menguji tahap pemahaman konsep logam … ii sorotan penulisan 11 2.0 pengenalan 1 2.1 kefahaman...
TRANSCRIPT
i
MENGUJI TAHAP PEMAHAMAN KONSEP LOGAM DAN
BUKAN LOGAM DI KALANGAN PELAJAR
NOR ROZIATI BINTI MOHAMMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
MENGUJI TAHAP PEMAHAMAN KONSEP LOGAM DAN
BUKAN LOGAM DI KALANGAN PELAJAR
NOR ROZIATI BINTI MOHAMMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Sains )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2003
iii
DEDIKASI
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kutujukan buat insan-insan tersayang :
Ayah yang dihormati dan disanjungi,
Mohammad Bin Daud
Ma yang dikasihi,
Ramlah Binti Mohd Nor
Abang dan adik-adik yang disayangi,
Jabal Rahmat, Ahmad Saifullah, Ahmad Hanzalah dan Ahmad Salman
Kawan-kawan yang diingati,
Elie, Roy, Eton, Nik, Mida, Ayu, dan Kak Ena
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang kalian semua.
iv
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana cadangan limpah dan
rahmat-Nya serta usaha maka dapat juga saya menyiapkan penyelidikan ini dalam
jangkamasa yang telah ditetapkan setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga serta penghargaan ikhlas kepada Prof.
Madya Aziz Nordin selaku Penyelia Projek Sarjana Muda yang sentiasa memberi
bimbingan, idea-idea serta teguran yang membina dalam usaha menyiapkan
penyelidikan ini.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai Asap dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang
di atas kesediaan menerima kedatangan saya ke sekolah-sekolah berkenaan dan
seterusnya membenarkan kajian dijalankan. Kerjasama yang diberikan amatlah saya
hargai.
Penghargaan juga kepada ibu bapa dan keluarga serta rakan-rakan seperjuangan
yang banyak membantu, menyumbangkan idea dan memberi pertolongan sepanjang
tempoh menyiapkan projek penyelidikan ini. Terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan projek
penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kesukaran pelajar dalam memahami dan menguasai konsep-konsep sains
memberi kesan terhadap pemahaman pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
pemahaman konsep logam dan bukan logam di kalangan pelajar tingkatan 4 di dua buah
sekolah di negeri Kelantan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang, Kuala
Krai, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap, Gua Musang. Kajian ini
melibatkan 118 orang pelajar tingkatan 4. Instrumen yang digunakan untuk
mendapatkan data ialah soal selidik yang mengandungi ujian pemahaman dan soalan
Likert yang meminta responden menjawab soalan yang dikemukakan. Ia dianalisis
secara berkomputer menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan min,
kekerapan, peratus dan perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah tertentu dengan
pencapaian pelajar dalam ujian pemahaman mengenai konsep logam dan bukan logam.
Analisis mendapati pemahaman konsep logam dan bukan logam di kalangan pelajar
adalah rendah. Kebanyakan pelajar tidak dapat mengaitkan kegunaan logam dalam
kehidupan seharian. Adalah diharapkan kajian ini dapat mendedahkan kesukaran yang
dialami para pelajar ketika topik ini. Dengan itu, sebarang tindakan yang wajar untuk
mengatasi masalah ini dapat dilaksanakan dengan segera.
