eem432 isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

59
EEM 432 ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL SEMESTER JANUARI 2014 ARAHAN: Jawab EMPAT (4) SOALAN. Gunakan buku jawapan yang disediakan. Soalan 1 Bincangkan jenis-jenis penganiayaan kanak-kanak dan sebab berlakunya penganiayaan di kalangan kanak-kanak. Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak 1. Penderaan fizikal o Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau kematian) Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak. Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak. o Tiada selalunya ada niat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan Ia mungkin disebabkan dari tujuan untuk mendisiplinkan yang berlebihan atau hukuman fizikal Gangguan dari tangisan bayi dan ketidakupayaan untuk mengendalikannya o Buli, dan "shaken baby syndrome" adalah sejenis penderaan fizikal 2. Penderaan Seksual o Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh

Upload: aker-derashid

Post on 14-Apr-2017

1.179 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

EEM 432ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL

SEMESTER JANUARI 2014

ARAHAN: Jawab EMPAT (4) SOALAN. Gunakan buku jawapan yang disediakan.

Soalan 1Bincangkan jenis-jenis penganiayaan kanak-kanak dan sebab berlakunya penganiayaan di kalangan kanak-kanak.

Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak

1. Penderaan fizikal o Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan

teruk seperti patah atau kematian) Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan,

goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.

Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak.

o Tiada selalunya ada niat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan

Ia mungkin disebabkan dari tujuan untuk mendisiplinkan yang berlebihan atau hukuman fizikal

Gangguan dari tangisan bayi dan ketidakupayaan untuk mengendalikannya

o Buli, dan "shaken baby syndrome" adalah sejenis penderaan fizikal

2. Penderaan Seksual o Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan

memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:

Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang.

Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar lucah

o Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar

3. Penderaan emosi o Biasanya sukar untuk dibuktikano Biasanya berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti:

Pelbagai cara memperkecilkan seseorang (termasuk kaki buli di sekolah)

Tabiat suka mengenakan orang lain

Page 2: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Memperkecil dan memalukan Menolak perawatan Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap

4. Pengabaian o Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana

orang dewasa tidak memberi keperluan asas Fizikal - (contohnya, kegagalan untuk menyediakan

keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang teliti)

Perubatan - (contohnya, kegagalan untuk memberi rawatan atau perawatan kesihatan mental)

Pendidikan dan penyeliaan - (contohnya, kegagalan untuk memberi pendidikan atau menawarkan perkhidmatan khas)

Emosi Kurang perhatian terhadap keperluan emosi kanak-

kanak Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi Membenarkan kanak-kanak untuk minum alkohol

atau menggunakan dadah Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan tahap

kemiskinan sebelum kes dilaporkan sebagai kes pengabaian.

Punca penderaan

Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.

Apabila ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima "meresapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.

Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.

Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.

Ini boleh juga terjadi jikalau ibubapa kurang berpendidikan agama, mempunyai krisis rumahtangga ataupun masalah keluarga. Sebahagian daripada faktor utama ialah bahawa ibu bapa kanak-kanak ini bekerja.

Page 3: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Soalan 2Bincangkan faktor-faktor remaja terjebak dengan masalah sosial dan apakah peranan pendidik serta ibu bapa dalam isu ini.

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial.  

Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri RemajaFaktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.

Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu BapaSikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan SebayaPengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.

Page 4: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Sikap Individualistik MasyarakatSikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu menjaga hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja. 

Pengaruh Negatif Media MassaPengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa. http://www.facebook.com/sharer.php?u=http://www.jomria.com/2015/04/5-punca-berlaku-gejala-sosial-di.htmlPERANAN pendidik dan ibu bapa dalam dalam isu ini

PERANAN IBU BAPA Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah

memberi didikan agama kepada anak-anak. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak.

Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.

Page 5: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka.

Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati diri sendiri.

Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas.

Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka.

Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. 

Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.

Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka.Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak

PERANAN GURU DI SEKOLAH

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.

Page 6: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Soalan 3Bincangkan secara kritis punca-punca yang menyebabkan para pelajar sering berada di siber cafe dan cara menangani fenomena lepak ini.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan pelajar adalah kumpulan yang paling ramai mengunjungi pusat-pusat siber kafe di kawasan bandar di seluruh negara. Antara puncanya:-

Sebahagian besar golongan pelajar telah banyak menghabiskan masa di siber kafe untuk tujuan hiburan semata-mata berbanding dengan tujuan pembelajaran. Hanya sebahagian kecil remaja yang melakukan perkara-perkara yang lebih bermanfaat semasa berada di siber kafe.

Faktor mencari keseronokan bersama-sama rakan-rakan sebaya adalah merupakan tarikan utama golongan pelajar mengunjungi pusat-pusat siber kafe.

Antara alasan yang sentiasa diberikan oleh remaja apabila mereka disoal tentang punca mereka suka melepak di siber cafe ialah masalah keluarga. Dakwaan ini adalah benar kerana pendidikan awal dan pendedahan anak-anak terhadap kehidupan bermula dalam keluarga. Oleh itu, jika anak-anak dibesarkan dalam keluarga yang harmoni maka jiwa mereka akan tenteram dan aman kerana dikelilingi dengan suasana kasih sayang dalam keluarga. Sebaliknya, jika remaja itu dibesarkan dalam keluarga yang porak-peranda,ibu bapa sering bergaduh atau bercerai,maka jiwa remaja ini akan diselubungi oleh perasan resah, marah dan kecewa.Akibatnya, remaja akan menunjukkan reaksi mmberontak denagn keluar rumah dan melepak dengan kawan-kawan di mana-mana sahaja demi mencari ketenangan jiwa.

Selain itu, isu lepak ini berlaku akibat sikap remaja itu sendiri yang mementingkan keseronokan dan malas untuk belajar dan berkerja. Fenomena ini berlaku lantaran sikap ibu bapa yang menyogok anak-anak dengan kemewahan dan wang sehingga mereka alpa terhadap tanggungjawab mereka. Mereka terus berseronok dan melepak di kafe siber atau di pusat hiburan yang lain untuk mengisi masa yang terluang. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap pengusaha pusat hiburan dan sesetengah masyarakat membiarkan sahaja remaja ini melepak di permis mereka dengan alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain. Bagi remaja pula, mereka berasa bahawa mereka tidak perlu bersusah payah untuk belajar atau kerja, jika

Page 7: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

kesenangan sudah berada di depan mata. Jelasnya, remaja yang tidak berwawasan suka melepak dan membuang masa sahaja.

Cara menangani Isu ini

   Isu ini akan memberi kesan buruk terhadap negara jika tidak ditangani segera. Hal ini mengundang gejala negatif lain seperti perlumbaan haram dan pergaulan bebas.

Ibu bapa ialah orang yang paling penting dalam  mengatasi masalah lepak ini.

Anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mewarnai kehidupan mereka dengan kehidupan dunia dan akhirat agar mereka dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk . Ibu bapajuga harus memupuk kasih sayang dalam keluarga sejajar dengan kempen semakin hari, semakin sayang yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ringkasnya ibu bapa bertanggungjawab terhadap tingkah laku anak-anak agar tidak melakukan perkara yang sia-sia sahaja.

Pihak kerajaan juga berperanan dalam mengatasi isu ini.

Program Rakan Muda yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan memberi peluang kepada para remaja  mengikuti aktiviti yang berfaedah seperti sukan, pengembaraan , kemahiran, dan keagamaan untuk mengisi masa lapang mereka. Begitu juga, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikenakan terhadap remaja yang terpilih dapat membina sikap patriotik, jati diri, berkeyakinan, dan berdisiplin dalam kalangan mereka lantas dapat menangkis segala pengaruh  negatif yang datang. Kementerian Pelajaran pula telah mewajibkan para pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulam untuk mengisi masa  senggang mereka selepas waktu persekolahan. Kita harap agar generasi  yang berwawasan dapat diwujudkan melalui usaha-usaha tersebut.

Peranan pihak swasta dan masyarakat

Pengusaha pusat kefe siber, pusat hiburan, restoran dan sebagainya haruslah sama-sama membendung gejala ini dengan melarang remaja yang berusia 18 tahun ke bawah atau para pelajar yang melepak di premis jualan mereka. Begitu juga orang ramai di pasar disarankan agar membuat laporan kepada pihak sekolah jika ternampak para pelajar yang melepak dan rayau-rayau semasa waktu persekolahan sedang berlangsung. Badan bukan kerajaan atau NGO boleh mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukan, kelas kemahiran, dan keagamaan untuk mengisi masa remaja yang terluang terutamanya semasa cuti persekolahan atau semasa pelajar menunggu keputusan peperiksaan. Jadi, kerjasama daripada masyarakat diperlukan untuk membendung masalah ini.

Page 8: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Soalan 4Gejala vandalisme di kalangan belia semakin meningkat. Bincangkan antara tujuan pelajar sekolah melakukan vandalisme.

Pelajar-pelajar sekolah melakukan vandalisme berdasarkan tujuannya yang berbeza-beza. Cohen (1968) dan Bowles (1982), misalnya telah membahagikan perbuatan vandalisme kepada enam kategori berikut:

Vandalisme berbentuk keinginan Vandalisme atau kerosakan dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan atau memperolehi sesuatu. Vandalisme ini amat sering berlaku di sekolah. Misalnya, memecahkan vending machine, memecahkan peti duit telefon atau memecahkan penutup alat pemadam api.

Vandalisme yang dirancang Vandalisme jenis ini biasanya dilakukan untuk mencapai satu-satu keinginan. Ia juga merupakan sesuatu perbuatan yang disedari yang mempunyai matlamat yang telah difikirkan. Antara contoh vandalisme bersifat taktikal ini ialah merosakkan loceng atau membunyikan loceng keselamatan dan dengan ini matlamat akhir yang diingini ialah loceng kecemasan tersebut akan terus berbunyi dan menganggu pelajar-pelajar lain.

Vandalisme ideological

Vandalisme jenis ini mempunyai matlamat ideologi besar yang telah dirancang. Cohen menjelaskan vandalisme jenis ini adalah seakan-akan serupa dengan vandalisme taktikal. Mengecat atau menyembur cat di dinding-dinding bangunan sekolah atau tandas dengan menulis slogan-slogan politik tertentu.

Vandalisme bersifat balas dendam

Vandalisme jenis ini adalah sangat-sangat ditakuti oleh pihak sekolah. Ia berpunca dari hasrat untuk membalas dendam ke atas satu tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tindakan membalas dendam yang dilakukan seperti memecahkan cermin tingkap, membakar pintu dinding bangunan adalah beberapa contoh yang sering dilakukan.

Vandalisme bersifat suka-sukaVandalisme jenis ini dilakukan untuk tujuan suka-suka. Ia juga dilakukan kadangkala untuk tujuan permainan dan merupakan kegiatan merosak yang paling kerap berlaku di sekolah. Misalnya, satu pertandingan diadakan di kalangan pelajar bagi tujuan siapa yang boleh memecahkan kotak hosereel atau memecahkan glass point system pencegah kebakaran tanpa diketahui oleh pihak sekolah.

Vandalisme bersifat merosak Vandalisme jenis ini merupakan satu perbuatan merosak yang paling ganas. Cohen menyifatkan vandalisme jenis ini sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hati atau rasa kekecewaan terhadap sesuatu.

Page 9: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Soalan 5Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kelakuan merokok di kalangan remaja.

Kegiatan merokok ini sering berlaku kepada masyarakat yang tidak mengendahkan tentang bahayanya merokok, bukan saja golongan lelaki malahan juga golongan wanita juga ada yang sudah pandai berjinak-jinak dengan tabiat merokok ini. Terdapat pelbagai punca atau faktor seseorang itu menghisap rokok antaranya,

1. KURANG IKATAN KEKELUARGAAN

Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati bahawa peranan keluarga amat penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang sering berlaku pada anak remaja sekarang ini. Ikatan kekeluargaan yang ada sekarang ini semakin berkurangan kerana ibu bapa tidak memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka kerana mereka sering saja sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak merasa bosan dan kurang kasih sayang daripada ibu bapa sehingga anak-anak mereka menjadi penghisap rokok kerana tidak seorang pun yang melarang perbuatannya itu.

2. TERLALU BEBAS

Punca seterusnya, tingkah laku anak-anak mereka, terutama yang telah mencapai umur belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Anak-anak remaja terlalu diberi kebebasan oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap aktiviti. Jadi anak tersebut melakukan sesuatu tanpa pengetahuan dan larangan ibu bapa.

3. IBU BAPA MENGHISAP ROKOK

Selain itu, ada ibu bapa yang menghisap rokok di depan anak-anak mereka. Ini bukan saja menunjukkan contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak mereka supaya berbuat perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga melakukan hal yang sama.

4. PERGAULAN DAN PENGARUH RAKAN-RAKAN

Pengaruh dan pergaulan dengan kawan-kawan yang merokok juga merupakan faktor penggalak bagi remaja untuk menghisap rokok kerana jika mereka tidak merokok, mereka akan disisihkan dan dianggap tidak berani.

5. INGIN MENCUBA DAN BERSERONOK

Mereka juga terdorong oleh perasaan ingin mencuba bagaimana rasanya rokok itu kerana golongan remaja sinonim dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Bagi remaja khususnya lelaki menganggap dengan merokok dapat menunjukkan kedewasaan atau kematangan mereka sebab itulah mereka merasa bangga apabila menghisap rokok. Ada juga remaja lelaki yang beranggapan mereka merokok sekadar untuk berseronok saja tanpa memikirkan kesan buruk akibat tabiat merokok. Manakala

Page 10: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

lelaki dewasa merokok kerana sifat ketagihan mereka sehingga ada yang berpendapat rokok sahabat atau kekasih kedua mereka.

6. ROKOK MUDAH DIPEROLEHI

Ada juga berpendapat rokok mudah dibeli disebabkan itu remaja mula dan meneruskan tabiat merokok setiap hari dan juga rokok itu mudah diperolehi dari rakan-rakan yang merokok.

7. TERTEKAN

Tabiat merokok ini juga berlaku apabila merasa tertekan dengan kerja dipejabat atau sekolah, mengantuk dan apabila tiada keyakinan diri terhadap sesuatu perkara.

8. PENGARUH MEDIA MASSA DAN GOLONGAN BERPENGARUH

Selain itu, pengaruh daripada media massa juga memainkan peranan yang penting seperti disiarkan iklan orang merokok dan sebagainya kerana golongan remaja ini mudah terikut-ikut dengan budaya yang diperlihatkan kepada mereka. Golongan berpengaruh seperti ahli politik, artis, doktor dan termasuk pemimpin agama yang merokok memberikan teladan yang negatif kepada masyarakat, ini menyebabkan golongan remaja semakin rancak atau tanpa segan silu menghisap rokok di tempat-tempat awam.

9. GALAKAN PENJUAL ROKOK

Langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun adalah lemah atau gagal kerana penjual rokok hanya ingin mengaut keuntungan dalam perniagaan, oleh itu akibat buruk dari perbuatan remaja menghisap rokok tidak dihiraukan. Ini menunjukkan penjual seolah-olah memberi galakan kepad perokok untuk merokok dengan lebih giat lagi. Walaupun penjual tahu pembeli itu di bawah umur tetapi tetap juga dijual kepada pembeli tersebut tanpa menghiraukan larangan kerajaan tentang larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun.

10. MEMBERONTAK ATAU MARAH

Ada juga remaja atau pelajar yang memberontak seperti marah atau tidak puas hati terhadap guru dan sebagainya akan menghisap rokok kerana bagi mereka rokok itu dapat menghilangkan tekanan.

11. MENGURANGKAN BERAT BADAN

Manakala, bagi golongan remaja wanita merokok dapat mengurangkan berat badan bagi yang mementingkan penampilan mereka. Oleh yang demikian, mereka percaya bahawa merokok dapat mengurangkan berat badan mereka. Hal ini disebabkan bagi mereka merokok dapat mengawal selera makan jadi bentuk dan berat badan mereka dapat dikekalkan. Selain itu, golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Menjadi kebanggaan golongan wanita jika mereka dapat melakukan apa saja yang dilakukan oleh lelaki.

Page 11: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Walaupun golongan wanita ini tahu perkara merokok itu merosakkan kesihatan atau tubuh badan mereka.

Soalan 6 Bincangkan peranan media sebagai agen perubahan dalam menyampaikan kesedaran dan pembangunan moral kanak-kanak di Malaysia.

Peranan Media Dalam Sebagai Agen Perubahan & Pembentukan Watak Remaja

Remaja mengenal dunia melalui persekitarannya. Apa yang diacu kepada remaja melalui aspek pendidikan, hiburan, sosial, ekonomi dan politik membentuk remaja yang sebegitu. Bidang komunikasi dan maklumat berkembang daripada hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan dan penyebaran maklumat daripada mulut ke mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang tajam iaitu melalui tulisan di media cetak.

Terkini, penggunaan audio visual dan komputer seperti televisyen, radio dan Internet menjadi saluran menyampaikan sesuatu isu dan pandangan.

Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain.

Cohen seorang tokoh komunikasi terkemuka menyatakan, "dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan".

Justeru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada remaja. Ini kerana remaja kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka.

Tokoh-tokoh terdahulu menjadikan media sebagai wacana untuk menyebarkan kefahaman mengenai kenegaraan, kekeluargaan, kebudayaan, keagamaan serta banyak lagi. Ini secara tidak langsung bertujuan memupuk nilai-nilai positif dan baik dalam diri pembaca atau pendengarnya.

Misi Nasional menekankan aspek pembangunan modal insan 'minda kelas pertama' dan bina upaya untuk melonjak sebagai status negara maju.

Page 12: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Melalui Pelan Integriti Nasional pula, negara menginginkan modal insan yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu sains dan teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif, pengamalan nilai etika dan juga menitik beratkan aspek moral yang tinggi. Oleh itu, media mampu menjadi medium yang luas untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja dalam acuan yang didambakan.

KESIMPULAN / RUMUSAN

Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.

KERTAS SOALAN TAMAT

SOALAN NILAI TAMBAH ( BONUS )Soalan 7Gejala vandalisme di kalangan belia semakin meningkat. Bincangkan faktor-faktor berlakunya vandalisme dan langkah mengatasinya.

GEJALA VANDALISME

Gejala vandalisme ini sering dikaitkan dengan remaja. Hal ini kerana, golongan remaja ini mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat terutamanya gejala vandalisme. Maksud vandalisme menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga dikenali sebagai gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.

Motif kejadian vandalisme biasanya terletak pada aspek emosi.

Page 13: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Vandalisme ini dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan geram atau pun cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun mereka dianggap ringan, tetapi masyarakat awam dan terutamanya kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat daripada vandalisme tersebut.

Faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme

Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya vandalisme.

Golongan remaja biasanya lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan komponen penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang remaja tersebut, terutamanya remaja yang tercicir dan menghadapi masalah dalam institusi keluarga mereka. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme ini merupakan remaja dalam kumpulan. Kumpulan ini tidak mempunyai tujuan dan terjebak dalam budaya lepak. Apabila mereka berkumpul timbullah pelbagai idea yang tidak baik termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkan harta benda awam tersebut.

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja.

Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

Pengaruh Media massa Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

Sikap tidak ambil peduli masyarakat Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang. Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial

Page 14: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Vandalisme biasanya banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah

a) Penguatkuasaan undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

b) Cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapaTerdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menangani

masalah vandalisme. Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidik anakagar tidak terjerumus dalan penderaan sosial seperti gejala vandalisme ini. "Melentur buluh biarlahdari rebungnya" merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalammengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yangberkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untukmengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak bersikap lepas tangan dalammendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungiawab kepadapembantu

Page 15: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anaksupaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah.

c) Kempen-kempen pencegahan jenayahDi samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh

diadakan di setiap institusi pendidikan. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan marnpu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutanya peringkat sekolah rendah.Hal ini demikian kerana pelajar pada tahun ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah seperti vandalisme. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah .Antara kempen pencegahan jenayahyang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran  remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.Melalui langkah ini, kegiatan vandalisme dapat dikurangkan.

