modul waj3073 seni dlm pddkn

127
JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU 1 TAJUK 1 Pengenalan kepada Seni Dalam Pendidikan 1.1 Sinopsis Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan peringkat Sarjana Muda Keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan proses kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid akan menjalani aktiviti penerokaan, mengalami dan mengekspresi citarasa melalui sensitiviti pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Mata pelajaran ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh. 1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 Menyatakan konsep, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan. 1.2.2 Menjelaskan hubungan kanak-kanak dengan seni. 1.2.3 Menerangkan konsep asas Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan dengan meneroka, mengalami dan mengekspresi dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.2.4 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Upload: dharmilah-basikaran

Post on 27-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Page 1: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

1

TAJUK 1 Pengenalan kepada Seni Dalam Pendidikan

1.1 Sinopsis

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik dan

Seni Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan peringkat Sarjana Muda Keguruan ini

lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan proses kritikan.

Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui

penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid akan menjalani

aktiviti penerokaan, mengalami dan mengekspresi citarasa melalui sensitiviti

pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan Seni Visual,

Seni Muzik dan Seni Pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti

dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan

menyeronokkan.

Mata pelajaran ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi

kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi.

Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Aspek penglibatan secara aktif dan

menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang

berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh.

1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 Menyatakan konsep, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan. 1.2.2 Menjelaskan hubungan kanak-kanak dengan seni.

1.2.3 Menerangkan konsep asas Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan

dengan meneroka, mengalami dan mengekspresi dalam pengajaran dan

pembelajaran.

1.2.4 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran

dalam bidang Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan yang

diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

2

1.2.5 Bekerjasama dan menghargai hasil ciptaan individu dan kumpulan

melalui pelbagai aktiviti seni dalam bilik kuliah.

1.3 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk

keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika

yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum

berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa

serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan

negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan

melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada

pengintegrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek akan berlaku.

1.4 Konsep, latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa

mengira latar belakang, bakat dan kebolehan. Integrasi Seni Visual, Seni Muzik

dan Seni Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara

holistik. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan

kreativiti dan ekspresi kendiri sesorang.

1.4.1 Teori pembelajaran yang menyokong Seni Dalam Pendidikan

(a) Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu

membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh

mereka. Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam

pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori

pembelajaran deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori

pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya seseorang individu belajar. Ia

Page 3: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

3

juga menegakkan fahaman bahawa pembelajaran merupakan proses membina

makna daripada pengalaman yang dilalui.

Konstruktivisme berbeza dengan pandangan behavioris yang melihat

pembelajaran lebih menekankan tentang pengaruh suasana terhadap

seseorang. Andaian asas konstruktivisme menyatakan bahawa seseorang

merupakan pelajar aktif dan boleh mengkonstruk pengetahuan untuk diri mereka

(Gery 1995). Pengajaran konstruktivis lebih melibatkan pemusatan pelajar,

pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-

pelajar, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik

(Shuell 1996).

Ciri-ciri lain:

• Murid berpeluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep.

• Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.

• Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya.

• Berpusatkan murid.

• Hands-on dan minds-on.

• Pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir.

• Renungan kembali proses pembelajaran.

• Galakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan

teori.

• Hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.

• Murid mengaplikasikan idea yang baru dibina dengan kehidupan seharian.

• Perihatin kepada keperluan kebolehan dan minat guru.

• Murid selalunya bekerja secara kumpulan

Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah

dan telah digunakan dalam bidang sosiologi, antropologi dan psikologi kognitif

serta pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu

Giambatista Vico, mengatakan … “one only knows something if one can explain

it” (Yager, 1999). Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan

bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar

menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat

Page 4: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

4

terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan

membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut

(Cheek, 1992). Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian

Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson,

Dewey, Papert dan Confrey.

Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966),

melibatkan “belajar dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya

dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah

yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan “progresivisme” dalam

pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951)

lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya

terjemahan, “Play, Dreams and Imitation in Childhood” dan Vygotsky (1978)

dalam “Mind in Society” yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme

dalam perkembangan minda kanak-kanak. Sejak satu setengah dekad yang

lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks telah diolah agar lebih

menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan

membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah

dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan

Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula

dalam pembelajaran Sains dan Matematik yang cuba menyemarakkan perspektif

konstruktivisme.

(b) Teori Kecerdasan Manusia

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa

terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya

disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di

sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap

kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung,

kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong

kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapelajaran Seni Dalam

Pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan

kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu, ia dapat menjana

Page 5: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

5

kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi

pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan

berkesan.

Howard Gardne, (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan

digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan

yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan

menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi

terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid

kepada yang lebih kreatif. Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple

Intelligences) - diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa

manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences):

merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud

secara semulajadi.

Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak

saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran

tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau

lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah

atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan

Page 6: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

6

tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan

persekitaran.

(c) Teori Otak Kanan dan Otak Kiri

Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concep” yang mengkaji perkembangan otak

kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan

intuitif seseorang individu. Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu otak

kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat

berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu

yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individu-

individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya pemikiran otak

MENGAPA TEORI HOWARD GARDNER PENTING DALAM SDP ?

Menyokong pembelajaran bersepadu mengikut JERI selaras dengan FPN

Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang pelbagai

Membentuk kepelbagaian untuk menilai Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi

penyelidikan dalam P&P

Meningkatkan kualiti diri dan motivasi diri Meningkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan

seterusnya meningkatkan potensi diri.

Page 7: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

7

kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuisi,

subjektif, sintesis dan abstrak.

Gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik, rasional, analitik, objektif,

berturutan dan spesifik. Ilmu yang mudah dilihat banyak menggunakan otak kiri

contohnya ialah ilmu matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan

ialah ilmu Seni Muzik, Sastera dan Seni Visual. Walau bagaimanapun, terdapat

juga ilmu-ilmu yang menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmu-

ilmu Sains, Fizik, Kimia, Astronomi dan Falsafah.

Jika dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang

terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar di

seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan satu-satu

tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan materi

semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih ketara apabila pelajar memasuki

gerbang universiti. Jika dikategorikan dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir

menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal.

Gaya berfikir seperti ini amat memerlukan sebab-sebab rasional dan logik;

segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-

pengalaman yang lalu dan mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti

berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan.

Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan dikongkong oleh logik dan rasional.

Para pelajar tidak akan bebas berfikir, tidak mampu dan tidak berani melahirkan

idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat bertentangan dan dianggap pelik

oleh individu-individu yang berfikiran konvensional. Fikiran konvensional adalah

fikiran yang berasaskan pendapat-pendapat lama yang telah kukuh dan diterima

ramai sebelum ini. Jika ada idea-idea baru yang dilahirkan pun hanyalah

berbentuk inovatif atau ‘improvement’ daripada idea-idea sebelum ini, bukan

berbentuk kreatif.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh

murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru untuk

Page 8: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

8

memahami diri sendiri. Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya

dari aspek menyelesaikan masalah, memotivasikan guru untuk menjadi lebih

kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan

professional. Seni Dalam Pendidikan juga membantu perkembangan insan

secara seimbang dan menyeluruh.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam

Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis.

Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk

keunggulan diri dalam kehidupannya.

Dilahirkan pada tahun 1452 di kota Vinci, propinsi Firenze, Itali. Beliau anak

pasangan Ser Piero da Vinci dan Caterina. Nama lengkapnya ialah Leonardo di

Ser Piero da Vinci yang bererti Leonardo Putera Ser Piero Dari kota Vinci.

Leonardo da Vinci adalah salah seorang pelukis zaman Renaisans di Itali. Beliau

dianggap tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagat sebagai

pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The

Last Supper dan Mona Lisa. Leonardo membesar bersama bapanya di Florence

dan merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Beliau anak murid kepada

pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466 dan kemudiannya menjadi

pelukis bebas di Florence. Beliau dikenali kerana banyak mencipta lukisan

design teknologi moden yang tidak ada semasa zamannya. Selain itu, beliau

turut memajukan ilmu anatomi, astronomi dan kejuruteraan awam. Leonardo

pada zamanya dianggap Seniman Gila kerana suka

membongkar kuburan, mengambil dan membedah

mayat hampir busuk yang tidak dikenali, dan

membedahnya pada waktu malam semasa

mempelajari lakaran anatomi. Kadang kala beliau

melakukannya di hospital yang memberi keizinan.

Beliau benar-benar ingin tahu organ-organ yang

terdapat dalam tubuh badan manusia dan cuba

melakarnya dalam bentuk lukisan. Leonardo banyak menghasilkan karya seni

dan berbagai design yang menakjubkan sebelum meninggal pada 2 Mei 1519.

Page 9: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

9

Einstein dan Isaac Newton sehingga sekarang masih dianggap tidak dapat

menyamai kegeniusan atau kepintaran Leonardo da Vinci.

1.5 Kepentingan imaginasi, emosi, ekspresi dan kreativiti. Seni Dalam Pendidikan melibatkan imaginasi, emosi dan ekspresi.

1.5.1 Peranan Imaginasi

Imaginasi bermaksud daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan

sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan.

Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan:

(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.

(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.

(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan

kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran dan arif terhadap pergerakan,

bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak

dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan

konsep “lebah”. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka bergerak mengikut

irama seperti lebah yang sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak

menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran tentang konsep

tersebut.

Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam

kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah

selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru,

kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam

memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan.

1.5.2 Peranan Emosi

Page 10: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

10

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli.

Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

(i) Seronok dan tenang

(ii) Kurang seronok dan cemas.

Menurut Mahmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami

oleh manusia yang melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

Steq pula menyatakan seseorang yang memiliki IQ (Intelligence Quotient) dan

EQ (Emotional Quotient) yang tinggi, lebih mampu menguasai keadaan dan

merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.

(i) Kecerdasan Emosi - Konsep IQ dan EQ

Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif

seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfred Binet

dan Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang masih digunakan

sehingga sekarang. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang

mempunyai IQ tinggi berjaya dalam kehidupan. Perkembangan pesat dalam

bidang sains otak (neurologi) mendapati bahawa emosi dapat mempengaruhi

kecerdasan (EQ).

Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa depan seseorang.

Menurut Coleman (pakar Sains Otak dan Psikologi), peringkat terbaik IQ hanya

menyumbang 20% kejayaan seseorang manakala 80% lagi dipengaruhi faktor-

faktor lain.

(ii) Membina Emosi yang Sihat

Guru yang penyayang dan ceria.

Tahap EQ guru yang membina EQ murid.

Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat.

Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau peperiksaan.

Terdapat perhubungan yang rapat diantara EQ dengan tingkah laku.

Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial.

Page 11: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

11

Lebih bekerjasama, suka menolong, boleh diharap dan berempati.

Lebih fokus, tekal, boleh menangani kekecewaan dan sabar.

(iii) Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah

Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid.

Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru murid.

Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan.

Menguasai kemahiran mengajar EQ.

Menggunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan.

Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan.

Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita.

Ada unsur kecindan.

Menggunakan unsur biografi untuk perkara yang berkaitan.

Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi.

1.5.3 Peranan Ekspresi

Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan,

pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam

Pendidikan memberi peluang murid membina keyakinan menajamkan persepsi,

meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. Carta di bawah

menunjukkan bentuk ekspresi.

Page 12: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

12

Bentuk ekspresi

Peranan Ekspresi

RUMUSAN

Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada

pengenalan Seni Dalam Pendidikan, matlamat, objektif dan hubungkaitannya

Page 13: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

13

dengan pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga penting

sebagai persiapan bakal guru. Di samping itu, anda juga didedahkan kepada

beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni

secara global. Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri,

emosi, imaginasi, persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk

pemantapan seorang murid dan bakal guru dalam mata pelajaran ini.

KANAK-KANAK DAN SENI - EN JOHAN. Bahan bermasalah 3.1 Sinopsis

Tajuk ini menerangkan tentang tiga komponen seni iaitu irama , warna dan ruang.

Topik-topik kursus meliputi pengenalan secara terperinci, kesepaduan irama,

warna dan ruang dalam seni, aktiviti kreatif yang menggunakan irama, warna

dan ruang untuk ekspresi diri, penyampaian idea dan maklumat .

3.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk anda seharusnya dapat;

1. Menyatakan konsep irama , warna dan ruang dalam kehidupan seharian anda.

2. Meneroka, mengalami dan menyatupadukan irama , warna dan ruang dalam

seni

3. Menjalankan aktiviti kreatif yang mengaplikasikan irama , warna dan ruang

secara bersepadu

4. Menjalankan aktiviti kreatif yang menggunakan irama , warna dan ruang untuk

tujuan ekspresi dan penyampaian idea serta maklumat

TAJUK 3 IRAMA , WARNA DAN RUANG

Page 14: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

14

3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

3.4 Kandungan

Pengenalan

Tiga komponen seni yang terdiri daripada irama , warna dan ruang membentuk

keindahan estetik dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan irama denyutan

jantung, warna pakaian yang mempamerkan personaliti dan pergerakan aktiviti

seharian anda dapat mewujudkan keharmonian kepada kehidupan kita.

Memahami tiga komponen asas ini dapat memperkayakan proses pembelajaran

anda yang dapat membantu meluahkan pengetahuan asas seni. Contohnya

irama pergerakan hidup anda dan warna- warni yang dikaitkan dengan pelbagai

pilihan yang boleh dibuat dalam kehidupan anda. Manusia saling bersosial dan

bergerak. Apabila diberi pengetahuan tentang irama, warna dan ruang , mereka

akan lebih memahami bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan nilai estetika dan

kreativiti serta mempunyai pelbagai pilihan.

Tajuk ini bertujuan untuk membantu anda melihat kepentingan komponen seni

tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila komponen ini

disepadukan secara berkesan dalam aktiviti bilik darjah, pembelajaran akan

KOMPONEN SENI

AKTIVITI KREATIF

WARNA RUANG IRAMA

KESEPADUAN

Page 15: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

15

menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Komponen tersebut merupakan

alat yang berkesan untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang konsep

disamping mencetuskan kreativiti dalam kalangan pelajar.

3.5 IRAMA

Apa sahaja dalam kehidupan kita, boleh dikaitkan dengan irama. Contohnya

irama denyutan jantung, irama penafasan dan irama semasa berjalan. Irama

merujuk kepada sesuatu bunyi atau rentak berulang. Biasanya irama boleh

dinikmati apabila kita mendengar muzik. Ketika anda mendengar muzik, adakah

anda sedar bahawa ia dimainkan dalam suatu rentak yang khusus?.Contohnya

bunyi tapak kasut orang berjalan, bunyi keretapi dan sebagainya. Kanak-kanak

juga selalu menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk,

berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual,

irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang berulang-ulang, susunan

sekata yang menampakkan pergerakan. Anda juga boleh bergerak dan menari

secara berirama di sekitar ruang.

