proposal kami penuh yahoooooo

Upload: nur-falini-mohd-sukkri

Post on 19-Jul-2015

156 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Institusi Pengajian Tinggi Politeknik merupakan salah satu cabang di mana ianya akan mengeluarkan bakal-bakal tenaga mahir dari bidang teknikal. Ianya adalah aset di mana akan membawa Malaysia ke arah yang lebih berteknologi seperti menurut Kementerian Pendidikan di mana telah mengambil tindakan yang penting pada 1995 dengan menggubal Pelan Tindakan Peningkatan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal yang menyebut bahawa:

...Pelan Tindakan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan meningkatkan keluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke bidang teknik semasa di sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan Sekolah Menengah Teknik dan Politeknik (Kementerian Pendidikan 1996 : 45 )

2

Bagi mengeluarkan bakal-bakal profesional ini kemahiran yang tinggi dalam latihan teknikal amatlah diperlukan. Di dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran tinggi pada kebiasaannya mereka akan lebih kerap menggunakan bengkel bagi latihan amali mereka. Ini adalah untuk memantapkan lagi ilmu yang dimiliki oleh pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Akan tetapi aspek keselamatan hendaklah diutamakan supaya dapat menyahut seruan kerajaan supaya dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknikal.

Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam melakukan kerja-kerja amali ketika berada di dalam bengkel. Ianya hendaklah dititik beratkan bukan sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja ketika pelajar berada di dalam bengkel. Keselamatan boleh dianggap sebagai suatu kebiasaan atau sebagai satu bentuk sikap yang positif. Ianya tidak akan lahir dengan sendiri kecuali manusia itu sendirilah yang membentuknya sama ada hendak menganggapnya sebagai keutamaan ataupun tidak.

1.2

Penyataan Masalah

Pengurusan bengkel penting dan ia merupakan tanggungjawab yang diserahkan kepada penyelia bengkel untuk memastikan bengkel berada dalam keadaan sempurna. Jika struktur organisasi tidak dapat menguasai dan menjalankan tugas dengan baik, maka kemalangan mungkin akan berlaku dan perkhidmatan yang diberikan tidak seperti apa yang telah dirancang pada awalnya.

3

Pensyarah bengkel bertanggungjawab dalam memastikan pelajar-pelajar mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa berada di dalan bengkel. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini sekaligus mengganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran. Namun peranan pelajar juga penting di dalam menjamin keselamatan mereka di dalam bengkel.

Persekitaran bengkel perlu dititik beratkan agar dapat menimbulkan suasana yang selesa bagi pelajar mahupun guru. Pengudaraan bagi sesebuah bengkel perlu diambil kira seperti bukaan tingkap yang ada dan juga pencahayaan yang cukup untuk memastikan kerja dijalankan dengan baik. Guru-guru juga perlu memastikan ruang kerja bagi pelajar adalah sesuai dengan bilangan pelajar yang ada.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengetahui faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel dan makmal kejuruteraan awam di kalangan pelajar Program Diploma Kejuruteraan Awam. Aspek yang dikaji ialah aspek kelengkapan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran bengkel. Terdapat beberapa aspek yang seringkali diabaikan malah menganggapnya sebagai perkara yang tidak menjadi kepentingan dalam pencapaian objektif amali itu dijalankan. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:

i. Kurangnya pengetahuan tentang pengurusan makmal. ii. Kurangnya pendedahan tentang pengurusan kecemasan. iii. Tidak mengamalkan etika kerja semasa menjalankan kerja-kerja amali.

4

Pemyataan-pernyataan di atas menunjukkan amalan-amalan keselamatan bengkel dan makmal di mana ia sepatutnya dipatuhi bagi mewujudkan suasana kerja yang selesa dan selamat.

1.3

Objektif

Dalam kajian ini, tiga objektif kajian telah dikenal pasti. Objektif kajian ini ialah:

i.

Menentukan tahap kesedaran terhadap keselamatan kepada pelajar di bengkel.

ii.

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemalangan di makmal kejuruteraan awam di politeknik.

iii.

Menentukan elemen-elemen yang perlu ada dalam program keselamatan di makmal-makmal kejuruteraan awam di politeknik.

