sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

24
OLEH : NURLIZA BINTI AHMAD KHADIJAH ALAVI ARENA CHE KASIM CHONG SHEAU TSUEY UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: gr-ds

Post on 15-Jul-2015

95 views

Category:

Presentations & Public Speaking


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

OLEH : NURLIZA BINTI AHMADKHADIJAH ALAVI

ARENA CHE KASIMCHONG SHEAU TSUEY

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

PENGENALANSejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1971, Malaysia telah banyak mengorak langkah ke arah kemajuan dan sehingga kini Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek, malah pada tahun 2020 nanti negara dijangka akan mencapai status negara maju. Akibat pembangunan pesat ini, taraf hidup penduduk juga telah meningkat. Banyak petunjuk lain juga, termasuk kadar celik huruf, kadar kematian bayi, bilangan doktor dengan nisbah 1000 penduduk dan bahkan pendapatan per kapita penduduk juga telah meningkat dengan banyak sejak selepas negara mencapai kemerdekaan (Ahmad, 2004).

Sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1971, Malaysia telah banyak mengorak langkah ke arah kemajuan dan sehingga kini Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek, malah pada tahun 2020 nanti negara dijangka akan mencapai status negara maju. Akibat pembangunan pesat ini, taraf hidup penduduk juga telah meningkat. Banyak petunjuk lain juga, termasuk kadar celik huruf, kadar kematian bayi, bilangan doktor dengan nisbah 1000 penduduk dan bahkan pendapatan per kapita penduduk juga telah meningkat dengan banyak sejak selepas negara mencapai kemerdekaan (Ahmad, 2004).

Bagaimanapun, selain kesan positif yang disebutkan, terdapat juga pelbagai kesan negatif yang tidak dapat dielakkan. Salah satu kesan negatif tersebut dapat dilihat dalam konteks kestabilan perkahwinan atau kestabilan rumahtangga. Ismail (2001) yang menganalisis proses kaunseling Islam dalam kalangan pasangan yang bermasalah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, mengakui akibat perubahan sosioekonomi yang pesat, semakin banyak rumahtangga yang di bina berakhir dengan perceraian.

Bagaimanapun, selain kesan positif yang disebutkan, terdapat juga pelbagai kesan negatif yang tidak dapat dielakkan. Salah satu kesan negatif tersebut dapat dilihat dalam konteks kestabilan perkahwinan atau kestabilan rumahtangga. Ismail (2001) yang menganalisis proses kaunseling Islam dalam kalangan pasangan yang bermasalah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, mengakui akibat perubahan sosioekonomi yang pesat, semakin banyak rumahtangga yang di bina berakhir dengan perceraian.

Page 3: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Keluarga tunggal merupakan fenomena yang semakin meningkat kini. Antara faktor-faktor terjadinya keluarga tunggal adalah kerana;

(i)Perceraian (Scrombe dan Warner (2004: 347) yang memetik tulisan Grief (1995), Hamer dan Marchioro (2002) serta Roy (1999) menyebut bahawa, kebanyakan keluarga tunggal terjadi kerana perceraian.

(ii) Kematian. Sejak dahulu lagi kebanyakan tempat di dunia memperlihatkan bahawa jangka hayat kaum wanita adalah lebih panjang dari lelaki.

Menurut JAKIM (2011) kadar perceraian berlaku dalam lingkungan 13,403 hingga 28,035 pasangan pada tahun 2001 hingga 2010. Jumlah terkumpul bagi sepuluh tahun perceraian ialah sebanyak 197,120 pasangan. Purata perceraian bagi sepuluh tahun ialah sebanyak 19,712 pasangan.

Menurut JAKIM (2011) kadar perceraian berlaku dalam lingkungan 13,403 hingga 28,035 pasangan pada tahun 2001 hingga 2010. Jumlah terkumpul bagi sepuluh tahun perceraian ialah sebanyak 197,120 pasangan. Purata perceraian bagi sepuluh tahun ialah sebanyak 19,712 pasangan.