Cuba anda lakukan aktiviti berikut:

DENGAR :

Bunyi kenderaan

Tepuk tangan

Detik jam

Kicauan burung

Hujan

LIHAT :

Susunan batu-bata

Corak pada pagar

Percikan air

Corak tikar / permaidani

Page 16: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

16

Anda akan melihat, mendengar, merasa dan menyentuh banyak perkara

berulang kali dalam kehidupan seharian. Contohnya anda dapat melihat corak

berulang pada sehelai kain atau semasa mendengar irama muzik. Malah dalam

kegiatan harian anda seperti berjalan, makan dan tidur juga merupakan suatu

corak irama. Ia menggambarkan gaya kehidupan yang dilalui sepanjang masa.

Kanak-kanak memperolehi kemahiran dalam irama, seperti semasa belajar

mengira, melukis corak dan melakukan aktiviti pergerakan. Irama dapat

mempertingkatkan tahap tumpuan, penglibatan diri secara bersemangat dan

seterusnya mempertingkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak

gembira apabila mereka bergerak mengikut irama. Ini akan menjana pergerakan

ekspresif apabila mereka bergerakbalas terhadap idea-idea yang boleh

dicontohi.

AKTIVITI

1. Aktiviti Detik: Ekspresi Diri

Rasa dan kira denyutan nadi anda dalam masa 10 saat.

Berapakah bilangan denyutan nadi anda dalam masa 10 saat?

Tepuk tangan anda mengikut denyutan nadi

Gambarkan secara visual denyutan nadi anda.

2. Aktiviti irama panjang dan pendek

CUBA ANDA LAKUKAN AKTIVITI BERIKUT

Page 17: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

17

Sila berjalan 10 langkah ke hadapan

Sekarang anda dikehendaki melompat sebanyak 10 kali

Antara aktiviti - aktiviti yang anda lakukan tadi, yang manakah

mengambil masa yang panjang?

Cuba pula gambarkan kelajuan pergerakan tadi dalam bentuk visual.

3. Aktiviti corak berulang

Pilih satu rupa, contohnya rupa bintang

Ulang rupa itu memenuhi kertas lukisan anda

Tahukah anda apabila rupa berulang, anda akan menghasilkan corak?

Cuba hasilkan corak yang berlainan pula dengan mengulang rupa yang

sama tetapi berlainan arah.

Pilih rupa yang lain dan ciptalah corak-corak melalui pengulangan rupa

dan lihatlah hasil kreativiti anda itu.

3.6 WARNA

Pengenalan

Warna merupakan unsur seni yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan

Seni Visual. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna

Page 18: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

18

tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya warna daun,

warna pelangi, warna bangunan dan sebagainya.

Alam semulajadi kita dipenuhi dengan warna. Warna memainkan peranan

penting dalam kehidupan kita dari segi personaliti, kebudayaan dan psikologi.

Biasanya orang yang memakai pakaian yang berwarna terang menggambarkan

personaliti cergas dan aktif. Warna merah melambangkan kemeriahan dalam

budaya masyarakat Cina, manakala warna hijau memberi kesan psikologi segar

dan tenang kepada emosi kita

Kita mendapat warna daripada cahaya. Tanpa cahaya warna tidak akan wujud.

Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek.

Warna menjadikan komunikasi visual lebih menarik, berkesan dan ekspresif.

Bayangkan alam semula jadi tanpa warna!

Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-ciri dan

seterusnya tahu mengaplikasikan pengetahuan ini dalam Seni Dalam

Pendidikan. Contohnya mencampur warna dan menyapukan warna ke

permukaan sesuatu objek. Ini akan menghasilkan sesuatu ciptaan yang menarik

dan kreatif.

Marilah kita meneroka keindahan dan kehebatan kreativiti warna dalam

kehidupan seharian kita. Berikut disediakan beberapa aktiviti yang dapat

membantu anda memahami warna agar peranan anda sebagai guru lebih

bermakna dan kreatif.

AKTIVITI : SILA BUAT CATATAN

WARNA

Bilik Darjah Tepi Pantai

Perhati dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah

Bayangkan suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya

Page 19: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

19

Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di

dalam bilik darjah

Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna dalam bilk darjah agar

suasana lebih menarik untuk belajar

Latihan amali

Anda dikehendaki menggunakan cat air untuk meneroka dan mendapat hasil

campuran warna melalui eksperimen.

Cuba anda mulakan dengan warna asas

Campur: Merah + biru = ----------------------

Merah + Kuning = -----------------------

Biru + Kuning = -----------------------

Campuran warna-warna asas itu akan menghasilkan warna sekunder

Sekarang cuba anda meneroka campuran warna sekunder dengan warna asas

untuk menghasilkan warna tertier pula

Campur : Unggu + Merah = -------------------------

Jingga + Kuning = -------------------------

Hijau + Biru = -------------------------

Berikut disediakan satu aktiviti yang dapat membantu anda mengaitkan warna

dengan objek, emosi ,muzik dan pegerakan.

Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan maklumbalas anda pada

tempat kosong yang disediakan

WARNA OBJEK EMOSI MUD MUZIK PERGERAKAN

MERAH Api Marah Pantas dan

kuat

Menghentak

kaki

BIRU

HIJAU

KUNING

Page 20: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

20

HITAM

PERANG

Selepas anda meneroka warna melalui ketiga-tiga aktiviti di atas, hasilkan

refleksi tentang peranan warna dalam kehidupan anda.

3.7 RUANG

Pengenalan

Semua pergerakan kita adalah di dalam ruang. Ruang ada di sekeliling kita

contohnya di dalam bilik darjah, di padang, di dalam kereta dan juga pada

sekeping kertas yang kosong. Dengan itu kita mesti memahami bagaimana untuk

bergerak di dalam ruang dengan selamat dan mahir. Apabila kita memahami

konsep ruang, kita akan lebih peka tentang pergerakan kita.

Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama

semasa mereka menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke

kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Irama dapat meransang minda

kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan,

dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat

dan meningkatkan potensi serta keseronokan mereka. Mereka akan meneroka

pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak balas

dengan irama yang dimainkan.

Menurut Howard Gardner dalam teori Kecerdasan Manusia (1983), kecerdasan

ruang melibatkan kebolehan melihat dunia ”visual spatial” dengan lebih tepat.

Kecerdasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan,

rupa, bentuk, ruang dan perkaitan diantaranya. Sebagaimana seorang arkitek

menunjukkan kecerdasan ruang dalam rekacipta bangunan begitu juga seorang

Interpretasi anda

Page 21: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

21

guru menunjukkan kecerdasan ruang dalam kemahiran pedagogi dan

pengurusan.

Bilik darjah perlulah disusun dengan menarik dan berkesan agar pergerakan

guru dan pelajar selamat. Ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang

kondusif dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

afektif.

Kanak-kanak di sekolah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi

kognitif dan ahli teori konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh

pengetahuan secara pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif.

Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan

dapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksperimen dan

mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan

perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak

boleh meluahkan idea secara bebas dan kreatif.

AKTIVITI

Mari kita cuba memaksimumkan penggunaan ruang dalam bilik darjah

melalui aktiviti-aktiviti berikut

I. Tempat ku di dalam ruang

Anda dan rakan-rakan duduk bersila di dalam bulatan

Letakkan tangan anda di atas riba

Teroka ruang di sekeliling anda sambil meregangkan tangan ke hadapan,

ke belakang dan ke atas.

Berdiri dalam bulatan . Ulangi aktiviti-aktiviti di atas.

Apakah perbezaan penggunaan ruang semasa anda duduk dan berdiri

Ulangi latihan itu dengan iringan muzik

Sekarang bergerak mengikut irama muzik dan ruang di sekeliling anda

Luahkan pengalaman pergerakan anda itu dengan melukis garisan

II. Membuat bentuk dengan anggota badan anda

Page 22: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

22

Berdiri tegak dan buat bentuk dengan badan anda, contohnya regangkan

tangan anda ke atas seperti bentuk Y.

Ulangi aktiviti ini dengan membuat bentuk-bentuk lain pada aras yang

berbeza, tinggi, sederhana dan rendah

Ulangi aktiviti tersebut dengan iringan muzik sambil meregangkan diri

anda mengikut irama muzik

Adakah aktiviti ini menyeronokkan?

Anda boleh mengesan keindahan ciptaan bentuk yang anda lakukan

dengan

iringan muzik dan pergerakan menggunakan kamera atau membuat

lakaran.

1. Ekspresi pergerakan dalam ruang

Alat bantu mengajar:

Pilih gambar- contohnya ladang ternakan

Perhatikan gambar tersebut dan nyatakan apa yang anda lihat

berpandukan

arahan berikut:

Tiru aksi-aksi haiwan yang terdapat dalam gambar.

Perhatikan bentuk dan corak yang anda tiru.

Luahkan corak-corak ini dalam bentuk lukisan.

Dengan iringan lagu contohnya ” Old Mac Donald Had a Farm”

lakukan pergerakan berirama dan bunyi haiwan itu secara aktif

sambil menyanyi.

Tulis satu refleksi ringkas pengalaman pembelajaran anda melalui

aktiviti tadi

Page 23: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

23

RUMUSAN

Tajuk ini membantu anda memahami ketiga-tiga komponen seni tentang

irama,warna dan ruang dalam kehidupan seharian. Aktiviti-aktiviti dalam tajuk ini

bertujuan meningkatkan kefahaman anda. Melalui komponen-komponen asas ini

dapat meningkatkan kreativiti anda di samping menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

Herbert Edward Read

Nama penuh : Herbert Edward Read

Tarikh Lahir : 4 Disember 1893

Tempat Lahir : Kirkbymoorside, North Yorkshire.

Pekerjaan : Penyajak, Sejarawan Seni Moden, Pengkritik Seni dan

Sastera.

Bangsa : Inggeris

Meninggal dunia : 12 Jun 1968

Sejarah awal Read dalam bidang seni

Read lebih dikenali sebagai pengkritik seni.

Aktif dalam membincangkan tentang seni moden British bersama dengan

Paul Nash, Ben Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth.

Menjadi rakan kongsi kepada Kumpulan Seni Moden Unit One milik Nash.

Menjadi seorang professor Seni Halus di University of Edinburgh (1931 –

1933).

Salah seorang penganjur London International Surrealist Exhibition pada

1936 dan editor majalah Surrealism.

Latar belakang keadaan masyarakat dan sistem pendidikan kreatif pada

zaman 1920an-1930an di UK

Peranan National Society of Art Masters (NSAM) dan Art Teacher Guild (ATG)

NSAM: disiplin akademik lukisan dan reka bentuk, pengikhtirafan kompetensi

akademik untuk tujuan ekonomi kebangsaan.

Page 24: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

24

ATG: Lukisan kanak-kanak untuk keperluan pendidikan dan perkembangan

Kanak-kanak. Mengalakkan kreativiti individual kanak-kanak. Kreativiti

berpusatkan kanak-kanak, kebebasan kreativiti dan kespontanan.

Mengikut Frank Cizek setiap kanak-kanak mempunyai kreativiti tersendiri dan

patut diberi perluang untuk meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi diri.

Seperti Cizek, Read memberi hujahan bahawa sistem pendidikan

menyebabkan kehilangan kebebasan kreativiti dan kespontanan kanak-kanak

pada umur 10 tahun. Ini adalah kerana sistem pendidikan pada zaman itu

melibatkan kanak-kanak berumur 10 tahun dalam pendidikan yang berfokuskan

intelek dan mengabaikan kespontanan dan kreativiti kanak-kanak. Read

menyarankan bahawa kebebasan kreativiti dan kespontanan seharusnya

dilanjutkan sehingga ke peringkat dewasa. Maka Read menggunakan rujukan

seni advant gard.

Terdapat tekanan jurang perbezaan sosial politik antara golongan kaya dan

golongan petani. Seni menjadi sesuatu kepunyaan golongan kaya. Read terus

mencadangkan kepentingan kreativiti yang tersirat pada setiap individu yang

secara kolektif akan membawa kepada kehendak sosial masyarakat. Read

menulis tentang “Pendidikan Melalui Seni”. Persamaan simbol dan imej

universal dalam lukisan digunakan sebagai alat untuk komunikasi dan

seterusnya pendidikan kepada semua dalam komuniti.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak

Minat Read terhadap seni kanak-kanak merupakan tugasan beriringan

pertamanya, semasa membuat penafsiran mengenai kepentingan avant-

garde.

Subjek seni kanak-kanak pada asalnya merupakan perkara yang kurang

penting; hujah mengenai intisari ‘pra-logikal’ dalam kreativiti avant-garde

boleh disokong dengan rujukan kepada keadaan yang nyata dalam seni

purba dan lukisan kanak-kanak.

Mengikut Read, kreativiti individu kanak-kanak boleh dilanjutkan ke peringkat

selepas 10 tahun sehingga ke dewasa. Mengabungkan falsafah ahli

Psykologi Freud dan Carl Jung, Read telah menulis tentang kepentingan

meluahkan imej yang tersirat dalam minda individu. Maka Read

Page 25: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

25

membantahkan sistem Pendidikan Seni yang merupakan replikasi kepada

realiti. Menurut Read yang lebih penting adalah untuk mengeluarkan saranan

baru dan bukan mengulangi atau meniru apa yang sedia ada.

Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada

masanya kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan

teori kreativiti kanak-kanak sangat berpadanan dengan semangat

perjuangannya terhadap avant-garde.

Bincangkan bagaimanakah pengalaman persekitaran dan sosial budaya seseorang kanak-kanak itu dapat membantu perkembangan lukisan mereka? ( 60 minit )

Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah

Tugasan yang sangat mencabar dalam pendidikan adalah untuk mencegah

kanak-kanak daripada kehilangan jalan masuk kepada zaman purba, alam yang

asing dan pengalaman terhadap sesuatu budaya yang mana mereka mampu

untuk memperlihatkannnya dalam perlambangan.

"Art is an attempt to create pleasing forms"

Read berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara

yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. Seni kanak-kanak merupakan

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Page 26: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

26

persepsi kanak-kanak terhadap realiti. Imej simbolic lukisan-kanak-kanak

berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak

Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan

dalam seni kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti,

dan beliau juga menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avant-

garde orang dewasa.

Seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak

terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambilkira tujuan

avant-garde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap

individu

Read mendapati kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis

bagi maksud yang tersirat.

