mlh2 soalan sastera restu

7

Click here to load reader

Upload: ijam-rasinin

Post on 25-Jun-2015

494 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mlh2 soalan sastera restu

MLH2 SOALAN SASTERA (KERTAS 2) (MY 2007)NOVEL RESTU oleh Ismail Kassan 1. Kisah cinta antara Ikram dan Hasnah seakan-seakan cinta khayalan yang wujud dalam

buku-buku dongeng. Setujukah kamu?(cjcppt06)

2. Sejauh manakah kemiskinan hidup mendorong dan menggerak seseorang itu untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Beri pendapat kamu berdasarkan novel ‘Restu’.(20m)

(ajc_j2ct07)3. Penggunaan latar yang baik membantu pengarang menyampaikan tema sesebuah novel itu

dengan berkesan. Bincangkan kenyataan ini berdasarkan novel ‘Restu’. (20m)

(ajc_j2ct07)4. “Ini dia budaknya, cikgu. Dahlah malas belajar, susah nak bayar yuran dan sekarang ni

ponteng sekolah pulak.” Cikgu Hamzah memberikan laporan kpd Cikgu Rahman,guru bsr sekolah. (ms. 58)Berdasarkan petikan di atas, setujukah anda dgn pandangan Cikgu Hamzah terhadap wtk Ikram? Berikan alasan-alasan yg munasabah bagi menyokong pandangan anda. (m20)

(acjc_j1ct07)5. “Saya ni dah uzur,Tok! Entah esok entah lusa saya akan kembali kepada Tuhan. Saya tak

mau bila saya dah tak ada nanti, anak isteri saya cuma mempusakai masalah dan terpaku hidup merempat. Tanah itu amat penting kepada saya sekeluarga. Itu sahaja harta saya yang ada dalam dunia ini.” Suara ayah perlahan, tenang dan mengharap. (ms. 48)Berdasarkan Bab 4 dan 5, bincang teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dan sejauh manakah kebenaran kata-kata tersebut. (markah 20)

(acjcj1ct07)6. Ikram boleh dijadikan contoh sebagai seorang pemuda yang cekal menghadapi cabaran.

Setujukah kamu? (20 markah)

(cjcj1my07)7. Novel Restu menonjolkan idea-idea yang positif. Sejauh manakah kamu bersetuju dengan

penyataan ini? (20 markah)

(cjcj1my07)8. Watak-watak sampingan dalam Novel Restu menguatkan lagi watak utamanya, Ikram.

Buktikan penyataan ini dengan contoh-contoh yang sesuai. (20m)

(cjcj2my07)9. Kepelbagaian teknik penceritaan yang digunakan dalam Novel Restu menjadikan plotnya

istimewa. Sejauh manakah kamu bersetuju dengan penyataan ini? (20m)

(cjcj2my07)10. Sejauh manakah novel Restu mampu untuk memenuhi matlamat untuk mendidik

pembacanya? (20m)

(cjcj2my07)11. Ikram digambarkan sebagai seorang anak kampung yang telah mencapai kejayaan dalam

hidup. Sejauh manakah kejayaannya itu boleh dijadikan contoh bagi anak-anak muda di Kampung Penarik? (20markah)

(mij2my07)12. “Novel RESTU memaparkan perjuangan yang beriring air mata dan kecekalan sebelum

mengecap kejayaan yang diidamkan.”- Panel Penilai

Page 2: Mlh2 soalan sastera restu

Berdasarkan tukilan di atas, pada pandangan kamu, sejauhmanakah penulis berjaya mengetengahkan perutusan tersebut? ( 20 m)

(njcj2ct07)13. Novel Restu mengetengahkan pelbagai nilai murni yg dpt dimanfaatkan pelajar dan

disampaikan melalui beberapa persoalan utama. Berikan pandangan kamu berkenaan cara sedemikian. ( 20 m)

(njcj2ct07)14. Pengolahan plot jika tidak disertakan dengan penggunaan bahasa yang baik akan

menjadikan sesuatu hasil penulisan itu agak membosankan. Bincangkan dan sertakan contoh-contoh yang bersesuian. (20 m)

(njcj2ct07)15. Dengan berbekalkan kecekalan dan kegigihan, Ikram berjaya mencapai kejayaan dalam

hidupnya. Menurut pandangan kamu, bagaimanakah penulis mengukuhkan persoalan ini di dalam perkembangan plotnya?(20 markah)

(nyjcmy07)

