minggu 1

3
PENULISAN JURNAL MINGGU 1 Minggu Praktikum : Pertama Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SJKT Karak Pada hari pertama, saya bersama 3 lagi rakan praktikum saya melapor diri kepada Pn. Vanathamah, selaku Guru Penolong Kanan. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Kami telah disambut dengan baik dan bersama beliau, kami membincangkan beberapa perkara: o Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah o Perkara atau aktiviti yang akan kami sepanjang waktu persekolahan o Program atau aktiviti yang perlu kami laksanakan di sekolah o Cara lapor diri dan kedatangan setiap hari di sekolah Selepas itu, kami diperkenalkan kepada Guru Penolong Kanan yang mana akan bertanggungjawab ke atas pencapaian objektif praktikum kami di sekolah ini. Bersama beliau, kami mendapatkan beberapa maklumat. Antaranya: Aktiviti yang akan kami lakukan di sekolah Program yang perlu kami laksanakan semasa berpraktikum Mendapatkan maklumat tentang program sekolah Berbincang tentang subjek yang bakal diajar Mendapat draf jadual

Upload: trevor-riley

Post on 02-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

PENULISAN JURNAL MINGGU 1

Minggu Praktikum : PertamaTajuk Jurnal : Minggu Pertama di SJKT Karak

Pada hari pertama, saya bersama 3 lagi rakan praktikum saya melapor diri kepada Pn. Vanathamah, selaku Guru Penolong Kanan. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Kami telah disambut dengan baik dan bersama beliau, kami membincangkan beberapa perkara: Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah Perkara atau aktiviti yang akan kami sepanjang waktu persekolahan Program atau aktiviti yang perlu kami laksanakan di sekolah Cara lapor diri dan kedatangan setiap hari di sekolah

Selepas itu, kami diperkenalkan kepada Guru Penolong Kanan yang mana akan bertanggungjawab ke atas pencapaian objektif praktikum kami di sekolah ini. Bersama beliau, kami mendapatkan beberapa maklumat. Antaranya: Aktiviti yang akan kami lakukan di sekolah Program yang perlu kami laksanakan semasa berpraktikum Mendapatkan maklumat tentang program sekolah Berbincang tentang subjek yang bakal diajar Mendapat draf jadual

Pada hari tersebut juga kami telah mengadakan mesyuarat bersama bersama, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk menetapkan pemilihan guru penasihat bagi permainan, kelab & persatuan dan unit beruniform. Selepas waktu rehat kami telah melawat kelas pemulihan bersama guru pembimbing.

Pada hari ketiga pula kami telah menjalankan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu dan Matematik kepada murid pemulihan Tahun 3. Kami telah membawa semua murid pemulihan ke kelas pemulihan untuk membuat Ujian Diagnostik. Pada hari keempat kami telah diminta oleh Guru Penolong Kanan untuk mengganti kelas bagi guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah. Keadaan ini memberikan kami peluang untuk mengenali murid-murid yang bakal kami ajar dengan lebih dekat. Kami juga meminta pendapat guru-guru lain bagi menambahkan idea dalam mengatasi masalah tersebut. Pada waktu-waktu terluang, saya melengkapakan fail praktikum yang mana memasukkan bahan-bahan yang telah diperolehi mengikut susunan yang betul.

Akhir sekali, pada hari kelima, saya telah memasuki kelas perdana iaitu Tahun 2 Varunan untuk mengajar subjek Bahasa Tamil. Ini merupakan pengalaman pertama saya mengajar subjek Bahasa Tamil di sekolah tersebut. Walaubagaimanapun, saya dapat menjalankan proses P&P dengan baik dan lancar. Kami juga diminta untuk mengganti kelas bagi mana-mana guru yang tidak hadir. Peluang ini kami gunakan sebaiknya sekali lagi untuk mencuba cadangan ataupun cara-cara yang dirasakan sesuai untuk menghadapi situasi mereka. Selama seminggu berada di sekolah, kami secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah ini. Tambahan pula, guru pembimbing sentiasa membuat pemerhatian dan memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami agar dapat menjadikan diri kami lebih baik dari sehari ke sehari.

Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh