masalah keluarga melayu bandar: isu dan cabaran

20

Upload: truongcong

Post on 28-Jan-2017

429 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran
Page 2: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan CabaranHamidah Ab. Rahman dan Hamdan Ab. Kadir

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

Universiti Teknologi Malaysia

1.0 Pengenalan

Kertas kerja ini membincangkan dua isu terkini dan utama yang dihadapi oleh

institusi keluarga di lapan daerah di negeri Johor, Malaysia (Johor Bahru, Mersing, Kota

Tinggi, Pontian, Kluang, Muar, Batu Pahat dan Segamat). Sejumlah 517 sampel keluarga

Melayu yang mempunyai masalah keluarga dipilih secara rawak mengikut masalah

keluarga iaitu Keluarga tunggal dan Penceraian. Faktor-faktor yang membawa kepada

berlakunya kedua-dua masalah tersebut dibincangkan seperti faktor ekonomi,

pengangguran/pekerjaan, komunikasi, perubahan nilai, tanggungjawab dan urbanisasi.

Kaedah kajian ialah dengan menggunakan kaedah soa! selidik. Pemilihan sampel

keluarga bermasalah dibuat berasaskan bilangan keluarga bermasalah di lapan daerah di

Johor seperti yang terdapat di berbagai jabatan kerajaan dan badan sukarela. Responden

kajian terdiri daripada ketua keluarga (ibu/bapa).

Profil keluarga bermasalah dibentang dalam bentuk peratusan dan dibuat

berasaskan kepada kekerapan. Manakala skor min dan peratusan diambilkira dalam

mengukur faktor penyumbang kepada isu-isu masalah keluarga. Skor min diberi skil 1

hingga 5. Skil 1 bermaksud sangat tidak setuju dan skil 5 bermaksud sangat setuju.

1.1 L a ta r belakang

Di Malaysia institusi sosial yang menjadi perhatian ialah institusi keluarga dan ia

menjadi unit paling asas dan penting dalam proses pembentukan masyarakat. Jika baik,

sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialah

generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya institusi keluarga

berpecah belah maka kesan sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat di

generasi berikutnya. Oleh itu maju atau mundumya sesebuah negara adalah berpunca

daripada institusi keluarga.

1

Page 3: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Mengikut Cashmore (1985) di negara-negara Eropah seperti Britain dan USA,

pada sekitar 70-an didapati jumlah bilangan isi rumah telah menurun dari 3.3 orang

kepada 2.7 orang. Ini berlaku ekoran daripada peningkatan penggunaan perancangan

keluarga, serta kesedaran. Biasanya isterilah yang akan terbeban dengan tanggungjawab

rumah tangga, termasuk penjagaan anak-anak.

Seorang lagi pengkaji barat iaitu Wayman (1987) berpendapat bahawa gejala ibu

tunggal mula menular di England sejak tahun 70-an iaitu akibat daripada wujudnya

pertubuhan-pertubuhan wanita yang mula sedar bahawa wanita tidak sepatutnya terlalu

bersandar (dependence) kepada kaum lelaki. Justeru itu mereka mula mengadakan

kempen-kempen menuntut hak dan kebebasan. Ekoran dari itu dua akta (Equal Pay and

Sex Discrimination Act) telah wujud dan seolah memberi sokongan yang kuat kepada

perjuangan mereka. Dari sinilah dikatakan kaum wanita mula mengalarm perubahan-

perubahan dalam peranan sosial dan kebebasan mereka. Hasil dari perubahan tersebut

didapati pada pertengahan tahun 1975, jumlah ibu tunggal telah bertambah sebanyak

enam peratus setahun dan dalam jangka masa sepuluh tahun (1985) telah meningkat

kepada 1 juta ibu tunggal di Britain.

Banci di Amerika Syarikat menunjukkan pada tahun 1960 hanya sembilan peratus

sahaja anak-anak di bawah umur 18 tahun tinggal bersama ibu atau bapa tunggal. Tetapi

peratusan ini meningkat kepada 25 peratus dalam tahun 1990. Peningkatan sebanyak 14

peratus dalam masa 30 tahun ini amat membimbangkan. Dalam tempoh yang sama

peratusan anak yang tinggal dengan ibu tunggal yang tidak pemah berkahwm meningkat

dari 4 peratus kepada 31 peratus. (Siti Fatimah 2003).

Adakah fenomena yang sama berlaku di Malaysia? Satu analisis terhadap unit

keluarga di Malaysia menunjukkan terdapat lima unsur utama yang mempengaruhi corak

dan gaya kehidupan mereka dari segi bentuk hubungan, perkongsian dan perhubungan

antara keluarga. Unsur-unsur tersebut adalah seperti berikut:-

> Tahap usia perkahwinan pertama dan kelahiran mulai meningkat.

