minggu 1 jurnal

5
MINGGU : 4 TEMPOH : 24 FEBRUARI – 27 FEBRUARI 2014 TAJUK : PERSEDIAAN GURU DAN DISIPLIN MURID SEMASA DI KELAS RBT MASALAH : Pada 24 Februari 2015, saya telah masuk ke kelas 5 Amanah untuk mengajar subjek RBT. Pada masa tersebut, guru pembimbing saya telah masuk untuk sesi penyeliaan yang pertama. Terdapat 2 masalah yang timbul pada hari ini iaitu saya tidak dapat menjalani P d P seperti yang dirancang dalam buku RPH serta terdapat 2-3 murid yang tidak berdisiplin dan tidak mendengar arahan semasa kelas saya. Mereka suka berjalan ke sini ke sana dan tidak begitu minat untuk belajar. ANALISIS : Selepas dianalisis, saya mendapati masalah yang pertama telah menyebabkan saya sedikit tertekan kerana tidak dapat menjalani proses P d P seperti yang dirancang. Namun, saya berjaya menjalani kelas dengan plan B iaitu menggunakan bahan-bahan konkrit yang sedia ada dalam bengkel. Namun, masalah disiplin murid agak merisaukan saya dan perlu saya titikberatkan lagi kerana sejauh mana hebat seseorang guru mengajar, kalau murid tidak dapat memberi tumpuan, objektif P dan P tetap tidak tercapai. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN : Selepas mengenal pasti masalah ini, saya berinisiatif untuk mengatasi masalah ini. Yang pertama, saya sedar saya perlu sentiasa bersedia dengan plan B kerana proses P d P perlu dijalankan meskipun berlaku masalah teknikal yang tidak diingini. Saya percaya guru yang baik adalah guru yang fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Malahan, saya juga perlu perbaiki diri dan meningkatkan diri dalam mengamalkan nilai

Upload: pui-yee-lam

Post on 17-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fdbaergrwegrre ghrevf

TRANSCRIPT

MINGGU : 4 TEMPOH : 24 FEBRUARI 27 FEBRUARI 2014TAJUK : PERSEDIAAN GURU DAN DISIPLIN MURID SEMASA DI KELAS RBT MASALAH : Pada 24 Februari 2015, saya telah masuk ke kelas 5 Amanah untuk mengajar subjek RBT. Pada masa tersebut, guru pembimbing saya telah masuk untuk sesi penyeliaan yang pertama. Terdapat 2 masalah yang timbul pada hari ini iaitu saya tidak dapat menjalani P d P seperti yang dirancang dalam buku RPH serta terdapat 2-3 murid yang tidak berdisiplin dan tidak mendengar arahan semasa kelas saya. Mereka suka berjalan ke sini ke sana dan tidak begitu minat untuk belajar. ANALISIS : Selepas dianalisis, saya mendapati masalah yang pertama telah menyebabkan saya sedikit tertekan kerana tidak dapat menjalani proses P d P seperti yang dirancang. Namun, saya berjaya menjalani kelas dengan plan B iaitu menggunakan bahan-bahan konkrit yang sedia ada dalam bengkel. Namun, masalah disiplin murid agak merisaukan saya dan perlu saya titikberatkan lagi kerana sejauh mana hebat seseorang guru mengajar, kalau murid tidak dapat memberi tumpuan, objektif P dan P tetap tidak tercapai. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN : Selepas mengenal pasti masalah ini, saya berinisiatif untuk mengatasi masalah ini. Yang pertama, saya sedar saya perlu sentiasa bersedia dengan plan B kerana proses P d P perlu dijalankan meskipun berlaku masalah teknikal yang tidak diingini. Saya percaya guru yang baik adalah guru yang fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Malahan, saya juga perlu perbaiki diri dan meningkatkan diri dalam mengamalkan nilai profesionalisme perguruan supaya saya boleh menjadi bakal guru yang dapat mendidik anak-anak bangsa. Untuk masalah yang kedua, saya perlu mencari jalan untuk menangani masalah murid. Sepanjang saya masuk kelas, saya telah menetapkan peraturan dan rutin yang perlu dipatuhi oleh mereka. Malahan, saya juga tegas dan menegur kesilapan murid. Namun demikian, saya telah menampak perubahan pada sesetengah murid namun bukan semuanya. Kini, saya telah mendapat satu kaedah yang sebenarnya lebih berkesan iaitu menggunakan cara menulis mesej di papan putih dan hal ini berkesan apabila saya masuk untuk kelas ganti di 5 Bestari. Saya akan cuba menangani disiplin murid dengan cara menulis supaya murid dapat menerima teguran guru dengan cara yang tenang kerana saya percaya murid adalah insan yang perlu dihargai dan diberi peneguhan. Maka, saya akan cuba tidak marah tetapi memberi peneguhan menggunakan cara ini bagi melihat keberkesanannya dalam kelas 5 Amanah. TEMPOH TINDAKAN SUSULAN : Saya akan menggunakan tempoh 3-5 minggu ini dalam mencuba kaedah ini. Hal ini kerana saya percaya ada hikmah di sebaliknya saya diberi kelas ini dan saya perlu sentiasa berusaha dan tidak putus asa dalam mendidik dan membentuk disiplin mereka. Saya akan menjadi terharu dan teruja serta bangga kepada anak-anak murid saya ini kalau mereka dapat berubah menjadi manusia yang lebih baik.

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARAMISI

NAMA PELAJARLAM PUI YEE

NOMBOR KP920629-08-5470

KUMPULAN7 PISMP RBT 2

PROGRAMPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILANJANUARI 2012

MAJORREKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)

MINORPENDIDIKAN JASMANI (PJ)

SEKOLAHSK TAMAN RASAH JAYA

PENSYARAH PEMBIMBING MAJORPUAN NOR RASHIDAH BINTI AHMAD

PENSYARAH PEMBIMBING MINORCIK ROHAIZA BINTI MOHAMED

GURU PEMBIMBING MAJORPUAN SITI ADYANI BINTI OTHMAN

GURU PEMBIMBING MINORENCIK MOHD SYAFAWI BIN ISHAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKBANDAR ENSTEK, 71760 NILAI, NEGERI SEMBILAN. PORTFOLIO PRAKTIKUM FASA 3