minggu 6.docx

3
Bilangan Jurnal : 6/12 Minggu Praktikum : Keenam Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 3 hingga 7 Mac 2014 Tajuk Jurnal : Masalah Mengenali Murid. 1. Masalah/ Peristiwa Pada minggu ini, saya menghadapi masalah untuk mengenali nama murid. Sewaktu sesi pdp, saya hanya menunjuk ke arah murid tersebut untuk menjawab soalan yang diberikan tanpa menyebut namanya. Sebelum murid tersebut menjawab soalan, saya akan bertanya nama murid tersebut. Setelah murid itu menyebut namanya, barulah murid itu menjawab soalan. Selain itu, terdapat juga murid yang mempunyai nama yang sama. Hal ini amat menyukarkan saya untuk memanggil ataupun mengenal pasti murid tersebut. Perkara ini menyukarkan lagi untuk saya mengingati nama mereka. Perkara ini berlaku semasa saya menjalankan sesi pdp di kelas 5 Pintar dan Bistari. Kelas itu adalah kelas bahasa Melayu. Hal ini berlaku kerana saya hanya masuk ke kelas itu sekali sahaja dalam seminggu. Kelas itu mempunyai kira-kira 40 orang murid setiap kelas dan saya agak sukar untuk mengingati nama setiap orang murid kelas tersebut. Setakat ini, saya baru mengenali nama kira-kira 15 orang murid sahaja. Saya perlu

Upload: nurfazlina-a-rahim

Post on 16-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : 6/12Minggu Praktikum : KeenamTarikh Peristiwa/ Kejadian : 3 hingga 7 Mac 2014Tajuk Jurnal : Masalah Mengenali Murid.

1. Masalah/ PeristiwaPada minggu ini, saya menghadapi masalah untuk mengenali nama murid. Sewaktu sesi pdp, saya hanya menunjuk ke arah murid tersebut untuk menjawab soalan yang diberikan tanpa menyebut namanya. Sebelum murid tersebut menjawab soalan, saya akan bertanya nama murid tersebut. Setelah murid itu menyebut namanya, barulah murid itu menjawab soalan. Selain itu, terdapat juga murid yang mempunyai nama yang sama. Hal ini amat menyukarkan saya untuk memanggil ataupun mengenal pasti murid tersebut. Perkara ini menyukarkan lagi untuk saya mengingati nama mereka. Perkara ini berlaku semasa saya menjalankan sesi pdp di kelas 5 Pintar dan Bistari. Kelas itu adalah kelas bahasa Melayu. Hal ini berlaku kerana saya hanya masuk ke kelas itu sekali sahaja dalam seminggu. Kelas itu mempunyai kira-kira 40 orang murid setiap kelas dan saya agak sukar untuk mengingati nama setiap orang murid kelas tersebut. Setakat ini, saya baru mengenali nama kira-kira 15 orang murid sahaja. Saya perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

2. AnalisisPada pemerhatian saya, saya dapati bahawa saya amat susah untuk memanggil nama murid biarpun agak lama tempoh masa yang ada untuk kami bersama. Perkara ini sangat menyukarkan saya apatah lagi jika peranan yang dalam mengusahakan aktiviti berpusatkan murid. Saya tidak dapat memastikan dan mengenal pasti murid yang perlu melakukan sesuatu. Hal ini menyukarkan saya untuk berkomunikasi dengan baik bersama mereka.

Perkara ini sekali gus menunjukkan saya tidak mesra dengan mereka. Walaupun saya mengajar di kelas mereka, namun saya merasakan masih ada jurang antara saya dan murid-murid tersebut. Saya perlu mengingati nama-nama mereka supaya mereka rasa dihargai dan ada orang yang mengambil berat mengenai mereka.

3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya perlu kerap berbual dan menyebut nama murid-murid berulang kali. b) Saya juga perlu sentiasa mewujudkan persekitaran yang baik antara saya dan murid-murid. Saya perlu berkenalan dengan betul kerana asas gerakan mukmin ialah kasih sayang. Saya pasti jika kita sayang akan sesuatu, pastinya kita boleh mengingati perkara itu selagi mana kita mampu. c) Mengingati nama murid-murid pada ketika ini tidaklah begitu mudah. Masing-masing memiliki nama yang sangat indah dan baik. Jadi, saya perlu memastikan dapat menyebut nama mereka dengan betul supaya mereka tidak tersinggung.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Saya bercadang untuk mengingati nama murid-murid saya ini dengan cara sentiasa menyebut nama mereka dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Saya akan cuba memastikan bimbingan oleh pensyarah dan guru dapat saya aplikasikan dalam proses saya untuk mengubah atau mengatasi masalah saya ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama : Tarikh : Tarikh :