'> Unit keluarga dan isi rumah semakin mengecil.

> Bebanan dan tanggungan ibu bapa bekerja yang menyara warga tua dalam

anggota keluarga yang muda semakin meningkat.

2

Page 4: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

> Jumlah bilangan wanita menjadi ketua isi rumah (KIR) meningkat.

> Pembabitan wanita dalam kedudukan tinggi dan sector buruh formal meningkat.

Menurut laporan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga

Negara (LPPKN) terdapat bukti kukuh menunjukkan betapa unit keluarga semakin

berpecah dan mengecul atau menjadi nuclearised. Keluarga dengan isi rumah semakin

meningkat kepada 68 peratus pada 1994 berbanding 60 peratus pada 1991. Pengaruh

kuasa keluarga besar semakin berkurangan dalam membantu ibu bapa moden menangani

tanggungjawab menjaga warga tua dan anak kecil. Dalam pergelutan menangani

tanggungjawab inilah data terkini menunjukkan peningkatan dalam jumlah isu rumah

(KIR) terdiri daripada wanita telah meningkat. Mengikut Ketua Pengarah LPPKN lagi

kejadian perceraian pasangan suami isteri turut meningkat dan menjadi gejala yang rumit

di Malaysia. Wanita kematian suami, ditinggalkan suami, didera suami semakin

meningkat data dan ada juga yang hidup berasingan dan menjadi ibu tunggal. (Utusan

Malaysia 1999).

Mengapakah keadaan seperti in begitu menonjol sejak akhir-akhir ini jika

dibandingkan dengan tahun-tahun 70-an. Pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an isu ibu

tunggal tidak pemah menjadi isu besar dalam masyarakat. Kerajaan juga tidak perlu

memberi perhatian khusus tentang isu ibu tunggal. Tetapi masalah ibu tunggal kini telah

menjad. semakin serius kerana ia membawa kepada masalah-masalah lain dalam rumah

tangga seperti masalah anak-anak terbiar, teijerumus ke kancah yang tidak diingini dan

sebagainya. Sebenamya gejala ibu tunggal yang menjad1 ’su dalam masyarakat sekarang

ialah akibat daripada banyaknya berlaku penceraian.

Menurut seorang pengkaji barat iaitu Coleman (1993), penceraian berlaku akibat

tekanan yang dialami oleh individu.

Dalam konteks negara Malaysia, kes penceraian menjadi begitu ketara sejak awal

tahun 90-an. Perangkaan yang dikeluarkan oleh bahagian Undang-undang Keluarga

Jabatan Agama Islam Negeri Johor 1998 misalnya menunjukkan penceraian tertinggi di

negeri Johor berlaku dalam tempoh perkahwinan satu hingga tiga tahun. Ini berkaitan

dengan keadaan keluarga yang tidak stabii dan sering bertengkar, suami yang tidak

menunaikan tanggungjawab dengan baik, ilmu yang tidak lengkap dalam hal-hal

3

Page 5: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

pengurusan rumah tangga, kurang pengetahuan dalam agama, masalah komunikasi dalam

keluarga, kecurangan pasangan, penderaan emosi, penghakisan rasa cinta, masalah

kewangan serta cabaran zaman ini yang begitu kuat mempengaruhi kesejahteraan

keluarga. Akibat daripada penceraian yang berlaku ramai wanita dan ibu-ibu yang

mengambil keputusan untuk hidup sendiri dengan anak-anak walaupun terpaksa

mengharungi pelbagai kepahitan hidup. Namun begitu ibu tunggal tidak sunyi dan

menghadapi berbagai masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai pencari rezeki tunggal, majomi ibu tunggal berpendapatan kecil. Sumber

kewangan yang terhada menghadkan pilihan mereka. Ini tergambar dalam keadaan

rumah yang sernpit dan kurang selesa. Itu belum dikira keperluan lain seperti makanan

dan pakaian. Ini menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati hidup yang rendah.

Dari segi emosi pula, bagi ibu tunggal yang kematian suami, mereka terpaksa

menyesuaikan diri dalam kehilangan suami yang memberi maksud, kehilangan orang

yang dicintai, tempat bergantung, teman suka duka. Bagi yang bercerai hidup, mereka

juga terpaksa menerima ‘ketiadaan’ itu. Dalam menghadapi kehilangan orang yang

dicintai ini, mereka terpaksa memainkan peranan suami yang telah tiada. Stigma yang

dikenakan kepada mereka pula memburukkan lagi keadaan.