vi
ABSTRACT
The students’ difficulties in understanding basic concept have an effect in
understanding of higher science concepts. The aim of this survey is to study the
understanding of the metal and non-metal concepts among secondary school students of
two schools in Kelantan such as Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang, Kuala
Krai and Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap, Gua Musang. This survey
involves 118 form four students. The instruments used for obtaining data were a set of
Likert scale questionnaire and a set of comprehension test for the metal and non-metal
concepts. The data was analyzed by computer using SPSS 11.5 to get mean, frequency,
percentage and correlation between the variables of students performance in
understanding the concept of metal and non-metal. The research showed that the
students did not understand the concept of metal and non- metal very well. Finall,
recommendation for further study has been suggested.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI SINGKATAN TATANAMA xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI JADUAL xiv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Penyata Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Rasional Kajian 6
1.6 Batasan Kajian 8
1.7 Definisi Istilah 8
BAB II SOROTAN PENULISAN 11
2.0 Pengenalan 1
2.1 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Sains 11
2.2 Konsep Logam 13
2.3 Konsep Bukan Logam 13
2.4 Masalah Dalam Pembelajaran Logam Dan
Bukan Logam 14
2.5 Pengetahuan Dan Konsep Asas Yang Berkaitan
Dengan Pembelajaran 15
BAB III METEDOLOGI 17
3.0 Pengenalan 17
3.1 Reka bentuk Kajian 17
3.2 Populasi Kajian 18
3.3 Sampel Kajian ` 18
3.4 Instrumen Kajian 19
3.5 Lokasi Kajian 20
3.6 Tatacara Kajian 20
3.7 Tatacara Analisis Data 21
3.8 Analisis Data 21
BAB IV ANALISIS DATA 22
4.0 Pengenalan 22
4.1 Analisis Data 23
4.2 Bahagian A – Latar Belakang Diri Responden 23
4.3 Bahagian B 26
4.3.1 Taburan Responden Mengenai Faktor
Minat Yang Berkaitan Dengan
Pembelajaran Mata Pelajaran Sains 27
4.3.2 Taburan Responden Mengenai Faktor
Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Sains 29
4.3.3 Taburan Responden Mengenai Faktor
Guru Terhadap Mata Pelajaran Sains. 31
4.4. Bahagian C 34
4.4.1 Analisis Bahagian C (a) 34
4.4.2 Analisis Bahagian C (b) 36
4.4.3 Analisis Bahagian C (c) 37
4.4.3.1 Analisis Soalan 1 37
4.4.3.2 Analisis Soalan 2 38
4.4.3.3 Analisis Soalan 3 39
4.4.3.4 Analisis Soalan 4 40
4.4.3.5 Analisis Soalan 5 42
4.4.3.6 Analisis Soalan 6 43
4.5 Tahap Pencapaian Pelajar Mengenai Pemahaman
Konsep Logam Dan Bukan Logam Berdasarkan
Tahap Pencapaian Tinggi Dan Rendah 44
4.6 Analisis Terhadap Perbezaan Antara Responden
Lelaki Dan Responden Perempuan Dalam
Memahami Konsep Logam Dan Bukan Logam. 45
4.7 Analisis Berdasarkan Faktor-Faktor Minat,
Sikap Dan Pengajaran Guru Dalam
Mempengaruhi Pencapaian Responden Terhadap
Konsep Logam Dan Bukan Logam. 46
4.7.1 Analisis Item - Item Faktor Sikap
Terhadap Mata Pelajaran Sains 46
4.7.2 Analisis Item-Item Faktor Minat
Terhadap Mata Pelajaran Sains 47
4.7.3 Analisis Item-Item Faktor Guru
Terhadap Pengajaran Dalam
Mata Pelajaran Sains 48
4.8 Korelasi Antara Faktor Minat, Sikap Dan