5

1.4

Skop Projek

Kajian ini dijalankan di dua buah institusi pengajian tinggi politeknik zon utara yang telah dipilih berdasarkan program diploma kejuruteraan awam yang terdiri daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra. Pemilihan politeknik ini dibuat atas rasional bahawa setiap politeknik terbabit secara umumnya mempunyai bengkel ataupun makmal yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kemalangan serius pelajar jika tidak dikendalikan dengan cara yang selamat. Skop kajian ini bertumpu kepada tahap kesedaran secara keseluruhan terhadap peraturan dan keselamatan di dalam makmal-makmal jabatan kejuruteraan awam. Selain itu juga, tahap kesedaran dari segi pengetahuan asas dan sikap pelajar terhadap peraturan dan keselamatan makmal juga diberi perhatian utama. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar dan pensyarah yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bengkel dan makmal di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Responden kajian ini terdiri daripada 280 orang pelajar daripada dua buah politeknik. Antara makmal dan bengkel yang terdapat dalam Jabatan Kejuruteraan Awam adalah seperti:

Bil. 1 2 3 4 5 6 7

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bengkel Kayu Bengkel Konkrit Bengkel Paip Makmal Hidraulik Makmal Struktur Makmal Geoteknik Makmal Jalan Raya

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Bengkel Kayu Bengkel Konkrit Bengkel Paip Makmal Hidraulik Makmal Struktur Makmal Geoteknik Makmal Jalan Raya

Jadual 1.1 Senarai bengkel di Jabatan Kejuruteraan Awam

6

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newble dan Canon, 1989 dalam Haslina Yusoff, 2005). Pada dasarnya, segala bentuk aktiviti di dalam pengurusan bengkel atau makmal akan mempengaruhi hasil dan kepuasan kepada pelaksana dan pengguna bengkel.

Pelaksana dan pengguna bengkel ini merujuk kepada tenaga pengajar. Aktiviti bagi pengurusan merangkumi aspek-aspek merancang, melaksana, mengawal dan menilai (Yahya Abdul Hamid, 1989 dalam Haslina Yusoff, 2005). Pengurusan bengkel yang baik dan teratur bukan sahaja memberikan kebaikan

7

kepada proses pengajaran dan pembelajaran malah ia menjadi kebanggaan kepada pensyarah yang menguruskan perkara tersebut. Ini disebabkan banyak masa dan tenaga telah digunakan bagi merancang, mengelola dan menyelenggara sesebuah bengkel.

Menurut Abu Bakar (1994) dalam Nor Fariza (2002), peraturan keselamatan di bengkel atau tempat kerja perlu diamalkan dari semasa ke semasa. Untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan, seseorang harus sedar dan bertanggungjawab. Selain itu, pengurusan secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikutan dengan perkara yang sedemikian, satu perubahan dari sistem yang lama kepada sistem yang baru harus dilakukan. Ini adalah bagi tujuan untuk memenuhi keperluan negara di masa akan datang di mana negara dijangkakan akan memerlukan sebanyak tujuh puluh ribu orang jurutera di dalam pelbagai sektor.

2.2

Keselamatan

2.2.1

Definisi Keselamatan

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi

8

berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Hal ini akan menjadikan pusat pengajian tersebut yang pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk memastikan pusat pengajian tersebut adalah institusi yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan keselamatan di bengkel. Di samping itu, pihak politeknik itu sendiri mestilah sentiasa mengemas kini kelemahan dalam pelaksanaan amalan keselamatan yang sedia ada.

2.2.2

Keselamatan Kerja

Ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya.

2.2.3

Konsep Keselamatan Industri

Pekerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan, kawalan kerugian akibat kemalangan serta melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan.

9

2.3

Faedah Amalan Keselamatan

Kejadian letupan di sebuah kilang mercun di Sungai Buluh merupakan antara kemalangan ngeri yang pernah di alami di negara ini. Dari sini kita dapat berfikir apa kesannya kepada masyarakat dan negara. Apabila berlaku korban nyawa, bermakna ada ahli masyarakat yang kehilangan orang yang tersayang. Jika berlaku kecederaan teruk yang membawa kepada kecacatan seumur hidup maka ada individu yang telah hilang keupayaan dan kebolehan. Negara pula akan kerugian tenaga manusia berguna, malah perlu menanggung kos menghulurkan bantuan. Lebih merugikan lagi apabila kemalangan industri berlaku kerana negara akan kehilangan satu sumber pendapatan, pekerja hilang pekerjaan, dan kerugian harta benda.

Akibat-akibat yang dibincangkan ini adalah sebahagian daripada kesan kemalangan yang boleh berlaku dari aspek sosial dan ekonomi. Besar atau kecil sesuatu kemalangan membawa kesan dari segi sosial dan ekonomi. Maka kita harus sentiasa peka kepada kewujudan bahaya dan berusaha mengamalkan keselamatan yang baik sama ada di tempat kerja atau bengkel. Amalan keselamatan di tempat kerja atau begkel akan memberikan beberapa faedah seperti berikut, dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit pembelajaran yang boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan, kecederaan malah kematian. Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan harta benda. Pembelajaran dapat dilakukan dengan tekun, efisyen dan produktif. Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan.

Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa gangguan. Produktiviti boleh ditingkatkan. Keupayaan untuk bersaing meningkat. Industri yang

10

mewujudkan suasana kerja selamat dan sihat menunjukkan kepada bakal klien mahu pun pelabur akan kebolehannya beroperasi dengan cekap.

Amalan keselamatan di bengkel pula akan memberikan beberapa faedah berikut. Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan, kecatatan malah kehilangan nyawa. Mengelakkan kehilangan masa produktiviti. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menerapkan dalam diri pelajar kesedaran tentang bahaya dan risiko kemalangan semasa di bengkel. Menghasilkan pelajar sebagai pekerja mahir, bertanggungjawab dan sentiasa mengamalkan keselamatan. Mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan apabila berlaku kemalangan. Memandangkan bengkel merupakan satu sumber di mana kemalangan mudah berlaku, maka imej bengkel yang selamat akan menjadi satu aset kepada Politeknik.

2.4

Keselamatan Semasa Dalam Bengkel

Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Di peringkat awal, pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Ini adalah kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik. Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginan berlaku. Puncapunca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat elektronik ini perlukan dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.

11

2.5 Keselamatan Diri Sendiri

Terdapat beberapa aspek yang boleh diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri kita dari terlibat dari menjadi mangsa kemalangan di bengkel. Antaranya ialah: i. Perlindungan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya, maka kita perlulah memakai alat perlindugan mata. ii. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja, iaitu lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku. iii. Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam bengkel. iv. Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan apabila bekerja dengan bahan kimia. v. Elakkan berambut panjang, jika berambut panjang maka mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja. vi. Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam, rantai emas, loket, cincin dan lain-lain lagi.

12

2.6

Definisi Istilah

Definisi istilah-istilah yang diterangkan ini merupakan istilah khusus yang digunakan dalam kajian ini. Juga diterangkan definisi istilah ini dalam konteks kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Ini adalah perlu untuk kefahaman yang tepat dan jitu bagi tajuk kajian supaya tujuan penyelidikan dapat dicapai secara maksimun.

2.6.1

Bengkel

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), bengkel merupakan sebuah bangunan yang mempunyai kawasan di mana ditempatkan mesin-mesin dan alatan tangan untuk membuat kerja. Dalam konteks kajian ini, bengkel merujuk kepada bengkel kejuruteraan awam di setiap politeknik bahagian utara.

2.6.2

Kerja Amali Bengkel

Kerja ditarifkan sebagai usaha (kegiatan, urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan sebagainya) sesuatu. Manakala amali ditarifkan sebagai bukan pelaksanaan prinsip atau teori (yang dipelajari), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dan sebagainya. Bengkel pula ditarifkan sebagai tempat membaiki kereta dan lain-lain, kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja). Dengan erti kata lain, kerja amali bengkel ialah menjalankan kegiatan berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dan sebagainya di tempat tukang-tukang bekerja.

13

2.6.3

Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Mok (1992), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu manakala pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal dan stabil serta dihasilkan melalui pengalaman atau latihan.

Dalam konteks kajian ini, pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada proses mengajar dan belajar yang dijalani oleh pensyarah dan pelajar di dalam bengkel kejuruteraan awam dalam bentuk teori dan amali.

2.6.4

Pengurusan

Menurut Nik Abdul Rashid (1995) dalam Nor Fariza (2002), pengurusan adalah cara mengurus manusia, aset, organisasi dan negara yang hanya diketahui oleh manusia yang terlatih di dalam suatu bidang pengkhususan tertentu. Menurut Brench (1975) dalam Nor Fariza (2002) pula, pengurusan adalah proses sosial yang mengandungi perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Pengurusan adalah merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh pensyarah mengikut persepsi pelajar dalam mengawal pelajar, bahan dan peralatan yang terdapat di dalam bengkel yang telah dipertanggungjawabkan.

14

2.6.5

Persekitaran

Persekitaran menurut Razami (1999) dalam Amran Khalid (2002) adalah perihal sekeliling di mana ia juga berkaitan dengan suasana, keadaan di sekeliling ataupun sesuatu keadaan. Persekitaran merujuk kepada keadaan ruang kerja amali di dalam bengkel sama ada pengudaraan, pengcahayaan dan kebersihan berada dalam keadaan baik dan selesa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.7

Peraturan Umum Bengel

Sebagai pelajar yang menggunakan bengkel, langkah-langkah keselamatan haruslah diambil sebagai langkah untuk berjaga-jaga. Beberapa faktor tentang etika penggunaan bengkel haruslah diambil kira. Antaranya ialah:

1. Pakaian

i. ii.

Pemakaian haruslah kemas. Tanggalkan tali leher dan masukkan dalam baju serta lipat lengan baju yang panjang

iii.

