minit mesyuarat panitia matematik

6
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SELANGOR (SATU) MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 2 / 2012 Tajuk : Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil 2 / 2012 Tarikh : 20 Mac 2012 Hari : Selasa Masa : 1.30 tengahari Tempat : Bilik Gerakan Pengerusi : Pn. Khoo Poh Eng Penolong Kanan Kurikulum En. Irwanmasmul Alias Penolong Kanan Ko-kurikulum Kehadiran : 1. Pn. Pathmalosini Arnasalam 2. Cik Sivajothi Arnasalam 3. Pn. Rokiah Amad 4. Pn. Kamariah Ngah Tidak hadir : 1. Pn. Komalavalli Ambikadevi Kursus Kepimpinan & Pengurusan (IAB) 2. En. Mohd Khairiee Mohd Mesyuarat Kebajikan PPDPU Turut hadir : Tiada Agenda 1.0 Ucapan Pengerusi 1

Upload: mohd-khairiee-mohamad

Post on 22-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Matematik

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Matematik

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SELANGOR (SATU)

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 2 / 2012

Tajuk : Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil 2 / 2012

Tarikh : 20 Mac 2012

Hari : Selasa

Masa : 1.30 tengahari

Tempat : Bilik Gerakan

Pengerusi : Pn. Khoo Poh Eng Penolong Kanan Kurikulum

En. Irwanmasmul Alias Penolong Kanan Ko-kurikulum

Kehadiran :

1. Pn. Pathmalosini Arnasalam

2. Cik Sivajothi Arnasalam

3. Pn. Rokiah Amad

4. Pn. Kamariah Ngah

Tidak hadir :

1. Pn. Komalavalli Ambikadevi Kursus Kepimpinan & Pengurusan (IAB)

2. En. Mohd Khairiee Mohd Mesyuarat Kebajikan PPDPU

Turut hadir : Tiada

Agenda

1.0 Ucapan Pengerusi

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas

3.0 Perkara berbangkit

4.0 Perkara-perkara baharu

5.0 Hal-hal lain

6.0 Ucapan penangguhan

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pn. Khoo Poh Eng selaku Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru

dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.

1

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Matematik

2.0 Pengesahan Minit mesyuarat yang lepas

2.1 Pn. Rokiah mencadangkan minit mesyuarat pertama disahkan dan disokong

oleh Cik Sivajothi.

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Pn. Khoo Poh Eng menyatakan bahawa perkara-perkara 4.5 yang melibatkan

semua aktiviti dan program panitia perlu dibuat laporan oleh Ketua Panitia

pada akhir tahun. Diminta ketua panitia mendokumentasikan dan mengambil

gambar untuk tujuan laporan berkenaan.

Tindakan : Pn. Pathma.

3.2 Pn. Pathma memaklumkan tentang perkara 5.4, di mana semua guru sedang

mengumpul soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah dan sebahagian

soalan telah diserahkan kepada Pn. Pathma. Guru-guru perlu menyerahkan

baki soalan-soalan tersebut dalam minggu kedua bulan April.

Tindakan : Semua AJK panitia.

4.0 Perkara-perkara baharu

4.1 Lesson Study

4.1.1 Pn. Khoo memaklumkan bahawa Lesson Study perlu dilaksanakan

untuk meningkatkan hasil dan kualiti kerja guru dalam mengajar topik

matapelajaran tertentu.

4.1.2 Guru yang telah dipilih mesti melaksanakannya dan akan diselia oleh

AJK panitia. Kemudian AJK akan berbincang dan menambahbaik P&P

supaya topik tersebut akan diajar sekali lagi dengan lebih efektif.

Tindakan : En. Khairiee.

4.2 LINUS dan PROTIM.

4.2.1 Pn. Khoo memaklumkan bahawa murid-murid Tahun 3 adalah perintis

LINUS. Oleh itu, bagi tahun hadapan, tidak boleh ada seorang murid

pun yang akan dikategorikan dalam PROTIM kerana pencapaian

LINUS sekolah adalah 100%.

4.2.2 Pn. Khoo meminta guru Matematik Tahun 3, Pn. Rokiah memastikan

supaya tidak ada murid PROTIM bagi tahun hadapan. Begitu juga

2

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Matematik

dengan Pn. Nora yang perlu memastikan tiada murid PROTIM (Bahasa

Melayu) bagi tahun hadapan.

4.2.3 Pn. Rokiah memaklumkan bahawa cuma Endra seorang yang agak

lemah dalam matematik sekarang dan beliau akan membantunya.

Tindakan : Pn. Rokiah.

4.3 Fail Rasmi & Fail Tegak

4.3.1 Pn. Khoo meminta ketua panitia kemaskinikan fail rasmi dan fail tegak

panitia serta pastikan ada ‘partition’ tahun 2012.

Tindakan : Pn. Pathma.

4.4 Peruntukan PCG

4.4.1 Pn.Khoo meminta AJK mengambil keputusan tentang bahan yang

perlu dibeli oleh panitia.

4.4.2 AJK membuat keputusan untuk membeli ‘stamp pad’, papan putih

gulung (berpetak) dan ‘alarm clock’.

5.0 Hal-hal lain

5.1 Guru-guru tidak perlu menulis laporan ADAB kerana sekolah kita

memasukkan markah PEBEL dalam peperiksaan.

5.2 Pn. Khoo menyatakan bahawa hasil daripada penyemakan buku latihan oleh

pihak pentadbir, terdapat beberapa perkara harus diberi perhatian oleh guru-

guru. Antaranya adalah:-

a) Murid wajib buat pembetulan sebelum latihan yang seterusnya.

b) Guru harus menulis tarikh selepas menanda buku.

c) Pastikan murid menggaris hari, tarikh, tajuk dan apabila selesai sesuatu

latihan.

5.3 Pn. Pathma menyatakan bahawa murid-murid sangat lemah dalam sifir.

5.4 Pn. Rokiah bersetuju untuk menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan bagi

Program Sifu Touch untuk mengajar teknik memahami sifir dengan cepat.

Tindakan : Pn. Rokiah

5.5 AJK sebulat suara bersetuju supaya Program Sifu Touch dijalankan sebagai

aktiviti dalam program Hari Panitia bersama Pusat Sumber Sekolah.

5.6 Pn. Rokiah dipilih untuk menjalankan Program Celik Sifir bagi Tahun 2012.

Tindakan : Pn. Rokiah.

3

Page 4: Minit Mesyuarat Panitia Matematik

5.7 Pn. Pathma mencadangkan supaya ganjaran diberi kepada murid yang terlibat

dengan Program Celik Sifir. Kertas kerja akan dibuat bagi program ini.

Tindakan : Pn. Pathma.

5.8 Pn. Pathma juga mencadangkan supaya murid-murid yang tidak terlibat

dengan Bahasa Arab, diwajibkan dengan Program NILAM untuk

menggalakkan sikap membaca di kalangan murid.

5.9 Pn. Khoo meminta guru-guru kelas menyediakan ‘Mini Library’ di dalam

kelas bagi memudahkan murid-murid meminjam dan membaca di kelas

masing-masing.

Tindakan : Semua guru kelas.

6.0 Ucapan penangguhan

6.1 Pn. Khoo mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir

dan berharap semua aktiviti / program yang dirancang dapat dijalankan dengan

lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Urusetia,

PATHMALOSINI ARNASALAM

4