metodologi

20

Click here to load reader

Upload: ct-awer-yusoh

Post on 03-Dec-2015

295 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

OH YEAH

TRANSCRIPT

Page 1: metodologi

1.4 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini tertumpu kepada pelajar lelaki dan perempuan institut pengajian tinggi

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang merupakan pelajar Fakulti Bahasa dan

Komunikasi (FBK) yang mengambil kursus Bahasa Melayu dan merupakan pelajar

semester 2. Manakala batasan kajian bagi kajian ini ialah cara bagaimana pengkaji

hendak mencari responden yang merupakan pelajar di bawah Fakulti Bahasa dan

Komunikasi (FBK) yang mengambil kursus Bahasa Melayu dan merupakan pelajar

semester 2, UPSI.

Selain itu pengkaji juga berdepan dengan masalah kekangan masa bagi pelajar

UPSI. Bagi mendapatkan responden yang dinyatakan, pengkaji perlu mencari masa

yang sesuai bagi mengedarkan borang soal selidik. Mengedaran borang soal selidik

pada waktu yang tidak sesuai akan menyebabkan mahasiswa atau mahasiswi

menjawab soalan yang terdapat di dalam soal selidik secara ala kadar dan tidak

bersungguh-sungguh. Maka pengkaji melihat kekangan masa merupakan batasan

kajian di dalam kajian ini.

Menurut Amir Hasan Dawi (2006), “batasan kajian memberitahu tentang had-

had atau kekurangan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada

perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Batasan-batasan

kajian meliputi tempat kajian, sampel kajian, aspek kajian yang dipilih serta masa kajian

yang digunakan”. Tempat kajian yang dilakukan adalah di Universiti Pendidikan Sultan

Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak. Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar

Program Bahasa Melayu sahaja bagi semester dua.

Page 2: metodologi

3.0 Metodologi Kajian

3.1 Reka Bentuk Kajian

Oxford Compact English Dictionary mendefinasikan kajian sebagai “the systematic

investigation into and study of materials, and sources, in order to establish facts and

reach new conclusion” (ODEC, 1996). Graziano dan Raulin (1996), “ Mendifinisikan

kajian dengan lebih ringkas sebagai suatu pencarian yang sistematik terhadap

maklumat serta suatu proses penyelidikan”. Brew (2001), telah menyenaraikan

beberapa definisi yang dirasakan bertepatan dengan maksud kajian itu sendiri iaitu:

Kajian merupakan pencarian sesuatu dan menyebarkannya kepada umum.

Kajian melengkapi cara penghasilan, pengujian dan pengesahan ilmu.

Kajian merupakan suatu proses sistematik kajian, kepentingan umumnya yang

mana menyumbang kepada himpunan ilmu yang membentuk serta memandu

bidang akademik dan praktis.

Kajian adalah mengenai ilmu lanjutan dan pemahaman.

Graziano dan Raulin (1996) telah mengkategorikan beberapa fasa bagi kajian

sesuatu penyelidikan ke dalam jadual yang mana konsep fasa bagi kajian

membekalkan model konseptual satu dimensi. Merujuk kepada jadual 3.0, kajian

bermula dengan idea dan alirannya melalui fasa yang berturut-turut bertindih di

dalam proses penyelidikan. Setiap fasa mengandungi sifatnya tersendiri, tugasan

yang berbeza disempurnakan pada setiap penyediaan fasa seterusnya.

Page 3: metodologi

Jadual 5.1: Fasa kajian penyelidikan (Sumber: Graziano dan Raulin, 1996)

Fasa janaan idea Mengenalpasti kecenderungan topik

kajian

Fasa pendefinisian masalah Memperhalusi idea yang tidak jelas dan umum

yang dijana pada langkah sebelumnya kepada

soalan-soalan yang teliti untuk dikaji

Fasa rekabentuk prosedur Memutuskan setiap prosedur spesifik yang akan

digunakan di dalam pengumpulan dan analisis

statistikal data

Fasa pemerhatian Kumpul data pemerhatian daripada subjek kajian

Fasa analisis data Analisis data yang dikumpul menggunakan

prosedur statistikal yang sesuai.

Fasa interpretasi Bandingkan keputusan yang didapati dengan

diramal mealui asas teori (adakah keputusan

menyokong teori?)