Jika ibu bapa dalam keluarga normal sering berhadapan dengan masalah dalam

hubungan dengan anak-anak, ibu tunggal lebih-lebih lagi, Ibu tunggal yang merasa

bersalah kerana penceraian yang berlaku menyebabkan anak-anak yang tidak mendapat

kasih sayang dan ibu bapa, mungkin memanjakan anak-anak dengan kemewahan

sehingga akhimya mereka tidak dapat dikawal lagi. Ibu tunggal yang terlalu marah

dengan bekas suami pula, mungkin akan melepaskan kemarahan itu kepada anak-anak.

Ada juga ibu tunggal yang terlalu mengawal anak-anak atau memberi mereka

tanggungjawab yang tidak sesuai dengan umur mereka kerana mahu melahirkan anak-

anak yang sempuma. Ada juga ibu tunggal yang mendera anak-anak kerana tekanan yang

dihadapi berpunca dari kesempitan hidup yang dialami. Ini semua memberi kesan yang

buruk kepada anak-anak dan hubungan antara keduanya.

Semua ibu dan bapa pada hakikatnya mengasihani anak-anak mereka dan

menaruh cita-cita yang tinggi untuk kehidupan berkeluarga secara harmuni dan bahagia.

Senario mengejar perbelanjaan harian ini bagaimanapun telah menimbulkan tekanan

4

Page 6: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

' emosi di kalangan ibu bapa. Penceraian dan pelbagai lagi masalah rumah tangga boleh

berlaku akibat tekanan emosi yang tinggi di samping sikap tidak sabar di kalangan ibu

bapa.

Walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dibuat untuk mengatasi masalah dalam

keluarga, statistik jelas menunjukkan keadaan sebaliknya. Kemungkinannya, program

dan tindakan menangani masalah adalah terlalu umum seperti ceramah, peijumpaan

dengan ibu bapa dan nasihat yang diselitkan semasa majlis diadakan.

Oleh kerana fahaman agama penting dalam proses pembentukan keluarga, di

Malaysia dan di negeri Johor, beberapa enakmen diluluskan bagi mengawal pembentukan

institusi keluarga. Kajian Jamilah Ariffin (1992 : 149-162) telah menjelaskan dan menilai

hal-hal pentadbiran Enakmen Keluarga yang digunapakai di Semenanjung Malaysia,

Sabah dan Sarawak. Secara ringkasnya kajian itu menyebut bahawa pembentukan

keluarga Islam adalah bidang kuasa dan tanggungjawab kerajaan negeri dan ditadbir di

bawah ‘The Family Law Enactment’. Pembentukan keluarga bukan Islam pula

menggunapakai ‘The Law Reform (Marriage and Divorce) (Amendment) Act, 1980 (Act

A498).

Bagi negeri Johor, selain daripada Enakmen yang disebut di atas, kerajaan negeri

telah meluluskan Enakmen No. 2, 1997 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

dan telah digunapakai mulai 1 Julai 1998. Antara fungsi Yayasan yang berkaitan dengan

kajian ini ialah ‘membantu dan melaksanakan matlamat bagi membentuk masyarakat

harmoni, bahagia, sejahtera, penyayang dengan:

a. mengukuhkan institusi keluarga

b. membawa wanita dalam arus pembangunan dan

c. menangani masalah sosial”. (Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga

Darul Ta’zim, 1998).

Memandangkan peri pentingnya pembentukan institusi keluarga yang mantap,

kertas keija ini membincangkan defmisi keluarga dan membandingkan apakah yang

dicapai melalui pembentukan keluarga bahagia serta apa pula kesan-kesan yang

dilaporkan telah berlaku akibat konflik atau masalah dalam sesebuah keluarga.

5

Page 7: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

1.1.1 Definisi Keluarga

Coleman dan Cressey (1993 : 110) mentakrifkan keluarga sebagai 'a group o f

people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common household '.

Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu

dan anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalina hidup tertentu dalam

kelompok sosial berkenaan.

Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk sifatnya

(extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-

anak tetapi juga datuk, cucu, cicit, adik beradik dan saudara mara. Di bawah konsep

keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga (poligami). Dari

masa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada

rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan

keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala

(Mahmood, 1997).

Takrif keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat.

Daripada perspektif Barat, keluarga dihadkan kepada keluarga nuclear. Ianya

mengandungi sekurang-kurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian darah,

perkahwinan atau "adoption’. Keluarga juga terbentuk daripada pasangan yang tidak

berkahwin tetap hidup bersama dan mungkin juga mempunyai anak (single parent

family)- Gullota, Adams dan Alexander (1986).

1.1.2 Konsep Keluarga Bahagia

Persoalan pokok dalam menghuraikan maksud keluarga bahagia ialah konsep

bahagia. Ia adalah satu ungkapan yang manis tetapi sukar menentukan bagaimana ianya

boleh dicapai. Terdapat berbagai-bagai tanggapan sama ada secara betul mahupun secara

salah tentang persoalan bahagia, baik dalam konteks kehidupan peribadi mahupun dalam

kehidupan kelompok sosial seperti keluarga, kumpuian, masyarakat dan sebagainya.

Mengikut Rusmiati (1980) kebahagiaan adalah nikmat yang dirasai dalam

sanubari seseorang. Khawari dan Khawari (1989) mentakrifkan kebahagiaan keluarga

sebagai

6

Page 8: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

.. .successful family does not mean material affluence but rather an affluence of the heart,

spirit and mind. The family :

• becomes more unified

• becomes more loving

• gets along well together

• always encourage each other’s accomplishment

• always allow everyone to be successful

• is productive

• is confident

• is happy

• is always be the source of happiness for others.

Secara ringkasnya, kebahagiaan adalah perasaan yang terpancar dari Iubuk hati

dan bukan sesuatu yang dipaksa atau disogok dari luar. la bukan terletak pada kekayaan,

kuasa, kedudukan dan apa saja yang bersifat kebendaan. Sebaliknya, ia adalah sesuatu

yang maknawi, dapat dirasai tetapi tidak dapat diukur atau disukat.

Usaha membentuk keluarga yang baik, sempuma dan bahagia bukanlah suatu

perkara yang mudah kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi nilainya. Mengikut

Khawari dan Khawari (1989),

“One secret of successful family is its ability to solve problems together. But even more

important is learning how to foster those positive conditions that prevent problems from

arising in the first places11.

Namun begitu, institusi keluarga masa kini tidak lagi sama seperti mana keluarga

yang wujud lima puluh tahun lalu (Shehan & Meyer, 1997). Perubahan bentuk dan fungs

keluarga telah mengganggu proses mencapai kebahagiaan berkeluarga.

1.1.3 Konsep Keluarga Tidak Bahagia

Keluarga tidak bahagia membawa maksud keluarga kucar-kacir. Terdapat banyak

masalah atau krisis rumahtangga hingga menyebabkan anggota keluarga tidak tenteram.

Dalam Al-Quran kebahagiaan disebut sebagai kontra kepada kecelakaan atau tidak

7

Page 9: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

bahagia. Dalam Surah Hud (11): 105-108, Allah telah berfirman tentang hari akhirat

yang bermaksud:

“Di kala datang hari itu tidak ada seorang pun yang berbicara melainkan dengan

izinNya. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia. Adapun

orang-orangyang celaka maka (tempatnya) di dalam neraka”.

Ayat d atas membayangkan orang-orang yang berbahagia itu akan mendapat

kumia yang terus menerus dari Allah S.W.T. berbanding dengan orang yang celaka di

mana mereka itu akan tersiksa terus. Meskipun ayat di atas memperkatakan tentang

kebahagiaan dan kecelakaan (tidak bahagia) di akhirat tetapi yang pentingnya bagi kita

di sini ialah gambaran mengenai kebahagiaan dan kecelakaan itu sendiri, iika dikaitkan

dengan keluarga ia bererti keluarga yang bermasalah dan tidak bahagia.

1.1.4 Keluarga Bermasalah

Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing

dalam rumahtangga akibat daripada masalah keluarga (Utusan Malaysia, 27 September

1990 : 12). Krisis-krisis ini kemudiannya telah mengakibatkan timbul sebagai keadaan

negatif dalam perhubungan keluarga tersebut. Seterusnya, keadaan seperti ini boleh

mencetuskan suasana kelam kabut dan tidak terarus dalam sesebuah keluarga.

Coleman dan Cressey (1993), menyenaraikan beberapa masalah keluarga seperti

berikut:

a. Penceraian

b. Penjagaan anak-anak

c. Penderaan kanak-kanak

d. Keganasan rumahtangga

e. Keluarga tunggal

f. Ibu bapa bekerja sepenuh masa

g- Konflik keluarga

Pembangunan ekonomi dan sosial telah melibatkan perubahan sistem, bentuk dan

peranan keluarga. Misalnya peranan institusi keluarga telah banyak dipindahkan kepada

agen-agen sosialisas (Yaacob, 1992; Fatimah, 1994). Pemindahan peranan institusi

Page 10: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

keluarga ini telah tidak dapat dilaksanakan oleh pihak d atas dengan sempuma. Ini

menimbulkan permasalahan sosial yang semakin serius,

2.0 Perbincangan Hasil Kajian Masalah Keluarga

2.0.1 Keluarga Tunggal

Fenomena bapa atau ibu tunggal semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ianya

berlaku kerana kematian pasangan atau penceraian. Perpisahan tersebut meninggalkan

penafian, emosi dan perasaan yang tidak stabil, rasa bersalah, rasa kehilangan dan

kesepian serta perasaan lega (Kavanaugh, 1972).

