model assure

5
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (EDU 3053) 3.0 Model ASSURE Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang berskala kecil dan tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja. Reka bentuk pengajaran yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Selain itu, reka bentuk pengajaran juga dapat melahirkan guru yang berkeyakinan, berkompeten dan tepati masa. Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model ASSURE yang diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino pada tahun 1996 adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ASSURE bermaksud memastikan atau to assure pembelajaran berlaku. Model ini mempunyai enam langkah. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk Mencari Keamanan Di Habsyah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bidang Sirah KSSR Tahun 3, cara pengajaran yang sarankan oleh Model ASSURE ialah: I. Analyse Learners (Analisis Pelajar) Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan terlebih dahulu. Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti berikut: Siapa kumpulan sasar? Apakah ciri-ciri mereka? Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai? Berapa tempuh perlaksanaannya? Analisis merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kemahiran dan gaya pembelajaran. Berdasarkan rancangan pengajaran, ciri-ciri umum yang boleh diperoleh ialah melibatkan murid-murid tahun satu yang berumur tujuh tahun. Manakala kemahiran merupakan pengetahuan sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Gaya pula merupakan reaksi psikologi seperti persepsi. Di sini adalah seperti tahap kecerdasan yang pelbagai iaitu lemah, sederhana dan pandai. 4

Upload: mohd-norhisyam

Post on 13-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

model assure

TRANSCRIPT

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (EDU 3053)3.0 Model ASSURE

Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang berskala kecil dan tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja. Reka bentuk pengajaran yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Selain itu, reka bentuk pengajaran juga dapat melahirkan guru yang berkeyakinan, berkompeten dan tepati masa. Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Model ASSURE yang diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino pada tahun 1996 adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ASSURE bermaksud memastikan atau to assure pembelajaran berlaku. Model ini mempunyai enam langkah. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk Mencari Keamanan Di Habsyah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bidang Sirah KSSR Tahun 3, cara pengajaran yang sarankan oleh Model ASSURE ialah:

I. Analyse Learners (Analisis Pelajar)Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan terlebih dahulu. Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti berikut: Siapa kumpulan sasar? Apakah ciri-ciri mereka? Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai? Berapa tempuh perlaksanaannya?

Analisis merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kemahiran dan gaya pembelajaran. Berdasarkan rancangan pengajaran, ciri-ciri umum yang boleh diperoleh ialah melibatkan murid-murid tahun satu yang berumur tujuh tahun. Manakala kemahiran merupakan pengetahuan sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Gaya pula merupakan reaksi psikologi seperti persepsi. Di sini adalah seperti tahap kecerdasan yang pelbagai iaitu lemah, sederhana dan pandai.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Mencari Keamanan Di Habsyah Tahun 3 KSSR, bilangan murid dalam kelas 3 Cerdik terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan yang keseluruhannya seramai 25 orang murid. Tahap pembelajaran mereka terbahagi kepada tiga kategori; 5 orang yang lemah, 10 orang yang sederhana dan 10 orang lagi pandai. Mereka semua berbangsa Melayu dan latar sosioekonomi keluarga mereka ialah sederhana.

Tajuk ini berkisarkan tentang Hijrah, jadi mereka sudah sering dan selalu mendengar perkataan Hijrah. Dalam sesi pembelajaran, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Sikap mereka pula adalah pelbagai, begitu juga dengan gaya pembelajaran mereka.

II. State Objectives (Tentukan Objektif)Langkah yang kedua ialah State Objective atau menentukan objektif. Objektif pengajaran merupakan penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan pelajar setelah mengikuti sesuatu pengajaran. Menyatakan objektif dapat membantu guru dalam merancang pengajaran. Selain itu, ia juga dapat membantu guru mengenal pasti kaedah, bahan, tugasan, aktiviti serta ujian yang sesuai..

Pada peringkat ini guru seharusnya menyatakan apakah objektif pembelajaran terhadap kumpulan yang disasarkan iaitu murid. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Dalam tajuk ini, guru telah menetapkan tiga objektif yang perlu dicapai; semua murid dapat menyebut sebab, tarikh dan bilangan yang berhijrah ke Habsyah kali pertama, 12 orang daripada 25 murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 orang yang terlibat dalam hijrah ke Habsyah kali pertama, dan 7 orang daripada 25 murid dapat menceritakan kesukaran perjalanan ke Habsyah.

III. Select Method, Media and Materials (Pilih kaedah, media dan bahan)Langkah yang ketiga ialah pemilihan kaedah, media dan bahan yang ingin digunakan. Pemilihan tersebut perlulah berdasarkan analisis yang telah dijalankan terhadap murid pada langkah awal dan perlu bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh dipilih namun perlulah bersesuaian dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Begitu juga dengan pemilihan media dan bahan perlu bersesuaian.

Dalam memilih kaedah, terdapat tiga cara yang boleh dilakukan. Pertama ialah memilih bahan yang sedia ada di mana bahan tersebut sudah dan hanya perlu menggunakannya sahaja. Kedua ialah mengubah suai bahan yang sedia ada di mana yang sedia ada diubah suai mengikut kesesuaian dan keadaan semasa. Cara yang ketiga ialah mewujudkan bahan di mana bahan tersebut perlu dicipta dan dibuat agar dapat digunakan.

Kaedah, media dan bahan yang paling sesuai dan selaras dengan objektif yang ingin dicapai dapat menjamin keberkesanan PdP seterusnya tahap pencapaian objektif tinggi. Untuk tajuk ini, bahan yang sesuai ialah kaedah penerangan dan bercerita. Media yang dipilih pula ialah video lagu Maal Hijrah dan video Hijrah Ke Habsyah, manakala bahan yang dipilih ialah Laptop dan Projektor.

IV. Utilize Method, Media and Materials (Guna kaedah, media dan bahan)Langkah yang keempat ialah menggunakan kaedah, media dan bahan yang telah dipilih. Penggunaan kaedah media dan bahan amat penting dalam PdP agar mesej yang ingin disampaikan dapat disalurkan kepada murid. Seperti sedia maklum, penggunaan kaedah yang betul dalam PdP dapat menghasilkan satu suasana yang harmoni dan tidak mempunyai tekanan. Begitu juga dengan penggunaan media. Kebanyakan guru pada zaman sekarang lebih gemar menggunakan media dalam penyampaian isi pelajaran tanpa membuat penelitian terlebih dahulu. Akibatnya, suasana pembelajaran yang seronok dan ceria akan menjadikan pembelajaran yang membosankan. Dalam penggunaan bahan, bahan yang berbentuk maujud lebih berkesan dan murid dapat menangkap isi pelajaran berbanding dengan penggunaan bahan yang tidak ada. Oleh itu, penggunaan kaedah, media dan bahan yang sesuai dapat menjamin keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Untuk penggunaan kaedah, media dan bahan yang dipilih, Laptop dan projektor digunakan sepanjang PdP berlangsung PdP tersebut menggunakan multimedia interaktif secara keseluruhan. Setelah itu, video lagu Maal Hijrah digunakan semasa set induksi lagi sebagai pendahuluan dan pembuka sebelum masuk ke isi pelajaran. Dalam set induksi ini, teknik soal jawab telah pun bermula antara guru dengan murid. Kaedah penerangan dan cerita pula digunakan semasa penyampaian isi pelajaran. Begitu juga dengan video Hijrah Ke Habsyah yang digunakan semasa penyampaian isi pelajaran berlaku. Pada bahagian rumusan pula, kaedah perbincangan digunakan. Dalam bahagian pengukuhan dan penilaian, guru memilih untuk menggunakan kaedah soal jawab untuk menguji tahap pencapaian mereka dan menilai sama ada objektif dapat dicapai atau tidak. Kemudian guru memberikan lembaran kerja sebagai tugasan yang perlu disiapkan.

V. Require Learner Participation (memerlukan penglibatan pelajar)Langkah yang kelima ialah Require Learner Participation atau libatkan pelajar. Ia adalah penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk libatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan sebagainya. Guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan. Bukan itu sahaja, murid-murid juga dilibatkan melalui aktiviti penilaian yang dirancang seperti murid-murid diminta memadankan kad gambar dan kad perkataan. Hal ini bertujuan supaya murid dapat menguasai dan memahami isi pelajaran dengan mudah di samping dapat memberikan kepada mereka pengalaman secara tidak langsung.

Dalam sesi ini, penglibatan murid berlaku dari awal lagi bermula dengan bacaan doa. Setelah itu, murid pula menyaksikan tayangan video lagu Maal Hijrah dalam set induksi sebagai pembukaan dan pendahuluan. Seterusnya, murid pula melihat dan mendengar video Hijrah Ke Habsyah semasa sesi penyampaian isi pelajaran kemudian mereka membuat perbincangan dalam bentuk kumpulan tentang apakah perkara yang disampaikan dalam video yang mereka tonton sebentar tadi. Dalam sesi akhir pula, murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sebagai aktiviti pengukuhan dan penilaian.

VI. Evaluate and Revise (penilaian dan semakan)Langkah yang terakhir dalam model ASSURE ialah membuat penilaian. Membuat penilaian adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Penilaian yang dibuat meliputi pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif. Selain itu, media, kualiti media, pembelajaran, penggunaan guru dan murid turut disemak. Dalam proses penilaian, guru mengedarkan lembaran kerja atau pun membuat sesi soal jawab antara guru dan murid untuk menilai sejauh mana tahap penguasaan mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Penilaian juga dilakukan untuk menentukan sama ada objektif dapat dicapai ataupun tidak.

Terdapat dua bentuk penilaian yang dilakukan. Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikkan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Justeru itu, amat penting bagi guru untuk mencuba perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil murid untuk mendapat maklum balas keberkesanan perancangan tersebut. Penilaian sumatif pula ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat pembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh. Data yang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan.

Dalam sesi pembelajaran ini, penilaian dilakukan oleh guru pada akhir sesi sebagai menguji dan menilai tahap pencapaian murid dang juga untuk menilai sama ada objektif dapat dicapai atau tidak. Bentuk penilaian yang digunakan ialah menggunakan teknik soal jawab di mana guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menjawab. Setelah itu, guru memberikan lembaran kerja sebagai aktiviti peneguhan dan pengukuhan agar murid menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.8