Pemakaian apron digalakkan.

2. Pelindung mata

i. ii.

Cermin mata keselamatan. Pelindung muka jika melakukan kerja yang boleh membahayakan mata.

15

iii.

Pastikan pengcahayaan mencukupi untuk mengelakkan dari sakit mata.

3.

Tangan i. Bersihkan tangan dari kotoran, geris atau minyak sebelum melakukan sesuatu kerja.

4. Menghormati orang lain

i. ii. iii.

Sedia membantu apabila pertolongan diperlukan. Tidak menganggu dan membahayakan orang lain. Tegur orang lain yang melanggar peraturan.

5. Pemilihan alatan

i. ii. iii.

Pilih saiz dan jenis yang bersesuaian dengan kerja. Gunakan alatan yang berkeadaan baik. Baiki bahagian yang rosak sebelum menggunakan alatan.

6. Pengendalian alatan

i. ii.

Halakan mata pemotong ke bawah jika membawa alatan tajam. Bawa beberapa alatan sahaja untuk sekali bawa kecuali peralatan berada dalam bekas khas.

iii.

Jangan masukkan alatan tajam ke dalam poket.

16

7.

Alatan pengapit

i.

Gunakan apit yang sesuai untuk memegang benda kerja. Contohnya pahat dan mesin elektrik mudah alih.

ii.

Elakkan daripada memegang dengan tangan objrk yang dikerjakan.

8. Penggunaan alatan

i.

Pegang alatan degan cara yang disarankan dan halakan mata pemotong keluar dari kedudukan anda semasa menggunakan alatan tersebut.

ii.

Hati-hati apabila menggunakan jari untuk memandu pada permukaan potongan.

9. Kelajuan kerja

i. ii.

Jangan gopoh semasa buat kerja. Kerja yang terancang pada kelajuan yang sesuai boleh menghasilkan kerja yang memuaskan dan bermutu.

10. Pengurusan meja kerja

i. ii. iii. iv. v.

Letakkan bahan kerja secara tersusun. Alatan berada di bahagian tengah meja kerja. Jangan menindih alatan di antara satu sama lain. Rapatkan ragum meja jika tidak digunakan. Pastikan laci dan pintu kabinet sentiasa tertutup.

17

2.8

Punca Kemalangan Dalam Bengkel Kerja Awam

Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada peningkatan kemalangan di dalam bengkel kerja awam. Antaranya ialah:

i. ii. iii.

Kecuaian pekerja. Keadaan peralatan/perkakasan. Keadaan benda kerja dan kawasan kerja.

2.8.1

Kecuaian Pekerja

i. ii. iii.

Tidak gunakan peralatan perlindungan dengan cara yang betul. Tidak mematuhi arahan yang ditetapkan. Menggunakan peralatan dengan cara yang salah atau menyalah gunakannya untuk tujuan lain seperti bergurau senda.

iv.

Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca arahan kerja atau notis amaran.

v.

Keadaan rupa diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian yang longgar, memakai barang perhiasan dan sebagainya.

2.8.2

Keadaan Peralatan / Perkakasan

i. ii.

Tidak membuat pemeriksaan terhadap peralatan yang hendak digunakan. Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia jika ada.

18

iii.

Sebelum menggunakan mesin, pengendali mestilah seorang yang tahu dan faham cara mengguna dan memberhentikan mesin dengan cara yang betul.

2.8.3

Keadaan Benda Kerja dan Kawasan Kerja.

i. ii.

Tidak memastikan kemudahan keselamatan yang terdapat di sekeliling. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok di tempat yang mudah terbakar.

iii.

Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar.

2.9

Peranan Pembantu dan Kakitangan Staf Sokongan

Pengurusan dan perkhidmatan jawatankuasa keselamatan sesebuah institusi hanya berkesan jika mendapat sokongan penuh daripada setiap kakitangan di bawah pentadbirannya. Tanggungjawab untuk mengamalkan polisi dan peraturan yang telah disediakan terletak pada tugas dan kedudukan seseorang kakitangan dalam institusi berkenaan. Berdasarkan kepada tujuan ke arah menjaga keselamatan, setiap ahli mestilah menyedari akan risiko dan tanggungjawab masing-masing terhadap keselamatan diri dan juga rakan sekerja yang lain (Bolley J. W. 1977). Penyatan ini disokong oleh David L.G. (1999) yang menyatakan kakitangan akademik dan pembantu keselamatan bertanggungjawab di bawah arahan ketua jabatan untuk menunjukkan minat dan memberikan perhatian terhadap keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Mereka perlu menanamkan minat dan sikap positif terhadap keselamatan semasa bekerja kepada semua kakitangan di

19

bawah jagaan masing-masing di samping mematuhi peraturan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak jabatan dan majikan.