Fasa komunikasi Sediakan laporan bertulis atau oral terhadap

kajian yang dijalankan

Manakala menurut Adams dan Schvaneveldt (1985), “Metodologi kajian merupakan

suatu proses, suatu set perkakas bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan

maklumat serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains”. Secara

umumnya, Fielding dan schreier (2001), telah mengklasifikasikan bahawa terdapat tiga

jenis metodologi kajian iaitu:

Page 4: metodologi

i) Kajian kuantitatif

Neuman (2000) menyatakan, “Kajian kuantitatif merupakan suatu

pertanyaan masalah yang dikenalpasti yang mana berdasarkan

kepada pengujian suatu teori yang diubah oleh pembolehubah,

diukur melalui perwakilan nombor dan dianalisa menggunakan

teknik statistical”

ii) Kajian kualitatif

Menurut Holloway (1997), “Kajian kualitatif merupakan suatu

bentuk pertanyaan sosial yang memfokuskan kepada cara

interpretasi manusia dan logical terhadap pengalaman mereka

serta persekitaran di mana mereka tinggal”.

Bagi Creswell (1994), “Kajian kualitatif termasuklah kajian

tindakan, kajian kes dan juga kajian etnografi”.

iii) Kaedah hybrid

Kaedah kajian integrasi antara kaedah kajian kuantitatif dan

kaedah kajian kualitatif.

Menurut Kenali (2013), “Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik reka

bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang

boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah

yang dikaji dan sebab sesuatu dan teknik tertentu digunakan”. Tujuan metodologi ialah

Page 5: metodologi

untuk membantu memahami dengan lebih luas (terperinci) lagi tentang pengaplikasian

kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian deskriptif bagi mendapatkan data

kuantitatif yang berkaitan dengan penggunaan ICT dalam meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran di IPT. Instrumen kajian yang digunakan untuk

mengumpul maklumat atau data ialah borang soal selidik. Pemilihan instrumen kajian

amat penting dalam kaedah atau metadologi kajian untuk digunakan dalam

pengumpulan data. Dalam kajian, pengkaji boleh memilih prosedur atau teknik

instrumen yang sesuai dengan permasalahan kajian untuk menjalankan kajian. Di

dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif.

3.2 Populasi dan Sample Kajian

Menurut Gay dan Airasian (2003)  “Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu

kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan”. Populasi kajian terdiri

daripada para pelajar institut pengajian tinggi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Para pelajar tersebut adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991), “Persampelan merupakan satu

proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk

membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu”. Syed Arabi Idid

(1992), “Persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan oleh pengkajiuntuk

memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili keseluruhan populasi”.

Menurut Gordon F. Fielding (1974) dalam bukunya Geography as Social

Science, beliau menyatakan bahawa, “The unbiased selection of the test population is

Page 6: metodologi

called sampling”. Menurut Gay dan Airasian (2003),  “Sampel kajian ialah responden-

responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi

kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana

dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian”.

Menurut Mohd Najib (1999), “Sample adalah sumber mendapatkan data. Prinsip

persempelan yang diamalkan adalah berdasarkan konsep kebarangkalian dan setiap

eleman yang dipilih adalah mempunyai peluang yang sama. Pada asanya,

persampelan adalah merupakan satu usaha bagi seorang penyelidik untuk

memperolehi maklumat daripada sample yang dapat mewakili populasi tersebut”.

Sesuatu sampel yang baik ialah sampel yang mewakili populasi kajian.

Terdapat tiga (3) langkah dalam proses pemilihan sampel/persampelan, iaitu:

• tentukan populasinya;

• tentukan saiz sampel

• pilih sampel yang diperlukan

Ringkasnya, persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian bagi

mewakili keseluruhan populasi kajian. Kaedah ini biasa digunakan oleh penyelidik tidak

kira sainstulen atau sains sosial dalam penyelidikan mereka. Di dalam kajian ini,

mahasiswa mahasiswi Fakulti Bahasa dan Komunikasi semester 2 yang mengambil

kursus Bahasa Melayu serta merupakan lelaki dan perempuan merupakan sample

dalam kajian ini.

