minit mesyuarat pend.sivik minit mesyuarat panitia kali kedua

7
MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KEDUA (BIL.2/2014) PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Tarikh : 8 Mei 2014 Masa : 1.30 petang Tempat : Bilik Guru Cemerlang SMK Alma Pengerusi : Puan Puvaneswari a/p Vadivelloo Kehadiran : 1. Puan Puvaneswari a/p Vadivelloo (Guru Cemerlang/Ketua Panitia) 2. Cik Loh Li Li 3. Cik Rafidah Binti Aris 4. Puan Azlina Binti Abdul Lahtif 5. Puan Bong Sheau Hui 6. Puan Marliza Binti Abdul Razak 7. Puan Nor Izhatul Husna Binti Nasshorudin 8. Puan Seri Wani Binti Samsuri Tidak Hadir : 1.Puan Noorhana Binti Rahmad (Ketua Bidang Kemanusiaan) 2.En Md Nasri Bin Ali 3.Puan Chin Lee Sien (LDP PBS) 4.Puan Harizah Binti Jaapar (Mesyuarat) 5.Puan Munirekha a/p Thulukannam (Cuti Sakit)

Upload: puvaneswari-punis

Post on 28-Dec-2015

201 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

contoh format minit mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: minit mesyuarat pend.sivik  Minit Mesyuarat Panitia Kali Kedua

MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KEDUA (BIL.2/2014)

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Tarikh : 8 Mei 2014

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Guru Cemerlang SMK Alma

Pengerusi : Puan Puvaneswari a/p Vadivelloo

Kehadiran :

1. Puan Puvaneswari a/p Vadivelloo (Guru Cemerlang/Ketua Panitia)

2. Cik Loh Li Li

3. Cik Rafidah Binti Aris

4. Puan Azlina Binti Abdul Lahtif

5. Puan Bong Sheau Hui

6. Puan Marliza Binti Abdul Razak

7. Puan Nor Izhatul Husna Binti Nasshorudin

8. Puan Seri Wani Binti Samsuri

Tidak Hadir :

1. Puan Noorhana Binti Rahmad (Ketua Bidang Kemanusiaan)

2. En Md Nasri Bin Ali

3.Puan Chin Lee Sien (LDP PBS)

4.Puan Harizah Binti Jaapar (Mesyuarat)

5.Puan Munirekha a/p Thulukannam (Cuti Sakit)

6.Puan Parameswari a/p Murugiah (Kursus)

7.Puan Siti Norhidayati Binti Mohd. Ghazali (Hakim)

Page 2: minit mesyuarat pend.sivik  Minit Mesyuarat Panitia Kali Kedua

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat panitia kali kedua ini dikendalikan oleh Pengerusi, iaitu Puan

Puvaneswari a/p Vadivelloo selaku Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan ke mesyuarat kali kedua pada hari ini.

Tindakan : Makluman

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1/2014

2.1 Cik Loh Li Li mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh

Puan Azlina Binti Abdul Lahtif.

Tindakan : Makluman

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Resit bagi bahan fotostat perlu disahkan dan dicopkan oleh ketua panitia

sebelum membuat tuntutan daripada kerani.

3.2 Mengikut surat pekeliling kementerian yang diterima pada 31/3/2014, PT3 yang

dilaksanakan hanya untuk matapelajaran teras sahaja. Pengerusi memaklumkan

kepada ahli mesyuarat berkaitan pekeliling tersebut.

Tindakan : Makluman

4.0 Analisis UK1 2014

4.1 GPMP untuk UK 1 Tingkatan 4 ialah 2.69 dan peratus lulus ialah 97.11%.

Manakala GPMP bagi UK 1 Tingkatan 5 ialah 5.65 dan peratus lulus ialah

84.76%. Pengerusi memaklumkan bahawa kertas PPT tingkatan 5 lebih tinggi

aras kesukaran berbanding Tingkatan 4.