Oleh itu, kakitangan akademik perlu memastikan yang semua alat keselamatan yang diperlukan terdapat di kawasan berkenaan serta berfungsi pada setiap masa dan juga mengarahkan ahli-ahli kumpulan penyelidikan dan pembantunya supaya sentiasa berada dalam suasana kerja yang selamat dan teratur. Pendapat yang sarna diberikan oleh Bolley J.W. (1977) iaitu semua kakitangan dan pelajar bertanggungjawab pada dirinya dan juga orang lain untuk melakukan kerjakerja dalam keadaan yang selamat dan mengikut peraturan keselamatan, mematuhi peraturan keselamatan jabatan dan majikan, melaporkan segala kerosakan alat yang dikesan dan yang dijangka boleh menyebabkan kemalangan, memberitahu pembimbing akan segala risiko kecederaan atau kemalangan yang dapat dikesan semasa bekerja disebabkan oleh keadaan luar biasa atau kerosakan alat dan lainlain. Teori Domino Heinrich menyatakan, kemalangan berlaku akibat lima sebab yang utama iaitu persekitaran sosial, kesilapan individu, perlakuan atau keadaan yang tidak selamat, kemalangan dan kecederaan (Woodsidc dan Kocurek, 1997; Goetsch, 1996). Menurut Goetsch (2000), kecederaan yang biasanya berlaku adalah pada bahagian badan belakang, kaki dan jari tangan.

2.10

Kepentingan Faktor Keselamatan di dalam Bengkel

Kesedaran tentang amalan keselamatan di bengkel perlu ditekankan kepada pelajar, kerana pepatah Melayu ada menyebut malang tidak berbau ini memang benar kerana tiada siapa menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Maka

20

pelajar pelajar perlu berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang kemalangan di dalam bengkel.

Menurut Ahmad Fuad (1995) dalam Nor Fariza (2002), kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dapat dielakkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah langkah keselamatan. Seseorang pelajar yang tidak mempunyai sikap mengutamakan keselamatan tidak boleh disebut sebagai pelajar yang berkebolehan dan mahir. Malaysia mengalami kerugian lebih kurang RM 4 ribu juta setahun akibat dari kemalangan industri. Anggaran ini dibuat oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berdasarkan formula pengiraan standard antarabangsa meliputi kos langsung atau tidak langsung yang ditanggung oleh syarikat.

Keselamatan di dalam bengkel adalah tanggungjawab bersama terutamanya pelajar-pelajar yang menggunakan bengkel ketika menjalankan kerja-kerja amali. Ia bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sebarang kemalangan malah dapat membentuk pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai yang positif sekaligus membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran. Wilber dan Pendered (1973) dalam Hayati (2000) menyatakan salah satu teknik yang popular dalam menerangkan kepentingan keselamatan semasa menggunakan peralatan adalah melalui demonstrasi atau tunjuk cara. Demonstrasi perlu dilakukan oleh pensyarah bengkel sebelum pelajar menggunakan sebarang alatan atau mesin yang baru. Pensyarah bengkel perlu menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. Pensyarah merupakan model dan pemimpin kepada pelajar, oleh itu pensyarah-pensyarah bengkel hendaklah mengamalkan amalan keselamatan yang baik di bengkel.

21

Menurut Anton, J. Thomas (1989) dalam Mohd. Nuzi (2000), pensyarah juga mesti sentiasa mengingatkan pelajar betapa berfaedahnya bekerja dengan selamat. Sebaliknya, pensyarah tidak seharusnya menunjukkan perbuatan yang tidak selamat dan bertentangan dengan peraturan keselamatan. Pernyataan ini juga turut disokong oleh Crow dan Crow (1980) dalam Mohd. Nuzi (2000), pensyarah sepatutnya boleh mengarah, membimbing dan menggerakkan pelajar untuk membina sikap yang diingini. Semasa melakukan aktiviti atau bekerja di bengkel, aspek keselamatan yang perlu diawasi adalah keselamatan diri, mesin, peralatan dan rakan sekerja. Menurut Ibrahim Che Muda dan N. Ramudaram (1990) dalam Mohd. Nuzi (2000), kebanyakan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat untuk melindungi pancaindera semasa bekerja, memakai pakaian yang tidak sesuai dan bergurau senda. Peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan bengkel wajib diketahui, dipelajari, dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel, sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau pancaindera mahupun kerosakan terhadap alat dan mesin akan dapat dihindari (Ibrahim Che Muda dan R. Ramudaram, 1990 dalam Mohd. Nuzi, 2000).