Menurut Dudley (1991), mereka juga merasa tertekan dengan keperluan rnencari

pekeijaan dan tanggungjawab keibubapaan seperti mendidik dan membimbing anak-anak

(Wolf, 1996). Pada masa yang sama ibu/bapa tunggal perlu memelihara kesejahteraan

keluarga seperti memberi kasih sayang secukupnya. Bukan sahaja seorang bapa tidak

boleh memain peranan sebagai seorang ibu dan sebaliknya, tetapi juga masa amat terhad

untuk membolehkan keluarga tunggal berfungsi sepenuhnhya. Tanggungjawab berat

yang dipikul oleh satu pihak sahaja ini boleh mengakibatkan penjagaan anak-anak terabai.

Analisis menunjukkan bahawa daripada jumlah 344 orang keluarga tunggal

(mewakili 65.2% dalam kajian ini), seramai 322 orang (93.6%) berasal dar Johor, dan

daripada jumlah keseluruhan keluarga tunggal yang menghadapi masalah, sebanyak

99.1% adalah bu tunggal. Majorit* keluarga tunggal berada dalam lingkungan umur

antara 30 tahun hingga 60 tahun yang majoritinya telah mengalami tempoh perkahwinan

selama antara 6 tahun hingga 30 tahun.

Dari segi tahap pendidikan, sebanyak 19.8% tidak bersekolah, 43.6% bersekolah

rendah, 23.8% lulusan sekolah menengah rendah dan hanya 12.8% sahaja berkelulusan

sekolah menengah atas.

Dari segi pendapatan pula sebanyak 75.4% berpendapatan kurang daripada

RM500 sebulan. 22.3% berpendapatan antara RM501-RM1000, dan hanya 2.3% sahaja

yang berpendapatan antara RM1001-RM2001.

9

Page 11: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Bagi bilangan anak, sebanyak 34.6% mempunyai anak antara 1 hingga 3 orang,

46.2% mempunyai anak antara 4 hingga 6 orang dan sebanyak 16.3% mempunyai anak

antara 7 hingga 9 orang.

Persepsi Responden kepada faktor penyumbang (lihat Jadual 1) keluarga

tunggal didapati skor min tertinggi (4.02) diberi kepada faktor ekonomi iaitu tidak

berkeupayaan berbelanja mewah dan pendapatan cepat habis (3.47). Mereka mengakui

sukar mendapat ketja yang sesuai dengan kelulusan sekolah rendah dan sekolah

menengah rendah. Faktor pengangguran/pekerjaan (sukar mendapat pekeijaan di

bandar) diberi skor min 3.44. Lantaran itu ibu tunggal bersetuju tekanan emosi mereka

lebih tinggi di bandar. Sub skala faktor urbanisasi (tekanan hidup di bandar lebih tinggi)

juga.diberi skor min 3.44. Disoal tentang sebab keluarga tunggal mengalami tekanan

emosi yang tinggi di bandar, 67% menyatakan sebab banyak tanggungan, 14%

menyatakan pendapatan tidak cukup dan 3%> sering sakit.

Pada pandangan keluarga tunggal, faktor seperti perubahan nilai, tanggungjawab

dan komunikasi dengan anak-anak tidak berkaitan dengan masalah keluarga mereka.

Jadual 1 Skor Min Faktor Penyumbang Masalah Keluarga Tunggal

Persepsi Responden Terhadap Faktor Penyumbang

Masalah

Skor

Min

Sisihan

Piawai

Ekonomi:

Tidak mampu berbelanja mewah 4.02 0.92

Pendapatan cepat habis 3.47 1.13

Pekerj aan/Pengangguran:

Tidak mendapat pekeijaan tetap 2.73 1.28

Sukar dapat pekeijaan sesuai dengan kelulusan . 3.44 1.13

Perubahan Nilai:

10

Page 12: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Kekerasan cara mengubah tingkah laku 1.63 0.75

Tanggungjawab:

Sering bimbing kerja sekolah anak-anak 2.22 0.86

Urbanisasi:

Pindah ke bandar renggangkan hubungan

kekeluargaan

2.56 1.07

Meminati gaya hidup di bandar 2 03 0.91

Tekanan hidup di bandar lebih tinggi 3.44 1.22

Perpindahan ke bandar mengakibatkan tekanan

perasaan j

3.13 1.16

2.0.1 Penceraian

Menurut Coleman (1993) penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh

mdividu, Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang.

Benokraitis (1996) mentakrifkan penceraian sebagai ‘penamatan suatu perkahwinan yang

sah dan formal’.

