bab 6.docx
TRANSCRIPT
BAB 6 : INSTRUMEN KAJIAN/ALAT PENGUKURANINSTRUMENTASI DALAM PENYELIDIKAN (QUESTIONNAIRE CONSTRUCTION FOR PREUNIVERSITY RESEARCH)Setelah menyiapkan draf bab pengenalan dan bab tinjauan bacaan, penyelidik seharusnya telah menetapkan masalah penyelidikan dengan sokongan input ilmu pengetahuan dalam bidang penyelidikan yang hendak diperoleh datanya. Langkah seterusnya ialah memilih kaedah penyelidikan yang boleh membantu pengumpulan data bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah disejajarkan sejak pemilihan tajuk lagi. Seperti yang dipersetujui, setelah mengambil kira kawalan sumber dalam kalangan pelajar prauniversiti, hanya kaedah tinjauan dengan sampel bukan rawak bertujuandigunakan.
Sehubungan itu, pelajar prauniversiti dikehendaki mentadbirkan item soal selidik yang telah disejajarkan dengan masalah penyelidikan dan input ilmu pengetahuan tadi sekali sahaja dengan sasaran untuk mencapai kadar pengembalian 100%. Perbincangan kali ini bukan sahaja bertujuan menyediakan item soal selidik yang mencukupi dan sejajar, bahkan memberi penekanan terhadap soal etika supaya kelak tidak berbangkit sebarang isu yang boleh memudaratkan mana-mana pihak, terutama penyelidik dan sampel. Dengan itu penyelidik hendaklah memastikan bahawa identiti sampel tidak didedahkan dalam laporan penyelidikan, di samping mendapatkan persetujuan berpengetahuan (informed consent) responden.
Konsep Instrumentasi
Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar seseorang manusia bersifat rahsia, serta sering tersembunyi di "sebalik topeng", maka diandaikan bahawa tingkah laku sebagai mewakili pemikiran. Tingkah laku sampel diukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan yang dipilih.
Konsep Kaedah Tinjauan
Definisi: proses mendapatkan maklumat secara sepintas lalu menerusi sekali sahaja kutipan data.
Analogi: umpama foto, menjelaskan situasi pada masa gambar ditangkap.
Andaian:
Pola tingkah laku masyarakat sukar berubah secara mendadak, sebaliknya cenderung dipengaruhi kehendak masyarakat ketika itu.
Tatacara:
Penyelidik menyediakan alat untuk ditadbirkan supaya sampel mengisi maklumat yang sejajar dengan soalan penyelidikan. Data yang diperoleh akan diproses berdasarkan kaedah analisis yang telah dirancang oleh penyelidik. Walaupun teknologi memungkinkan soal selidik ditadbirkan secara dalam talian (online), mesej pesanan ringkas (SMS) atau mesin faksimili, pelajar prauniversiti dikehendaki menggunakan kaedah klasik, iaitu menggunakan kertas-pensil bagi mengisi set soal selidik yang diedarkan.
Pentadbiran:
Penyelidik muda prauniversiti memilih sampel --> edar set soal selidik yang sama --> kutip semula 100% --> analisis data
Kelebihan Kaedah Tinjauan Soal Selidik
1 Proses memungut data yang cepat, digemari dan mudah untuk ditadbirkan
2 Penyelidik boleh memilih saiz sampel yang besar
3 Keupayaan generalisasi terhadap saiz populasi lebih besar, berkesan dan tepat
4 Fleksibiliti dari segi item soal selidik
Kekurangan Kaedah Tinjauan Soal Selidik
1 Cara sampel memahami item soal selidik mungkin berbeza, bergantung kepada latar belakang pendidikan dan pengalaman
2 Item yang ditadbirkan tidak boleh diubah suai semasa pentadbiran penyelidikan sedang berjalan
3 Kesahan item diragui justeru sampel mungkin memberi jawapan berpandukan tingkah laku yang sampel suka, bukan tingkah laku sampel yang sebenar.
Tatacara membina item soal selidik
Soal selidik ialah alat mengutip data menerusi kaedah tinjauan, serta ditadbirkan sekali sahaja. Pembinaan item soal selidik hendaklah sejajar dengan tajuk penyelidikan, masalah penyelidikan, soalan penyelidikan dan tinjauan bacaan. Penyelidik boleh mendapatkan kebenaran untuk menggunakan set soal selidik yang pernah digunakan oleh penyelidik lain, mengubah suai instrumen berkenaan,
atau membina sendiri item soal selidik itu. Jumlah item dalam set soal selidik mestilah tidak membebankan sampel untuk memberi jawapan, serta tidak membebankan penyelidik apabila tiba masa analisis data.
Format Soal Selidik:
1 Surat makluman - dijadikan muka surat hadapan.
Masukkan butiran nama dan alamat e-mel penyelidik; organisasi penyelidik (tempat kerja, tempat belajar) harapan penyelidik seperti "menjawab dengan suci hati. Selain itu, nyatakan dengan ringkas bahawa "penyelidikan ini adalah sulit" dan berkonsep tanpa identiti sampel. Surat hendaklah ringkas, serta menggunakan format rasmi.
2 Latar belakang / profil sampel / responden
bersangkutan maklumat yang diperlukan sahaja --> agama, jantina, lokasi rumah, dan lain-lain
3 Bahagian item soal selidik
Disusun secara rawak supaya sampel tidak boleh belajar, atau cuba menetapkan pola jawapan. Sebaik-baiknya sistem penomboran item bermula daripada profil sampel mengikut ertib. Jangan lupa bahawa kesejajaran item dengan bab 1 dan 2 sentiasa dibuat semakan.
Akhiri soal selidik dengan catatan "terima kasih".
Bentuk Item Soal Selidik Respons Tertutup * / Aneka Pilihan (closed-ended questions)
1 Binari: Adakah anda memiliki buku teks ekonomi? Ya / Tidak
2 Skala Likert (empat mata): Buku teks wajib dimiliki setiap pelajar. Amat setuju / Setuju / Tidak Setuju / Tidak pasti
: Adakah anda kerap merujuk buku teks? sentiasa / kadang-kadang / tidak pernah / tidak pasti
: Adakah tahap persembahan buku teks anda? amat baik / baik / sederhana / lemah
3 Thurston: Nyatakan sumber pemilikan buku teks anda.
A. Beli sendiri buku teks baharu
B. Beli buku teks terpakai
C. Pinjam buku kawan
D. Tiada pemilikan
Penyelidik muda prauniversiti digalakkan menggunakan skala Likert empat mata.
* dipilih bagi mewujudkan keseragaman jawapan / memudahkan proses analisis data
Ciri-ciri item soal selidik yang baik
1 Bersesuaian dengan latar belakang dan kesediaan responden (sampel). Item dibina denganjelas, teliti dan tidak berat sebelah.
