cadangan konsep pembangunan infrastruktur di rkk seksyen 13 petaling jaya

Upload: lokman-hakim

Post on 04-Jun-2018

439 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    1/15

    MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

    RANCANGAN KAWASA KHAS (RKK) SEKSYEN 13,

    PETALING JAYA

    CADANGAN KONSEP PEMBANGUNAN

    INFRASTRUKTUR DI RKK SEKSYEN 13, PETALING

    JAYA

    NOVEMBER 2013

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    2/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    1

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENDAHULUAN ................................................................................................................ 21.1 Latar Belakang Kawasan Pembangunan Project. ............................................................. 21.2 Tujuan Laporan................................................................................................................. 3

    2.0 KERJA JALAN .................................................................................................................... 42.1 Jalan Baru ......................................................................................................................... 42.2 Penambahbaikan dan Kerja Naik Taraf Jalan................................................................... 52.3 Spesifikasi Teknikal Jalan di Seksyen 13 Petaling Jaya .................................................. 62.4 Cadangan Tipikal Keratan Rentas Jalan di Seksyen 13 Petaling Jaya ............................. 6

    3.0 LALUAN PEJALAN KAKI ................................................................................................ 83.1 Laluan Pejalan Kaki.......................................................................................................... 83.2 Laluan Pejalan Kaki Mesra Golongan Kurang Upaya ..................................................... 83.3 Jejantas Udara Pedestrian Sky-Bridge ........................................................................... 9

    4.0 PERSIMPANGAN JALAN ............................................................................................... 104.1 Naik Taraf Persimpangan Jalan ...................................................................................... 10

    5.0 SISTEM PENGAIRAN DAN SALIRAN.......................................................................... 115.1 Naik Taraf Longkang Sedia Ada .................................................................................... 115.2 Pengindahan Rezab Parit ................................................................................................ 11

    6.0 BEKALAN AIR ................................................................................................................. 126.1 Pembinaan Tangki Simpanan Air ................................................................................... 12

    7.0 SISTEM PEMBENTUNGAN ........................................................................................... 137.1 Rangkaian Paip Pembentung .......................................................................................... 13

    8.0 BEKALAN ELEKTRIK .................................................................................................... 148.1 Pembinaan Sub-station Baru .......................................................................................... 14

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    3/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    2

    1.0 PENDAHULUAN1.1 Latar Belakang Kawasan Pembangunan Project.Kawasan Seksyen 13 Petaling Jaya adalah di antara kawasan yang perlu disediakan

    Rancangan Kawasan Khas (RKK) di bawah subseksyen 16B (1), (2), dan (3) Akta 172yang dipinda pada tahun 2001 melalui Akta A1129.

    RKK Seksyen 13 ini merangkumi keseluruhan kawasa perindustrian Seksyen 13, Petaling

    Jaya seluas 259.20 ekar. Ianya terlertak di dalam Daerah Petaling dan di bawahpentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

    Antara aktiviti yang terdapat di kawasan kajian RKK ini adalah industry pembuatan,

    pejabat, ruang pameran, gudang, pengedaran pusat pemborongan, pusat perkhidmatanpelanggan, institusi pendidikan swasta serta institusi keagamaan.

    Rajah 1.1 Pelan Seksyen 13 PJ

    Seksyen 13 PJ

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    4/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    3

    1.2 Tujuan Laporan.Penyediaan laporan ini bertujuan memberi pendedahan kepada cadangan konsep awal ke

    atas kerja-kerja infrastruktur utama yang bakal di jalankan di Kawasan RKK Seksyen 13

    Petaling Jaya.

    Kerja-kerja infrastruktur utama yang terlibat adalah spereti berikut:-

    a) Kerja Jalan; Pembinaan jalan baru dan juga penambahbaikan dan naik taraf kepadajalan sedia ada terutama sekali jalan dalaman di Seksyen 13.

    b) Laluan Pejalan Kaki; pembinaan dan juga penambahbaikan ruang pejalan kaki danjejantas di sekitar Seksyen 13.

    c) Persimpang Jalan; penambahbaikan persimpangan jalan sedia ada.d) Sistem Pengairan dan Saliran; menaik taraf longkang sedia ada dan pengindahan

    rezab parit dari Jalan Universiti ke Jalan Semangat.

    e) Bekalan Air; pembinaan tangki simpana air.f) Sistem Pembentungan; penyambungan sistem rangkaian paip.g) Bekalan Eletrik; pembinaan sub-station TNB baru.

