maklumat penuh

Download maklumat penuh

Post on 19-Dec-2016

244 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • StafBPGA

    Tinta Ketua Pengarah

    JKPPK

    PembelajaranSepanjang

    Hayat

    AktivitiPersatuan

    Alumni

    AnugerahPelajar

    Cemerlang

    ProlKejayaanAlumni

    DirektoriAlumni

    CareerCorner

    KA

    ND

    UN

    GA

    N

    2 3 4 5 8 10 12 14Diterbitkan oleh:Bahagian Pengesanan Graduan dan Alumni (BPGA)Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian TinggiTingkat 10 Heritage Oce Tower, Jalan SB Dagang, 43300 Seri KembanganSelangor Darul Ehsan

    Tel: 03-8939 4407 Faks: 03-8939 4402

    http://jppkk.mohe.gov.my/alumni/

    JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

  • Sidang RedaksiPenasihat: Puan Siti Jariah binti Ibrahim (Pengarah BPGA, JPPKK)

    Ketua Editor: Puan Salina binti Ahmad (Penolong Pengarah Kanan, BPGA, JPPKK)

    Pengarang:Puan Norazurah binti Rubayee (Pegawai Alumni Politeknik Kota Kinabalu, Sabah)

    Encik Murugadas A/L Ramdas (Penolong Pengarah, BPGA, JPPKK)

    Jurufoto: Encik Mohd Fasha bin Abd Talib (Unit Teknologi Maklumat BKP, JPPKK)

    Sidang Redaksi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan Buletin Alumni Edisi ke-3. Kami juga mengalu-alukan sumbangan artikel/ rencana/ berita semasa yang berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan dan aktiviti kemasyarakatan daripada alumni/ warga KPT. Kirimkan tulisan anda kepada:

    Bahagian Pengesanan Graduan dan Alumni (BPGA),Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi,Tingkat 10 Heritage Office Tower, Jalan SB Dagang, 43300 Seri KembanganSelangor Darul Ehsan

    Tel: 03-8939 4407 Faks: 03-8939 4402

    Laman web: http://jppkk.mohe.gov.my/alumni/ E-mel: muru_rc@yahoo.com

    Staf BPGA

    2

    Buletin Alumni

    2009

    Dari kiri : Muru, Azwin, Salina, Siti Jariah, Hasbullah, Erina, Mazlina, Nur Athirah, Mohd Saffuan.

  • 3

    Buletin Alumni

    2009

    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Alhamdullilah, syukur ke hadhrat Ilahi, Buletin Alumni yang ketiga berjaya diterbitkan.

    Buletin ini menjadi jambatan informasi yang menghubungkan JPPKK dan alumni. Hubungan ini penting kerana alumni merupakan pengukur keutuhan serta keberkesanan sesebuah institusi pendidikan.

    Perkembangan, aktiviti serta kejayaan persatuan-persatuan alumni yang dimuatkan dalam buletin ini dapat memberikan gambaran yang jelas berkenaan hala tuju alumni institusi JPPKK. Ini dapat membantu JPPKK dalam menggubal dasar pendidikan dan latihan dengan lebih berkesan serta dapat dimanfaatkan oleh alumni.

    Alumni juga merupakan pengukur kejayaan sesebuah institusi pendidikan. Maka, adalah penting maklumat dan berita berkenaan alumni JPPKK sentiasa dikemas kini dan dihebahkan. Ini bagi mempamerkan keberkesanan politeknik dan kolej komuniti sebagai institusi latihan separa profesional yang berkualiti di negara ini. Penerbitan buletin ini merupakan salah satu strategi bagi mencapai matlamat tersebut.

    Sumbangan alumni kepada alma maternya tidak seharusnya terbatas kepada pengibatan dalam aktiviti sahaja. Alumni juga harus memainkan peranan yang aktif dalam memacu alma mater mereka ke pencapaian yang lebih tinggi. Ini bukan sahaja memanfaatkan institusi tersebut malah dapat menyumbang kepada pembangunan kerjaya yang diceburi oleh alumni tersebut.

    Akhir sekali, saya berharap permuafakatan yang mantap dapat diwujudkan antara alumni dan institusi JPPKK demi kemajuan dan kejayaan bersama.

    Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menyumbang dalam penerbitan buletin ini.

    Salam hormat,Dato Haji Imran Bin Idris

    Tinta Ketua Pengarah JPPKK

  • 4

    Buletin Alumni

    2009

    Pembelajaran Sepanjang Hayat

    Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, pendidikan di politeknik dan kolej komuniti telah menyediakan program kursus sepenuh masa dan kursus pendek. Sehingga kini, sebanyak 38 buah kolej komuniti beserta 18 cawangan menawarkan pelbagai kursus sepenuh masa dan kursus pendek untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan konsep belajar sambil bekerja.

    Usahanita Puan Zainab binti Che Mat @ Madd telah lama berkecimpung dalam bidang kecantikan. Terima kasih kepada program pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti. Beliau telah berjaya mempertingkat kualiti perkhidmatan Butik Kecantikan ZZ miliknya setelah mengikuti Kursus Pendek Terapi Wanita selama tiga bulan di Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah.

    Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah juga mengelolakan Kursus Pendek Membuat Roti pada setiap Selasa dan Khamis selama tiga bulan. Kursus ini khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Daerah Kuala Muda, Yan, Kedah. Program pembelajaran sepanjang hayat ini berjaya melatih OKU untuk berdikari dan melibatkan diri dalam perniagaan industri makanan.