16. Novel Restu boleh dianggap sebagai novel yang berjaya kerana penggunaan bahasa yang berkesan. Setujukah kamu dga pernyataan ini?(20 markah)

(nyjcmy07)17. Novel Restu dengan secara tidak langsung menunjukkan bagaimana ketidaksediaan

seseorang atau kumpulan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab telah meninggalkan kesan yang pahit kepada kehidupan orang lain.(20 markah)

(nyjcmy07)18. Kisah cinta antara Ikram dan Hasnah seakan-seakan cinta khayalan yang wujud dlm buku-

buku dongeng. Setujukah kamu?(20 markah)(srjcj2ct07)

19. PUsop merupakan watak penyelamat dlm novel Restu. Huraikan peranan watak PUsop dlm novel tersebut.(20 markah)

(srjcj2ct07)20. Jelaskan faktor yang melambatkan pembangunan yang sedang dijlnkan di Kampung Penarik

dan terangkan langkah-langkah yang dijlnkan utk mengatasi masalah itu. (20 markah)(srjcj2ct07)

21. a) Melalui novel Restu, Ismail Kassan ingin mengetengahkan kemiskinan bukanlah penghalang utk mencapai kejayaan dlm hidup. Buktikan kenyataan ini berdsrkan novel tersebut. (10 m)

b) Jelaskan empat pengajaran yang boleh ditimba daripada novel tersebut. Sertakan dengan contoh-contoh yang relevan.(10 markah)

(srjcj2my07)22. Latar masyarakat yang dipaparkan oleh Ismail Kassan dalam novel Restu, menjadikan cerita

ini lebih menarik di samping membantu pembaca menghayati ceritanya dengan lebih bermakna. Setujukah kamu dengan pernyataan ini. Buktikan.(20 markah)

(srjcj2my07)23. Sikap Rozali yang pendendam dan tidak bertanggungjawab itu telah membawa padah

kepada dirinya sendiri. Dengan mengambil bukti-bukti daripada novel tersebut jelaskan pernyataan ini.(20 markah)

(srjcj2my07)24 Novel Restu banyak mengetengahkan citra masyarakat yang masih berpegang teguh

kepada adat orang Melayu tradisional. Bincangkan pernyataan ini? (20m)

Page 3: Mlh2 soalan sastera restu

(tpjcmy07)25. Mesej adalah suatu amanat yang hendak disampaikan oleh penulis kepada khalayaknya.

Sejauh manakah Ismail Kassan telah berjaya menyampaikan mesej dengan berkesan melalui teknik penulisannya dalam novel Restu? (20m)

(tpjcmy07)26. Jalinan plot yang kemas dapat dilihat pada hubungan peristiwa berdasarkan hubungan

sebab dan akibat. Sejauh manakah plot novel Restu berjaya dijalin dengan kemas? (20m)(tpjcmy07)

27. Plot novel RESTU karya Ismail Kassan menepati konsep ‘poetic justice’, iaitu, setiap perbuatan ada balasan yang setimpal. Huraikan. (20 m)

(yjcmy07)28. Dalam novel RESTU tulisan Ismail Kassan, kecekalan dan kekentalan semangat Ikram untuk

menakat dalam kehidupan diwarisi daripada orang tuanya. Bincangkan pernyataan ini (20 m)

(yjcmy07)29. Sejak kematian ayahnya sehinggalah dia berjaya menjadi ADO, kehidupan Ikram penuh

dengan cubaan dan dugaan. Sejauh manakah kamu bersetuju dengan pernyataan di atas ini. (20 m)

(yjcmy07)30 “Walaupun seseorang itu gigih berusaha dan punyai azam yang kuat untuk mencapai

kejayaan, dia masih perlukan sokongan dan bimbingan yang betul.” Sejauh manakah kamu bersetuju dengan pendapat ini? Berikan jawapan kamu berdasarkan novel Restu.(ajcPrelim07)

31 Melalui penggunaan gaya bahasa yang baik serta perlukisan peristiwa-peristiwa penting, pembaca boleh membuat penilaian tentang watak-watak dalam sesebuah karya itu. Dengan merujuk pada novel Restu, huraikan kenyataan ini.(ajcPrelim07)

32 Penggunaan pelbagai teknik untuk mengembangkan plot menjadikan novel Restu ini lebih mengesankan. Jelaskan dgn memberi contoh-contoh yg sesuai dari novel Restu. (20m) (ajcPrelim07)

33 Kecelakalan dan kegigihan membawa kejayaan dalam kehidupan merupakan tema yang telah digarap dengan begitu terperinci dan meyakinkan dalam novel Restu oleh Ismail Kassan. Buktikan kebenaran pernyataan ini.