Tindakan : Makluman

Page 3: minit mesyuarat pend.sivik  Minit Mesyuarat Panitia Kali Kedua

5.0 PBS & PPPM

5.1 Pemetaan RPT tingkatan 3 akan dibentangkan oleh Puan Parameswari a/p

Murugiah pada 14/5/2014 (Khamis) semasa bengkel LDP sekolah nanti.

5.2 Guru menengah rendah boleh memuatturunkan PPPM PSK dari portal lembaga

peperiksaan untuk disimpan dalam buku rekod.

5.3 Guru boleh mengubahsuaikam borang perekodan kelompok yang dimuatturun

dari portal lembaga peperiksaan dengan memadamkan lajur nama dan IC

supaya boleh dimuatkan dalam saiz A4.

5.4 Pengerusi memaklumkan bahawa guru boleh mengeluarkan evidens pelajar

yang disimpan dalam fail PBS sebelum ini untuk dilekatkan dalam buku latihan

pelajar.

5.5 Guru perlu menyimpan rekod dalam borang perekodan kelompok bagi pelajar

yang menguasai band berkenaan.

Tindakan : Guru-guru PSK

6.0 Hal-hal lain

6.1 Pengerusi mengucapkan taniah dan ribuan terima kasih kepada semua guru

yang menjayakan program kem sivik.

Tindakan : Makluman

6.2 Program bercerita rakyat ditangguhkan sehingga 19/6/2014 atas sebab tarikh

asal bertindih dengan sukan tara sekolah.

6.3 Program kuiz kesihatan yang melibatkan pelajar tingkatan 2 akan dijalankan

pada 24/6/2014. Cara untuk menjalankan program ini bergantung kepada

idea guru pelaksana. Pengerusi menekankan kertas kerja dan bajet perlu

diserah

kepada ketua panitia sebelum program dijalankan. Guru pelaksana boleh

Page 4: minit mesyuarat pend.sivik  Minit Mesyuarat Panitia Kali Kedua

membentuk jawatankuasa kecil yang melibatkan guru PSK menengah atas.

6.4 Pengerusi menekankan guru perlu mendapatkan skrip jawapan dari bilik resos

dengan kadar yang secepat mungkin selepas peperiksaan selesai.

6.5 Kertas soalan berserta dengan skema jawapan perlu dihantar kepada ketua

panitia untuk simpanan fail.

6.6 Markah untuk peperiksaan pertengahan tahun bagi menengah rendah perlu

dimasukkan ke dalam komputer yang disediakan di bilik sumber.

6.7 Guru perlu menyediakan kertas soalan berdasarkan JSU yang ditetapkan.

6.8 Ketua panitia akan menentukan nisbah kesukaran soalan bagi peperiksaan akhir

tahun. Penggubal soalan perlu menyediakan soalan berdasarkan nisbah yang

ditentukan.

6.8 Penyedia soalan peperiksaan akhir tahun adalah seperti berikut:

Tingkatan 1: Puan Chin Lee Sien

Tingkatan 2: Cik Loh Li Li

Tingkatan 3: tiada peperiksaan

Tingkatan 4: Siti Norhidayati Binti Mohd. Ghazali

Tingkatan 5: tiada peperiksaan

6.9 Guru yang bertanggungjawab bagi program khidmat masyarakat boleh dapatkan

wang panitia daripada penyelaras tingkatan.

Tindakan : Guru-guru PSK

7.0 Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Cik Loh Li Li

yang telah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas meja bermaklumat PSK di

kantin. Atas usaha beliau, panitia PSK telah memenangi tempat ke-4 dalam

pertandingan tersebut.

Page 5: minit mesyuarat pend.sivik  Minit Mesyuarat Panitia Kali Kedua

7.0 Ucapan penangguhan

7.1 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

________________________ ______________________

(BONG SHEAU HUI) (PUVANESWARI A/P VADIVELLO)

Setiausaha PSK Guru Cemerlang/ Ketua Panitia PSK

SMK Alma SMK Alma

Page 6: minit mesyuarat pend.sivik  Minit Mesyuarat Panitia Kali Kedua