pelayaran yang penuh peristiwa

34
Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Upload: azianyanz

Post on 24-Nov-2015

173 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

KOMSAS

TRANSCRIPT

Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Pelayaran yang Penuh PeristiwaSinopsisAwang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah, geliung itu dapat diselamatkan. Geliung- sejenis kapal layar yang besar.

Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.

Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.

Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang berjaya menyelamatkan baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda.

bajak- perompak penyamun meredah- mengharung

Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri. Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun undur dari situ.

merajuk- menunjukkan rasa tak suka.

Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan PuteriDayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.

Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu. Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

berseru-seru- memangil

Watak dan Perwatakan

Awang Sulung Merah MudaAnakanda kepada Tuanku Si Helang Laut menyamarmerendah diritampanmemiliki keris dan pedang saktimemiliki pelbagai kesakitanberkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawapandai berpantunsuka bersabung ayam

Tuan Puteri Dayang Seri Jawaanak kepada Tuanku Nakhoda Tuajatuh hati kepada Awang Sulungterlalu mengikut perasaantegas dalam menegakkan

Si Kembang Cinaorang suruhantaatpandai memujuk

Tuanku Nakhoda Tuaayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawamudah percaya akan percakapan orangkesal akan kesilapannyamenepati janji

Jurumudipandai menipubercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawapengecut

TemaCerita ini mengemukakan tema kelebihan dan kesakitan yang ada pada Awang Sulung Merah Muda dan kemampuannya menghadapi pelbagai rintangan sepanjang pelayaran ke Tanah Jawa.

PersoalanKeistimewaan dan kelebihan seseorang tidak dapat dinilai daripada penampilan luaran semata-mata.Dugaan semasa pelayaran.Sesuatu tempat pasti mempunyai adat resam tersendiri.Pembohongan yang bertujuan mendapatkan ganjaran dan pujian.Tindakan raja yang terburu-buru membuat keputusan tanpa menyelidik sesuatu yang didengarnya. Semata-mata: Mata. adat resam: lembaga.

20NilaiNilai berani. Setiap orang mesti berani menentang kejahatan. Contohnya, Awang Sulung berani menentang lanun semasa dalam pelayarannya.Nilai merendah diri. Sikap merendah diri tidak akan merendahkan darjat atau kelebihan seseorang. Contohnya, Awang Sulung yang berketurunan baik-baik sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja. Lanunperompak laut. Darjat: tingkatan berkenaan dengan pangkat. Menyamarmengubah rupa.

21Nilai bijaksana. Setiap pemimpin mestilah bijaksana menyelesaikan masalah. Contohnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.Nilai kasih sayang. Setiap orang mesti hidup dalam suasana kasih sayang. Contohnya, Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi antara satu dengan yang lain.

Nilai baik hati. Setiap orang seharusnya bersikap baik hati, terutamanya kepada pihak yang ada membantu kita. Contohnya, Awang Sulung sudi membantu menjadi jurumudi apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepenatan.Nilai rasional. Setiap orang mestilah berfikir dan bertindak secara rasional. Contohnya, Nakhoda Tua sanggup menerima sanggup menerima pandangan anakandanya agar tidak terpengaruh lagi oleh kata-kata jurumudi. jurumudiorang yang mengawal kapal.

Nilai semangat bermasyarakat. Kita mesti hidup bermasyarakat. Contohnya, Awang Sulung berminat untuk mengetahui adat resam masyarakat luar dengan bertanya kepada penghulu gelanggang tentang adat bergelanggang. gelanggang: tempat perlainan perlawanan.

PengajaranKita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan.Kita janganlah suka meninggi diri dan berbangga akan darjat keturunan.Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan tidak berdendam.

Kita hendaklah bersedia memberikan bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.Kita hendaklah sanggup menerima kebenaran dan tidak mudah diperdayakan.Kita hendaklah mengutamakan kehidupan masyarakat.

Gaya bahasa

Bahasa klasik- contohnya : geliungBahasa istana- contohnya : santap, bonda,betaSimile- contohnya: bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali .Peribahasa- Contohnya: bagai kumbang putus tali, berkecil hati

PuisipantunAnak udang kepit kepayang,Berderai-derai pucuknya jati;Anak orang tengahlah saying,Pada bercerai maulah mati.(hal.44)

selokaNobat merpati di gunung,Memberi ssalam murai di pintu,Berbega burung di bumbungan,Berkokok si tambang denak,Membalas kinantan suci,Bertutu ketitir jantan,Berkokok ketitir jantan,Berkokok balam tembaga tiga gaya,Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.(hal.47)

PRAKTIS SPMTerangkan maksud tua cendawan makin tua makin busuk yang digunakan dalam petikan di atas. Maksud tua cendawan makin tua makin busuk ialah Tuanku Nakhoda Tua yang sudah tua itu tidak dapat memberikan pendapat atau membuat tindakan yang betul.

Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengibaratkan ayahandanya seperti tua cendawan makin tua makin busuk?Nyatakan dua sebab.Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengibaratkan ayahandanya seperti tua cendawan makin tua makin busuk adalah kerana mata ayahandanya sudah kabur, yakni ayahandanya tidak menyiasat lebih dahulu kedudukan yang sebenar. Selain itu, telinga ayahandanya sudah pekak, yakni mudah diperdaya oleh jurumudi.

Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan anaknya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi?Nyatakan empat alasan anda.wajar:Pada pandangan Tuanku Nakhoda Tua, jurumudi banyak jasanya.Tuanku Nakhoda Tuan yakin bahawa jurumudi yang telah menghapuskan lanun.Tuanku Nakhoda perlu mengotakan janjinya.Anak seharusnya mengikut perintah ayahnya.

tidak wajar:Tuanku Nakhoda Tua sepatutnya menyelidik kebenaran kata-kata jurumudi lebih dahulu.Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai jurumudi.Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan bahawa dia yang menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.Jurumudi seorang pengecut dan gemar mengambil kesempatan atas susah payah orang lain.

TAMAT