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    5/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    4

    2.0 KERJA JALAN2.1 Jalan BaruMelengkapkan Jalan Harapan untuk pergerakan lalulintas antara persimpangan Jalan

    Universiti/ Jalan Semangat di bahagian selatan dan Lebuhraya SPRINT di bahagian utara

    seperti di tunjukkan di dalam rajah 2.1 dengan angaran sepanjang 550m untuk jalan baru

    dan baki 950m panjang untuk penambahbaikan dan naik taraf jalan sedia ada.

    Sambungan jalan baru juga akan dibuat diantara Jalan 13/6 dengan Jalan 13/3 seperti

    rajah 2.2 dengan angaran 380m panjang.

    Rajah 2.1 Jalan Harapan, Sambungan Lebuh Raya SPRINT Dengan Persimpangan Jalan Universiti/ Jalan

    Semangat

    Jalan Harapan

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    6/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    5

    Rajah 2.2 Sambungan Jalan Baru, Jalan 13/6 dengan Jalan 13/3

    2.2 Penambahbaikan dan Kerja Naik Taraf JalanPenambahbaikan dan kerja naik taraf untuk jalan sedia ada di Seksyen 13 dengan angaran

    4,150m bagi jalan ketagori Jalan Pengumpul dan 3,630m bagi jalan ketagori Jalan

    Tempatan.

    Penambahbaikan jalan juga dapat di capai dengan mempertingkatkan kapasitipersimpangan dengan menghadkan pergerakan membelok ke kanan di lokasi

    persimpangan Jalan Universiti/Jalan 17/21, Jalan Universiti/Jalan 13/6, JalanUniversiti/Jalan 17/1 dan Jalan Semangat/Jalan 13/4.

    Penambahbaikan sebahagian Jalan Semangat, Jalan 13/4, Jalan 13/6 dan keseluruhan

    Jalan 13/1 sebagai jalan satu hala dapat mengurangkan konflik lalulintas dan kapasitipersimpangan jalan yang terlibat juga dapat dipertingkatkan.

    Rangkaian jalan dirancang dengan mengambil kira keupayaan, kesan lalu lintas dan

    hierarki jalan, dalam memberi keselesaan, kemudahsampaian dan menjamin keselamatan

    kepada pengguna dan pengungjung.

    Sambungan Jalan Baru

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    7/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    6

    2.3 Spesifikasi Teknikal Jalan di Seksyen 13 Petaling JayaJalan-jalan di Seksyen 13 ini terbahagi mengikut dua ketagori utama iaitu Jalan

    Pengumpul dan Jalan Tempatan. Jadual 2.1 menunjukkan Spesifikasi Teknikal bagi

    kedua-dua ketagori tersebut mengikut piawai Arahan Teknik Jalan JKR-A Guide OnGeometric Design of Road:-

    Jadual 2.1 : JKR U3 & U2 Geometric Design Criteria

    Design Standard U3 U2

    Design Speed 60 km/h 50km/h

    Lane Width 3.0m 3.0m

    Shoulder Width 2.5m 2.0m

    Median Width (minimum) 2.0m N/A

    Marginal Strip 0.25m N/A

    Minimum Radius 150m 100m

    Maximum Superlevation 6.0% 6.0%

    Maximum Grade 9% 10%

    Desirable Grade 6% 7%

    Crest Vertical Curve (K) 15 10

    Sag Vertical Curve (K) 15 12

    Rezab (R.O.W) 80 66

    2.4 Cadangan Tipikal Keratan Rentas Jalan di Seksyen 13 Petaling JayaBerikut adalah gambar rajah tipikal keratan rentas jalan yang di cadangkan:-

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    8/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    7

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    9/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    8

    3.0 LALUAN PEJALAN KAKI3.1 Laluan Pejalan Kaki

    Penekanan terhadap faktor-faktor

    keselamatan dan keselesaanpergerakan pengguna serta

    mempunyai laluan terus untuk

    meningkatkan tahap walkability di

    ambil kira di dalam rekabentuk

    rangkaian laluan pejalan kaki.

    Untuk keselesaan pengguna laluan

    pejalan kaki, laluan pejalan kakitanpa halangan (clear sidewalk zone)

    dengan kelebaran pejalan kaki tidakkurang dari 1.8m dan tempat duduk atau seating area disepanjang laluan pejalan kaki di

    sebelah jalan utama akan disediakan.

    Kawasan hijau dengan lebar 1m minima juga disediakan sebagai pemisah antara ruangpejalan kaki dan jalan raya.

