minit mesyuarat agung, 2015

4
SURAU AR-RASHID BANDAR BAHARU 34950 BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN __________________________________________________________ Ruj.Kami : Bil. (1) SAR/BB 2013 Tarikh : 24 Februari 2013 CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG KARIAH SURAU AR-RASHID, 2013 Tarikh : 22 Februari 2013 Masa : 8.00 malam. Tempat : Dewan Solat Surau Ar-Rashid. Kehadiran : 1. Cikgu Jamil bin Abd. Samad (Pengerusi) 2. Semua pegawai Surau-Rashid. 3. Semua AJK Surau Ar-Rashid 4. Jamaah dan anak-anak kariah seramai 28 orang. Agenda 1. Kata Aluan Pengerusi Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan doa pembuka majlis dan Ummul Kitab, Al-Fatihah. Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua pegawai dan AJK serta jamaah dan anak- anak kariah yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung Kariah Tahun 2013 ini. Agenda 2. Sejarah Penubuhan Surau Pengerusi menerangkan secara ringkas tentang latar belakang Surau Ar-Rashid kepada para hadirin yang hadir. Agenda 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu. Tuan Setiausaha, En. Azhar Aminuddin bin Johari membentangkan minit mesyuarat yang lalu bertarikh 19 Februari 2011. Cadangan minit mesyuarat diterima oleh En. Iqbal lalu diterima dan disokong oleh En.Sani. Agenda 4. Laporan Kewangan. Tuan Bendahari, Tn. Hj. Abdul membentangkan segala pendapatan dan perbelanjaan surau bagi tempoh sepanjang tahun 2012. Jumlah keseluruhan baki di dalam bank adalah sebanyak RM 10 365.00. Laporan ini telah diterima oleh Cikgu Sobri dan di sokong oleh En. Ismail.

Upload: hakim-yusuff

Post on 16-Jan-2016

299 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Demi kebaikan

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Agung, 2015

SURAU AR-RASHID BANDAR BAHARU34950 BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN

__________________________________________________________ Ruj.Kami : Bil. (1) SAR/BB 2013

Tarikh : 24 Februari 2013

CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG KARIAH SURAU AR-RASHID, 2013

Tarikh : 22 Februari 2013Masa : 8.00 malam.Tempat : Dewan Solat Surau Ar-Rashid.Kehadiran : 1. Cikgu Jamil bin Abd. Samad (Pengerusi)

2. Semua pegawai Surau-Rashid.3. Semua AJK Surau Ar-Rashid4. Jamaah dan anak-anak kariah seramai 28 orang.

Agenda 1. Kata Aluan PengerusiPengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan doa pembuka majlis dan Ummul Kitab, Al-Fatihah. Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua pegawai dan AJK serta jamaah dan anak-anak kariah yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung Kariah Tahun 2013 ini.

Agenda 2. Sejarah Penubuhan SurauPengerusi menerangkan secara ringkas tentang latar belakang Surau Ar-Rashid kepada para hadirin yang hadir.

Agenda 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu.Tuan Setiausaha, En. Azhar Aminuddin bin Johari membentangkan minit mesyuarat yang lalu bertarikh 19 Februari 2011. Cadangan minit mesyuarat diterima oleh En. Iqbal lalu diterima dan disokong oleh En.Sani.

Agenda 4. Laporan Kewangan.Tuan Bendahari, Tn. Hj. Abdul membentangkan segala pendapatan dan perbelanjaan surau bagi tempoh sepanjang tahun 2012. Jumlah keseluruhan baki di dalam bank adalah sebanyak RM 10 365.00. Laporan ini telah diterima oleh Cikgu Sobri dan di sokong oleh En. Ismail.

Agenda 5. Pembentangan Penyata KuliahDisampaikan oleh Naib Bendahari, En.Iqbal bin Barakatullah. Pendapatan dan perbelanjaan dana bagi menguruskan kuliah dan ceramah adalah diuruskan oleh Naib Bendahari dengan melalui Bendahari. Diterima oleh En. Hakim dan disokong oleh En. Anuar.

Agenda 6. Pembubaran Jawatankuasa dan Pelantikan Jawatankuasa Baharu.Cikgu Jamil bin Abdul Samad dipilih untuk sebagai pengerusi sementara untuk mengendalikan sesi pemilihan baharu. Mesyuarat sebulat suara bersetuju :

Page 2: Minit Mesyuarat Agung, 2015

SURAU AR-RASHID BANDAR BAHARU34950 BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN

__________________________________________________________

1. Pengerusi : Cikgu Jamil bin Abd. Samad 2. Naib Pengerusi : Tn. Hj. Arshat bin Johari3. Bendahari : Tn. Hj. Abdul bin Bakar4. Naib Bendahari : En. Iqbal bin Barakatullah5. Setiausaha : En. Muhammad Hakim bin Yusuff6. Naib Setiausaha : En. Azley Zuraimey bin Sabiai7. Juruaudit : a. Tn. Hj. Romli

b. En. Azhar Aminuddin8. AJK : En. Ismail ( Jln Permatang Pasir)

En. Katan (Rumah Murah Baru)En. Anuar Yusuff (Rumah Murah Lama)En. Zahir (Taman Berlian)Ustaz Anuar (Taman Delima)En. Hamdan Badri (Jalan Ban)En. Ismail Adnan (Jln Tebok Mat Rashid)Pn. Siti Aisyah (Kaum Hawa)

Agenda 7. Usul-usul dan Cadangan Penambahbaikana. Tn. Hj. Romli mencadangkan agar menulis segala butiran benda yang dibeli

atau diterima di dalam laporan kewangan. Tidak cukup dengan hanya meletakkan nama individu yang terlibat dengan transaksi.

Tindakan : Bendahari

b. En. Arshat meminta agar setiap sumbangan bulanan dipaparkan di Papan Kenyataan Surau.

Tindakan : Bendahari

Agenda 8. Hal-hal LainTiada.

Penangguhan MesyuaratPengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua anak kariah yang dapat bersama dalam Mesyuarat Agung pada hari ini. Pengerusi berharap setiap aktiviti yang akan di adakan kelak akan mendapat sambutan dan penglibatan secara menyeluruh dalam kalangan anak-anak kariah Surau Ar-Rashid. Beliau menagguhkan mesyuarat ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

Disedia dan dicatatkan oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ………………………………(MUHAMMAD HAKIM BIN YUSUFF) (EN. JAMIL BIN ABDUL SAMAD)Setiausaha Surau Ar-Rashid, Bandar Baharu. Pengerusi, Surau Ar-Rashid.

Page 3: Minit Mesyuarat Agung, 2015

SURAU AR-RASHID BANDAR BAHARU34950 BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN

__________________________________________________________