kementerian pendidikan malaysia - ipbl.edu.my modul pdpm...modul pendidikan islam pimkd2013...

99
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL PENDIDIKAN ISLAM PIMKD2013 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Upload: buiphuc

Post on 08-Mar-2019

368 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

PIMKD2013

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)

MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Cetakan November 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Falsafah Pendidikan Guru ii

Notis Hak Pengarang iii

Kandungan iv

Panduan Pelajar v

Icon vi

Pengenalan vii

Agihan Tajuk dan Unit viii

UNIT 1 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

1

UNIT 2 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

9

UNIT 3 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

20

UNIT 4 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

26

UNIT 5 ANALISIS KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM KSSR

48

UNIT 6 ISU-ISU SEMASA KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM 65

Bibliografi 83

Panel 84

Simbol 85

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam

pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)

dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana

interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah

pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah

/tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah

pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

SUSUNAN UNIT MODUL Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten: 1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Kandungan Unit 4. Penulisan berkaitan kandungan unit

PANDUAN PELAJAR

5. Refleksi/ Latihan Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka dan modul.

PENGENALAN Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam Pendidikan Islam untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan perkembangan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.

2. Menganalisis kandungan kurikulum dan isu semasa dalam Pendidikan Islam di Malaysia

3. Menghubungkait kurikulum dengan isu semasa dalam Pendidikan Islam dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan

AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran

secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali

dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah

pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM

KULIAH &

TUTORIAL

45 JAM

BERSEMUKA

40%

18 JAM

DALAM

TALIAN

20%

9 JAM

MODUL

40%

18 JAM

1. Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam

Definisi (M)

Falsafah (M)

Matlamat (M)

Objektif (M)

Dasar (K)

3 2

- 1

2. Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam

Zaman Rasulullah SAW (DT)

Zaman Khulafa’ al-Rasyidin (M)

Zaman Umaiyyah (K)

Zaman Abbasiyah (K)

5 2

1

2

3. Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia

Pengenalan (M)

Matlamat (M)

Objektif (M)

Kandungan (K)

Kepentingan/ Kelebihan (DT)

10

4

2

4

TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM

KULIAH &

TUTORIAL

45 JAM

BERSEMUKA

40%

18 JAM

DALAM

TALIAN

20%

9 JAM

MODUL

40%

18 JAM

4. Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia

Sebelum dan selepas merdeka (DT)

KBSR dan KBSM (M/K)

KSSR dan KSSM (M/K)

10 4

2

4

5. Analisis Kandungan Kurikulum KSSR

Bidang Al-Quran (K)

Bidang Hadis (K)

Bidang Aqidah (K)

Bidang Ibadah (DT)

Bidang Sirah (M)

Bidang Akhlak (M)

Bidang Jawi (M)

10

4

2

4

6. Isu-isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam

Pendidikan Bertaraf Dunia (K)

Kepelbagaian sistem pendidikan Islam (K)

Kesepaduan Ilmu (DT)

7 2 2 3

JUMLAH 45 JAM 18 JAM 9 JAM 18 JAM

Nota: K – Kuliah, T – Tutorial, A, Amali, M – Modul, DT – Dalam Talian

HASIL PEMBELAJARAN

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep, definisi,

falsafah, matlamat, objektif, kandungan, dasar dan kepentingan kurikulum Pendidikan Islam.

Di sampaing asas-asas agama dalam bidang Pendidikan Islam yang menjadi sandaran

perbincangan, pendapat-pendapat sarjana Islam turut diambil kira dalam memahami

matlamat dan falsafah Pendidikan Islam.

KERANGKA TAJUK

1.1 Konsep Pendidikan Islam

1.2 Definisi Pendidikan Islam

1.3 Falsafah Pendidikan Islam

1.4 Matlamat Pendidikan Islam

1.5 Objektif Pendidikan Islam

1.6 Tugasan

UNIT 1 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

i. Menghuraikan konsep, definisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.

ii. Menghuraikan matlamat Pendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.

iii. Menjelaskan falsafah dan hasrat penggubalan Kurikulum Pendidikan

Islam.

1.1 Konsep Pendidikan Islam

Pendidikan dalam bahasa Arab disebut tarbiah, yang pada asalnya membawa makna;

pertambahan, perkembangan dan ketinggian. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja

rabba yang antara maknanya ialah; memperbaiki (islah), memimpin dan mentadbir.Menurut

ahli bahasa, tarbiah bererti membangun sesuatu secara tahap demi tahap menuju kepada

kesempurnaan. Salah satu dari nama Allah ialah ar-Rab kerana yang mengawal,

mengislah, mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada kesempurnaan. Semuanya ini

merupakan inti daripada pendidikan. Oleh itu Rabbul ‘Alamin ditafsirkan sebagai Murabbil

‘Alamin (pendidik seluruh Alam) dan Allah SWT. ialah Pendidik Yang Teragung. Perkataan

tarbiah mengandungi dua unsur terpenting; iaitu pertambahan dan perbaikan (Islah) hingga

ke tahap kesempurnaan.

Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali.Ia menjadi

bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada Islam dan merupakan satu ibadat yang

besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita meneliti ayat al-

Quran yang pertama diturunkan. Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung perkara

lain seperti ibadat, tetapi dimulakan degan perintah yang berhubung dengan pendidikan.

Firman Allah SWT:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian

makhluk),”.

(Al-`Alaq: 1)

Islam tidak melihat pendidikan daripada skop yang sempit. Ia tidak terbatas pada pendidikan

duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat. Dalam

hubungan ini, Islam telah membahagikan ilmu kepada dua kumpulan yang besar. Pertama

ialah fardu ain yang dituntut ke atas setiap orang supaya mengetahui dan mempelajarinya

dalam melaksanakan suruhan agama. Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti

dipelajari dan diketahui oleh individu tertentu seperti ilmu pertukangan, kemahiran,

perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik, pembuatan senjata dan sebagainya. Walau

bagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu ain apabila tiada seorang pun muslim

dalam masyarakat itu yang mempelajarinya.

1.2 Definisi Pendidikan Islam

Untuk menggambarkan pengertian Pendidikan Islam, dikemukakan beberapa definisi yang

dikemukakan oleh para sarjana Islam. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai

”satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang

berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang

baik dan warganegara yang berguna.

2. Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai

“proses melaksanakan falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam

bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan

keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah dapat terbentuk

dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang muslim, walau bila dan

di mana sahaja berada”.

1.3 Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan,

kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada

falsafahnya.Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari

generasi ke generasi samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini adalah

ditentukan oleh falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan.

Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang

menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih

dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan. Al-Syaibani

(1979) menjelaskan, falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang dirancangkan dengan

hikmah untuk menjadikan proses dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa. Pendidikan

juga menyiapkan generasi muda dan warganegara sesebuah negara supaya beriman

kepada Allah dan berpegang teguh kepaada syariat Islam.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup

Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah Pendidikan

Islam menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia akhirat tercapai dengan

jayanya. Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bahawa manusia ialah makhluk Allah dan

manusia mempunyai batasan dalam tindakannya. Oleh itu pendidikan ini merupakan satu

aliran falsafah yang berbentuk keagamaan, berusaha meningkatkan keimanan manusia

kepada Allah, dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi serta

keadaan tunduk dan patuh kepadanya.

Falsafah Pendidikan Islam amat diperlukan bagi tujuan pendidikan Islam;

i. Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan pemikiran yang sihat terhadap

proses pendidikan

ii. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidikan negara dalam ertikata yang

menyeluruh

iii. Membentuk asas pendidikan khususnya dalam kaedah pengajaran di sekolah,

universiti dan institusi pendidikan yang lain.

iv. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya nilai

Islam dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat.

v. Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam sistem pendidikan.

Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan Islam secara tersurat mula disedari oleh

Jawatankuasa Pengubal Sukatan/kurikulum Pendidikan Islam KBSR. Beberapa siri

perbincangan cendekiawan Islam telah diadakan. Hasilnya pernyataan Falsafah Pendidikan

Islam KBSR dirumuskan seperti berikut:

"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,

kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi

membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba

Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam

sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di

akhirat."

(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)

Penyataan falsafah ini menegaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam mata

pelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada aspek berikut:

i. Ilmu dan pengetahuan

ii. Kemahiran atau amalan

iii. Penghayatan terhadap syariat Islam

iv. Pembentukan sikap

v. Pemupukan pandangan hidup atau pemikiran Islam

vi. Tanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara

vii. Penekanan kesejahteraan abadi di akhirat.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang berlandaskan al-Quran dan al Sunnah dalam

membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah (pelajar)

yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan

Negara ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

1.4 Matlamat Pendidikan Islam

Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan

warganegara yang baik dan melahirkan insan soleh yang tidak mengenal batas masa,

negeri, bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat.

Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam seperti berikut:

“Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan

sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur

pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, bekerjasama

dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat

membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.’.

Berdasarkan ungkapan di atas, matlamat pendidikan Islam dapat disimpulkan seperti

berikut:

i. Mempersiapkan warganegara yang baik.

ii. Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul

iii. Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan

iv. Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani

v. Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal

vi. Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup bahagia

Menurut al-Ghazali matlamat pendidikan ialah:

“Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperolehi kedudukan,

bermegah-megah dan berlumba-lumba.”

Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk membuang

segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta dan matlamat ilmu

yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah.Jadi, tujuan

pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah adalah tidak tergolong ke dalam objektif

pendidikan Islam.

Ibn Khaldun pula menekankan tujuan keilmuan Islam sebagai tujuan pendidikan Islam itu

sendiri. Katanya ada dua tujuan iaitu:

i. Tujuan Keagamaan.

Pendidikan mestilah membawa individu tersebut kepada mengenal Tuhannya,

dapat beramal untuk akhirat dan dapat menunaikan hak-hak Allah yang menjadi

kewajipan kepadanya.

ii. Tujuan Keilmuan.

Iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkan individu tersebut

untuk menghadapi kehidupan dunianya.

Apabila kita lihat keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun menjelaskan

matlamat pendidikan adalah untuk menjaga kepentingan hidup di dunia dan di akhirat, dapat

mengimbangkan kedua-duanya sebagai satu panduan hidup manusia.

Kesimpulannya, dalam konteks terkini matlamat pendidikan Islam mempunyai empat

halatuju iaitu:

i. Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Orang yang

beriman dan beramal soleh telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan di dunia

dan di akhirat.

ii. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak mulia

dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama kerana

Allah SWT. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang bermaksud:

“Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Tiap-tiap kamu bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Pemerintah adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab ke atas rakyat. Seorang lelaki adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Manakala seorang perempuan itu pula adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap ahli rumahnya, suaminya dan anaknya. Orang gaji adalah penjaga harta bendanya, maka ia

adalah bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Tiap-tiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya."

iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan dan

meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yang berpusat

di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. Menghormati ulamak, ibu

bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin kebebasan beragama dalam kalangan

orang yang bukan Islam.

iv. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar yang

paling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk mencetuskan

manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran dan kesejahteraan

manusia sejagat.

1.5 Objektif Pendidikan Islam

Objektif pendidikan dinyatakan sebagai objektif khusus pendidikan Islam itu sendiri, objektif

tersebut adalah seperti berikut:

i. Mengajar murid-murid didikan agama supaya mengenal Tuhan yang menjadikan

langit dan bumi, memberikan kehidupan dan nikmat dan menyediakan balasan baik

dan jahat di dunia dan akhirat.

ii. Mendidikan jiwa murid-murid sehingga mencetuskan kesedaran beragama yang

mendalam dalam jiwa mereka.

iii. Mendidik jiwa murid-murid supaya beramal dengan akhlak yang terpuji sejak kecil di

samping memandu mereka supaya menghargai kemuliaan tingkah laku dan beramal

dengan tuntutannya.

iv. Menunjukkan murid-murid bahawa semua ajaran agama, baik dari suruhan atau

larangan, adalah bertujuan untuk kebaikan diri seseorang dan faedahnya terpulang

kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menghindarkan kejahatan dan perkara

yang mudarat bagi diri individu dan masyarakat.

v. Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang kelebihan-kelebihan hukum agama

yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Hadith.

vi. Memupuk kecenderungan ke dalam jiwa murid-murid perasaan suka mempelajari al-

Quran dan membacanya. Mengajar mereka membaca al-Quran dengan betul

tentang bunyi, baris dan tempat berhenti.

vii. Mengajar hadith-hadith Nabi s.a.w. supaya murid-murid mendapatkan pengajaran

dari segi kesopanan, adab dan tingkah laku.

viii. Mengamalkan teladan yang baik daripada biografi Rasulullah s.a.w., para sahabat

dan pahlawan-pahlawan Islam yang berjasa.

