masalah

2
Lampu dan segala kemudahan tidak ditutup selepas kelas adalah disebabkan oleh sikap pelajar-pelajar yang cuai serta pelupa. Ini kerana selepas kelas, mereka berasa sangat letih dan tidak memberi perhatian dalam perkara ini. Selain itu, ada sebahagian pelajar yang bersikap mementingkan diri juga adalah faktor bagi masalah ini. Sebagai contohnya, mereka akan tergesa-gesa untuk balik ke asrama tanpa memastikan kemudahan- kemudahan di kelas ditutup. Selain itu, mereka asyik menjadikan perkara ini untuk tanggungjawab orang lain. Ini kerana mereka akan menyuruh kawan-kawan mereka dan sebaliknya kawan-kawan juga menyuruh mereka untuk menutup lampu,kipas,pendingin hawa dan sebagainya. Cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak kampus haruslah memberi denda bagi unit-unit yang menggunakan kelas tersebut. Sebagai contohnya, unit tersebut akan dikenakan sebanyak RM 50 bagi kecuaian tersebut. Dengan ini, ini tidak hanya dapat menyelesaikan masalah ini, ia juga dapat memberi bantuan dalam masalah kewangan yang sedang dihadapi. Selain itu, saya sebagai ketua unit perlulah sentiasa memberi perhatian dalam perkara ini. Oleh itu, saya akan memastikan lampu dan segala kemudahan ditutup sebelum keluar dari kelas itu. Masalah pembuangan sampah dalam kelas juga semakin serius. Ini kerana pelajar-pelajar malas untuk membuang sampah dalam tong sampah. Sebagai contohnya, selepas makan makanan yang dibungkus di kantin, beg plastik,tin-tin minuman dan sampah lain akan dijumpai di lantai kelas itu. Selain itu, mereka rasa tong sampah itu terlalu kecil, dan apabila tong

Upload: winter-xiaoli

Post on 24-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

masalah-masalah

TRANSCRIPT

Lampu dan segala kemudahan tidak ditutup selepas kelas adalah disebabkan oleh sikap pelajar-pelajar yang cuai serta pelupa. Ini kerana selepas kelas, mereka berasa sangat letih dan tidak memberi perhatian dalam perkara ini. Selain itu, ada sebahagian pelajar yang bersikap mementingkan diri juga adalah faktor bagi masalah ini. Sebagai contohnya, mereka akan tergesa-gesa untuk balik ke asrama tanpa memastikan kemudahan-kemudahan di kelas ditutup. Selain itu, mereka asyik menjadikan perkara ini untuk tanggungjawab orang lain. Ini kerana mereka akan menyuruh kawan-kawan mereka dan sebaliknya kawan-kawan juga menyuruh mereka untuk menutup lampu,kipas,pendingin hawa dan sebagainya.Cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak kampus haruslah memberi denda bagi unit-unit yang menggunakan kelas tersebut. Sebagai contohnya, unit tersebut akan dikenakan sebanyak RM 50 bagi kecuaian tersebut. Dengan ini, ini tidak hanya dapat menyelesaikan masalah ini, ia juga dapat memberi bantuan dalam masalah kewangan yang sedang dihadapi. Selain itu, saya sebagai ketua unit perlulah sentiasa memberi perhatian dalam perkara ini. Oleh itu, saya akan memastikan lampu dan segala kemudahan ditutup sebelum keluar dari kelas itu.Masalah pembuangan sampah dalam kelas juga semakin serius. Ini kerana pelajar-pelajar malas untuk membuang sampah dalam tong sampah. Sebagai contohnya, selepas makan makanan yang dibungkus di kantin, beg plastik,tin-tin minuman dan sampah lain akan dijumpai di lantai kelas itu. Selain itu, mereka rasa tong sampah itu terlalu kecil, dan apabila tong sampah dalam kelas telah dipenuhi, mereka akan membiarkan sampah itu di atas lantai sahaja. Di samping itu, jadual kebersihan kelas tidak diaturkan dengan baik dan tidak mempunyai pelajar untuk mengikut jadual itu dan melaksanakan pembersihan kelas. Oleh itu, masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat telah menjadi serius dengan faktor-faktor disebutkan tadi.Cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah pihak kampus boleh mengadakan pertandingan kebersihan kelas masing-masing dan menyediakan hadiah yang lumayan untuk johan dalam pertandingan ini. Selain itu, dendaan wang perlu dilakukan untuk kelas yang kotor dan sampah di merata-rata tempat. Di samping itu, tong sampah haruslah sentiasa dikosongkan dan jangan selalu harapkan pekerja-pekerja kampus. Ini kerana ini merupakan tanggungjawab kita semua dan ini dapat memastikan kelas kita selalu bersih serta mewujudkan satu suasana yang baik untuk kita belajar. Selain itu, jadual kebersihan kelas perlu diaturkan dengan baik dan memastikan semua pelajar adalah membuat kerja pembersihan dalam kelas setiap hari.Kesimpulannya, jikalau kedua-dua masalah ini dapat diatasi, saya percaya kita tidak hanya dapat belajar dalam suasana yang selesa, tetapi juga imej IPG Kampus Ipoh akan sentiasa terjamin serta terpelihara.