minggu 1 ikatan

10
1. Ikatan — Simpulan dan Anyaman KAEDAH menggunakan simpul untuk sukatan baru Ujian Pengakap telah pun disusun. Beratus-ratus simpulan telah diperkenalkan, tetapi tidak dapat dipelajari kesemuanya. Maka sia-sialah jika simpul itu dipelajari semata-mata untuk lulus ujian. Kita mesti memberi pandangan yang positif terhadap simpul-simpul itu se-belum kita memulakannya supaya dapat digunakan sebaik-baik-nya. Anda juga tidak hanya belajar tentang cara bagaimana hendak mengikat simpul-simpul itu, tetapi mesti tahu cara menggunakan-nya dengan betul. Kadang-kadang pengakap suka membeli tali yang murah harganya, tetapi untuk pengetahuan anda, tali yang mahal lebih baik mutunya dan tahan lama pula. Kalau boleh jangan gunakan tali nilon dalam sebarang kerja perintis oleh sebab tali nilon tidak tahan dan sangat berbahaya. Tidak syak lagi bahawa tali 'sisal' yang terbaik dan murah dan digunakan juga secara meluas di negara-negara Asia. Cuma ada satu kekurangan, iaitu tali 'sisal' berat dan tidak mudah dibawa, ter-utama'sekali jikalau perjalanan itu jauh dan memenatkan. Bagi kumpulan pengakap yang menggunakan tali 'sisal', tentukan bahawa tali itu betul-betul kering sebelum disimpan. Amalan ini dilakukan adalah untuk mengelakkan tali itu menjadi reput. Tali ini hendak-lah dijemur, tetapi jangan terlalu lama dan kemudian gulungkan dan letakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Dengan menggunakan budi bicara dan dengan sikap yang positif anda akan mendapati bahawa menggunakan 'ikatan' dan 'simpul' amat me- nyeronokkan. Buku Sila (Simpul Hidup) (Reef Knot) Buku sila (simpul hidup) digunakan untuk mengikat dua utas tali yang sama tebal. Simpul ini dikenal juga sebagai simpul rata. Simpul buku sila ini sering digunakan dalam pertolongan cemas, kerapkali digunakan sebagai ikatan kain pembalut pertolongan cemas dan tornique oleh kerana simpul ini dapat dibuka dengan cepat dan digunakan secara berkesan. Dengan kata lain, simpul ini mudah dibuka jikalau diikat dengan betul. Cara vang cepat sekali untuk membuka simpul ini ialah dengan menarik 'A' dan 'B' serentak (lihat gambarajah). Simpul ini digunakan juga untuk mengikat bungkusan.

Upload: linda-eu

Post on 16-Dec-2015

506 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

MINGGU 1 IKATAN

TRANSCRIPT

1. Ikatan Simpulan dan AnyamanKAEDAH menggunakan simpul untuk sukatan baru Ujian Pengakap telah pun disusun. Beratus-ratus simpulan telah diperkenalkan, tetapi tidak dapat dipelajari kesemuanya. Maka sia-sialah jika simpul itu dipelajari semata-mata untuk lulus ujian. Kita mesti memberi pandangan yang positif terhadap simpul-simpul itu se-belum kita memulakannya supaya dapat digunakan sebaik-baik-nya. Anda juga tidak hanya belajar tentang cara bagaimana hendak mengikat simpul-simpul itu, tetapi mesti tahu cara menggunakan-nya dengan betul. Kadang-kadang pengakap suka membeli tali yang murah harganya, tetapi untuk pengetahuan anda, tali yang mahal lebih baik mutunya dan tahan lama pula.Kalau boleh jangan gunakan tali nilon dalam sebarang kerja perintis oleh sebab tali nilon tidak tahan dan sangat berbahaya. Tidak syak lagi bahawa tali 'sisal' yang terbaik dan murah dan digunakan juga secara meluas di negara-negara Asia. Cuma ada satu kekurangan, iaitu tali 'sisal' berat dan tidak mudah dibawa, ter-utama'sekali jikalau perjalanan itu jauh dan memenatkan. Bagi kumpulan pengakap yang menggunakan tali 'sisal', tentukan bahawa tali itu betul-betul kering sebelum disimpan. Amalan ini dilakukan adalah untuk mengelakkan tali itu menjadi reput. Tali ini hendak-lah dijemur, tetapi jangan terlalu lama dan kemudian gulungkan dan letakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Dengan menggunakan budi bicara dan dengan sikap yang positif anda akan mendapati bahawa menggunakan 'ikatan' dan 'simpul' amat me-nyeronokkan.Buku Sila (Simpul Hidup) (Reef Knot)Buku sila (simpul hidup) digunakan untuk mengikat dua utas tali yang sama tebal. Simpul ini dikenal juga sebagai simpul rata. Simpul buku sila ini sering digunakan dalam pertolongan cemas, kerapkali digunakan sebagai ikatan kain pembalut pertolongan cemas dan tornique oleh kerana simpul ini dapat dibuka dengan cepat dan digunakan secara berkesan. Dengan kata lain, simpul ini mudah dibuka jikalau diikat dengan betul. Cara vang cepat sekali untuk membuka simpul ini ialah dengan menarik 'A' dan 'B' serentak (lihat gambarajah). Simpul ini digunakan juga untuk mengikat bungkusan.

