modul 4_video dlm pendidikan

Upload: astroria2

Post on 13-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    1/18

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    2/18

    2

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, video pendidikan mempunyai

    beberapa keistimewaan seperti berikut:

    Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti

    merakam seorang atlit yang sedang berlari, media ini juga dapat

    mempercepatkan dan melambatkan pergerakan atlit. Pergerakkan atlit yang

    terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan

    itu boleh dibekukan.

    Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah

    seperti pengembaraan ke angkasa lepas atau peristiwa-peristiwa berbahaya

    seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.

    Di samping itu,video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video

    boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan bolehdilihat oleh murid-murid.

    1.2 ALAT PERAKAM VIDEO

    Rajah dibawah menunjukkan contoh sebuah kamera video dengan komponen-

    komponen utamanya.

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    3/18

    3

    Secara umumnya, terdapat dua format video kamera yang utama iaitu kamera

    video analog dan kamera video digital.

    Kamera video analog

    Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog.

    Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai

    format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini berbeza-beza

    dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya sahaja.

    Contoh sebuahKamera Video analog

    Kamera video digital

    Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital.

    Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format

    DVC (Digital Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke

    komputer dengan menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan

    menggunakan perisian-perisian suntingan video secara digital melalui komputer.

    Contoh sebuah Kamera Video Digital (DVC)

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    4/18

    4

    Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV

    (DV cassette) atau analog yang menggunakan Pita Video format VHS. Pita Video VHS

    boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi memerlukan

    peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada komputer untuk

    ditukarkan ke bentuk klip video digital.

    Sedangkan kamera digital yang menggunakan mini kaset DV boleh terus dirakam ke

    cakera keras pada komputer melalui penyambungan kabel USB dengan menggunakan

    perisian tertentu.

    Fungsi Bahagian-bahagian Utama Kamera Video

    Bahagian Utama Kamera Video Fungsinya

    Lensa membawa cahaya kepada sensor danjuga memberi focus kepada imej

    Butang zoom butang yang digunakan untuk merakamimej dekat objek tanpa bergerak dan

    menghampiri secara fizikal

    Butang white balance Butang untuk mengawal keseimbanganwarna imej

    Gelang fokus Digunakan untuk melakukan focussecara manual

    Sensor dedahan Mengesan seluruh medan rakaman danmenala bukaan lensa sesuai denganintensity cahaya yang diperlukan

    Shutter Menentukan cahaya yang masuk kekamera video

    Alat rakam suara Mikrofon dan system suara yang dibinauntuk merakam bunyi

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    5/18

    5

    1.3 Jenis-jenis Syot

    Semasa merakam video, kita boleh menggunakan pelbagai jenis syot. Jenis-jenis shotini akan menentukan tujuan dan fungsinya dalam proses pembelajaran.

    Jenis Syot Kegunaannya Contoh

    BCU (Big close up) memaparkan objek

    secara mikro

    CU (close up) memaparkan objek

    secara dekat

    BS (Bust shot) memapar objek

    setakat dada

    WS (Waist shot) Memaparkan objek

    setakat pinggang

    LS (Long Shot) Memaparkan

    keseluruhan objek

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    6/18

    6

    KS (Knee Shot) Memaparkan objek

    setakat lutut

    Contoh jenis-jenis syot

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    7/18

    7

    1.4 Pergerakan Kamera Video

    Untuk mendapat shot- shot yang tertentu, ianya dapat dilakukan melalui butang zoom

    yang terdapat pada kamera. Kamera juga dapat digerakkan ke kiri atau ke kanan (pan

    right, pan left) atau ke atas atau ke bawah (tilt up, tilt down).

    Terdapat pelbagai jenis pergerakan kamera video dalam menghasilkan video.

    Jenis-jenis pergerakan kamera video boleh disimpulkan seperti dalam jadual di

    bawah:

    Jenis Pergerakan Penerangan

    Panning

    Pan right

    Pan left

    Pergerakan kamera video ke kanan

    Pergerakan kamera video ke kiri

    Tilting

    Tilt up

    Tilt down

    Pergerakan kamera video ke atas

    Pergerakan kamera video ke bawah

    Dolly

    Dolly in

    Dolly out

    Pergerakan dolly melibatkan kamerayang dipasang pada tripod ditolak( dolly in)

    Pergerakan dolly melibatkan kamerayang dipasang pada tripod diundur(dolly out )

    Trucking

    Truck right

    Truck left

    Pergerakan kamera video ke kanan

    Pergerakan kamera video ke kiri

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    8/18

    8

    Contohjenis pergerakan kamera video

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    9/18

    9

    1.5 Proses Penerbitan Video

    Merancang Penerbitan Bahan Video untuk Pengajaran

    Berikut adalah proses penerbitan bahan video untuk pengajaran :

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    10/18

    10

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    11/18

    11

    Langkah-langkah merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran:

    1. Tetapkan tujuan dan objektif dalam pengajaran

    2. Buat penyelidikan

    3. Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan (fakta), bahan grafik dan bahanaudio yang sesuai

    4. Menulis skrip melalui format papan cerita (story board)

    5. Bersedia membuat penggambaran

    6. Sediakan bahan dan peralatan

    7. Mulakan penggambaran

    8. Proses menukar video dari DV ke bentuk klip

    9. Membuat rakaman audio

    10. Proses penyuntingan dan pengadunan audio dan video

    11. Prebiu hasil rakaman

    12. Pengubahsuaian / penyuntingan

    13. Menukar ke format yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage)

    14. Gunakan dalam pengajaran

    15. Maklum balas dan penilaian

    1.6 Pernerbitan video pendidikan

    Pelbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video dari

    yang mudah seperti Windows movie makeryang tersedia ada pada sistem operasi

    windows atau perisian yang lebih canggih sepertiAdobe Premier, Ulead media studio,

    Ulead video studio, Penicles, Edius, Lets Edit, Vegas, Aviddan sebagainya. Setiap

    perisian mempunyai keistimewaannya masing-masing terutama dalam menghasilkan

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    12/18

    12

    pelbagai bentuk kesan khas (special effect) audio dan videoyang mampu memberi

    penarikan kepada penonton.