Page 4: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Statistik Pendaftaran Cerai Mengikut Negeri Tahun 2012

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM, 2013)

Page 5: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Tahun Orang Islam Orang Bukan Islam

2000 13,536 1,613

2001 13,187 3,238

2002 13,841 3,793

2003 15,543 3,318

2004 16,509 3,291

2005 17,708 3,804

2006 21,419 5,747

2007 20,529 4,335

Jadual 2 : Statististik Perceraian di Malaysia

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2008

Page 6: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

SOKONGAN SOSIAL Konsep ini boleh dirujuk sebagai sokongan sosial, penjagaan

sosial dan juga perkhidmatan sosial. Konsep-konsep tersebut juga boleh dirujuk sebagai suatu konsep yang membawa kepada pengertian yang sama dan ianya boleh digunakan secara bertukar ganti (Cantor dan Little, 1990) dalam Daud (2005). Sokongan boleh didefinisikan melalui pelbagai cara. Ia boleh didefinisikan berasaskan pendekatan subjektif iaitu mendefinisikannya berasaskan tanggapan individu mengenai sokongan sosial.

Terdapat juga pengkaji yang mendefinisikan sokongan berdasarkan jenis, kategori, perilaku atau tindakan. Ada juga pengkaji yang mendefinisikannya berdasarkan kesan atau hasil sesuatu sokongan itu. Manakala sokongan dalam konteks pendekatan subjektif pula didefinisikan sebagai apa sahaja tindakan atau perilaku yang berfungsi membantu individu yang memerlukannya (Nelson, 2000).

Page 7: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Samb.Caplan (1974) dalam Ahmad (2002) telah mengaitkan

peranan sistem sokongan dengan tekanan terutamanya tentang kesihatan mental komuniti. Beliau telah mendefinisikan sokongan sosial seperti berikut :“...attachments among individuals or between individuals and groups that serve to improve adaptive competence in dealing with short-term crises and life transitions as well as long-term challenges, stresses and privations through; a) Promoting emotional mastery, b) Offering guidance regarding the field of relevant forces involve in expectable problems and methods of dealing with them and c) Profiting feedback about an individual’s behaviour that validates his conception of his own identity and improved performances based on adequate self-evaluation (m.s 30 )”.

Page 8: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Samb. Berdasarkan kepada pengertian yang diberikan di atas, maka di

dalam kajian ini, disimpulkan bahawa sokongan sosial merupakan apa sahaja bentuk pertolongan yang diberikan oleh ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga dan sebagainya kepada ibu dan bapa tunggal. Secara umumnya, sokongan sosial adalah untuk menyediakan sesuatu terhadap sumber emosi, pengetahuan atau pertolongan yang bersifat nyata juga sebagai jaringan sosial kepada individu yang berada di dalam kesusahan.

Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan empat pendekatan dalam mengkaji aspek sokongan sosial. Di dalam kajian ini, penyelidik akan memfokus kepada bentuk-bentuk sokongan sosial seperti sokongan kewangan, sokongan emosi, sokongan peralatan atau bantuan praktikal, sokongan bersosialisasi dan sokongan panduan atau nasihat yang diterima oleh ibu dan bapa tunggal di kawasan kajian.

Page 9: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Bentuk Sokongan Sosial 1. Sokongan Formal Sokongan seperti ini boleh dinyatakan sebagai suatu perkhidmatan sukarela

dan perkhidmatan seperti ini ada kalanya diwujudkan di atas inisiatif sekumpulan individu atau persatuan tertentu dan ada di antaranya ditubuhkan oleh pihak kerajaan sendiri.

Manakala sokongan formal pula merujuk kepada sokongan yang diberikan oleh badan-badan atau organisasi formal seperti pihak kerajaan (Jabatan Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pejabat Daerah, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Pusat Zakat Negeri, hospital dan sebagainya), badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta (Ahmad, 2004).