Page 27: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

27

Cuba anda fahamkan pandangan Vicktor Lowenfeld mengenai peringkat

perkembangan artistik kanak-kanak .

VIKTOR LOWENFELD

Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan

pengutaraan tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat

perkembagan fizikal, mental, sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak.

Berdasarkan tiga lukisan kanak-kanak di atas nyatakan kenapa

kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul)

dengan yang sebenar. (

60 minit )

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Page 28: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

28

Peringkat perkembangan pengutaraan tampak mereka merangkumi

peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic,

dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent

art. Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan

keinginan asas dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik.

Memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat dari segi

fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan membawa ke

perkembangan yang sihat dan menyeluruh.

Pengetahuan yang sedia ada tetapi dalam keadaan pasif boleh diaktifkan

melalui cara-cara yang mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.

Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran

berlaku secar serentak.

Aksi kanak-kanak,objek yang knokrit, tajuk/isikandungan yang sesuai

akan menggalakkan lukisan, pengutaraan tampak,

pembelajaran,perkembangan dan tumbesaran.

Faktor faktor luaran seperti sosial budaya, alam persekitaran, latar

belakang keluarga juga akan memberi kesan terhadap pengutaraan

kanak-kanak

Peringkat Scribbling

(2-4 tahun)

Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal

Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan

koordinasi otot motor tangan.

Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan

badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis

garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Preschematic

(4 - 7 tahun)

Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada

percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan

menggunakan garisan

Page 29: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

29

Contoh :

Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan

mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung

dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Peringkat Schematic

(7 - 9 tahun)

Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding

pada peringkat awal tadi.

Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Objek

diualang-ulangkan dengan cara yang sama.

Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej

selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.

Contoh :Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan

ruang pada kertas

lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.

Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan

sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong.

Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala

besar.

Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan

yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi

Peringkat Drawing Realism / The Gang Age

(9 - 12 tahun)

Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu

Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara

realistik dan teliti dengan butir-butiran.

Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula

menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri

Page 30: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

30

Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini

menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit kompetitif serta menitik

beratkan kualiti karya yang dihasilkan

Peringkat Pseudonaturalistic / Reasoning

(12 - 14 tahun)

Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan

lukisan

Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej

Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek

di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi

Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya

dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang

dihasilkan tidak menarik

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School

(14 - 17 tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses

penghasilan karya seni dan penciptaan objek

Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan

dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Cuba anda buat catatan ringkas mengenai ciri-ciri lukisan

kanak-kanak mengikut enam peringkat umur berdasarkan

kajian yang dibuat oleh Vicktor Lowenfeld. ( 60 minit

)

Peringkat Umur

Ciri-Ciri Lukisan

2 – 4 tahun

4 – 7 tahun

7 – 9 tahun

9 – 12 tahun

12 – 14 tahun

14 – 17 tahun

Page 31: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

31

Contengan Tidak Terkawal (20 bulan) oleh Mohd Shazlee Amir

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Azam

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Page 32: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

32

Lukisan Kanak-kanak Usia 7- 9 tahun oleh Nur Aliffah Shazelee Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Ariff

Lukisan Kanak-kanak Usia 12-14 tahun oleh Mohd Shazlee Amin

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Page 33: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

33

1. Nyatakan dua sebab yang menyekat proses

perkembangan kreativiti kanak-kanak mengikut Vicktor

Lowenfeld.

2. Bincangkan bagaimana guru Pendidikan Seni Visual dapat

membantu perkembangan kreativiti dan artistik murid

tahap satu dan tahap dua di sekolah rendah.

( 60 minit

)

LAURA H. CHAPMAN

Sumber : The Department of Art Education, The College of the Arts, The Ohio State University http://arted.osu.edu/departmentNews/?q=node/47

Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam bidang

Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman mengajar prasekolah

serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan sekolah-

sekolah di pusat bandar. Beliau pernah mengajar mahasiswa dan program-

program ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State

University, University of Illinois dan University of Cincinnati.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman

Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan karya)

Page 34: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

34

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu

memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah

diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai

corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang

ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke

representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:

Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam

peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan

perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal

pertumbuhan.

Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang

perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan

krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak

daripada berus dan warna.

Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat

perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua

peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat

perkembangan sahaja.

Tahap Perkembangan Kreativiti

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art

Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian

dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun

dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh

penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh

Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang.

Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan

objektif menghasilkan karya seni tercapai.

Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi

menghasilkan karya seni, iaitu:

1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Page 35: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

35

Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan

tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru

dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju

penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya

diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan

kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh

pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau

dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan

karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses

pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi

mendapatkan hasil terbaik.

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada

pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus

menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang

juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.

Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa

yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu

dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu

membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik

penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui

demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai

makna dan nilai tersendiri.

(Sumber: Perkembangan Seni Dan Kanak-kanak OUM )

Dalam siri buku “Discover Art”, Chapman telah memberi contoh setiap

pelajaran yang mengikut lankah berikut:

1. Pemerhatian

2. Penerokaan

Page 36: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

36

3. Penghasilan

4. Apresiasi

Bincangkan persamaan dan kelainan langkah-lankah ini dengan yang

disarankan dalam organisasi sukatan pelajaran KBSR

Terangkan dengan contoh bagaimana seorang guru dapat mereka aktiviti

kelas untuk tujuan berikut

1. Untuk murid-murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa

yang singkat.

2. Untuk murid-murid membuat penerokaan yang melibatkan kreativiti

3. Untuk murid menggunakan unsur seni dalam menghasilkan karya

dengan tertib kerja dan tata cara berkerja.

4. Untuk murid membuat apresiasi secara mudah.

Cuba anda buat perbandingan secara terperinci peringkat-

peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut

pandangan Herbert Read,Vicktor Lowenfeld dan Laura H.

Chapman. ( 60 minit )

Tahap Perkembangan Kreativiti ( Proses Artistik ) Laura H. Chapman

Terbahagi kepada 2 fasa, iaitu:

1. Pewujudan idea

2. Perkembangan dan penghalusan idea

Rumusan:

Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan latarbelakang teori

perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan

pengkaji lukisan kanak-kanak.Maklumat mengenai mengapa kanak-kanak

melukis dan memahami lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak selalunya

mempunyai interpretasi dan makna yang tertentu.Lukisan yang dihasilkan

Bincangkan tahap perkembangan kreativiti (Proses Artistik)

lukisan kanak-kanak menurut pandangan Laura H. Chapman. (

60 minit )

Page 37: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

37

oleh kanak-kanak juga kebiasaannya merupakan satu cara untuk kita

mengenalpasti proses perkembangan minda dan kreativiti mereka.

Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kita untuk mengadakan aktiviti

untuk menggalakkan perkembangan artistik kanak-kanak dan kita boleh juga

memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi

pengalaman mereka dengan rakan yang sebaya supaya pengalaman mereka

dapat dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran yang berfaedah.

Latihan 1.1

Kumpulkan lukisan kanak-kanak tahap satu dan tahap dua dari sekolah anda.

Huraikan ciri-ciri lukisan tersebut. Adakah lukisan yang menunjukkan ciri

seperti yang dinyatakan oleh Viktor Lowenfeld dan Brittain. Terangkan,

dengan contoh lukisan tersebut, faktor-faktor yang memberi kesan kepada

lukisan kanak-kanak tersebut. Sebagai seorang guru pendididikan seni

visual, jelaskan dengan sokongan rujukan, bagaimana anda dapat

memenuhi keperluan fizikal, mental, emosi, intellek dan estetik untuk

menggalakkan lukisan murid tahap satu dan tahap dua. Dengan rujukan

kepada Lowenfeld dan Brittain, beri tumpuan anda kepada tema/kandungan,

alat dan bahan, olahan ruang. Cuba hubungkaitkan tumpuan anda dengan

faktor budaya, sosial dan persekitaran. Bincangkan bagaimana anda

menghadapi cabaran yang anda temui disekolah.

......................................................................................................................

.............................................................................................................. ........

......................................................................................................................

......................................................................................................................

......................................................................................................................

......................................................................................................................

......................................................................................................................

......................................................................................................................

.................................................... ..................................................................

......................................................................................................................

Page 38: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

38

........................................................................ ..............................................

.............................................

( 60 minit ) Latihan 1.2

Reka satu aktiviti untuk murid membuat pemerhatian secara aktif dalam

masa yang sengkat bagi sesi Menggambar. Nyatakan pertimbangan-

pertimbangan yang diperlukan untuk reka bentuk aktiviti tersebut.

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Peringkat Perkembangan

Lukisan Kanak-Kanak dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut

terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan

rakan-rakan.

( 1 jam

)

Contoh: Dapatkan bahan bukti hasil daripada sumber internet dan sediakan

satu peta minda sebagai pengukuhan berdasarkan pandangan dan pandapat

tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

TAJUK 4 Deria dan Seni

SINOPSIS

Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan

Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti

Page 39: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

39

apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan

mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang

dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri

daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini

adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenalpasti perkembangan keperluan deria

2. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

3. Membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada

penggunaan kemahiran deria.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir

hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak

dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk

Perkembangan Kepekaan Deria Kanak-Kanak

Lima Deria :- Sentuh, Dengar, Lihat, Rasa dan Hidu

Kepentingan Kepekaan Deria ; Aspek Fizikal, Aspek Emosi dan Aspek Sosial

Pengabungjalinan Aktiviti kepada Kepekaan Deria

Page 40: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

40

itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan

lagi perkembangan diri setiap individu.

Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria

semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanak

telah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenal

objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan

pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika

berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan

kepekaan derianya.

Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini

merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu

naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan

menggunakan deria.

Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan

persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat

pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

1.Sentuhan

Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek

perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum

kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapat

melaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajar

akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas.

Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yang

berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar

(terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuai

suatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapat

mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau

jauh.

Page 41: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

41

Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu,

kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak

akan berasa selamat.

1.Dengar

Mendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan untuk deria ini lebih

tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni

visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia

melukis. Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, mereka akan cuba

mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Dalam bidang pergerakan,

pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat

atau lambat.

2.Lihat

Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian.

Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapat

mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang

buta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiran

berdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.

Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan

seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni

visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang

iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.

3. Rasa

Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria

ini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi

bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada

rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu

dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi

gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung

mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang

menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut

Page 42: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

42

pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkan

perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat

sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya

akan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud

muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsangan

apabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukan

pergerakan.

Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:

(a) Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti

pembelajaran.

(b) Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur

kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru.

4.Hidu

Hidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara

semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan

unsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

(a) Kebolehan Mental Pelajar

Faktor ini penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran

optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.

(b) Pendekatan Pengajaran

Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya

untuk membentuk penanggapan yang baik.

Antaranya ialah:

(i) Pendekatan Inkuiri Penemuan

Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi

penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara

mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah

yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan

sebagai pemberi jawapan yang sebenar.

Page 43: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

43

(ii) Pendekatan Resepsi

Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung

dengan bergantung kepada pelajar.

(iii) Pendekatan Deduktif

Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep

dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep

tersebut.

KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA

Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu

persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu,

pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit

akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam

persekitarannya

Persekitaran

Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi

perkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi persekitaran sosial yang

mendorong akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak,

yang sebaliknya akan berlaku. Untuk itu, guru bertanggungjawab untuk

menyediakan sebuah bilik khas untuk pendidikan seni visual sebagai usaha

untuk menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah.

Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni

Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam perkara ini. Guru

Pendidikan Seni hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang

lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi

sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh

masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah

cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang

sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.

Page 44: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

44

Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakan

tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas

harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga

perlu dititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti

sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap

pengutaraan tampak kanak-kanak.

Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting

kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak.

Antaranya ialah:

(a) Aspek Fizikal

(i) Cahaya

Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula

jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat

menerangi ruang bilik darjah.

(ii) Peredaran Udara

Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk

menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.

(iii) Stor

Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja

murid, sama ada dalam bilik stor atau almari.

(iv) Panel dan Rak Pameran

Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk

tujuan mempamerkan hasil kerja murid.

(v) Perabot

Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai

dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan

Page 45: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

45

jumlah murid.

(vi) Kemudahan Asas

Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang pada tempat yang

sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni visual dilakukan.

(b) Aspek Emosi

(i) Hiasan Dalaman

Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah

dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta

menggalakkan lagi interaksi pelajar.

(ii) Ruang

Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah

dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan

kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.

(iii) Peragaan Hasil Kerja

Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan

hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan

pelajar dalam menghasilkan kerja seni.

(a) Aspek Sosial

(i) Interaksi Murid

Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang

disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi antara murid-

murid serta interaksi antara murid dan guru.

(ii) Kemudahan Aktiviti Kumpulan

Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat

dijalankan dengan berkesan.

Page 46: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

46

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya

seperti:

Unsur Seni

Menggambar/Melukis

Warna

Lukisan Alam Semula Jadi

Seni huruf dan sebagainya

Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi

perhatian sewajarnya:

Keselamatan

Kebersihan

Susunan perabot

Pameran hasil kerja

Kelengkapan bilik seni

Pengagihan tugas

Pengumpulan alat/bahan

Jadual waktu penggunaan bilik seni

Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan

memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.

Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran, ialah:

(a) Jangkaan

(b) Hubungan latar depan dan belakang

(c) Penumpuan

(d) Tempoh masa

Page 47: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

47

(e) Tugasan jelas

(f) Pengalaman

(g) Susunan objek

Perkembangan Nilai Estetika

Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat

iaitu:

(a) Daya Intuisi

Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi.

(b) Persepsi

Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu

terhadap rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan

proses menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ

deria manusia. Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak

anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya dengan seorang

wanita atau bunga.

Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah

dan kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan

dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini

dihantar ke otak melalui sistem saraf. Contohnya, apabila seseorang

individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi

ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.

Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi:

(i) Jangkaan

(ii) Hubungan latar depan dan belakang

(iii) Penumpuan

Page 48: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

48

(a) Imaginasi

Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di

dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau

bayangan.

(b) Konsepsi Pelajar

Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk

menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan

yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan

sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada

maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya,

konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai ciri-

ciri berikut:

(i) Berkulit keras

(ii) Hidup di air atau di darat

(iii) Menetas telur

Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni

visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan

mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang

disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi

empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk

dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat

sesuatu dengan perspektif yang lebih luas, sama ada daripada aspek

estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid

dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan

mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai

hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan

dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta

mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

Page 49: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

49

AKTIVITI

Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam kelas Seni

dalam Pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu dijalankan untuk memastikan

kefahaman tentang seni itu meningkat.