Markah Kefahaman Dengan Tahap Pemahaman
Mengenai Konsep Logam Dan Bukan Logam. 55
BAB V PERBINCANGAN , RUMUSAN DAN CADANGAN 57
5.0 Pengenalan 57
5.1 Perbincangan 57
5.1.1 Pemahaman Responden Terhadap Konsep
Logam Dan Bukan Logam 58
5.1.2 Pola Perbezaan Terhadap Konsep Logam
Dan Bukan Logam Mengikut Jantina
Berdasarkan Pencapian Tinggi Dan Rendah 59
5.1.3 Tahap Pemahaman Konsep logam Dan
Bukan Logam Responden Pencapaian Tinggi
Dan Rendah Mengikut Faktor Minat 60
5.1.4 Tahap Pemahaman Konsep Logam Dan
Bukan Logam Responden Pencapaian Tinggi
Dan Rendah Mengikut Faktor Sikap 61
5.1.5 Tahap Pemahaman Konsep Logam Dan Bukan
Logam Responden Pencapaian Tinggi Dan
Rendah Mengikut Faktor Guru 62
5.1.6 Korelasi Antara Faktor Minat, Sikap Dan
Markah Kefahaman Dengan Tahap
Pemahaman Konsep Logam
Dan Bukan logam 63
5.2 Kesimpulan 64
5.3 Implikasi Kepada Pendidikan 65
5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 66
5.5 Penutup 67
RUJUKAN 68
LAMPIRAN A – Surat Kebenaran Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)
LAMPIRAN B – Surat Kebenaran Fakulti
LAMPIRAN C – Borang Soal Selidik
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (EPRD)
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia
C Borang Soal Selidik
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (EPRD)
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia
C Borang Soal Selidik
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 23
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 24
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 24
4.4 Taburan Responden Mengikut Pencapaian 25
UPSR Dalam Mata Pelajaran Sains
4.5 Taburan Responden Mengikut Pencapaian 25
PMR Dalam Mata Pelajaran Sains
4.6 Taburan Responden Mengikut Jangkaan 26
Pencapaian Pencapaian SPM Responden
Dalam Mata Pelajaran Sains
4.7 Taburan Responden Mengenai Faktor 28
Minat Yang Berkaitan Dengan Pembelajaran
Mata Pelajaran Sains
4.8 Taburan Responden Mengenai Faktor 30
Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Sains
4.9 Taburan Responden Mengenai Faktor 32
GuruTerhadap Mata Pelajaran Sains
4.10 Taburan Responden Mengenai Faktor 33
GuruTerhadap Mata Pelajaran Sains
4.11 Taburan Responden Berkaitan Bahan 35
Yang Manakah Berunsurkan Logam Dan
Bukan Logam
4.12 Taburan Responden Berkaitan Senarai 36
Unsur Logam Dan Bukan Logam
xv
4.13 Taburan Responden Tentang Di manakah 37
Anda Boleh Menjumpai Bahan Yang
Diperbuat Daripada Logam?
4.14 Taburan Responden Berkaitan Dengan 38
Pemahaman Tentang Berikan Salah Satu
Contoh Dan Kaitkan Dengan Sifat Fizikal
Logam Tersebut Dalam Kehidupan Seharian.
4.15 Taburan Responden Berkaitan Dengan 39
PemahamanTentang Banyak Alat Dapur
Seperti Kuali, Periuk Dan Cerek Dibuat
Daripada Aluminium.
4.16 Taburan Responden Berkaitan Pemahaman 40
Tentang Kuali Dan Jenis Logam Yang
Digunakan Serta Sifat Yang Terlibat
4.17 Taburan Responden Berkaitan Pemahaman 41
Tentang Dawai Elektrik Dan Jenis Logam
Yang Digunakan Serta Sifat Yang Terlibat
4.18 Taburan Responden Berkaitan Pemahaman 41
Tentang Piala Pusingan Dan Jenis Logam
Yang Digunakan Serta Sifat Terlibat
4.19 Taburan Responden Berkaitan Pemahaman 42
Tentang Grafit Terdiri Daripada Atom Karbon.