2 Ruang pilihan jawapan memadai dan jelas. Arahan bulatkan, X atau / mestilah juga jelas.
3 Telah melepasi senarai semak penyelidik, contohnya:
a) Adakah item yang dibina sejajar dengan tajuk penyelidikan?
b) Adakah item yang dibina dapat memberikan data tentang masalah penyelidikan?
c) Adakah item yang dibina menepati objektif penyelidikan?
d) Adakah item yang dibina sejajar dengan soalan penyelidikan / hipotesis penyelidikan?
e) Adakah item yang dibina merujuk kepada maklumat dalam tinjauan bacaan?
f) Adakah item yang dibina sejajar dengan jenis data yang hendak dikutip?
g) Adakah item yang dibina telah diklasifikasikan dalam jadual perincian ciri pemboleh ubah?
h) Adakah laras ayat dan bahasa yang digunakan telah diuji (dalam kajian rintis)?
i) Adakah item yang dibina telah dibincangkan dengan pakar / penyelia / guru akademik tingkatan 6?
j) Adakah perkara ketanpanamaan (anonymity) telah dijamin?
k) Adakah soalan profil / latar belakang responden diasingkan dalam kategori yang berbeza dengan item soal selidik utama?
Perkara Yang Mesti Dielakkan
1 Item soalan yang mengaibkan sampel / membebankan / memudaratkan
2 Item soalan mendedahkan sampel kepada pelbagai risiko: ancaman terhadap pekerjaan, rumah tangga
3 Soalan dua beban (double-barreled): adakah anda memiliki buku teks dan buku rujukan?
4 Soalan panjang lebar, iaitu memasukkan ayat penjelasan dan soalan yang berjela-jela. (short items are best)
Contoh Jadual Persediaan Pembinaan Item Soal Selidik(format matrik)
Bulatkan pilihan jawapan anda berdasarkan skala: 4 = amat setuju 3 = setuju 2 = tidak setuju 1 = tidak pasti
Bil Item (berdasarkan maklumat tinjauan bacaan) Skala
1 Buku teks ialah rujukan utama pembelajaran 4 3 2 1
2 Buku teks merangkumi semua kehendak sukatan pelajaran 4 3 2 1
3 Format buku teks menarik minat pelajar 4 3 2 1
4 Fakta buku teks sentiasa relevan dengan perubahan masa 4 3 2 1
5 Guru sentiasa mengingatkan rujukan buku teks 4 3 2 1
6 Soalan peperiksaan digubal berdasarkan buku teks 4 3 2 1
dan item seterusnya...
Semakan Klasifikasi Item
Fakta Tinjauan Bacaan Jumlah Item Nombor
Soalan Fungsi / kegunaan buku teks 6 1, 6, 13, 18, 22, 26
Masalah pemilikan / pinjaman buku teks 6 2, 7, 14, 19, 23, 27
Minat pelajar terhadap buku teks 6 3, 9, 16, 21, 25, 29
dan seterusnya...
Penutup: Sebelum item soal selidik dimuktamadkan untuk pentadbiran penyelidikan
Semak beberapa kali untuk proses penambahbaikan item. Penyelidik boleh meminta pendapat rakan penyelidik yang lain (peer review), atau bertanyakan individu-individu yang mempunyai latar belakang yang serupa dengan bakal sampel / responden. Cara ini dikira sudah memadai bagi penyelidik muda prauniversiti menggantikan kajian rintis yang biasa dilakukan dalam penyelidikan tinjauan skala besar.
Bibliografi
Babbie, Earl (2010). The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education
Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
SUMBER : http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2010/07/instrumentasi-dalam-penyelidikan.html
******************************************************************
ALAT KAJIAN Pengutipan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alat-alat kajian untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh dikutip melalui pemerhatian, soalselidik, penelitian dokumen dan sebagainya. Data kuantitatif dikutip melalui, misalnya, soal selidik, ujian atau inventori.
Pembinaan Alat Kajian Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu, sebelum kajian sebenar dijalankan.
Sekiranya kajian menggunakan ujian, ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian.Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran variable dengan tepat/sah. Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya akan ditafsir oleh pengkaji. Justeru, ketepatan data kajian amatlah penting disebabkan penakrifan yang betul bergantung kepada data yang tepat.
— Proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu(a) menentukan objektif alat kajian, dan(b) menentukan kandungan alat kajian, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah. Menentukan Objektif Ujian— Sesuatu ujian perlu dibina mengikut objektifnya, iaitu apakah yang kita ingin tahu tentang responden kajian kita. Objektif tingkah laku yang ingin diukur hendaklah dinyatakan dengan jelas dan ia hendaklah boleh dicapai (realistic).— Contoh objektif ujian ialah "Murid dapat menjelaskan bentuk muka bumi kampung/taman perumahannya". Ujian juga boleh digunakan untuk mengukur kecerdasan murid-murid.
— Kajian Rintis— Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memestikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang munkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan responden yang setara dengan responden kajian sebenar, iaitu dari segi lokasi, seting dan profit responden (contohnya, umur, jantina dan sebagainya.). Selepas ujian rintis dijalankan, soal selidik perlu dimurnikan mengikut maklum balas yang diperoleh.Menurut Cohen, Manion dan Morrison (2000), fungsi kajian rintis ke atas soal selidik (questionnaire) adalah seperti berikut: — Menyemak kejelasan item-item, arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik.
— Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selidik.
— Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format jawapan.
— Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.
— Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.
— Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
— Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal selidik.
— Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.
Sumber :http://whatta.org/kelas/mod/page/view.php?id=96
##############################################
INSTRUMEN • Instrumen digunakan untuk memungut data kajian.• Instrumen boleh berbentuk : – Dibina sendiri oleh pengkaji. – Diubah suai daripada instrumen kajian terdahulu – Menggunakan instrumen standard yang sedia ada.
Instrumen Kajian Kuantitatif• Jenis-jenis instrumen kajian kuantitatif yang kerap digunakan:– Soal selidik • Soal selidik persepsi / sikap • Inventori konstruk psikologi– Ujian • Ujian prestasi/pencapaian • Ujian diagnostik • Ujian amali– Senarai semak • Senarai semak perlakuan guru semasa mengajar
Instrumen Kajian Kualitatif• Penyelidik adalah instrumen utama dalam kajian kualitatif• Kaedah yang biasa digunakan:– Temubual
• Temubual berstruktur • Temubual separa berstruktur • Temubual tidak berstruktur– Pemerhatian • Pemerhatian sebagai peserta (Participant observer) • Pemerhatian penuh (Complete observer)– Dokumen • Hasil kerja pelajar • Diari/jurnal reflektif • Buku kedatangan pelajar
Kesahan• Secara amnya, kesahan mencerminkan darjah ketepatan semasa mengukur/memerhati apa yang hendak diukur/ diperhati.• Dalam kajian kuantitatif, kesahan instrumen menentukan sejauh manakah ia dapat mengukur apa yang hendak diukur• Dalam kajian kualitatif, kesahan menentukan sejauh mana pengkaji melaksanakanpemerhatian dan interpretasi dengan tepat dan benar.
