model pengurusan kelompok kounin

10
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Upload: ruth-yee

Post on 28-Jun-2015

728 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Page 2: MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

PengenalanDikenali sebagai pengurusan kelompok

Dipelapori oleh Jacob Kounin

Keistimewaan:

Mengintegrasikan pengajaran dan disiplin

Terkenal dengan konsep “kesan riak”

Page 3: MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

SituasiSeorang pelajar yang duduk di belakang membaca surat khabar semasa Kounin sedang mengajar di depan kelas. Surat khabar itu telah dibentangkan sepenuhnya sehingga dia tidak dapat melihat muka beliau. Tindakan yang telah diambil oleh Kounin ialah untuk meminta pelajar tersebut untuk berhenti membaca surat khabar dan tumpukan perhatian dalam kelas. Apabila pelajar tersebut akur dengan arahan beliau secara automatiknya segelintir pelajar lain yang turut tidak menumpukan perhatian dalam kelas mula mengikuti pelajaran hari tersebut. Sebelum itu, mereka sedang bercakap dengan rakan, mengedar nota dan sebagainya.

Page 4: MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

“Kesan Riak”

Apabila seorang murid akur kepada arahan, murid yang lain juga akan ikut bersama

Bukan cara guru bertindak sebagai reaksi terhadap tingkah laku murid, tetapi cara bagaimana guru menangani salah laku yang timbul dalam bilik darjah yang berkeaan

Page 5: MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Teknik-teknik yang Disyorkan

oleh Kounin

“With-itness”

Bertindak-

tindih

Kelicinan

Momentum

Kepekaan

Kelompok

Page 6: MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Teknik-teknik yang Disyorkan

Teknik-teknik

Huraian Ringkas

Tindakan Guru

“With-itness”

Kebolehan guru mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh semua murid pada setiap masa

Peka terhadap bunyi dalam bilik darjah.

Susun kerusi dan meja murid supaya tiada yang terselindung.

Semasa member bimbingan peribadi, pastikan tidak membelakangkan murid yang lain.

Maklumkan apabila mengesan salah laku yang timbul agar dapat mengawalnya sebelum bertambah buruk.

Bertindak-tindih

Kebolehan guru untuk menangani dengan berkesan dua peristiwa pada satu masa yang sama.

Sambil menumpukan perhatian kepada satu kumpulan, guru perlu juga prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling, misalnya: gerak-geri murid yang duduk di barisan belakang.

Page 7: MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Teknik-teknik

Huraian Ringkas

Tindakan Guru

Kelicinan Kebolehan guru untuk membuat peralihan licin antara dua aktiviti pembelajaran.

Membuat perancangan awal agar dapat mengawal berlakunya perkara-perkara ynag tidak berkaitan.

Tidak mengganggu murid yang sedang membuat kerja.

Bantu murid yang menghadapi masalah.

Momentum Kebolehan guru memastikan pembelajaran berlaku pada kadar yang stabil.

Tidak mengulang konsep kecil yang telah difahami.

Betulkan kesilapan murid tanpa membibir, kemudian teruskan dengan pengajaran lanjut.

Benarkan murid bergerak dari satu aktiviti lain tanpa dipaksa untuk menunggu murid yang agak lambat.

Page 8: MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Teknik-teknik

Huraian Ringkas

Tindakan Guru

Kepekaan Kelompok

Kebolehan guru untuk mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka.

Kemukakan soalan setelah pastikan tumpuan semua murid.

Wujudkan minat murid melalui soalan yang bercorak suspens.

Minta seluruh kelas menjawab bersama-sama.

Mengelilingi kelas sambil minta murid tunjukkan hasil kerja masing.

Minta seorang murid menjawab sambil memandang ke arah murid yang lain.

Page 9: MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Kekuatan Kelemahanfokus terhadap pengurusan kelompok mewujudkan suasana bilik darjah dan persekitaran yang kondusif.

sukar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap dua atau lebih kelompok pada wakyu yang sama.

Tidak berunsur hukuman yang hanya berkesan dalam jangka masa yang singkat

Agak mencabar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap dua atau lebih kelompok pada satu masa yang sama

Menitikberatka variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran yang dapat mengekalkan minat dan semangat murid untuk belajar

Agak sukar untuk guru permulaan mengawal gerak-geri murd dengan rapi agar mengambil tindakan serta merta terhadap sebarang tingkah laku yang timbul.

Page 10: MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Rumusan