Keadaan keluarga yang tidak stabil dan sering bertengkar boleh menyebabkan

penceraian berlaku. Suam, yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik, ilmu

yang tidak lengkap dalam hal-hal pengurusan rumahtangga boleh menyebabkan keadaan

keluarga tidak teratur dan sering berlaku pertelingkahan. Kurangnya pengetahuan dalam

agama juga menyebabkan bilangan kes penceraian meningkat. Sebanyak 80% daripada

wanita yang terlibat dengan penceraian adalah mereka yang tidak pemah mendapat

didikan agama dan belajar sehingga tahun tiga sekolah-sekolah agama kerajaan Johor

(Utusan Malaysia, 12 Mei 1999 : 10). Perangkaan yang diluluskan oleh Bahagian

Undang-undang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri pada tahun 1998 pula mendapati

kadar penceraian tertinggi di negeri Johor berlaku dalam tempoh perkahwinan satu

hingga tiga tahun.

11

Page 13: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Analisis menunjukkan bahawa daripada jumlah 184 orang responden (mewakili

34.8% dalam kajian ini), seramai 163 orang (88.6%) berasal dari Johor, dan daripada

jumlah keseluruhan yang mengalami masalah penceraian, sebanyak 63.6% adalah wanita

dan hanya 36.4%, lelaki.

Dari segi tempoh perkahwinan pula, sebanyak 43.5% yang berkahwin antara 1 - 5

tahun, 21.2%) antara 6-10 tahun, 10.9% antara 11-15 tahun, 9.3% antara 16 - 20 tahun,

7.6% antara 21 - 25 tahun dan 5.4% antara 26-30 tahun.

Dari seg; tahap pendidikan sebanyak 54.9% adalah berpendidikan sekolah

menengah atas, 15.2% lulusan sekolah rendah dan sebanyak 20.1% sekolah menengah

rendah.

Dari segi pendapatan pula, sebanyak 27.2% berpendapatan kurang daripada

RM500. Manakala mereka yang berpendapatan RM501-1000 adalah sebanyak 64.2%

dan mereka yang berpendapatan antara RM1001-2001 ialah sebanyak8.6%.

Mengenai bilangan anak pula, 14.7% tidak mempunyai anak, 57.6% mempunyai

antara 1 - 3 orang anak, 22.3% mempunyai anak antara 4 - 6 orang dan sebanyak 5.4%

mempunyai anak antara 7 - 9 orang.

Analisis masalah keluarga di Johor berasaskan tahap pendidikan mendapati kadar

penceraian bertambah apabila tahap pendidikan meningkat. Kecenderungan ini berlaku

kerana pendidikan menengah atas boleh membantu mereka mencari punca pendapatan

walaupun sudah bercerai.

Umur responden yang telah bercerai kebanyakannya masih muda iaitu lebih

daripada 60% dalam lingkungan 26 - 39 tahun. Lebih separuh ( 57.6%) keluarga yang

bercerai mempunya;' 1 hingga 3 orang anak. Lebih 43.5% perceraian berlaku dalam

lingkungan kurang daripada setahun hingga 5 tahun tempoh perkahwinan

Persepsi responden tentang faktor penyumbang (lihat Jadual 2) kepada

penceraian didapati skor min tertinggi (3.8) diberi kepada faktor ekonomi iaitu tidak

berkeupayaan berbelanja mewah dan pendapatan cepat habis (3.2). Faktor komunikasi

12

Page 14: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

diletakkan sebagai faktor kedua. Faktor ini yang dipecahkan kepada beberapa sub-skala,

mendapati pandangan responden mengenai sebab penceraian ialah kerana pasangan atau

anak tidak memenuh: peranan yang diharapkan (skor min 3.6), anak tidak mahu

mendengar cakap (3.5), isteri pula sitka berleter (3.1) dan suami isteri juga enggan

berbincang (3.1).

Sementara itu faktor urbanisasi diakui oleh responden sebagai faktor yang boleh

membawa kepada penceraian (3.4) iaitu tekanan emosi di bandar lebih tinggi berbanding

dengan di kampung.

Responden yang telah bercerai juga berpendapat bahawa penceraian berlaku

sekiranya pasangan sering mengabaikan tanggungjawab menguruskan keluarga (3.4).

Jadual 2 Skor Min Faktor Penceraian

Persepsi Responden Terhadap Faktor Penyumbang

Masalah

Skor

Min

Sisihan j Piawai

Ekonomi:

Tidak mampu berbelanja mewah 3.8 0.73

Pendapatan cepat habis 3.2 0.78

Pekerjaan/Pengangguran:

Sukar mendapat pekeijaan sesuai dengan kelulusan 3.1 0.99

Tidak mendapat pekerjaan tetap 2.3 1.1

Komunikasi:

Pasangan tidak memahami kemahuan 3.6 0.85

Pasangan/anak tidak dengar cakap 3.5 0.88

Pasangan suka berleter 3.1 0.97

Menggunakan kata-kata kesat bila bergaduh 2.6 0.94

Sentiasa enggan berbincang31

0.93

13

Page 15: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Sering sakiti pasangan 2.5 0.91