Jadual 1 menyenaraikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria:

Jadual 1: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria Sentuh

Deria

EKSPRESI MELALUI

SENI

Masa

Subuh

Tengahari

Malam

Sentuh

(Apa yang anda sentuh)

Seni Visual

(lukis gambar)

Gambar macam biasa,

terdapat banyak idea

Gambar macam

biasa, idea kurang

Gambar macam

biasa, idea banyak

Muzik

(Cipta irama yang

berbeza)

Corak irama

yang menyegarkan

Corak irama yang segar

Corak irama yang lembut

Pergerakan

(Aras: Tinggi, sederhana

dan rendah)

Pergerakan

aras sederhana dan ruang yang dekat

Pergerakan aras tinggi dan ruang yang jauh atau luas

Pergerakan yang rendah ruang yang

dekat

Huraian Aktiviti di atas:

Page 50: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

50

Untuk ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis, ia tetap sama tidak

mengira waktu. Perbezaan yang ada cuma dari segi kreativiti atau luahan

perasaan ketika melukis. Melukis pada waktu subuh dan malam memungkinkan

banyak idea datang kerana keadaannya sunyi. Ini berbeza dengan waktu tengah

hari kerana keadaan bising dan aktiviti sibuk menyebabkan kurangnya tumpuan.

Di dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-

bolehnya biarlah corak irama yang menyegarkan atau aktif. Ini kerana pada awal

pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya

menjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah seperti rentak march.

Berbanding dengan waktu malam, pelajar mula mengantuk dan bersedia untuk

tidur. Maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dan

sebagainya. Lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu

yang mempunyai mud yang lembut.

Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukan

adalah bercorak sederhana kerana baru bangun dari tidur. Berbanding dengan

masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan berada pada aras tinggi iaitu masa

yang aktif.

Mengalami Melalui Deria

Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi

pengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan

seberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria semakin matang.

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan berbagai-bagai

kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.

Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran

dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Penggunaan

Page 51: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

51

penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu

pelajaran berbanding jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan.

Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu

seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktiviti mewarna,

mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat, menyentuh dan

sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dapat

saling memperkukuhkan antara satu sama lain.

Ciri-ciri Penggabungjalinan

Beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dan dinyatakan seperti

berikut:

(a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu

kemahiran.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan

kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna

dan kemahiran asas yang lain. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran

akan menjadi lebih bermakna, menyeronokkan, meningkatkan motivasi pelajar

serta lebih berkesan.

Di samping itu, kemahiran-kemahiran ini boleh dikategorikan kepada dua

kategori iaitu:

(i) Kemahiran Fokus

Kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam

objektif pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Kemahiran Sampingan

Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan

kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan

Page 52: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

52

kemahiran fokus di samping menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan

menarik.

(b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan

secara bersepadu dan menyeluruh.

(i) Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah melibatkan

kemahiran-kemahiran seperti berikut:

Kemahiran belajar untuk belajar

Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat

nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya diberi

penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian serta idea yang

berkemungkinan membawa kepada perubahan positif. Pemikiran kritis juga

membolehkan pelajar menganalisa sesuatu persoalan dan seterusnya mencari

jalan untuk membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran

kreatif dan mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan

cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan

membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi baru.

• Kemahiran pelbagai kecerdasan

Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telah menyenaraikan

lapan kecerdasan yang pelbagai:

Kecerdasan bahasa

Kecerdasan logik-matematik

Kecerdasan muzik

Kecerdasan ruang

Kecerdasan kinestetik

Page 53: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

53

Kecerdasan interpersonal

Kecerdasan intrapersonal

Kecerdasan naturalistik

Jika usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada pada pelajar

berjaya dilaksanakan, ia akan dapat melahirkan individu yang holistik, seimbang

dan harmonis.

Kemahiran generik

Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam

penggunaan teknologi, kebolehan membuat perancangan dan mengelolakan

aktiviti, mampu melakukan kerja dalam kumpulan, berupaya untuk

menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis

maklumat, berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik, kebolehan

memahami budaya, dan mempunyai literasi maklumat.

Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi pekerja yang

cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan di samping

mengekalkan budaya dan etika yang baik.

(ii) Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran

Terdapat beberapa kelebihan jika penggabungjalinan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran terlaksana.

Antara kebaikan tersebut ialah:

Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata

pelajaran lain.

Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu

penguasaan kemahiran fokus seperti yang dikehendaki dalam objektif

pengajaran dan pembelajaran.

Page 54: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

54

Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu

dalam kehidupan.

Penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana pembelajaran yang

menarik dan mengelakkan kebosanan.

Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara

seimbang, harmonis dan bersepadu.

Rumusan

Deria dan seni lebih tertumpu kepada kepekaan deria terhadap

perkembangannya.

Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat

mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan

perkembangannya terhadap nilai-nilai estetika.

Aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan secara tidak

langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Dengan

mengadakan penggabungjalinan aktiviti, kefahaman terhadap

bidang Seni dalam Pendidikan dapat dipertingkatkan lagi.

MMMMMMM

Page 55: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

55

TAJUK 2

KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

2.1 Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan tentang huraian konsep-konsep kreativiti,

estetika,

ekspresi visual kanak-kanak dari beberapa tokoh dan pengkaji lukisan kanak-

kanak. Perhatian diberi kepada aspek kajian kepada konsep-konsep yang

diketengahkan.

2.2 Hasil Pembelajaran

1.2.1 Menjelaskan konsep kreativiti, estetika dan ekspresi visual

1.2.2 Menghurai ciri-ciri kreativiti, estetika dan ekpresi visual dan faktor yang

menghalang kreativiti kanak-kanak

1.2.3 Menjelaskan kepentingan proses kreativiti dan artistik

1.2.4 Membandingkan pendapat beberap tokoh tentang kreativiti, estetika dan

ekspresi

2.3 Kerangka konsep tajuk modul ini. KOH

TOKOH- TOKOH

KONSEP KREATIVITI

KREATIVIT

I

KONSEP ESTETIKA

ESTETIKA

KONSEP EKSPRESI

VISUAL

KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

PROSES KREATIVITI

DAN ARTISTIK

Page 56: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

56

2.4 Kandungan Pengenalan Tajuk Kreativiti, Estetika dan Ekspresi Visual merupakan kesinambungan dari

tajuk 6 Imaginasi dan Kreativiti kanak-Kanak. Semasa sesi interaksi

bersemuka, anda telah didedahkan dengan pelbagai ragam gaya lukisan kanak-

kanak merangkumi ciri lukisan kanak-kanak, watak-watak dan gaya bahasa

kanak-kanak menerusi analisis lukisan yang telah anda laksanakan. Apa yang

anda perolehi itu kesemuanya adalah petunjuk kepada ekspresi visual kanak-

kanak berdasarkan imaginasi serta daya kreativiti kanak-kanak. Hasil lukisan

kanak-kanak itu mempunyai nilai estetiknya tersendiri. Kesinambungan daripada

tajuk itu kita akan menumpu secara lebih spesifik kepada konsep seperti

kreativiti, estetika dan ekspresi visual seperti yang dinyatakan.

Kreativiti (Senario Guru di Sekolah Pendalaman) :

Dalam sebuah artikel mengatakan; Ada sebuah sekolah di pendalaman negeri

Sabah, guru menggunakan daun keladi sebagai menggantikan kertas lukisan

semasa menjalankan kelas seni . Ini berikutan kesukaran guru mendapatkan

sumber bekalan kertas lukisan kerana kedudukan sekolah agak jauh dari pekan.

Guru berkenaan terpaksa berkorban masa saban minggu untuk mengumpul

helaian daun keladi di sekitar kampung untuk dibawa ke sekolah.

Merujuk kepada senario di atas, adakah anda pernah mengambil tindakan yang

serupa bila berhadapan dengan masalah ? Bolehkah kita mengatakan guru

berkenaan sebagai guru yang kreatif ? Bagaimana pula jika anda mendapati

pelajar di sekolah anda suka mencipta roket kertas ? Bolehkah anda

mengatakan pelajar anda pelajar yang kreatif ?

Page 57: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

57

Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud

“membuat/ mencipta/ mereka cipta”. Manakala Greek “creare” bermaksud

“memenuhi”. Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan

daya berfikir dan kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran

kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran

kreatif mestilah berasaskan manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang

sedia ada bagi membolehkan seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil

ciptaan yang baru dan lebih baik daripada yang sebelumnya.

Kreativiti bersangkut dengan pemikiran kreatif. Berfikiran kreatif bermaksud

berfikir di luar kotak. Ia juga berkait dengan keupayaan seseorang

Jika anda boleh mendefinisikan kreatif dengan cara metafora, apa yang boleh anda kata dan mengapa ?

Contoh : Kreativiti seperti kucing mengejar ekornya.

Dalam tindakan kita mencipta atau menyelesaikan masalah cara kreatif kita sering memusing keliling seperti dalam bulatan yang tiada penghujungnya bagi mendapatkan idea. Kadang kala jawapan atau penyelesaian itu betul sebelum kita sedar tapi sayang kita tidak melihatnya. Jadi untuk mendapatkan penyelesaian, himpunkan cebisan-cebisan yang tertinggal, selesaikan masalah. Apa yang perlu, kita harus melihat sesuatu yang sering kita lihat itu dengan cara baru dan berlainan.

http://www.uwsp.edu/education/lwilson/creativ/define.htm-Dikeluarkan pada 28/8/09

Kreativiti pada dasarnya ialah satu bentuk penyelesaian masalah. Tapi ia adalah sejenis penyelesaian masalah yang istemewa – suatu yang melibatkan masalah yang mana tiada jawapan mudah : iaitu masalah yang popular atau biasa tapi sukar untuk diselesaikan. Kreativiti melibatkan penyesuaian dan kemudahlenturan/fkelsibeliti pemikiran. Inilah satu-satunya kemahiran yang banyak dalam laporan pendidikan.(Contoh : Laporan Carnegie 1986) yang dicadangkan dan kritikal bagi pelajar. Sumber : http://www.kidsource.com/kidsource/content2/Creativity_in_kids.html- Dikeluarkan pada 28/8/09

Page 58: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

58

menyelesaikan masalah. Kathy Goff, dalam.

http://www.creativitycentre.com/Ret.2001, mengatakan pemikiran kreatif itu

melewati imaginasi kita untuk mencipta idea-idea baru. Ia adalah gaya hidup,

sifat personaliti seseorang, cara melihat dunia dan cara kita berinteraksi dengan

sesuatu. Dalam sebuah laporan 'All our futures: Creativity,

Culture and Education', the National Advisory Committee's report (DfEE, 1999).

Definisi kreativiti dirungkaikan kepada empat ciri ; pertama yang melibatkan

pemikiran dan tingkahlaku imaginatif. Kedua ialah aktiviti imaginatif

(penghayalan) yang bertujuan, iaitu terarah bagi mencapai satu-satu objektif.

Ketiga proses ini mesti menjana sesuatu yang asli (original). Keempat ialah nilai

yang berkait dengan objektif yang dikhayalkan itu. Laporan ini juga mengatakan

bahawa darjah kreativiti seseorang boleh jadi berkurang atau lebih jika diberi

peluang.

Aktiviti 1 :

Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan

aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang

membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar

kotak). Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir

seseorang , maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu.

Aktiviti 2 :

Beri satu contoh anda berfikir di luar kotak bila mana sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan di bilik darjah ? ( 30 minit )

David Peat – Creativity and Education dalam http://www.paricenter.com

/library/paper/peat19.php, mengatakan : “ I would argue that there can be no program, no system of training or education for creativity. Whatever definition or boundry we draw around it, something else that is totally creative will emerge in a different place. Creativity is not a skill, it is not a sort of muscle of the brain, or a technology of the mind. Creativity makes use of knowledge and skill but that is not where its roots lie”.

“Creativity has been considered in terms of process, product or person (Barron and Harrington, 1981) and has been defined as the interpersonal and intrapersonal process by means of which original, high quality, and genuinely significant products are developed”. Dipetik dari sumber :http://www.kidsource.com/kidsource/content2/Creativity_in_kids.html- dikeluarkan pada 28/8/2009,

Page 59: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

59

Setelah anda menyambung titik tersebut , adakah anda menyedari tindakan

kreatif anda itu? Tahukah anda apakah ciri-ciri individu kreatif tersebut ?

Berikut adalah antara ciri-ciri individu kreatif.

Uji pemikiran kreatif anda, cuba sambungkan kesemua sembilan titik

hitam yang terdapat dalam rajah di bawah ini dengan tidak melebihi

empat garis lurus tanpa mengangkat pensil.

( 30 minit )

Bersifat fleksibel

Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam apa-apa keadaan.

Sensitif dan peka

Sensitif menggunakan deria dan alam sekeliling

Idea asli / Tulen

Cetusan idea yang asli , membuat kerja mengikut cetusan rasa bukan cedokan.

Mengambil perhatian, membuat pertimbangan,

Page 60: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

60

Bandingkan idea / pandangan pakar-pakar berikut mengenai kreativiti ;

E. Paul Torrance

Pencipta kepada “Torrence Test of Creative Thinking” iaitu satu kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang. Menganjurkan tujuh kaedah utama dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu : Penyoalan, Penemuan, Pemerhatian, Percubaan, Penerokaan, Memanipulasi, Aktiviti bermain

June King McFee

Melihat bahawa kreativiti seseorang mampu dirobah bagi melahirkan satu idea yang baru.

Carl Rogers

Melihat bahawa faktor kesihatan adalah menjadi asas kepada menjadi manusia kreatif: keterbukaan kepada pengalaman, menikmati keindahan, Menghargai diri, Mengamalkan kebebasan

Victor Lowenfeld

Pakar ini percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Melihat kreativiti pada seorang murid boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan

Guilford

Pengatur kepada Teori Struktur Intelek (SI) terdiri daripada 180 kebolehan (termasuk kreativiti) dalam dimensi operasi, kandungan dan hasilan http://www.en.wikipedia.org/wiki/jpguildford#bibliography

Alexander Osborne

Pengasas kepada Creative Problem Solving (CPS). Banyak mengutarakan model-model pemikiran produktif. Menganjurkan sesuatu masalah boleh diselesaikan secara kreatif melalui model CPS. Perluasan Kaedah kreatif: Membesarkan, mengecilkan, membanyakkan,

Bersifat terbuka menganalisis, menerima pandangan dan pendapat orang lain.

Logik

Berfikir secara logik dan rasional.

