakna pengajaran BM dan KM juga perlu berkembang ke arah itu iaitumenghubungkan pengalaman belajar daripada persekitaran dengan kehidupan yang sebenar

    dalam diri pelajar dan masyarakatnya.

    Media Pandang (visual) - OHP

    Menurut Romiszowski (1988) Projektor Overhead (OHP) adalah salah sebuah alat pandang

    yang semakin luas digunakan dalam sistem pendidikan masa kini. OHP juga dianggap

    'versetile' (serba boleh) dan boleh digunakan dalam banyak situasi dan masa. Menururt

    beliau, walaupun proses pengajaran dan pembelajaran menuntut penggunaan

    pelbagaimedia, namun kalau guru tida pilihan lain, penggunaan OHP sebagai mediapengajaran adalah pilihan yang terbaik dan berkesan dalam pengajaran.

    Bagi tujuan pengajaran BM (contohnya aspek karangan), OHP boleh digunakan untukmenayangkan isi-isi penting sesuatu karangan dan lain-lain aspek pengajaran.

    Media Dengar (Audio)

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 12

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    13/15

    Antara alat dengar/audio, radio dan perakam kaset merupakan media yang paling popular,

    murah dan mudah diperolehi. Boleh dikatakan hampir semua guru dan pelajar mempunyai

    alat ini. Sebagai media pengajaran, radio dan kaset amat berguna. Ia berkesan untuk aktivitipengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang penguasaan kemahiran bahasa

    seperti kemahiran mendengar dan lisan.

    Radio jiga boleh dijadikan media pengajaran dalam pengajaran KM. Banyak rancangan

    yang disiarkan melalui radio seperti rancangan sudut puisi, sudut kesusasteraan dansebagainya yang ada hubungan dengan aspek penulisan kreatif oleh digunakan. Dengan

    mendengar siaran-siaran seperti ini, pelajarpelajar dapat dilatih menulis skrip drama,

    mengarang cerpen, puisi, novel dan sebagainya yang dapat memperkaya dan menyuburkandaya kreativiti dan imaginasi mereka.

    Media Pandang-Dengar (Audio-Visual)

    Televisyen merupakan media pengajaran yang berkesan, berbanding dengan radio, bagi

    tujuan penyamapaian pelajaran. Ini adalah kerana semasa menggunakan TV, seseorang

    memerlukan dua pancaindera iaitu mata (penglihatan) dan telinga (pendengaran) secar

    serentak. gabungan dua pancaindera ini mengukuhkan lagi keupayaan seseorang itumemahami pelajaran dan konsep yang disampaikan.

    Oleh itu, penggunaan TV sebagai media pengajaran menggunakan TV bagi mata pelajaran

    BM, KM dan juga mata-mata pelajaran lain kerana keupayaan dan sifatnya yang bolehmengeksploitasikan pancaindera - lihat dan dengar secara paling berkesan.

    2. Penggunaan Rakaman Audio . http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/

    Rakaman pita audio adalah mudah, murah dan merupakan satu media pengajaran bunyi

    yang mudah disimpan dan digunakan. Pita audio sering digunakan apabila bunyi itu secara

    tersendiri merupakan satu bahagian penting untuk maklumat yang hendak disampaikan

    seperti dalam pelajaran bahasa dan sastera.

    Prinsip penggunaan rakaman audio adalah sama seperti prinsip penggunaan mediapengajaran yang lain. Untuk kegunaan dalam kumpulan besar atau kecil, guru haruslah

    menggunakan langkah-langkah berikut:

    2.1 Persediaan guru

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 13

    http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/
  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    14/15

    Semua pengajaran yang menggunakan apa jua jenis media pengajaran memerluka

    perancangan. Guru hendaklah terlebih dahulu membaca semua nota yang telah disediakan

    untuk sesuatu rakaman (jika rakaman itu bukan rakamana guru sendiri) dan guru hendaklahmenyediakan bahan-bahan yang akan mengiringi pengajaran itu. Guru hendaklah

    mendengar rakaman itu terlebih dahulu, catatkan nota-nota dan maklumat-maklumat dari

    pita yang telah dirakamkan itu. Kemudian tentukan cara-cara bagaimana hendakmenimbulkan minat pelajar dan perkara-perkara yang hendak dibincangkan. Jika perlu beri

    penjelasan kepada pelajar sebelum mendengar rakaman atau selepas mendengar rakaman,

    jika rakaman itu didapati sukar difahami pelajar.

    2.2 Menyediakan Pelajar

    Pelajar-pelajar haruslah disediakan supaya berminat mendengar rakaman, komen-komen

    atau soalan-soalan yang akan menarik perhatian pelajar berhubung dengan topik rakaman

    audio harus dibincangkan terlebih dahulu untuk menimbulkan minat dan perasaan ingin

    tahu pelajar-pelajar.

    Guru hendaklah juga:

    Memberitahu pelajar, topik atau jenis rancangan, penyampaian atau pesertanya.

    Memberitahu pelajarlatar belakang perkara-perkara tentang topik dan rakamanMembacakan soalan-solan yang harus dijawab oleh pelajar setelah mendengar rakaman.

    Menjelaskan perkara-perkara yang mungkin tidak akan difahami.

    Mengaitkan rakaman audio dengan kehidupan sehari-hari.

    2.3 Mendengar Rancangan

    Pelajar-pelajar diberi masa yang sesuai mendengar rakaman

    Galakan pelajar-pelajar:

    Mendengar dengan senyap dan bersopan.

    Menumpukan pendengaran mereka kepada perbincangan yang didengar dalam rakaman

    serta mengamati perkara-perkara yang diperbincangkan dalam pita rakaman.Mengambil perhatian perkara-perkara yang berlawanan dengan pendapat mereka sendiri

    dan perkara-perkara ini haruslah didengar dengan sabar dan difahami maksudnya.

    Mengaitkan rancangan audio itu dengan perkara-perkara, soalan-soalan atau tugasan yang

    telah dibincangkan sebelum rakaman itu didengar.

    2.4 Kajian sesudah mendengar rancangan

    Setelah mendengar rakaman, satu perbincangan tentang rakaman tersebut haruslah

    diadakan. Soalan-soalan seperti sama ada pelajar-pelajar setuju dengan pendapat-pendapatyang terdapat dalam rancangan hendaklah dikemukakan. Segala soalan panduan dan

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 14

  • 8/2/2019 Modul 5 Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam P&P

    15/15

    tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar mendengar rakaman hendaklah

    dibincangkan bersama sebelum memperdengarkan rakaman. Betulkan perkara-perkara

    yang pelajar-pelajar kurang faham. Jika perlu rancangan audio tadi boleh diulang dengaruntuk pendengaran kali kedua.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 5 15