    Contoh: Menggunakan Perisian Windows Movie Maker untuk merakam dan

    menyunting video .

    Selain dari itu, Video Pad juga boleh digunakan untuk mengedit video.

    VideoPad Tutorial

    Sila klik pautan ini untukmengikuti tutorial VideoPad

    http://www.nchsoftware.com/videopad/tutorial.html

    VideoPad Video Editormakes editing videos easy. This full featured video editor lets

    you create professional looking videos with transitions, music and narration in minutes,

    helping you make the most of your captured memories and create movies you will be

    proud to share with family and friends.

    http://www.nchsoftware.com/videopad/tutorial.htmlhttp://www.nchsoftware.com/videopad/tutorial.htmlhttp://www.nchsoftware.com/videopad/index.htmlhttp://www.nchsoftware.com/videopad/index.htmlhttp://www.nchsoftware.com/videopad/index.htmlhttp://www.nchsoftware.com/videopad/tutorial.html
  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    13/18

    13

    Part 1: Getting Started with Sequence Editing and Effects

    This video includes importing media files, setting In and Out (I/O) points, sequence

    editing, changing the speed of video clips, and adding transitions and effects.

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    14/18

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    15/18

    15

    Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada Video-CD(fail format .dat)

    atau DVD (fail format .vob) melalui perisian seperti VCD cutteratau Chopper XP

    dan disimpan semula dalam fail format .mpeg (mpeg 1) atau .wmv (Windows

    media video) agar ia sesuai (compatible) apabila disisip (insert) pada

    kebanyakan perisian. Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui perisian

    seperti Format Factory,Any file converter, Total video converteratau seumpama

    dengannya.

    Contoh: Menggunakan Format Factoryuntuk penyesuaian format fail

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    16/18

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    17/18

    17

    Cuba terangkan bagaimana anda menghasilkan video tersebut dan apakah jenis-jenis

    shot dan pergerakan video yang anda gunakan dan cuba jelaskan mengapa anda

    menggunakan keadah tersebut. Semasa anda mengaplikasikan klip video dalam proses

    P&P, apakah kelemahan dan kekangan yang anda hadapi. Cuba fikirkan bagaimana

    anda boleh mengatasi kelemahan tersebut.

    Dokumenkan aktiviti di atas dan muat naik melalui LMS yang disediakan.

    Tutorial

    Pilih mana-mana klip video yang dirasakan sesuai (sama ada yang anda rakamkan

    sendiri atau yang dihasilkan oleh rakan anda atau yang anda dapatkan dari internet)

    untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buat penilaian dan

    kritikan terhadap klip video tersebut dari sudut teknikal dan juga dari sudut pedagogikal.

    Dokumenkan penilaian dan kritikan anda. Muat naik dokumen tersebut dan video

    tersebut (gunakan cara yang sama dalam aktiviti utama) melalui LMS. Cetak dokumen

    tersebut dan bawa semasa sesi tutorial.

    Rujukan

    Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional mediaand technologies for learning 5 th ed. New Jersey : Printice-Hall.

    Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusansumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    Rasali Nor (1995). Teknologi pendidikan : media unjuran dan media elektronik. KualaLumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber : Kompenan teknologi pendidikan.

    Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur :Dewan Bahasadan Pustaka

  • 7/23/2019 MODUL 4_Video Dlm Pendidikan

    18/18

    18

    http://www.childcentre.info/child-safety-internet-

    http://www.youtube.com/playlist?list=PLA9979F16EED36506

    http://learningthroughdigitalmedia.net/teaching-and-learning-with-video-annotations

    http://www.usma.edu/cfe/Literature/Pennola_09.pdf

    http://www.megameeting.com/news/advantages-of-distance-education-through-video-

    conferencing-800731675.html

    http://www.streamingwizard.com/educational-streaming.asp

    http://www.childcentre.info/child-safety-internet-http://www.childcentre.info/child-safety-internet-http://www.youtube.com/playlist?list=PLA9979F16EED36506http://www.youtube.com/playlist?list=PLA9979F16EED36506http://learningthroughdigitalmedia.net/teaching-and-learning-with-video-annotationshttp://learningthroughdigitalmedia.net/teaching-and-learning-with-video-annotationshttp://www.usma.edu/cfe/Literature/Pennola_09.pdfhttp://www.usma.edu/cfe/Literature/Pennola_09.pdfhttp://www.megameeting.com/news/advantages-of-distance-education-through-video-conferencing-800731675.htmlhttp://www.megameeting.com/news/advantages-of-distance-education-through-video-conferencing-800731675.htmlhttp://www.megameeting.com/news/advantages-of-distance-education-through-video-conferencing-800731675.htmlhttp://www.streamingwizard.com/educational-streaming.asphttp://www.streamingwizard.com/educational-streaming.asphttp://www.streamingwizard.com/educational-streaming.asphttp://www.megameeting.com/news/advantages-of-distance-education-through-video-conferencing-800731675.htmlhttp://www.megameeting.com/news/advantages-of-distance-education-through-video-conferencing-800731675.htmlhttp://www.usma.edu/cfe/Literature/Pennola_09.pdfhttp://learningthroughdigitalmedia.net/teaching-and-learning-with-video-annotationshttp://www.youtube.com/playlist?list=PLA9979F16EED36506http://www.childcentre.info/child-safety-internet-