Berfikiran bebas

Mempunyai daya fikir yang tidak terkongkong

Page 61: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

61

mengurangkan,mengubahsuaikan menukar kedudukan. Kaedah kreatif Alexander Osborne akan disentuh dengan lebih terperinci dalam kursus yang akan datang

Aktiviti 3 :

Pada pandangan anda apakah yang menjadi penghalang kepada kreativiti kanak-kanak ? ( 30 minit )

Meransang Kreativiti

Cuba anda ikuti keterangan di bawah : Antara strategi yang dapat dilakukan

untuk merangsang ke arah pemikiran kreatif ialah melalui kaedah sumbangsaran

(Brainstorming). John Baer (1997) menggariskan 4 panduan utama semasa

menjalankan sesi sumbangsaran . Cuba anda teliti 4 strategi di bawah ini.

Strategi Ketiga. Main peranan sebagai guru untuk menjelaskan kepada murid-murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan meniru cara yang telah sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses seterusnya.

Strategi Pertama. Elakkan daripada membuat penilaian awal terhadap pemikiran murid-murid semasa proses awal sumbangsaran. Tindakan ini boleh membantutkan keyakinan dan usaha murid-murid untuk menyalurkan idea-idea kreatif mereka. Strategi Kedua. Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana, apabila idea dan saranan dihakimi oleh individu atau kumpulan ianya akan menerbitkan perasaan ego maka kerjasama dalam kalangan murid akan berkurang. Sekiranya keadaan sebegini berlaku, biasanya akan wujud suasana tegang dalam kalangan murid kerana mereka akan cuba mempertahankan idea mereka dan secara tidak

langsung akan berlaku kesukaran pada guru untuk memperbaiki idea tersebut.

Strategi Keempat. Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa daripada murid walau pun terkeluar idea yang tidak masuk akal. Galakan sebegini dapat merangsang murid berfikir di luar daripada kemampuan. Ini supaya murid dapat melahirkan idea yang menarik, jika tidak, idea hanya bersifat konvesional / biasa sahaja.

Page 62: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

62

Aktiviti 4 :

Pada fikiran anda apakah bentuk ransangan yang boleh anda lakukan untuk murid-murid anda di sekolah, khasnya murid-murid di tahap 1 dan 2? ( 30 minit )

Fisher,R(2006) soalan untuk merangsang kreativiti boleh dirangkum dalam

kumpulan huruf CREATE seperti: Terangkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan rujukan ini dalam merangsang kreativiti kanak-kanak semasa membuat corak. Sumber:http//www.teach thinking.net

Proses Kreativiti dan Artistik Seperkara yang sangat signifikan dalam konteks pembelajaran seni,

khususnya dalam aktiviti melukis ialah “proses artistik”. Proses artistik ialah

proses penghasilan karya. Proses artistik memberi kuasa tujuk kepada guru

pendidikan seni bagaimana pelajar menjana serta mengembangkan idea

(proses kreativiti) berdasarkan pemerhatian dan pengamatan mereka.

Laura H. Chapman di dalam bukunya Approach in Art Education (1978),

menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang

hampir sama dalam proses penghasilan karya (proses artistik). Chapman juga

menjelaskan bahawa proses artistik itu adalah tidak rigid dan bersifat boleh ubah

dari segi kaedah dan tekniknya. Bagaimana pun beliau menyarankan prosesnya

melalui tiga langkah seperti di bawah :

I

Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Pengkarya/Pelukis menetapkan objektif dan hala tuju menghasilkan karya. Ini bergantung kepada idea / sumber idea yang datang kepada pelukis. Kadang kala prosesnya mengambil masa yang agak lama.

II

Peringkat penghalusan atau pemurnian idea. Ini

Combine/Connect Rearrange Eleminate Adapt Try another use

Extend

Page 63: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

63

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah proses

artistik adalah merujuk kepada aturan berikut :

Proses artistik sebenarnya bermula dari memilih suatu pandangan menarik

umpamanya, atau memberi fokus kepada keunikan sesuatu objek hinggalah

kepada siapnya sebuah hasil karya. Dalam hal ini pelajar sebenarnya telah melalui

satu proses di mana mereka membuat pemerhatian , meneroka, menganalisa,

menilai secara kritis serta menghasilkan karya , kemudian menghargai hasil kerja

seni mereka sendiri. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan kefahaman

mereka tentang nilai-nilai artistik/estetika pada sesebuah karya.

Aktiviti 5 :

Pengolahan/Pemurnian Idea (Elaboration & Refinement)

dibuat bagi menentukan imej yang dihasilkan benar-benar menepati tema atau tujuan dan untuk memperolehi hasil terbaik. Peringkat ini biasanya diulang beberapa kali.

III

Kemahiran Mengguna Bahan (Execution in a Medium)

Pengkarya menentukan bahan yang sesuai untuk berkarya. Pemilihan bahan memberi kesan kepada hasilan karya dan jangkamasa menyiapkan karya.

Perlukah anda membimbing pelajar anda dalam menjana idea? Mengapa ? Bincangkan bersama rakan anda. Beri contoh bagaimana guru memudahcara supaya murid dapat menjana idea. ( 60 minit

)

1 Pemerhatian

2 Penerokaan

3 Penghasilan

4 Apresiasi

Page 64: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

64

i) Rakan A :______________________________________________________

ii) Rakan B : _____________________________________________________

iii) Rakan C : _____________________________________________________

Konsep Estetika

Perkataan estetika diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk

kepada perkara yang berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering

dikaitkan dengan hasil karya seni, atau pada sesuatu yang ada nilai seninya.

Bagi sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah atau cantik. Dalam

Bahasa Inggeris disebut beautiful. Mampukah untuk kita mengukur keindahan

atau kecantikan itu ?. Cuba anda amati hasil karya di bawah :

Page 65: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

65

Aktiviti 6 :

Berdasarkan pengamatan anda kepada empat hasil karya di atas, cuba jawab soalan di bawah. ( 60 minit )

i) Pada pandangan anda karya manakah yang lebih menarik ?

ii) Adakah karya itu mempunyai nilai estetika?

iii) Beri justifikasi kepada jawapan anda.

Ikuti keterangan seterusnya ; Secara lebih lanjut, dalam memahami konsep

estetika, usahawan seni Rahimie Harun (2004) mendefinisikan estetika dengan

rumusan berikut:

Unique + A2 = Value

Aesthetics Asimillation

Reformasi Series 1999 – Karya Catan Zulkifli Yusoff . Sumber: The Art Gallery Penang

Sumber : Student Art Gallery http://azarted.org/gallery.asp.dikeluarkan pada.26/07/08

Lukisan Dayang Ai Bt Hamzah Umur : 6 Tahun/2009 Sumber : Tadika Sri Murni IPGM Kampus Tawau

Page 66: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

66

Menurut beliau setiap hasil kerja seni mempunyai nilai seninya tersendiri . Nilai

itu terbit daripada gabungan keunikan beserta pelbagai elemen seni visual lain

seperti rupa, bentuk, jalinan (estetik) disertai dengan asimilasi idea, konteks,

sejarah, antropologi, emosi dan sebagainya. Dapatkah kita menentukan nilai

hasil kerja seni murid-murid kita ?

Aktiviti 7:

Cuba anda perhatikan karya di bawah. Dapatkah anda mengesan aspek estetika bagi kedua-dua karya ini? ( 60 minit )

Page 67: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

67

Konsep estetika dalam seni seperti pendapat ahli kaji purba Jerman,

Winckleman, dianalisis oleh Rasilan Johnny @ Roslan (1999), Winckleman

menggabungkan pemerhati dan objek yang diperhatikan untuk tujuan mengenal

atau menyedari keindahan. Walau bagaimana pun Winckleman lebih

memberikan tumpuan kepada pemerhati kerana menurutnya jika tidak ada

pemerhati, objek atau sesuatu benda itu tidak indah. Oleh itu apa yang indah

adalah apa yang difikirkan , diberi reka bentuk dan diusahakan. (Sila rujuk Teks

Pendidikan Seni Visual dan Muzik – Editor Mohd Johari Ab Hamid, 2004)

Menurut pandangan Al Ghazali, keindahan ialah nikmat yang tersendiri,

yang dihayati keranaNya dan bukan kerana tujuan yang lain. Keindahan tiap-tiap

satu benda itu terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya.

Justeru itu, cetusan rasa keindahan yang diamati secara luaran adalah pada

tahap yang dialami oleh kanak-kanak dan haiwan manakala rasa keindahan

yang timbul dari dalam diamati oleh mata hati dan cahaya penglihatan batin

manusia terdiri dari mereka yang dewasa.

A painting by artist Miquel Barcelo at the Spanish pavilion

Picture: AFP/GETTY Sumber : http://www.telegraph.co.uk/culture/culturepicturegalleries

Sumber : Gambarfoto Laman Arca

UPSI Tahun 2002

Page 68: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

68

…Beauty is not something that "exists" objectively but something

that "is felt." Some element existing in the object gives the subject

an emotional stimulation that is felt by the subject as beauty. Then,

what is this element that stimulates the subject emotionally, in

other words, what is the element of beauty? It is the combination

of the purpose for which the object was created (the purpose of

creation) and the harmony of the physical elements within the

object. That is to say, when the physical elements, such as lines,

shapes, sounds, colors, space are well harmonized centering on

the purpose of creation, they give to the subject an emotional

stimulation that is felt as beauty. When beauty is recognized as

such by the subject, it becomes actual beauty.

Theory of Art http://www.messagesfromspiritworld.info/UTW/Unification%20Thoughta8.html Dikeluarkan 26/6/2005

Pengalaman estetik adalah hasil interaksi pemerhati dengan objek

tersebut. Ia tidak akan berlaku sekiranya salah satu antaranya tidak berinteraksi.

Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu bersifat sedia menerima dengan

mengamati dan memahami beberapa aspek atau pengalaman yang

membolehkannya membuat pentafsiran. Menurut kajian terdapat dua cara untuk

melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist. Bagi yang

menginterpretasi sesuatu objek seni itu melalui konsep relativist ialah mereka

yang dipengaruhi oleh pengalaman, persekitaran individu, budaya dan cara

hidup. Maka sudah tentu wujud perbezaan persepsi dan pendapat tentang nilai

keindahan terhadap sesuatu objek seni. Misalnya mereka yang tinggal di daerah

Kalabakan, Tawau dimana masyarakatnya hidup serba kekurangan dalam

persekitaran pertanian kepala sawit jauh dari bandar akan berbeza persepsi

rasa keindahan atau nilai estetik berbanding masyarakat yang tinggal di Petaling

Jaya.

Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan itu sudah ada bersama

objek seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Maka untuk mentakrif

kecantikan pada sesebuah karya adalah dilihat dari aspek formalistik yang

berkaitan dengan kandungan atau isi (subjek) dan bentuk (form) iaitu merujuk

Page 69: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

69

kepada elemen-elemen seni (garisan ,rupa, jalinan, bentuk, ruang dan warna)

dan prinsip-prinsip seni (imbangan, kontra, penegasan, irama, pergerakan,

harmoni, kepelbagaian, kesatuan) pada karya. Dengan itu seseorang harus

menguasai pengetahuan formalistik atau aturan dalam bidang seni terlebih

dahulu sebelum ia dapat merakamkan pengalaman estetikanya terhadap objek-

objek seni di sekelilingnya.

Aktiviti 9 :

Bincangkan bagaimana dua orang yang tinggal dalam dua zaman yang berbeza memberi tafsiran tentang keindahan sesuatu objek seni yang sama secara berbeza? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kedua-dua orang tersebut? ( 60 minit )

Konsep Ekspresi Visual

Berdasarkan dua buah karya catan di bawah, cuba anda tafsirkan karya tersebut menurut kedua-dua konsep yang dijelaskan. Adakah terdapat perbezaan tafsiran ? ( 60 minit )

Karya 1 : Siri Tari Pelukis : Yusof Ghani – Sumber : Balai Seni Lukis Negara

Karya 2 : Pelukis Tan Choon Ghee Sumber: Balai Seni Lukis Negara

Aktiviti 8 :

3

1

Page 70: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

70

Sejak dari zaman batu hingga ke hari ini manusia adalah dikatakan sebagai

pembuat imej. Contohnya imej yang terdapat di gua Laucaux , Perancis atau gua

Niah di Sarawak. Tujuan utama menghasilkan imej ini adalah sebagai sumber

komunikasi. Hal yang sama pada kanak-kanak, seawal umur dua atau tiga

tahun sudah membuat contengan bagi tujuan pernyataan dan komunikasi

berdasarkan gaya mereka sendiri. Representasi imej yang dijelmakan itu adalah

ekspresi visual yang tidak sama bagi setiap individu. Ekspresi visual seseorang

pelukis terhadap sesuatu objek yang dilukis misalnya merupakan manifestasi

rasa dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan.

Berdasarkan teori ekspresi seperti yang diutarakan oleh Tolstoy, ekspresi datang

daripada peranan yang dimainkan oleh seni dalam masyarakat dan

perkembangan sejarah manusia. Seni muncul dalam segenap kehidupan dan

mempunyai keupayaan menyatukan manusia sebagai satu komuniti. Ekspresi

dalam seni menurutnya ialah satu bentuk komunikasi, seumpama bahasa.

Berdasarkan konsep ekspresi visual ini, setiap orang melukis atau

mencipta imej sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan

lihat. Ini adalah tertakluk kepada persepsi dan daya tafsir yang berbeza. Dalam

erti kata lain sebarang ungkapan yang terpancar melalui imej yang diciptakan

ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sebagai satu ekspresi dalaman yang

mempengaruhi ekspresi visualnya. Dengan sebab itulah terdapatnya pelbagai

rupa dan corak hasil lukisan dan ini merupakan gagasan yang diekspresikan

oleh seseorang pelukis. (The Expression Theory. http://www.david-

closs.com/express.html)

…the expressionist uses the term expression simply to record the obvious fact

that art has something to do with human emotions and feelings. But by

articulating this in term of “expression” a special and by no means obvious slant

is placed on this intuitively obvious assumption which suggests that art is the

venting or exhibition of emotion. And this slant is largely determined by ordinary

meaning of the term expression…

H.Gene Bloker dalam (Philosophy of Art: Expression :

http://www.ebookrate.com/pal.htm)

Page 71: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

71

Bagi Collingwood pula melihat ekspresi sebagai perhubungan yang

rapat antara perasaan pelukis dan hasil kerjanya. Pelukis tidak perlu meluahkan

perasaannya untuk khalayak. Collingwood mempunyai teorinya sendiri yang

dinamakannya sebagai Korupsi Kesedaran (Corruption's of Consciousness).

Emosi sebegini tidak jujur dan telah difahami sebagai pernyataan pelukis.