EEM 432ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL

SEMESTER SEPTEMBER 2014

ARAHAN: Jawab EMPAT (4) SOALAN. Gunakan buku jawapan yang disediakan.

Soalan 1Berdasarkan model sosiopsikologi, bincangkan faktor-faktor berlakunya penganiayaan dalam kalangan kanak-kanak.

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa.

Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Page 16: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

 Faktor-faktor berlakunya penganiayaan dalam kalangan kanak-kanak.

Tekanan Di Tempat Kerja

Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Masalah Kewangan

Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongan daripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

Krisis Rumahtangga

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Kurangnya Didikan Agama

Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

Apabila ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka.

Anak-anak tidak dapat menerima "meresapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang. Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan,

Page 17: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.

Soalan 2Jelaskan kebaikan dan kelemahan penggunaan internet dalam kalangan murid-murid sekolah.Sokong jawapan anda dengan menerangkan kaitannya dengan isu lepak siber yang turut berlaku sekarang.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan pelajar adalah kumpulan yang paling ramai mengunjungi pusat-pusat siber kafe di kawasan bandar di seluruh negara. Antara puncanya:-

Sebahagian besar golongan pelajar telah banyak menghabiskan masa di siber kafe untuk tujuan hiburan semata-mata berbanding dengan tujuan pembelajaran. Hanya sebahagian kecil remaja yang melakukan perkara-perkara yang lebih bermanfaat semasa berada di siber kafe.

Faktor mencari keseronokan bersama-sama rakan-rakan sebaya adalah merupakan tarikan utama golongan pelajar mengunjungi pusat-pusat siber kafe.

Antara alasan yang sentiasa diberikan oleh remaja apabila mereka disoal tentang punca mereka suka melepak di siber cafe ialah masalah keluarga. Dakwaan ini adalah benar kerana pendidikan awal dan pendedahan anak-anak terhadap kehidupan bermula dalam keluarga. Oleh itu, jika anak-anak dibesarkan dalam keluarga yang harmoni maka jiwa mereka akan tenteram dan aman kerana dikelilingi dengan suasana kasih sayang dalam keluarga. Sebaliknya, jika remaja itu dibesarkan dalam keluarga yang porak-peranda,ibu bapa sering bergaduh atau bercerai,maka jiwa remaja ini akan diselubungi oleh perasan resah, marah dan kecewa.Akibatnya, remaja akan menunjukkan reaksi mmberontak denagn keluar rumah dan melepak dengan kawan-kawan di mana-mana sahaja demi mencari ketenangan jiwa.

Selain itu, isu lepak ini berlaku akibat sikap remaja itu sendiri yang mementingkan keseronokan dan malas untuk belajar dan berkerja. Fenomena ini berlaku lantaran sikap ibu bapa yang menyogok anak-anak dengan kemewahan dan wang sehingga mereka alpa terhadap tanggungjawab mereka. Mereka terus berseronok dan

Page 18: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

melepak di kafe siber atau di pusat hiburan yang lain untuk mengisi masa yang terluang. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap pengusaha pusat hiburan dan sesetengah masyarakat membiarkan sahaja remaja ini melepak di permis mereka dengan alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain. Bagi remaja pula, mereka berasa bahawa mereka tidak perlu bersusah payah untuk belajar atau kerja, jika kesenangan sudah berada di depan mata. Jelasnya, remaja yang tidak berwawasan suka melepak dan membuang masa sahaja.

Cara menangani Isu ini

   Isu ini akan memberi kesan buruk terhadap negara jika tidak ditangani segera. Hal ini mengundang gejala negatif lain seperti perlumbaan haram dan pergaulan bebas.

Ibu bapa ialah orang yang paling penting dalam  mengatasi masalah lepak ini.

Anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mewarnai kehidupan mereka dengan kehidupan dunia dan akhirat agar mereka dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk . Ibu bapajuga harus memupuk kasih sayang dalam keluarga sejajar dengan kempen semakin hari, semakin sayang yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ringkasnya ibu bapa bertanggungjawab terhadap tingkah laku anak-anak agar tidak melakukan perkara yang sia-sia sahaja.

Pihak kerajaan juga berperanan dalam mengatasi isu ini.

Program Rakan Muda yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan memberi peluang kepada para remaja  mengikuti aktiviti yang berfaedah seperti sukan, pengembaraan , kemahiran, dan keagamaan untuk mengisi masa lapang mereka. Begitu juga, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikenakan terhadap remaja yang terpilih dapat membina sikap patriotik, jati diri, berkeyakinan, dan berdisiplin dalam kalangan mereka lantas dapat menangkis segala pengaruh  negatif yang datang. Kementerian Pelajaran pula telah mewajibkan para pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulam untuk mengisi masa  senggang mereka selepas waktu persekolahan. Kita harap agar generasi  yang berwawasan dapat diwujudkan melalui usaha-usaha tersebut.

Peranan pihak swasta dan masyarakat

Pengusaha pusat kefe siber, pusat hiburan, restoran dan sebagainya haruslah sama-sama membendung gejala ini dengan melarang remaja yang berusia 18 tahun ke bawah atau para pelajar yang melepak di premis jualan mereka. Begitu juga orang ramai di pasar disarankan agar membuat laporan kepada pihak sekolah jika ternampak para pelajar yang melepak dan rayau-rayau semasa waktu persekolahan sedang berlangsung. Badan bukan kerajaan atau NGO boleh mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukan, kelas kemahiran, dan keagamaan untuk mengisi masa remaja yang terluang terutamanya semasa cuti persekolahan atau semasa pelajar menunggu keputusan

Page 19: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

peperiksaan. Jadi, kerjasama daripada masyarakat diperlukan untuk membendung masalah ini.

Soalan 3Nilai secara kritis faktor-faktor yang melemahkan peranan akhlak dalam sistem pendidikan masa kini. Berikan contoh yang spesifik.

Pemasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara di kalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai dalam KBSM.

Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topik besar. Kalau pada suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasan pengaruh media komunikasi, terutama sebelum meluasnya pengaruh media elektronik, sedikit sangat orang yang berbicara dan mempersoal tentang moral. Malah pada zaman itu para pemimpin, cendiakawan atau orang biasa banyak yang berbicara tentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-pelajar kita dikatakan kaku dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah untuk membentangkan pendapat. Pelajar-pelajar kita gagal berkomunikasi dengan baik. Dengan kata lain, pelajar kita tidak agresif dan berani seperti sekarang.

Tetapi keadaan masa kini sudah jauh berubah. Pelajar-pelajar dan remaja kita sudah menerjah keluar daripada kepompong kepasifan yang membelenggukan. Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah memaparkan model kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi sehingga mengancam masa depan Negara. Di manakah silapnya? Salahkah para guru mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar Pendidikan Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan berkesan sehingga dapat mengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar atau remaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab akibat menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika tidak dibendung secepat mungkin.

Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang salah silap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan berlakunya kerosakan dan keruntuhan moral, elok kita menyelak sejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam menghadapi tugas seharian mereka. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

Page 20: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. 2.0 Moral dan Akhlak: Latarbelakang Isu Sistem Pendidikan Negara sekarang boleh dikatakan terbaik dan mungkin ia diakui oleh dunia. Walupun wujud sistem dualisme dalam pendidikan kita namun kelihatan semacam kesepaduan antara ilmu naqliah dan aqliah. Sistem pendidikan masih menekankan pendidkan moral, nailai dan aqidah melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral dan nilai dalam sistem pendidikan negara kita, setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi, di samping terus menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan tuntutan agama. Isu keruntuhan akhlak telah menjadi perbincanagn hangat di kalangan masyarakat sekaramg. Isu ini telah dibincangkan di semua peringkat masyarakat, dari kedai kopi, kaki-kaki lima, sekolah, IPT hatta di Dewan Negeri dan Parlimen. Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta betapa pentingnya masalah keruntuhan ini ditangani dengan sebaik-naiknya agar ia tidak menjadi lebih parah. Keruntuhan akhlak telah berlaku di kalangan pemimpin peringkat atasan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan berpoya-poya. Gejala ini juga terdapat di kalangan remaja seperti pergaulan bebas, bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi. Selain itu, keruntuhan moral di kalangan masyarakat dapat juga dilihat dalam bentuk putusnya hubungan kekeluargaan, hilangnya rasa kasih sayang serta wujudnya sikap pulau memulau dan benci membenci terutama di kalangan masyarakat Islam. Gejala keruntuhan akhlak pada umumnya adalah disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian masa lampau tentang betapa pentingnya Pendidikan Akhlak Islam di ajar, disemai dan disuburkan dalam diri anak-anak kita. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak ummah dan moral masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Pada hari ini, beberapa program telah dilancarkan yang bertujuan melahirkan rakyat berakhlak dan bermoral tinggi. 3.0 Konsep Moral dan Akhlak Secara kasar dan pada laras bahasa yang biasa kedua-dua istilah di atas menampakkan maksud yang sama. Kedua-dua membawa maksud perlakuan atau tingkah laku yang baik. Walau bagaimanapun kalau dihalusi akan terserlah perbezaannya. Menurut T.Iskandar (1970) dalam Kamus Dewan mengatakan moral adalah sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul dan adil. Moral bermaksud perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yang dibuat dan dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Pengertian ini betul untuk komuniti tersebut, masa tersebut dan lingkungan yang tertentu sahaja. Dengan keadaan yang lain persetujuan tersebut mungkin tidak berlaku. Dengan kata lain moral walaupun baik dan betul tetapi tidak universal. Kebiasaannya moral lebih menekankan perhubungan yang harmoni di antara manusia sesama manusia (disiplin-disiplin kemanusiaan) dan hubungan yang harmoni di antara manusia dengan alam sekitar (disiplin-disiplin sains tabii). Moral menekankan kepentingan dan keselesaan individu serta masyarakat tetapi bersifat peribadi. Moral tidak membenarkan berlakunya krisis atau pertentangan peribadi. Oleh sebab itulah nilai moral biasanya tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta atau dengan soal-soal metafizik. Goleman (1995) telah memberikan konsep baru tentang âemotional intelligence (EI)â atau kecerdasan emosi yang boleh dikaitkan dengan�� ��

