model reiser n dick

7
Tugasan 2 kpt6043 – Hafsania binti Jamian (M20091000369) TUGASAN 2 - Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & Web Oleh: HAFSANIA BINTI JAMIAN (M20091000369) Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas) Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Sumber : Ubahsuai dari Robert A. Reiser and Walter Dick, Instructional Planning (2nd.ed.), Allyn & Bacon, Massachusetts, 1996. Perancangan pengajaran : Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996) 1. Mengenalpasti matlamat pengajaran Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan pelajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran. Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat yang penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar 1 Kenal pasti Rancang Aktiviti Pilih Media Pengajaran Bina Alat Pengukuran Laksanakan Pengajaran Kaji semula Intruksi Tentukan Matlamat Model Reiser & Dick (1996)

Upload: niakpt6043

Post on 07-Jul-2015

1.565 views

Category:

Education


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model reiser  n dick

Tugasan 2 kpt6043 – Hafsania binti Jamian (M20091000369)

TUGASAN 2 - Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & Web

Oleh:

HAFSANIA BINTI JAMIAN (M20091000369)Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)

Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan ManusiaUniversiti Pendidikan Sultan Idris

Model Reiser & Dick (1996)

Sumber : Ubahsuai dari Robert A. Reiser and Walter Dick, Instructional Planning (2nd.ed.), Allyn & Bacon, Massachusetts, 1996.

Perancangan pengajaran :

Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996)

1. Mengenalpasti matlamat pengajaran

• Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan

pelajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu

kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik

baru dalam sukatan pelajaran.

• Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran.

Matlamat yang penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar

1

Kenal pasti

Rancang

Aktiviti

Pilih Media

Pengajaran

Bina Alat

Pengukuran

Laksanakan

Pengajaran

Kaji semula Intruksi

Tentukan

Matlamat

Model Reiser & Dick (1996)

Page 2: Model reiser  n dick

Tugasan 2 kpt6043 – Hafsania binti Jamian (M20091000369)

pelajar iaitu matlamat dari perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar

dalam pembelajaran.

• Mata pelajaran yang dipilih adalah Bahasa Melayu Pemulihan Tahun

2.

• Matlamat pengajaran ialah supaya kesemua pelajar dapat

menguasai kemahiran yang diajarkan mengikut kumpulan masing-

masing.

2. Menganalisa pelajar

• Bilangan murid dalam kelas terdiri daripada 8 orang, 5 orang

murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang kesemuanya

Melayu .

• Kelas ini terbahagi kepada 3 kumpulan yang mempunyai

kemahiran yang berbeza tetapi mempunyai pengetahuan sedia

ada yang sama.

• Kumpulan 1 - Kumpulan Cerdas,

Kumpulan 2 - Kumpulan Sederhana,

Kumpulan 3 - Kumpulan Lambat

• Kemahiran yang akan diperolehi daripada topik pengajaran

adalah:

i. Menyebut kemahiran vokal berganding

ii. Membatang perkataan vokal berganding

iii. Membaca petikan perkataan vokal berganding

3. Mengenalpasti objektif

• Objektif adalah merupakan pernyataan yang terperinci bagi

matlamat pendidikan/hasil pembelajaran. Tiga komponen utama

bagi mana-mana objektif ialah perilaku pelajar yang diharapkan,

keadaan semasa perilaku ini dilaksanakan dan piawaian atau kriteria

yang mesti dicapai oleh pelajar.

2

Page 3: Model reiser  n dick

Tugasan 2 kpt6043 – Hafsania binti Jamian (M20091000369)

• Hasil pembelajaran yang diharapkan untuk tajuk Perkataan Vokal

Berganding ialah :

i. Murid-murid boleh mengeja dan membunyikan

perkataan vokal berganding dengan sebutan yang

betul (Kumpulan Cerdas, Kumpulan Sederhana,

Kumpulan Lambat).

ii. Murid-murid boleh membaca perkataan vokal

berganding tanpa mengeja (Kumpulan Cerdas).

iii. Murid-murid boleh membaca ayat mudah dalam

petikan yang mengandungi perkataan vokal

berganding (Kumpulan Cerdas dan Kumpulan

Sederhana).

iv. Menulis perkataan vokal berganding secara imlak

(guru menyebut murid menulis).

• Nilai-nilai murni yang diterapkan didalam pengajaran dan

pembelajaran tajuk ini ialah rajin dan berusaha.

• Pengetahuan sedia ada murid pula ialah:

i. Murid sudah mengenal huruf kecil dan huruf

besar

ii. Murid dapat membezakan huruf vokal dan

huruf konsonan

iii. Murid sudah menguasai kemahiran perkataan

yang mengandungi diftong.

3

Page 4: Model reiser  n dick

Tugasan 2 kpt6043 – Hafsania binti Jamian (M20091000369)

4. Merancang aktiviti pengajaran

Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan dalam

pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk mencapai

hasil pembelajaran.

• Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran,

persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan

aktiviti susulan.

