model sosial dan personal-group

50
Model Sosial

Upload: doris-san

Post on 20-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ipg kti 2pismp-math ambilan jun 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Model Sosial Dan Personal-group

Model Sosial

Page 2: Model Sosial Dan Personal-group

Model SosialDireka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran.

Model sosial melatih pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah.

Bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dan cara bekerjasama dengan orang lain dalam pasukan atau kumpulan.

Page 3: Model Sosial Dan Personal-group
Page 4: Model Sosial Dan Personal-group

Pembelajaran koperatifPembelajaran koperatif berkonsepkan kepada kerja

secara berkumpulan.Pembelajaran koperatif berkisar atas 3 perkara iaitu:

1. Pencapaian akademik

2. Penerimaan kepelbagaian

3. Kemahiran sosialMenurut Slavin (1982),pembelajaran koperatif ialah

kaedah pembelajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Page 5: Model Sosial Dan Personal-group

Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti berikut :

• Membaiki hubungan sosial• Meningkatkan pencapaian• Meningkatkan kemahiran kepimpinan• Meningkatkan kemahiran sosial• Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi• Meningkatkan kemahiran teknologi• Meningkatkan keyakinan diri.

Page 6: Model Sosial Dan Personal-group

Contoh Pembelajaran Koperatif

Pelajar yang berpencapaian rendah menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor kepada mereka. Manakala, pelajar berpencapaian tinggi akan memperoleh kebaikan sebagai tutor untuk berfikir secara mendalam tentang topik yang dipelajari. Kemahiran-kemahiran seperti kepimpinan dapat dipupuk dalam proses pembelajaran koperatif.

Page 7: Model Sosial Dan Personal-group

Konsep Utama Dalam Pembelajaran Koperatif

• Terdapat enam konsep utama dalam proses pembelajaran koperatif.

1. Pasukan - ada visi, berstruktur untuk perkembangan minda positif.

2. Keinginan untuk bekerjasama

3. Pengurusan koperatif

4. Kemahiran bekerjasama

5. Prinsip asas pembelajaran koperatif

6. Struktur pembelajaran koperatif

Page 8: Model Sosial Dan Personal-group

Prinsip PIES (salah satu konsep pembelajaran koperatif) ialah:

P-Pergantungan positif (Positif interdependence) I- Akauntabiliti individu (Individual accountabilitiy)E- Penglibatan seimbang/sama (Equal

participation) S- Interaksi serentak (Simultaneous interaction)

Page 9: Model Sosial Dan Personal-group

Pergantungan positif

• Semua ahli dalam kumpulan saling bergantung antara satu sama lain bagi menyelesaikan satu projek.

• Apabila kejayaan seseorang individu akan dikaitkan dengan kejayaan untuk ahli-ahli sekumpulannya.

Page 10: Model Sosial Dan Personal-group

Akauntabiliti individu

• Merujuk kepada tanggungjawab individu.• Contohnya, dalam sistem ganjaran di mana

jika setiap pelajar mengambil satu ujian secara individu, maka gred secara pasukan akan diberikan dengan mengambil purata semua skor ahli pasukan.

• Oleh itu, semua ahli dalam kumpulan akan berasa akauntabiliti terhadap ganjaran tersebut.

Page 11: Model Sosial Dan Personal-group

Penglibatan Seimbang

• Bahagian terpenting dalam proses pembelajaran.

• Pelajar boleh menguasai pembelajaran melalui interaksi dengan kandungan dan rakan sebaya.

• Masa akan diberikan kepada kumpulan dalam dua orang untuk berkongsi idea mereka.

Page 12: Model Sosial Dan Personal-group

Interaksi Serentak

• Penglibatan aktif akan berlaku apabila diberikan agihan tugasan dalam kumpulan seperti perbincangan pasangan.

• Kebolehan menggunakan prinsip interaksi serentak merupakan kunci kejayaan pencapaian hasil pembelajaran positif dalam pembelajaran koperatif.

Page 13: Model Sosial Dan Personal-group

Main Peranan

• Satu kaedah yang membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan.

• Proses pengajaran berlaku apabila murid-murid diberi peluang untuk berbincang, berkomunikasi secara dua hala untuk memberi pandangan, pendapat dan idea masing-masing berkenaan perkara yang dibincangkan.

Page 14: Model Sosial Dan Personal-group

• Dapat juga membantu pelajar yang pasif untuk membina keyakinan mereka melalui aktiviti main peranan.

• Merupakan suatu situasi yang melibatkan pelajar memegang suatu peranan samada sebagai dirinya sendiri ataupun menjadi individu yang lain.

• Pelajar dapat mengalami sendiri sesuatu situasi dan meningkatkan kemahiran berbahasa.