Kebolehpercayaan• Dalam kajian kuantitatif, kebolehpercayaan menggambarkan sejauh manakah pengukuranmelalui sesuatu instrumen adalah konsisten dan stabil– Konsistensi dalaman (Cth: Cronbach Alpha)– Stabiliti (Cth: Test-retest reliability)
• Dalam kajian kualitatif, kebolehpercayaan
menggambarkan sejauh manakah pengkaji melaksana dan melapor secara eksplisit prosedurkajian dengan benar dan jitu.– Berkaitan dengan isu “credibility”, “dependability” dan“transferability”
Sumber : http://norkhatimah.smkbt.com/pluginfile.php/170/mod_page/content/20/Metodologi%20Kajian%20I.pdf
********************************************************************************************************
Skala Pengukuran (Scale of Measurement) Secara umumnya terdapat empat jenis skala pengukuran yang biasa digunakan; nominal, ordinal, interval dan ratio (nisbah).Jenis skala amat penting dalam membezakan jenis analisis pengukuran yang akan dipilih dan digunakan. Oleh itu penyelidik seharusnya perlu membezakan di antara keempat-empat jenis skala pengukuran tersebut.
1. DATA NOMINAL Data nominal boleh diklasifikasikan dalam bentuk kategori, nama ataupun label. Data nominal merupakan bentuk kategori yang tidak dapat disusun mengikut urutan seperti jantina (lelaki; perempuan). Walaupun ketika memasukkan data dengan menggunakan SPSS selalunya kita meletakkan nilai 1 bagi lelaki dan nilai 2 bagi perempuan tetapi pada hakikat yang sebenarnya nilai numerik pada kategori tersebut tidak menunjukkan makna
yang lelaki lebih tinggi nilainya daripada perempuan. Ini kerana kita tidak dapat melakukan operasi matematik terhadap nilai-nilai tersebut. Antara contoh lain bagi data yang berbentuk nominal ialah budak ceria=1; budak tidak ceria=2.
2. DATA ORDINAL Data ordinal sebenarnya lebih kurang sama seperti data nominal. Apa yang membezakan ialah data ordinal boleh disusun mengikut urutan. Walaubagaimanapun, data ordinal tidak boleh mengukur perbezaan di antara dua data. Dengan kata lain, data ordinal boleh memberikan nilai numerik tetapi tidak dapat melakukan operasi matematik. Sebagai contohnya bagaimana penilaian anda terhadap sesebuah restoran? Sama ada sangat baik; baik; cukup; kurang. Atau contoh lain, pengundi-pengundi diklasifikasikan sebagai – low income; middle income; high income. Frekuensi penerbangan – tidak pernah; jarang-jarang; kadang-kadang; selalu.
3. DATA INTERVAL
Manakala data interval atau sela sama juga seperti data ordinal (data yang boleh disusun). Namun perbezaan kedua-duanya ialah mengenai data bermakna dan boleh diukur. Contohnya senarai suhu-suhu didi bagi cecair yang berbeza; kita boleh tahu sama ada suhu didih cecair A > (lebih tinggi) daripada suhu didih cecair B. A=212 darjah; B=284 darjah. Oleh itu B > daripada A. Nilai sifar (0) bersifat arbitrari (tidak menggambarkan kosong secara mutlak).
4. DATA RATIO (NISBAH)
Data ratio (nisbah) sama seperti data interval tetapi nisbah memberi makna yang mana data ratio mempunyai nilai kosong secara mutlak. Sebagai contohnya nilai kosong dapat digambarkan sebagai tidak ada kuantiti seperti jika seseorang tidak bekerja maka gajinya RM0.00.
Antara contoh lain untuk lebih kita faham mengenai data ratio; 4 orang dipilih secara rawak ditanya tentang duit yang mereka bawa – hasilnya RM21, RM50, RM65, RM300 – boleh disusun mengikut urutan (RM21> RM50> RM65> RM300). Bolehkah kita mengira nisbah? Ya, boleh. Sebab RM0 merupakan nilai yang paling minimum. Ini bermakna individu yang mempunyai RM300 – mempunyai 6 kali ganda daripada individu yang mempunyai RM50. Contoh lain yang sering menggunakan data ratio ialah umur, skor ujian dan juga jumlah jam belajar sesuatu ujian.
Apa yang penting untuk kita mengenal pasti setiap data tersebut? Terdapat dua sebab;
i. jenis skala tersebut memberikan kita maklumat data yang berbeza. Justeru, amat penting bagi penyelidik untuk memilih jenis data yang dapat memberikan maklumat yang lebih banyak agar persoalan penyelidikan dapat dijawab dengan baik.
ii. melalui jenis skala pengukuran, kita dapat mengenal pasti jenis analisis data yang dapat digunakan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Justeru, jenis skala pengukuran amat berkait rapat dengan pembentukan instrumen soal selidik kajian; jenis skala apa yang kita nak guna bagi menjawab persoalan kajian. Oleh itu terdapat prosedur statistik yang tidak sesuai untuk digunakan jika jenis skala yang digunakan tidak tepat.
Sumber : http://rosma212.wordpress.com/2011/09/09/skala-pengukuran-scale-of-measurement/
Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK. Bolong, Tuaran-->
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 4
1.2 Latar Belakang Kajian 5 - 6
1.3 Pernyataan Masalah 6 - 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Tujuan Kajian 7
1.6 Objektif Kajian 8
1.7 Hipotesis Kajian 8
1.8 Definisi Operasional 9-10
1.9 Signifikan Kajian 10
1.10 Limitasi Kajian 11
1.11 Rumusan 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Konsep Pembelajaran Main Peranan 12
2.3 Teori 13 - 14
2.4 Model 15-17
2.5 Kajian Lepas
2.5.1 Kajian Dalam Negara 18-19
2.5.2 Kajian Luar Negara 19
2.6 Kerangka Konseptual 20
2.7 Penutup 20
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Pendekatan Kajian 21 - 22
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 22-23
3.4 Instrumen Kajian 23
3.4.1 Set Borang I Soal Selidik Peribadi 24-25
Responden
3.4.2 Set Borang II Soal Selidik Responden 25-26
3.4.3 Set Ujian Pra 26
3.4.4 Set Ujian Pos 26-27
3.5 Prosedur Kajian 28
3.6 Prosedur Penganalisisan Data 28
3.7 Penutup 28
BIBLIOGRAFI 29-30
Bab 1 : Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan
fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka
dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh
tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu
mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan
bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai
kebolehan dan minat.
Kepentingan melahirkan individu yang cemerlang jasmani, rohani dan intelek
adalah matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara dan ia seharusnya menjadi
misi utama setiap entiti yang terlibat dalam pendidikan. Oleh yang demikian, segala
perancangan pendidikan semestinya perlu bertunjangkan kepada misi yang penting
ini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang benar-benar berkesan perlu diberi
perhatian untuk dilaksanakan kerana kaedah yang berkesan akan mempu
membantu pelajar, guru, sekolah dan seterusnya kementerian untuk mencapai
matlamat yang telah pun digariskan suatu masa dahulu.
Arus pembangunan globalisasi menuntut sistem pendidikan agar lebih
dinamik dan sentiasa peka pada keperluan murid. Proses globalisasi telah
menjadikan dunia kita semakin kecil dan mencabar. Sekiranya kita tidak
melipatgandakan usaha dan mempertingkatkan daya saing, sudah pasti kita akan
jauh ketinggalan di belakang. Maka pemantapan harus dibuat dalam sistem
pendidikan sehingga ke akar umbi iaitu diperingkat proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) di dalam kelas agar sistem pendidikan yang dinamik yang
mampu melahirkan individu yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek
dapat diwujudkan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Walau sebaik mana pun seseorang pelajar dapat mendengar dan memahami
sesuatu bahasa baru, namun ia belum menentukan pelajar tersebut boleh bertutur
dalam bahasa baru tersebut. Fakta menyatakan bahasa seseorang pendengar boleh
membezakan bunyi tidak selalunya diikuti dengan pertuturan yang lancar.
