menangani masalah disiplin (psikologi)

16
PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP4023 Tajuk: Menangani Masalah Disiplin / Masalah Salah Laku Buli Di Kalangan Pelajar. Teori Psikologi Pendidikan Oleh: ZAHIDIN BIN ISMAIL PROGRAM : ET 01 AH-DIPLOMA PENDIDIKAN (SASTERA) 830216-01-5731 L20122009358

Upload: mohamad-hafiz-sariff

Post on 10-Feb-2015

244 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

KPP4023

Tajuk:

Menangani Masalah Disiplin / Masalah Salah Laku Buli Di Kalangan Pelajar.

Teori Psikologi Pendidikan

Oleh:

ZAHIDIN BIN ISMAIL

PROGRAM : ET 01 AH-DIPLOMA PENDIDIKAN (SASTERA)

830216-01-5731

L20122009358

SEMESTER 1 SESI 2012/2013

NAMA PENSYARAH : EN. AZLI BIN ARIFFIN

Page 2: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Pendahuluan 2

2 Teori Pembelajaran Sosial 3

3 Teori Behaviorisme 4

4Model-Model Pengurusan Tingkah Laku

Teknik-Teknik Modifikasi Tingkah Laku6

5 Langkah bendung masalah buli/ disiplin di kalangan pelajar 8

6 Kesimpulan 10

7 Rujukan 11

2 | P a g e

Page 3: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

PENDAHULUAN

Wacana mengenai masalah disiplin pelajar sekolah sering diperkatakan sejak akhir-akhir

ini.Pelbagai langkah dan strategi diambil pihak bertanggungjawab, tetapi masalah itu belum

diatasi sepenuhnya hingga turut membimbangkan kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa dan

masyarakat. Kementerian pelajaran juga amat prihatin dengan profesional perguruan dalam

menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar.tidak keterlaluan

dikatakan bahawa setiap sekolah mempunyai pelajar bermasalah dan tidak berdisiplin.

Persoalannya, apa sudah jadi dengan institusi sosial dalam kehidupan masyarakat malaysia hari

ini? Mengapa kita sering melatah apabila guru menjalankan tugas mereka mendisiplinkan

pelajar? Adalah menjadi tanggung jawab semua pihak untuk menangani masalah buli ini

terutamanya hingga ke akar umbi bak kata pepetah melayu, ”kalau melentur buluh biarlah dari

rebungnya”. Di sini akan dibincangkan mengenai beberapa langkah yang disokong oleh beberapa

teori pembelajaran dan modifikasi tingkah laku untuk mengatasi masalah disiplin pelajar dengan

tumpuan kepada masalah buli di sekolah. Langkah utama yang seharusnya digunakan adalah

melalui didikan agama dalam keluarga.Keluarga merupakan unit asas kehidupan kerana

daripadanya terbentuklah masyarakat. Seharusnya asas utama perlu ditekankan

Sejak kecil lagi ialah pembinaan tahap sosialisasi anak menerusi aspek keagamaan, bak kata

pepatah melayu, ‘kalau hendak melentur buluh, biar daripada rebungnya’. Semua ajaran agama

mementingkan kebaikan dan menolak kejahatan. Tanpa ajaran agama bersifat fokus akan

menyebabkan individu gagal memahami tuntutan agama dalam kehidupan dan mulai melanggar

peraturan agama, sekolah mahu undang-undang negara. Inilah masalah besar dihadapi oleh

majoriti ibu bapa yang ‘terlupa’ untuk menerapkan nilai agama yang murni ketika sosialisasi

anak mereka dan akhirnya bila mereka memasuki alam persekolahan mereka tidak dapat

membezakan kebaikan dan kejahatan. Hal ini lantas akan menjerumuskan mereka dalam kancah

buli yang akan meruntuhkan institusi persekolahan.selain itu, peranan guru amat penting dalam

menangani masalah buli ini.

Mengikut teori permodelan bandura, unsur-unsur pembelajaran utama seseorang adalah melalui

pemerhatian dan peniruan. Bandura menerapkan tingkah laku model boleh dipelajari melalui

bahasa, misalan dan teladan. Proses pembelajaran juga meliputi pemerhatian, pemikiran,

3 | P a g e

Page 4: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

peringatan, peniru adegan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. Jadi, di dalam bilik darjah,

keberkesanan pengajaran-pembelajaran dapat dicapai melalui penyampaian guru yang cekap

supaya menjadi role model kepada pelajar. Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar

membolehkan pelajar menirunya dengan mudah dan tepat. Guru juga boleh mengajar nilai murni

serta meminta kerjasama ibu bapa supaya anak-anak mereka tidak dibenarkan menonton filem

berunsur keganasan. Hal ini bererti sekiranya guru menjadi role model yang baik kepada pelajar

maka pelajar akan mencontohi segala perilaku guru tersebut dan dapat mengelakkan daripada

berlakunya gejala negatif seperti buli.