Khalayak pula tidak berhajat untuk mengalami perasaan itu. Bagi Collingwood

karya seni yang sama memiliki kualiti ekspresi yang berlainan. Contohnya kerja

seni yang sama boleh berkongsi kualiti ekspresi tentang keriangan, kemurungan

dan kebimbangan juga boleh menggambarkan ketenangan. Collingwood melihat

perasaan yang sebenarnya adalah bersifat individual dan kontekstual.

Menurut Chapman (1985), ada tiga aspek yang menentukan perbezaan

ekspresi iaitu daya intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini

mempunyai pengertian yang berlainan dan ada pelbagai faktor pula yang akan

membawa kepada perbezaan bentuk ekspresinya. Konsep ekspresi visual pada

sebuah lukisan umpamanya boleh membawa

pelbagai pengertian bergantung kepada si

pelukis itu. Sebenarnya terdapat pelbagai

pendekatan yang digunakan oleh manusia bagi

tujuan ekspresi antaranya melalui lisan,

perasaan dan emosi , tulisan dan bahasa,

penciptaan dan penghasilan pergerakan.

Yang paling lazim dan tradisional ialah

membuat penggambaran visual. Bagi kanak-

kanak melalui aktiviti seni merupakan jalan yang paling mudah bagi mereka

memperkembangkan daya kreativiti serta membuat ekspresi visual (pernyataan

hasrat diri atau ekspresi diri). Cuba anda perhatikan ekspresi visual kanak-kanak

di bawah ini :

Page 72: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

72

Aktiviti 10 :

Rumusan

Anda telah didedahkan dengan konsep-konsep kreativiti, estetik dan ekspresi

visual. Anda juga telah dijelaskan dengan proses kreatif dan artistik. Menurut

G.Perry (1970), dalam “Metodologi Pendidikan Seni, oleh Hj. Iberahim Hassan

(2000), guru perlu mengambilkira tentang perkembangan individu seperti

kreativiti, idea, persepsi dan perasaan seseorang pelajar. Laura Chapman (1978)

dan Effland (1977) pula mencadangkan pelajaran Pendidikan Seni harus boleh

memberi latihan kepada pelajar untuk membuat pernyataan seni (ekspresi

visual).

Menerusi pendekatan pengajaran seperti yang disarankan oleh Effland

(1977) pula terdapat enam pendekatan yang melibatkan ekspresi di mana wujud

Perhatikan gerak geri murid anda, pilih satu daripada karya murid anda. Dengan merujuk kepada pandangan tiga orang tokoh tentang ekspresi visual, huraikan ekspresi visual dalam karya murid anda . ( 60 minit )

Sumber : http://shakk.us

Page 73: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

73

aktiviti penerokaan, pengolahan dan penghasilan seni. Pelajar terlibat dalam

penemuan idea sendiri secara kreatif dan membentuk diri mereka bekerja

dengan media. Ketiga-tiga aktiviti ini menjadi proses kesenian yang dipelajari

oleh pelajar dalam aktiviti studio di sekolah.

Micheal (1983) pula menyatakan pengalaman seni akan membantu

pelajar dalam pembelajaran dan perkembangan mereka dari peringkat paling

asas seperti mengenali diri mereka, mengenali seni dan kebudayaan mereka,

perasaan, konsepsi dan ekspresi diri mereka melalui media. Dalam hal ini secara

tidak langsung ia membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran,

bagaimana seseorang guru seni mengendalikan pengajarannya. Dalam konteks

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, seorang guru seni

harus berfikiran kreatif dan hendaklah sentiasa meransang serta membimbing

murid-muridnya agar sentiasa berfikiran kreatif dan fleksibel. Dengan demikian

murid-murid akan lebih mudah menjana idea dalam proses berkarya.

Latihan 1 :

Aspek manakah yang mempengaruhi kreativiti anda, budaya, latar belakang atau persekitaran ? Hasilkan sebuah kolaj, lukisan atau catan, sebagai mewakili idea anda. ( 120 minit ) Latihan 2 : Setelah anda mengetahui strategi meransang kreativiti , cuba anda senaraikan apakah perkara-perkara yang boleh menjadi penghalang kepada kreativiti kanak-kanak. ( 30 minit )

i)_______________________________________________________________

___

Page 74: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

74

ii)_______________________________________________________________

___

iii)______________________________________________________________

____

iv)______________________________________________________________

____

Latihan 3 : Terdapat perbezaan ekspresi diri pada setiap seseorang. Bincangkan apakah faktor yang mempengaruhi gaya dan cara seseorang itu membuat ekspresi diri? ( 30 minit ) _________________________________________________________________________ Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang kreativiti estetika dan ekspresi visual dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. ( 60 minit ) Contoh: Dapatkan

bahan bukti hasil daripada sumber internet dan

sediakan satu peta minda sebagai pengukuhan berdasarkan pandangan dan

pandapat tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

Page 75: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

75

PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS

Mata Pelajaran ini mengandungi konsep serta latar belakang dan kepentingan

Seni Dalam Pendidikan bagi memperkemas proses pembelajaran di kalangan

pelajar-pelajar, membantu guru-guru atau peserta kursus mengetahui dan

memahami latar belakang Seni Dalam Pendidikan sebagai strategi pengajaran

dan pembelajaran di sekolah.

Mata Pelajaran ini menjusus ke arah pengetahuan asas tentang Seni Visual,Seni

Muzik dan Pergerakan. Gabungan ketiga-tiga aspek ini akan mengembangkan

proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak yang menyeronokan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Memahami dan menghuraikan konsep, latar belakang, matlamat

dan objektif Seni Dalam Pendidikan.

2. Membuat hubungkait teori konstruktivisme dengan Seni Dalam

Pendidikan serta membanding beza pendapat beberapa tokoh-tokoh

pendidik .

3. Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam aktiviti penerokaan.

Page 76: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

76

KERANGKA TAJUK

SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA PENGETAHUAN ASAS

SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN MUZIK

ASAS MELALUI AKTIVITI

PENGENALAN KEPADA KEPENTINGAN MUZIK

SEKOLAH RENDAH

SENI VISUAL

PENGENALAN

KEPADA KONSEP ASAS SENI VISUAL

PENGENALAN

KEPADA ASAS SENI REKA

PENGENALAN KEPADA BIDANG SENI

VISUAL SEKOLAH RENDAH

Page 77: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

77

TAJUK 1 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL

1. SENI VISUAL 1.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek

ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan

aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan

estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,

imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan

pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang

rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai

yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu

menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat

binaan, dan kraf tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada

perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan.

Melalui kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami mengenai

pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA KONSEP PERGERAKAN

PENDEDAHAN KEPADA

KEMAHIRAN ASAS

PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA ASAS PERGERAKAN DI

SEKOLAH RENDAH

Page 78: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

78

HASIL PEMBELAJARAN

1. Membuat huraian tentang Asas Seni Reka serta mengenali bidang- bidang kegiatan Seni Visual.

2. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri untuk kecemerlangan diri yang berterusan.

1.2. Pengenalan kepada asas Seni Reka

Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam Asas Seni Reka.

1.2.1 Unsur Seni

Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam

penggubahan sesuatu karya seni visual:

1.2.1.1 Garisan

i. Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-

jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa,

jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan

gerakan dalam seni visual.

Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu putus-putus,

bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Garisan merupakan

cantuman satu siri titik

i. Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja

melukis dan menggambar

ii. Melalui garisan kita boleh menulis, melakar,

membuat jalinan gambar, membuat rupa dan

Page 79: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

79

membentuk.

iii. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik

seperti;

Teknik koyakan,Teknik tampalan ,

Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan

Teknik capan

Rajah 1 : Garisan

1.2.1.2 Rupa

Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua:

i. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu

dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini.

ii. Rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain.Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri.

Page 80: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

80

Rajah 2: Rupa

1.2.1.3 Bentuk

Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk terdiri dari dua jenis;

i. Bentuk ilusi (maya)

Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi dan lukisan . Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam bentuk dua dimensi.

Rajah 3: Bentuk Ilusi

Page 81: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

81

ii. Bentuk konkrit

Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

1.2.1.4 Jalinan

Merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis:

i. Jalinan tampak Jalinan dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdir daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan.

Rajah 4: Jalinan Tampak

Page 82: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

82

ii. Jalinan sentuh Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain.

Rajah 5: Jalinan Sentuh

1.2.1.5 Ruang

Merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi di atas atau sebagainya. Dalam aktiviti menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

Page 83: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

83

Rajah 6: Ruang

1.2.1.6 Warna

Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.

Warna asas terdiri daripada warna biru, merah kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 7 : Roda Warna

Page 84: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

84

1.3 Pengenalan Kepada Asas Seni Reka

Prinsip-Prinsip Rekaan 1.3.1 Harmoni Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Gabungan ini akan menimbulkan keadaan yang selesa, aman dan tenang.

Rajah 8: Harmoni 1.3.2 Kontra Keadaan ini berlaku apabila salah satu daripada unsur- unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan). Kontra boleh dikaitkan dengan rupa, garisan, bentuk dan warna.

Page 85: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

85

Rajah 9 : Kontra 1.3.3 Penegasan Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik. Penegasan diwujudkan untuk menimbulkan kesan kelainan.

Rajah 10 : Penegasan 1.3.4 Imbangan Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah. Secara umumnya imbangan adalah agihan ruang dalam sesuatu hasil karya.

Rajah 11 : Imbangan

Page 86: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

86

1.3.5 Pergerakan Wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan, rupa dan ruang.

Rajah 12 : Pergerakan 1.3.6 Kepelbagaian Merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.

Rajah 13: Kepelbagaian 1.3.7 Kesatuan

Page 87: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

87

Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan keseragaman atau kesatuan.

Rajah 14 : Kesatuan 1.4 Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang: 1.4.1 Melukis dan Membuat Gambar Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang,struktur,imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri, membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

Page 88: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

88

Rajah 15: Kolaj 1.4.2 Membuat Rekaan dan Corak

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:

i. Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan ii. Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting iii. Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat iv. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

1.4.2.1 Jenis Susunan Corak

i. Penuh ii. Turun satu suku iii. Turun tiga suku iv. Turun separa

Page 89: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

89

v. Sisik ikan vi. Selang seli vii. Tampak dam dan tampak catur viii. Siku keluang ix. Pucuk rebung x. Orgee xi. Batu bata xii. Tunggal xiii. Berpusat xiv. Sendeng xv. Berombak xvi. Jidar xvii. Berjalut xviii. Cerminan

1.4.2.2 Teknik Corak

Corak terancang o Lukisan o Catan o Cetakan o Capan o Lipatan dan Guntingan o Resis o Kolaj o Kaligrafi

Rajah 16: Resis

Corak tidak terancang

o Titisan o Renjisan o Ikatan dan celupan

Page 90: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

90

o Tiupan o Pualaman o Lipatan o Tarikan

Rajah 17: Pualaman

Rajah 18: Ikat dan Celup 1.4.3 Membentuk dan Membuat binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami

Page 91: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

91

dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan. 1.4.3.1 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah:

i. Arca timbul ii. Arca asemblaj iii. Arca bergerak iv. Arca stabil v. Model vi. Diorama vii. Boneka viii. Topeng ix. Origami

Rajah 19: Topeng 1.4.3.2 Tema dan Subjek

i. Alam semulajadi ii. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis iii. Aliran dan tema sejagat iv. Keperluan dan pengalaman harian

1.4.4 Kraf Tradisional

Page 92: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

92

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwaris turun-temurun mengikut kaum masing-masing. 1.4.4.1 Jenis - jenis Kraf Tradisional

i. Alat domestik ii. Alat permainan iii. Alat mempertahankan diri iv. Alat Perhiasan Diri v. Batik vi. Seni tekat vii. Tembikar viii. Anyaman ix. Tenunan

Rajah 20 : Batik Tulis

Rajah 21: Anyaman

Page 93: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

93

Rajah 22: Seni Tekat Rajah 23 : Gasing

Rajah 24 : Tembikar Rajah 25: Tenunan

Page 94: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

94

TAJUK 2 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI MUZIK

2. SENI MUZIK

SINOPSIS Topik ini memberi peluang kepada guru-guru menambah pengetahuan asas dalam bidang seni muzik yang merangkumi pengenalan asas muzik, kamahiran muzikal dan apresiasi muzik.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas 2. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan

kepercayaan

3.1 Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik

KONSEP MUZIK Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Susunan muzik yang betul dan teliti akan menentukan kualiti. Konsep muzik ialah:

I. IRAMA

Rajah 1 : Irama

Gabungan berbagai jenis not muzik yang berbeza akan

IRAMA CORAK

IRAMA

DETIK

TEMPOH

METER

RENTAK

Page 95: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

95

menghasilkan irama

II. HARMONI

Rajah 2 : Harmoni Harmoni adalah cantuman not-not yang dibunyikan serentak. Not ini bila digabung menjadi Kod sebagai mengiringi lagu.

III. MELODI

Rajah 3 : Melodi

Melodi mengandungi pic rendah , sederhana dan tinggi. Contohnya: lagu Rasa Sayang

HARMONI

TRIAD

ARPEGGIO

PERGERAKAN KOD

MELODI

RANGKAIAN

LAGU

SOLFA KONTOR

JEDA

SKEL

PIC

Page 96: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

96

IV. EKSPRESI

Rajah 4: Ekspresi Ekspresi akan mempengaruhi sesuatu persembahan samada vocal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.

V. BENTUK Bentuk ialah ciptaan muzik mempunyai struktur dua bahagian iaitu bentuk AB. Misalnya: susunan: Bentuk dua bahagian Tiga bahagian Rondo Strofik Bentuk tradisional VI. WARNA TON Ada kualiti dan sifat tersendiri atau berbeza bagi sesuatu muzik Contoh:

i. Suara menjerit dan berbisik ii. Suara kanak-kanak dan orang dewasa

iii. Ketukan batu dan kayu iv. Bunyi salakan anjing dengan ngauman

harimau v. Bunyi burung hantu dan bunyi katak

EKSPRESI

TANDA

ISYARAT

ISTILAH

DINAMIKS

Page 97: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

97

vi. Bunyi seruling dan drum vii. Suara orang lelaki dan orang perempuan

Warna ton dapat dijelaskan dengan penggunaan perkataan seperti lembut, kasar, garau, nyaring, berat dan ringan. Lelaki mempunyai suara baritone, tenor dan bes. Manakala suara perempuan mempunyai suara soprano dan alto. Dalam koir biasanya ada berbagai ton suara yang menjadikan pendengaran menarik. Dalam orchestra pula,gabungan pelbagai alatan muzik yang berbeza menghasilkan ton warna indah dan menarik pendengaran.