Page 21: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

amalan nilai dan moral individu yang boleh berjaya dalam kehidupan sejagat atau âglobal villageâ. Moral berbeza dangan akhlak dari segi sumber yang menentukan�� �� sesuatu perlakuan yang baik. Sesungguhnya akhlak bersumberkan wahyu, iaitu hubungan dengan Maha Pencipta.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;âDan�� sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berakhlak muliaâ.Dalam hal yang�� sama Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya âSesungguhnya aku�� diutuskan demi menyempurnakan akhlakâ. Aishah pernah ditanya tentang akhlak�� Nabi SAW maka dia menjawab; âAkhlaknya adalah Al-Quranâ. Menurut Abdul�� �� Raof Dalip (1986), akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib, maruah dan merangkum seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat kerohanian yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan wahyu daripada Maha Pencipta. Justeru, pendidikan akhlak akan membawa insan semakin dekat dengan Penciptanya. Persoalan akhlak dan moral ada kaitannya dengan iman. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang terlarang di samping mengerjakan yang disuruh Allah. Iman ini harus dimiliki dan menjadi benteng penghalang pengaruh-pengaruh negatif. Orang yang beriman ialah orang yang berakhlak mulia ( bermoral dan memiliki nilai murni ), orang yang sentiasa melakukan yang baik dan menjauhi dosa iaitu tidak melakukan perbuatan negatif yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat.Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian yang serius, maka pembentukan moral dan insan yang murni akhlak tidak akan berhasil. Walaupun kita berjaya melahirkan manusia berilmu tinggi namun tanpa disertai pendidikan moral dan akhlak, kita juga akan melahirkan insan yang akan menjadi perompak, perogol, pembunuh dan penjenayah yang lain di kalangan orang yang berijazah atau berpendidikan tinggi. 4.0 Moral dan Akhlak Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Matlamat pendidikan di Malaysia yang asalnya adalah rujukan daripada barat telah diubahsuai kepada konsep pendidikan bersepadu. Kurikulum pendidikan barat yang diasaskan daripada falsafah humanisme menekankan keharmonian dan keseimbangan di antara manusia dengan manusia, dan di antara manusia dengan alam sekitar. Kedua-dua hubungan ini adalah perlu dan baik tetapi ia masih berkisar dan bertitiktolak pada ilmu akal. Mana mungkin ilmu akal semata-mata dapat memahami hukum alam yang dicipta oleh Maha Pencipta. Justeru, untuk lebih memahami hukum-hukum alam yang dicipta oleh Tuhan, maka satu lagi dimensi yang paling penting perlu dimasukkan iaitu hubungan manusia dan alam sekitar dengan Maha Pencipta. Bagi hubungan dengan Maha Pencipta mestilah dirujuk kepada ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan wujudnya kurikulum tiga dimensi ini, maka ia bolehlah dikatakan sebagai kurikulum bersepadu. Pengubahsuaian kepada bidang-bidang matlamat pendidikan perlu dilakukan agar ia bersesuaian dengan konsep bersepadu. Pengubahsuaian ini boleh dilihat dalam rajah 1 yang ditunjukkan di bawah. Kognitif Aqidah Akhlak Nilai Murni Afektif Psikomor Rajah 1 : Kesepaduan ilmu Akal dan +ilmu Wahyu Matlamat Pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan aqidah. Kemurnian aqidah akan menjelmakan akhlak yang baik. Dari akhlak yang baik ini akan terpancarlah nilai murni yang akan dimanifestasikan oleh tingkah laku yang baik. Dan seterusnya dihayati dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang demikian, matlamat pendidikan akan tercapai iaitu dapat melahirkan pelajar yang berintelek, berakhlak dan bertaqwa.Bagaimana mengaplikasikan konsep sepadu dalam pengajaran dan pembelajaran? Pengajaran menurut tradisi barat adalah bersifat sekular. Terdapat

Page 22: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

beberapa model atau pendekatan pengajaran seperti pendidikan kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya diri, pendekatan pembinaan tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan penggunaan ilmu. Guru boleh memilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat pendidikan yang telah ditentukan. Kelima-lima pendekatan ini hanyalah mencakupi ilmu akal.. Ilmu akal mempunyai had dan batasan tertentu. Kekangan ini akan menyebabkan kita gagal memahami ilmu dengan sebenarnya. Oleh yang demikian setiap pendekatan atau model pengajaran yang disebutkan di atas mestilah disasarkan kepada konsep-konsep ilmu wahyu. Ini dapat ditunjukkan oelh rajah 2 di bawah.Kognitif Motivasi & Tingkah Interaksi PenggunaanJaya Diri Laku Sosial IlmuAl-Guran Konsep Konsep Konsep KonsepAs-Sunnah Insan Fitrah Keseimbangan IbadahMODEL (Nilai Murni)AkhlakAqidahRajah 2 Menunjukkan Kesepaduan Dalam Pendidikan PengajaranSetiap pendekatan pengajaran mestilah dimulakan dengan aqidah. Seterusnya dikembangkan ke dalam akhlak dan moral. Nilai-nilai moral ini dihayati ke dalam konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitu konsep insan, konsep fitrah, konsep keseimbangan dalam hukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah. Konsep-konsep daripada ilmu wahyu ini seterusnya disepadukan dan dihayati ke dalam kelima-lima pendekatan pengajaran yang akan digunakan iaitu kognitif, motivasi dan jaya diri, tingkahlaku, interaksi sosial dan penggunaan ilmu.Apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan? Untuk memastikan matlamat pendidikan tercapai seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, maka:· Kepentingan manusia (insan) mestilah lebih utama dan istimewa daripada kepentingan ekonomi, sains, teknologi dan industri. Nilai dan harga diri manusia mesti berada pada tempat yang tertinggi. Dengan cara yang demikian, nilai dan moral dapat dilaksanakan dalam pendidikan negara.· Untuk memastikan wujudnya acuan Malaysia yang berasaskan nilai, guru dan para pemikir hendaklah bersedia untuk mengubah suai dan menilai semula seluruh komponen pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai, sejarah, budaya, agama dan tamadun bangsa kita.· Kita perlu kembali kepada sumber wahyu yang hakiki dan benar untuk rujukan nilai kerana niali-nilai ciptaan manusia adalah bersifat subjektif dan tidak universal. Dalam konteks ini konsep bersepadu adalah yang paling sesuai diterapkan.· Pembinaan acuan Malaysia yang berasaskan moral dan nilai perlulah dimulakan dengan anjakan paradigma terhadap konsep dan falsafah ilmu. Kalau dulunya kita bertunjangkan barat dan kini sudah sampai masanya kita kembali kepada ilmu yang bersifat sepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu.· Usaha untuk membina acuan Malaysia dengan fokus pembangunan manusia sebagai agenda istimewa perlulah dilaksanakan serentak dengan konsep pembinaaan masyarakat madani. Ini bermaksud persoalan moral, nilai dan manusia mestilah selari dengan konsep Ad-Din sebagai satu cara hidup. Ini bermakna setiap aktiviti kemajuan negara sama ada pendidikan, ekonomi, pengurusan,, perundangan, politik, kesenian dan sebagainya mestilah dilaksanakan secara bersepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu. Inilah asas atau teras pembinaan acuan Malaysia.Penekanan kepada moral dan nilai direalisasikan dengan menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib, dan selaras dengan wawasan 2020 di mana diharapkan masyarakat Malaysia dalam abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahaja mampu berdaya saing dalam Negara perindustrian, juga menekankan penerapan nilai-nilai murni melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum tersirat, iaitu kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang diharapkan menghasilkan