1.6 Kepentingan Kurikulum

Kurikulum pendidikan sentiasa menjadi tumpuan pelbagai pihak dan dianggap sebagai

wasilah penting untuk mendidik generasi muda dan mengembangkan potensi, bakat,

kekuatan dan keterampilan mereka. Kurikulum berperanan besar untuk mempersiapkan

mereka menjalankan hak dan kewajiban dalam pelbagai aspek kehidupan serta membina

masa hadapan yang gemilang.

Kurikulum pendidikan sangat penting kerana ia dijadikan sarana untuk mencipta perubahan

yang dihasratkan, membetulkan sikap dan kepercayaan yang salah dan membentuk nilai

dan gaya hidup yang baru. Kurikulum dirancang untuk menyediakan suasana yang sesuai

bagi perkembangan yang di kehendaaki dan memauhi keperluan-keperluan pihak tertentu.

Umat Islam melihat bahawa kurikulum sebagai alat terbaik untuk membina peribadi pelajar

sama ada dari segi individu atau sosial. Di samping itu, ia juga dilihat wasilah yang berupaya

untuk membina masyarakat dan umat. Kurikulum turut dianggap sebagai teras dalam proses

pendidikan. Negara memberi perhatian yang besar kepada penggubalan sesuatu kurikulum,

pelaksanaannya, penilaiannya, penambahbaikannya serta perubahan jika ia diperlukan atau

tidak dapat dielakkan lagi.

Menurut Hassan Langgulung (1988) disiplin ilmu pendidikan terbahagi kepada lima

komponen utama iaitu; falsafah dan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran

dan pengurusan, kaunseling dan penilaian. Memahami betapa pentingnya peranan

kurukulum, agenda perubahan pendidikan sesebuah negara selalunya berkait rapat dengan

perubahan pada kurikulum . Secara ringkasnya, menguasai kurikulum bermakna menguasai

pendidikan secara keseluruhannya.

1. Bincangkan aplikasi falsafah pendidikan menurut Al-Quran dan As-Sunnah dalam

pembentukan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.

TUGASAN

HASIL PEMBELAJARAN

SINOPSIS

Kursus ini juga membincangkan sejarah pendidikan Islam di zaman Rasulullah SAW dan

khulafa’ al-Rasyidin, zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbasiah.

KERANGKA TAJUK

2.1 Zaman Rasulullah SAW

2.2 Zaman Khulafa’ al-Rasyidin

2.3 Zaman Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyah

2.4 Tugasan

2.5 Pembelajaran dalam talian (bagi yang ada PdP dalam talian seperti dinyatakan

dalam Agihan Tajuk).

2.1 Zaman Rasulullah SAW

Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan

pemikiran yang merubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan

tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang

UNIT 2 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Di akhir topik ini, pelajar dapat:

i. Mengenal pasti tentang sejarah perkembangan Pendidikan Islam sejak zaman

Rasulullah SAW hingga zaman Bani Abasyyiah

berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik dan

matlamat keduniaan semata-mata.

Perbincangan mengenai pendidikan Islam pada peringkat ini, merangkumi skop

perkembangan Pendidikan Islam pada period Makkiyah berlaku secara rahsia, dan period

Madiniyyah iaitu pada tahap terbuka. Bagaimanapun pemikiran pendidikan yang

berlangsung pada zaman Rasulullah SAW. adalah berkisar di sekitar pembentukan individu

mukmin dalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti pemikiran

pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada sekarang.

Ibn Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah Arab

adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu membaca dan

menulis. Menurutnya orang yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan bin Umaiyyah dan

mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah. Menurut sejarah orang yang mula-mula mengajar

menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di Tanah Arab ialah seorang yang

berasal dari Wadi al-Qura. Ia telah berusah memberi pelajaran kepada beberapa orang

penduduk negeri itu. Semenjak dari itulah tersibarnya kemahiran tulis menulis dan

membaca di Semananjung Tanah Arab, bagaimanapun proses perkembangan tersebut

berlaku secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam.

Kedatangan agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu pengetahuan

dan pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca. Situasi demikian

adalah menurut inspirasi al-Quran sebagai wahyu Allah SWT yang mula-mula kepada

Rasul-Nya. Perintah membaca اقراء seperti dalam wahyu pertama merupakan perintah Allah

SWT supaya menulis dan membaca untuk melepaskan diri mereka daripada kongkongan

kejahilan dan kemunduran dalam semua bentuk kehidupan. Menerusi pembacaan atau

pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dalam pelbagai proses kemajuan dan

kematangan seperti proses pengenalan (cognition), ingatan (memory), pengamatan

(perception), pengucapan (verbalization), pemikiran (reasoning), daya kreativiti (creatibity)

dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan.

Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan yang sentiasa menghalang manusia bagi

mengenal Tuhan yang sebenar. Dengan membaca, manusia didorong kepada rasa ingin

tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar. Berkeyakinan terhadap Tuhan

yang Maha Esa Pencipta Alam, dapat mengenali dan menginsafi diri sendiri. Pembacaan

atau pemilikan ilmu merupakan alat yang unik bagi mencapai tahap iman yang sebenar

yang boleh mendorong kepada melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kebahagiaan

hakiki di dunia dan di akhirat.

i. Pendidikan Islam di Mekah

Bagi menyelaras dan memantapkan penyibaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah dan

akhlak, Rasulullah SAW. dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan

dan pendidikan Islam kepada umatnya. Sebagai langkah pertama baginda memperkenalkan

pembacaan dan asas-asas al-Quran di samping pelajaran tulis menulis dan membaca

sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan. Al-Quran sebagai sumber pertama

dikuatkan lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah SAW.

yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan.

Tahap pendidikan di peringkat awal berlaku secara rahsia bermula dengan pengajaran al-

Quran khusus kepada kaum keluarga baginda sendiri. Hasil daripada usaha ini Khadijah

binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk agama Islam dan

meyakini ketauhidan Allah.

Dalam kalangan sahabat baginda yang menerima terus pengajaran daripada baginda

Rasulullah SAW. ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Melalui perantaraan Abu Bakar, Islam

mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan, Zubair bin al-

Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidullah, Abu Ubaidah

bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab, Said bin Zaid al-Adawi dan

lain-lain. Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan suatu bentuk pendidikan yang

mula tersusun.

Rumah baginda

menjadi pusat

pendidikan pertama

dan selepas itu rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah menyampaikan setiap wahyu yang

diterimanya kepada para sahabat dan kaum muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman

Allah SWT:

“Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada engkau daripada Tuhan engkau, kiranya engkau tidak melakukan demikian, maka tidaklah engkau menyampaikan risalah-Nya”.

(al-Maidah :67)

Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan mendengar kuliah daripada

Rasulullah SAW. sendiri dan seterusnya menghafal, mengamal dan menghayati isi

pelajarannya. Manakala pembelajaran al-Quran dilakukan secara talaqqi dan musyafahah.

Pembelajaran berlaku secara hafazan iaitu menghafaz ayat-ayat al-Quran yang dibacakan

dan menulis ayat tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru telah mendidik, melatih dan

memandu pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan perasaan kasih sayang. Beliau

mendidik dan memandu mereka bukan sahaja dari segi pengetahuan (kognitif) malah dari

segi sikap, peribadi dan tingkahlaku dengan memperlihatkan contoh-contoh dan tauladan

yang dilakukannya sendiri.

Selepas turunnya surah al-Hijr ayat 94, Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW.

menyebarkan Islam secara terang-terangan, bermula dari sini pendidikan Islam dilakukan

secara umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam terbuka luas

meliputi lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan disekitar Kaabah. Kurikulum

pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid kerana itu isi

pelajaran yang disampai oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat istiadat,

kepercayaan dan cara beribadat kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT. Pada tahap

ini juga perkembangan pendidikan Islam tersebar ke Habsyah dimana ketika di Habsyah,

Jaafar bin Abi Talib menerangkan kepada Raja Habsyah iaitu Najasyi berkaitan dengan

Islam dan membaca al-Quran di hadapannya.

ii. Pendidikan Islam di Madinah

Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan

dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum

pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan perundangan dan

perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat

menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti

agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat,

pelajaran dan pendidikan.

Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar

mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas dan

sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW telah mendirikan sebuah surau yang

bersambung dengan masjid tersebut dikenali sebagai al-suffah. Ia merupakan sebagai

sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya

termasuklah al-Quran, asas agama (Aqidah, Syariah, Akhlak), khat, sejarah dan bahasa.

Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan

kepada individu dan masyarakat.

Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam beberapa bentuk

Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah

i. Pendidikan umum: Ia di jalankan oleh Rasulullah SAW atau para sahabat daripada

Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato

selepas solat fardu atau selepas solat Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang

aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda,

bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.

ii. Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang

diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat atau

masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-Siddiq, Abu

Hurairah dan lain-lain adalah di antara orang yang sering mendapat pendidikan

khusus berupa teguran dan tunjuk ajar secara langsung.

Struktur Pendidikan Islam

di Madinah

Pendidikan UmumPendidikan

Khusus

Pendidikan Institusi

iii. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah.

Pendidikan ini dibahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat awal (menulis dan

membaca) dan peringkat pendidikan ke atas ahli Suffah. Pendidikan bentuk ini

banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya.

2.2 Zaman Khulafa’ al-Rasyidin

Zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M–40H/661M) diperintah oleh empat

orang sahabat Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kestabilan dan

keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap

perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan

perhatian mendidik di samping pada masa yang sama mentadbir negara.

Pusat pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan pusat

pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin Umar, Zaid

bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam bidang

keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan al-Quran dan ajaran sunnah

Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada kaum

muslimin.

Tahun-tahun pemerintahan khulafa’ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran seperti

masalah ar-riddah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum Nasrani,

bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua masalah itu

dapat di atasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke serata alam

dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada zamannya.

Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah orang

yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung usaha-usaha

yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi ekoran

pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.

Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H13H) di samping memelihara

keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-orang munafik dan

musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap perkembangan ilmu

pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya mempelajari dan

menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula

ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-Quran dapat

diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran kerajaan

Islam Madinah.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh

Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam yang

ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan dibangunkan

masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam.

Khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan ilmu

pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh Semenanjung

Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa

pemerintahannya. Beliau memberi penekanan yang serius terhadap ilmu pengetahuan

yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu

pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda

memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan tersebut dapat dilihat

melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut:

Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan

syair-syair yang indah.

Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan mengenai

pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-sahabat untuk

menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat menyelamatkan

pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.

2.3 Zaman Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah

i. Umar Abdul Aziz

Pendidikan Islam pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah bermula pada 40H/660M hingga

130H/750M. Khalifah Umaiyah amat mengambil berat tentang perkembangan pendidikan.

Pada peringkat ini para sahabat dan tabi’in berlumba-lumba mewujudkan institusi pengajian

Islam di masjid-masjid, kuttab, istana dan rumah. Sebagai contoh Khalifah Muawiyah bin

Abi Sufiyan sentiasa mengundang para ulama’ dan cendiakawan ke istananya untuk

perbincangan ilmu antaranya ialah sejarah bangsa Arab, sejarah peperangan dan sejarah

raja-raja Farsi, sistem pemerintahan dan pentadbiran raja-raja berkaitan. kota Basrah

dijadikan pusat penyebaran ilmu dan Bahasa Arab merupakan bahasa pengantar utama

kerajaan umaiyah

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz merupakan seorang khalifah Umaiyyah yang juga merupakan

tokoh ulamak dalam bidang al-Quran, Tafsir, Hadis dan Nahu. Beliau juga amat

menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan

kemewahan dunia. Khalifah Umar telah memerintahkan rakyatnya mendirikan solat secara

berjamah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana

yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin.

Khalifah Umar Abdul Aziz sangat menggalakkan kegiatan keilmuan. Para ulama telah

diarahkan untuk mengembangkan ilmu masing-masing dan banyak ulama mula mendapat

perhatian kerajaan. Antara ilmu yang dimajukan adalah bidang kajian hadis, ilmu

tatabahasa, dan ilmu perubatan. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam

mengarahkan pengumpulan pembukuan hadis. Baginda turut mengarahkan Muhammad b

Abu Bakar Al-Hazmi dan Imam Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri agar mengumpul

dan menyusun hadith-hadith Rasulullah SAW.