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Pula menekankan bahawa tingkah laku ditumpukan ke arah individu dan huraian analisis tentang

individu dikaitkan dengan keadaan kehidupan psikologikalnya. Tingkah laku mula difahami

dengan menumpu pada cara individu berinteraksi dengan orang lain yang signifikan dalam

masyarakat. Di samping berupaya mengubah tingkah laku, mereka mengikut matlamat dan ideal

yang dikehendaki sealiran dengan usaha memahami budaya alam sekelilingnya. Pendekatan

modifikasi tingkah laku Kognitif. Pendekatan ini menumpukan kepada tingkah laku hasil

daripada pengstrukturan kognitif. Pengalaman seseorang digandingkan dengan cara individu

tersebut mentafsir tingkah lakunya. Pentafsir yang tidak rasional boleh mengakibatkan tingkah

laku yang bercelaru. Dalam pendekatan ini, manusia tidak dianggap hanya sebagai objek.

Interaksi dan tingkah laku antara insan tidak berlaku tanpa wujudnya perasaan dan pemikiran.

Elemen ini merupakan tumpuan induk dalam kefahaman modifikasi tingkah laku kognitif. Model

analisis penerapan tingkah laku yang diguna pakai melihat bahawa tingkah laku sebenarnya

adalah akibat daripada suatu rangsangan. Kawalan peneguhan ke atas sesuatu rangsangan itu

pula akan mengubah tingkah laku. Pendekatan ini menggunakan prinsip pelaziman operan dan

pengukuran sama ada berkesannya aliran peneguhan dinilai daripada hasil kesan rangsangan

yang baru. Paradigma analisis perlakuan ini dapat dicerap dari rajah 2.

R -------------> p --------->gb

Rangsangan peneguhan gerak balas rajah 2, tingkah laku (gb) terhasil dari rangsangan (r).

Rangsangan ditambah dengan peneguhan. Akibat dari proses ini maka

4 | P a g e

Page 5: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

Berlaku satu gerak balas.contohnya, seorang pelajar yang gemar membuli di dalam bilik darjah.

Pelajar melakukan sesuatu yang tidak disenangi guru x, seperti membuli dan memeras ugut

pelajar lain. Setiap kali pelajar tersebut membuli, beliau akan dimarahi guru x dan dirotan

bersama dengan pandangan serta mimik muka guru x yang garang. Pelajar akan diam dan takut.

Pada keadaan yang lain, apabila pelajar membuli, dan pelajar melihat muka guru y dengan

mimik mukanya yang garang, pelajar akan menukar tingkah lakunya menjadi diam dan takut.

Membuli merupakan rangsangan, dan bagi menghapuskan tingkah laku buat membuli tadi,

pelajar dimarahi bersama dengan gandingan muka marah. Pengalaman dimarahi diingati oleh

pelajar dengan gandingan muka marah. Pada keadaan yang lain, mimik muka marah sudah

mencukupi bagi mengubah tingkah laku untuk pelajar diam.

TEORI BEHAVIORISME

Bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (Learning Leads To A Change In Behaviour), iaitu

pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara

berulang-ulang, maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (1849–1936) yang

menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa

apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan

akan disajikan. Thorndike (1874–1949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response

Theory (Teori Pelazimanoperan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons

terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (Responsterlazim) untuk

mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (Stimulusterlazim). Thorndike percaya

bahawa hubungan neutral terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah

positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang

dikehendaki. Dengan kata lain teori behaviorisme yang dikaitkan dengan tingkah laku membuli

ialah melalui pembelajaran yang berkesan dapat mencegah kegiatan tidak bermoral tersebut.

Guru akan sentiasa mengulangi kata-katanya bahawa membuli adalah salah di sisi undang-

undang dan pelajar yang melakukannya didenda. Jadi apabila perlakuan ini secara berulang

terjadi, pelajar akan sentiasa mengingati bahawa buli adalah salah dan akan dihukum. Mereka

tidak akan melakukan buli lagi.

5 | P a g e

Page 6: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

MODEL-MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1) Psikodinamik

Teori-teori psiko dinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu

itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui

perspektif ini, perkembangan personaliti terjadi semasa kanak-kanak berkembang melalui siri

tingkat perkembangan psikoseksual (oral stage, anal stage, phallic, latenc, genital).

2) Biofizikal

Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat

hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan dan penyakit dengan tingkah laku

individu.

3) Persekitaran

Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli

mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran

yang menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu

terjadi.

TEKNIK-TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

1. Peneguhan positif dan negatif.

Mengikut Skinner, apabila gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan memuaskan, peluang

mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Skinner juga menyatakan apabila sesuatu

gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, sebagaimana yang disebut oleh

Thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan maka kebarangkalian sesuatu gerak balas operan itu

akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu

berulang-ulang gerak balas responden tersebut. Peneguhan positif di sini adalah seperti pujian,

ganjaran dan lain-lain. Peneguhan negative pula ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan

dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat dilakukan. Teknik penghapusan

adalah bertujuan untuk memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada melakukan

6 | P a g e

Page 7: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

tingkah laku negatif seperti mendenda atau merotan pelajar yang melakukan kesalahan. Teknik

kejemuan pula dengan cara membiarkan murid melakukan tingkah laku tersebut sehingga dia

jemu melakukannya dan berhenti sendiri.