    Sinar kejayaan perusahaan makanan suri rumah dari Beranang, Selangor, Puan Samsinar, semakin menyerlah setelah mengikuti kursus-kursus pendek kelolaan Kolej Komuniti Hulu Langat. Pengetahuan dan kemahiran beliau dalam industri makanan terus meningkat. Kursus yang diikuti Puan Samsinar: KursusMembuatRotidanPizza KursusMembuatBiskutdanKek KursusPemprosesanSoyadanTauFuFah KursusPemprosesanDinginBekuMakanan

    Untuk maklumat berkenaan lanjut berkenaan Kursus Pendek, sila hubungi Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti terdekat.

  • 5

    Buletin Alumni

    2009

    Forum Alumni Politeknik Kota Kinabalu

    KOTA KINABALU, 24 JANUARI 2009 - Persatuan Alumni Politeknik Kota Kinabalu dengan kerjasama Politeknik Kota Kinabalu (PKK) menganjurkan forum bagi memupuk kesedaran dalam kalangan alumni berkenaan peranan mereka dalam memajukan pendidikan politeknik.

    Ahli panel forum terdiri daripada Profesor Datin Dr. Jamaliah binti Mohd Ali (Ketua Unit Alumni, Universiti Malaya), Puan Siti Jariah binti Ibrahim (Pengarah BPGA) dan Puan Suriani binti Abdul Azis (Timbalan Pengerusi, Persatuan Alumni PKK).

    Ahli Kehormat Persatuan Alumni PKK, Encik Azizi bin Lin, telah merasmikan forum yang dihadiri oleh ahli-ahli persatuan dan pelajar semester akhir PKK. Semasa forum, Dr Jamaliah mengutarakan bahawa pengalaman yang baik dan perhubungan berterusan dengan alumni semasa pengajian di politeknik akan menggalakkan lebih ramai penyertaan ke dalam persatuan alumni.

    Dialog Alumni PUO-MB Perak

    IPOH, 5 MAC 2009 - Jawatankuasa Alumni PUO telah mengunjungi Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan berdialog dengan beliau.

    Sempena dialog tersebut, Pengerusi Alumni PUO, Ir. Haji Mazelan Mansor, telah memberikan taklimat berkenaan Alumni PUO kepada Dr. Zambry.

    Menteri Besar Perak itu berharap satu smart partnership antara Alumni PUO dan Ahli Jawatankuasa Komuniti diwujudkan bagi menangani masalah pengangguran para belia. Kata beliau smart partnership itu juga dapat meneroka pelbagai aktiviti ke arah mempertingkat kemahiran dalam kalangan belia.

    Aktiviti Persatuan Alumni

  • 6

    Buletin Alumni

    2009

    Ceramah Promosi Persatuan Alumni

    KAJANG, 18 FEBRUARI 2009 - Pegawai-pegawai alumni JPPKK mengikuti ceramah Promosi dan Rekrutmen Keahlian Persatuan oleh Dato Ghazali bin Dato Yusuf, Executive Committee Member, Persatuan Alumni Universiti Malaya

    Antara lain, Dato Ghazali menjelaskan bahawa maklumat dan hebahan berkenaan persatuan adalah penting dalam mendapatkan ahli baru untuk persatuan. Beliau juga menegaskan bahawa persatuan perlu menjalankan roadshow untuk mempromosi persatuan.

    Ceramah tersebut bersempena Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Alumni Institusi JPPKK yang berlangsung dari 17 hingga 19 Februari 2009 di Oriental Crystal Hotel, Kajang.

    Jorrah juara di Sports Planet

    CHENG (MELAKA), 5 APRIL 2009 Jorrah, pasukan futsal dari Universiti Multimedia, pulang dengan Piala PalPKM, wang tunai RM1,000 dan pingat setelah menjuarai Kejohanan Futsal Persatuan Alumni Politeknik Kota Melaka (PalPKM) yang berlangsung di Sports Planet di sini.

    Kejohanan julung kali yang disertai oleh 43 pasukan dan dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Kota Melaka, Haji Abdul Aziz Abu Bakar itu dikelolakan sebagai salah satu aktiviti PalPKM bagi memperkenalkan persatuan kepada masyarakat serta memajukan sukan futsal.

    Mengiringi Jorrah ialah naib johan, pasukan Corner Kick dari UiTM dengan hadiah wang tunai RM500, pingat dan sebuah piala iringan. Pasukan Alumni PKM pula berpuas hati dengan RM250 berserta pingat apabila muncul sebagai pemenang tempat ketiga.

    Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan dan Sukan Negeri Melaka, Datuk Kapten (B) Haji Karim Sulaiman telah menutup kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Semua pasukan diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan dan persahabatan.

    Aktiviti Persatuan Alumni

  • 7

    Buletin Alumni

    2009

    Aktiviti Persatuan Alumni

    Futsal Persahabatan Alumni-JPP PSA

    SHAH ALAM, 4 APRIL 2009 - Ahli Persatuan Alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berfutsal persahabatan dengan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) politeknik tersebut.

    Acara sukan persahabatan itu berjaya memperkenalkan persatuan kepada penuntut-penuntut PSA serta mewujudkan hubungan akrab ahli jawatankuasa persatuan dengan anggota JPP.

    Alumni sertai konvokesyen ke-11 PSA

    SHAH ALAM, 16 APRIL 2009 - Bekas penuntut Politeknik Shah Alam sekali lagi menyertai konvokesyen politeknik itu. Kali ini bukan sebagai graduan tetapi sebagai anggota persatuan alumni.

    Persatuan Alumni PSA telah membuka gerai di ruang tapak pameran Majlis Konvokesyen Ke-11 PSA dari 16 hingga 17 April 2009. Gerai tersebut merupakan satu daripada aktiviti mempromosi persatuan kepada komuniti PSA dan masyarakat.