Khalifah Umar sangat mengambil berat dalam ilmu keagamaan atau kerohaniaan dan ilmu

keduniaan lebih-lebih lagi ilmu kedoktoran kerana keperluan orang ramai dalam kehidupan

mereka seharian, untuk menjamin kesihatan badan dan kesejahteraan iman. Beliau telah

mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan

pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya

senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar

hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja

India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu

juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan

Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja malah ilmu sejarah dan

geografi mula dipelajari. Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat

dijalankan pada zaman ini. Ekoran dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu

membudayakan ilmu dalam kehidupan menyebabkan banyak pusat pengajian ditubuhkan

serta kemunculan ramai cendekiawan dalam pelbagai bidang ilmu. Ramai tokoh-tokoh

dalam berbagai bidang yang lahir pada zaman Khalifah Umar hasil daripada perluasan dan

pengembangan ilmu pengetahuan.

ii. Harun al-Rasyid

Khalifah Harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau

dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah

iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Sikap prihatin beliau dalam

bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu

tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha

yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah

ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan

buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia

juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi

kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang

khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan

Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu

sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa

terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan

intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan

kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana

akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah,

beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya.

Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam

menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya

Keberkesanan pemerintahannya dalam bidang penulisan pula boleh dilihat melalui tiga

tahap. Tahap yang pertama ialah mencatat segala percakapan atau idea. Beliau

mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam

sebuah buku. Tahap yang kedua pula mengarang. Terdapat golongan ulama yang terlibat

dalam penulisan pada zaman pemerintahannya. Ramai ulama menyusun hadis dan

menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya seperti Imam Malik

menyusun buku al- Muwatta’, Ibn Ishaq menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.

manakala Abu Hanifah menyusun fikah dan pendapat ijtihad.

Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan Islam telah mempertingkatkan

pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada

generasi kemudian. Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber

asing banyak memberi faedah kepada orang Islam sendiri. Para ilmuan Islam telah

memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehingga berlakunya percambahan dan

perkembangan ilmu pengetahuan. Hasilnya, pada zaman pemerintahannya itu sudah

terdapat sekitar 800 orang doktor.

Antara usaha-usaha Khalifah dalam memperkayakan ilmu pengetahuan ialah:

a. Khalifah melarang para tentera merosakkan buku-buku ilmu pengetahuan

b. Mendirikan pusat-pusat pengajian menengah dan rendah untuk memberi

pendidikan kepada rakyat.

c. Para ulama dan cendekiawan dijemput ke Baghdad untuk mengembangkan ilmu

pengetahuan.

d. Usaha-usaha menterjemah buku-buku asing seperti dari Yunani dan sebagainya

ke dalam bahasa arab.

e. Baginda telah membesarkan lagi Darul Hikmah.

Berikut adalah kesan-kesan usaha memperkayakan ilmu pengetahuan

a. Baghdad telah muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan, kesusasteraan dan

perdagangan.

b. Lahirnya tokoh-tokoh ilmuan dan Sufi yang terkenal seperti Imam Syfie, Ahmad

Hambal dan Ibrahim Adham.

c. Banyak buku yang telah terkumpul termasuklah buku-buku cerita yang

termasyhur iaitu Hikayat 1001 malam

iii. Al-Makmun

Dalam zaman pemerintahan al-Makmun pula muncul ramai sarjan-sarjana falak. Antaranya

ialah Thabit bin Qurrah, al-Battani, Muhammad bin Musa alKhawarizmi, Abu Ma’syar al-

Balkhi, al-Zarkali, Hunain bin Ishak, al-Ubadi, Sahal bin Bisyr al-Bajrumi, Yahya bin Abi

Mansur, Khalid al-Marzi, Sind bin Ali, al-Abbas bin Safid al-Jauhani, Banu Syakir, Azud al-

Daulah dan anaknya Syaraful-Daulah, Abu Sahal al-Kohi dan lain-lain lagi. Di zamannya,

beliau telah mendirikan sebuah balai cerap di Sinyar yang digunakan untuk mengukur darjah

cahaya rembang matahari. Pada zaman baginda juga, sarjana falak Muslim juga telah

berjaya mengukur lingkaran bumi. Sebuah balai cerap di Bukit Qaisun, Damsyik telah

didirikan pada tahun 214H, iaitu pada zaman baginda.

Pada zaman al-Makmun; `Almagest’ karangan Ptolemeus, telah diterjemahkan. Daftar-daftar

tentang ilmu falak diperbaiki dan dipersiapkan oleh ahli-ahli bintang yang termasyhur.

Pengamatan sarjana Islam zaman itu mengenai equinox, gerhana, bintang berekor (comet)

dan lain-lain gejala di langit, sangat berharga dan banyak membantu ilmu pengetahuan

manusia.

Berikut adalah perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman tersebut:

a. Zaman pemerintahan Khlalifah Al Makmun adalah zaman kemuncaknya

kemajuan peradaban dan kebudayaan Islam.

b. Banyak ahli-ahli bijak pandai muncul dengan peranan masing-masing dalam

berbagai bidang.

c. Tertubuhnya pusat-pusat pengajian dengan ulama masing-masing.

d. Baghdad dipenuhi oleh penterjemah dari berbagai bangsa. Ilmu pengetahuan

diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dengan upahan yang mahal.

e. Tertubuhnya Baitul Ulum, pusat pengkajian dan penterjemahan segala ilmu

pengetahuan dari bahasa Gerik, Siriyani, Farsi dan Sanskrit.

f. Ulama-ulama telah dijemput untuk berkumpul di Baghdad. Mereka berbahas dan

bermuzakarah. Langkah ini telah melahirkan ulama-ulama yang terkemuka

seperti Imam Hambali, Muhammad Musa Al Kawarizmi dan lain-lain lagi.

g. Pelajar-pelajar diberi hadiah galakkan, biasiswa dan bantuan tertentu.

h. Mendirikan dua menara untuk meneropong bintang.

i. Memperluaskan dan memajukan Darul Hikmah (perpustakaan) yang telah

didirikan oleh ayahandanya

Pada abad ini ahli-ahli astronomi Islam telah memiliki akar yang kuat dan kukuh dalam

bidang ini. Segala ilmu pengetahuan yang ada dan ilmu yang sebelumnya mengenai

astronomi digabungkan sehingga menghasilkan satu ilmu pengetahuan yang baru. Ilmu

pengetahuan dan penemuan-penemuan pada abad ke 9 ini telah menjadi rujukan yang

berkualiti pada dua abad selepasnya.

Kesimpulannya, kesan dari faktor-faktor diatas maka lahirlah pelbagai ilmu terutama ilmu

yang melibatkan sains. Sesungguhnya pencapaian dan usaha yang dibuat oleh tokoh-tokoh

Islam ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Mereka adalah orang yang

mempraktikkan Islam dan mempunyai dedikasi terhadap kerjaya mereka.

1. Bina satu grafik bagi menjelaskan perkembangan Islam di zaman Rasulullah

SAW, Khulafa’ Ar Rashidin, Zaman Umaiyyah dan zaman Abasiyyah dari sudut

institusi, kurikulum dan metodologi

TUGASAN

A. Media Digunakan

i. Whatssapp group

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu

sesi.

B. Tajuk Pembelajaran:

i. Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Zaman Rasulullah SAW (DT)

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

HASIL PEMBELAJARAN

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai pengenalan,

matlamat, objektif, kandungan dan kepentingan/kelebihan kurikulum Pendidikan Islam di

Malaysia.

KERANGKA TAJUK

3.1 Pengenalan

3.2 Matlamat

3.3 Objektif

3.4 Kandungan

3.5 Kepentingan / Kelebihan

3.6 Tugasan

3.7 Pembelajaran dalam talian. (bagi yang ada PdP dalam talian seperti dinyatakan

dalam Agihan Tajuk)

UNIT 3 Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

1. Menghuraikan pengenalan, matlamat, objektif, kandungan

2. Mengenal pasti kepentingan/ kelebihan Pendidikan Islam.

3.1 Pengenalan

Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada usaha berterusan untuk menerapkan

ilmu pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan masyarakat awam. Ia

merangkumi usaha memberi pengetahuan tentang agama Islam yang meliputi akidah,

syariah dan akhlak. Ia menekankan kepada penghayatan terhadap akidah dan

kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan ibadat ibadat khusus dan umum serta

memberikan panduan dalam membentuk sikap bertanggungjawab dalam diri terhadap

pencipta, manusia dan alam. Dalam usaha menjadikan kehidupan seorang insan itu

memiliki cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, maka ilmu yang

disampaikan mestilah mengikut kaedah yang betul dan memudahkan masyarakat

terutama para pelajar memahami isi kandungan agama Islam.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga perlu sentiasa dinilai agar segala kelemahan

dapat diperbaiki dan ditambah baik. Harapannya supaya hasil pembelajaran yang

disampaikan oleh para pendidik dapat melahir- kan pelajar yang berilmu pengetahuan

serta dapat menjadikannya sebagai amalan harian dalam setiap aspek cara hidup

mereka. Sehubungan itu, artikel ini cuba melihat sejauh mana Pendidikan Islam

dilaksanakan dapat memenuhi matlamat yang disasarkan. (Roslan, et. al, 2011).

3.2 Matlamat

Pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan individu yang serba lengkap sama ada dari

segi rohani dan jasmani mahupun dari segi material atau sosial bagi mencapai kebahagiaan

hidup di dunia dan di akhirat. Proses pendidikan Islam akan membentuk serta

mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, rohani,

mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan individu

yang bertakwa. Menurut al-Ghazali, pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran

para pelajar dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk akhlak yang murni.

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk melahirkan Muslim yang berilmu,

beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-

Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke

arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di akhirat.

3.3 Objektif

Murid yang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran melalui Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam berkebolehan:

i. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid serta

mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;

ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk bacaan dalam solat dan

ibadat harian;

iii. Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati

pengajarannya;

iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati

pengajarannya;

v. Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam

kehidupan beragama;

vi. Memahami dan mengamalkan asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain

dan fardu kifayah;

vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi

menanam rasa kecintaan kepada baginda;

viii. Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan

seharian; dan

ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

3.4 Kandungan

Kandungan kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang

seperti berikut,

Organisasi Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Asuhan Tilawah

al-Quran

Bidang Asas Ulum

Syari’yah

Bidang Asas Akhlak

IslamiahBidang Pelajaran Jawi

Rajah: Bidang-bidang dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSR

3.5 Kepentingan / Kelebihan

Kepentingan dan kelebihan kurikulum Pendidikan Islam dapat dirujuk dari aspek perbezaan

dan persamaan dalam kurikulum berkaitan. Dalam aspek perbezaan dapat dilihat dari sudut

reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, bahan kurikulum, fokus kurikulum, elemen

merentas kurikulum (emk) dan kaedah penilaian. Dalam aspek persamaan pula dapat dilihat

dari sudut kemahiran 3M (Membaca, Menulis & Mengira), penilaian sumatif dan penggunaan

buku teks.

Rajah: Perbezaan antara kurikulum

KLSR KBSR KSSR

REKA BENTUK KURIKULUM

• Menggalakkan perpaduan dalam kalangan berbilang bangsa

• Komunikasi

• Manusia

• Alam sekeliling

• Perkembangan diri individu

• Komunikasi

• Kerohanian, Sikap dan Nilai

• Kemanusiaan

• Perkembangan Fizikal dan Estetika

• Sains dan teknologi

• Keterampilan diri

BAHAN

KURIKULUM • Bahan yang

terdapat dalam buku teks sahaja

• Sukatan Pelajaran

• Huraian Sukatan Pelajaran

• Dokumen Standard Kurikulum

ELEMEN • Pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung

• Kemahiran

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Kelebihan Kurikulum:

Kelemahan Kurikulum:

KLSR KBSR KSSR

• Sukatan pelajaran tidak fleksibel

• Isi kandungan pelajaran kadangkala berulang dan tidak berkaitan antara mata pelajaran atau antara darjah

• Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak

• Kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya.

• Pembelajaran tanpa menyerapan penghayatan

• Mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri

• Pengajian agama berkurangan

• Masa yang diperuntukkan tidak mencukupi

KLSR KBSR KSSR

• Menjadi asas kepada kurikulum lain

• Menghapus buta huruf

• Menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran dalam penyampaian ilmu pengetahuan

• Tidak menggunakan kaedah hafalan dan hafazan tetapi murid lebih menghayati dan memahami ertinya

• Mengesan perkembangan dan pencapaiaan murid dalam pembelajaran

• Pengajian bersertakan amali yang berkesan kerana pembelajaran berpusatkan pelajar

1. Bincangkan aplikasi falsafah pendidikan menurut Al-Quran dan Al--Sunnah dalam

pembentukan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.