4.20 Taburan Responden Berkaitan Tentang 43
Menyatakan Kedududukan Logam
Dan Bukan Logam
4.21 Taburan Responden Berkaitan Tahap 44
Pencapaian Pelajar Mengenai Pemahaman
Konsep Logam Dan Bukan Logam Mengikut
Tahap Pencapaian Tinggi Dan Rendah
4.22 Taburan Tahap Pemahaman Responden 45
Berdasarkan Jantina
xvi
4.23 Taburan Persetujuan Perbandingan Item-item 50
Dalam Faktor Sikap Yang Mempengaruhi
Responden Terhadap Mata Pelajaran Sains
Yang Diperolehi Daripada Pelajar Pencapaian
Tinggi Dan Rendah
4.24 Taburan Persetujuan Perbandingan Item-item 51
Dalam Faktor Minat Yang Mempengaruhi
Responden Terhadap Mata Pelajaran Sains
Yang Diperolehi Daripada Pelajar Pencapaian
Tinggi Dan Rendah
4.25 Taburan Persetujuan Perbandingan Item-item 52
Dalam Faktor Guru Yang Mempengaruhi
Responden Terhadap Mata Pelajaran Sains
Yang Diperolehi Daripada Pelajar Pencapaian
Tinggi Dan Rendah
4.26 Matris Korelasi Antara Faktor Minat, Sikap Dan 56
Markah Kefahaman
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Penemuan sains serta ciptaan dan aplikasinya yang pelbagai dalam sektor
industri, teknologi, pertanian, komunikasi, perubatan dan ketenteraan, pasti telah
mengubah cara dan gaya hidup manusia sejagat sejak dua abad yang lalu.
Oleh sebab manusia bertanggapan sains mempunyai ‘kuasa’ yang tidak terhingga
dan ciptaan sains pula mampu meningkatkan taraf hidup mereka dari semasa ke semasa,
manusia menaruh harapan bahawa sains mampu menemukan penyelesaian bagi semua
masalah yang mereka hadapi. Namun disebaliknya, ada di kalangan manusia yang
bertanggapan terdapat ciptaan sains yang mempunyai ‘kuasa’ pemusnahan, dan ini
sekali gus melenyapkan kepercayaan mereka terhadap masa depan manusia sejagat.
Bagaimanakah salah anggap ini boleh dielakkan? Haruskah sains dianggap sebagai satu
mata pelajaran atau bidang kajian semata-mata? Adakah sains ‘dimiliki’ golongan
tertentu sahaja?
Persediaan dan usaha melahirkan pakar sains memang perlu dilaksanakan. Ahli
masyarakat yang lain perlu dididik supaya mereka mengetahui apa yang ahli sains ingin
lakukan dan bagaimana mereka ingin melakukannya. Sebelum ahli masyarakat boleh
memahami apa yang ingin saintis lakukan, mereka perlu terlebih dahulu mempelajari
apa itu sains. Oleh itu, usaha sekadar menimba ilmu dan mempelajari tentang fakta
sains dan prinsip sains semata-mata tidak memadai. Manusia perlu memahami sains dan
perlu memahami kaedah yang digunakan dalam kajian tentang sains. Pemahaman
tentang sains ini mesti dijadikan sebahagian kehidupan dan pemikiran sehari-hari
manusia. Penekanan tentang kepentingan mempelajari sains untuk menerangkan
fenomena yang berlaku kepada masyarakat sejagat harus disalurkan secara bijaksana.
Menurut Zol Azlan Hamidin (2000), pemahaman ini perlu terbit daripada
pendidikan, namun pemahaman tentang sains tidak seharusnya disasarkan sebagai tujuan
pendidikan semata-mata tetapi ia harus dijadikan sebahagian pendidikan. Oleh itu, guru
harus bijak mengolah komponen sains supaya dapat disajikan dalam bentuk yang
memberi gambaran aspek sains secara menyeluruh yang boleh membantu pembelajaran.
Pengajaran sains harus dilihat sebagai memberi kesempatan kepada pelajar
melihat semua perkara dari pelbagai sudut yang berbeza. Pelbagai disiplin sains harus
dapat digabungkan bersama supaya pelaksanaan pengajaran menuju ke arah
membolehkan pelajar memahami pelajaran sains sebagai satu ‘gambaran besar’ dan
bukan sebagai komponen bidang sains yang berbeza dan berasingan. Pendidikan sains
boleh memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Wawasan 2020 kerana
melaluinya, proses pembangunan dan pemodenan sesebuah negara dapat dijalankan.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan sains di Malaysia
memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan
individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai
ilmu sains dan ketrampilan teknologi. Falsafah pendidikan sains juga selaras dengan
misi pendidikan sains untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang celik sains dan
teknologi serta membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik dan produktif,
dan yang menyumbang kepada pencapaian taraf negara maju yang terulung.