Longley (1969) dalam Hayati (2000), dalam kajiannya menyatakan bahawa pekerja yang kurang ilmu atau kurang mahir terhadap bidang tugasnya lebih cenderung melakukan keseilapan dan terdedah terhadap kemalangan. Beliau mencadangkan seharusnya pekerja diberi perhatian yang sistematik terhadap kemahiran dan pengetahuan teknologi malah latihan membentuk sikap yang dapat membentuk budaya kerja yang selamat. Latihan sistematik yang dimaksudkan adalah bagaimana hendak membentuk seseorang itu bekerja dengan mengikut urutan atau peraturan. Latihan ini boleh diperolehi di sekolah, pusat kemahiran serta industri. Pekerja atau pelajar akan dilatih bagaimana bekerja denga baik dan sentiasa menitikberatkan keselamatan.

22

2.11

Kepentingan Faktor Keselamatan Persekitaran di dalam Bengkel

Amalan pengurusan akan mewujudkan pengurusan bengkel yang lebih teratur dan efektif serta efisyen. Mengikut Drucker (1964) dalam Hayati (2000), efisyen dimaksudkan kepada melakukan kerja dengan betul (proses), mengeluarkan hasil (output) setimpal dengan input (tenaga buruh, bahan dan masa) dengan mengurangkan kos sumber-sumber yang digunakan untuk mencapai matlamat. Pengurusan bengkel oleh pensyarah-pensyarah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kelancaran aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam bengkel terutama aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah-pensyarah yang terlibat di dalam sistem pengurusan bengkel perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang aspek aspek pengurusan bengkel kerana pengurusan bengkel melibatkan banyak aktiviti seperti merancang, mengelola, menyelaras dan mengawal (Sanusi Mohd. Sidin, Monograf Organisasi dan Pengurusan Bengkel, 1998).

Amalan pengurusan dalam sistem pengurusan perlu ada bagi memastikan kelancaran sesuatu perkara yang telah dirancang. Pengurusan juga melibatkan pembentukan organisasi. Untuk mendapatkan hasil kerja yang baik, pengagihan kerja dalam organisasi perlu dilakukan sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Gullick (1961) dalam Monograf Organisasi dan Pengurusan Bengkel oleh Sanusi Mohd. Sidin (1998). Pengagihan kerja adalah asas utama organisasi dan ini jugalah menyebabkan wujudnya organisasi. Tujuan mewujudkan pengurusan dan pembentukan carta organisasi dalam aspek pengurusan bengkel adalah untuk mengelakkan dari berlaku kemalangan, meningkatkan produktiviti, menyelenggara alatan dan mesin, mengurangkan pembaziran bahan, menjimatkan masa bekerja dan memudahkan masa bekerja. Organisasi dan pengurusan bengkel merupakan

23

nadi penggerak sesuatu bengkel. Maka, aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali di dalam bengkel dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan. Perkara-perkara yang dititik beratkan ialah :

i.

Tidak membiarkan alatan dan bahan bersepah di atas lantai atau di sekeliling mesin. Ini dapat mengelakkan alatan dan bahan tersebut daripada dilanggar, disepak atau dipijak.

ii.

Elakkan minyak atau gris tertumpah di atas lantai kerana minyak ini sangat licin dan menyebabkan kita mudah tergelincir dan jatuh.

iii.

Tidak membiarkan tatal atau serpihan logam bersepah di atas lantai dan di sekeliling mesin. Sebaik sahaja selesai bekerja, mesin dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan.

iv.

Bengkel mestilah mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang terang, mempunyai peredaran yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan dan hendaklah dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan bahan, supaya alat-alat tangan dapat disusun dengan kemas dan teratur.

v.

Salah satu tanggungjawab pensyarah bengkel adalah memastikan persekitaran bengkel selamat digunakan oleh pelajar.

Menurut Finney (1994) dalam Hayati (2000), sistem pencahayaan dan peredaran udara yang baik diperlukan dalam sesebuah bengkel. Bengkel yang bising, gelap, tidak selesa dan buruk tidak berupaya membekalkan persekitaran yang selamat untuk bekerja. Menurut Khan dan Vickery (1970) dalam Hayati (2000) pula, ruangan yang disediakan untuk sesebuah bengkel mestilah mengambil kira aspek pencahayaan, peredaran udara dan bunyi bising.

