minit mesyuarat panitia matematik

5
Minit Mesyuarat Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Lawas, 2013 Tarikh : 6 Januari 2014 Hari : Isnin Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik guru Kehadiran : 1. En Mohd Hadhri bin Mohd Noor (Ketua Panitia Matematik dan guru Matematik Tahun 3 & 6). 2. Pn Gadung Amir (Setiausaha Panitia Matematik dan guru Matematik Tahun 1,2 & 5). 3. En Mohd Hafizham bin Kula (guru Matematik Tahun 4). 4. Pn Nor Naimah bt. Ali (guru pemulihan khas). 1. Kata alu-aluan Pengerusi Ketua Panitia, Pn. Gadung Amir iaitu pengerusi mesyuarat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke mesyuarat Panitia Matematik. Pn Gadung meneruskan mesyuarat dengan memberitahu tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang melibatkan Matematik sepanjang tahun 2013. 2. Pemilihan ahli jawatankuasa Panitia Matematik 2014 Pengerusi : En Mohd Hadhri bin Mohd Noor Setiausaha : Pn Gadung Amir

Upload: hadhri-sunan

Post on 20-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Matematik

Minit Mesyuarat Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Lawas, 2013

Tarikh : 6 Januari 2014

Hari : Isnin

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik guru

Kehadiran :

1. En Mohd Hadhri bin Mohd Noor (Ketua Panitia Matematik dan guru Matematik Tahun 3 & 6).2. Pn Gadung Amir (Setiausaha Panitia Matematik dan guru Matematik Tahun 1,2 & 5).3. En Mohd Hafizham bin Kula (guru Matematik Tahun 4).4. Pn Nor Naimah bt. Ali (guru pemulihan khas).

1. Kata alu-aluan Pengerusi

Ketua Panitia, Pn. Gadung Amir iaitu pengerusi mesyuarat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke mesyuarat Panitia Matematik. Pn Gadung meneruskan mesyuarat dengan memberitahu tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang melibatkan Matematik sepanjang tahun 2013.

2. Pemilihan ahli jawatankuasa Panitia Matematik 2014

Pengerusi : En Mohd Hadhri bin Mohd Noor

Setiausaha : Pn Gadung Amir

Ahli : Semua guru Matematik

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Matematik

3. Penekanan tentang Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

3.1 En Mohd Hadhri menekankan bahawa setiap guru perlu mempunyai RPT bagi subjek dan kelas yang diajar dan rancangan pengajaran tersebut perlulah seragam dan sentiasa dikemas kini. Ia juga perlu disahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan I.

3.2 RPH juga perlu diberikan perhatian dan disiapkan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

3.3 En Mohd Hadhri turut mengingatkan mengenai penulisan refleksi selepas PdP.

4. Perancangan aktiviti panitia

4.1 Kelas tambahan Tahun 6

Kelas tambahan bermula pada 3 Februari 2014. Semua guru akan terlibat bagi menjayakan program kelas tambahan tersebut. Jadual kelas tambahan masih dalam pembinaan.

4.2 Ujian bulanan / daerah / Gerak Gempur / Peperiksaan Penggal

Semua kertas peperiksaan akan disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Lawas iaitu Majlis Guru-Guru Besar (MGGB) kecuali soalan ujian topikal dan bulanan sahaja yang disediakan oleh guru Matematik masing-masing.

Kesemua keputusan ujian dan peperiksaan hendaklah direkodkan di dalam buku rekod pengajaran, SAPR16 dan SAPS (dalam talian) kemudian disimpan di dalam fail yang berkaitan.

4.3 Bulan Matematik.

Bagi mengisi bulan Matematik pada Jun 2014, Panitia Matematik merancang beberapa aktiviti yang bersesuaian diadakan dalam bulan Matematik. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:

i. Ujian bijak sifir Diadakan secara berkala di dalam kelas. Bertujuan meningkatkan daya hafalan sifir. Sasaran : semua murid. Tindakan : semua guru Matematik.

ii. Silang kata Matematik Disediakan mengikut kelas dan dikelolakan oleh guru Matematik. Sasaran : murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Tindakan : guru Matematik dan guru kelas.

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Matematik

iii. Kuiz Matematik Diajalankan di dalam kelas atau semasa PdP. Kuiz adalah berdasarkan tajuk-tajuk dalam Matematik. Hadiah disediakan kepada para pemenang. Sasaran : murid Tahap 2. Tindakan : semua guru Matematik

iv. Pertandingan ‘Action Song’ Murid dikehendaki menyanyikan lagu berunsur Matematik berserta

gaya ringkas dan menarik bersesuaian dengan lagu. Sasaran : murid Tahap 1 Tindakan : semua guru Matematik

5. Hal-hal lain.

5.1 LINUS 2014

Saringan akan diadakan dengan instrumen serta soalan-soalan disediakan oleh PPD. Sekolah mensasarkan 100% perdana bagi tahun 2014. Setiap murid yang lemah dieknalpasti selepas saringan LINUS dan diberi bimbingan

secara berterusan oleh guru yang ditugaskan.

5.2 Melonjakkan kecemerlangan Matematik

Guru dan murid mesti mengetahui tajuk/topik dan kemahiran yang dipelajari di dalam kelas supaya dapat memahami apa yang bakal dipelajari.

Jawapan yang diberikan semasa menjawab soalan ujian mestilah ringkas dan tepat. Guru harus memudahkan murid cara menjawab soalan supaya lebih mudah diikuti

dan difahami murid. Murid pemulihan hendaklah sentiasa dipantau dari semasa ke semasa dengan murid

pemulihan hendaklah menghadiri kelas perdana sekurang-kurangnya dua waktu seminggu supaya tidak ketinggalan silibus masing-masing.

5.3 Jadual penghafalan sifir

Jadual ini melibatkan murid Tahap 2 dan adalah wajib. Setiap minggu seorang murid akan dipanggil ke hadapan semasa perhimpunan

mingguan murid. Murid juga diberi jadual sifir dari 1 – 9. Jadual sifir ini disediakan oleh AJK Panitia Matematik dan diedarkan mengikut kelas.

5.4 ‘In House Training’ mengenai kursus-kursus luar melibatkan matapelajaran Matematik

Page 4: Minit Mesyuarat Panitia Matematik

Semua guru Matematik yang dihadiri oleh guru berkaitan subjek Matematik dan LINUS Numerasi perlu diberikan ‘In House Training’.

Ianya bertujuan memberikan pendedahan kepada semua guru matapelajaran Matematik tentang perkembangan semasa dasar-dasar pendidikan terutama berkaitan matapelajaran Matematik.

Tarikh ‘In House Training’ ini perlu dibincangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan pertindihan antara aktiviti sekolah, guru, murid dan panitia

Mengakhiri mesyuarat, pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang sudi meluangkan masa mengahdiri mesyuarat Panitia Matematik. Pengerusi menyatakan harapan beliau supaya semua ahli jawatan kuasa dapat bekerjasam dan berganding bahu dalam melaksanakan program dan aktiviti yang telah dirancang. Mesyuarat ini ditangguH pada jam 3.30 petang.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

……………………………………….(GADUNG AMIR)Setiausaha,Panitia Matematik,Sekolah Kebangsaan Long Sebangang.