Page 23: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

budaya sekolah yang beretika.Sebenarnya jika dikaji dengan teliti, pendidikan nilai ini mendasari falsafah pendidikan Negara kita kerana matlamat FPN adalah untuk menghasilkan insan yang seimbang dari semua aspek iaitu aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani. Tanpa memasukkan program pendidikan nilai dalam kurikulum, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua segi tidak akan berhasil. Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral sahaja yang mampu mendidik dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar rasional, amanah, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia yang lain yang dipersetujui masyarakat.Di antaranya, Taylor (1961) mengemukakan pandangan bahawa nilai adalah darjah dan peraturan yang secara tergabung membina cara hidup manusia. Nilai menggariskan iadea-idea dan matlamat-matlamat hidup. Nilai adalah darjah normative dan peraturan kerana ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran manusia semasa ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran mnusia semasa membuat pertimbangan dalam menentukan cara dan gaya bertindak serta bertingkahlaku sebaik-baiknya untuk mengekalkan kesejahteraan dirinya (dalam Sufean Hussin, 1989).Mengikut seorang penulis lain dari India, Radharkaman Mukerjee (1965), beliau menyatakan bahawa nilai terbit daripada keinginan dan motif yang dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan masyarakat. Nilai mengikat indidividu secara halus dan senyap. Bagi Allporrt (1961) pula, beliau menyebut bahawa nilai ialah kepercayaan yang mengakibatkan manusia memilih sesuatu tingkah laku. Wiliams (1968), mentafsirkan nilai sebagai apa saja yang dipegang oleh seseorang yang menjadi kriteria untuk membuat keputusan bagi memilih tingkah laku dalam angka mencapai hasrat dan keinginan.Model Pendidikan Nilai 3KModel ini dikemukakan berasaskan kepada anggapan dan keyakinan bahawa ;I(a) Manusia terbina dari tiga komponen iaitu akal, roh dan jasad (Al Ghazali (1967) Maslow,A.H. (1954), Taylor,P.W.(1961), Fathi Yakan (1988).(b) Penerapan nialai adalah satu proses yang berjalan secara tabie (Abdullah,N.U.(1988), Ismail Jusoh, (1993).(c) Manusia harus mengenali dirinya dan hubungannya dengan sistem alam dan Pencipta alam (Al Ghazali (1967), A.A.Maududi (1984). Dengan andaian dan kesedaran di atas maka model penerapan nilai digambarkan seperti berikut (Rajah 3) .NILAI MURNIINSAN SEIMBANGTAAT DAN PATUHKEPERCAYAAN KEPADA TUHANPENERAPAN KEFAHAMAN,KESEDARAN DAN KEYAKINAN (3K)TOPIK PELAJARANRajah 3Model Penerapan Nilai 3KRajah 3 di atas menunjukkan fasa-fasa yang harus berlaku atau diwujudkan dalam proses penerapan nilai. Individu yang menghayati niali-nilai murni akan terbina sekiranya pendidikan yang dijalani itu melibatkan ketiga-tiga bidang iaitu akal, roh dan jasad. Dalam model 3K di atas, penerapan nilai secara langsung boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran yang diajar dalam kelas (Ismail Jusoh, 1993). Ia boleh dilakukan semasa membuat rumusan atau penutup pengajaran.Guru boleh mengaitkan isi pelajaran geografi, apabila belajar tentang tajuk kejadian hujan, kondensasi, proses sejatan, tekanan rendah dan tekanan tinggi dan sebagainya. Proses-proses tersebut tidak berlaku secara kebetulan. Semua kejadian ada Pencipta dan Penguasanya. Begitu juga dalam pelajaran Biologi, pelajaran mengenai sel, menunjukkan kekuasaan Tuhan. Sel yang seni itu mustahil wujud dengan sendiri tanpa ada sebab dan akibat disebaliknya. Tindak blas yang berlaku dalam sel tidak mungkin terjadi tanpa ada kawalan. Siapakah yang mengawalnya? Hakikat inlah yang patut ditonjolkan dalam pengajaran dalam rangka memberi kesedaran, kefahaman dan keyakinan (3K) kepada pelajar supaya mereka dapat menginsafi

Page 24: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

kewujudan Tuhan.Proses penerapan nilai melalui model ini boleh dilaksanakan secara langsung atau secara tidak langsung. Secara langsung, guru boleh menghubungkan terus isi pelajaran dengan nilai kepercayaan kepada Tuhan yang mana dengan nilai ini akan tersemai nilai-nilai murni yang dihajati seperti kerjasama, jujur, bersikap positif dan lain-lain seperti yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara.. Proses penerapan ini bukan terhad kepada jangka masa tertentu (semasa pelajar berada di alam persekolahan), bahkan ianya berjalan sepanjang hayat dan di setiap tempat. Proses ini juga bergantung kepada persekitaran, iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik, masyarakat, media dan rakan sebaya. Jadi, penerapan nilai yang berkesan hanya terhasil jika terdapat persekitaran yang positif.Falsafah Moral dan Tingkah LakuFalsaafh yang relevan kepada profesion keguruan dan perkembangan pendidikan di negara ini ialah falsafah moral dan tingkah laku. Falsafah ini memerlukan peranan positif dan konstruktif profesion keguruan ke arah membina moral dan tingkah laku pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya mendenda dan melarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang sama guru merokok di kawasan sekolah dan di mana-mana sahaja.Falsafah moral dan tingkah laku juga mendasari perkembangan pendidikan, perkembangan profesion keguruan dan perkembangan institusi sekolah. Bagaimanapun, pengaruh lain seprti agama, budaya, etika, pemodenan, sekularisme, dasar dan peraturan sekolah seringkali menimbulkan konflik dan percanggahan dari segi falsafah moral dan tingkah laku. Oleh sebab itu, pengajaran dan pembelajarn di sekolah sering kali berhadapan dengan isu kontroversi dan menyulitkan peranan guru serta peranan sekolah menangani krisis yang berlaku dalam masyarakat.Ideologi buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oelh aliran falsafah moral dan tingkah laku bagi tujuan mengawal tindakan dan tingkah laku golongan muda. Pada masa yang sama terdapat unsur-unsur pemodenan dan revolusi moral dan tingkah laku yang menyebabkan berlakunya tingkah laku baharu iaitu agresif, konfrontasi, kecenderungan untuk mencabar dan mengkritik dan sebagainya.Falsafah moral dapat menolak fahaman kebendaan yang menguasai masyarakat dan memberikan kesan tertentu kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Bersifat kebendaan memanglah penting dalam kehidupan, terutama isu kemiskinan dan kemunduran dalam masyarakat Malaysia yang masih begitu kuat menghalang berlakunya perubahan dan menjejaskan kualiti pendidikan golongan miskin. Semangat berusaha kuat untuk mencapai perubahan perlu ditanamkan kepada anak-anak golongan miskin supaya kemajuan kebendaan dapat membantu dan membentuk mereka mencapai kehidupan yang lebih baik dan menyediakan peluang pelajaran dan kemudahan belajar di rumah yang mendorong kemajuan mereka.5.0 Guru: Agen Pembentukan Akhlak dan Moral.Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang dikatakan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau ârole modelâ.�� �� Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi â Guru kencing berdiri, murid kencing�� berlariâ. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat��

Page 25: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai ârole modelâ yang baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu�� �� tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai ârole modelâ bukan mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan�� �� menjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baik disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah diterima.Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan âmind setâ seseorang individu pada�� �� tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan belaian kasih saying sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka.Guru merupakan orang paling penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak didiknya akan berasa sekolah seperti rumah keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pula membentuk apa yang dikatakan âSekolah tanpa takut (No fear school)â. Kalau dapat diwujudkan suasana�� �� seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan yang pastinya suasana pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah mewujudkan sekolah penyayang.Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadi isteri atau suami yang berakhlak mulia.Untuk mewujudakan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, maka guru seharusnya berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak didiknya. Selain itu, guru juga seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas sehariannya dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada anak-anak didiknya dengan penuh tanggungjawab dan beretika.Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadi perhatian. Selain mewujudkan sekolah penyayang guru juga berperanan dalam mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat. Ini kerana guru telah sekian lama dikanali sebagai pemimpin kecil yang dapat menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka dengan masyarakat.Setiap guru harus komited terhadap kerjaya pendidikan, berperibadi tinggi an bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam menjayakan pendidikan moral. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik terdiri daripada pelbagai keturunan dan fahaman keagamaan. Jadi dalam menangani masalah moral atau menjayakan pendidikan moral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis. Keikhlasan dan kejujuran patut wujud dalam diri guru dan menampilkan pengajaran mengikuti aspirasi Negara. Dalam hal ini guru-guru yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah guru yang sejati, berinovatif dan kreatif.Dengan kata lain, falsafah yang mengemudikan amalan pendidikan di sekolah ialah bahawa semua guru merupakan guru dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting ialah guru diperlukan menerap nilai-nilai murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai nilai inti (core values) dalam pengajaran mereka masing-masing. Selain dari itu, guru juga ialah role model, kepada pelajar mereka dan tingkahlaku guru melambangkan keprofesionalan profesion itu.Dengan

Page 26: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

penekanan nilai di sekoah, dan guru diharapkan melambangkan diri sebagai agen pendidikan moral di sekolah, maka kepentingan Pendidikan Moral dan Nilai dalam profesion perguruan tidak perlu dipersoalkan.Martabat profesion perguruan biasanya dibayangkan daripada perspektif bagaimana seseorang guru menjalankan tugasnya iaitu membantu peajar-pelajar mereka belajar. Tugas guru ialah menyampaikan pengetahuan kepada pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang ditetapkan dalam mata-mata pelajaran tertentu. Tetapi, lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik, dan dengan ini bermakna membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu tetapi juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan insan pelajar itu mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia. Kejayaan pendidikan sukar diukur tetapi boleh dikatakan adalah diharapkan lebih dari semata-mata pelajar mencapai dalam peperiksan awam. Yang penting ialah sama ada guru berjaya memberi: pertama (i) pengetahuan kepada pelajarnya dengan menanamkan nilai âmencari ilmuâ di�� �� kalangan mereka, menanamkan semangat âpembelajaran sepanjang hayatâ dan�� �� kedua (ii) membentuk peribadi mulia, manusia berilmu dan berketrampilan serta mempunyai nilai-nilai masyarakat Malaysia, khususnya mencapai matlamat yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Martabat profesion perguruan juga dibayangkan dari perspektif bagaimana seorang guru bertindak sebagai seorang agen moral, dan contoh moral kepada murid-murid mereka. Personaliti guru dan nilai-nilai tersendiri yang dipamerkan melalui tingkahlakunya, mempengaruhi peranannya sebagai agen moral dan contoh kepada murid-murid. Dalam pengajarannya, seorang guru mungkin secara tidak langsung menerapkan nilai tersendiri dalam situasi pengajaran dan pembalajaran melalui pemilihan isi kandungan, prosedur dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini akan membawa kesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalam panduan penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru untuk mempraktikkan nilai-nilai yang seharusnya mereka terapkan kepada pelajar mereka akan merendahkan martabat profesion itu sendiri.Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada berbagai-bagai cabaran baharu. Setengah cabaran adalah berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baru dan isu-isu yang berkaitan degan masalah etika. Cabaran penting profesion keguruan ialah membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan moral.Fenomena sosial seperti merokok, gangguan seksual, pesta seks di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana dan delinkuen yang meluas di kalangan remaja di sekolah.Masalah ini mencerminkan kelemahan sekolah dan profesion keguruan dalam membendung dan menangani masalah sosial di sekolah. Oleh sebab itu, timbul berbagai-bagai penulisan yang mencerminkan kelemahan sekolah yang dikaitkan dengan masalah sosial seperti sekolah melahirkan jenayah, sekolah tanpa roh dan watak. Pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan di sekolah menunjukkan kelemahan peranan guru-guru di sekolah. Dengan bertambah ramainya guru perempuan, peranan bapa di sekolah semakin lenyap. Kesan daripada masalah ini ialah meningkatnya masalah disiplin dan sosial di kalangan pelajar. Wawasan pembangunan dan pendidikan di sekolah tidak berkesan kerana asas kerangka tindakan pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti pendidikan yang diterima oleh pelajar-pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran

Page 27: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

dan ini bergantung kepada guru-guru mereka. Untuk mendapatkan kualiti pendidikan yang sewajarnya, maka seseorang guru itu mestilah bersikap professional. Professional bukan bermakna mendapat gaji yang lumayan tetapi ia termasuk penetapan standard yang tinggi untuk memasuki kerjaya perguruan, calon guru yang terbaik, persediaan dan pendidikan guru yang berkualiti, pendidikan berterusan semasa bekerja, suasana kerja yang selesa yang cukup dengan peralatan mengajar, peluang untuk berinteraksi dengan rakan sekerja dan boleh membuat keputusanMohd Sani Ibrahim merumuskan bahawa guru yang professional ialah (Rujuk rajah 4):· Guru yang berilmu (content knowledge)o Ilmu yang berkaitan isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan pedagogi, bahan, kaedah dan teknologi.· Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran pembelajaran (Pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge)o Meliputi merancang, mengurus, memilih starategi dan meransang pengajaran pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik, kemahiran kaunseling dan menilai p-p· Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri sahsiah yang perlu dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan bahasa yang standard dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan usaha yang dilakukan.o Meliputi taqwa, akhlak, peribadi mulia, komitmen, sopan, positif dan budaya ilmu.Rajah 4 : Model Guru Yang Profesional6.0 Pembentukan Akhlak Dan Moral: Aplikasi Di Bilik Darjah6.1 Pendekatan langsung melalui pengajaran Pendidikan Islam dan MoralPendekatan langsung membabitkan pengajaran dua mata pelajaran yang khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah, yang bertumpu secara langsung terhadap perkembangan moral, etika, akhlak, dan pendidikan nilai, iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.6.2 Pendekatan tak langsungPendekatan tak langsung membabitkan penggunaan mata pelajaran-mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai alat untuk merealisasikan pendidikan nilai dan moral. Sebagai contoh, pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah membekalkan peluang atau sumber yang baik bagi pendidikan nilai dan moral. Para pelajar boleh mengenalpasti dilema moral, penaakulan moral dan membuat keputusan moral dalam novel dan penulisan sejarah. Pendekatan tak langsung adalah sebahagiannya berlandaskan andaian bahawa pemahaman tentang manusia dan kemanusiaan memerlukan perkembangan daya imaginasi dan intuisi yang membolehkan seseorang meningkatkan kepekaan moral dan kepekaan intelektual (Gambell 1988).Penerapan nlai murni telah diwajibkan di dalam semua mata pelajaran. Persoalannya sejauhmanakah guru berjaya mengimplimentasikan penerapan nilai tersebut dan adakah penilaian dibuat tentang proses dan produknya. Satu kaedah yang dapat memupuk beberapa nilai murni ialah pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran ini bukan setakat pelajar duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat kekitaan yang mana murid dapat bantu membantu ahli kumpulan belajar dan meningkatkan prestasi sendiri dan kumpulan.6.3 Aktiviti KokurikulumKita maklum bahawa di sekolah masa kini terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform, persatuan dan kelab serta sukan permainan. Pada umumnya di sekolah satu hari pada hujung minggu dikhususkan untuk kegiatan ini dan semua pelajar diwajibkan terlibat. Begitu juga untuk guru, mereka perlu hadir sekolah pada hari Sabtu. Bila guru tidak datang maka pelajar pun begitu juga dan akhirnya aktiviti tidak berjalan langsung. Pengetua / guru besar haruslah berhikmah dan memujuk guru-guru agar memenuhi tanggungjawab mendidik anak

Page 28: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

bangsa melalui kokurikulum. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah senang hati dan seronok, mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat awam. Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.6.4 Pendekatan Pendidikan Rasulullah SAWPendidikan Rasulullah SAW bergantung kepada beberapa faktor. Satu daripadanya ialah objektif pengajaran itu sendiri sama ada untuk menanam keimanan, mengajar ibadah atau akhlak. Di dalam mengajar akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri. Perkataan dan perbuatan beliau adalah contoh untuk diikuti. Beliau mempunyai sifat terpuji iaitu tabah, pemaaf, pemurah, sopan santun, belas kasihan, rendah diri, adil, amanah, pendiam, takut dan taat kepada Allah serta banyak beribadat.Rasulullah SAW mengajar ibadat ialah melalui demontrasi atau tauladan seperti cara beliau sembahyang, berpuasa dan menunaikan haji. Baginda juga membetulkan kesalahan yang dibuat oleh pengikutnya dengan cara yang betul. Begitu jugalah di sekolah, guru-guru hendaklah selalu menggunakan kaedah demontrasi atau tunjukajar selain daripada kaedah soaljawab dan bertukar-tukar fikiran. Akhlak dan kewibawaan Rasulullah telah menyebabkan umatnya sayang dan hormat kepadanya. Sahsiah beginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi kawan dan yang bukan Islam memeluk Islam. Guru-guru juga dapat menukar akhlak murid dengan dirinya sendiri dahulu mengamalkan nilai murni yang bakal diterapkan kepada murid. Murid berada di sekolah selama sebelas tahun dan dari 6-8 jam sehari. Ini adalah masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model yang sentiasa diperhatikan oleh murid.6.5 Sokongan daripada Pentadbir sekolahUntuk membentuk akhlak para pelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru besar harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh menekankannya dengan memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang lain. Ucapan yang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moral dan akhlak pelajar. Dengan cara yang demikian pelajar akan merasa mereka diberi perhatian. Selain itu program berbentuk pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat remaja seperti sukan, nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama.6.6 Kepimpinan âinspirationalâGuru sering dilihat�� �� sebagai pemimpin yang penting dalam memberikan dorongan dan membina watak serta sahsiah pelajar. Kepimpinan âinspirationalâ berperanan memberi dan membina�� �� semangat, mempunyai kekuatan bagi mengubah dan mendorong kejayaan pelajar, dapat memberi keinsafan dan menanamkan kesedaran diri, memulihkan moral dan keyakinan diri pelajar, memberi inpirasi serta mengilhamkan perubahan yang dinamik serta positif kepada pelajar. Golongan pendidik seharusnya mempunyai inpirasi dan aspirasi yang tinggi untuk memimpin ke arah perubahan. Inpirasi boleh dicetuskan melalui pemikiran dan idea-idea, sentuhan emosi atau perasaan serta stail dan gaya kepimpinan yang berpotensi dan berwibawa mempengaruhi orang lain.6.7 Kepimpinan KerohanianGuru harus mempunyai corak kepimpinan ini kerana ia penting untuk membina sahsiah pelajar. Kepimpinan kerohanian ialah kepimpinan yang menekankan soal-soal moral, agama, ibadah, tingkahlaku yang baik, adab dan hubungan yang bersopan santun. Guru perlu membina sikap toleransi antara kaum dan budaya dalam kepimpinan pendidikan agar dapat membentuk budaya dinamik sekolah terutamanya keadaan sekolah yang mempunyai pelajar dan guru berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Peranan kepimpinan kerohanian amat penting dalam pembentukan watak dan sahsiah seterusnya dapat membina kekuatan moral di kalangan pelajar dan guru. Tanpa

Page 29: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

agama dan moral yang baik, pendidikan akan gagal membentuk warganegara yang mempunyai asas-asas moral yang baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.6.8 Pembelajaran koperatifPembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai sesuatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi (Cohen 1994). Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus.Menurut Slavin (1995) pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk mengembangkan perasaan âsatu kumpulanâ�� �� dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Pelajar akan bekerja bersama-sama, belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-membantu, berkongsi idea dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah. Ahli-ahli kumpulan dalam pembelajaran koperatif terdiri daripada pelajar yang mempunyai kebolehan dan sosioekonomi yang berbeza, berbeza etnik, jantina dan pencapaian akademik. Setiap pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan harga diri pelajar, memiliki kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulan sekitarnya.Kaedah pembelajaran ini memerlukan usaha guru melatih murid bekerja dalam kumpulan dengan betul, iaitu bersikap mahu mendengar pendapat orang lain, memberi pengukuhan, menjadi pemimpin / ketua yang demokratik, membantu rakan sekumpulan dan berusaha mendapat kejayaan. Guru harus bersedia memupuk semangat kekitaan terlebih dahulu sebelum mengajar perkara akademik. Kajian Kooperatif di Amerika (Nor Azizah 1992) dan di Malaysia (Jamilah Karim 1992), Ida Fadil (1995) menunjukkan bahawa beberapa nilai murni dapat dipupuk seperi sayangkan sekolah dan rakan-rakan, bekerjasama, berani bersuara dan berinteraksi antara kaum. Kajian Yee Cheng Teik (1995) menunjukkan di dalam kaedah Matematik kaedah ini dapat empertingkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah dan meninggikan pencapaian.7.0 PenutupPengajaran dan pemupukan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar merupakan tugas suci (mission) sekolah sejak zaman berzaman. Namun dewasa ini, baik di negara barat ataupun di negara timur persoalan ini jugalah yang menjadi isu hangat kerana ternyata sekolah begitu berjaya mencungkil dan mengembangkan hamper seluruh potensi yang ada pada diri pelajar yang bersifat kognitif dan psikomotor tetapi kurang mampu untuk turut sama mempertingkatkan nulai-nilai moral dan akhlak. Sejaka zaman dahulu lagi iaitu para filosof Greek, golongan skolastik dan ahli-ahli fikir tradisional tanpa merasa jemu membuat penegasan bahawa fungus utama pendidikan adalah ke arah membangun peribadi diri, khususnya aspekâaspek yang berkaitan dengan�� perkembangan moral dan akhlak.Di samping kepentingan peribadi, perwatakan dan sahsiah guru yang menjadi role model kepada murid-murid yang memberi sumbangan yang besar dalam menerapkan budaya moral dan akhlak yang baik, peranan Pendidikan Moral dan Agama Islam itu sendiri juga tidak boleh dipertikaikan. Secara teori, kerangka konseptual, matlamat dan organisasi kandungan, kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia adalah sesuatu yang ideal, lengkap dan senpurna.Pelaksanaan Pendidikan Moral menuntut sekolah menyempurnakan dua tanggungjawab yang besar dan berat iaitu yang pertama:sekolah terpaksa mengajar nilai-nilai murni kepada peljar yang mana nilai-nilai tersebut tidak di ajar di rumah dan kedua: demi untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan, sekolah mesti berperanan