Simpul Bunga Keti (Sheet Bend)Biasanya, simpul bunga keti ini digunakan untuk mengikat dua utas tali yang sama saiz atau tebalnya, atau yang tidak sama saiz atau tebalnya. Simpul ini digunakan juga untuk mengikat,seutas tali ke seutas aelungan tali dan kerapkali digunakan untuk mengikat bendeca. Bagaimanapun, simpul ini jarang sangat digunakan, tidak seperti simpul buku sila.

Simpul Belit (Round Turn and 2 Half Hitches)Simpul belit ini digunakan untuk mengikat tali pada tiang. Simpul ini sangat berguna juga untuk mengikat tali dan untuk membuat penyidai kain. Ketegangan tali penyidai kain ini boleh menjadi bertambah tegang dengan menggunakan kekuatan pada simpul itu (3 atau 4 lilitan). Ikatan itu diakhiri dengan membuat dua lilitan Simpul Manuk (dove hitch).

Simpul Manuk (Clove Hitch)Simpul ini digunakan untuk mengikat hujung tali pada pancang atau tiang. Di samping itu, simpul ini digunakan juga apabila manuk itu dalam keadaan menegak dari tali pada tiang. Manuk itu digunakan untuk membuat ikatan empatsegi atau ikatan seraya. Untuk memulakannya, A dan B terpaksa dipintal (lihat gambarajah).

Simpul Tindih Kasih (Bowline)Simpul tindih kasih digunakan untuk membuat gelungan tali yang tidak akan tergelincir keluar pada hujung tali. Oleh itu, simpul ini digunakan untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu untuk membawa seseorang mangsa itu turun dari bangunan yang tinggi. Yang penting ialah bahawa 'A' dan 'B' mesti ditarik serentak, kalau tidak, ikatan itu bukanlah simpul tindih kasih yang betul.

Simpul Pulih (Sheep-Shank)Simpul ini digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotong-nya dan juga untuk menguatkan bahagian tali yang kurang kuat. Jikalau hendak menguatkan tali itu, bahagian tali yang kurang kuat itu mesti diletakkan pada bahagian C. Simpul ini dapat di-kukuhkan dengan meletakkan sebatang kayu pada gelung tali 'A' dan 'B'

Simpul Tindih Kasih atau Tali Berkembar (Bowline on Bight)Ini adalah suatu bentuk simpul tali yang lain sedikit daripada simpul tindih kasih. Simpul ini mungkin lebih kukuh daripada simpul tindih kasih biasa. Simpul tindih kasih pada tali berkembar ini boleh juga digunakan sebagai simpul kerusi bomba dalam kerja-kerja menyelamat untuk menurunkan mangsa-mangsa yang cedera. Simpul ini adalah dua kali ganda lebih kuat daripada kekuatan tali pemacak yang digunakan untuk perkhemahan.

Simpul Balak (Timber Hitch)Simpul balak ini digunakan untuk mengikat tali pada tiang, balak atau batang pokok dengan tujuan untuk menariknya. Ikat satu lagi separuh gelung tali pada bahagian yang ditarik. Cuma ada suatu kekurangan, iaitu tali ini tidak akan kukuh lagi setelah kayu balak itu ditarik begitu lama. Simpul-simpul ini selalunya digunakan daripada simpul-simpul lain oleh sebab senang diikat dan dibuka.

Simpul Tengah/Gelung Tali Pengail (Middleman's Knot/Fisherman's Loop)Biasanya, simpul ini digunakan sebagai gelung untuk melajui tiang pada pertengahan tali, ataupun digunakan untuk melilit tiga orang pendaki serentak. Pada asalnya, simpul ini digunakan untuk pen-daki yang di tengah. Tali itu meliliti pinggang pendaki yang di tengah apabila mendaki bukit yang curam bersama-sama dengan pendaki-pendaki lain. Simpul ini biasanya digunakan dalam kerja-kerja merintis dan dalam gerakan oleh sebab simpul ini mudah dibuka. Untuk membukanya, tarik sahaja simpul itu.

'Simpul Angka Lapan (Figure of Eight)Oleh kerana simpul ini kelihatan seperti angka lapan, maka sebab itulah dinamakannya simpul angka lapan. Biasanya, simpul ini di-gunakan untuk mematikan simpul pada takal. Daya tindakan pada simpul ini sangat seimbang.

