research penuh azri

Upload: muadz-murat

Post on 16-Jul-2015

329 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

HEALTH SYSTEM RESEARCH

1.0 PENGENALAN

Kebanyakan kita melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan berkebun untuk mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita yang optimum. Kita juga sedar bahawa pengambilan makanan amat penting dalam kehidupan seharian kita dan pemakanan juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan, namun adakah kita tahu keperluan pemakanan yang ideal serta pengambilan nutrien yang perlu diambil oleh kita dalam sehari, Tahukah kita setiap hidangan yang disediakan mengandungi kandungan

seperti protein, vitamin, karbohidrat, serat , zat besi, kalsium, kalori, kolesterol, lemak dan lain-lain lagi. Tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita membahagikan setiap kandungan dengan ideal supaya kita dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan. Amalan pemakanan seimbang amat perlu di amalkan supaya kesihatan setiap manusia di tahap optimum. Namun, berapa ramai yang mengamalkannya. Kita sedia maklum amalan ini sukarkan dipraktik oleh masyarakat dahulu dan sekarang. Sejak zaman nenek moyang kitas lagi amalan ini tidak pernah di amalkan oleh masyarakat kita. Ini membuatkan generasi sekarang terikut-ikut amalan pemakanan zaman dahulu. Kita semua tahu, walaupun zaman dahulu kurang mengamalkan pemakanan seimbang tetapi tidak menghidapi penyakit kronik. Namun, di zaman moden dan berteknologi ini, kita perlu laksanakan amalan ini. Makanan yang tersedia ada di pasaran sekarang ini kebanyakan mengandungi toksik dan bahan tambahan untuk tahap kesegaran sesuai bahan mentah.

1

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Berhubung kait dengan amalan ini, kita sebagai anggota kesihatan dalam sektor awam seharusnya menerapkan amalan ini kepada masyarakat dari segi pameran, promosi kesihatan, ceramah dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya membanting tenaga untuk menjayakan amalan ini serta dapat mengurangkan kadar peningkatan penyakit kronik seperti Diabetes Melitus, Hipertensi dan penyakit jantung. Sue Rodwell Williams mendefinisikan makanan seimbang sebagai makanan yang mengandungi nutrient yang seimbang seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat, zat besi dan mineral. Nutrien ini amat penting dalam keseimbangan fisiologi sistem badan manusia. Didalam pemakanan yang seimbang, tahap-tahap makanan yang perlu dimakan dan yang perlu dikurangkan telah diterangkan dalam gambarajah yang telah disediakan. (United State Department of Agriculture,1992)

Minyak, Gula, Lemak dan Garam.

MAKAN SEDIKIT 2

HEALTH SYSTEM RESEARCH

MAKAN SEDERHANA MAKAN BANYAK

Daging, Ayam, Ikan, Telur dan Kacang. Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Bijiran,Produk Bijiran (Roti) dan Ubi-ubinan.

MAKAN LEBIH BANYAK

Justeru, penyelidikan akan dilakukan untuk menyelidik tahap pengamalan makanan seimbang. Tempat yang menjadi sample penyelidikan adalah Klinik Kesihatan Merbok, Kedah. Responden di pilih secara rawak di kalangan pengunjung klinik seramai 30 orang.

3

HEALTH SYSTEM RESEARCH

1.1 KENYATAAN MASALAH

Seperti yang kita sedia maklum bahawa program amalan pemakanan seimbang telah lama dilaksanakan dalam bidang perubatan dan kesihatan awam. Akan tetapi tidak ramai yang dapat mengamalkan amalan ini dengan sempurna dan betul. Ini menjurus kepada pelbagai penyakit kronik. Salah satu daripadanya adalah Diabetes Melitus atau kencing manis. Ini merupakan masalah yang berlaku di Klinik Kesihatan Merbok, Kedah di mana berlaku peningkatan pengidap Diabetes Melitus setiap tahun yang amat merunsingkan kita. Masalah ini dikaitkan dengan isu pengambilan pemakanan seimbang. Hari ini hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap Diabetes Melitus.

Malangnya, lebih separuh daripadanya tidak menyedari mereka menghidapi penyakit ini. Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana komplikasi diabetes meningkat 100 peratus dari 21,872 pada tahun 1995 hingga 41,375 pada tahun 2005. Kadar ini begitu mencemaskan kita semua.(Ng Kim Teck, 2008).

4

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Justeru, satu kajian telah dijadikan di Klinik Kesihatan Merbok, Kedah yang menghadapi masalah peningkatan pengidap Diabetes Melitus di bawah persampelan pengunjung klinik yang di kaitkan dengan amalan pemakanan seimbang. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau amalan pemakanan seimbang dikalangan pengunjung Klinik Kesihatan Merbok, Kedah.

1.2 Objektif Kajian

Objektif Am: 0bjektif ini dilaksanakan untuk meninjau amalan pemakanan seimbang di kalangan pengunjung Klinik Kesihatan Merbok, Kedah yang boleh mencetuskan peningkatan pesakit Diabetes Mellitus di klinik ini.