Menurut Brandwein, Brown dan Fox (1974), sokongan dan bantuan daripada masyarakat sekeliling termasuklah dari agensi formal amatlah penting kepada golongan ibu tunggal. Menurut McLanahan dan Booth (1989) pula, sokongan yang diberikan secara formal kepada golongan ibu tunggal balu dan janda ini akan dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan bersama dengan anak-anak mereka.

Page 10: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

2. Sokongan Tidak FormalSokongan secara tidak formal ini merupakan sebarang

bentuk sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan sebagainya lagi. Ia juga dijelaskan sebagai bantuan yang diperolehi dari seorang atau lebih individu yang tidak menerima sebarang ganjaran seperti gaji untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya (Daud, 2005).

Dalam konteks sumber sokongan tidak formal juga, sokongan ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu sokongan primer dan sokongan sekunder. Sokongan primer merupakan sokongan yang diperolehi daripada pasangan, anak-anak dan saudara-mara. Manakala sokongan sekunder pula ialah sokongan yang diperolehi daripada rakan-rakan, kenalan, jiran tetangga dan sebagainya lagi (Ahmad, 2004).

Page 11: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Objektif KajianMengenalpasti bentuk permasalahan yang sering

dihadapi oleh keluarga tunggal.Mengenalpasti cara atau kaedah yang dilakukan oleh

golongan ibu dan bapa tunggal dalam mengatasi permasalahan yang dialami.

Mengenalpasti sumber dan bentuk sokongan sosial yang kerap diterima oleh golongan keluarga tunggal.

Page 12: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Metodologi KajianBagi persampelan kajian, pengkaji telah

menggunakan persampelan bertujuan (purposive) atau persampelan mudah. Persampelan rawak mudah ini telah dilakukan ke atas keluarga tunggal yang tinggal di kampung Mukim Lepai, Kedah.

Seterusnya, penyelidik hanya memilih keluarga tunggal yang berbangsa Melayu sahaja sebagai sampel kerana kampung berkenaan hanya terdiri daripada ibu dan bapa tunggal yang berbangsa Melayu sahaja. Penyelidik juga telah memilih sampel ibu tunggal dari kampung di Mukim Lepai ini kerana jumlah ibu dan bapa tunggal yang tinggi.

Page 13: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

pengkaji telah memilih seramai 10 orang ibu tunggal dan 10 orang bapa tunggal yang tinggal di dalam mukim tersebut sebagai sampel kajian. 20 orang responden atau sampel tersebut telah dipilih oleh pengkaji dengan mengambil kira ciri-ciri seperti berikut :

Ibu dan bapa tunggal yang telah berpisah (bercerai hidup) ataupun yang telah kematian suami (bercerai mati);

Sampel kajian boleh memahami pertuturan asas di dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris bagi memudahkan berlakunya komunikasi dua hala antara penyelidik dan pengkaji;

Ibu dan bapa tunggal yang dipilih sebagai sampel adalah berumur di antara 32 tahun hingga 46 tahun.

Page 14: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Lokasi kajianKajian ini dijalankan di kampung yang terletak di dalam

Mukim Lepai, Kedah Darul Aman di mana, lokasi kajian merupakan perkampungan yang terletak di luar kawasan bandar dengan jarak kira-kira 25 kilometer dari bandar Alor Setar. Selain itu, kampung-kampung di Mukim Lepai ini dipilih adalah kerana jumlah ibu dan bapa tunggal yang terdapat di Mukim berkenaan adalah seramai 300 orang secara keseluruhannya berbanding dengan jumlah ibu dan bapa tunggal di mukim-mukim yang lain. Faktor ini memudahkan pengkaji untuk membuat pemilihan respoden mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

Page 15: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Instrumen Kajian Memandangkan kajian ini berbentuk kualitatif, maka

pengkaji akan menggunakan temubual secara mendalam (in-depth interview) sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan lebih banyak maklumat secara mendalam daripada ibu dan bapa tunggal atau sampel yang terlibat. Temubual telah dijalankan secara bersemuka dan secara individu di antara pengkaji dan sampel kajian.

