metodologi penyelidikan-kuantitatif 6s

Upload: saiful

Post on 09-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SAINS SOSIAL

TRANSCRIPT

  • METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN

    KUANTITATIF

    JABATAN PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN

    INSTITUT AMINUDDIN BAKI

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    SRI LAYANG, GENTING HIGHLANDS

  • Metodologi Kajian Tindakan

    Pendekatan kajian (Definisi)

    Instrumen

    Kaedah mengumpul data

    Analisis data

    Persampelan

  • Pendekatan Kajian

    1. Kuantitatif

    Objektif Kajian

    Persoalan Kajian

    2. Kualitatif

    Pilih pendekatan mengikut keperluan kajian

    Pengkaji hendaklah mempunyai kemahiran penyelidikan untuk membuat kajian

    Pengkaji boleh menggunakan lebih dari satu teknik pengumpulan data dari kedua-dua pendekatan

  • Pendekatan Kuantitatif

    Penyelidikan yang memerlukan data numerikalserta melibatkan analisis statistik terhadap datatersebut untuk memahami dan menjelaskanfenomena yang dikaji.

  • Instrumen Kajian

    Alat yang digunakan dalam kajian untuk mengumpul data.

  • Contoh alat kajian kuantitatif

    Soal selidik

  • Mengumpul data secara formal dan sistematik

    Pastikan setiap soal selidik yang dijalankan

    memenuhi objektif dan persoalan kajian

    mempunyai kesahan alat ukur

    mempunyai kebolehpercayaan

    Praktikal

    Bentuk soalan mestilah jelas, mudah dijawab

    Terdiri daripada dua (2) bentuk :

    Terbuka

    Tertutup

    Soal Selidik

  • Memberi kebebasan kepada responden untukmenyatakan pandangan mengenai sesuatu isu

    Analisis

    Mengenalpasti maklumat yang penting

    Mengklasifikasikan maklumat untuk dianalisis

    Membuat interpretasi dan kesimpulan

    Bentuk soalan terbuka

  • Pilihan jawapan diberikan untuk dipilih oleh responden berdasarkan pandangan sendiri

    Jenis jenis soalan tertutup

    Dichotomous

    Skala Likert

    Susunan Keutamaan

    Demografik

    Bentuk Soalan Tertutup

  • Soalan Tertutup

    Soalan tertutup mempunyai jawapan-jawapan tertentu yang disediakan.Responden memilih jawapan yang palingsesuai tentang fenomena yang berkaitan.Terdapat beberapa jenis skala pengukuranyang boleh digunakan bagi soal selidikyang berbentuk soalan tertutup seperti:

  • 1. Soal Tertutup Dichotomous

    Skala ini mempunyai dua pilihan Ya/Tidak, Benar/ Salah, ada/ Tiada dan Setuju / Tidak Setuju.

    Contoh :

    Adakah anda mengetahui tentang undang-undang dan peraturan sekolah?

    Ya Tidak

    Telefon projek ring-ring sentiasa dalam keadaan baik?

    Setuju Tidak setuju

  • 2. Skala Likert

    Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Dalam bentuk asal skala ini mempunyai 5 poin iaitu :1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Sangat Setuju

  • Walau bagaimanapun skala asal Likert juga boleh dihasilkandalam pelbagai variasi seperti skala yang mempunyai 4 poin, 6poin, 7 poin dan sebagainya. Selain daripada itu, diskriptor bagiskala pun boleh diubah.Contoh :

    Saya mempunyai seorang guru matematik yang baik

    1 2 3 4 5

    Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

  • 4. Susunan Mengikut Keutamaan (Rank Order)

    Skala rank order ini adalah untukmendapatkan penilaian responden kepadasemua aspek yang disenaraikan denganmemberi pemberatnya. Susunan aspek iniadalah mutually exclusive mengikutkeutamaan iaitu nombor 1 menunjukkanperingkat tertinggi, nombor 2 kedua danseterusnya hingga nombor terakhir yangmenunjukkan paling rendah peringkat

  • Contoh :Sila beri ranking mengikut keutamaan teknikpengajaran guru yang paling anda sukai bermukladengan nombor 1 sebagai sangat suka, diikutidengan nombor 2 bagi teknik pengajaran yang keduadisukai dan seterusnya sehingga nombor 5. Sila tulispemeringkatan (ranking) anda pada kotak yangdiberi.

    Teknik Pengajaran Guru Pemeringkatan (Rangking)

    Kuliah

    Latih tubi

    Syarahan

    Lakonan

    Simulasi

  • 6. Maklumat Demografi

    Sesuatu soal selidik pada kebiasaannya mempunyai satu bahagian yang mengandungi maklumat demografi responden. Adanya bahagian demografi membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci lagi seperti berdasarkan dimensi yang lebih terperinci seperti mengikut jantina pelajar, peringkat sosio-ekonomi murid dan sebagainya.Contoh :

    1. Nama Sekolah

    2. Lokasi sekolah Bandar

    Luar Bandar

    3. Umur 12 15 tahun

    16 - 18 tahun

  • Soal Selidik Terbuka

    Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk

    mengemukakan pendapat dan memberi huraian lanjut

    berhubung dengan soalan yang dikemukakan.

    Contoh :

    1.Apakah yang menyebabkan anda datang lewat ke sekolah?