Objektif Khusus: Objektif khusus pula untuk mendalami sikap tentang amalan pemakanan seimbang terhadap pengunjung klinik. Selain itu, ianya untuk meneroka pengetahuan atau kesedaran tentang amalan pemakanan seimbang di Klinik Kesihatan Merbok seterusnya mencadangkan langkah-langkah bagi mempertingkatkan amalan

pemakanan seimbang di kalangan penduduk sekitar Klinik Kesihatan Merbok.

5

HEALTH SYSTEM RESEARCH

2.0 KAJIAN SEMULA

Ng Kim Teck, 2008 menyatakan bahawa hari ini hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap Diabetes Melitus. Malangnya, lebih separuh daripadanya tidak menyedari mereka menghidapi penyakit ini. Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana komplikasi diabetes meningkat 100 peratus dari 21,872 pada tahun 1995 hingga 41,375 pada tahun 2005. Kadar ini begitu mencemaskan kita semua. Ini menunjukkan bahawa peningkatan kadar pengidap Diabetes Melitus disebabkan kurang pendedahan dan pengetahuan hal semasa serta maklumat terkini.

Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua nutrien yang seimbang seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat, zat besi dan mineral. Nutrien ini amat penting dalam keseimbangan fisiologi sistem badan manusia (Sue Rodwell Williams, Nutrition and Diet Therapy, 1997). Namun setiap pengambilan

6

HEALTH SYSTEM RESEARCH

nutrien mempunyai sukatan dan keperluan bergantung kepada tenaga yang diperlukan dalam sehari.

US Department of Agriculture menjelaskan bahawa terdapat empat kumpulan atau peringkat makanan dalam piramid makanan. Kumpulan terbawah terdiri daripada makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi seperti roti, nasi dan bijirin. Kumpulan kedua adalah sayuran hijau dan buah-buahan. Kumpulan ketiga adalah hasil tenusu dan daging. Kumpulan teratas adalah lemak, gula, ais krim dan minyak. Makanan dalam kumpulan ini mesti kurang pengambilan.(Food Guide Pyramid, 1992). Corak pemakanan menunjukkan jenis dan corak pengambilan makanan menerangkan tentang tabiat atau kelakuan pemakanan seseorang. Daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa 91.78% penduduk bandar mengambil sarapan pagi berbanding penduduk pendalaman iaitu 87.44%. Keputusan yang

diperolehi bagi pengambilan makanan tengah hari, dimana penduduk bandar 90.21% berbanding penduduk pendalaman iaitu 87.46%. Namun corak pemakanan lelaki dan perempuan tidak mempunyai perbezaan. Ini menjelaskan bahawa penduduk bandar memerlukan tenaga yang lebih berbanding penduduk pendalaman. Corak pemakanan antara lelaki dan perempuan adalah sama menunjukkan bahawa keperluan pemakanan antara lelaki dan perempuan sama. (The Malaysian Adult Nutrition Survey, 2003).

Nutrisi

selalunya

dikaitkan

dengan

penyakit

kronik

seperti

penyakit

kardiovaskular, kanser, osteoporosis, diabetes dan hipertensi. Nutrisi juga menunjukkan faktor yang penting dalam perkembangan kanser usus, kanser payudara dan kanser

7

HEALTH SYSTEM RESEARCH

prostat (Cummings, 1998). Sesetengah jenis kanser boleh dikaitkan makan dan minum. Penyakit kardiovascular merupakan salah satu penyakit yang menyebabkan kematian di hospital di Malaysia 20 tahun dahulu. Ini menunjukkan bahawa pemakanan amat penting dalam kehidupan kita namun ada sesetngah makanan dan minuman boleh menyebabkan penyakit berbahaya. (Ministry of Health, 2003).

Tema Kempen Cara Hidup Sihat 1996 Kementerian Kesihatan Malaysia ialah cegah Diabetes. Kempen ini meliputi beberapa aspek yang berkait rapat dengan cara hidup dan tingkahlaku individu dan masyarakat keseluruhannya. Bagi memudahkan intervensi pendidikan kesihatan, aspek pencegahan ini dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu pencegahan primer, pencegahan sekunder dan pencegahan tertiari. Pencegahan primer meliputi mencegah obesiti dan mengekalkan berat badan unggul, menggalakkan masyarakat mengamalkan senaman dan menggalakkan pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi. Pencegahan sekunder meliputi

menggalakkan pengesanan awal dan mendapatkan rawatan segera. Pencegahan tertiary pula menggalakkan pengesanan awal komplikasi diabetes dan menggalakkan kepatuhan (compliance) yang berterusan serta berkesan terhadap rawatan bagi diabetes dan komplikasi. Kempen ini memberikan fokus utama kepada beberapa aspek seperti meningkatkan tahap pengetahuan mengenai Diabetes Melitus (Ministry of Health, 1996).

