a n u g e r a h p e r i n g k a t a h l i k u m p u l a n p e m b a n g u n … · 2014-01-30 ·...

2
Ahli Kumpulan Penyelidik NORMAN HAMDAN ASHARAF MOHD RAMLI ABDULLAAH JALIL ASMADDY HARIS MOHD AIZUDDIN ABDUL AZIZ Sistem Perakaunan Masjid Patuh Shariah Dari Kiri: Abdullaah Jalil, Asmaddy Haris, Norman Hamdan, Asharaf Mohd Ramli dan Mohd Aizuddin Abdul Aziz 06-798 6467 06-798 6468 [email protected] Peringkat Pembangunan e-Mimas Untuk maklumat lanjut: Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan (PHIP) Center of Industrial Liaison and Commercializaon Aras 2, Bangunan Pusat Komersial, Universi Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Anugerah

Upload: others

Post on 04-Jan-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

A h l i K u m p u l a n

P e n y e l i d i k

NORMAN HAMDAN

ASHARAF MOHD RAMLI

ABDULLAAH JALIL

ASMADDY HARIS

MOHD AIZUDDIN ABDUL AZIZ

Sistem Perakaunan Masjid

Patuh Shariah

Dari Kiri: Abdullaah Jalil, Asmaddy Haris, Norman Hamdan, Asharaf Mohd Ramli dan Mohd Aizuddin Abdul Aziz

06-798 6467

06-798 6468

[email protected]

P e r i n g k a t

P e m b a n g u n a n

e - M i m a s

Untuk maklumat lanjut: Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan

(PHIP) Center of Industrial Liaison and Commercialization

Aras 2, Bangunan Pusat Komersial, Universiti Sains Islam Malaysia,

71800 Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

A n u g e r a h

Mengatasi Risiko Shariah: Sistem Perakaunan Masjid e-MIMAS

Di antara objektifi utama sistem e-MIMAS dibangunkan ialah untuk memastikan risiko ketidakpatuhan Shariah dalam pengurusan dana dan kewangan masjid dapat dihindari. Sistem e-Mimas ini dihasilkan berdasarkan penyelidikan dan gabungan kepakaran dari pelbagai bidang. —————————————————-

Isu Shariah 1: Dana untuk tujuan umum dan dana untuk tujuan-tujuan khusus perlu diasingkan secara fizikal dan direkodkan secara berasingan. Kaedah ini boleh mengelakkan kekeliruan di kalangan penyumbang dana semasa membu-at sumbangan.

Risiko Shariah 1: Ketidakwujudan pengasingan secara fizikal dan juga rekod boleh mengakibatkan berla-kunya kesilapan menggunakan dana yang bertujuan khusus untuk perbelanjaan masjid yang bersifat umum.

Isu Shariah 2: Setiap dana-dana atau tabung-tabung yang bersifat khusus perlulah diasingkan dengan jelas secara hakiki dan juga direkodkan ser-ta dilaporkan secara berasingan.

Risiko Shariah 2:

Ketidakwujudan pengasingan secara hakiki dan juga rekod boleh menyebabkan berla-kunya kesilapan menggunakan sumber da-ripada satu dana khusus tertentu untuk perbelanjaan bagi tujuan-tujuan khusus yang lain. ————————————————-- e-MIMASTM (e-Model Imarah Masjid) menawarkan penyelesaian terhadap isu ketidakpatuhan Shariah dalam sistem pelaporan konvensional yang digunapakai oleh masjid pada masa ini. Sistem ini juga dapat membantu meningkatkan kecekapan penggunaan dana masjid berdasarkan tiga kategori perbelanjaan masjid iaitu: ijtimaci, idari dan tijari.

Mengapa e-Mimas Dibangunkan?

Masjid merupakan institusi yang mempunyai kepelbagaian sumber dan penggunaan dana. Penggunaan dana masjid perlulah selari dengan prinsip Shariah berkaitan dengan sumber dana masjid.

Tanpa adanya sistem pengurusan kewangan masjid yang sistematik, maka ia akan terdedah kepada risiko ketidakpatuhan Shariah di dalam pengurusan kewangan.

Ketidaksesuaian Laporan Kewangan Semasa

Misi masjid tidak bermotifkan keuntungan kewangan semata-mata, tetapi hampir kesemua masjid yang ada pada hari ini mengaplikasikan model pelaporan kewangan yang digunapakai oleh organisasi yang berasaskan keuntungan.

Model pelaporan ini tidak menggalakkan masjid untuk membelanjakan dana masjid dengan cara yang efisyen, berkesan dan ianya tidak benar-benar mematuhi prinsip Shariah.

Model pelaporan kewangan ini tidak mengasingkan secara jelas kategori setiap dana. Rekod serta laporan sumber dana dan penggunaan dana yang bercampur mengundang risiko ketidakpatuhan Shariah.