2. Huraikan persamaan, perbezaan, kelebihan dan kekurangan KLSR, KBSR dan

KSSR serta keperluan kurikulum ini dalam era hari ini.

A. Media Digunakan

i. Whatsapp group

ii. Masa 2 jam

B. Tajuk Pembelajaran: Kurikulum Pendidikan Islam Pendidikan Islam di Malaysia

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)

i. Kepentingan/Kelebihan (DT)

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

TUGASAN

HASIL PEMBELAJARAN

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah perkembangan kurikulum

Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka, kurikulum KBSR dan KBSM

dan kurikulum KSSR dan KSSM.

KERANGKA TAJUK

4.1 Perkembangan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan

selepas merdeka.

4.2 Kurikulum KBSR dan KBSM

4.3 Kurikulum KSSR dan KSSM

4.4 Tugasan

4.5 Pembelajaran dalam talian. (bagi yang ada PdP dalam talian seperti

dinyatakan dalam Agihan Tajuk)

UNIT 4 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menjelaskan perkembangan kurikulum Pendidikan Islam di

Malaysia sebelum dan selepas merdeka.

ii Menghuraikan kurikulum KBSR dan KBSM.

iii Menghuraikan kurikulum KSSR dan KSSM.

4.1 Perkembangan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas

merdeka. Zaman Kerajaan Melayu Melaka

Kedatangan Islam ke Alam Melayu berlaku di sekitar tahun 630 Masehi, iaitu di Zaman

hayat Rasulullah SAW atau dipertengahan abad ke 7 Masehi yang dibawa oleh saudagar-

saudagar Arab dengan alasan bahawa hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar

Arab dengan Nusantara telah pun berlaku sebelum daripada itu. Dengan semangat dakwah

Islamiah yang membara dan memikul tanggungjawab sebagai umat Islam, saudagar-

saudagar tersebut tidak ketinggalan memperkenalkan Islam di rantau ini. Jika ditinjau

sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke Tanah Melayu khususnya ahli

sejarah berselisih pendapat tentang tarikh yang tepat kedatangannya. Begitu juga dengan

daerah di Tanah Melayu yang mula-mula didatangi atau menerima Agama Islam

Dalam konteks Pendidikan Islam di Tanah Melayu ia telah bermula sejak terdirinya Kerajaan

Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi, iaitu dari Zaman Kesultanan Melaka di mana

tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari golongan pedagang, pengembara,

pendakwah, utusan raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh. Mereka datang dari

serata pelusuk seperti Mesir, Cina, India Jawa dan Parsi. Kedatangan mereka ke Tanah

Melayu untuk singgah atau berdagang. Kehadiran mereka ini telah membantu golongan

istana dan penduduk tempatan dengan hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam

khasnya dalam Hukum Fiqh dan Pengajaran al Quran.

Pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah imam atau guru kemudian berkembang

ke pondok-pondok selepas itu menjadi madrasah dan akhirnya menjadi sekolah-sekolah

agama. Perkembangan Pendidikan Islam di Melaka bolehlah dilihat dari carta berikut:

Golongan Istana

Golongan Pembesar Istana

Rakyat (masyarakat)

Haron Din dan Sobri Salamon (1988) menyatakan bahawa secara

kasarnya perkembangan Pendidikan Agama Islam di Semenanjung

Tanah Melayu mengalami empat tahap, iaitu;

I. Institusi Rumah Imam / Guru

II. Institusi Pondok

III. Institusi Madrasah

IV. Sistem sekular

Sistem Pendidikan Islam di zaman ini telah mantap dari segi sifatnya, sukatan pelajarannya

dan institusinya termasuklah para guru dan pelajar. Tulisan Jawi menjadi dasar dan bahasa

pengantar. Namun kedatangan penjajah (Belanda , Portugis, Inggeris, Jepun) telah

menganggu corak Pendidikan Islam. Penampilan pendidikan sekular Barat dan Jepun

telah memaksa masyarakat Melayu khususnya Pendidikan Islam menerima pengaruh-

pengaruh luar yang tidak selaras dengan akidah dan keimanan Islam.

Zaman Penjajahan

Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu di buat secara

halus melalui pengenalan Pendidikan Sekular bermula sejak tahun 1816 dengan

penubuhan Penang Free School. Kewujudan Sekolah Inggeris kurang dirasakan oleh orang-

orang Islam kerana Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab masih kuat pengaruhnya.

Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk oleh

British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah Melayu yang

ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan nelayan yang boleh

mengenal angka dan huruf. Pada masa yang sama juga wujud sekolah pondok yang

bertujuan untuk melahirkan imam-imam dan ulama-ulama .

Sepanjang zaman penjajah, sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu sentiasa mengalami

konflik dengan pendidikan missionary. Berbagai isu kontroversi dan prejudis sentiasa

memecahkan masyarakat Melayu dalam hal-hal yang berkaitan akidah dan budaya hidup

yang tulin. Pertelagahan ini timbul dalam masalah menyediakan tenaga profesional,

teknokrat dan ulama sehingga mewujudkan satu pertembungan dualisme pendidikan antara

agama dan dunia.

Sekolah-sekolah Inggeris samada oleh kerajaan atau mubaligh telah membuka pintu seluas-

luasnya kepada anak-anak Melayu khususnya anak-anak orang berada di bandar-bandar.

Proses pensekularisasi pendidikan anak-anak Melayu terus berlaku dengan pesat dan

radikal. Pengajian Agama Islam dan al-Quran di Sekolah Melayu telah diketepikan dari

jadual rasmi sekolah dan diarah supaya diajar pada waktu petang. Maka wujudlah jurang

pemisah antara golongan moden dengan golongan tradisional. Golongan moden

berpengaruh dan berkuasa sementara golongan tradisional sebaliknya.

Dalam situasi kemajuan sekolah sekular, sekolah-sekolah agama terbiar. Pihak penjajah

dengan taktik ‘ hal-hal agama adalah hak Raja-raja Negeri’ telah melupakan samasekali

kewujudan sekolah-sekolah agama atau Arab. Sekolah-sekolah ini bergantung kepada

pembiayaan Majlis atau Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Akibatnya

kemudahan belajar terhad, biasiswa tidak diberikan dan kurikulum berbeza. Peperiksaan

dikendalikan secara persendirian. Pengiktirafan sijil juga berbeza.

Sistem Pendidikan Pondok

Institusi pengajian pondok asalnya dimulai oleh sistem pengajian di rumah tok guru yang

kebanyakannya tamat pengajian agama di Mekah. Apabila bilangan pelajar meningkat maka

tempat pengajiannya dipindahkan ke masjid atau pun surau.

Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya dijadikan

model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang tamat

pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negara-negara

Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya menjadi

sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah. Terdapat juga yang masih meneruskan

sistem pondok dan enggan menukar namanya sebagai Sekolah Agama Arab. Contohnya

Pengajian Pondok di Masjid al-Muhammadi, di Kota Baharu telah berkembang menjadi

Ma’ahad al-Muhamadi (1915), Maahad Mahmud di Kedah asalnya Madrasah Al-Hamidiah

(1936), Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang dahulunya Sekolah Pondok.

Para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Arab, pondok dan madrasah boleh

menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam dan luar negeri.

Selepas Merdeka

Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali corak

pendidikan Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi Pendidikan telah

dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang kemudian lahirlah

pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan Jawatankuasa Pelajaran untuk

memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari itu lahirlah Pendidikan Islam dalam Dasar

Pendidikan Negara.

Pendidikan Islam telah berjalan di zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehinggalah

wujudnya Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Dalam kedua-dua

penyata tersebut, Pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan bersama di dalam

sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran (1961) dan telah memasukkan

matapelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu.

Jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyusun dan melaksanakan

Dasar Pelajaran Kebangsaan pada bulan Ogos 1955. Dasar ini

bertujuan menyatupadukan kaum-kaum di Tanah Melayu di samping

menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta

mengkaji semula sistem pelajaran, termasuk Undang-undang Pelajaran

Tahun 1952. Jawatankuasa Khas ini dipengerusikan oleh Datuk

Abd. Razak Hussin yang terkenal dengan Laporan/Penyata Razak

pada tahun 1957 .

Dengan penguatkuasaan penyata tersebut lahirlah satu institusi baru yang beraliran

kebangsaan terkenal sebagai ‘ Sekolah Menengah Kebangsaan’. Institusi ini juga tidak

ketinggalan memberi peruntukan bagi mendaulatkan pelajaran Agama Islam. Dalam

konteks ini Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah membuat cadangan seperti berikut:

“ Kami cadangkan di dalam barang mana sekolah

jika muridnya tidak kurang daripada 15 orang yang

berugama Islam, pelajaran agama yang diberikan

kepada mereka itu hendaklah dengan belanja

kerajaan. Pelajaran dalam agama lain kepada

murid-murid lain bolehlah juga diberi asalkan

belanjanya tiada terbeban kepada kerajaan dan

lagi tiada boleh barang siapa murid dikehendakki

menghadiri pelajaran agama dengan tiada

kebenaran ibubapanya.”

Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara

terperinci kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah :

I. Di mana dalam sebuah sekolah bantuan kerajaan, didapati 15 orang murid atau

lebih yang beragama Islam, murid-murid itu hendaklah diajar Agama Islam

II. Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya dua jam seminggu

dalam waktu pengajaran am sekolah-sekolah

III. Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri daripada

mereka yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri

IV. Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah hendaklah membuat persediaan

yang sepatutnya bagi mengadakan pelajaran Agama Islam dengan syarat

Lembaga Pengurus atau Pengelola dua buah sekolah atau lebih boleh membuat

persediaan-persediaan bersama bagi pengajaran tersebut kepada murid-murid

yang beragama Islam dalam sekolah-sekolah mereka

Mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dicadangkan supaya dimasukkan kedalam

senarai matapelajaran untuk Sijil Rendah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu.

Peruntukan khas tentang pelajaran agama Islam dalam Laporan tersebut merupakan suatu

langkah baru yang praktikal bagi menyusuli peruntukan khas tentang agama Islam dalam

Perlembagaan Persekuatuan Tanah Melayu. Dalam bahagian satu, perkara 3 (1)

perlembagaan tersebut ada menyebut : Dari segi kenyataan Ordinan Pelajaran 1957

memperkukuhkan kedudukan pelajaran Agama Islam di sekolah bantuan kerajaan tetapi

dari segi perlaksanaannya, Seksyen 49 itu menghadapi kesulitan. Oleh itu perlaksanaannya

tidak dapat berjalan dengan licin.

Walaupun secara tidak teratur pengajaran Agama Islam diperingkat sekolah rendah dan

menengah menurut syor penyata Razak, terdapat sedikit perubahan dan diberikan perhatian

oleh kerajaan. Menurut Akta 1961 Seksyen 36 yang dikekal dan diguna pakai dalam Akta

1996: Guru Agama yang telah mendapat kebenaran layak dan

bertanggungjawab mengajar Agama Islam. Namun bilangan yang beragama Islam harus

berjumlah 15 orang murid atau lebih. Tempoh masa minimum yang diperuntukkan untuk

mengajar matapelajaran tersebut ialah dua jam seminggu. Mata pelajaran tersebut biasanya

diajar pada waktu persekolahan. Pengajaran pada waktu yang lain hanya akan dibenarkan

dengan mendapatkan kelulusan daripada Menteri Pelajaran.

Menurut seksyen 50 (1), pengajaran Agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak

berkuasa negeri akan dijalankan apabila terdapat 5 orang murid atau lebih yang menganut

Agama Islam. Pengajaran dilakukan sekurang-kurangnya selama dua jam seminggu pada

waktu pengajaran biasa atau waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan dalam hal

atau keadaan tertentu [ seksyen 50(2) ]. Seksyen 51 pula menyatakan bahawa pengelola

bagi sesebuah institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran agama

selain Agama Islam tertakluk kepada syarat aktiviti pengajaran tersebut tidak boleh dibiayai

dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen [seksyen 51(a)]. Selain itu, mengikut

[seksyen 51(b)] tiada murid yang boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang

dianutinya kecuali dengan kebenaran bertulis ibubapanya.

Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan

negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya

matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran Agama

Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Universiti Islam

hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan

awam

Jika akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali

Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara dengan

berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai teras dan

dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan dikatakan Falasah

Pendidikan Negara telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah Pendidikann Islam.

Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur kurikulum Pendidikan

Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran sama-sama mendokong cita-cita

FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang mana keseluruhan nilai-nilai

tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malah dari segi pendekatan pengajarannya,

terdapat beberapa matapelajaran (Sains dan Geografi (umpamanya) telah diterapkan

dengan Akidah dan Syariat Islamiah )

Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka

Satu kajian yang dibuat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan

Pendidikan Islam (LEPAI), melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama di

negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihak–pihak berkuasa yang berlainan. Dari segi

pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada empat jenis

iaitu :

I. Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA)

II. Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)

III. Sekolah Agama Rakyat (SAR)

IV. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

SMKA, terletak di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan. SAN terletak di bawah

penguasaan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri manakala SAR

dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran

dan lain-lain.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kementerian Pendidikan (SMKA)

SMKA terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Kementerian Pendidikan. Sekolah-

sekolah ini hanya bermula di peringkat menengah sahaja iaitu mulai dari tingkatan satu.

Semua urusan dan keperluan SMKA ditadbirkan mengikut susunan tertentu melalui Pejabat

Pendidikan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri dan pusat.

Keputusan-keputusan utama dan dasar-dasar dirancang dan dilaksanakan oleh pihak

kementerian. Di samping itu pegawai-pegawai yang terlatih dan

berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu telah

dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah-sekolah ini.

Manankala pengetua sekolah-sekolah tersebut juga diberi latihan bukan

sahaja dalam bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam

bidang pentadbiran dan pengurusan.

Sekolah Agama Negeri (SAN)

SAN terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan

Agama Islam Negeri. Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu

seperti Lembaga Pendidikan Islam Melaka dan Yayasan Islam

Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Kerajaan Negeri . Oleh yang

demikian terdapat perbezaan di antara sekolah-sekolah tersebut.

Sejak tahun 1963 SAN telah menerima Sukatan Pelajaran

Kementerian Pendidikan dengan mengadakan peperiksaan SRP (1963)

dan SPM (1965), dan seterusnya Tingkatan Enam Aliran Agama (1968)

untuk memasuki Fakulti Pengajian Islam di UKM

Sekolah Agama Rakyat (SAR)

SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan,

pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Pentadbirannya di bawah

kelolaan Lembaga atau Jawatankuasa sekolah masing-masing. Tidak

ada sebuah badan berkuasa yang mewakili kerajaan menjalankan

peranan sebagai penentu dan mengawal perjalanan sekolah-sekolah

tersebut. SAR tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Majlis Agama

Islam atau Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu SAR

digalakkan supaya mendaftar dengan Majlis atau Jabatan Agama Islam

Negeri. Pendaftaran ini bertujuan memudahkan pihak kerajaan (negeri

dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan nasihat. Walau

bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan kurikulum

pelajaran agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang

dikeluarkan oleh sekolah berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah

institusi pengajian agama dari dalam dan luar negeri

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Pada tahun 2005 Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemindahan

sekolah SAR/SMAR/SAN ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pengambialihan

SAR/SMAR/SAN dengan dibuat melalui perjanjian. Sekolah‐sekolah berkenaan akan

mendapat pelbagai kelebihan termasuk diberikan perhatian khusus dalam aspek

pengurusan, keselamatan, dan penyelenggaraan oleh Kementerian. Sekolah juga akan

mendapat bantuan penuh bagi membolehkan urusan pentadbiran pejabat, asrama dan

pengajaran, serta geran perkapita dilaksanakan juga mendapat bantuan modal bagi

menampung keperluan untuk menaik taraf dan membaiki kemudahan fizikal. Jawatan guru

dan kakitangan diwujudkan secara hakiki. Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi

Agama Malaysia (STAM) dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan sekolah dan gaji guru serta

kakitangan sekolah dapat dikurangkan. Jawatan guru pula dimasukan dalam sistem gred

guru kebangsaan. 2011 ‐ 169 buah sekolah telah menjadi SABK.

Sejarah Pendidikan Islam di Nusantara

i. Thailand

Mulai dari abad ke-13 dimana Agama Islam menapakkan kakinya di kerajaan Pattani dan

kemudian menjadi majoriti di wilayah tersebut. Walaupun wilayah Islam di selatan Thailand

berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi politik namun di bidang pendidikan, anak-

anak muslim masih boleh menuntut ilmu. Setiap hari mereka belajar di sekolah pemerintah

sekuler dan selepas itu mereka belajar membaca dan memahami al-Quran di sekolah Islam

yang dibimbing oleh orang tua. Sekolah-sekolah pondok juga didirikan di samping masjid

sebagai pusat pengajian utama dan masih menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan dalam

mempelajari Islam.

ii. Singapura

Di Singapura, pendidikan tradisional Islam juga wujud sehingga diperkenalkan sistem

persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak ada pendidikan Islam di peringkat universiti

sehingga kini. Pendidikan agama Islam di Singapura dijalankan mengikuti tradisi dan sistem

persekolahan moden. Sistem tradisional, mengikuti pola pendidikan Islam berdasarkan

sistem persekolahan pondok Malaysia dan Patani atau pesantren di Indonesia.

Adapun sistem moden adalah melalui sistem sekolah yang merujuk ke Mesir dan Barat,

yang dikenali dengan madrasah, sekolah Arab atau sekolah agama. Dari seluruh madrasah

Islam sebanyak enam buah, seluruhnya di bawah naungan Majlis Ugama Islam Singapura

(MUIS), sistem pendidikan diterapkan dengan memadukan ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu

umum. Keenam madrasah itu adalah madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah, madrasah Al-Maarif

Al-Islamiah, madrasah Alsagoff Al-Islamiah, madrasah Aljunied Al-Islamiah, madrasah Al-

Arabiah Al-Islamiah dan madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

iii. Indonesia

Institusi pendidikan Islam merangkumi pendidikan menengah (SMA) atau dayah, surau, dan

pesantren yang diyakini sebagai pendidikan tertua di Indonesia. Ketiga-tiga institusi ini

memiliki nama yang berbeda, akan tetapi memiliki pemahaman yang sama baik secara

fungsi, operasi dan mekanikal. Bentuk, sistem dan method pesantren di Indonesia dapat

dibagi kepada dua aliran; Aliran Ampel (salaf) yang mencerminkan kesederhanaan secara

komprehensif. Kedua, Aliran Gontor yang mencerminkan kemodenan dalam sistem, method

dan fizikal bangunan. Persamaan yang dimilki dua aliran ini adalah bahwa kedua-duanya

tidak mengeluarkan ijazah negeri kepada bekas pelajarnya dengan keyakinan bahwa

pengakuan masyarakatlah sebagai ijazahnya. Kerajaan melalui Kementerian Agama telah

mengeluarkan kebijaksanaannya dalam pendidikan, dengan mendirikan sekolah, Madrasah

Aliyah dan IAIN dengan tujuan mengeluarkan ulama yang dapat menjawab tantangan

zaman dan memberi kesempatan kepada warga Indonesia yang majoriti muslim mendalami

ilmu agama. Ijazah pun telah disetarakan dengan pendidikan umum sesuai dengan keadaan

semasa. Dengan demikian lulusan madrasah dapat disetarakan dengan lulusan sekolah

umum negeri.

Oleh kerana masih kedapatan kelemahan dalam sistem tersebut, beberapa lembaga

pendidikan alternatif berusaha memenuhi berbagai tuntutan dan keperluan masyarakat.

Sekolah-sekolah agama berbentuk persendirian/swasta yang kini banyak dibina merupakan

respon dari fenomena di atas. Bentuk pendidikan ini dilengkapi dengan kurikulum

yang bersamaan dengan yang terdapat pada pesantren dan

sekolah umum. Terbukti dengan adanya sejumlah sekolah ini

telah dapat melahirkan “Huffadz” (penghafal al-Quran) yang lahir

dari sekolah-sekolah tersebut.

iv. Brunei

Di Brunei, sistem pengajian tradisi orang Islam wujud sehingga

diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak

ada pendidikan Islam di peringkat universiti. Pendidikan pada ketika itu

secara tidak resminya dijalankan menerusi rumah-rumah, masjid-masjid

dan surau-surau dan tidak juga ketinggalan dijalankan di istana.

Manakala sejarah pendidikan di Brunei tidak di catatkan adanya institusi

pengajian pondok seperti yang wujud di tempat lain di Nusantara dan di

Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal ini matlamat

pendidikan ialah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan fardhu ain bagi

membentuk keperibadian Muslim yang sempurna. Tenaga pengajarnya

pula terdiri daripada mubaligh-mubaligh, pedagang-pedagang Islam,

Imam-Imam, Pembesar-pembesar negara dan orang-orang alim

setempat ketika itu.

Adapun kurikulumnya meliputi persoalan aqidah dan perkara-perkara ibadat serta membaca

Al Quran sahaja. Manakala struktur pengajiannya tidaklah berjalan secara terbuka tanpa

ada peraturan dan garis pandu yang tertentu. Pelajaran ugama sebagai satu mata pelajaran

mula diperkenalkan di sekolah rendah dalam tahun 1930-an iaitu apabila sistem pendidikan

persekolahan secara teratur diperkenalkan. Walau bagaimanapun persekolahan ugama

secara penuh dan bersistem bermula dalam tahun 1956, Kewujudan sistem persekolahan

Ugama khas ini adalah atas titah perintah perkenan Allahyarham Sultan Omar Ali Saifuddin

III iaitu setelah mendapat laporan dan syor berikutan terdapat kelemahan murid-murid di

beberapa sekolah Melayu dalam pendidikan Ugama.

Oleh yang demikian pendidikan persekolahan ugama secara penuh dan

bersistem telah ditubuhkan dengan menggunakan bangunan Sekolah-

sekolah Kerajaan Melayu dan Inggeris.

Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah agensi resmi kerajaan yang

bertanggungjawap sepenuhnya dalam hal ehwal ugama termasuklah

pelaksanaan pendidikan Islam di negara Brunei Darussalam. Manakala

Jabatan Pengajian Islam adalah jabatan khusus yang mentadbir dan

memantau perjalanan pendidikan Islam tersebut.

Dalam tahun 1966, Sekolah Arab pertama ditubuhkan iaitu Sekolah Menengah Arab Laki-

Laki Hassanal Bolkiah dan berikutnya dalam tahun 1967 Sekolah Menengah Arab

Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit pula ditubuhkan. Dengan kemunculan sekolah

ugama dan sekolah Arab, ternyata kedua-dua jenis sekolah ini telah dapat memenuhi

sebahagian daripada ciri-ciri yang dikehendaki oleh Dasar Pendidikan Negara 1962 dan

Dasar Pendidikan Negara 1972 dari segi penerapan nilai-nilai ugama. Walau bagaimanapun

kedua-dua sekolah ini tidak memberikan kesan yang besar terhadap perkembangan Dasar

pendidikan pada ketika itu.

Pada tahun 1972, Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan ditubuhkan dengan tujuan

untuk membekalkan guru-guru ugama bagi kegunaan Sekolah-sekolah Rendah Ugama.

Dalam pertengahan tahun 1970-an, bangunan kekal khas untuk persekolahan rendah

ugama mula dibangunkan untuk menampung pertambahan murid-murid. Perkembangan

institusi pengajian ugama terus meningkat lewat 1980-an seperti Ma’had Islam Brunei.

Apabila Kementerian Hal Ehwal Ugama mula ditubuhkan pada 1986, struktur pendidikan

ugama di Kementerian Hal Ehwal Ugama diubah dan dikemaskini kepada sebuah satu

Jabatan yang dikenali Jabatan Pengajian Islam (JP) yang berperanan dan bertanggung

jawab keatas pendidikan Ugama Islam di negara ini.

Apabila Kementerian melancarkan Sistem Pendidikan Negara Abad ke- 21 (SPN21) adalah

hampir seratus peratus berubah, semua sukatan matapelajaran disusun semula dan diubah

kepada kaedah yang banyak pemusatan ke atas pelajar, ini termasuk matapelajaran

Pengetahuan Ugama Islam (PUI). Matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam atau IRK, telah

diletakkan sebagai matapelajaran pilihan seperti yang telah dilakukan sebelum ini bukan

sebagai matapelajaran teras.