Page 7: metodologi

3.3 Prosedur Pengumpulan Data

3.3.1 Teknik Pengumpulan Data

Dalam melakukan kajian pengkaji, pengkaji mempunyai tiga teknik pengumpulan data

dalam menentukan bagaiman data kajian pengkaji dapat dikumpulkan. Teknik-teknik

pengumpulan data tersebut ialah pemerhatian, temu bul dan soal selidk. Bagi kajian ini

pengkaji telah menggunakan teknik pengumpulan data soal selidik. Menurut Afrilla

( 2011) menerusi blognya, “Pemerhatian adalah pegamatan langsung sesuatu

kegiatan yang sedak dilakukan”. Melalui pemerhatian pengkaji dapat memperolehi

pandangan-pandangan mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Didalam blognya juga Afrilla (2011) ada menyatakan kelebihan dan kekurangan

teknik pengumpulan data melalui pemerhatian.

Kelebihan teknik pemerhatian :

1. Data yang dikumpulkan melalui pemerhatian mempunyai ketepatan yang tinggi

2. Penganalisian dapat dilakukan melalui pemerhatian langsung.

3. Dengan pemerhatian, penganalisis dapat menggambarkan lingkungan kegiatan

Kekuranga teknik pemerhatian :

1. Menyebabkan orang yang diperhatikan merasakan tidak selesa

2. Perkara yang diperhatikan mungkin tidak mencapai kualiti pekerjaan yang

dikehendaki

3. Pemerhatian boleh mengganggu pekerjaan yang sedang dilakukan

Menurut Uma Sekaran ( 2006), “Yang dimaksud dengan temu bual adalah

proses memperoleh keterangan untuk tujuan penelitian dengan cara tanya jawab,

Page 8: metodologi

sambil menatap muka antara si penanya atau pewawancara dengan si penjawab

atau responden dengan menggunakan alat yang dinamakan interview guide

(panduan wawancara). Wawancara dapat dilakukan dengan tatap muka maupun

melalui telefon”. Uma Sekaran (2006) juga ada menyatakan tentang kelebihan dan

kekurangan temu bual.

Kelebihan temu bual:

1. Boleh membangunkan hubungan serta motivasi kepada responden

2. Boleh menjernihkan keraguan serta menambah pertanyaan baru

3. Boleh membaca isyarat non verbal

4. Dapat memperolehi data yang banyak

Sementara kekurangannya adalah :

Memerlukan masa yang lama

Memerlukan peberlanjaan besar sekiranya responden yang akan ditemu bual

berada di beberapa daerah terpisah

Responden mungkin meragukan kerahasiaan informasi yang diberikan

Pewawancara perlu dilatih

Menurut Mohd. Majid (1994):

Soal selidik adalah alat ukur yang terbaik digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah-masalah berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketetapan dan kebenaran gerakbalas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan juga akan diperolehi. (Hlm 35)

Soal selidik adalah pertanyaan tertulis yang telah disusun sebelumnya.

Pertanyaan-pertanyaan yang terdapat dalam soal selidik tersebut cukup terperinci dan

Page 9: metodologi

lengkap dan biasanya sudah menyediakan pilihan jawapan (soal selidik tertutup) atau

memberikan kesempatan responden menjawab secara bebas (soal selidik terbuka).

Penyebaran borang soal selidik dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti

penyerahan borang soal selidik secara pribadi, melalui surat, dan melalui email.

Masing-masing cara ini memiliki kelebihan dan kelemahan, seperti byang disrang soal

selidik diserahkan secara pribadi dapat membangun hubungan dan memotivasi

respoden, lebih murah jika pemberiannya dilakukan langsung dalam satu kelompok

yang mempunyai responden yang ramai

3.3.2 Instrument Kajian

Menurut Haryati Hasan (1992), “Semua penyelidikan melibatkan pungutan data”.

Data merujuk kepada maklumat yang diperoleh penyelidik tentang subjek penyelidikan

atau kajian. Contoh data ialah maklumat demografi seperti umur, jantina, etnik dan

agama; skor bagi ujian yang dibina oleh penyelidik; respon kepada soalan penyelidik,

melalui jawapan bertulis dalam boring soal selidik. Alat-alatan seperti pensil dan kertas,

borang soal selidik atau skala perkadaran yang digunakan untuk mengumpul data pula

di namakan sebagai instrument.

Kebanyakan peyelidikan menggunakan instrument sama ada instrument yang

dibentuk oleh penerbit, direka sendiri oleh penyelidik atau instrument piawai. Secara

keseluruhan, semua proses penyediaan untuk mengumpul data dipanggil

instrumentasi. Instrumentasi melibatkan pemilihan dan mereka bentuk instrument dan

juga prosedur serta kondisi sewaktu instrument dibuat.