2. Reverse Psychology

Teknik ini menggunakan kaedah psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada

positif. Tujuan teknik ini adalah untuk membolehkan murid melepaskan sikap negatif dan

memupuk sikap positif demi memupuk tingkah laku yang diingini.

3. Shaping

Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan

secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang diharapkan. Teknik ini perlu digunakan

apabila murid yang berkenaan tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini.

4. Kontrak (Lisan dan Bertulis)

Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang

berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif, Menandatangani kontrak

secara formal di hadapan orang yang disanjungi. Misalnya guru besar akan menyakinkan murid

berkenaan bahawa dia akan memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan.

5. Token Ekonomi

Sistem ini digunakan untuk membahagikan beberapa peneguhan simbolik yang akan ditukarkan

kepada pelbagai peneguhan sebenar yang diinginkan. Dalam token ekonomi, sistem merit

digunakan dan ditentukan berdasarkan kriteria respon terhadap tingkah laku yang diingini. Poin

merit ini yang dikumpulkan boleh ditukarkan dengan pelbagai peneguhan yang diidamkan

seperti barangan. Hal ini membolehkan murid mengubah tingkah laku negatif mereka kepada

positif demi mendapatkan ganjaran.

7 | P a g e

Page 8: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

LANGKAH MEMBENDUNG MASALAH BULI / DISIPLIN DI KALANGAN PELAJAR

Masyarakat, terutama ibu bapa, tidak harus meletakkan tanggungjawab mendidik pelajar serta

menangani masalah salah laku kepada sekolah semata-mata, sebaliknya perlu wujud kerjasama

erat semua pihak.Kokurikulum bersepadu dengan penerapan nilai moral dapat membentuk

peribadi mulia pelajar.Pelajar perlu memandang gurunya dengan penuh hormat.Ibu bapa

seharusnya memberi kerjasama dengan PIBG dalam menjalankan aktiviti sosial. Pembabitan ibu

bapa secara aktif dengan sekolah sekali gus akan membawa banyak perubahan kepada

pembelajaran dan disiplin anak di sekolah. Peranan pihak kerajaan memperkenalkan Program

Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu langkah bijak dalam usaha menangani masalah

sosial pelajar.Pihak Kementerian Pelajaran juga seharusnya mewajibkan semua pelajar sekolah

menengah menyertai pasukan beruniform/seragam. Kerjasama berterusan diberikan PDRM

dalam menangani jenayah di sekolah dan luar sekolah seharusnya mendapat sokongan dan

bantuan masyarakat Malaysia. PDRM boleh menjadikan sekolah mempunyai kadar kejadian

jenayah yang tinggi ‘sekolah angkat’ dengan pegawai PDRM boleh keluar masuk demi

memastikan disiplin pelajar terkawal. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan

Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani

masalah buli iaitu:

Tahap sekolah

1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah

masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan

meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.Selain itu, pelajar

juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons

tertinggi tentang perkara ini,identiti pelajar perlulah dirahsiakan.

2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja

dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah,tetapi juga mengedarkan risalah

antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang

8 | P a g e

Page 9: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden

buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian Hotline buli 1-

800-884774.

3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.

4. Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat

mengekang kejadian gengster.

5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras anti buli peringkat sekolah. Antara ahli yang

terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan

wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program anti buli dan menilai keberkesanannya.

Tahap kelas

1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang

buli. Peraturan tersebut mestilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai

tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau

dilapor melakukannya.

2. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

Tahap individu

1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras anti buli

hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan

pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.

2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap

tingkah laku simpati (daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau

tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

9 | P a g e

Page 10: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

KESIMPULAN

Konklusinya, masalah buli yang berlaku hari ini bukanlah hanya disebabkan pelajar itu sendiri.

Banyak permasalahan remaja berpunca daripada kecuaian pelbagai pihak. Hal ini demikian

kerana kemelut masalah buli tidak boleh dipandang enteng. Semua pihak perlulah berganding

bahu dan bekerjasama untuk membendung masalah buli ini. Pelbagai kaedah, teknik, model

pembelajaran dan teori-teori berkaitan haruslah digunakan bagi menangani masalah yang

semakin meruncing di kalangan remaja kita terutamanya pelajar sekolah. Jika tidak, usaha

kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020 tidak akan tercapai dengan jayanya.

10 | P a g e

Page 11: Menangani Masalah Disiplin (Psikologi)

RUJUKAN

1. Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan edisi kedua.Tanjung Malim:

Quantum Books.

2. Fatimah Daud, 1992. Pengenalan teori-teori sosiologi.Kuala Lumpur :Fajar Bakti.

3. Kehadiran Kaunselor: Berkurangkah Masalah Pelajar? (6 April 1996).MASSA.

4. Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,

Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

5. Sekolah harus berani dedah masalah buli. Berita Harian, 26 April 2004

http://www.google.com.my/search?

hl=en&q=menangani+masalah+tingkah+laku+pelajar&btnG=Search&meta Ee Ah Meng

(1996),Pendidikan Di Malaysia

6. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1990),

Pedagogi Asas Pendidikan, Kuala Lumpur, Kayazano Enterprise.

11 | P a g e