Simpul Tali Tangga (Marling Spike/Hitch)Simpul ini biasanya digunakan untuk membuat tangga tali. Simpul ini menjadi lebih kukuh cengkemannya jikalau ditambah berat di atasnya.

Simpul Dua Bunga Keti (Double Sheet Bend)Fungsinya adalah sama seperti fungsi simpul bunga keti juga. Simpul itu akan menjadi lebih kukuh jika disambung dengan tali-tali yang berbeza tebalnya.

Simpul Skafol (Scaffold Hitch)Simpul skafol ialah cara yang terbaik untuk mengikat tali kepada sekeping papan untuk tujuan kerja mengecat atau sebagai buaian. Mula-mula buat 2 pusingan di sekelilingi hujung kepingan papan, dan kemudian ambil tali pusingan yang terletak di kiri mengeli-lingi pusingan tali yang sebelumnya. Tali pusingan yang terletak di kiri kemudiannya dibawa mengelilingi kedua-dua ulas tali di kanan dan di bawah hujung kepingan papan tersebut. Hujung tali dibawa ke atas dan diikat dengan simpul bowline.

Simpul Kerusi/Bomba (Fireman's Chair Knot)Simpul ini adalah lebih kurang sama dengan 'simpul tindih kasih'. Oleh sebab fungsinya sama, iaitu untuk menurunkan orang yang cedera yang tidak sedarkan diri dari tempat yang tinggi. Orang yang cedera itu boleh duduk atas gelungan tali itu dan bergantung serta berpegang pada gelung tali itu dan tali yang lagi satu itu di-lilitkan pada bahagian bahu di bawah ketiak. Sila rujuk 'simpul tindih kasih' atau 'tali berkembar'.

Simpul Gelung Tali (Man-harness/Artillery Knot)Simpul jenis ini biasanya digunakan bagi meletakkan garpu,sudu, pisau di tempat yang betul di dapur. Perlu mengambil langkah-langkah keselamatan jika hendak mengikat simpul ini sebab senang terumbak keluar. Untuk menentukan bahawa simpul ini kukuh, tolak simpul-simpul ini bersama sebelum menarik 'A' dan 'B'. Jika simpul itu tidak ditarik bersama, maka gelung tali itu akan ber-cantum sama apabila tali itu ditarik.

Simpul Pengail (Fisherman's Knot)Lazimnya, simpul pengail ini digunakan untuk menyambung tali yang sama tebalnya terutama sekali bagi tali yang licin dan nipis (tali kail, nilon). Untuk mengetatkannya tarik 'A' dan 'B', dan untuk melonggarkannya, tarik kedua-dua hujung tali itu. Amat susah bagi tali ini tergelincir keluar. Oleh itu, tali itu adalah selamat digunakan.

Anduh (Tali) Tong (Barrel Sling)Simpul ini digunakan untuk mengangkat tong atau bekas air, balak dan Iain-Iain. Untuk mengakhiri ikatan itu, ikat seutas tali tindih kasih pada hujung tali itu.

Ikatan Seraya (Square Lashing)Ikatan Seraya Empatsegi - Ikatan ini digunakan untuk mengikat 2 palang yang bersilang antara satu sama lain, dan disambung pada beban sesuatu palang yang mungkin tergelincir di atas palang yang lagi satu itu. Hampirsemua projek kerja perintis memerlukan ikatan seraya yang penting ini. Simpul ini sangat kukuh jika diikat dengan betul. Ikatan seraya ini dimulakan dengan simpul manuk di bawah palang yang mendatar dan dililit seperti yang ditunjukkan, Tarik ketat-ketat pada setiap peringkat dengan lilitan kemas tanpa menyilangkannya. Selepas beberapa lilitan, lilitan kecil hendaklah dibuat pada tali, bersudut tepat dengan ikatan seraya itu. Lilitan ini hendaklah betul-betul ketat. Akhiri ikatan itu dengan 'ikatan manuk' bersudut tepat dengan lilitan yang terakhir. Ikat dengan perlahan-lahan sambil tentukan bahawa setiap lilitan itu ketat dan kukuh.

Ikatan Serong (Diagonal Lashing)Ikatan serong digunakan untuk menyamfeung 2 batang tiang yang bukan 90 antara satu sama lain, atau apabila ada kemungkinan bahawa 2 batang tiang itu akan ditarik seicara berasingan. Biasanya, ikatan itu dimulakan dengan mengikat kayu balak itu dengan meliliti tali itu pada kedua-dua tiang itu. Lilit keliling tiap-tiap tiang itu, dan diakhiri dengan membuat simpul manuk pada tiang itu.