    2. Pukul berapakah anda bertolak dari rumah

    ke sekolah?

  • Analisis Data

  • Analisis Soal Selidik

    Mengira kekerapan, peratusan serta puratabagi setiap item

    Boleh dipersembahkan mengikut kesesuaianseperti carta bar, graf palang, graf garis

    Membuat intepretasi dan kesimpulan

  • POPULASI DAN SAMPEL

    Populasi

    Populasi ialah kumpulan orang, perkara, bendayang dikaji

    Jika bilangan populasi tidak besar (kurang dari 100) makadiambil semua populasi tersebut.

    Populasi hendaklah relevan dengan kajian

  • Sampel dan Pensampelan

    Sampel sebahagian daripada populasi

    Sampel yang dipilih mesti bersifat representatif

    Pensampelan adalah satu proses memilih individu

    bagi sesuatu kajian dalam cara yang tertentu

    supaya mereka mewakili populasi di mana mereka

    dipilih

    Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian

    tersebut

    Sampel hendaklah terdiri daripada populasi

  • JENIS-JENIS PENSAMPELAN

    Pensampelan Rawak Mudah

    (SimpleRandom Sampling)

    Pensampelan Rawak Berlapis

    (Stratified Random Sampling)

    Pensampelan Bersistematik

    (Sistematic Sampling)

    Pensampelan Bertujuan

    (Purposive Sampling)

  • JENIS-JENIS PENSAMPELAN

    Pensampelan Rawak Mudah (SimpleRandom Sampling)

    1. Pensampelan yang paling asas

    2. Menjadi dasar kepada reka bentuk pensampelan

    yang lain

    3. Memastikan setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil bagi mewakili populasi

  • Lima tahap permilihan sampel rawak mudah

    1. Dapatkan satu rangka persampelan yang lengkap

    2. Berikan tiap-tiap ahli satu nombor khas

    3. Tentukan saiz persampelan

    4. Pilih ikut saiz yang telah ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak (atau cabutan loteri)

    5. Pilih ahli daripada angka rawak tersebut (Pilih rawak dengan ganti dan pilih rawak tanpa ganti)

    Pensampelan rawak mudah

  • CONTOH SAMPEL RAWAK

    MUDAH

    KATAKAN AHLI POPULASI IALAH 500 ORANG DALAM SEBUAH INSTITUSI. Setiap ahli diberi nombor 1 hingga 500. NOMBOR DILETAKKAN DALAM SATU KOTAK DAN DICAMPUR, CABUTAN DIBUAT SEPERTI LOTERI. Setiap ahli mempunyai peluang dipilih 1/500 (berganti jika nombor dikembalikan dalam kotak). JIKA NOMBOR DIPILIH DIKELUARKAN DARI KOTAK, PELUANG DIPILIH 1/499, 1/498, 1/497 DAN SETERUSNYA (TIDAK BERGANTI)

  • JENIS-JENIS PENSAMPELAN

    Pensampelan Rawak Berlapis (Stratified Random Sampling)

    1. Sesuai digunakan bagi populasi yang tidak

    seragam (heterogenous)

    2. Sesuai digunakan untuk membuat perbandingan

    di antara beberapa populasi

  • Pensampelan berlapis

    Dipilih secara berkadar ATAU tidak berkadar

    asingkan unsur asas dalam populasi kepada kumpulan berasingan

    pilih sampel daripada setiap lapisan (seperti rawak mudah)

  • CONTOH SAMPEL RAWAK

    BERLAPIS Pensampelan rawak berlapis Berkadar

    (contoh: 30 :70 YANG MANA 30% lelaki; 70% perempuan - dipilih mengikut kadar saiz populasi

    Jadi, jika perlukan 500 sampel (perlu 150 lelaki dan 350 perempuan)

    Pensampelan Rawak Berlapis Tidak berkadar: Pensampelan yang sama (Contoh: walaupun populasi mengandungi 30% lelaki dan 70% perempuan; pengkaji menetapkan 50:50. Jadi, jika perlukan 500 sampel, pengkaji perlu 250 lelaki dan 250 perempuan)

  • JENIS-JENIS PENSAMPELAN

    Pensampelan Bersistematik(Sistematic Sampling)

    1. Satu teknik yang mudah dan ringkas

    2. Memerlukan rangka pensampelan yang lengkap

  • Pensampelan sistematik

    1. Tentukan jarak langkau apabila memilih responden, mulai dengan sampel pertama.

    2. Permulaan (angka pertama) dibuat secara rawak.

    Contoh, jika perlukan 100 orang daripada 1000 orang. Tentukan jarak: 1000 bahagi 100 = 10. Jika nombor pertama ialah 5 (dipilih secara rawak) maka responden kedua ialah 15, ketiga, 25, keempat 35..

  • JENIS-JENIS PENSAMPELAN

    Pensampelan Bertujuan (Purposive Sampling)

    1. Tentukan responden agar sesuai dengan tujuan kajian (Populasi yang khusus: orang portugis; Baba-Nyonya; pengikut parti)

    2. Sesuai untuk kajian awal.

    3. Sesuai untuk penerokaan

    4. Uji soal selidik

    5. Untuk dapatkan maklum balas segera

  • Sekian, terima kasih