Page 16: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

ANALISIS DATA KAJIAN

Semua data mentah yang telah dikumpul oleh pengkaji akan diproses secara manual menggunakan analisa kandungan (content analysis).

Page 17: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Hasil Kajian

1. Masalah yang dihadapimajoriti daripada responden menghadapi masalah

kewangan sebagai masalah harian utama iaitu seramai 10 orang ibu tunggal dan 9 orang bapa tunggal. Salah seorang ibu tunggal menyatakan,

..selalunya kewangan saja la. Sebab pendapatan saya pun tak banyak, pas tu saya sorang dok qeja. Mak saya lumpuh pulak, tu yang saya perlukan duit lebih nak berubat dia dan perbelanjaan sekolah anak-anak.

Page 18: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Masalah yang dihadapiMasalah seterusnya adalah masalah kehidupan sosial

di mana 9 daripada bapa tunggal menghadapinya dan ibu tunggal dengan 5 orang sahaja. Seterusnya adalah masalah kesihatan anak-anak, masalah disiplin anak di sekolah, perlabelan dari masyarakat setempat dan lain-lain.

Page 19: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Antara strategi utama yang dilakukan oleh hampir keseluruhan responden sekiranya berhadapan dengan segala cabaran harian yang dihadapi adalah, dengan cara menggunakan daya usaha sendiri. Salah seorang responden menyatakan,Kalau nak atasi masalah kewangan tu saya mula-mula usaha sendiri. Cari qeja tu yang saya dok qeja beniaga kat kedai makan tu. Pas tu buat bendang.

Seterusnya, responden menyatakan bahawa, turut mendapatkan dan menggunakan keluarga terdekat atau sokongan primer di dalam membantu mereka menyelesaikan masalah yang dialami sekiranya, daya usaha sendiri yang dilakukan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. Salah seorang ibu tunggal menyatakan,Tapi kalau tak cukup duit juga, saya akan cuba mintak tulung pinjam sat dekat abang saya nombor empat yang tinggai dekat dengan saya ni. Nak mintak pinjam kat adik-beradik lain dah depa pun dok jauh.

CARA ATAU KAEDAH DALAM MENGATASI PERMASALAHAN

Page 20: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Sumber dan Bentuk Sokongan Sosial Formal Yang DiterimaDi antara sumber-sumber dari badan kerajaan yang

menyediakan atau memberikan sokongan sosial kepada responden adalah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Zakat Negeri, Pejabat Daerah, pihak sekolah anak responden, hospital, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan sebagainya lagi. Manakala badan bukan kerajaan yang turut menyediakan sokongan kepada responden adalah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Page 21: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Sumber dan Bentuk Sokongan Sosial Tidak Formal Yang DiterimaSumber-sumber tersebut terdiri daripada, ahli keluarga terdekat

responden seperti anak, ibu, ayah, abang dan sebagainya. Selain dari ahli keluarga responden, jiran, saudara-mara, kawan-kawan yang terdiri daripada golongan ibu tunggal sendiri dan keluarga bekas suami juga turut memberikan sokongan sosial kepada responden.

Dari aspek bentuk-bentuk sokongan sosial tidak formal yang diberikan oleh sumber-sumber tersebut pula, hasil kajian menunjukkan, antara sokongan sosial yang diberikan adalah sokongan yang berbentuk kewangan, khidmat nasihat, bantuan peralatan, bantuan praktikal, sosialisasi dan sokongan maklumat. Dapatan kajian juga menunjukkan, antara sumber yang paling banyak menyediakan sokongan kepada responden adalah ahli keluarga yang terdekat dengan responden. Antara bentuk-bentuk sokongan yang diberikan adalah sokongan kewangan, bantuan praktikal, panduan dan nasihat serta sosialisasi.

