nota minggu 6

Upload: kitty-liew

Post on 13-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

Anduh dan pertolongan cemas

PembalutUntuk membantu pembebatan* Pembalut tiga segi * Pembalut lebar* Pembalut kecil* Pembalut gulung

Pembalut Tiga Segi

Lipatan Tiga Segi

Ikatan Simpul SilaIkatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh; menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

\

Jenis-jenis BalutanBalutan Luka Tangan

Balutan Luka Tangan

Balutan Luka Tangan

Balutan Luka Dada

Luka Depan

Luka Belakang

Balutan Luka Bahu

Balutan Luka Paha

Balutan Luka Siku

Balutan Luka Lutut

Balutan Luka Lengan

Balutan Luka Jari

Merawat luka, gigitanMelecurTerbakar Teruk dan Melecur

Kecederaan melecur atau terbakar yang disebabkan oleh haba. Terbakar dan melecur adalah kecederaan dan kerosakan yang terjadi pada kulit disebabkan oleh haba, bahan kimia dan arus elektrik.Kecederaan jenis ini membawa risiko besar iaitu cecair badan terhilang dari sistem peredaran darah dan kemungkinan jangkitan kuman kerana lapisan perlindungan badan telah rosak. Matlamat anda ialah untuk menghentikan proses kebakaran dengan menyejukkan kebakaran dengan secepat mungkin.Penilaian Mangsa Terbakar dan Melecur TerukPastikan tahap keterukan kebakaran. Mungkin terjadi: Kesakitan yang kuat pada tempat berlaku kecederaan, walau pun kebakaran yang dalam mungkin tidak memberi rasa sakit pada mangsa. Melepuh, melecet atau gelembung pada sekitar kawasan yang tercedera. Kemerahan dan bengkak pada kawasan yang cedera, atau kulit hangus jika kebakarannya teruk.Langkah Berjaga-jaga DiriPakai sarung tangan pakai buang jika ada.Langkah-langkah Pertolongan Cemas Melecur dan Terbakar Teruk1. SEJUKKAN KAWASAN TERBAKAR / MELECUR. Alirkan air sejuk atau suam di atas kawasan yang terbakar selama sekurang-kurangnya 10 minit, atau sehingga kesakitan berkurangan. Dudukkan mangsa dan angkat (tinggikan) kawasan yang tercedera. Letakkan mangsa berada dalam keadaan yang selesa untuknya. Panggil bantuan kecemasan.Alirkan air sejuk pada kawasan melecur atau terbakar. 2. BUANG JERUTAN / CEKIKAN. Buang atau potong sebarang kain, pakaian atau barang kemas daripada kawasan yang terlibat ketika anda menyejukkan kawasan terbakar. Jangan buang sebarang benda yang melekat pada kulit yang terbakar.3. LINDUNGI KAWASAN TERBAKAR / MELECUR. Tutup kawasan terbakar dan melecur, sebaik-baiknya dengan plastik (pembalut plastik atau beg plastik yang bersih). Jika tiada, gunakan kain pembalut steril yang cukup besar untuk menutupnya. Bahan yang tidak berbulu seperti kain bersih atau sarung bantal bersih juga boleh digunakan.Tutup anggota atau bahagian yang melecur atau terbakar untuk mengelakkan jangkitan kuman. 4. BARINGKAN MANGSA. Bantu mangsa untuk berbaring, pada masa yang sama mengekalkan bahagian yang cedera terangkat dan disokong. Angkat kakinya mengatasi aras jantungnya dan sokong dengan kerusi (atau objek lain yang ada). Ini mengurangkan risiko kejutan, satu keadaan yang mengancam nyawa yang boleh berlaku selepas kehilangan banyak cecair badan.Amaran Jangan tutup tempat terbakar dan melecur dengan kain pembalut yang melekit. Jangan bubuh sapuan, salap atau krim pada lecuran. Jangan beri mangsa sebarang makanan atau minuman kerana mungkin dia akan diberi ubat bius kemudian nanti. Jika mangsa menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri, buka laluan udara dan periksa pernafasan. Bersedia untuk melakukan CPR.Dapatkan BantuanDapatkan nasihat perubatan untuk kebakaran dan melecur yang berukuran lebih dari 2.5 cm. Kesemua kebakaran dan melecur dalam pada kanak-kanak memerlukan rawatan hospital.Langkah SeterusnyaAwasi tahap kesedaran mangsa, pernafasan dan nadinya ketika anda menunggu bantuan kecemasan.

PitamPertolongan Cemas : PITAM Pitam atau nama lainnya tidak sedarkan diri atau pengsan . Jika anda mengalami situasi dimana kawan-kawan atau ahli keluarga anda tiba-tiba pitam, ini adalah apa yang perlu anda lakukan.

Pitam adalah satu keadaan iaitu kekurangan bekalan darah ke otak untuk seketika waktu. Antara penyebab pitam adalah, berpanas terlalu lama,terlalu letih dan kelaparan,kesakitan yang teramat sangat (tindakbalas saraf terhadap kesakitan),berada pada persekitaran yang terlalu sesak,disebabkan oleh emosi sebagai contoh,terkejut,melihat kejadian yang mengerikan serta mabuk darah yang mana menyebabkan pembuluh darah membesar (vasodilation) dengan tiba-tiba menyebabkan kekurangan darah kembali ke jantung dan seterusnya kekurangan peredaran darah ke otak.

Tanda-tanda seseorang mangsa akan pitam adalah, muka menjadi pucat,mangsa akan berpeluh sejuk,denyutan nadi cepat tetapi lemah ( sukar untuk dirasai),mengadu pening,loya dan pandangan menjadi kabur. Apa yang perlu lakukan jika mangsa pitam secara tiba-tiba,

Pertama sekali, jangan angkat mangsa duduk atau berdiri semula kerana kedudukan baring mendatar itu dengan sendirinya akan memulihkan peredaran darah ke otak. Kemudian, baringkan mangsa di tempat yang teduh dan mempunyai pengaliran udara yang baik (tempat yang tidak sesak). Longgarkan pakaian mangsa jika ketat terutama di bahagian leher,dada dan abdomen. Seterusnya tinggikan bahagian kaki mangsa untuk mengembalikan peredaran darah ke jantung. Tukar posisi baringan mangsa kepada posisi mengiring jika mangsa muntah. Dudukkan mangsa apabila benar-benar pulih. Beri sedikit minuman kepada mangsa dan galakkan mangsa untuk menarik nafas.

Jika anda berada dalam situasi ini, jangan panik dan bantulah mangsa. Langkah-langkah di atas akan sangat berguna dan dapat membantu dalam situasi tersebut. Semoga bermanfaat.