Pengkaji juga mendapati seseorang yang bukan penutur asal bahasa inggeris
akan memerlukan masa yang lama untuk belajar bahasa inggeris ini. McDonough
dan Show (1993) dalam kajian mereka mendapati seseorang penutur yang bukan
asal enggan menggunakan strategi bahasa mereka apabila bertutur bahasa asing.
Tambahan pula, sesetengah pelajar mungkin mampu bertutur bahasa inggeris
dengan sempurna sekiranya diberi stimulus di dalam kelas , tetapi dalam konteks
kehidupan yang sebenar, mereka tidak dapat berhadapan dengan situasi sebenar di
mana mereka perlu bertutur dalam bahasa inggeris. Masalah ini bertambah parah
apabila kaedah mengajar yang digunakan dalam bahasa inggeris juga tdak tepat
kerana guru lebih mendedahkan pelajar kepada ‘listening’ dan ‘speaking’ pula
kurang diberi penekanan. Kesannya, pelajar kurang beri perhatian pada
kemampuan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Curran (1972), dalam kajiannya mendapati sesetengah pelajar yang
mempelajari bahasa asing selalunya takut dan bimbang seterusnya menyukarkan
pembelajaran bahasa asing tersebut. Hal ini menunjukkan adalah perlu untuk
mengambil kira faktor-faktor psikologi sebelum memulakan kelas ‘speaking’. Ia
menjadi tanggungjawab guru untuk mencipta fasilitatif, kelas yang selesa untuk
pembelajaran Bahasa Inggeris. Ramai pengkaji yang percaya bahawa aktiviti main
peranan (Role Play) mampu memperbaiki kebolehan pelajar berkomunikasi dalam
bahasa inggeris. Stern (1980) menyatakan bahawa kaedah main peranan adalah
kaedah yang penting dalam pengajaran bahasa asing. Maka kajian ini bertujuan
untuk memperkenalkan kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
inggeris seterusnya menjelaskan keberkesanan kaedah ini dalam proses P&P.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan pengalaman pengkaji, ramai pelajar dalam kelas pada masa kini
teragak-agak untuk bertutur dalam bahasa inggeris walaupun mereka sebenarnya
cekap dalam bahasa itu.
Apabila pelajar-pelajar diarah untuk bertutur dalam bahasa inggeris, mereka kurang
yakin untuk bercakap kerana beberapa masalah. Berdasarkan pemerhatian
pengkaji, punca utama kepada masalh ini adalah persekitaran yang tidak
menggalakkan di luar kelas untuk mereka bertutur dalam bahasa inggeris. Pengkaji
juga mendapati bahawa penekanan yang diberi kepada kaedah mendengar dalam
bahasa inggeris juga sebelum ini juga menyumbang kepada ketidakyakinan pelajar
untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Selain itu juga, pengkaji mendapati bahawa
guru tidak menyediakan aktiviti yang tertumpu pada oral turut menyumbang pada
masalah ini.seterusnya, pengkaji juga mendapati bahawa pengajaran ‘speaking’ di
dalam kelas juga kurang menarik.
McDonough and Show (1993) dalam kajian mereka mendapati dalam banyak
konteks, kemampuan seseorang bertutur seringkali dinilai sebagai ‘face value’.
Dalam perkataan lain, seseorang itu itu lebih dinilai kebolehannya dalam kemahiran
bertutur daripada kemahiran-kemahiran lain seperti mendengar dan menulis.
Tambahan pula, strategi pengajaran pada masa kini seharusnya menumpukan
perhatian pada pembentukan aktiviti pembelajaran yang fokus pada aktiviti yang
melibatkan pelajar saling berbincang dan berkongsi tentang situasi kehidupan
sebenar. Namun, kelas ‘speaking’ dalam Bahasa Inggeris tidak menekankan aktiviti
seperti ini. Maka, kaedah main peranan mampu meletakkan pelajar dalam satu
persekitaran yang akan menggalakkan mereka untuk mengenepikan rasa malu,
membina keyakinan diri mereka, dan menjadikan pelajar-pelajar saling berbincang
dan berkongsi pelbagai perkara dalam konteks kehidupan sebenar.
1.4 Persoalan Kajian.
Persoalan dalam kajian ini adalah seperti berikut;
1. Adakah penggunaan kaedah Main Peranan berbanding kaedah tradisional berkesan
dalam meningkatkan minat dan pemikiran kritis pelajar dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris?
2. Apakah perbezaan kesan kumpulan dengan kaedah Main Peranan dan kesan
kumpulan dengan kaedah tradisional dalam pembelajaran Bahasa Inggeris?
3. Apakah gaya pembelajaran yang digunakan pelajar sebelum dan selepas
pelaksanaan kajian?
1.5 Tujuan kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kesan kaedah pengajaran secara main
Peranan dan pengajaran dengan menggunakan kaedah tradisional terhadap murid-
murid tahun empat dalam meningkatkan pencapaian dan minat mereka dalam
proses P&P. Kesan kedua-dua kaedah pengajaran ke atas minat dan pencapaian
murid dalam proses P&P diuji.
1.6 Objektif kajian
Objektif khusus kajian ini adalah untuk ;
1. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah main peranan berbanding
kaedah tradisional terhadap minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris.
2. Menentukan perbezaan kesan kumpulan dengan kaedah pembelajaran kaedah Main
Peranan dan kaedah tradisional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid tahun enam.
3. Mengenal pasti gaya pembelajaran yang digunakan oleh murid sebelum dan selepas
pelaksanaan.
1.7 Hipotesis Kajian
Sebanyak 2 hipotesis telah dikemukakan berdasarkan tujuan pengkaji menjalankan
kajian ini. Hipotesis null yang dikaji adalah seperti berikut;
I. Hipotesis 1 (HO1)
Tidak terdapat perbezaan antara minat pelajar yang menggunakan kaedah Main
Pernan dalam pembelajaran mereka berbanding minat murid yang menggunakan
kaedah tradisional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
II. Hipotesis 2 (HO2)
Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian murid yang menggunakan kaedah
Main Peranan dalam pembelajaran mereka berbanding pencapaian murid yang
menggunakan kaedah tradisional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Keberkesanan
Keberkesanan merujuk kepada perihal berkesan atau berkesannya sesuatu
tindakan atau perbuatan (Kamus Dewan, 2005 : 772). Keberkesanan dalam konteks
kajian ini merujuk kepada kejayaan penggunaan kaedah Main Peranan dalam
meningkatkan pencapaian serta minat murid dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
1.8.2 Kaedah Pembelajaran Main Peranan.
Kaedah Main Peranan atau ‘Role Play’ adalah satu bentuk pendekatan pendidikan,
lazimnya dirujuk sebagai konteks yang sama dengan permainan dan
simulasi. Menurut Marlyna Maros (2007), kaedah main peranan lebih mirip kepada
data interaksi semulajadi kerana adanya perbualan atau sekurang-kurangnya
ujaran lisan daripada subjek. Terdapat sekurang-kurangnya empat cara
pengumpulan data dalam kaedah ini iaitu (a) lakonan semula, (b) temu ramah
lakonan , (c) lakonan benar, dan (d) olahan skrip bertulis. Menggunakan
kaedah Role Play dalam latihan melibatkan 5 langkah iaitu (1) memilih isu; (2)
menghidupkan dan memilih karakter; (3) membina forum; (4) membuat keputusan
– atau tidak; dan (5) menyimpulkan latihan.