(acjcPrelim07)34 Pelbagai teknik digunakan oleh Ismail Kassan untuk mengembangkan plot novel Restu.

Pada pendapat kamu, sejauh manakah penggunaan teknik plot dalam novel Restu telah menjadikan novel ini lebih menarik.

(acjcPrelim07)35 Hukum ‘poetic justice’ yang digunakan oleh Ismail Kassan dalam novel Restu menjadikan

ceritanya lebih berkesan dalam menyampaikan mesej-mesej tertentu. Huraikan.

(acjcPrelim07)36. Novel RESTU karya Ismail Kassan mempaparkan kehidupan masyarakat di Kampung

Penarik. Bincangkan nilai-nilai masyarakat itu yang telah mempengaruhi sikap dan tindakan Ikram sehingga dia berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi akhirnya terpaksa meninggalkan kampung tersebut. (20 markah) (tpjc prelim07)

37. Kematangan Ikram terserlah dalam gerak-geri dan cara penuturannya meskipun dia masih remaja. Pada pendapat kamu, adakah Ismail Kassan telah berjaya melukiskan watak Ikram

Page 4: Mlh2 soalan sastera restu

dengan berkesan? (20 markah) (tpjc prelim07)

38. Terdapat beberapa peristiwa yang mendebarkan hati pembaca di dalam novel RESTU tulisan Ismail Kassan. Jelaskan pengajaran-pengajaran di sebailk peristiwa-peristiwa tersebut yang mendokong tema novel ini. (20 markah) (tpjc prelim07)

39 Tunjukkan sejauh mana peranan plot dapat mengekalkan minat pembaca terhadap novel RESTU karya Ismail Kassan. (20m)

(pjcprelim07)40 “Pengalaman hidup mendewasakan seseorang.” Merujuk kepada watak Ikram dalam novel

RESTU tulisan Ismail Kassan, jelaskan pernyataan ini. (20m)

(pjcprelim07)41. Pendidikan merupakan di antara isu utama yang ingin diketengahkan oleh Ismail Kassan

dalam novel RESTU. Sejauh manakah kamu bersetuju?(20m)

(pjcprelim07)

CERPEN:GAJAH PUTIH1. Bincangkan tiga pengajaran yang terkandung dalam cerpen ‘Gajah Putih’. Pada pendapat

kamu adakah pengajaran yang disampaikan penulis itu masih lagi relevan dalam konteks masyarakat hari ini?(25m)

(ijcppt06)2. Berjayakah Zakaria Ali melalui cerpennya, Gajah Putih mengajak masyarakat mencari

penyelesaian secara positif? Beri pendapat kamu. ( 20 markah )

(pjcppt06)3.. Jelaskan latar yang dipaparkan dalam cerpen ‘Gajah Putih’. Sejauh manakah pemilihan latar

itu berjaya dalam menjadikan cerpen tersebut menarik? (25m)

(ijcppt06)4. a) Huraikan tiga persoalan yang terkandung dalam cerpen ‘Gajah Putih’.dan terangkan

pengajaran yang boleh ditimba daripada persoalan-persoalan tersebut. (12m)b) Pada pendapat kamu apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelamatkan

gajah putih?(08m) (srjcct06)

5. Sikap dan pandangan seseorang banyak dipengaruhi oleh latar belakang dan kerjaya masing-masing. Berdasarkan cerpen Gajah Putih bincangkan sejauh manakah kamu setuju dengan kebenaran kenyataan tersebut?(20M)

(srjcct06)6. Sejauh manakah kamu bersetuju bahawa watak gajah putih dalam cerpen Gajah Putih

melambangkan kekuasaan? (20m)(cjcj2my07)

7. Huraikan tema cerpen Gajah Putih. Pada pendapat kamu adakah pemilihan tajuk cerpen Gajah Putih itu bersesuaian dengan temanya? .(20 markah)

(ijcj1my07)

8. Dengan merujuk kepada cerpen ‘Gajah Putih’ karya Zakariah Ali,

(jjcj1my07)a. Bincangkan beberapa unsur perlambangan yang dikemukakan dalam cerpen ini. [10m]

Page 5: Mlh2 soalan sastera restu

b. Cerpen ini juga berjaya mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Buktikan. [10m]

