minit mesyuarat panitia pjpk kali ke 2 2014

3
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI KEDUA 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU RAUDZAH Tarikh : 10 Julai 2014 Masa : 1.30 ptg Tempat : Makmal ICT Kehadiran : 1. En.Khairul Annuar Bin Mahmood 2. En.Zabiddey Bin Md Zain 3. En.Maznan Bin Saad 4. En.Mohd Hanif Bin Halim Turut Serta: En. Mohd Isa Bin Hashim (PK KK) Bil Perkara Tindakan 1.0 1.1 Ucapan alu-aluan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru PJK dalam mesyuarat panitia kali kedua 2014. Makluman 2.0 2.1 Ucapan PK KK En. Mohd Isa mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru PJK dalam mesyuarat kali kedua 2014. Makluman 3.0 3.1 3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali pertama bagi 2014 untuk disemak dan disahkan. Keputusan: Minit Mesyuarat kali pertama disahkan oleh En.Zabiddey dan disokong oleh En.Maznan Makluman 4.0 Perkara Berbangkit Tiada

Upload: khairul-annuar-binmahmood

Post on 18-Jan-2016

1.436 views

Category:

Documents


190 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Pjpk Kali Ke 2 2014

MINIT MESYUARAT PANITIAPENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI KEDUA 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU RAUDZAH

Tarikh : 10 Julai 2014Masa : 1.30 ptgTempat : Makmal ICT

Kehadiran :

1. En.Khairul Annuar Bin Mahmood2. En.Zabiddey Bin Md Zain3. En.Maznan Bin Saad4. En.Mohd Hanif Bin Halim

Turut Serta: En. Mohd Isa Bin Hashim (PK KK)

Bil Perkara Tindakan 1.0

1.1

Ucapan alu-aluan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru PJK dalam mesyuarat panitia kali kedua 2014.

Makluman

2.0

2.1

Ucapan PK KK

En. Mohd Isa mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru PJK dalam mesyuarat kali kedua 2014.

Makluman

3.0

3.1

3.2

Pengesahan Minit Mesyuarat

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali pertama bagi 2014 untuk disemak dan disahkan. Keputusan: Minit Mesyuarat kali pertama disahkan oleh En.Zabiddey dan disokong oleh En.Maznan

Makluman

4.0 Perkara Berbangkit

Tiada

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Pjpk Kali Ke 2 2014

5.0

5.1

5.2

5.3

5.4

5.5

5.6

5.7

5.8

Pengajaran Dan Pembelajaran ( PdP)

Tuan Pengerusi menerangkan tentang rancangan pengajaran harian (RPH) yang perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah selaras bagi tujuan penyelarasan apabila dipantau pihak atasan. Bagi tahun 5 dan tahun 6 rancangan pengajaran masih sama iaitu menggunakan format KBSR seperti tahun sebelumnya. Manakala bagi tahun 1,2,3 dan 4 menggunakan format baru iaitu KSSR. Bagi rancangan pengajaran untuk tahun 1,2,3 dan 4 terdapat perbezaan sedikit kerana telah menggunakan sukatan pelajaran baru iaitu Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).Tuan Pengerusi telah menerangkan serba sedikit tentang rancangan pengajaran harian untuk tahun 1 2,3 dan 4Tuan Pengerusi juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran harian untuk KSSR mempunyai standart kandungan, pembelajaran, elemen EMK dan refleksi hendaklah jelas serta teliti.Tuan Pengerusi ada juga menerangkan tentang objektif RPH yang perlu dicapai iaitu bagi subjek Pendidikan Jasmani melibatkat psikomotor, kognitif dan afektif. Manakala bagi subjek Pendidikan Kesihatan hanya melibatkan kognitif dan afektif. Untuk psikomotor perlulah jelas seperti menyatakan bilangan percubaan, jarak dan teknik yang betul digunakan. Bagi kognitif adalah pemahaman intelektual murid dalam pembelajaran. Manakala afeknif adalah nilai-nilai moral yang positif yang diterapkan kepada murik semasa beraktiviti. Selain objektif, Tuan pengerusi juga menyatakan tentang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu diterapkan pendekatan unsur maju, pemanasan dan regangan, penerangan sebelum menjalankan aktiviti, dan demonstrasi. Menurut Tuan Pengerusi di dalam proses P&P juga perlu dipelbagaikan dengan melibatkan aktiviti individu, pasangan dan kumpulan. Selain itu, pada kemuncak P&P perlulah mengadakan permainan kecil bagi menguji keseluruhan apa yang diajar dan aktiviti ini menambah minat murid untuk mengikuti P&P.

Makluman

Makluman

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Pjpk Kali Ke 2 2014

6.0

6.1

6.2

Peralatan sukan

Pengerusi memaklumkan kepada semua guru PJ supaya tidak membenarkan murid mengambil peralatan di dalam stor sukan tanpa kebenaran dan pengawasan guru PJ.Segala alatan sukan yang diambil perlu diisi dalam buku log sebelum diambil.

Makluman

7.0

6.1

6.2

6.3

Hal-hal lain

Semua guru PJ dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual baru kepada Ketua Panitia.

Guru bertanggungjawab menjaga dan membawa keluar barang-barang permainan daripada stor sukan.

Guru-guru PJK tidak boleh membenarkan pelajar membeli air di kantin semasa waktu PJ.

Makluman

8.0

8.1

Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang. Makluman

Disediakan oleh:

................................

(MOHD HANIF BIN HALIM)Setiausaha Panitia PJPKSK Tunku Raudzah