SPN21 banyak memberikan pengetahuan Pengetahuan Ugama Islam ialah:

- Kesinambungan dalam memberikan Pengetahuan Ugama Islam, dari Tahun 1

hingga tahun 8 secara teras dan 3 tahun secara pilihan, berjumlah selama 11

tahun berbanding dengan Sekolah Ugama Khas dari pra hingga Darjah 6, belajar

selama 7 tahun.

- SPN21 banyak berpusatkan kepada pelajar dimana dapat meningkatkan tahap

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam aktiviti amali,

hafalan surah dan hadis.

- Pelbagai pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Ugama Islam disediakan

hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Namun demikian, SPN21 sebagai sistem pendidikan baru bagi negara

ini masih mempunyai kekurangan dalam mengutamakan pelajaran Ugama Islam sebagai

pelajaran penting bagi negara ini dan pegangan majoriti rakyatnya sebagai Negara Islam.

4.2 Kurikulum KBSR dan KBSM

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya 27 Jan 1999, menyarankan Kementerian

Pendidikan menyemak semula kurikulum Pendidikan Islam (PI) dengan memberi

penekanan kepada kandungan teks dan kaedah perlaksanaan kurikulum yang lebih

berkesan kepada murid-murid sekolah. Kurikulum Pendidikan Islam disemak semula mulai

tahun 2000 dengan beberapa penambahbaikan. Pada 8 Mac 2001 YAB Perdana Menteri

telah menerima beberapa saranan dari Jawatankuasa Semakan Sukatan Pelajaran (Petikan

dari Kertas Dasar Semakan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM 2000 Bahagian

kurikulum Pendidikan Islam dan Moral). Anda sekarang adalah seorang pendidik. Untuk

menjadi seorang pendidik yang professional anda perlulah mengetahui, memahami dan

menguasai isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Huraian Sukatan, Buku

Teks dan Buku Panduan Guru. Justeru itu modul ini diharap dapat membantu anda dalam

menjalankan tugas seharian.

Pendidikan Islam sekolah rendah adalah pendidikan awal yang wajib dipelajari oleh setiap

murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam sekolah rendah memenuhi

tuntutan fardu ain, menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh

individu Muslim. Selaras dengan proses perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani

murid-murid. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan

kenegaraan.

Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam:

i. Pendidikan Asas Tilawah al-Quran

ii. Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ain

iii. Pemupukan amalan Fardu Ain dan Kifayah yang dituntut oleh Syariat

iv. Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang

berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai

cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang

menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara.

Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang

telah ditetapkan supaya matapelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang kearah

pembentukan muslim mumin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia,

berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan bertakwa selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman,

berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al Quran dan al Sunnah

supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kearah

mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif Pendidikan Islam

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat:

1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih, untuk

memupuk minat membaca al Quran dan menjadi amalan

2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati

pengajarannya kearah meyakini al Quran sebagai rujukan petunjuk Allah SWT

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan

benteng keagamaan

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah

sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah SAW sebagai asas

perkembangan tamadun manusia

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

8. Membaca dan menulis jawi serta mencinta ilmu sebagai warisan budaya bangsa

4.3 Kurikulum KSSR dan KSSM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah melalui proses transformasi. Kurikulum

yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR dllaksanakan secara berperingkat bermula

dengan Tahun 1. Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard

kandungan dan standard pembelajaran.

Standard kandungan bermaksud penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut

ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek

pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula bermaksud satu

penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh

diukur bagi setiap standard kandungan.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu,

beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah

sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di

dunia dan di akhirat.

Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam

sekolah rendah berkebolehan untuk:

1. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan

pembacaannya dalam kehidupan seharian;

2. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan

ibadat harian;

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati

pengajarannya;

4. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;

5. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan

benteng keagamaan;

6. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah

sebagai kewajipan umat Islam;

7. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi

menanam rasa kecintaan kepada baginda;

8. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam

kehidupan seharian; dan

9. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada

kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak dan

sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam

sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain

dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.

Organisasi Kandungan

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada

standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan

oleh murid. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada

tujuh modul iaitu:

1. Modul al Quran - Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran

dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al-Fatihah

dan surah tertentu daripada juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.

2. Modul Hadis - Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis

secara umum serta menghayati pengajarannya.

3. Modul Akidah - Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah,

sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih

dan mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian.

4. Modul Ibadah - Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan

penghayatan peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan

melaksanakannya dalam kehidupan seharian.

5. Modul Sirah - Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan sirah

Rasulullah s.a.w. mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan tuntutan

sirah dalam kehidupan harian.

Kurikulum KSSM

Kurikulum ini telah termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan

Malaysia Bil. 9 Tahun 2016. Surat pekeliling ikhtisas ini bertujuan memaklumkan

pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) secara berperingkat-peringkat

di semua sekolah menengah termasuk pendidikan khas bermula dengan murid Tingkatan

Satu pada tahun 2017. Kurikulum ini menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan

Tingkatan Satu pada tahun 1989.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyarankan KBSM

disemak seiring kurikulum standard sekolah rendah dengan memberi penekanan kepada

penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif,

penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk memulihkan murid bersaing di peringkat

global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 turut mencadangkan

KSSM menggunakan peruntukan masa dalam jam setahun untuk perlaksanaan pengajaran

dan pembelajaran (PdP).

KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pelajar Tingkatan 1 pada

sesi persekolahan iaitu selepas kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) tamat pada tahun 2016. Sama seperti KSSR, kerangka kurikulum KSSM juga

berasaskan enam tunjang utama. “Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan

fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian,

sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip

kurikulum sekolah menengah,” (Naza Idris Saadon, www.utusan.com.my, 2016). Menurut

beliau, kerangka kurikulum sekolah menengah dibina berasaskan kerangka kurikulum

sekolah rendah yang menekankan kesepaduan tunjang-tunjang tertentu bagi melahirkan

insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, berfikiran kreatif, kritis

dan inovatif. Tunjang-tunjang yang dizahirkan dalam KSSM merupakan kesinambungan

daripada kerangka KSSR untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang meluas

sebagai asas kepada pembangunan modal insan. Pengisian setiap tunjang pada peringkat

menengah adalah perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari pada

peringkat rendah. Kesepaduan antara tunjang perlu dijelmakan dalam pelaksanaan

kurikulum. Pengisian pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada enam tunjang menjadi

teras kepada KSSM. Pengisian setiap tunjang diterjemahkan dalam mata pelajaran dan

aktiviti kokurikulum bagi mencapai hasrat pendidikan.

KSSM juga memastikan murid mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan,

pendidikan di peringkat menengah rendah yang memberi penekanan kepada pendidikan

umum serta peningkatan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah rendah. Pada

peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat,

perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi.

Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta

Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib,

tambahan dan elektif. Sementara itu katanya, KSSM menggunakan peruntukan masa dalam

jam setahun berbanding minit seminggu ketika KBSM dan guru akan melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran serta juga pentaksiran berdasarkan satu dokumen standard

yang dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Dalam pada

itu katanya, guru akan menentukan perkembangan murid berdasarkan tahap penguasaan

yang diperjelaskan dalam standard prestasi, tahap penguasaan murid direkodkan dengan

menggunakan templat perekodan prestasi sekolah secara luar talian dan hasil yang

diperolehi akan dijadikan maklumat untuk tujuan pelaporan berbentuk formatif.

(www.utusan.com.my, 2016)

Asas Kerangka Kurikulum

Reka Bentuk Kurikulum menjadi asas dalam penggubalan kurikulum. Ia merangkumi

kerangka kurikulum, organisasi kurikulum, kaedah penyampaian dan pentaksiran.Kerangka

kurikulum sekolah menengah dibina berasaskan kerangka kurikulum sekolah rendah yang

menekankan kesepaduan tunjang-tunjang tertentu bagi melahirkan insan yang seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) yang berfikiran kreatif, kritis dan

inovatif.Tunjang-tunjang yang dizahirkan dalam KSSM merupakan kesinambungan daripada

kerangka KSSR untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang meluas sebagai asas

kepada pembangunan modal insan. Pengisian setiap tunjang pada peringkat sekolah

menengah adalah perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari pada

peringkat rendah. Kesemua tunjang tersebut diambil kira di peringkat penggubalan

kandungan mata pelajaran dengan memastikan kesepaduan interaksi antara tunjangseperti

di dalam Rajah 1.

Kesepaduan antara tunjang perlu dijelmakan dalam pelaksanaan kurikulum. Pengisian

pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian

sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika serta

tunjang sains dan teknologi (STEM) menjadi teras kepada KSSM. Pengisian setiap tunjang

diterjemahkan dalam mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum bagi mencapai hasrat

pendidikan untuk melahirkan insan seimbang yang kritis, kreatif dan inovatif.

Rajah: Kerangka KSSM

Kurikulum Berasaskan Standard

KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard bagi membolehkan semua murid

memperoleh pendidikan yang sama dan berkualiti. Akauntabiliti pentadbir dan guru dapat

memastikan semua murid melepasi piawaian standard yang ditetapkan bagi setiap mata

pelajaran.

Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang

perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard

Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi didefinisikan seperti dalam

Jadual 2.

Jadual 2: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi

Penyataan spesifik tentang Satu penetapan kriteria

atau petunjuk (indicator)

kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh

diukur bagi setiap

standard kandungan.

Satu set kriteria yang

perkara yang murid patut menunjukkan tahap-

ketahui dan boleh lakukan tahap penguasaan

murid

dalam suatu tempoh sebagai petunjuk

bahawa

persekolahan merangkumi sesuatu perkara itu

telah

aspek pengetahuan, dikuasai.

kemahiran dan nilai.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) menggantikan Sukatan Pelajaran

dan Huraian Sukatan Pelajaran yang digunakan dalam KBSM ialah satu dokumen yang

mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP merangkumi Standard Kandungan,

Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Organisasi Kurikulum

KSSM memastikan murid mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Kurikulum di

peringkat menengah rendah memberi penekanan kepada pendidikan umum, peningkatan

kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah rendah, perkembangan bakat dan minat, asas

pravokasional, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai. Pada peringkat menengah atas,

penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah,

sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi.

Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta

Pendidikan 1996, mata pelajaran pada peringkat menengah dikategorikan kepada mata

pelajaran Teras, Wajib, Tambahan dan Elektif. Mata Pelajaran Teras merupakan mata

pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan

kerajaan dan swasta.

Mata Pelajaran Wajib merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di

sekolah kerajaan, dan sekolah bantuan kerajaan sahaja. Mata Pelajaran Tambahanpada

peringkat menengah rendahialah mata pelajaran bahasa yang ditawarkan oleh sekolah

sebagai pilihan. Mata Pelajaran Elektifpada peringkat menengah atas adalah mata pelajaran

yang ditawarkan untuk memenuhi bakat, minat, kebolehan, dan potensi murid.Mata

pelajaran ini dikategorikan kepada kumpulan Bahasa, STEM (Sains, Teknologi,

Kejuruteraan & Matematik), Pengajian Islam dan Kemanusiaan & Sastera Ikhtisas. Murid

boleh membuat pilihan berdasarkan kecenderungan dan kesediaan sekolah menawarkan

mata pelajaran elektif.

Mata pelajaran yang ditawarkandi peringkat menengah rendah dan menengah atas seperti

di Jadual 3 - 9. Mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat menengah rendah dan

menengah atas bagi Sekolah Seni Malaysia (SseM) seperti di Jadual 10 – 11. Mata

pelajaran yang ditawarkan di peringkat menengah rendah dan menengah atas bagi Murid

Berkeperluan Khas (MBK)adalah seperti di Jadual 12– 14. Mata pelajaran yang ditawarkan

di peringkat menengah rendah dan menengah atas bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

(SABK) seperti di Jadual 15- 21. (Rujukan: Buku Penerangan KSSM, Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

i. Analisis secara banding beza sejarah pendidikan di zaman

Rasulullah SAW., khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah dan

Bani Abasiyah.

ii. Bincangkan ciri-ciri pendidikan di Malaysia sebelum dan

selepas merdeka.

iii. Jelaskan persamaan dan perbezaan di antara kurikulum

Pendidikan Islam KBSR dengan kurikulum Pendidikan Islam

KSSR serta KSSM

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. Whatsapp group

ii. Masa 2 jam.

B. Tajuk Pembelajaran: Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sebelum merdeka

ii. Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia selepas merdeka

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

TUGASAN

HASIL PEMBELAJARAN

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai analisis kandungan

kurikulum KSSR iaitu Bidang Al-Quran, Hadith, Aqidah, Ibadah, Sirah, Akhlak Dan Jawi.