24

2.11.1 Pencahayaan

Menurut Bradley (1975) dalam Hayati (2000), sistem pencahayaan adalah penting kerana sesebuah bengkel kerap digunakan walaupun dalam keadaan yang gelap pada cuaca mendung. Avard dan Cross (1977) dalam Hayati (2000) menyatakan pencahayaan di dalam bengkel perlulah mencukupi. Pencahayaan yang tidak mencukupi atau tidak betul boleh mengakibatkan pelajar tidak berminat untuk belajar dan boleh meningkatkan risiko kemalangan dalam bengkel. Menurut Hamilton (1982) dalam Hayati, dalam sistem pencahayaan, bukan sahaja aspek kuantiti pencahayaan perlu diambil berat malah aspek kualiti pencahayaan juga perlu diberi perhatian. Pencahayaan semulajadi boleh diperoleh menerusi pancaran cahaya matahari melalui tingkap dan pintu. Namun begitu, pencahayaan semulajadi ini dipengaruhi oleh cuaca. Jika cuaca mendung, pencahayaan semulajadi tidak berupaya menampung kuantiti cahaya yang diperlukan dalam bengkel, maka sistem pencahayaan buatan diperlukan (Halimaton Hamdan dan Zaiton Abdul Majid, 1994 dalam Azmi Bunawan, 2007).

2.11.2 Peredaran udara

Menurut Khan dan Vickery (1970)dalam Hayati (2000), kebanyakan kerjakerja dalam bengkel akan membebaskan tenaga haba yang tinggi. Pelajar akan berasa letih dan tidak bermaya untuk belajar atau bekerja di dalam bengkel. Persekitaran yang berhabuk akan memburukkan lagi keadaan. Peredaran udara di dalam bengkel sepatutnya adalah bersih, tidak berbau dan bebas daripada sebarang bendasing yang merbahaya. (Hamilton,1982 dalam Hayati, 2000). Suhu persekitaran yang selesa dalam bengkel bergantung kepada aktiviti atau kerja yang dilakukan.

25

2.11.3 Bunyi bising

Strong (1975) dalam Hayati (2000) menyatakan pendedahan terhadap bunyi bising semasa bekerja di dalam bengkel dalam tempoh jangka masa yang panjang akan mendatangkan kesan buruk ke atas sistem pendengaran pelajar. Menurut Najib Ibrahim (1991) dalam Hayati (2000), Jabatan Buruh di United Kingdom menetapkan tahap kebisingan yang boleh diterima oleh seseorang yang bekerja selama 8 jam adalah 90 dB. Kebiasaannya, bunyi bising terhasil daripada bunyi mesin. Bunyi ini tidak dapat dielakkan tetapi ia boleh dikurangkan menerusi kawalan. Pendedahan kepada bunyi bising dalam jangka masa panjang bukan sahaja akan mengganggu emosi malah akan menjejaskan sistem pendengaran seseorang (Hamilton, 1982 dalam Hayati, 2000). Jika emosi dan pendengaran terganggu, secara automatik pengajaran dan pembelajaran turut terganggu.

26

BAB 3

METADOLOGI

3.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan metodologi atau kaedah kaedah yang digunakan untuk menjayakan kajian ini. Antara perkara yang dibincangkan seperti reka bentuk untuk menjalankan proses kajian ini, dan prosedur kajian yang dijalankan untuk menganalisis data (menganalisis kandungan teks). Bagi tujuan kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, kehendak dan sebagainya. Menurut Mohd. Majid Konting (1993) soal selidik lebih pratikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Mohd. Majid Konting (1993) juga berpendapat dengan menggunakan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberi. Berdasarkan penulis di atas, maka kami akan menggunakan soal selidik untuk mengumpul data mengenai kajian kami. Kami menggunakan soal selidik untuk tujuan kajian ini kerana soal selidik mudah ditadbirkan kepada responden, dan kami juga akan mendapat tindakbalas yang seragam daripada responden walaupun terdapat interpretasi yang berbeza terhadap item-item dalam soal selidik. Di dalam

27

bab ini beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan iaitu rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan analisis data.

3.2

Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini melibatkan pelajar Program Diploma Kejuruteraan Awam yang terdiri daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra sebagai sampel. Sebelum membuat kajian kami perlu meminta kebenaran daripada pihak yang berkaitan. Kajian berbentuk soal selidik ini dijalankan di dengan menggunakan kaedah tinjauan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra yang melibatkan seramai 280 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih secara rawak. Kajian ini juga dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan kepada setiap orang pelajar yang terpilih. Semua soal selidik akan disemak terlebih dahulu untuk memastikan responden telah mengikut arahan yang betul agar dapat memberikan maklumat seperti yang dikehendaki. Setelah berpuas hati dengan item soal selidik, kami menjalankan ujian terhadap responden kajian (sampel).

3.3

Sampel Kajian

Kami akan memilih seramai 280 pelajar pelajar lelaki dan perempuan dipilih secara rawak yang menggunakan bengkel dan makmal dalam Program Diploma Kejuruteraan Awam yang terdiri daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra. Berikut adalah bilangan responden mengikut institusi politeknik yang akan digunakan.