1.8.3 Minat
Menurut Kamus Dewan (2002), minat merujuk kepada keinginan (kesukaan,
kecenderungan) kepada sesuatu. Minat adalah kata sifat yang menjelaskan
kecenderungan seseorang menyatakan keinginan hatinya kepada sesuatu perkara
melalui perubahan emosi dalamannnya setelai merasai melalui pancaindera
(melihat, rasa, bau). Apabila ada minat terhadap sesuatu seseorang itu akan cuba
memilikinya.
1.8.4 Pencapaian
Pencapaian bermaksud keputusan ujian mata pelajaran Bahasa Inggeris yang
diperolehi oleh pelajar setelah selesai menjalani ujian yang dikendalikan oleh
pengkaji. Pengkaji menggunakan topik merangkumi sukatan pelajaran Bahasa
Inggeris Tahun Enam.
1.8.5 Murid
Murid ialah orang yang belajar seperti murid sekolah rendah, sekolah menengah
dan sebagainya (orang yang menyelidik ilmu) (Kamus Dewan: 2002). Murid dalam
konteks kajian ini merujuk kepada murid tahun enam dalam mata pelajaran bahasa
inggeris yang mnuntut di SK. Bolong Tuaran.
1.9 Signifikan Kajian
Kajian ini penting kepada para guru Bahasa Inggeris sebagai asas kepada pemilihan
aktiviti P&P yang berkesan dalam bilik darjah. Selain itu, kajian ini juga penting
kepada kementerian pelajaran sebagai penentu dasar pendidikan dan juga kepada
para penyelidik di luar sana. Dapatan kajian ini juga penting dalam meningkatkan
mutu dan keberkesanan sistem pendidikan agar mampu melahirkan individu-
individu yang mempunyai kemahiran secara holistik. Kajian ini juga dapat
membantu murid dalam mengenal pasti corak pembelajaran sebenar yang mampu
meningkatkan minat dan prestasi serta kemampuan mereka bertutur dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
1.10 Limitasi Kajian
Kajian ini hanya melibatkan murid-murid tahun Enam di Sekolah Kebangsaan
Bolong, Tuaran sahaja dan laporan kajian hanya sahih dalam konteks sekolah ini
sahaja. Selain itu, kajian ini juga hanya tertumpu pada kaedah Main Peranan dalam
proses P&P. Kajian ini juga hanya melihat kesan kaedah Main Peranan dari sudut
minat dan pencapaian murid dari aspek kebolehan bertutur Bahasa Inggeris dalam
proses P&P.
1.11 Rumusan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Main Peranan terhadap
minat dan pencapaian pelajar dalam komunikasi bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Semoga dengan pembaharuan dan pengubahsuaian yang sesuai,
diharapkan kaedah ini akan dapat meringankan tekanan kepada guru dan hasilnya
kelak dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang bahasa dan
komunikasi.
Bab 2 : Sorotan Kajian
2.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan teori, konsep serta kajian-kajian yang berkaitan
dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran main Peranan. Tinjauan kajian
tertumpu kepada aspek yang menjadi fokus kepada pengkaji, iaitu aspek
pembelajaran Main Peranan dan kesannya terhadap minat dan pencapaian murid
bagi matapelajaran Bahasa Inggeris.
2.2 Konsep pembelajaran Main Peranan
Kaedah Main Peranan adalah satu metode yang berasal dari sosio drama yang
boleh digunakan juga untuk membantu pelajar memahami aspek yang lebih halus
tentang sastera, kajian sosial, dan juga beberapa aspek dalam sains dan
matematik. Kaedah ini juga boleh membantu dalam meningkatkan minat pelajar
dan meningkatkan penglibatan murid, bukan sahaja dalam pembelajaran tentang
sesuatu perkara, malah pembelajaran untuk mengintegrasikan pengetahuan ke
dalam tindakan dengan menyelesaikan masalah, mengeksplorasikan alternative,
dan melakukan penyelesaian yang kreatif ( Blatner, 2002). Menurut Brierly,
Devonshire dan Hillman (2002) dalam Pollock (2006), teknik Main Peranan juga
akan meningkatkan fungsi pengetahuan; kombinasi pengetahuan asas,
pengetahuan tentang prosedur ( mengetahui bagaimana – memiliki kemahiran )
dan pengetahuan kondisi ( mengetahui tentang persekitaran untuk menggunakan
kemahiran tersebut). Kaedah Main Peranan mencipta satu persekitaran yang
menggambarkan realiti sebenar dan ia memudahkan pelajar untuk menggunakan
pemahaman mereka tentang sesuatu situasi. Murid-murid mendapat gambaran
sebenar dalam isu-isu yang dibincangkan dalam kelas seterusnya
memperkembangkan kemahiran praktikal profesional.
2.3 Teori
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum
pembelajaran yang dihasilkan daripada ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-
teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar
dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan
teknik mengajar untuk mencapai objektif pengajaran.
2.3.1 Teori Pembelajaran Main Peranan
Teori utama yang digunakan dalam kajian ini adalah teori konstuktivisme.
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah
lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh
dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid
perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.
Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh
belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu
skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi
proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti
yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah
realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan
pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat
baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan
kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan
dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme
yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula
dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren
berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua
perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan
miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau
kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka
mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan
bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau
juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan
dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam
teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara
melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur
dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema
pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah
tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada
pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
2.4 Model
Pelbagai model dibina untuk memberi panduan kepada guru ke arah mewujudkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Sistem penyampaian ialah
kaedah di mana maklumat dibawa daripada sumber ke penerima dan sebaliknya
untuk tujuan pengajaran. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengambil satu model
kajian yang dikemukakan oleh Heinich dan rakan-rakan (1999).
Model yang digunakan merupakan model ASSURE. Model ASSURE ialah
akronim bagi menghuraikan prosedur dalam memilih dan mengguna media
pengajaran secara umum. Terdapat 5 komponen yang dapat dihuraikan daripada
model tersebut iaitu A-Analyze Leaners, S-State Objectives, S-Select Methods,
Media and Materials, U-Utilize Media and Materials, R-Require Leaner Perticipantion,
E-Evaluate and Revise.
Dalam kelas, pelajar perlu dianalisis dari segi ciri-ciri umum seperti peringkat
umur, tahap kemahiran intelektual, stail belajar sebelum sesuatu kemahiran dipilih
dan digunakan. Pendekatan yang dipilih hendaklah sesuai dan mengambil kira
kemampuan pelajar.