Page 30: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

sebagai âcaring moral communitiesâ yang boleh membantu kanak-kanak yang�� �� terabai dan sugul dari rumah agar mereka dapat dimotivasi dan dipupuk minat mereka kepada pelajaran, dapat mengawal perasaan marah dan kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih disayangi dan berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab.Dalam menjayakan pendidikan moral dan akhlak sepenuhnya, semua pihak mesti melakukan reformasi terhadap diri masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta sanggup menjadi âmodelâ dalam masyarakat. Guru terutamanya amatlah penting memahami bahawa�� �� penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020. Bibliografi Abd.Rahim Abd Rashid (2005) Profesionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan PustakaPendidikan Moral dan Nilai (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan.Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.Shahrin Awaludin & Kamaruzaman Abd. Ghani (2003). Pendidikan Rohani DalamSistem Pendidikan Negara : Satu Pemikiran Semula. Pemikiran Dalam PendidikanFakulti Pendidikan, UKM. BangiZainab Hanim et.al (2004) Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif (PK)Dalam Pengajaran Matematik : Penyelidikan Di Sekolah Rendah.Jurnal Pendidikan 29 m.s 105 â 124. Fakulti Pendidikan, UKM. BangiZarin�� Ismail (1998) Pendidikan Moral di Sekolah : Apa Dualisme Dan Dikotominya?Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Fakulti Pendidikan. UKM, Bangi

Soalan 4Tingkah laku agresif ”Mat Rempit” berpunca daripada faktor diri sendiri, keluarga dan rakan sebaya. Jelaskan.

Justeru itu, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja di negara in terlibat dengan gejala “Mat Rempit”? Adakah mereka ini ingin digelar sebagai “Mati Katak” atau “Sebagai pembunuh diri” ? Antara faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya gejala “Mat Rempit” ini ialah :

Faktor diri sendiri - Perasaan ingin mencuba

Punca yang telah dikenal pasti yang telah mempengaruhi remaja terjurumus dalam gejala rempit ini ialah perasaan ingin mencuba. Jiwa yang bergolak tidak dapat dinafikan lagi apabila ia dikaitkan dengan remaja yang sedang meningkat dewasa. Dengan perasaan sebegini mereka mudah terjebak secara tidak langsung dengan gejala rempit ini. Tidak hairanlah jika ramai remaja terlibat dalam gejala ini. Oleh sebab desakan naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada risiko yang bakal ditempuh, mereka berani melakukan apa sahaja. Mereka ini mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media.

Page 31: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Terpengaruh dengan rakan

Namun perasaan ingin mencuba ini sedikit sebanyak telah didorong oleh pengaruh rakan sebaya. Sudah menjadi hakikat bahawa remaja yang hidup berkelompok amat kuat pengaruhnya antara individu remaja tersebut. Pergaulan mereka dari hari ke hari akan menjadi semakin rapat dan ini secara tidak langsung memudahkan individu remaja itu untuk meniru gaya atau lagak rakan mereka khususnya gaya atau lagak yang negatif seperti merempit. Tidak hairanlah jika kita dapat saksikan mereka yang merempit begitu ramai sehinggakan apabila mereka berkumpul kita dapat lihat seperti ada majlis yang sedang diadakan. Jelasnya, pengaruh rakan sebaya juga banyak memainkan peranan di dalam menentukan pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh sekelompok remaja ini. Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan risiko yang bakal ditempuhi.

Gaya hidup dan taraf pendidikan

Punca yang lain pula ialah gaya hidup yang terlalu bersosial dan taraf pendidikan yang rendah. Ini dapat dibuktikan apabila mereka tidak dapat membezakan perbuatan yang baik dan buruk seterusnya tidak boleh memikirkan kesan yang akan menimpa ke atas mereka. Pengaruh filem atau cerita juga antara punca yang menyebabkan ramai remaja melibatkan diri mereka dalam gejala rempit. Mereka beranggapan bahawa mereka disanjung apabila satu pembikinan filem yang menceritakan gaya hidup mat rempit seperti filem REMP-IT.

Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa

Punca yang seterusnya ialah keprihatinan keluarga. Mereka yang telah terjerumus dalam gejala merempit ini tiada kawalan keluarga atau prihatin daripada keluarga. Ibu bapa yang sibuk bekerja, adik-beradik yang sibuk dengan hal sendiri menyebabkan tiada tumpuan ke atas mereka seterusnya mereka melibatkan diri mereka untuk merempit. Masalah keluarga juga tidak ketinggalan menjadi faktor kepada remaja terjerumus dalam gejala rempit seperti kurangnya mendapat kasih sayang daripada keluarga. Kurangnya kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja. Apabila mereka merasa bosan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang suka berleter tatkala mereka berada dirumah. Hal ini membuatkan diri meraka merasa bosan dengan sikap ibu bapa tersebut.

Menyahut cabaran rakan sebaya

Page 32: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Selain itu juga, pengaruh rakan ini boleh dikaitkan dengan punca lain iaitu mendapat cabaran. Bagi mat rempit, mereka mudah menyahut cabaran rakan mereka untuk berlumba, melakukan aksi merbahaya, lakukan jenayah dan pelbagai lagi. Walaupun mereka bahawa merea terdedah kepada bahaya yang bakal menimpa mereka, tetapi perasaan ingin mendapat tumpuan dan pujian mereka sanggup mengenepikan bahaya yang menimpa mereka.

Soalan 5Faktor persekitaran adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan faktor rakan sebaya. Beri hujah anda menyokong pernyataan ini. ( Setuju atau TIDAK setuju ),,,,,Bahaskan.

Kegiatan merokok ini sering berlaku kepada masyarakat yang tidak mengendahkan tentang bahayanya merokok, bukan saja golongan lelaki malahan juga golongan wanita juga ada yang sudah pandai berjinak-jinak dengan tabiat merokok ini. Terdapat pelbagai punca atau faktor seseorang itu menghisap rokok antaranya : -

1. KURANG IKATAN KEKELUARGAAN

Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati bahawa peranan keluarga amat penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang sering berlaku pada anak remaja sekarang ini. Ikatan kekeluargaan yang ada sekarang ini semakin berkurangan kerana ibu bapa tidak memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka kerana mereka sering saja sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak merasa bosan dan kurang kasih sayang daripada ibu bapa sehingga anak-anak mereka menjadi penghisap rokok kerana tidak seorang pun yang melarang perbuatannya itu.

2. TERLALU BEBAS

Punca seterusnya, tingkah laku anak-anak mereka, terutama yang telah mencapai umur belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Anak-anak remaja

Page 33: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

terlalu diberi kebebasan oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap aktiviti. Jadi anak tersebut melakukan sesuatu tanpa pengetahuan dan larangan ibu bapa.

3. IBU BAPA MENGHISAP ROKOK

Selain itu, ada ibu bapa yang menghisap rokok di depan anak-anak mereka. Ini bukan saja menunjukkan contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak mereka supaya berbuat perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga melakukan hal yang sama.

4. PERGAULAN DAN PENGARUH RAKAN-RAKAN

Pengaruh dan pergaulan dengan kawan-kawan yang merokok juga merupakan faktor penggalak bagi remaja untuk menghisap rokok kerana jika mereka tidak merokok, mereka akan disisihkan dan dianggap tidak berani.

5. INGIN MENCUBA DAN BERSERONOK

Mereka juga terdorong oleh perasaan ingin mencuba bagaimana rasanya rokok itu kerana golongan remaja sinonim dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Bagi remaja khususnya lelaki menganggap dengan merokok dapat menunjukkan kedewasaan atau kematangan mereka sebab itulah mereka merasa bangga apabila menghisap rokok. Ada juga remaja lelaki yang beranggapan mereka merokok sekadar untuk berseronok saja tanpa memikirkan kesan buruk akibat tabiat merokok. Manakala lelaki dewasa merokok kerana sifat ketagihan mereka sehingga ada yang berpendapat rokok sahabat atau kekasih kedua mereka.

6. ROKOK MUDAH DIPEROLEHI

Ada juga berpendapat rokok mudah dibeli disebabkan itu remaja mula dan meneruskan tabiat merokok setiap hari dan juga rokok itu mudah diperolehi dari rakan-rakan yang merokok.

7. TERTEKAN

Tabiat merokok ini juga berlaku apabila merasa tertekan dengan kerja dipejabat atau sekolah, mengantuk dan apabila tiada keyakinan diri terhadap sesuatu perkara.

8. PENGARUH MEDIA MASSA DAN GOLONGAN BERPENGARUH

Selain itu, pengaruh daripada media massa juga memainkan peranan yang penting seperti disiarkan iklan orang merokok dan sebagainya kerana golongan remaja ini mudah terikut-ikut dengan budaya yang diperlihatkan kepada mereka. Golongan berpengaruh seperti ahli politik, artis, doktor dan termasuk pemimpin agama yang merokok memberikan teladan yang negatif kepada masyarakat, ini menyebabkan golongan remaja semakin rancak atau tanpa segan silu menghisap rokok di tempat-tempat awam.