VII. Jalinan Jalinan atau tekstur digunakan oleh pemuzik semasa mengadun bunyi agar jadi menarik dan digemari.

2.2 Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui aktiviti

Bagi membina kemahiran menyanyi dan bermain alatan muzik secara solo dan ensembel, kita harus menjalankan aktiviti bermain alat muzik dan menyanyi untuk membolehkan pelajar menikmati dan menilai persembahan muzik. 2.2.1 Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik

3.2.1.1 Kemahiran muzikal nyanyian

i. Membina teknik menyanyi dengan mengikut

Postur

Pernafasan

Sebutan

Artikulasi

Ekspresi

Penghasilan ton

Rangkaian

ii. Membina kemahiran menyanyi

Kemahiran secara individu - Menyanyi berbagai lagu secara individu - Menyanyikan skel: jeda, arpeggio

menaik dan menurun - Menyanyi semula keratan lagu yang

didengar

Page 98: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

98

- Menyanyi serta merta ikut skor muzik

Kemahiran Ensembel - Menyanyi dalam ensembel vokal

senada - Menyanyi dalam ensembel vokal

berharmoni - Mendengar dengan teliti dan selektif

3.2.1.2 Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan i. Bergembira bergerak ikut muzik ii. Melibatkan diri secara aktif iii. Mendengar dengan teliti iv. Melahirkan ekspresi diri dengan gerakan v. Faham konsep muzik dengan gerakan vi. Mengaitkan dengan budaya dalam pergerakan muzik vii. Memupuk keyakinan diri disiplin dan estetik

3.2.1.3 Kemahiran muzikal permainan alat muzik i. Bergembira bermain muzik ii. Penglibatan secara akrif iii. Mendengar dengan teliti iv. Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal v. Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dan alat permainan vi. Mengenali alat tradisional vii. Memperbaiki dengan meneroka konsep muzik menerusi alat permainan viii. Memupuk yakin diri, disiplin dan estetika

3.3 Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah rendah 3.3.1 Membina nilai – nilai murni di kalangan pelajar

Membentuk disiplin

Membentuk sifat bekerjasama

Sifat bertolak ansur

Memberi rangsangan

Memberi kegembiraan

Merentas kurikulum

Emosi

Memupuk keyakinan diri

Page 99: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

99

TAJUK 3 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI PERGERAKAN

3. SENI PERGERAKAN

SINOPSIS

Topik ini merangkumi pengetahuan asas dalam pergerakan; bidang-bidang pergerakan serta alatan dan keselamatan; pergerakan asas pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan apresiasi pergerakan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas.

1. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

3.1 Pengenalan kepada konsep pergerakan

Rajah 1: Kerangka Konsep

Page 100: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

100

3.1 Pendekatan kepada asas pergerakan Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang keperluan - keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan kepada model holistik perkembangan kanak - kanak bertujuan;

i. Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot. ii. Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuan dan sikap. iii. Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui

pengalaman - pengalaman pergerakan terarah. 3.3. Pengenalan kepada asas pergerakan sekolah rendah 3.3.1 Pergerakan Asas

Proses yang memandu pelajar untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah.

Mengimprovisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penemuan,penerokaan dan kreativiti. 3.3.2 Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata

3.3.2.1 Berjalan

i. Postur – badan & kepala tegak ii. Kedudukan kaki iii. Pemindahan berat badan iv. Pergelangan kaki, lutut & pinggul bengkok. v. Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

i. Berjalan bebas menggunakan ruang ii. Berjalan dan berhenti bila isyarat

diberi. iii. Berjalan dengan kelajuan berbeza. iv. Berjalan mengikut arah yang berlainan.

Page 101: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

101

v. Berjalan dengan langkah kecil & besar vi. Berjalan dengan keadaan relak vii. Berjalan dengan membentuk badan

Menjadi gemuk dan kurus. viii. Berjalan di atas jari-jari kaki.

3.3.2.2 Berlari

1. Kedudukan kaki 2. Kedudukan badan 3. Kedudukan lutut 4. Hayunan tangan Aktiviti-aktiviti:

i. Berlari bebas ii. Berlari bebas & berhenti apabila

isyarat diberikan iii. Berlari setempat iv. Berlari cepat & lambat v. Berlari dengan langkah pendek &

panjang vi. Berlari ke hadapan & kebelakang vii. Berlari lurus, berbelok-belok & dalan

bulatan viii. Berlari dalam arah yang berlainan ix. Berjalan & berhenti, berlari & berhenti x. Membuat perbandingan dua

pengalaman. xi. Bincang mengapa senang berhenti

apabila bergerak lambat xii. Memperkenalkan konsep momentem

ke hadapan xiii. Memaklumkan keperluan untuk

memindah pusat graviti dari hadapan ke belakang

3.3.2.3 Skip

Skip ialah gabungan dua pergerakan iaitu berjalan dan hop 1. Pergerakan kaki Melangkah & hop:

Satu langkah ke kanan di ikuti dengan hop kaki yang sama dan kaki kiri melangkah di ikuti dengan

Page 102: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

102

hop kaki yang sama. Masa melangkah adalah lebih panjang daripada masa

hop menyebabkan pergerakan beritma tidak sekata.

2. Hayunan tangan : Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas. Tangan bertentangan dengan kaki hadapan dihayun. Hayunan tangan yang bertentangan ini memenuhi dua fungsi iaitu memberi imbangan dan momentum semasa dalam fasa hop.

3. Berat badan dan pusat graviti

Berat badan sentiasa di bebola kaki di sepanjang pergerakan. Pusat graviti berubah ke hadapan melepasi jari-jari kaki apabila skip ke hadapan manakala apabila skip ke belakang, pusat graviti berpindah ke belakang melepasi tumit.

Aktiviti-aktiviti:

i. Skip bebas ii. Skip ke hadapan iii. Skip ke belakang iv. Skip mengelilingi objek v. Skip ke dalam dan ke luar

gelung rotan vi. Skip berbelok-belok dalam bulat

3.3.2.4 Galop

Pergerakan kaki dan pemindahan berat badan satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindahkan kepadanya. Kaki belakang digerakan ke hadapan di belakang tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan pantas kedua-dua kaki diangkat di hadapan dan berat badan diletak pada kaki belakang. Kaki hadapan sentiasa dihadapan.

1. Pusat graviti Ia bergerak ke hadapan apabila galop ke

Page 103: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

103

hadapan

2. Menolak dan mendarat

a) Menolak dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan kaki hadapan b) Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan Aktiviti-aktiviti:

i. Galop secara bebas ii. Galop lurus, bebelok-belok dan

dalam bulatan iii. Galop melepasi objek-objek

seperti kon dan pundi kacang iv. Berkumpul dan galop dalam

bulatan, ikut arah pusingan jam dan lawan jam

v. Berpasangan, seorang galop mengejar pasangannya

vi. Berpasangan, galop bersama dan ikut rentak yang sama

3.3.3 KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR

3.3.3.1 Membongkok

i. Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian rapat antara satu sama lain

ii. Bahagian badan yang boleh dibengkokkan bergantung kepada struktur sendi terlipat

iii. Sendi engsel membenarkan badan dibongkokkan kehadapan dan kebelakang sahaja

iv. Sendi bola dan soket pula, membenarkan badan dibongkokkan kehadapan, kebelakangan, ke kiri dan dalam bulatan

3.3.3.2 Meregang

i. Membongkok dan meregang bahagian-bahgian badan bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan kaki kepada bahagian besar badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang

ii. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian yang berlainan

Page 104: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

104

untuk dijadikan dasar menyokong

3.3.3.3 Mengilas

i. Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong

ii. Berlaku dalam arah bulatan sahaja iii. Sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas

3.3.3.4 Memusing

i. Mengilas bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan dan leher.

ii. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagai dasar menyokong

3.3.3.5 Menolak

i. Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan

ii. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek

iii. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan pinggul

3.3.3.6 Menarik

i. Menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan

ii. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan

iii. Menolak objek seperti pundi saga dan bola menggunakan bahagian badan yang berlainan seperti tangan, siku dan kaki

3.3.3.7 Hayun Satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi bulatan satu titik tengah yang tetap

Page 105: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

105

3.3.3.8 Berbuai-buai

i. Hayun tangan ke hadapan, ke belakang atau menyilang badan di dada

ii. Hayun kaki ke hadapan, belakang, atau ke sisi, menyilang kaki lain

iii. Hayun dengan bergayut pada palang iv. Berbuai dengan berdiri tegak dan mengerakkan

badan ke sisi, ke kiri, dan ke kanan v. Dua tangan ke hadapan, bengkokkan siku,

berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan

Rujukan Asas Isbell, R. & Raines, S. (2002 ).Creativity and the arts with young children. NY: Thomson Delmer Learning Mayeskey, M. (2003 ). How to foster creativity in all children. NY: Thomson Delmer Learning. Pica, R. ( 2000 ). Experiences in movement with music, activities & theory. NY: Thomsen Delmer Learning. Rujukan Tambahan Anderson, W.M. & Lawrence, J.E. ( 1991 ). Integrating music into the classroom. Belmont, California: Wadswort Publishing Co. Buschner, C.A. (1994 ). Teaching children movement concept and skill. IL: America Master Teacher Programme. Dauer, V.P. & Pangrazi, R.P. ( 1998 ). Dynamic pysical education for elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company. Fogarty, R. (1991). Integrete the curricula. IIIinois: IRI/ Skylight Publshing Ins. Gardner, H. ( 1982 ). Art, mind, and brain : a cognitive approach to Creativity. NY: Basic Books Inc. Lowenfeld, V. And Brittain, W.L. ( 1986 ). Creative and mental growth, NY.Macmillan. Menon, N. ( 2005 ). Permainan, lagu & puisi. Bentong, Pahang: PTS

Page 106: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

106

Professional Publishing Sdn. Bhd. Salmah, Ayub ( 1998 ). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J. Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Page 107: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

107

Pendekatan Bertema

PENGENALAN

Pendekatan bertema seringkali digunakani untuk memenuhi keperluan

pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini efektif kerana

menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran

artistik. Ia sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat

murid serta guru. Tema digunakan sebagai tajuk atau subjek dan juga untuk

meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan

boleh menimbulkan isu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

PENDEKATAN BERTEMA

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang

disusun di sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang

memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini

akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian

yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar

menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga

bidang-bidang kurikulum.

Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema,

pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang

mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai.

Pemilihan dan Penentuan Tema

Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit

pembelajaran. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan

pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduan untuk memilih tema yang boleh

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar:

Page 108: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

108

(a) Pemil ihan tema yang perlu di laksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah seperti berikut:

(i) Berasaskan konsep;

(ii) Berasaskan kemahiran;

(iii) Berasaskan kandungan dan kemahiran;

(iv) Berfokus kepada isu;

(v) Berfokus kepada projek; dan

(vi) Berorientasikan kajian kes.

(b) Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut:

(i) Boleh merentas semua matapelajaran

Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua mata

pelajaran. Contoh: tema “pokok”. Oleh yang demikian, semua mata

pelajaran akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik

misalnya, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang

pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam mata pelajaran muzik, pelajar

akan menyanyikan lagu berkaitan pokok dan membuat pergerakan seperti

pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan

pelajar

Pastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman

kehidupan diri pelajar supaya mudah untuk membuat interaksi dan

aktiviti Seni dalam Pendidikan dengan berkesan.

(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa

Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi,

masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini suaya dapat

memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar

dengan keadaan situasi yang sebenar.

(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Page 109: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

109

Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema,

terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh

bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan

contoh-contoh yang sebenar dan 'hands on'.

(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih supaya dapat memotivasikan

dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang

dijalankan.

(vi) Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih

mencabar

Kelebihan, Kekuatan dan Isu / Cabaran

(a) Kelebihan pendekatan bertema kepada pelajar;

(i) Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran;

(ii) Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan;

(iii) Membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti

berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu;

(iv) Dapat menghadapi cabaran;

(v) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan;

(vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal;

(vii) Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang

pelbagai budaya; dan

(viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait

pengetahuan dengan kemahiran.

(b) Kekuatan

(i) Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan

pengalaman verbal dan bukan verbal, sama ada dalam bentuk

Page 110: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

110

pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang

diberi;

(ii) Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti

dan kreativiti yang tinggi;

(iii) Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan;

(iv) Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan

imaginasi baru;

(v) Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti -aktiviti yang

dijalankan; dan

(vi) Dapat menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.

(c) Isu/Cabaran

(i) Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran;

(ii) Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan;

(iii) Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang

berbeza-beza;

(iv) Sukar un tuk men i la i skop pemahaman yang luas ;

(v) Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang

berbeza

PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN MATA PELAJARAN

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui

satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan

latar belakang pelajar. Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk

menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis,

asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial. Selain itu, pendekatan ini

memberi peluang kepada pelajar meluaskan pengetahuan melalui tema yang

dipilih.

Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran

(a) Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

Page 111: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

111

Prinsip asas bagi pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang

penting dalam perkembangan sesuatu unit penciptaan tema untuk

improvisasi ,mudah dan berfungsi. Pilih tema yang berkaitan dalam

kehidupan seharian. dan cuba terokainya.

(b) Cara menjalankan Pendekatan Bertema

Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini:

(i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru

untuk memperkenalkan pendekatan bertema.

K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?

W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?

L (learn) --- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?

(ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai

sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi,

perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral

dan kemahiran hidup.

(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah

dengan membacakan sebuah cerita kepada kelas,

(iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk

memulakan sesuatu unit - jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-

bunyian, sebuah kolaj tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di

atas papan buletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai

manusia dan mesin.

(v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset.

(vi) Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik.

(vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian, contohnya sains

dan matematik.

(viii) Bawa bahan bantu mengajar, contohnya batu karang.

Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa

boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan bagi

membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses

yang bermakna.

Page 112: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

112

Tema dengan Kemahiran

Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan

kemahiran diri pelajar terutamanya kemahiran 3M (membaca, menulis dan

mengira). Kemahiran tersebut merupakan tunjang falsafah pendidikan negara

yang dapat memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi

intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan

Pendekatan Bertema

Rajah berikut adalah peta minda penggabungjalinan aktiviti dengan

menggunakan pendekatanan bertema.

JENIS TEMA

Tema Persekitaran

Organisma hidup dengan persekitaran yang tidak dapat dipisahkan dan sentiasa

berinteraksi di antara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikal

dan sosial. Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan

cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak

bermain. Persekitaran sosial pula dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa,

interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen-elemen fizikal dan sosial

ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu,

masa dan ruang perlindungan.

Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah

alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi

alam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan harmoni. Perubahan akibat

aktiviti manusia terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan, tapak

pembinaan perumahan dan lain-lain akan mengakibatkan kesan positif dan

negatif terhadap kehidupan manusia. Teknologi telah membawa perkembangan

dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan

dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam seni, teknologi

Page 113: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

113

menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik, cendekiawan,

penghasilan dan persembahan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran boleh

digunakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan

murid. Tajuk ÂpersekitaranÊ boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti

muzik, seni visual dan pendidikan jasmani. Pada masa yang sama, tema

berkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan untuk mengajar mata

pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik dengan menggunakan mata

pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan jasmani.

(a) Persekitaran - Alam Semula Jadi

Melalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan murid-murid

akan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman

tentang persekitaran alam semula jadi. Alam ini meliputi segala aspek yang

berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan dan

berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.

Pelajaran tentang alam juga, mendidik masyarakat agar lebih peka dan

bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar dan memupuk

rasa cinta terhadap alam sekitar kepada murid serta akan dapat membantu

mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.

(b) Persekitaran - Alam Buatan manusia

Di samping alam semula jadi, persekitaran buatan manusia juga

memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Persekitaran buatan

manusia ini termasuklah rumah, pembinaan bangunan, jentera pembinaan,

perabot dan lain-lain lagi. Untuk itu pelajar akan dapat mengenal pasti

(i) Kesan bahan kitar semula (Sains)

(ii) Menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (Muzik)

(iii) Mendemonstrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang dikeluarkan

di tapak pembinaan (Seni Visual)

(iv) Mendemonstrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan-

Page 114: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

114

bahan kitar semula (Pendidkan Jasmani)

(c) Persekitaran - Teknologi

Tema yang terkandung dalam persekitaran teknologi adalah bercorak

globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui Internet, pelbagai

jenis pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh digunakan dalam

mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sains,

kajian tempatan dan lain-lain lagi.

Sebagai rumusan kepada tema persekitaran membolehkan anda memahami

konsep persekitaran bersama dengan kelebihan dan penggunaan elemen-

elemen yang terlibat. Ia juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran tentang

kepentingan muzik, pergerakan dan seni visual dalam pengajaran dan

pembelajaran mengenai persekitaran contoh tajuk "pokok" dalam mata pelajaran

sains, dan dalam mata pelajaran lain dengan menggunakan tema persekitaran

contoh tema "hutan" dalam menulis karangan. Tema persekitaran ini juga dapat

membantu anda untuk meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta

membantu murid untuk meluahkan perasaan mereka secara bebas.

Tema Masyarakat

Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajar

adalah makhluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita

perlu untuk dimiliki, rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehi

pengiktirafan. Dalam masyarakat manusia, aspek-aspek sosial dan budaya tidak

dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat.

Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti

untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun temurun dan

menjadi sebati dalam masyarakat sehingga menjadi budaya dalam

masyarakat.

Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian

berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan

yang lebih besar dalam masyarakat. Dalam hubungan ini, kita perlu fleksibel

dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan

Page 115: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

115

memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik

mungkin di semua peringkat perkembangannya.

Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak.

Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan

masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah,

tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan di

kantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosial

dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam

pergaulan kanak-kanak.

Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan

mengikut latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan

menjadikan individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur,

jantina, kebolehan, bangsa, status sosial, agama, saiz dan perwatakan.

Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokkan dan mengecewakan

dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan. Guru perlu

memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagai boleh diperolehi untuk

permainan kanak-kanak.

(a) Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat

Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan

memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif,

efektif dan psikomotor

Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid memilih

dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan.

Murid mengaplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan

idea, mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan

pengetahuan muzik, seni dan pergerakan dan penghasilan karya

kreatif.

Murid memahami bahawa penghasilan dan tindak balas membuat

karya muzik, seni dan pergerakan adalah terjalin di antara persepsi

analisis dan kritikan.

Page 116: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

116

Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara

mendalam untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni

dan pergerakan dalam kejayaan insan.

Murid memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai

murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat

menghubungkaitkan muzik, seni dan pergerakan dengan nilai,

kepercayaan dan kehendak manusia sejagat.

Mereka akhirnya dapat memahami bahawa kesenian setiap budaya

adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi

dan lain-lain.

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui

pendekatan bertema masyarakat dengan pengetahuan budaya dan

sejarah dapat membantu memainkan peranan dalam menyesuaikan diri

secara berkesan.

.Contoh aktiviti: Pohon Keluarga

Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema

masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan

dalam pengajaran konsep ÂkeluargaÊ dalam mata pelajaran lain.

Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu

projek dapat membantu pelajar memahami proses sains seperti memerhati,

membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon

keluarga dipamerkan sebagai gambar rajah membentuk suatu

persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara terus kepada pelajar

dengan memberi pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam

bentuk yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami.

Contoh: Kekeluargaan

Manusia tinggal dalam kumpulan keluarga yang berbeza

Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri

Page 117: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

117

Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk

berkomunikasi

Keluarga mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu

Keluarga saling bantu-membantu.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya.

Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan

untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga

pengalaman di samping menghargai pelbagai budaya yang wujud di dalam

masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar

Tema Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran

dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.

Tema Komunikasi

Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk

menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai

kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi

berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi

iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.

Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlaku

seperti di dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula

merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang

dipindah dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio-

psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status di kalangan

peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu

masyarakat di mana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal

ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku.

Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan

menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria.

Page 118: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

118

Walau pun anda biasanya menganggap mesej sebagai verbal, anda juga boleh

berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara

anda berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk

dan senyum. Kesemuanya mengenai anda adalah satu bentuk komunikasi.

Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau

beberapa orang yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda

boleh mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa,

membuat sintesis atau menilai sesuatu. Semua ini merupakan kesan intelektual

atau kognitif. Anda mungkin boleh mendapat atau mengubah sikap,

kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesan afektif. Anda

mungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti melontar bola atau

mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Ini

merupakan kesan-kesan psikomotor.

Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan

orang lain. Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal. Bahagian

verbal adalah bahasa- perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan.

Manakala bentuk bukan verbal merangkumi pelbagai elemen - hubungan ruang,

orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan

variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

(a) Komunikasi Verbal

Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang

dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.

(b) Komunikasi Bukan Verbal

Bentuk bukan verbal mengandungi pelbagai elemen: hubungan ruang,

orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan

variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

Strategi Pengajaran-pembelajaran

Guna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara

satu sama lain ketika memerhati haiwan.

Page 119: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

119

(i) Seni visual

Pada sekeping kertas, anda dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang

dilihat semasa mengembara di hutan.

Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus

pada jenis jalinannya sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh.

(ii) Pergerakan

Minta pelajar meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka jumpa

dalam hutan. Gunakan stail „Ikut Macam Saya‰ agar pelajar menerima

pengukuhan dalam konsep perbezaan antara haiwan.

(iii) Sains dan pergerakan

Dengan menggunakan badan tunjukkan pergerakan berlainan yang

dilakukan oleh haiwan yang berbeza: memanjat, merangkak,

menyusur, berjalan perlahan dan melompat.

(iv) Muzik dan matematik

Di atas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang

berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi,

pelajar mengikut ketua untuk menekap rupa-rupa geometri berikut:

− Segi tiga sama;

− Segi empat sama;

− Segi empat tepat;

− Pentagon;

− Heksagon;

− Oktagon; dan

− Bulatan.

(v) Matematik dan sains

Kelaskan haiwan yang anda jumpa. Guna tanda gundalan untuk

menunjukkan bilangan haiwan yang anda telah kelaskan.

(vi) Matematik dan seni visual

Page 120: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

120

• Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza

berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk

mewakili haiwan yang berbeza untuk digunakan dalam membina

piktograf.

(vi) Matematik dan seni visual

• Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza

berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk mewakili

haiwan yang berbeza untuk digunakan dalam membina piktograf.

KESIMPULAN

Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-

aktiviti yang berkaitan dengan tema persekitaran, masyarakat dan

komunikasi.

Topik ini meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran pelajar-

pelajar untuk lebih mendalami tema-tema yang ada serta dapat membantu

untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik,

pergerakan dan seni visual.

PENGHUBUNGKAITAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenalpasti pengertian penghubungkaitan;

2. Menyatakan kelebihan penghubungkaitan dalam pengajaran dan

pembelajaran;

3. Menjelaskan tujuan penghubungkaitan dan kaitannya dengan berbagai

aspek pengajaran dan pembelajaran;

4. Membincangkan peranan penghubungkaitan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

PENGENALAN

Seni merupakan satu cabang yang berharga dan merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi yang amat tinggi nilainya. Penghubungkaitan dan pautan

Page 121: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

121

dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk setiap insan yang terus dihormati. Ia juga menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut - baik akademik mahupun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum ke dalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk, walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu, seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.

Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda

Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan dengan jejarinya yang dianggap sebagai para pelajar, manakala ibu jarinya sebagai guru. Semua jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi dengan bebas tanpa had mahupun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin idea-idea yang baru yang boleh didapati di persekitarannya. Sementara ibu jari pula berperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai ibu jari, tetapi ia masih lagi boleh bergerak. Akan tetapi pergerakannya itu akan menghadapi masalah semasa menggenggam sesuatu benda dengan erat. Pada masa inilah ibu jari (guru) ke hadapan untuk membantu jari jemari menggenggam sesuatu objek atau dari satu sudut pandangan, guru pelajar memberi pemahaman sesuatu idea atau konsep. Jari jemari ini akan tetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Oleh itu prinsip perpaduan adalah penting. Ini adalah disebabkan penghubungkaitan merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.

Kelebihan Penghubungkaitan

Apabila keperluan asas manusia untuk kesepaduan kepunyaan dan kepercayaan dilengkapi, barulah dapat kita mulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, kita perlulah membantu sekolah untuk mewujudkan pengalaman-pengalaman umum yang akan melahirkan perasaan penghubungkaitan.

Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan ialah bergantung kepada tujuh kriteria asas yang boleh dihuraikan seperti:

(a) Mempunyai semangat saling bergantung - setiap pelajar perlulah mempercayai antara satu sama lain. Mereka perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang, bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalam kumpulannya.

(b) Kemahiran sosial yang penting untuk berkomunikasi. Pelajar perlu

Page 122: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

122

mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak mengira agama, bangsa, jantina dan budaya. Berkongsi kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan di antara satu sama lain dan menguruskan konflik.

(c) Kesedaran akauntabiliti individu - setiap anggota dalam kumpulan akan sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya.

(d) Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran aktiviti.

(e) Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat digabungkan dalam proses pembelajaran.

(f) Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses pembelajaran pelajar.

(g) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat

wujud sebagai satu mata pelajaran.

Tujuan Penghubungkaitan dalam Berbagai Aspek Pengajaran dan Pembelajaran.

Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah seperti berikut:

(a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antara Satu Sama Lain

Demi meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran, satu jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi penghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran. Contohnya seperti pada Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Penghubungkaitan antara mata pelajaran

(b) Memudahkan Pelajar untuk Mengingat

Page 123: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

123

Dengan menggunakan konsep penghubungkaitkan ini, pelajar akan lebih mudah mengingati sesuatu mata pelajaran. Untuk itu, konsep yang terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh diaplikasikan seperti penggunaan pengurusan grafik (lihat Rajah 8.2).

Rajah 8.2: Contoh pengurusan grafik untuk memudahkan pelajar mengingat

(c) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif

Dengan adanya penghubungkaitan minda, pelajar akan digerakkan secara aktif dan akan bertindak dengan lebih kreatif.

(d) Pembelajaran Berkesan

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek berikut:

Pengajaran lebih terancang apabila ianya disusun rapi dengan penetapan objektif, isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas serta penggunaan bahan-bahan pembelajaran yang relevan.

Kepelbagaian kaedah digunakan kerana pelajarnya terdiri daripada pelbagai individu yang berbeza antara satu dengan lain dari segi tahap mental, fizikal, emosi dan sebagainya.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalah fokus utamanya.

Aktiviti serta isi pelajaran adalah bersifat kontekstual iaitu ada hubung kait dengan kehidupan harian.

Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara merentasi kurikulum.

(e) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif

Dengan adanya penghubungkaitan minda, pelajar akan digerakkan secara aktif dan akan bertindak dengan lebih kreatif.

(f) Pembelajaran Berkesan

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek berikut:

PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN

Page 124: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

124

Penghubungkaitan di antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan dapat dihuraikan seperti berikut di dalam Rajah 8.3

Rajah 8.3: Penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan

Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa muzik, seni visual dan pergerakan dapat dihubungkaitkan dengan mata pelajaran lain, iaitu dengan berdasarkan kepada pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di dalamnya

Menghubung Kait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran

Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat (rujuk Rajah 8.4).

Page 125: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

125

Rajah 8.4: Menghubung kait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran

Menghubung Kait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran

Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengbungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Menghubung Kait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran

Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat (rujuk Rajah 8.4).

Rajah 8.4: Menghubung kait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran

Page 126: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

126

Menghubung Kait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran

Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengbungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran boleh diertikan sebagai matlamat pembelajaran atau objektif yang perlu diperoleh secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibat daripada penghubungkaitan itu membuatkan sesuatu pembelajaran itu akan menjadi lebih efektif (Contoh seperti di Jadual 8.1).

Jadual 8.1: Contoh Sedutan Ringkasan Mengajar Pendidikan Seni Visual

Tahun : 4 jingga

Bilangan pelajar : 28 orang

Umur : 10 tahun

Tarikh/ Hari : 15/05/2006 (Isnin)

Masa : 11.00 - 12.00 tgh

Pelajaran : Seni Visual

Perkara : Membentuk dan membuat binaan.

Tajuk : Binaan - berbagai-bagai bentuk dan penggunaan ruang.

Penggabung jalinan kemahiran

: 1. Membuat bentuk-bentuk daripada kertas

2. Menyusun bentuk-bentuk

3. Menggunting

Pengetahuan sedia ada

: Pelajar pernah melihat susunan bentuk-bentuk tiga matra sama ada melalui pameran atau televisyen

Objektif eksplisit : Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat:

1. Menggunting dan melipat kertas untuk membuat bentuk- bentuk tiga matra 2. Menyusun bentuk-bentuk untuk mencipta satu binaan dengan kemas dan menarik

3. Menimbulkan sikap kerjasama untuk menghasilkan ciptaan antara rakan sedarjah

Objektif implisit : Menikmati hasil karya sebagai hiasan daripada bentukbentuk tiga matra.

Page 127: Modul WAJ3073 Seni Dlm Pddkn

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

127