Pernyataan objektif dalam merancang sesuatu pengajaran adalah amat
penting. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau
prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti
pelajaran (Norhashimah, Mazenah & Rose, 1996). Objektif membantu guru
mengenal pasti prestasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi pengajaran dan
membentuk kriteria untuk membuat penilaian.
Dalam komponen memilih kaedah, media dan bahan (select methods, media
and materials) untuk pengajaran, guru perlu menimbang ciri-ciri pelajar, bentuk
objektif, pendekatan pengajaran dan kekangan situasi pengajaran. Guru boleh
mengubahsuai ABM yang dipilih atau mereka membentuk semula supaya menepati
dan sesuai dengan tahap pelajar.
Model ASSURE mencadangkan agar dalam langkah U (utilize media and
material), guru harus terlebih dahulu mengguna media dan bahan pengajaran
sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu mengenal pasti bentuk persiapan
terhadap persekitaran yang perlu disediakan ketika bahan itu digunakan seperti
infrastruktur baik dari segi kedudukan kelas, perkasasan dan perisisan dan jenis
aktiviti yang hendak dijalankan sesuai dengan objektif pelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan penyertaan pelajar
(require leaner participant). Menurut model ASSURE, media pengajaran yang baik
membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta mendapatkan
maklum balas. Aktiviti dan teknik pengajaran yang sesuai dilaksanakan dalam kelas
supaya menggalakkan penglibatan pelajar. Ia boleh berlaku secara individu atau
secara kumpulan. Minat dan motivasi kendiri pelajar akan meningkatkan
penglibatan mereka dalam proses pembelajaran.
Komponen terakhir adalah menilai dan mengulang kaji (evaluate and revise).
Penilaian ini dijalankan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua
peringkat pengajaran. Aspek strategi penyusunan pengajaran oleh guru seperti
penetapan objektif, respon pelajar, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz
dan kemahiran.
Rajah2.3: Model ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1999) dalam menentukan
ketepatan dan langkah persediaan dalam pemilihan alat bantu mengajar (model)
A Analyze Leaner
(Analisis Ciri-ciri Pelajar)
S State Objectives
(Menyatakan Objektif)
S Select Methods, Media and Materials
(Memilih Kaedah, Media, dan Bahan)
U Utilize Media and Materials
(Menggunakan Media dan Bahan)
R Require Leaner Participantion
(Memerlukan Penyertaan Pelajar)
E Evaluate and Revise
(Menilai dan Mengulang Kaji)
(Heinich & rakan-rakan, 1999)
2.5 Kajian Lepas
2.5.1 Kajian Dalam Negara
Menurut kajian yang telah dibuat oleh Naginder Kaur dari Universiti Teknologi Mara
(UiTM) cawangan Perlis, beliau mendapati terdapat hubungan positif antara konsep
diri dengan penyertaan pelajar dalam teknik pembelajaran Main Peranan. Ia boleh
dilihat melalui indikator seperti kegelisahan yang berpanjangan, kemahiran
berbahasa, pengaruh daripada pandangan kendiri, peranan pensyarah, impak
dominator, kesesuaian sama seperti mood pelajar. Kajian juga telah mendapati
bahawa pelajar mengalami perubahan dalam konsep diri, seperti yang dipamerkan
dalam kegelisahan yang semakin berkurangan, kesedaran tentang kekuatan dan
kelemahan diri mereka dan memperoleh keadaan sebenar sesuatu situasi,
perubahan dalam kemahiran berbahasa, hubungan positif antara pandangan kendiri
dengan kesesuaian tugasan yang telah diberikan.
Pramela Krish (2001) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi telah
melakukan kajian yang bertajuk ‘Role Play Activity With Distance Learners In An
English Language Classroom’. Beliau menyatakan bahawa kaedah Main Peranan
dapat membantu meningkatkan tahap kelancaran komunikasi dengan cara
meningkatkan interaksi dalam kelas dan memotivasikan mereka untuk belajar.
Tambahan pula, Kaedah Main Peranan akan memberi pelajar peluang untuk
bercakap dalam pelbagai konteks sosial. Dalam hal lain, Kaedah Main Peranan juga
dapat membantu pelajar yang malu untuk bercakap dengan lancar dalam sesuatu
situasi. Hal ini kerana mereka perlu mengenepikan rasa malu mereka yang hanya
menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi. Mereka akan turut serta secara aktif
dalam proses pembelajaran dan menjadikan mata pelajaran mereka menjadi lebih
bermakna dimana pelajar mungkin terdedah kepada pelbagai kaedah pembelajaran
seperti mendengar, mengingat skrip, berbincang, menulis skrip dialog dan Cue
Card kemudian mempersembahkan peranan-peranan mereka berdasarkan
permainan dan penulisan.
2.5.2 Kajian Luar Negara
Mengikut kajian yang telah dibuat di luar negara, kebanyakan keputusan
menunjukkan kesan yang positif. Mark Sutcliffe (2002) dalam kajiannya mendapati
bahawa kaedah Main Peranan akan memberi pemahaman kepada pelajar dan juga
sebagai penghargaan kepada alternatif -alternatif lain yang digunakan pelajar. Ia
akan menggalakkan pelajar-pelajar untuk mempamerkan idea mereka sendiri dan
seterusnya lebih faham akan posisi atau kedudukan orang lain. Menurut Wahibee
(2004), kaedah Main Peranan adalah satu kaedah yang efektif yang mana pelajar
akan dapat merasai situasi sebenar yang lebih realistik. Dalam kajian yang dibuat
oleh Maciej Karwowski dan Marcin Soszynski (2008), mereka mendapati bahawa
penggunaan kaedah Main Peranan dalam pengajaran dan pembelajaran akan
meningkatkan kreativiti pelajar, merangsang imaginasi pelajar dan meningkatkan
motivasi belajar.
2.6 Kerangka Konseptual
Bahasa Inggeris
Ujian Pra dan Pos
Skor Pencapaian
Kaedah pembelajaran Main Peranan
I. Pemboleh ubah bebas adalah kaedah pembelajaran Main Peranan dan Kad Peranan
yang diberi kepada setiap pelajar yang terlibat.
II. Pemboleh ubah terikat adalah skor pencapaian; dikaji dengan menggunakan set
ujian pra dan pos.
2.7 Penutup
Kajian-kajian yang dibuat berkaitan dengan Kaedah Main Peranan menunjukkan
bahawa kaedah ini amat berkesan dalam meningkatkan motivasi belajar disamping
kefahaman serta kemahiran murid bertutur Bahasa Inggeris.
Bab 3 : Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang merangkumi aspek reka
bentuk kajian yang digunakan, sampel kajian yang terlibat, instrumen kajian,
prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data. Menurut Mohd Majid
Konting (1990), kaedah penyelidikan merujuk kepada cara mendapatkan maklumat
yang boleh mencapai objektif sesuatu peyelidikan. Kajian ini bertujuan untuk
mengkaji kesan kaedah Main Peranan dalam kalangan murid Tahun Enam SK.
Bolong, Tuaran terhadap minat dan pencapaian mereka dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Maklumat yang dikumpul kemudiannya akan dianalisis bagi
menentukan sama ada maklumat tersebut mempunyai kaitan atau tidak dengan
hipotesis yang diutarakan oleh pengkaji dalam Bab 1.
