model sosial

12

Upload: ongsc

Post on 28-Jul-2015

75 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

MODEL SOSIAL Tingkah laku koperatif merangsang

murid secara sosial dan intelek. Model yang terkandung iaitu

pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Pembelajaran koperatif mampu meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan, di samping dapat memberi impak terhadap pencapaian dan harga diri pelajar.

Membantu murid untuk memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, dan cara-cara bagi menyelesaikan masalah-masalah dengan lebih berkesan.

Membantu mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial, mengembangkan sifat empati terhadap orang lain, dan menambahkan kemahiran sosial mereka.

1. Fokus kepada perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja kumpulan.

2. Tujuan: a) supaya murid dapat belajar besama-sama untuk menguasai maklumat, idea, kemahiran dan cara penyelesaian masalah yang timbul.b) bersaing antara satu sama lain untuk pencapaian cemerlang.

• Main peranan

1. Membantu murid memahami tingkah laku sosial, peranan dalam interaksi sosial dan cara menyelesaikan masalah.

2. Contoh: melakukan aktiviti lakonan watak-watak yang terdapat pelbagai konflik.

• Simulasi

1. Kemahiran melalui demonstrasi, praktis, dan latihan.

2. Berasaskan situasi sebenar yang mirip dengan situasi hidup dalam P & P.

3. Kepentingannya: membantu murid-murid untuk melihat objek yang sebenar.

BAGAIMANA DILAKSANAKAN???

Menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid.

Guru hendaklah mewujudkan situasi yang mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran.

Contohnya, guru hendaklah menunjukkan pembedahan katak yang bersifat simulasi terlebih dahulu sebelum mengajar murid cara membedah katak.

IMPLIKASI TERHADAP P & P1. Guru perlulah mempunyai sekurang-

kurangnya satu model untuk dijadikan panduan dan rujukan

2. Gabungkan model-model daripada keperluan model yang berlainan dalam P&P.

3. Guru perlu menguasai beberapa model dan berusaha untuk mengasah model yang sedia ada dan menambahkan model yang baru.

SEKIAN TERIMA KASIH