• Suatu rancangan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan

berdasarkan sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelajar

yang kurang pandai, berkebolehan sederhana atau pandai. Ianya

adalah penting bahawa keseluruhan rancangan pengajaran

disediakan bagi membolehkan pelajar dapat mencapai sesuatu

objektif pembelajaran yang telah ditentukan.

• Bagi tajuk yang telah dipilih, perancangan aktiviti adalah seperti

berikut :

i. Set induksi - dimulai dengan memperdengarkan lagu dan seni

kata lagu slaid power point. Murid beserta guru menyanyikan

bersama-sama dengan membuat beberapa gerakan.

ii. Langkah 1 - Kemahiran vokal berganding ’kv+vk’ berserta

contoh dan erkataan-perkataan vokal berganding ’kv+vk’

berserta gambar dalam bentuk power point untuk kesemua

murid bagi mencapai objektif pengajaran yang pertama iaitu

murid-murid boleh mengeja dan membunyikan perkataan

vokal berganding dengan sebutan yang betul

iii. Langkah 2 – Guru mula membahagikan murid kepada

kumpulan masing-masing. Pengajaran dan pembelajaran

adalah mengikut kemahiran kumpulan masing-masing..

iv. Langkah 3 - Penilaian dan pengukuhan juga diberi mengikut

kemampuan dan kemahiran murid.

v. Penutup - Rumusan hasil pembelajaran.

4

Page 5: Model reiser  n dick

Tugasan 2 kpt6043 – Hafsania binti Jamian (M20091000369)

5. Memilih media pengajaran (PENGGUNAAN TEKNOLOGI)

• Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru

dan panduan ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk

membina bahan baru bergantung kepada objektif atau hasilan

pembelajaran, bahan yang sedia ada dan kemampuan organisasi

dari segi kepakaran dan kewangan.

• Media pengajaran adalah sebahagian daripada pelan pengajaran.

Ianya adalah sebagai alat (selain guru, buku teks, dan bahan

bercetak tambahan) yang menyampaikan pengajaran kepada

pelajar. Ianya bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran &

pembelajaran yang menarik dan bermakna sekaligus membantu

pencapaian matlamat pembelajaran. Mengandungi unsur-unsur

menghiburkan

• Alat bantu mengajar persembahan power point yang

digunakan mempunyai daya tarikan dan menghiburkan

dengan adanya animasi dan pautan kepada bahan yang

diolah dan dimanipulasi dari laman-laman web yang berkaitan

dengan perkataan vokal berganding.

• Berikut adalah senarai bahan/media yang digunakan:

i. Klip video chicken dance

ii. Permainan jejak labah-labah

iii. Nyanyian lagu kanak-kanak

iv. Slaid MS Power Point

v. Lembaran Kerja

5

Page 6: Model reiser  n dick

Tugasan 2 kpt6043 – Hafsania binti Jamian (M20091000369)

6. Membina alat penilaian

• Kepentingan ujian dalam mereka bentuk pengajaran ialah ujian yang

menekankan fakta yang menunjukkan butiran yang penting untuk

membekalkan pelajar suatu penilaian tentang kemajuan dalam

menguasai objektif pembelajaran.

• Keputusan ujian akan memberikan maklumat kepada guru berhubung

dengan kualiti pengajaran yang telah disampaikan dan tahap

pencapaian pelajar. Hasil ujian juga mampu menjadi rujukan kepada

guru untuk menilai proses pengajaran dan pembelajaran yang telah

dilaksanakan.

vi. Ujian/penilaian yang dijalankan untuk tajuk pembelajaran ini

ialah lembaran Kerja yang dibina oleh guru mengikut

kemahiran murid.

7. Melaksanakan pengajaran

• Sebagaimana yang telah dibincangkan, dalam melaksanakan

pengajaran yang berjaya, ianya hendaklah dimulakan dengan

perancangan yang teliti di mana pengenalpastian matlamat

pembelajaran yang khusus mengikut sukatan pelajaran, perancangan

aktiviti, pemilihan media yang tepat & berkesan, satu set alat

pengukuran bagi mengukur pencapaian pelajar dan

kawalan/bimbingan guru yang baik.

• Untuk proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Perkataan Vokal

Berganding ini, satu set Skema Kerja dan Rancangan Pengajaran

telah dibina sebagai panduan bagi membantu guru menjayakannya.

6

Page 7: Model reiser  n dick

Tugasan 2 kpt6043 – Hafsania binti Jamian (M20091000369)

8. Menyemak semula pengajaran

a. Penyemakan objektif/matlamat hendaklah dilakukan melalui

pemerhatian /penilaian guru yang dikumpulkan sebelum, semasa dan

selepas melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil

dari pemerhatian/penilaian tersebut lakukan langkah-langkah

seterusnya iaitu untuk melaksanakan pemulihan atau pengayaan

dalam pembelajaran murid.

b. Jika terdapat sebahagian objektif yang tidak tercapai, pengajaran

dan pembelajaran akan di ulang semula sehingga mencapai objektif

tersebut tetapi dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang

berbeza untuk setiap kumpulan.

7