minggu 3.docx

4
Bilangan Jurnal : 3/12 Minggu Praktikum : Ketiga Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 10 hingga 14 Februari 2014 Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa 1. Masalah/ Peristiwa Pada hari 14 Februari 2014, saya telah menghadapi masalah dalam pengurusan masa mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dirancangkan. Pada kebiasaanya aktiviti bagi langkah empat atau akhir tidak dapat dilaksanakan dengan baik berikutan masa yang tidak mencukupi. Lanjutan daripada itu, objektif pelajaran tidak tercapai mengikut target selain menyebabkan beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan dengan sempurna ataupun langsung tidak dijalankan. 2. Analisis Masalah ini timbul apabila sesi P&P yang melibatkan perbincangan kumpulan. Murid-murid akan mengambil masa untuk berkumpul dengan cepat selain memastikan semua duduk dengan selesa dan diam sebelum tajuk perbincangan diberikan. Bukan itu sahaja, peruntukkan masa yang diberikan untuk murid berbincang dan menyiapkan pembentangan akan memakan masa yang lama berikutan mereka lebih banyak bergurau senda dan bermain

Upload: nurfazlina-a-rahim

Post on 15-Sep-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : 3/12Minggu Praktikum : KetigaTarikh Peristiwa/ Kejadian : 10 hingga 14 Februari 2014Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah/ PeristiwaPada hari 14 Februari 2014, saya telah menghadapi masalah dalam pengurusan masa mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dirancangkan. Pada kebiasaanya aktiviti bagi langkah empat atau akhir tidak dapat dilaksanakan dengan baik berikutan masa yang tidak mencukupi. Lanjutan daripada itu, objektif pelajaran tidak tercapai mengikut target selain menyebabkan beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan dengan sempurna ataupun langsung tidak dijalankan.

2. AnalisisMasalah ini timbul apabila sesi P&P yang melibatkan perbincangan kumpulan. Murid-murid akan mengambil masa untuk berkumpul dengan cepat selain memastikan semua duduk dengan selesa dan diam sebelum tajuk perbincangan diberikan. Bukan itu sahaja, peruntukkan masa yang diberikan untuk murid berbincang dan menyiapkan pembentangan akan memakan masa yang lama berikutan mereka lebih banyak bergurau senda dan bermain daripada berbincang secara serius dan cepat. Bagi sesi pembentangan pula, saya melihat terdapat beberapa orang murid yang kurang memahami isi yang diterangkan selain suara yang kurang jelas dan tidak lancar. Masalah gangguan daripada murid lain semasa pembentangn juga telah menyebabkan mereka berasa malu dan tidak yakin dengan isi penting yang ditulis. Bukan itu sahaja, gangguan gangguan lain seperti perhimpunan dan pemasangan LCD untuk memulakan pembelajaran sedikit sebanyak mempengaruhi kurangnya masa untuk keseluruhan sesi P&P yang sepatutnya.

3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya perlu membaca beberapa buah buku yang berkaitan dengan pengurusan masa supaya pada masa akan datang saya lebih bijak dan tahu bagaimana cara untuk menguruskan masa dengan baik dan sistematik. b) Saya akan mengkaji terlebih dahulu peruntukkan masa yang diperlukan oleh setiap kumpulan sama ada kumpulan murid yang lemah atau bijak untuk menyiapkan tugasan yang diberikan agar selari dengan masa yang diberikan. c) Bagi mengelakkan pengambilan masa yang lama untuk memsang LCD dan komputer riba, saya akan memilih waktu selepas rehat supaya pemasangan dapat dilakukan semasa murid-murid sedang berehat di kantin.d) Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, saya perlu lebih tegas dan sentiasa mengingatkan murid-murid tentang peruntukkan masa yang diberikan. Satu minit sebelum tamat masa aktiviti, saya sekali lagi perlu mengingatkan murid agar mereka dapat melakukan semakan terakhir terhadap kertas pembentangan yang dihasilkan. e) Saya perlu mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing mahupun mana mana guru yang berpengalaman untuk mendapatkan tips dalam pengurusan masa yang bijak.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh satu minggu. Sebagai seorang guru, pengurusan masa adalah penting agar setiap waktu dan masa yang diberikan sentiasa dapat diisi dengan segala ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk murid-murid yang diajarkan. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru untuk memastikan pengurusan masa tidak terganggu agar segala objektif pembelajaran yang dirancangkan tercapai. Sekiranya masalah tidak dapat diatasi, maka masalah tidak mencapai objektif sepenuhnya akan berterusan hingga ke minggu yang berikutnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah PembimbingTandatangan : Tandatangan :Nama : Nama :Tarikh : Tarikh :