Maka berdasarkan falsafah dan misi pendidikan sains ini, kajian berkaitan
dengan topik logam dan bukan logam yang merupakan salah satu subtopik yang terdapat
dalam sukatan mata pelajaran Sains KBSM Tingkatan Empat yang diajar di sekolah
akan dikaji Tajuk logam dan bukan logam ini digunakan untuk mengenalpasti tahap
kefahaman pelajar dalam mengaitkan konsep-konsep sains. Ini adalah kerana sains
menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memberi penekanan
kepada kemahiran pembelajaran fakta dan konsep sains.
Seperti mana yang kita ketahui, agenda utama pendidikan sains ialah melahirkan
pelajar-pelajar yang dapat mengaplikasikan pengetahuan sains dalam pelbagai situasi.
Kebolehan untuk mengaplikasikan sains dalam kehidupan dan fenomena seharian
memerlukan kefahaman dalam menghubungkaitkan konsep-konsep asas sains. Dengan
mengukur kebolehan pelajar-pelajar merangkaikan satu konsep dengan konsep sains
yang lain, dapat menjelaskan kemampuan pelajar dalam memahami sesuatu topik yang
agak sukar.
Hasil kajian oleh Sutton (1977), Bloom (1976), Wesney (1980) dan Aziz Nordin
(1992) menyatakan masalah dalam pembelajaran sains ini bukan berpunca daripada
kesukaran mata pelajaran itu sendiri, tetapi kekurangan pengetahuan asas dan kelemahan
pengetahuan mengenai konsep. Oleh kerana itu, pengajaran sains haruslah dicorakkan
supaya memberi peluang pelajar meneroka impak perkara saintifik, teknologi dan sosial
sebagai satu entiti yang berkaitan antara satu sama lain.
1.1 Latar Belakang Masalah
Sejak kebelakangan ini, fokus penyelidikan dalam bidang pendidikan sains
banyak berkisar tentang kesilapan dalam menerangkan fenomena-fenomena saintifik
(Fisher dan Lipson , 1986). Kajian yang meluas dalam salah tanggapan konsep di
kalangan pelajar menunjukkan keprihatinan umum terhadap kesukaran pelajar dalam
mempelajari sains (Helm dan Novak, 1983 ; Osborne dan Freyberg, 1985). Pengetahuan
tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran sains amat penting kepada pelajar
sebagai persediaan sebelum mengikuti tahap yang lebih tinggi. Kesediaan pelajar dengan
konsep-konsep asas sains yang kukuh membantu pelajar mempelajari subjek sains.
Kajian yang melibatkan konsep logam dan bukan logam cuba melihat
perkembangan antara konsep-konsep sains dan implikasi atau kaitannya dengan pelajar-
pelajar semasa mempelajari mata pelajaran sains. Sepertimana yang kita ketahui salah
satu objektif sains adalah untuk menggalakkan budaya sains dan teknologi dalam
kurikulum sains. Untuk mencapai objektif tersebut kurikulum sains haruslah
mempunyai pengetahuan sains dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah
harian dan menanamkan sikap yakin, suka dan ingin berkecimpung dalam bidang
berkaitan sains.
Maka dalam pembentukan konsep logam dan bukan logam ini, ia lebih tertumpu
kepada idea pelajar dalam segala topik yang berkaitan dengan bahan-bahan logam dan
seumpamanya. Kepelbagaian konsep yang akan diterapkan dalam pembelajaran sains
mampu untuk menguji dan menghubungkaitkan konsep-konsep logam dan bukan logam
semasa proses pembelajaran topik ini.