Perhubungan dengan ahli keluarga:

Anda benci pasangan 2.0 0.88

Kurang mesra dengan anak 2.1 0.84

Ahli keluarga bekeijasama 2.5 0.89

Tidak suka ibu bapa 2.4 0.77

Perubahan Nilai:

Pasangan patut dipukul/kuasa memukul/anak 2.3 1.0

Kekerasan cara mengubah tingkah laku 2.5 1.1

. Memukul pasangan kerana merasa puas 1.7 0.88

Memukul pasangan kerana kurang sabar 2.3 1.1

Cemburu 2.52 1.0

Tanggungjawab:

Pasangan sering abai tanggungjawab 3.4 0.98

Urbanisasi:

Tekanan hidup di bandar lebih tinggi 3.4 0.97

Pendidikan:

Pasangan tidak tahu didik anak 2.2 0.98

Pengetahuan agama tidak mendalam 2.8 0.94

Kesihatan:

Hubungan renggang sebab kesihatan 2.0 0.90

Faktor pengangguran/pekerjaan juga turut dikaitkan dengan masalah penceraian,

terutama jika pekeijaan yang sesuai dengan kelulusan sukar didapati (3.1). Antara

sebab-sebab pengangguran ialah kelulusan tidak tinggi (40%), tiada kerja yang sesuai

(27%), masalah kesihatan (27%) dan menghadapi masalah di tempat kerja 14%.

14

Page 16: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Kesimpulan

Bagi kesimpulan faktor penyumbang kepada keluarga bermasalah diringkaskan

dalam Jadual 3.

Jadual 3 Faktor Penyumbang Keluarga Bermasalah di Johor

Jenis Masalah Faktor mengikut Persepsi Responden

(Disusun Mengikut Kepentingan)

Keluarga Tunggal Ekonomi, Pengangguran, Urbctnisasi

Penceraian Ekonomi, Komunikasi, Urbctnisasi,

Tanggungjawab, Pengangguran

Pendekatan yang dicadangkan diambil bag; memantapkan keluarga di neger

Johor ialah mensasarkan keluarga yang belum lagi bertaraf keluarga bermasalah tetapi

berada dalam kategori atau lingkungan berasaskan perjumpaan kajian ini baik daripada

aspek profil keluarga bermasalah atau faktor yang membawa kepada masalah. Contohnya

bagi isu penceraian, kajian ini mendapati penceraian banyak berlaku dalam tempoh

perkahwinan 1- 5 tahun, maka keluarga yang belum bercerai tetapi tempoh perkahwinan

berada dalam lingkungan 1-5 tahun, patut menyertai program yang dicadangkan.

Pendekatan seperti ini boleh menghalang masalah-masalah yang dikenalpasti daripada

berlaku seperti melalui program ‘Rumahku Syurgaku’.

Program Rumahku Syurgaku

Program ‘Rumahku Syurgaku’ atau lebih dikenali sebagai ‘Baiti Jannati’ mula

diperkenalkan pada tahun 1992 dengan tujuan dan matlamat untuk menyeru masyarakat

kembali menghayati serta menjadikan keluarga sebagai institusi sosial yang penting

dalam pembinaan personality dan kendiri peribadi yang mulia khususnya di kalangan

belia. Ini kerana rumah dan keluarga merupakan unit paling asas dalam masyarakat.

15

Page 17: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Untuk merealisasikan konsep ini dalam bentuk yang nyata dan praktik maka

pelbaga program telah dirangka dan dilaksanakan seperti kempen, kursus, ceramah,

kaunseling, drama serta iklan dengan menumpukan perhatian kepada keharmonian hidup

berkeluarga berdasarkan kepada ajaran agama. Lantara itu, setiap pasangan yang hendak

mendirikan rumahtangga diwajibkan menjalani dan menghadiri kursus perkahwinan. Ia

amat penting agar pasangan mengetahui tanggungjawab mereka dan menjalankannya

berdasarkan ilmu yang diperolehi. Sementara itu, ibu bapa yang telah mempunyai anak

perlu menghadiri kursus keibubapaan, Persiapan diri dan pembinaan insane adalah perlu

dalam kehidupan rumah tangga dalam membentuk keluarga yang bahagia.

Suami/bapa khususnya mestilah mempunyai ilmu yang mendalam mengenai skill

pentadbiran keluarga dan menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah

S.W.T

Konsep rumahku syurgaku/rumah sebagai syurga perlu difahami secara mendalam

dengan perspektif yang lebih luas. Syurga yang dimaksudkan bukanlah sekadar

mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan tetapi juga menyihatkan perkembangan

fizikal, mental dan emosi anda, tempat perlindungan, penyediaan kemudahan asas,

pemupukan semangat bekeijasama dan integrasi dalam perhubungan manusia sejagat

melalui nilai-nilai yang positif

Jadual 4 menunjukkan cadangan program pemantapan institusi keluarga Johor

bagi setiap isu masalah keluarga.