Page 15: Model Sosial Dan Personal-group

Lima Jenis Main Peranan

1. Memerihal – ia merupakan satu cara komunikasi iaitu peserta memerihal suatu situasi atau masalah. Seperti contoh pelajar meminta kebenaran untuk menganjurkan lawatan sambil belajar.

2. Demonstrasi – demonstrasi ialah menunjukkan contoh tingkah laku kepada sesuatu perkara. Contohnya seorang guru menunjukkan contoh cara pertuturan bahasa yang baik sebelum para pelajar melakukan aktiviti main peranan.

Page 16: Model Sosial Dan Personal-group

3. Latihan – latihan yang kerap dapat membantu pelajar menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi seperti contoh pelajar kerap melibatkan diri dalam aktiviti atau memegang jawatan sebagai seorang pengerusi.

4. Cerminan – pelajar didedahkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain semasa dalam situasi tertentu. Contohnya, seorang pelajar memarahi rakan sekelasnya kerana melakukan sesuatu perkara, oleh yang demikian pelajar akan belajar menghadapi sesuatu situasi.

Page 17: Model Sosial Dan Personal-group

5. Kepekaan – memberi kesedaran kepada pelajar supaya peka tentang perasaan sendiri atau orang lain pada sesuatu situasi.

Page 18: Model Sosial Dan Personal-group

Simulasi

• Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan sehingga berjaya dikuasai.

• Simulasi penting kerana membantu murid melihat perwakilan objek yang sebenar

• Simulasi boleh dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif.

Page 19: Model Sosial Dan Personal-group

Tujuan Simulasi

1. Menguasai kemahiran2. Membina pemikiran secara analitis dan kritis.3. Membina sikap positif4. Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif5. Membawa situasi sebenar ke dalam bilik

darjah

Page 20: Model Sosial Dan Personal-group

4 Fasa dalam Pengajaran Model Simulasi

Page 21: Model Sosial Dan Personal-group

Fasa I: Orientasi

1.  Menyediakan berbagai topik simulasi dan konsep-konsep yang akan diintegrasikan dalam proses simulasi.

2.  Menjelaskan prinsip Simulasi dan permainan.

3.  Memberikan gambaran teknis secara umum tentang proses simulasi.

Page 22: Model Sosial Dan Personal-group

Fasa 2: Latihan bagi peserta

1. Membuat senario yang mempunyai peraturan, peranan, langkah, pencatatan, bentuk keputusan  yang harus dibuat, dan tujuan yang akan dicapai.

2. Menugaskan para pelajar dalam simulasi.

3. Mencuba secara singkat suatu episod.

Page 23: Model Sosial Dan Personal-group

Fasa 3: Proses simulasi

1.Melaksanakan aktiviti permainan dan pengaturan kegiatan tersebut.

2. Memperoleh gerak balas dan evaluasi dari hasil pengamatan terhadap persembahan pelajar.

3. Menjelaskan perkara-perkara yang salah konsep

4. Melanjutkan permainan/simulasi

Page 24: Model Sosial Dan Personal-group

Fasa 4: Perbincangan

1. Memberikan ringkasan mengenai kejadian dan persepsi yang timbul selama simulasi.

2. Memberikan ringkasan mengenai halangan-halangan dan wawasan para peserta.

3. Menganalisis proses

Page 25: Model Sosial Dan Personal-group

4. Membandingkan aktiviti simulasi dengan dunia nyata.

5. Menghubungkan proses simulasi dengan  isi pelajaran.

6.  Menilai dan merancang kembali simulasi.

Page 26: Model Sosial Dan Personal-group

Prinsip-Prinsip Pelaksanaan Simulasi

• Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah & mewujudkannya secara bertulis / lisan di dalam kelas.

• Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak & tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.

• Pilih murid yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon.

Page 27: Model Sosial Dan Personal-group

• Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan & diedarkan kepada murid yang dipilih untuk berlakon terlebih dahulu.

• Jika perlu, sediakan alatan untuk pelakon.• Semasa sesi simulasi, pastikan murid yang

menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian.

Page 28: Model Sosial Dan Personal-group

• Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta murid memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.

• Rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran.

Page 29: Model Sosial Dan Personal-group

Contoh-contoh simulasi yang boleh dijalankan

• Pemusatan kepada masalahPelajar berbincang tentang masalah dan

membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Situasi-situasi seperti:

Menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa

Orang awam enggan menggunakan jejantas ketika menyeberangi jalan raya

Vandalisme harta benda sekolah

Page 30: Model Sosial Dan Personal-group

• Pemusatan kepada penerbitanPelajar berbincang tentang sesuatu rancangan

untul menghasilkan sesuatu penerbitan. Perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan suatu projek atau penerbitan. Situasi-situasi tersebut ialah:

Menerbitkan masalah dan program radio atau televisyen

Menerbitkan rancangan berita televisyen

Page 31: Model Sosial Dan Personal-group

Implikasi model sosial dalam pengajaran dan pembelajaran

•Peniruan melalui main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi

Page 32: Model Sosial Dan Personal-group

• Peranan guru sebagai rol model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Antara ciri yang perlu ada pada guru termasuklah cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa, personaliti dan konsep kendiri

• Peniruan juga boleh dilakukan secara tidak langsung melalui televisyen dan filem. Maka, guru boleh menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditonton dan yang tidak sesuai ditonton oleh mereka.