Menurut Ng Soo Boon, Pusat Perkembangan Kurikulum (1996), pengetahuan
dalam kurikulum sains yang bertujuan untuk memupuk budaya sains dan teknologi akan
diberi penekanan kepada pemahaman konsep sains yang utama sahaja. Maka di sini,
pemahaman konsep yang akan diuji akan tertumpu kepada konsep-konsep yang tertentu
sahaja. Ini supaya selaras dengan kandungan pengetahuannya yang tidak terlalu berat
dan banyak tetapi mahir dalamnya biarpun belajar sedikit.
Namun begitu, ramai di kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami
dan menguasai konsep serta kemahiran dalam subjek sains. Antara sebab kepada
permasalahan ini ialah kurangnya pengetahuan dan kemahiran saintifik serta kurang
bersedia untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang bercirikan sains dalam kehidupan
seharian. Oleh kerana itu, tidak terdapat penyesuaian di antara kehendak konsep dengan
pertumbuhan kognitif pelajar. Maka konsep-konsep sains yang ingin diterapkan tidak
berjaya dicapai oleh pelajar.
1.2 Penyataan Masalah
Tujuan sebenar adalah untuk mengkaji masalah pelajar dalam memahami mata
pelajaran sains khususnya dalam tajuk logam dan bukan logam. Aspek yang ditekankan
adalah ciri-ciri dan sifat fizikal logam dan bukan logam. Di samping aplikasi dan kesan
penggunaan serta kebaikan logam dan bukan logam dalam kehidupan seharian. Tanpa
kefahaman asas dalam konsep logam dan bukan logam para pelajar mungkin tidak akan
dapat mengaplikasikan dan mengaitkan bahan logam dan bukan logam dalam fenomena
kehidupan kita seharian yang kebanyakannya terdiri daripada bahan logam dan bukan
logam. Selain itu juga, proses pembelajaran menjadi kurang berkesan dan pencapaian
pelajar akan menurun dalam mata pelajaran sains.
Sekiranya penekanan terhadap konsep logam dan bukan logam kurang diberi
perhatian oleh guru, maka pemahaman pelajar dan prestasi yang cemerlang dalam topik
tersebut pasti sukar dicapai. Oleh itu, beberapa kelemahan konsep sains dan punca
mengapa pelajar kurang atau tidak mahu melibatkan diri dalam pendidikan sains patut
dikaji untuk mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran sains.
1.3 Objektif Kajian
Untuk mengenalpasti tahap pemahaman konsep sains pelajar dalam satu topik
mata pelajaran sains, maka aspek yang akan dikaji ialah :
1) Mengukur tahap kefahaman tentang konsep sains bagi bahan logam dan bukan
logam.di kalangan pelajar.
2) Menetukan sama ada terdapat pola perbezaan terhadap tahap pemahaman konsep
logam dan bukan logam di kalangan pelajar lelaki serta perempuan.
3) Melihat perkaitan tahap pemahaman responden kumpulan tinggi dan rendah
dengan faktor-faktor minat, sikap dan guru.
4) Melihat perhubungan yang signifikan antara faktor minat, sikap, guru, jantina
dan dengan markah ujian pemahaman mengenai konsep logam dan bukan logam.
1.4 Persoalan Kajian
Adalah diharapkan melalui kajian ini, persoalan-persoalan berikut akan terjawab :
1) Apakah tahap kefahaman konsep bahan logam dan bukan logam pelajar
tingkatan empat?
2) Adakah terdapat pola perbezaan di kalangan pelajar lelaki dan perempuan ?
3) Adakah faktor-faktor minat, sikap dan pengajaran guru mempengaruhi
pencapaian pelajar terhadap konsep logam dan bukan logam?
4) Apakah terdapat perhubungan yang signifikan antara faktor minat, sikap, guru
dan jantina dengan markah ujian pemahaman mengenai konsep logam dan bukan
logam.
1.5 Rasional Kajian
Bahan logam dan bukan logam adalah salah satu bahan yang banyak sekali
digunakan dalam fenomena seharian tanpa disedari oleh kita. Maka sebab itu kajian ini