Page 10: metodologi

Menurut Gillham (2000), “Terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik

menjadi pilihan kebanyakkan pengkaji :”

1. Kos membina borang selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat.

2. Pengkaji boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang

lebih ramai dan cepat.

3. responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan bagi

melengkapkan borang soal selidik yang diberikan.

4. Soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan ia

lebih mudah untuk dianalisis.

5. Kemungkinan wujud responden tiada nama. Pengkaji boleh mengenal pasti

responden yang tiada nama itu dengan mengenal pasti kepada siapa pengkaji

menghantar borang soal selidiknya.

Namun, pengumpulan data menggunakan borang soal selidik juga mempunyai

kelemahannya. Antara kelemahan borang soal selidik ialah :

a. Tidak semua responden yang mahu melengkapkan borang soal selidik.

b. Borang soal selidik yang terlalu panjang adalah amat bahaya. Gillham

(2000), “Menyarankan supaya borang soal selidik dibina antara 4 hingga

6 muka surat sahaja”.

c. Sesetengah individu lebih gemar menggunakan bahasa komunikasi

berbanding dengan menulis perkataan.

d. Kemungkinan responden menjawab soalan dengan sambil lewa,

memberi jawapan yang kurang tepat atau mengelirukan.

Page 11: metodologi

Instrument kajian yang digunakan adalah borang soal selidik tertutup. Borang

soal selidik ini mengandungi empat bahagian yang terdiri daripada empat konstruk

iaitu, bahagian A ialah demografi responden, bahagian B ialah kepentingan ICT

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, bahagian C ialah kesan negatif

penggunaan ICT dan bahagian D ialah langkah meningkatkan tahap penggunaan ICT.

Skala yang digunakan dalam borang soal selidik ini ialah skala likert yang terdiri

daripada skala 1 (Sangat Tidak Setuju), skala 2 (Tidak Setuju), skala 3 (Tidak Pasti),

skala 4 (Setuju) manakala skala 5 (Sangat Setuju).

Menganalisis maklumat merupakan satu teknik untuk mengawal dan

mempersembahkan maklumat dan prosuder statistik. Tujuan utama analisis dilakukan

adalah untuk mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang lebih bermakna.

Terdapat tujuh langkah yang digunakan dalam proses menganalisis maklumat iaitu

pengumpulan data, mengasingkan data, menyusun data, melaksanakan analisis,

menggunakan keputusan dan lakaran grafik (graf), membuat interpretasi dan membuat

kesimpulan.

5.0 Penutup

Secara ringkasnya, bermula dari pernyataan masalah yang dikaji, pengkaji dapat

menyimpulkan bahawa mahasiswa berkebolehan menggunakan kemudahan ICT serta

mengetahui kegunaan ICT itu seperti mana. Walau bagaimanapun, mahasiswa kurang

peka terhadap keperluan memuat naik bahan-bahan pengajaran yang telah dimuat naik

oleh mahasiswa. Hal ini telah menyebabkan pengkaji mengkaji kepentingan ICT ini.

Page 12: metodologi

Selain itu juga pengkaji dapat melihat secara ringkasnya bahawa diantara

kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap penggunaan ICT

serta sumber-sumber yang sering digunakan oleh mahasisw ketika proses

pembelajaran dan pengajaran. Perkara tersebut adalah kerana pengkaji ingin

mendapatkan data serta menganalisisnya untuk kajian pengkaji agar dapat menjadi

rujukan pihak tertentu seperti pihak universiti.

Seterusnya pengkaji dapat meringkaskan tentang definisi konsep kajian yang

pengkaji kaji dengan mencari maksud teknologi maklumat dan komunikasi itu sendiri.

Pengkaji telah mengambil beberapa pandangan sarjana serta merujuk kajian yang

sebelum ini dikaji oleh pengkaji lain dalam melihat serta menilai kembali definisi konsep

kajian yang dijalankan oleh pengkaji agar pengkaji lebih memahami kajian yang

dilakukan.

Manakala soroton kajian yang dapat disimpulkan oleh pengkaji ialah terdapat

pelbagai hasil kajian yang diperolehi melalui pengkaji-pengkaji yang sebelum ini.