KERANGKA TAJUK

5.1 Bidang al-Quran

5.2 Bidang Hadith

5.3 Bidang Akidah

5.4 Bidang Ibadah

5.5 Bidang Sirah

5.6 Bidang Akhlak

5.7 Bidang Jawi

UNIT 5 ANALISIS KANDUNGAN KURIKULUM KSSR

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menganalisis kandungan kurikulum KSSR iaitu Bidang Al-

Quran, Hadith, Aqidah, Ibadah, Sirah, Akhlak Dan Jawi.

1.1 Contoh-contoh Modul Tahun 1 KSSR semua bidang

القرءاندول فغاجرن دان فمبالجرن اسوهن تالوة مو 1كماهيرن

1ميغضو

مينيت( 60)

1ستندرد فغاجرن

ستندرد كاندوغن : 1.1

هحائية برباريس ساتو دأتس. فمثبوت بوثي حرو( 1.1.1)

: فمبالجرنستندرد 1.2

هجاءيه توغضل برباريس ساتو دأتس حروف(مثبوت دان ممباخ 1.1.1.1)

اوبجيكتيف : 1.3

توغضل برباريس ساتو دأتس ) فتحة( . حروفمغنل دان مثبوت .1

مثبوت دان مميبذاكن بوثي حروف توغضل يغ همفير سام دغن تيمفو باخاءن .2

يغ بتول.

.يغ بتول. مخرجمغنل, مثبوت دان ممباخ بوثي حروف توغضل دغن .3

: قاعدة فغاجرن دان فمبالجرن 1.3

مشافهة تلقى .1

التيه توبي. .2

: فنتكسيرن 1.4

سخارا راوق. حروف. مغخم بوثي 1

يغ سام بوثي. حروف. ممبولتكن 2

. تسميع .3

2ستندرد فغاجرن

توغضل برباريس ساتو دأتس )فتحة( سخارا كلس حروفمغنل دان مثبوت 2.1

خ( –)ا .

دان فندغرن فد كاد اتاو خرتا يغ دفاميركن . مغضوناكن دريا فغليهتن 2.1.1

سخارا كلس كومفولن دان اينديؤييدو. حروفالتيه توبي مثبوت بوثي 2.1.2

)باخ تروس تنفا دأيجا(

توغضل دأيكوتي اوليه موريد يغ حروفموريد تروس مثبوت بوثي 2.1.3

و كد ايمبسن .الءين برفندوكن خرتا اتا

ضورو ممرهاتي باخاءن موريد دان مغاضيهكن موريد مغيكوت 2.1.4

فنخافاين.

خ ح ج ث ت ب أ

خ ح ج ث ت ب أ

3ستندرد فغاجرن

. موريد براد ددالم كومفولن 3.1

ياهن باخاءن يغ ممباخ راكنث-ضورو ممنتاو موريد توروس ممبيمبيغ راكن 3.2

( Aدركن ممباخ باهن باخاءن يغ دأيدركن )باهت باخاءن دأي

ضورو ممبتولكن سبوتن موريد يغ تيدق تفت. 3.3

.6 -1التيه توبي ستياف كومفولن مغضوناكن بوكو اقراء موك سورة 3.4

ستندرد فغاجرن 4

موريد دبهاضيكن كفد دوا كومفولن )مغواساءي دان بلوم مغواساءي( 4.1

تلقي مشلفهة اونتوق كومفولن يغ بلوم مغواساءي دان دأيدركن لمبرن كرجا 4.2

1 كفد موريد يغ سوده مغواساءي 2ضورو مغيدركن لمبرن كرجا 4.3

5ستندرد فغاجرن

ممفردغركن باخاءن دان اكتيؤيتي اوليه cببراف اورغ موريد كومفولن 5.1

موريد الءين.

ضاءن كفد موريد.ضورو ممبري فوجين دان فغهر 5.2

Bضورو

mt

M M

mt

M M

mt

M M

Aضورو

mt

M M

mt

M M

mt

M M

1لمبرن كرجا.

باخ دان بولتكن حروف يغ سام باريس دان بوثي

ت ب أ أ

ح ح خ ج

ت أ ب ب

ث ث أ د

ت ت ح أ

2لمبرن كرجا.

باخ دان لغكفكن حروف ترتيغضل

ب ـ ب ب أ ب

ـ ب أ أ ب أ

ت ا ـ ت ا ب

ـ ب ـ ث ب ت

أ ت ـ أ ت ج

ـ أ ب ح أ ب

خ ـ ج خ ت ج

: Aباهن باخاءن

خ ح ج ث ت ب أ

ج أ ب ت ث خ ح

ث ج خ ح أ ت ب

ح خ أ ت ب ج ث

ج ب ث خ ت ا ح

مودول فغاجرن دان فمبالجرن عبادة

1مودول

20ميغضو

مينيت 60

ستندرد كونسيف برسوخي 3.1

كاندوغن

مثاتاكن فغرتين برسوخي دان حكومث. 3.1.1

برسوخي. ٢مثنارايكن خارا 3.1.2

برسوخي. فاءيده بوت مث 3.1.3

مثاتاكن عاقبة تيدق برسوخي. 3.1.4

ستندرد

فمبالجرن

موريد دافت مثاتاكن فغرتين برسوخي دان حكومث. .1

برسوخي. ٢موريد دافت مثنارايكن خارا .2

برسوخي. فاءيده موريد داقت مثبوت .3

موريد داقت مثاتاكن عاقبة تيدق برسوخي. .4

اوبجيكتيف

سومبغ سارن 1.

سوءال جواب 2.

قاعده فغاجرن

دان فمبالجرن

كد ضامبر 1.

كد ايمبسن 2.

خرتا 3.

لمبرن كرجا 4.

.5 LCD

بورغ فنتكسيرن 6.

باهن بنتو

مغاجر

بنديغ بيذا 1.

فنتكسيرن مورنا 2.

1ستندرد فغاجرن

فغرتين برسوخي.ضورو ممفاميركن كد ايمبسن 1.1

سخارا كلس ضورو ممباخ فغرتين برسوخي دان دأيكوتي اوليه سموا موريد 1.2

.موريد مثوسون كد ايمبسن فغرتين برسوخي دغن بتول 1.3

سخارا اينديؤيدو. 1.3.1

سخارا بركومفولن. 1.3.2

ضورو مثاتاكن حكوم برسوخي. 1.4

سخارا اينديؤيدو دان سخارا بركومفولن موريد مثبوت حكوم برسوخي 1.5

2ستندرد فغاجرن

برسوخي. ٢سومبغ سارن خارا 2.1

برسوخي يغ دسبوت اوليه موريد. ٢ضورو منوليس خارا 2.2

برسوخي دالم بوكو التيهن. ٢موريد مثالين خارا 2.3

برسوخي سخارا كلس دغن بيمبيغن ضورو . ٢موريد ممباخ خارا 1.4

حاجة قضاءممباسوه قبل دان دوبور سلفس

استنجاء

مندي واجب

بروضوء

برسوخي ٢خارا

مثوخيكن تمفت يغ تركنا نجيس

حكوم برسوخي اداله واجب كفد ستياف اومت إسالم

برسوخي

اياله يغ اد فد توبوه

بادن

فاكاين دان

تمفتمغهيلغكن حدت اتاو

نجيس

.

3ستندرد فغاجرن

برسوخي. فاءيده ضورو ممفاميركن خرتا 3.1

برسوخي. فاءيده ضورو ممباخ 3.2

برسوخي. فاءيده ضورو ممينتا واكيل موريد ممباخ 3.3

وخي:برس فاءيده ممباخ ٢موريد 3.4

سخارا بركومفولن 3.4.1

سخارا اينديؤيدو 3.4.2

برسوخي فاءيده

.ترهيندر درفد فثاكيت 1.

دكاسيهي هللا، كلوارض دان مشاركت. 2.

.فيكيرنخردس 3.

توبوه بادن صيحت دان خرضس. 4.

عبادة دتريما هللا دان مندافت فهاال. 5.

نمفق خنتيق برسري.. 6

4 ستندرد فغاجرن

ضورو ممفاميركن خرتا عاقبة تيدق برسوخي. 4.1

ضورو ممينتا واكيل موريد ممباخ عاقبة تيدق برسوخي. 4.2

: ٢ضورو ممباخ عاقبة تيدق برسوخي دان دأيكوتي موريد 4.3

سخارا بركومفولن 4.3.1

سخارا اينديؤيدو 4.3.2

اكتيؤيتي اينديؤيدو: 4.4

برسوخي دان بيرو باضي عاقبة فاءيده ورناكن ميره باضي 4.4.1

عاقبة تيدق برسوخي

موده دجغكيتي فثاكيت. 1.

عبادة تيدق دتريما. 2.

تيدق دسوكاءي راكن. 3.

لمه فيكيرن. 4.

دسيسيه مشاركت. 5.

جاوي فمبالجرن دان فغاجرن مودول

/ 1كماهيرن

1ميغضو

مينيت 60

توغضل. جاوي ٢حروف نوليسم دان مثبوت مغنل، (6.1) ستندرد كاندوغن

فمبالجرنستندرد

توغضل جاوي ٢حروف منوليس دان مثبوت مغنل، (6.1.1)

دغن بتول.

توغضل يغ جاوي ٢حروفدان منوليس ممبيذا ( 6.1.2)

بنتوق دغن بتول. سام همفير

: كاندوغن ايسي

i . ( ب، ت، ث) توغضل جاوي ٢حروف

ii. ( ، ثب، ت) بنتوقث سام همفير يغ ٢حروف

اوبجيكتيف

. بتول دغن توغضل جاوي ٢حروف مثبوت دان مغنل .1

دغن ( ب، ت، ث بنتوقث ) سام يغ ٢حروف منوليس .2

.بتول

( ب، ت، ث بنتوقث ) سام همفير يغ ٢حروف ممبيذاكن .3

.بتول دغن

قاعدة فغاجرن دان

فمبالجرن

توبي التيه .1 فرماءينن .2

ثاثين .3

مغاجر بنتو باهن

حروف كد .1

حروف خرتا .2

(LCDايل.سي.دي ) .3

فنتكسيرن

.٢فوتوس ضاريس مثامبوغ. 1

ترسمبوثي. ٢حروفمنخاري .1

يغ سام بنتوقث. ٢حروف مورناكن .1

1ستندرد فغاجرن

خونتوه : حروف.دان مغاجوق بوثي حروف ممفركنلكن 1.1

تالي ت باجو ب

ايراما. دغن موريد كفد توغضل حروف مثبوت دان مغنل 1.1.1

( ضورو كرياتيؤيتي مغيكوت)

توبي. التيه 1.1.2

: كد برماءين اكتيؤيتي 1.2

.حروف مثبوت موريد كد دان ممفاميركن ضورو 1.2.1

كد. منخاري موريد دان حروف مثبوت ضورو 1.2.2

حروف. ٢خيري مغنل 1.3

خونتوه : ( دباوه ساتو تيتيق) ب حروف

: سفرتي خارا فلباضاي دغن دأجر يغ حروف مالكر يدمور 1.3.1

راكن دبالكغ

ميجا دأتس

دأودارا

هيتم دفافن

2ستندرد فغاجرن

جاوي. توغضل حروف مثبوت موريد ممينتا ضورو 2.1

توغضل حروف مثبوت موريد اورغ ببراف مثوءال دان مميليه ضورو 2.2

. ضورو اوليه دتونجوقكن يغ جاوي

ضمبر. ددالم ترسمبوثي يغ جاوي توغضل حروف مورنا دان نخاريم 2.3

(1)لمفيرن

3ستندرد فغاجرن

فوتيه فافن/ هيتم دفافن حروف منوليس خارا منونجوقكن ضورو 3.1

. سسواي يغ توليس الت مغضوناكن

يغ كرتس ( ددالم ب، ت ، ث حروف ) ٢فوتوس ضاريس مثامبوغ موريد 3.2

(1)لمفيرن . دتوليس يغ حروف مثبوت بيلسم دسدياكن

4ستندرد فغاجرن

مثاثي. خارا دغن جاوي توغضل ٢حروف مثبوت موريد 4.1

(1)لمفيرن .رومه لمفيرن كرجا مغيدركن ضورو 4.2

. ضورو اوليه دبري يغ رومه كرجا توضسن مثمفورناكن موريد 4.2.1

باف. ايبو بيمبيغن دغن جاوي توغضل ٢حروف منوليس 4.2.2

دسدياكن. يغ اينديؤيدو فنخافاين مريكود ضورو 4.3

________: تاريخ _____________________: نام ________________ : كلس

1 لمفيرن

ترمسبوثي.يغ حروفدان ورناكن خاري

ورنا كونيغ - ثورنا بريو -مريه ت ورنا -ب

2 لمفيرن

________: تاريخ _____________________: نام ________________ : كلس

.برايكوت حروف مسوال توليس دان فوتوس ضاريس سامبوغ

3 لمفيرن

.يغ سام حروف ورناكن

ب ث ب ت

ب

ث ت ث ث

ب

ت ث ت ت

ب

________: تاريخ _____________________: نام ________________ : كلس

A. Media Digunakan

i.Whatsapp group

ii.Masa 2 jam.