Page 22: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

KesimpulanKajian mengenai sokongan sosial bagi ibu tunggal dan bapa tunggal di

luar bandar ini telah dijalankan di kampung-kampung Mukim Lepai Alor Star, Kedah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk permasalahan yang sering dihadapi oleh ibu dan bapa tunggal, mengenalpasti cara atau kaedah yang diambil oleh ibu tunggal dalam mengatasi permasalahan yang dihadapi dan mengenapasti sumber dan bentuk sokongan sosial yang kerap diterima oleh golongan ibu tunggal.

Melalui kajian ini juga, disarankan agar pihak-pihak yang berkenaan seperti pihak Pejabat Daerah, penghulu mukim dan sebagainya dapat menyediakan dan memberikan latihan atau kursus seperti kelas jahitan, kelas masakan, kelas teknologi maklumat, kelas andaman, kelas kraftangan dan seumpamanya tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada golongan ibu tunggal ini memandangkan secara majoritinya, golongan ini merupakan golongan yang berpendapatan rendah dan berada di dalam keadaan kemiskinan.

Page 23: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

RUJUKAN Abdullah,R.(2002). Pembangunan insan: perspektif ekologi.Serdang,

Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Baharudin, R. (2003). Kaedah penyelidikan dalam pembangunan manusia.

Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Barrera, M. (1986). Distinctions between social support concepts,

measures and models. American Journal Of Community Psychology, 14, 413-445. Booth, A. & Amato, P. (1991). Divorce and psychological stres. Journal of

Health and Social Behavior. Vol 32(4) : 396-407. Brandwein, A.H., & Brown, L.R., & Fox, J.S. (1974). Widows and divorces with

dependent children: Personal, family and social well being. Journal of Family Relations, 36(4), 312-320.

Brehm, S.S., & Kassim, S.M. (1990). Social psychology. Boston: Houghton Milton Company.

Bruhn, J.G., & Philip, B.U. (1987). A development basis for social support. Journal of Behavioural Medicine, 10, 213-229.

Ceballo, R. dan Mcloyd, V. C. (2002). Social support and parenting in poor, dangerous neighbourhoods. Child Development, 73(4): 1310-1321.

Cobb, S. (1989). Social support as a moderator of life stress. Psychosomatic Medicine, 38, 300-314.

Coles, R. (2009). Just doing what they gotta do : Single black custodial fathers coping with the stresses and reaping the rewards of parenting. Journal of Family Issues. Vol 30(10) 1-27.

Cohen, S., & Wills, T.A (1985). Stress, social support and the buffering hypotesis. Psychology, 55, 655-664.

Page 24: Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

Crosier, T., Butterworth, P., & Rodgers, B. (2007). Mental health problems among single and partnered mothers: The role of financial hardship and social support. Social Psychiatry Epidemiol, 42: 6-13.

Dianne, S.B. (1986). Single parent and the work setting:the impact of multiple job and homelife responsibilities. Family Relation. 36, 37-43.

Deleon, M. (2008). Challenging the gender role : Personal narrative of a single father. Master thesis. Carlifornia State University, Fullerton.

Devlin, A.S., Beebe, J. & Parulis, E. (1992). Parent education for divorced father. Journal of Family Relations. Vol 11(3): 290-296.

Gladow, N.W., & Ray, M.P. (1986). The impact of informal support systems being low income single parent on the well parent. Family relation, 35:113-123.

Gotlieb, B.H. (1983). Social support strategies: guideline for mental health practice. Beverly Hills, California. SAGE Publication, Inc.

Grzywacz, J.G., Almeida, D.M & McDonald, D.A. (2002). Work-family spillover and daily report of work and family stress in the adult labor force. Family Relations, 41, 28-36.

Jayaletchumi, M & Rohani, A. (2002). Keluarga dan keibubapaan. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang: Selangor.

Layder, D. (1993). New strategies in social research. Cambridge, Polity Press. Reiss, J.A. (1980). Family system in America. New York: Free Press. Wallerstein, J.S., Blakeslee, S. & Lewis, J.M. (2001). The unexpected legacy of

divorce: A 25-year landmark study. Concord, N.H: Hyperion Press.