Jadual 4 Cadangan Program Pemantapan Institusi Keluarga Johor

Isu/Jenis

Masalah

Keluarga

Faktor

Penyumbang

Masalah

Cadangan Program

(Mengikut Keutamaan)

Program Khas

Keluarga

Tunggal

Ekonomi,

Penganggur

Pusat Pemiagaan

Komuniti, Program

Ibu dan anak-anak

perlu berhampiran

16

Page 18: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Urbanisasi Pendidikan Keluarga dan

Agama, PusatKaunseling

dan Lawatan Lokasi

Program Rumahku

Syurgaku

tempat tinggal.

Assertive

Programme.

Bantuan moral.

Insurans Keluarga

Penceraian Ekonomi, Pusat Kaunseling, Program pendidikan

Komunikasi, Pendidikan, Pusat keluarga (Pasangan

Urbanisasi, Pemiagaan Komuniti, Berkahwin 1 -5

Tanggungjawab, Dokumentari, Riadah, tahun)

Pengangguran Lawatan Lokasi Bantuan kepada

Program Rumahku isteri ramai

Syurgaku tanggungan.

Insurans Keluarga

17

Page 19: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Rujukan

Bandura, A. & Walters, R.H. (1963). Social Learning and Personality Development.

New York Holt, Rinehart and Winston.

Benokraitis, N.V. (1996). Marriages and Families. New Jersey: Prentice Hall.

Benson P. and Roehlpartain E. (1993). Use in Single Parent Families : Risk and

Resiliency, Background paper. Sumber Internet.

Coleman, J.W. R. Cressey. Donald (1993). Social Problems. 5th. Harper Collins.

Fatimah Abdullah (1994). Urbanisasi Dan Kekeluargaan : Satu Kajian K*$ Kelas

Menengah Melayu di Kuala Lumpur. Tesis Ph.D Jabatan Antropologi £ Sosiologi,

U.M. (tidak diterbitkan).

Fatimah Abdullah (Dr.) et. al., (2000). Kajian Permasalahan Wanita Johor, Jabatan

Antropologi dan Sosiologi, UKM, Selangor.

Gullota, T.P. Adams, G.R and Alexander, S.J. (1986/, Todays Marriages and

Familities: A Welness Approach, Ca: Books/Cole Pub. Ca.

Haddad, J. D. Barocas, R (1991). Family Organization and Parent Attitudes of

Children with Conduct Disorder, Journal of Clinical Child Psychology.

Jamilah Ariffin (1992). Women and Development in Malaysia. Pelanduk Publishing

Kavanaugh, R.E. (1972). Facing Death. Baltimore : Penguin Book?

Khawari, K.A. and Khawari S.W. (1989). C reate Successful Family. London : One

World Publication Ltd.

Lenhart T. & Churdzinski T- 11994). Children with Emotional/Behavioral Problem &

Their Family Struc^res, Report - Research/technical. Sumber Internet.

18

Page 20: Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran

Loeber, R.A dan Stoutmer L.M. (1986). Family Factors As Correlates and Predictors

of Juvenile Conduct Problem and Dilinquency. In M. Tony & Morris (Eds.) Crime

and Justice. Chicago, University of Chicago.

Mahmood Zuhdi (1997). Penghantar Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala

Lumpur, Universiti Malaya.

Maznah Baba (Dr.). Permasalahan dan Strategi Daya Tindak Keluarga Ibu Tunggal,

Kertas Kerja Seminar Cabaran Ibu Tunggal anjuran Pusat Kecemerlangan

Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (Face), Jabatan Pembangunan Manusia dan

Pengaj ian Keluarga.

Robert, L.H. (1993). Divorce, Family Conflict and Adolescents Well Being. Journal

of Health & Social Behavior. University Press.

Siti Fatimah Abdul Rahman (2003). Ibu Tunggal : Semua Pihak Perlu Lebih

Bertanggungjawab, IKJM. (http://www.ikim.gov.mv/arc 30html).

Shehan, C.L. and Meyer K.C.W. (1997) Marriages and Families in USA, Allyn and

Bacon.

Utusan Malaysia, November 1990.

Utusan Malaysia, Mei 1999.

Majalah Tamadun, April 1998.

Wolf, Robin. (1996). Marriage And Families In A Diverse Society : N.Y. Harper

Collins College Pub.

Yaacob Harun (1992). Keluarga Melayu Bandar : Satu Analisis Perubahan. DBP

Kuala Lumpur.

19