Terdapat pengkaji yang memperolehi hasil kajian yang negatif seperti mahasiswa

kurang mahir dengan penggunaan ICT. Walau bagaimanapun terdapat pengkaji yang

memperolehi keputusan yang positif melalui kajiannya seperti mahasiswa

berkemahiran menggunakan ICT dalam melakukan tugasan yang diberikan.

Melalui metodologi kajian pula, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa didalam

kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif dalam menganalisis data

yang diterima daripada responden. Selain itu juga, didalam kajian ini pengkaji telah

menggunakan teknik soal selidik dengan menggunakan instrument boring soal selidik

Page 13: metodologi

yang dimana responden terdiri daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang terdiri

daripada 30 orang mahasiswa Bahasa Melayu.

ICT sememangnya memberikan kelebihan dan kekurangan kepada pelajar

sekiranya pelajar menggunakannya di jalan kebaikkan maka pelajar akan mendapat

manfaat daripadanya. Dengan penggunaan yang betul dalam pembelajaran di

peringkat IPT, pelajar dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta

mendapat input yang lebih dan cepat. Hal ini kerana ICT merupakan rangkaian

antarabangsa yang menghubungkan masyarakat seantero dunia. Melalui kajian ini

adalah diharapkan bahawa dapat memberi gambaran sebenar tahap kepentingan

penggunaan ICT ketika proses pembelajaran dan pengajaran para mahasiswa

mahasiswi UPSI.

Dapatan kajian ini boleh membantu para siswazah dan pihak universiti

memahami situasi sebenar yang berlaku dalam kalangan siswazah Fakulti Sains

Kemanusiaan tahun pertama dan menyedarkan para siswazah tentang kepentingan

ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Pihak universiti juga boleh

menggunakan dapatan ini sebagai garis panduan untuk melaksanakan program-

program yang berkaitan dengan kepentingan ICT. Di samping itu, kajian ini diharapkan

memberi kesedaran kepada pihak universiti agar dapat meningkatkan lagi mutu ICT di

universiti.

Page 14: metodologi

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit UTM

Adams, G.R. dan Schvaneveldt, J.D. (1985) “ Understanding Reserch Methods.” Longman : New York.

Brew, A. (2001) “ The Natute of Research : Inquiry in Academic Contexts.”

RoutledgeFalmer : London

Creswell, J.W. (1994) “ Reserch Design : Qualitative and Quantitative Approaches, 2nd edition.” Sage Publication Inc : California

Fielding, N. dan Schreier, M. (2001) “Introduction On the Compatibility Between Qualitative and Quantitative Reserch Methods, Forum : Qualitative Social Reserch – Online Journal, vol.2. no.1” http://qualitative-reserch.net/fqs-texte/1-01/1hrsg-e.htm (23/02/2003)

Graziano, A. M. dan Raulin, M.L. (1996) “Research Methods : A Process of Inquiry, 3rd Eition.” Addision Wesley Longman, Inc. : New York

Haryati, H. (1992) “ Panduan belajar : Pengaturcaraan Basic,” Universiti Teknologi Malaysia : Skudai

Holloway, I. (1997) “Basic Concepts for Qualitative Research, 1st Edition.” Blackwell Science : Oxford

Neuman, W.L (2000) “Social Research Methods : Qualitative and Quantitative Approaches, 4th Edition.” Allyn and Bacon : London

ODEC(1996) “The Oxford Compact English Dictionary : edited by Della Thompson.” Oxford University Press : Oxford

Mohd Sheffie Abu Bakar (2001) “ Metodologi Penyelidikan : Untuk Ekonomi dan Bidang-Bidang Berkaitan” Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi

Page 15: metodologi

Syed Arabi Idid ( 1992) “ Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial” Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur

L.R. Gay dan P. Airasian (2003) “ Educational Research : Competencies for Analysis and Application” Pearson : Boston.

B. Gillham (2000) “ Case Study Research Methods” Contiuum : London

F.J. Gordon (1974) “Geografi as Social Science” McGraw-Hill BookCompany : New York

Mohd Majid Konting (1994) “ Kaedah Penyelidikan Pendidikan” Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur

Uma Sekaran. (2006) “ Metodologi Penelitian Untuk Bisnis” Salemba Empat : Jakarta

Afrilla (2006). “ Teknik Pengumpulan Data” Diperoleh daripada http://nita-afrilia.blogspot.com/