28

Nama Politeknik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, jitra Jumlah

Bilangan 140 140 280

Jadual 3.1 : Bilangan responden mengikut institusi.

3.4

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, kami menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen kajian di mana ianya diharapkan akan memberikan hasil yang diinginkan oleh penyelidik. Menurut Black (1993) dalam Mohd. Nuzi (2000), instrumen kajian jenis ini dapat memberikan maklumat tentang latar belakang, pendapat, reaksi dan sikap responden. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

i)

Bahagian A : Latar belakang responden dari segi jantina, institusi politeknik,dan bengkel yang digunakan.

ii)

Bahagian B : Persepsi responden terhadap faktor kelengkapan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran di dalam bengkel dan makmal Program Diploma Kejuruteraan Awam yang terdiri daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra.

29

Pada bahagian B di dalam borang soal selidik, item-item disusun mengikut persoalan kajian yang ingin dikaji oleh kami iaitu faktor kelengkapan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran. Kesemua item ini adalah item positif.

Dalam kajian ini, Skala Likert digunakan untuk memudahkan responden memberikan jawapan. Menurut Najib (1999), Skala Likert digunakan di mana responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem lepada ekstrem yang lain. Kami telah mengklasifikasikan Skala Likert ini kepada 4 kategori untuk memudahkan analisis dijalankan. Responden perlu menandakan ( / ) pada jawapan yang paling sesuai mengikut pengetahuan dan pengalaman mereka.

Jadual 3.2 menunjukkan skor dan simbol yang digunakan bagi Skala Likert yang digunakan dalam kajian ini.

Skor 4 3 2 1

Pernyataan Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Singkatan SS S TS STS

Jadual 3.2 : Skor dan singkatan yang diberi.

30

3.5

Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan satu kajian yang dijalankan sebelum set soal selidik digunakan dalam kajian sebenar untuk memastikan tahap kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan. Kajian rintis ini dijalankan Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim untuk dijawab oleh 20 orang pelajar yang dipilih secara rawak di kalangan Program Diploma Kejuruteraan Awam. Kajian rintis adalah bertujuan untuk:

(i)

Mengenalpasti masalah yang berhubung dengan pemahaman dan interpretasi terhadap item-item yang terdapat dalam soal selidik.

(ii)

Mendapat maklum balas untuk memperbaiki item-item dan soalan yang terdapat dalam soal selidik.

(iii)

Mengetahui jangka masa yang diperlukan untuk menjawab itemitem yang terdapat dalam soal selidik.

.

31

3.6

Analisis Data

Dapatan data yang diperolehi dari kerja lapangan akan dianalisis oleh kami bagi menjawab soalan kajian ini. Daripada data yang diperolehi tersebut adalah diharapkan agar penyelidik dapat mengetahui tahap pengetahuan dan kepatuhan peraturan keselamatan di bengkel dan makmal Diploma Kejuruteraan Awam yang terdiri daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra. Kajian ini meggunakan beberapa kaedah yang bersesuaian bagi menganalisis keseluruhan data yang diperolehi. Pendekatan yang digunakan dalam analisis data adalah pendekatan statistik deskriptif di mana yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan bilangan dan peratusa min, sisihan piawai serta taburan kekerapan. Penganalisisan data merupakan bahagian terpenting dalam penyelidikan. Kami telah menentukan bagaimana data yang telah dikumpulkan dianalisiskan.

Data-data yang diperolehi dari soal selidik akan dikumpulkan dalam bentuk kualitatif. Maklumat dan data-data yang dianalisis akan ditukar dalam bentuk peratusan dengan menggunakan formula berikut :

Peratus Di mana :

= X / N x 100

X = bilangan maklumbalas responden N = bilangan responden atau sampel yang terlibat.

32

Rujukan

1. Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill Education.

2. Geotsch, D. 1990. Occupational Safety And Health For Technologists, Engineers, And Managers. New Jersey. Prentice Hall.

3. Ismail Bahari, 2002. Pengaturan Sendiri di Dalam Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Malaysia; Mc Graw Hill.

4. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 1998. http://www.dosh.gov.my

5. Kamus Dewan, Edisi Baru (2001), Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Kogi, K. & Kawakami, T 1997. Organization And Services In Occupational And Environment Health. Journal Environment Management and Health 8.5. 154-157.

7. Laman Web NIOSH; http://www.niosh.com.my

8. Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

9. Mohd. Najib Konting (1990 ). Keadah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Mohaidin Othman (1995), Tinjauan Amalan Keselamatan Mesin dan Alat-alat Tangan di Bengkel Kemahiran Manipulatif dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Kangar. UTM. Tesis Sarjana Muda.

33

11. Sanusi Mohd. Sidin dan Rohana Hamzah(2001). Organisasi Dan Pengurusan Bengkel Monograf. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.