microsoft word - ujian kata nama ganti diri tahun 3

2
KATA NAMA GANTI DIRI ( TAHUN 3 ) Soalan Objektif 1. “ Untuk menyelesaikan masalah ini, _________ tidak boleh menyalahi sesama sendiri,” kata Ah Meng kepada Chee Seng dan Ana. A. kamu B. kita C. kami 2. Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhammad ialah Perdana Menteri Keeempat Malaysia. ________ seorang pemimpin yang dihormati. A. Dia B. Beliau C. Baginda 3. “ Jangan bimbang. Aku tahu bukan ________ yang mengambil duit aku,” kata Khairul kepada kawannya. A. anda B. kalian C. awak 4. “Emak, ________ telah terpilih menjadi pemain badminton sekolah,” kata Kar Keong kepada ibunya. A. saya B. kamu C. kami 5. ________ haruslah menghormati dan membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa. A. Saya B. Kami C. Kita 6. “ Sila tuliskan maklumat peribadi _________ , dan kirimkan kepada alamat yang berikut agar memenangi hadiah yang lumayan,” kata juruhebah itu. A. kalian B. anda C. awak 7. “ Bolehkah _______ bekerja di sini, tuanku?” kata pemuda itu kepada Sultan Mahmud A. saya B. beta C. patik 8. Murid-murid berada di padang. __________ sedang bermain Hoki. A Kalian B. Mereka C.Kami 9. “Gelang ini saya hadiahkan kepada __________,” kata Encik Lee kepada isterinya. A. kamu B. engkau C. awak 10. “ ___________ mesti belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang,” Kata Cikgu Rosnah kepada murid-muridnya. A. kami B. kita C. kamu

Upload: puspa-latha

Post on 20-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Microsoft Word - Ujian Kata Nama Ganti Diri Tahun 3

KATA NAMA GANTI DIRI

( TAHUN 3 )

Soalan Objektif

1. “ Untuk menyelesaikan masalah ini, _________ tidak boleh menyalahi sesama sendiri,”

kata Ah Meng kepada Chee Seng dan Ana.

A. kamu B. kita C. kami

2. Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhammad ialah Perdana Menteri Keeempat Malaysia. ________

seorang pemimpin yang dihormati.

A. Dia B. Beliau C. Baginda

3. “ Jangan bimbang. Aku tahu bukan ________ yang mengambil duit aku,” kata Khairul

kepada kawannya.

A. anda B. kalian C. awak

4. “Emak, ________ telah terpilih menjadi pemain badminton sekolah,” kata Kar Keong

kepada ibunya.

A. saya B. kamu C. kami

5. ________ haruslah menghormati dan membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa.

A. Saya B. Kami C. Kita

6. “ Sila tuliskan maklumat peribadi _________ , dan kirimkan kepada alamat yang berikut

agar memenangi hadiah yang lumayan,” kata juruhebah itu.

A. kalian B. anda C. awak

7. “ Bolehkah _______ bekerja di sini, tuanku?” kata pemuda itu kepada Sultan Mahmud

A. saya B. beta C. patik

8. Murid-murid berada di padang. __________ sedang bermain Hoki.

A Kalian B. Mereka C.Kami

9. “Gelang ini saya hadiahkan kepada __________,” kata Encik Lee kepada isterinya.

A. kamu B. engkau C. awak

10. “ ___________ mesti belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang

cemerlang,” Kata Cikgu Rosnah kepada murid-muridnya.

A. kami B. kita C. kamu

Page 2: Microsoft Word - Ujian Kata Nama Ganti Diri Tahun 3

Jawapan

1. B

2. B

3. C

4. A

5. C

6. B

7. C

8. B

9. C

10. C