Page 33: Model Sosial Dan Personal-group

Model Personal

Page 34: Model Sosial Dan Personal-group

Definisi

• Membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan beryakinan diri.

• Ia terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.

Page 35: Model Sosial Dan Personal-group

Model Pembelajaran melalui kaunseling

• Membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.

• Rogers (1982),dan beberapa orang penyokong model kaunseling tidak direktif dan mereka percaya bahawa manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif.

• Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.

Page 36: Model Sosial Dan Personal-group

• Bagi model ini, guru dianggap sebagai kaunselor memainkan peranan untuk membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam pembelajaran mereka.

• Guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat kendiri, memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar menyelesaikan masalah jika ada, serta mewujudkan pakatan dengan pelajar bertujuan untuk membimbing dan membantu mereka sepanjang penyelesaian tugasan dan masalah.

Page 37: Model Sosial Dan Personal-group

TUJUAN model non-directive (Joyce et al., (2002), )

• Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati terhadap orang lain.

• Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi pelajar.

• Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

Page 38: Model Sosial Dan Personal-group

Fasa-fasa model pembelajaran non-directive

Page 39: Model Sosial Dan Personal-group

Fasa 1 Kenal pasti dan mendefinisi situasi.Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar.

Fasa 2 Meneroka masalahPelajar digalak untuk menerangkan masalah.Guru menerima dan memperjelas perasaan pelajar.

Fasa 3 Membentuk pengertian baru.Pelajar membincang masalah.Guru memberikan sokongan kepada pelajar.

Fasa 4 Perancangan dan membuat keputusan.Pelajar merancang untuk membuat keputusan.Guru memperjelas keputusan-keputusan yang mungkin diambil.

Fasa 5 Integrasi/ kesepaduan.Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan membentuk tindakan yang lebih positif.Guru memberikan sokongan kepada pelajar.

Tindakan luar daripada temubual

Pelajar sendiri mengambil tindakan positif.

Page 40: Model Sosial Dan Personal-group

Konsep Pengajaran Synectics

• Ini merupakan suatu aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora dalam usaha untuk mencapai penyelesaian sesuatu masalah.

• Ringkasnya, ia untuk jump start proses kreatif dan mencari pandangan baharu dalam penyelesaian masalah.

Page 41: Model Sosial Dan Personal-group

Langkah-langkah model synectics

• Sediakan maklumat• Kemukakan analogi• Gunakan analogi peribadi untuk mencipta konflik

bertentangan (compressed)• Bandingkan konflik bertentangan dengan subjek• Kenal pasti perbezaan• Semak semula subjek asal• Reka analisis langsung yang baharu• Buat penilaian

Page 42: Model Sosial Dan Personal-group
Page 43: Model Sosial Dan Personal-group

• Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi

• Menekankan individu sebagai insan yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintegrasi, penuh keyakinan dan kompeten

• Matlamatnya adalah membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri

Page 44: Model Sosial Dan Personal-group

• Maka, adalah penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang.

• Kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsi, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru.

• Model non-directive ini bergantung pada faktor semula jadi dan bukan ditentukan oleh kesan pengajaran.

Page 45: Model Sosial Dan Personal-group

• Kesan pengajatan amat bergantung pada kejayaan pemupukan perkembangan diri pelajar

• Oleh itu, guru perlu menyediakan suatu iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekpresi perasaan.

• Di sinilah pelajar perlu diberikan peluang untuk meluahkan perasaan dalam perbincangan individu atau kumpulan.

Page 46: Model Sosial Dan Personal-group

Soalan

Page 47: Model Sosial Dan Personal-group

1. Apakah enam konsep pembelajaran koperatif?

2. Apakah prinsip-prinsip pembelajaran koperatif?

3. Simulasi boleh dalam apa bentuk?4. Apakah tujuan Model Personal?

Page 48: Model Sosial Dan Personal-group

TERIMA KASIH

Page 49: Model Sosial Dan Personal-group

1. -Pasukan

-Keinginan untuk bekerjasama-Pengurusan koperatif- Kemahiran bekerjasama-Prinsip asas pembelajaran koperatif-Struktur pembelajaran koperatif

2. -Kebergantungan positif

- Akauntabiliti-Penglibatan seimbang-Interaksi bersemuka

Page 50: Model Sosial Dan Personal-group

3. -Permainan-Permasalahan-Berbentuk persaingan atau koperatif

4. Model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan diri