9. GALAKAN PENJUAL ROKOK

Page 34: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun adalah lemah atau gagal kerana penjual rokok hanya ingin mengaut keuntungan dalam perniagaan, oleh itu akibat buruk dari perbuatan remaja menghisap rokok tidak dihiraukan. Ini menunjukkan penjual seolah-olah memberi galakan kepad perokok untuk merokok dengan lebih giat lagi. Walaupun penjual tahu pembeli itu di bawah umur tetapi tetap juga dijual kepada pembeli tersebut tanpa menghiraukan larangan kerajaan tentang larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun.

10. MEMBERONTAK ATAU MARAH

Ada juga remaja atau pelajar yang memberontak seperti marah atau tidak puas hati terhadap guru dan sebagainya akan menghisap rokok kerana bagi mereka rokok itu dapat menghilangkan tekanan.

11. MENGURANGKAN BERAT BADAN

Manakala, bagi golongan remaja wanita merokok dapat mengurangkan berat badan bagi yang mementingkan penampilan mereka. Oleh yang demikian, mereka percaya bahawa merokok dapat mengurangkan berat badan mereka. Hal ini disebabkan bagi mereka merokok dapat mengawal selera makan jadi bentuk dan berat badan mereka dapat dikekalkan. Selain itu, golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Menjadi kebanggaan golongan wanita jika mereka dapat melakukan apa saja yang dilakukan oleh lelaki. Walaupun golongan wanita ini tahu perkara merokok itu merosakkan kesihatan atau tubuh badan mereka.

Soalan 6 Perincikan sebab-sebab yang menyumbang kepada perlakuan buli di sekolah.Beri contoh yang spesifik.

Isu buli di sekolah merupakan masalah displin yang sangat serius . Isu buli

ini hangat diperkatakan kerana beberapa kes buli telah menyebabkan kecederaan

yang serius dan ada juga yang menyebabkan kematian. Sesungguhnya isu ini

tidak harus dipandang ringan oleh masyarakat kerana isu ini boleh mengganggu

perkembangan bidang pendidikan yang sememangnya penting untuk kemajuan

negara. Berleluasanya isu buli telah menjadikan sistem pendidikan negara

terganggu kerana sesetengah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada

pelajaran kerana menjadi mangsa buli.

Apakah yang menyebabkan masalah buli di sekolah kian menjadi-jadi dari semasa ke

semasa? Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya perbuatan membuli di sekolah.

Page 35: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Sikap Pelajar itu sendiri

Punca utama berlakunya perbuatan buli ialah sikap pelajar berkenaan. Banyak

kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang membuli ini adalah pelajar

yang kurang berdisiplin. Pelajar ini didapati selalu bergaduh sama ada dengan adik-

beradik ketika berada di rumah dan bergaduh dengan kawan-kawan jika berada di luar

rumah. Sebahagian daripada perlakuan buli yang dilakukan juga bertujuan untuk

membalas dendam atau menyakiti fizikal seseorang serta mahu mendapatkan

perhatian daripada orang lain. Pelajar ini biasanya mempunyai kawan-kawan yang

berkelakuan negatif seperti menghisap rokok, bergaduh dan ponteng sekolah.

Masalah institusi kekeluargaan

  Masalah yang dihadapi oleh pelajar itu dalam keluarga juga boieh

menyebabkan kegiatan buli berlaku. Pelajar berkenaan ingin membalas dendam

kerana di rumah mereka sering dimarahi dan didenda oleh ibu bapa. Hal inl

disebabkan mereka selalu berkelakuan tidak baik kepada ahli keluarga. Selain

itu, ibu bapa yang sering tiada di rumah kerana sibuk bekerja juga telah

menyebabkan pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang

cukup. Oleh itu, mereka sering melakukan kesalahan disiplin termasuklah membuli

untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka.

Pengaruh Rakan Sebaya

Faktor pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca kepada terjadinya

kegiatan membuli. Pengaruh rakan sebaya dalam tingkah laku seseorang memang

tidak dapat disangkal lagi. Terdapat pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut

kawan. Mereka seronok melihat pelajar yang dibuli menangis atau marah kepada

mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila perbuatan buli ini boleh membawa

kepada kecederaan atau kematian.

Pengaruh Media massa

Perbuatan buli juga boleh berpunca daripada pengaruh media massa. Media

massa yang paling berpengaruh ialah televisyen dan permainan video. Dewasa ini

terdapat banyak stesen televisyen yang menayangkan filem yang berunsur ganas.

Page 36: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Sewajarnya pihak media perlu memastikan program yang disiarkan di televisyen

tidak mendatangkan kesan negatif kepada golongan muda, terutamanya peiajar

sekolah.

Peranan Sekolah – Kurang berkesan

Pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada

berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah

dapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajar akan menjadi semakin nakal

jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakan

disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Antara

masalah disiplin yang perlu diambil tindakan dengan segera ialah bergaduh,

menghisap rokok dan ponteng sekolah. Jika pihak jawatankuasa disiplin sekolah

dapat memainkan peranan dengan proaktif, maka sudah pastilah gejala buli dapat

dikurangkan atau dibanteras sama sekali.http://www.facebook.com/sharer.php?

u=http://www.jomria.com/2015/04/punca-berlaku-perbuatan-kes-buli-di.html

KERTAS SOALAN TAMAT

SOALAN NILAI TAMBAH ( BONUS )Soalan 7

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Bincangkan cara-cara menanganinya.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

 

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Page 37: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

 

Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

Soalan 8

Gejala ”Mat Rempit” perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Bincangkan cara-cara menanganinya.

Gejala mat rempit boleh mendatangkan masalah kepada ketenteraman awam dan menambah bilangan korban jalan raya. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menangani masalah mat rempit.

Peranan Ibu Bapa

lbu bapa adalah pihak yang patut memainkan peranan dalam menangani masalah mat rempit di kalangan anak-anak mereka. Kita sedia maklum bahawa banyak masa anak-anak berada di samping ibu bapa d i r u m a h . Jika ibu bapa membelikan anak-anak motosikal, pastikan pergerakan mereka dipantau pada setiap masa. Ibu bapa yang dapat memberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak pasti dapat menghindarkan anak mereka daripada terlibat dalam gejala mat rempit. Ibu bapa juga seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak mereka agar mereka merasai diri mereka dikasihi dan dihargai. Jangan terus membiarkan anak-anak menjadi liar gara-gara kegagalan ibu bapa memberi perhatian secukupnya. Luangkan sedikit masa untuk bersama dengan anak-anak. Bertanyakan masalah, mendengar luahan dan rintihan hati mereka.

Page 38: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

Peranan Guru Dan Sekolah

Dalam perhimpunan rasmi sekolah pula, pengetua atau guru besar boleh mengingatkan pelajar tentang keburukan menjadi mat rempit. Jika terdapat aduan berlakunya gejala mat rempit, pihak sekolah patut memanggil pelajar berkenaan untuk diberi kaunseling dan nasihat.

Peranan Media Massa

Media massa juga perlu memainkan peranan dalam membendung kegiatan mat rempit. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda manusia tidak dapat disangkal lagi. Media elektronik seperti televisyen pula boleh memainkan peranan dengan membuat iklan yang dapat memberikan kesedaran kepada remaja tentang keburukan gejala merempit dan lumba haram. Namun begitu, iklan-iklan dan kempen-kempen yang diadakan mestilah dipelbagaikan bentuk visualnya supaya dapat memberi kesedaran yang berpanjangan dan mendalam kepada mat rempit dan golongan remaja.

Penguatkuasakan undang-undang dengan lebih efektif

Penguatkuasa undang-undang memang perlu untuk membendung gejala ini. Di sarankan ianya agar lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang bakal mereka terima.

Peranan Kerajaan

Kementerian Pengangkutan juga perlu memainkan peranan dan bersikap lebih proaktif. Kementerian Pengangkutan mempunyal kuasa untuk mencari alternatif baru untuk menangani masalah mat rempit. Kementerian Pengangkutan juga boleh bergabung tenaga dengan pihak polis dalam usaha menangani gejala mat rempit dan lumba haram. Seterusnya, Kementerian Pengangkutan boleh juga menjalankan Kempen keselamatan jalan raya yang memberi penekanan terhadap gejala mat rempit.

Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan penting. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran boleh mengadakan pelbagai aktiviti tentang menangani gejala mat rempit di sekolah-sekolah.http://www.facebook.com/sharer.php?u=http://www.jomria.com/2015/04/langkah-mengatasi-gejala-mat-rempit.html

Peranan Masyarakat

Selain itu, masyarakat juga turut berperanan membendung gejala mat rempit. Sikap masyarakat yang saling mengambil berat permasalahan setempat akan mempengaruhi aktiviti mat rempit. Segala pergerakan mat rempit yang berlaku dalam masyarakat mesti diambil tindakan pencegahan dengan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa. Jika semua ahli masyarakat setempat mengambil tangungjawab untuk

Page 39: Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)

menghapuskan gejala mat rempit, maka sudah pasti suasana masyarakat akan menjadi lebih tenteram dan harmoni. Dekatilah “Mat-mat Rempit” dengan berhemah dan hikmah. Mungkin dengan cara ini mereka akan berasa diri mereka dihargai. Kata-kata motivasi dan kaunseling juga diperlukan untuk membendung virus ini. Jangan terus memberi tekanan kepada mereka. Sepertimana kita ketahui zaman remaja memang penuh dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa inginkan perhatian masyarakat. Oleh itu berinteraksilah secara matang dengan golongan remaja ini, jangan memperlakukan diri mereka seperti budak kecil.

Sebagai kesimpulannya, kita jangan terlalu menyalahkan dan menunding jari kepada golongan remaja. Sebaliknya kita sebagai individu dewasa, bantulah golongan ini dengan profesional dan matang. Dekatilah mereka agar mereka merasakan diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.