    3.2 Laluan Pejalan Kaki Mesra Golongan Kurang UpayaPenyediaan ramp di setiap antara laluan pejalan kaki kepintu masuk bangunan dan di lintasan pejalan kaki yang

    mempunyai aras ketinggian yang berbeza antara

    permukaan jalan dengan laluan kaki untuk memudahkan

    pergerakan golongan kurang upaya.

    Setiap ramp juga mempunyai pemegang di kiri dan

    kanan (hand rail) ramp tersebut. Permukaan laluan

    bertekstur seperti Dot-type block akan digunakan bagi

    memberi tanda asas tunjuk arah ataupun tanda amaran disetiap permulaan dan penhujung ramp.

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    10/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    9

    3.3 Jejantas Udara Pedestrian Sky-Bridge

    Rekabentuk sky-bridge mengambil kira kemudahsampaian dengan direka suapayaberada berdekatan dengan eskelator, elevator, tangga dan pintu masuk bangunan. Ia juga

    direka berbumbung, berdinding dan tertutup dengan kemudahan asas seperti lampu dan

    penyaman udara.

    Tinggi manima sky-bridge adalah 18 kaki daripada permukaan laluan pejalan kaki dan

    lebar untuk sky-bridge yang berpanjangan kurang dari 150 kaki ialah tidak kurang

    daripada 10 kaki dan tidak melebihi 20 kaki manakala untuk yang berpanjangan melebihi

    150 kaki ialah tidak kurang 12 kaki dan tidak melebihi 20 kaki.

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    11/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    10

    4.0 PERSIMPANGAN JALAN4.1 Naik Taraf Persimpangan JalanBulatan di Persimpangan Jalan Semangat/ Jalan Universiti/ Jalan Harapan akan di naik

    taraf dengan kemudahan channelised lane. Cadangan naik taraf dari rekabentuk bulatansediada kepada persimpangan empat berlampu isyarat seperti dalam rajah 4.1 berikut.

    Rajah 4.2 Naik Taraf Bulatan Sedia Ada Ke Persimpangan Empat Berlampu Isyarat

    Bagi pelan masa panjang, pembaikan naik taraf kepada persimpangan bertingkat akandilakukan di persimpangan Jalan Dato Abdul Aziz/Jalan Semangat, Jalan Semangat/Jalan

    Universiti, dan Jalan Universiti/Jalan 17/1.

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    12/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    11

    5.0 SISTEM PENGAIRAN DAN SALIRAN5.1 Naik Taraf Longkang Sedia AdaMenaik taraf longkang suapaya kapasiti isipadu

    longkang dapat menampung unjuran jumlah air larianpermukaan bagi pembangunan masa hadapan dan

    mengunakan rekabentuk longkang tertutup bagi

    pembangunan RKK Seksyen 13.

    5.2 Pengindahan Rezab ParitMemperindahkan rezab parit untuk tujuan laluan pejalan kaki dari Jalan Universiti ke

    Jalan Semangat.

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    13/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    12

    6.0 BEKALAN AIR6.1 Pembinaan Tangki Simpanan AirMembina tangki simpanan air di dalam

    kawasan RKK Seksyen 13 bagi menampungunjuran keperluan air bagi sektor komersial

    yang di cadangkan yang mana lebih tinggi

    daripada permintaan bekalan air sektor

    industri sedia ada.

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    14/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    13

    7.0 SISTEM PEMBENTUNGAN7.1 Rangkaian Paip PembentungMenyediakan rangkaian paip ke paip pembentungan awam bagi penyaliran ke loji

    kumbahan berpusat kerana unjuran beban penduduk setara bagi sektor komersil yangdicadangkan lebih tinggi daripada beban penduduk setara bagi sektor industri sedia ada.

  • 8/13/2019 Cadangan Konsep Pembangunan Infrastruktur Di Rkk Seksyen 13 Petaling Jaya

    15/15

    RANCANGAN KAWASAN KHAS

    SEKSYEN 13 PETALING JAYA

    14

    8.0 BEKALAN ELEKTRIK8.1 Pembinaan Sub-station BaruMembina sub-station baru di kawasan RKK Seksyen 13 memandangkan unjuran yang

    telah dibuat, didapati unjuran bekalan elektrik bagi pembangunan bernisbah plotmaksimum dibenarkan adalah lebih tinggi daripada unjuran bekalan elektrik bagi sector

    industry sedia ada.