3.2 Pendekatan / kaedah kajian
Kajian ini adalah berbentuk Quasi-eksperimen dimana soal selidik akan dijalankan
untuk mengkaji minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Terdapat dua kumpulan pelajar yang terlibat iaitu kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Pengkaji akan mengedarkan satu set soal selidik yang bertujuan
untuk mengkaji minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. Soal selidik
ini mengandungi soalan umum dan mudah untuk diisi oleh murid. Soal selidik ini
juga dibina sendiri oleh pengkaji dan diberikan kepada murid kumpulan rawatan
sahaja sebelum dan selepas pembelajaran Kaedah Main Peranan dijalankan. Soal
selidik berbentuk skala likert dimana murid perlu memilih jawapan mengikut skala
yang diberikan iaitu skala 5 sebagai ‘sangat setuju’, 4 ‘setuju’, 3 ‘kurang setuju’, 2
‘tidak setuju’ dan skala 1 sebagai ‘sangat tidak setuju’.
Seterusnya pengkaji akan mengedarkan satu lagi set soalan ujian pra iaitu
ujian peringkat awal terhadap murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
untuk mengetahui pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Selepas ujian pra dijalankan, kumpulan rawatan akan didedahkan dengan
kaedah pembelajaran Main Peranan manakala kumpulan kawalan diajar dengan
kaedah tradisional. Setelah kedua-dua buah kelas selesai belajar Bahasa Inggeris
berdasarkan sukatan pelajaran dengan menggunakan kaedah Main Peranan, maka
set soalan ujian pasca akan diedarkan. Kemudian barulah proses penilaian kajian
bermula. Reka bentuk kajian diringkaskan seperti dalam Jadual 1.
Reka bentuk Kajian
Kumpulan Sebelum Selepas
Rawatan Soal selidik minat Soal selidik minat
Ujian pra penilaian Ujian pos penilaian
Kawalan Ujian pra penilaian Ujian pos penilaian
Jadual 1
3.3 Sampel / Populasi Kajian
Sampel kajian merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Mohd
Majid (1990) menyatakan individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai
sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain. Sampel
kajian adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Enam SK. Bolong, Tuaran.
Kesemua sampel yang dipilih merupakan murid satu kelas yang akan belajar
menggunakan kaedah Main Peranan dan satu kelas lagi menggunakan kaedah
tradisional. Kedua-dua kelas yang dipilih adalah di tahap pencapaian sederhana,
iaitu terdiri daripada murid pintar dan sederhana lemah. Pemilihan sampel ini
berdasarkan sampel secara rawak.
3.4 Instrumen Kajian
Pengkaji menggunakan dua instrumen dalam kajian ini iaitu dua set soal selidik dan
dua set ujian pemahaman. Menurut Sidek Mohd Noah (2002), penggunaan borang
soal selidik dapat membantu dari aspek standardisasi kajian yang akan dijalankan.
Empat instrumen yang digunakan dinyatakan dibawah.
3.4.1 Set Borang I Soal Selidik Peribadi Responden
Soal selidik yang dijalankan dalam kajian ini memerlukan responden memilih
jawapan yang tepat terhadap soalan yang dikemukakan. Berdasarkan kepada
cadangan-cadangan jawapan yang disediakan, soal selidik ini adalah bertujuan
untuk mendapatkan jawapan yang betul dan tepat bagi memudahkan teknik
analisis yang akan digunakan. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada item-item seperti
jantina, bangsa, pekerjaan bapa atau penjaga, pendapatan keluarga, bilangan ahli
keluarga dan taraf pendidikan ibu bapa. Bahagian B pula adalah berkaitan dengan
kekerapan murid membuat latihan dan bertutur Bahasa Inggeris serta minat
responden terhadap mata pelajaran tersebut. Borang ini diedarkan kepada
responden pada hari pertama pengkaji masuk ke kelas. Responden diberi masa 10
minit untuk mengisi borang tersebut sebelum borang tersebut dikutip semula oleh
pengkaji.
3.5.2 Borang II Soal Selidik Responden
Borang II Soal Selidik Resonden yang dibuat oleh pengkaji mengandungi 19 item
soal selidik. Soal selidik itu adalah berkaitan dengan pendapat responden mengenai
kaedah pembelajaran Main Peranan yang digunakan oleh pengkaji untuk mengajar
mereka di dalam kelas. Di samping itu, soal selidik tersebut juga adalah bertujuan
untuk mengetahui sejauh mana minat mereka terhadap mata pembelajaran Bahasa
Inggeris setelah pengkaji menggunakan kaedah pembelajaran Main Peranan. Alat
ukur yang dibentuk untuk mengukur minat responden terhadap pembelajaran Main
Peranan terdiri dari item-item berskala likert 5 pilihan dengan skor 1 (Sangat Tidak
Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3 (Kurang Setuju), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat Setuju). Skor
skala likert ditunjukkan pada jadual 2 di bawah. Borang ini diedarkan oleh pengkaji
setelah menggunakan kaedah pembelajaran Main Peranan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Borang soal selidik ini juga hanya diberikan kepada kumpulan
rawatan sahaja. Hal ini kerana kumpulan kawalan tidak diajar menggunakan kaedah
pembelajaran Main Peranan. Pengkaji meminta responden menjawab borang ini
setelah ujian pos dijalankan. Pengkaji memberikan masa selama 10 minit kepada
responden untuk menjawab sebelum borang ini dikutip semula pengkaji untuk
dianalisis.
Jadual 2 : Skor Skala Likert
3.4.3 Set Ujian Pra
Set ujian pra merujuk kepada set ujian yang mengukur kemampuan murid untuk
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris yang dibentuk oleh pengkaji berdasarkan
sukatan pelajaran Bahasa Inggeris. Set ujian ini adalah berbentuk subjektif dimana
responden diminta memberi pendapat mereka berdasarkan situasi yang diberi
dalam kertas ujian mereka. Set ujian ini mengandungi 2 soalan dimana murid
dikehendaki memilih satu soalan sahaja dan soalan ini diperuntukkan dengan 40
markah yang meliputi tahap kelancaran berbahasa, kefahaman pada soalan,
ketepatan jawapan yang diberi dan keyakinan diri murid. Maka, markah minima
untuk ujian ini ialah sifar dan markah maksima ialah 40. Tahap kemahiran yang diuji
adalah sama dengan ujian pos kecuali angka-angka yang diubah bagi melihat
perubahan keputusan yang berlaku. Set ujian ini diedarkan kepada responden di
dalam kumpulan kawalan dan juga kumpulan rawatan dan responden diminta
menjawab dalam masa 10 minit sahaja. Guru-guru Bahasa Inggeris dan pengkaji
akan menilai murid satu persatu berdasarkan urutan abjad nama dan markah akan
diberi. Set ujian pra digunakan pada sesi pertama pengajaran pengkaji di dalam
kelas. Pencapaian murid daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh
mana tahap pembelajaran murid tanpa penggunaan kaedah Main Peranan.