9. Cerpen Gajah Putih karya Zakaria Ali dan Detik Yang Tegugat karya Osman Ayob sama-sama mengetengahkan watak binatang. Pada pandangan kamu, penulis manakah yang telah berjaya menggunakan watak binatang dengan berkesan dan mengapa? ( 20 markah)

(njcj2ct07)10. Dengan berbekalkan kecekalan dan kegigihan, Ikram berjaya mencapai kejayaan dalam

hidupnya. Menurut pandangan kamu, bagaimanakah penulis mengukuhkan persoalan ini di dalam perkembangan plotnya?(20 markah)

nyjcmy0711. Novel Restu boleh dianggap sebagai novel yang berjaya kerana penggunaan bahasa yang

berkesan. Setujukah kamu dengan pernyataan ini?(20 markah)

nyjcmy0712. Novel Restu dengan secara tidak langsung menunjukkan bagaimana ketidaksediaan

seseorang atau kumpulan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab telah meninggalkan kesan yang pahit kepada kehidupan orang lain.(20 markah)

nyjcmy0713. Latar belakang dan kerjaya seseorang mempunyai pengaruh yang besar terhadap sikap,

pandangan dan tindak tanduk yang diambilnya. Berdasarkan bukti-bukti yang terdapat dalam cerpen Gajah Putih karya Zakariah Ali bincangkan sejauh manakah kamu setuju dengan kebenaran kenyataan tersebut?(20 markah)

(srjcj1my07)14. a) Berdasarkan bukti-bukti yang terdapat dalam cerpen Gajah Putih karya Zakariah Ali,

terangkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat di Taman Tiga Warna. (10 m)b) Huraikan 4 pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui cerpen tersebut

dan sertakan dengan contoh-contoh yang sesuai.(10 markah)

(srjcj1my07)15 Cerpen “Gajah Putih”, tulisan Zakaria Ali merupakan satu cerpen yang menarik dan baik

mutunya. Buktikan kenyataan ini. (ajc prelim07)

16. Sudut pandangan merupakan suatu teknik yang digunakan oleh pengarang bagi memperlihatkan kedudukan pencerita dalam menyampaikan ceritanya. Nilaikan keberkesanan penggunaan sudut pandangan ’Gajah Putih’ dalam menyampaikan persoalan cerpen tersebut. (20 m) (tpjc prelim07)

17. Penyelesaian yang diambil dalam cerpen GAJAH PUTIH karya Zakaria Ali ini mungkin berbeza jika sistem kepimpinannya jelas. Bincangkan. (20m) (pjcprelim07)

Detik Yang Tergugat1. Osman Ayob berjaya menyindir akhlak manusia menerusi cerpen DYTergugat. (20m)

(cjcj2my07)2. Cerpen ’Detik Yang Tergugat’ mengajak pembaca memikirkan kesan perkembangan

teknologi terhadap alam sekitar. Sejauh manakah watak-watak binatang yang ditampilkan oleh penulis berjaya mengetengahkan isu ini?(20 markah)

(mij2my07)3. Selain daripada manusia, haiwan juga telah digunakan oleh penulis sebagai watak untuk

menyampaikan perutusannya. Merujuk kepada cerpen Detik Yang Tergugat oleh Osman Ayob bincangkan perutusan-perutusan yang ingin disampaikan oleh penulis melalui watak-wataknya.(20 markah)

nyjcmy074. Soal penakatan hidup haiwan menjadi semakin genting akibat kemajuan hidup manusia.

Bincangkan kenyataan ini berdasarkan cerpen DYT karya Osman Ayob. (20 m) (srjcmy07)

Page 6: Mlh2 soalan sastera restu

5 Osman Ayob telah menggunakan cara yang kreatif namun sangat berkesan untuk menyorotkan isu-isu yang berkaitan dgn kemanusiaan dalam cerpen Detik Yang Tergugat. Huraikan.

(acjcPrelim07)6. Terdapat beberapa persoalan penting yang berkaitan dengan kehidupan manusia yang

diketengahkan oleh Osman Ayob dalam cerpen beliau, “Detik Yang Tergugat”. Bagaimanakah persoalan-persoalan tersebut dapat disampaikan dengan jelas. Huraikan dengan memberi contoh-contoh yang sesuai dari cerpen tersebut. (ajc prelim07)

7. “Aku mahu bersama anak kita. Biarlah aku mati bersama mereka!” Buktikan sejauh mana benarnya mesej daripada kata-kata penutur di atas berdasarkan cerpen DETIK YANG TERGUGAT oleh Osman Ayob. (20m)