B. Tajuk Pembelajaran: Analisis kandungan Kurikulum KSSR

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Bidang Ibadah (DT)

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

v. Semakan kehadiran

vi. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

vii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

viii. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

HASIL PEMBELAJARAN

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah isu-isu semasa

kurikulum Pendidikan Islam.

KERANGKA TAJUK

6.1 Pendidikan bertaraf dunia

6.2 Kepelbagaian sistem Pendidikan Islam

6.3 Kesepaduan Ilmu

6.4 Tugasan

6.5 Pembelajaran dalam talian (bagi yang ada PdP dalam talian seperti dinyatakan

dalam Agihan Tajuk)

UNIT 6 Isu-isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menghuraikan Pendidikan bertaraf dunia

ii Kepelbagaian sistem Pendidikan Islam

ii Kesepaduan ilmu

6.1 Pendidikan Bertaraf Dunia

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan

mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat

menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic

excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini

nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti

pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta

dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard,

kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa

atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud

kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor

pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu:

Pembangunan tenaga manusia

Kepesatan pertumbuhan ekonomi

Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

Pembangunan teknologi dan sains

Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian

Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan

kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain.

Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek

pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan

anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya

juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status

Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR

PENDIDIKAN

Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan

pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan

apakah langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:

1. Pengkorporatan Universiti.

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang

terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya

sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk

kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi

mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia

yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara

maju.

Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu

bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan

mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi,

bahkan juga bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamis

perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan

supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti

mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang

menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.

Kerenah birokrasi dan pelbagai ‘red tape’ yang mengekang perjalanan universiti

akan dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan

bertenaga meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya

membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan

digunakan untuk kepentingan korporat.

Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan

ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan

bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti,

akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan.

2. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan

Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan

pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan.

Ini termasuklah membaiki:

Kualiti pengajaran

Kualiti perkhidmatan

Kualiti kurikulum

Kualiti penilaian dan pensijilan

Kualiti pensyarah

Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar

Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi

Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti

Kualiti kepimpinan universiti

Kualiti penyeliaan

Kualiti mentoring

Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

3. Perubahan Sistematik

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat

mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan

mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan

wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa

pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan

pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan

yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara

maju tidak mungkin dapat dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan

yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak

lama. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen

pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan

mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu,

holistik serta komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara

menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas.

Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada

Kementerian Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan.

Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi

pendidikan dilaksanakan.

Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan:

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan

bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan

kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun

Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan

kebangsaan

Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain

sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi

kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila

kita mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal

kemasukan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan

lain-lain lagi hendaklah diambil kira.

Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan

Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris.

Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru

akan dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang.

Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu

pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia memerlukan reformasi

profesionalisme yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan

jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan

menjelang abad ke 21.

Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera.

Penawaran kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi

pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan

status profesyen perguruan.

4. Penggredan Universiti

Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian

Pendidikan adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk

meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf

dunia. Secara tidak langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan

universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status

pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak

mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti

teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah

penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu

program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi

yang ingin berkembang secara progresif dan dinamis.

5. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai

implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara.

Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan

wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursus-

kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus menyediakan

penempatan pembelajaran yang lebih banyak.

Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung

kepada universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian

negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan

oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.

6. Kelonggaran Sistem Pendidikan

Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik

untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi

pembangunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses

pembangunan negara. Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun

dan merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia

negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian.

Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan

pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta

dasar liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja

berilmu, rajin, tekun dan produktif.

Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia

(MSC) Malaysia di London, Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad

menegaskan kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi

membolehkan pelajar dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan

meneruskan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi selaras dengan usaha

kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu. Langkah melonggarkan peluang

pendidikan ini dikira perlu kerana negara kekurangan pekerja yang berilmu bagi

menghadapi cabaran masa depan terutama sekali dalam era teknologi maklumat

abad ke 21.

Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah

secara percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan

tinggi, Malaysia dikira akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia.

Malaysia juga dikira mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan

negara-negara membangun yang lain.

Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang

kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga

manusia mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk

warganegara yang produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan

teknologi dan kegiatan ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin

dipelopori melalui pendidikan bertaraf dunia.

Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan

tenaga mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan

pendidikan yang merupakan agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda

yang amat mendesak bagi meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah

pembentukan pekerja berilmu.

Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara

memperuntukan pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini

juga selaras dengan Teori Modal Manusia (Human Capital Theory) yang

menganggap pendidikan sebagai satu strategi penting bagi meningkatkan potensi

modal manusia seperti kepakaran, kemahiran, berpengetahuan, efisyen, produktif,

berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja dan sebagainya.

CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari

daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di

antara cabaran-cabaran tersebut ialah:

1. Penghijrahan pensyarah (brain drain)

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena

yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf (Y.D.P.

Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena

biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya

dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam

sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini.

Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada

pendidikan di negara ini? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang

pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam

menghadapi saingan untuk memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka

menamatkan pengajian. Memang tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan

skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang

disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.

Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi

ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier

masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang

berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan

sahaja disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat dari

pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi faktor

lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat pengiktirafan pada masa yang

diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah sebenarnya

tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta sahaja, malahan ia

juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan atau bekerja

sendiri.

2. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan

Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila

profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang

menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21

akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian

gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai

perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral,

masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen

yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang

semakin mencabar.

Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus

menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah

asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad

ke-21. Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan

kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.

Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang

dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin

berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu,

kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana

pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai

pihak.

Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di

negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani

masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang

berlaku dari masa ke semasa mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan

pelbagai tekanan psikologi dan mental yang memerlukan semangat kental dan

kesabaran kaum guru.

3. Peperiksaan Mengikut Keupayaan.

Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan

yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut

keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan

sistem pelajaran di sekolah.

Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul

Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada

perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan

kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan

cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan

lagi murid yang lemah dan lembab.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi

kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan

menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti

pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar

kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang

pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah

bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah

pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.

Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh

menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk

mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada

mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka berbanding anak-

anak golongan kurang berada dan golongan miskin.

Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan

memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang

sepatutnya mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka

benar-benar yakin dan bersedia. Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah

boleh membina keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan dan adakah

mereka yakin mereka akan berjaya dalam peperiksaan.

Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai

keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam

peperiksaan. Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk

mengukur kebolehan dan kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi

di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi

akademik.

Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan

kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa

mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan

akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa

makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang

berkebolehan rendah.

Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka

ideologi yang mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang

dicadangkan ini? Adakah ia boleh dikira satu perubahan yang penting ke arah

menyumbang reformasi sistem peperiksaan yang sedia ada ? Setakat manakah

falsafah dan konsep peperiksaan mengikut keupayaan ini memberi faedah dan

mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan warga negara yang seimbang

serta berketrampilan?

Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan

pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar

merujuk buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan.

Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan

validitinya sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan

mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan

pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya.

Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya

dibuat oleh pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan

kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.

Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat

tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid

dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang

diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat

dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di

negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan.

Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi

tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh

desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.

Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan

peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki

institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip

kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.

Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini

akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang

mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar

sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas

sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang

dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan

yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses

persekolahan yang progresif dan dinamis.

CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI PENCAPAIAN

MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Meningkatkan profesionalisme perguruan

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa

menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi

cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka

sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan

masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan

menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu

adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme

perguruan di negara-negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan

resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak

banyak mengalami perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi walaupun

perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-

sektor lain.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di

negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen

perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat

yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa

dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang

progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk

membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan

moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan

perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti

Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan

pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan

peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi

mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang

lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi

penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang

sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan

perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah,

murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada

pembangunan masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung

kepada profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif.

Profesyen perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang

berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme

pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan

pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan

dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk

mengubah dan belajar untuk berubah.

Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi

pengajian tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah

universiti mestilah memiliki diploma pendidikan bagi membolehkan mereka

melayakkan diri untuk mengajar. Walaupun mendapat reaksi yang "panas dan sinis"

daripada pensyarah dan professor, cadangan ini bagaimanapun perlu dianggaap

sebagai satu cadangan yang positif bagi meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah

dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai

pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian

Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem

peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik

semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi

individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata

tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu,

langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-

aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis,

rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah,

aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai

kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju

dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk

mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat

kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan.

Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan

kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan.

Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira

untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah

kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah

kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan

ilmu dan kemampuan pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN

Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan

yang betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang

berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati

nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan

benar, sesuai dengan potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam

menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan

yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih

agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima

kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada

individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada

reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.

Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan

negara, apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya

telah tersedia? Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua

dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih

futuristik.

Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah

(KBSR), subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan

pangkat baru berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi - kasihan

generasi remaja kita yang menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan

penghitungan dalam menanam modal dalam"komoditi pendidikan", ia akan memberi

impak jangka panjang. Sebagai contoh, hasil daripada kegagalan KBSR dan subjek

ADM yang dilaksanakan 10 tahun dahulu, bahangnya kita dapat rasai kini dengan

kurangnya pelajar kita (melayu khususnya) yang berminat unutk memilih sains

sebagai bidang pilihan mereka di IPT.

Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari,

Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan

bertaraf dunia. Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk

mengikut arus reformasi yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi

Maklumat masa kini ? Ada baiknya fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum

memikirkan reformasi pendidikan secara total. Janganlah anjakan paradigma itu

dibuat berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh kepada semua golongan

pendidik. Kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas yang mantap dan

teguh.

KESIMPULAN

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan

masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita

perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan

wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,

bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan

falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah

meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja,

tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

(http://sarjana.tripod.com/taraf1.html)

1. Bincangkan secara terperinci aspek kesediaan guru dalam menangani isu

pendidikan sebagai seorang pendidik dalam abad ini.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

iii. Whatssap group

iv. Masa 2 jam.

v.

B. Tajuk Pembelajaran: Isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

ii. Kesepaduan Ilimu (DT)

iii.

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

ix. Semakan kehadiran

x. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

xi. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

xii. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

TUGASAN

BIBLIOGRAFI

Abd Aziz Yusof. (2013). Pengurusan pendidikan Islam, mekanisme transformasi ummah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Ishak. (2000). Perkembangan pendidikan Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa

dan Pustaka. Ahmad Mohd. Salleh. (2011). Kurikulum metodologi dan pedagogi pengajian Islam: KPLI

Pengajian islam & j-QAF (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Al-Ghazali. (2013). Mutiara Ihya Ulumuddin. (Al-Syeikh Muhammmad Jamaluddin Al-Qasimi

Ad-Dimasqi. Terj.) Shah Alam: Illusion Network. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Tingkatan 1-5. Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: kaedah pengajaran dan

pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Noor Hisham Md Nawi. (2011). Konsepsualisasi semula kurikulum pendidikan Islam.Tanjung

Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. (2015). Bahagian Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

PENYELARAS MODUL PDPP

Bil. Nama Pegawai Akademik

1 Othman bin Loman Bidang Pendidikan Islam

PANEL PENGGUBAL PDPP

PIMKD2013 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Bil. Nama Kelayakan Akademik

1 Dr Nor Kartina bt Tawang

Ijazah Doktor Falsafah (Syariah)), UNISZA Sarjana Pengajian Islam (Syariah) UKM Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Syariah), Universiti Al-Azhar, Mesir Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan, KUSZA

2 Dr Engku Zarihan bt Engku Abdul Rahman

Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam), UKM Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam, UKM, Bangi, Selangor Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Syariah), Universiti Al-Azhar, Mesir. Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor.

SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan graf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.