3.4.4 Set Ujian Pos
Set ujian ini adalah soalan yang mengkehendaki murid untuk menjawab dengan
bertutur dalam Bahasa Inggeris di hadapan guru. Set ujian ini mengandungi 1
soalan yang setiap satunya berbentuk subjektif di mana responden diminta
memberi pendapat berdasarkan soalan yang diberikan. Markah maksima adalah 40
markah yang meliputi kelancaran berbahasa Inggeris, kefahaman pada soalan,
ketepatan jawapan dan keyakinan diri bertutur dalam Bahasa Inggeris. Set ujian ini
diedarkan kepada responden di dalam kumpulan kawalan dan juga kumpulan
rawatan dan guru-guru akan menilai murid satu persatu berdasarkan urutan abjad
nama. Responden diminta menjawab dalam masa 10 minit sahaja. Pencapaian
murid daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan
sesi pengajaran dan pembelajaran secara Main Peranan.
3.5 Prosedur kajian
Kajian ini menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data
primer diperoleh daripada responden iaitu merujuk kepada borang soal selidik yang
diedarkan manakala data sekunder diperoleh daripada perpustakaan dan internet.
Pengkaji menentukan bidang yang hendak dikaji melalui pembacaan kajian-kajian
lepas serta rujukan daripada perpustakaan dan internet.
Kajian ini menggunakan reka bentuk Quasi eksperimen. Ujian pra telah
diberikan kepada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan pada awal kajian. Selepas tempoh tertentu, pelajar dari kedua-dua
kumpulan diberikan ujian pos.
Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas Tahun Enam
yang terlibat. Semua murid dari kedua-dua buah kelas akan menjawab soal selidik
yang pertama yang akan digunakan untuk mengkaji latar belakang sampel.
Pengkaji akan membuat penilaian terhadap faktor-faktor latar belakang sampel
yang mungkin mempengaruhi keputusan kajian berdasarkan borang soal selidik
yang diedarkan.
Set soalan atau ujian pra akan dijalankan di kedua-dua buah kelas dan
keputusannya akan digunakan untuk memperolehi data tentang pengetahuan sedia
ada, tahap pencapaian sampel, kebolehan berkomunikasi, dan minat.
Ujian kedua atau ujian pos pula bertujuan untuk mengkaji sejauh mana
keberkesanan sesi pembelajaran secara Main Peranan mahupun secara tradisional.
Ujian ini mengandungi 2 soalan pilih satu yang meminta murid untuk memberi
pendapat terhadap soalan subjektif yang diberikan dari pelbagai aras. Masa yang
diberikan adalah 10 minit sahaja.
Murid diminta memberi jawapan secara jujur dan mengikut kesesuaian diri
mereka sendiri dan bukannnya mengikut tanggapan orang lain atau mana-mana
pihak. Segala maklumat yang diberi dirahsiakan dan ia hanyalah digunakan untuk
tujuan kajian semata-mata. Jawapan yang diberikan seharusnya bersifat terbuka,
jujur dan ikhlas. Borang soal selidik dan markah penilaian akan dikumpul semula
untuk dianalisis.
3.7 Prosedur Penganalisisan Data
Menurut Mohd Majid (2000), pemprosesan data merupakan teknik pengumpulan,
pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data yang
dipungut melalui soal selidik dianalisis menggunakan perisian komputer iaitu Pakej
Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Version 15.0. Analisis deskriptif digunakan untuk
memerihalkan maklumat tentang profil responden. Perisian SPSS merupakan
perisian yang digunakan untuk mendapat keputusan dalam bentuk frekuensi,
peratusan dan min. Kekerapan min dan peratusan merupakan parameter-parameter
yang akan digunakan dalam menilai setiap item yang terdapat di dalam borang soal
selidik (Mohd. Salleh Abu, 2001).
Data yang dikumpul dari instrumen kajian ini akan dianalisis mengikut tiga
jenis data atau maklumat. Maklumat berkaitan minat pelajar yang diperolehi
daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu
kekerapan, peratusan dan skor min. Maklumat kedua yang berkaitan dengan
pengetahuan sedia ada murid dan tahap pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris
dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai. Keputusan pencapaian murid
dengan pembelajaran secara kaedah Main Peranan dan murid dengan kaedah
tradisional dibandingkan. Maklumat ini diperolehi daripada ujian pasca dan data
yang diperolehi dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai.
3.8 Penutup
Keseluruhannya apa yang terkandung dalam bab ini adalah penerangan mengenai
tatacara yang dilalui oleh penyelidik dalam proses sebelum, semasa dan selepas
kajian dilakukan. Prosedur yang dirancang di dalam bab ini bertujuan untuk
memudahkan proses penyelidikan dilakukan.
Bibliografi
McDonough, J. and Show, (1993). C Materials and Methods in ELT. Cambridge, MA: Blackwell
Curran, C. A. (1972). Counseling-Learning. New York: Rune and Stratton, Inc.
Stern, S.L. (1980). Drama in Second Language Learning from a Psychological Perspective. Language learning 30 77-97.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan; Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maros, M. (2007). Penyelidikan Lakuan Bahasa:Pemilihan kaedah dan Pola Penemuan.Akademika , 91-115.
Adam Blatner (2002, August 2). Role Playing In Education. Retrieved October 2009, from www.blatner.com: http://www. blatner.com/adam/pdntbk/rlplayedu.htm
Pollock, D. K. (2006). Role Play as a Teaching Method:A Practical Guide. Mekong: Ubon Ratchathani University.
Sutcliffe, M. (2002, October). The Press Briefing Role Play. Retrieved October, 2009, from Economics Network Web Site: http://www.economicsnetwork.ac.uk/showcase/sutcliffe_press
A-Wahibee, K. M. (2004). Revival of Role-play: The Effectiveness of Role-play Activities In Learning English As A Foreign Language By Saudi College Students. Language And Translation , 25-48.
Maciej Karwowski, M. S. (2008). How to develop creative imagination? Assumption, Aims, And Effectiveness Of Role Playing Training In Creativity (RPTC). Thinking Skill And Creativity , 163-171.
Konting, M. M. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noah, S. M. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Salleh Abu, Z. T. (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0 For Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Pramela Krish. (2001, July). A Role Play Activity with Distance Learners in an English Language Classroom. Retrieved October from The Internet TESL Journal, Vol. VII, No. 7, website : http://iteslj.org/:http://iteslj.org/Article/Krish-RolePlay.htm
Posted by Anak Sama Buansa at 2:15 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
3 comments:
1.
Nadiah Kamal March 29, 2013 at 10:37 PM
salam boleh saya dapatkan contoh borang kaji selidik saudara? kebetulan saya sedang
melakukan kajian main peranan ni.
Reply
2.
Rozita binti Sofian May 6, 2013 at 8:40 AM
SALAM . SAYA JUGA INGIN MENDAPATKAN CONTOH BORANG SOAL SELIDIK SAUDARA
YANG MANA SAYA JUGA MENJALANKAN KAJIAN MENGENAI MAIN PERANAN TETAPI
DALAM MATAPELAJARAN LAIN
Reply
3.
ella lalola :D November 4, 2014 at 7:10 PM
Salam. boleh tak saya nak tau latar belakang penyelidik? saya nak jadikan thesis ni sebagai
rujukan saya. thanks.
Reply