8

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk memberi peluang kepada kita menurunkan berat badan di samping menambahkan amal kebajikan. Ramadhan mendidik kita supaya bersabar serta lebih berdisiplin terutamanya apabila menghadapi juadah makanan. Masalahnya sekarang ramai yang terlupa apabila berhadapan dengan pelbagai menu yang pastinya menaikkan nafsu makan melebihi dari hari biasa walaupun semasa berpuasa. Mengambil lebih sayuran dan buah-buahan dan minum lebih banyak jus buah-buahan atau air masak sekurang-kurangnya 5 liter sehari serta digalakkan berbuka puasa dengan kurma (Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesiatan Malaysia). Tambahan lagi, kita disarankan berbuka dengan sajian ringan. Memadai berbuka dengan kurma, air, bijirin atau roti mil penuh. Hanya selepas solat Maghrib baru makan sajian lebih berat mengandungi sumber karbohidrat, protein dan serat. Bagi yang mahu makan selepas solat terawih, pilih makanan ringan seperti buah-buahan. Kita sepatutnya memberi badan rehat daripada makanan sebelum tidur untuk mengelak makanan tidak sempat hadam. Elakkan minum air yang berkarbonat atau kordial yang mengandungi banyak gula. Jenis makanan berlemak, berminyak dan bersantan perlu dielakkan. Begitu juga dengan kuih muih yang tinggi kalorinya dan juga yang bergoreng. Berikut contoh saranan bagi pemakanan sihat di bulan Ramadhan. Frank dan Rosalie Hurd( August 1998 ) menyatakan jika kita belajar

bagaimana cara pemakanan sihat, penyakit yang ada sekarang kemungkinan dalam bilangan yang sedikit. Oleh itu penyakit boleh digantikan dengan kesihatan. Kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang yang besar dalam kempen pemakanan seimbang

9

HEALTH SYSTEM RESEARCH

dengan cara mengegarkan risalah,ceramah kesihatan, promosi melalui media massa dan media cetak. Dengan pendekatan ini masyarakat dan individu mula menyedari tentang kepentingan pemakanan seimbang. Ini dapat dibuktikan oleh Norman Walker ( February 1999 ) yang menyatakan bahawa pengedaran risalah dan ceramah mampu membantu masyarakat dan individu mengetahui lebih mendalam tentang amalan pemakanan seimbang ini. Kajian yang dilakukan oleh Mattes JA2000 ( April 2000 ) mendapati masyarakat sudah mula peka dalam pemilihan pemakanan untuk kesihatan. Ini menunjukkan usaha kerajaan mendapat perhatian dari masyarakat. METODOLOGI REKABENTUK DAN KAEDAH KAJIAN 3.0 Pengenalan

Bahagian ini akan menerangkan bagaimana kajian ini dijalankan. Ini meliputi proses-proses awal yang akan dilakukan untuk memulakan kajian, rekabentuk kajian dan pemilihan sampel daripada satu populasi kajian. Rekabentuk kajian adalah penting supaya hasil yang di perolehi kelak adalah benar dan boleh di percayai.

3.1

Tempat Kajian / Pemilihan Sampel Daripada Populasi

10

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Kajian ini telah dilakukan di Klinik Kesihatan Merbok, Kedah. Penyelidik telah melakukan kajian ke atas 30 orang responden dikalangan pengunjung klinik secara rawak. Penyelidik telah memilih kawasan ini kerana klinik ini merupakan kawasan tempat tinggal penyelidik sendiri dan mudah untuk penyelidik mendapatkan maklumat dan melakukan soal selidik memandangkan penyelidik mengenali mereka yang tinggal di kawasan Klinik Kesihatan Merbok, Kedah. Penyelidik telah memilih responden yang berumur 30 tahun dan ke atas. Penyelidikan percaya bahawa pada peringkat umur ini mereka sudah mencapai tahap kematangan dan boleh berfikir sendiri mengenai sesuatu perkara.

3.2

Alatan Kajian Alatan yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal selidik dalam

bentuk soalan berstruktur. Manakala maklum balas yang diperolehi daripada teknik kajian ini digunakan sebagai satu ukuran di dalam kajian ini. Set soal selidik juga dikenali sebagai questionaire. Borang soal selidik ini di bahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. 3.2.1 Bahagian A (Demografi) Bahagian ini mengandungi soalan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan latar belakang responden seperti umur, jantina, bangsa, taraf pendidikan dan pekerjaan. Ini dapat memudahkan penyelidik mengetahui status sebenar responden yang terlibat sebagai sampel kajian.

11

HEALTH SYSTEM RESEARCH

3.2.2 Bahagian B (Soal Selidik) Bahagian ini mengandungi satu set soal selidik yang mengandungi 15 soalan sebagai pengukuran. Ia terdiri daripada soalan tertutup dan terbuka. Soalan tertutup memerlukan responden menjawab Ya atau Tidak dan soalan pelbagai jawapan.

3.3

Bentuk Kajian Setiap data yang yang di kumpulkan adalah berbentuk kuantitatif. Menerusi data

kuantitatif, biasanya ia melibatkan analisis statistik yang lebih mudah diuruskan dengan menggunakan perisian pemprosesan data. Kajian ini juga adalah lebih kepada teknik penerokaan masalah. Setiap sampel yang digunakan telah dipilih secara rawak. Data yang diperolehi pula tidak hanya tertumpu kepada satu bangsa sahaja.

3.4

Persampelan Penyelidikan ini dilakukan berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh

responden melalui soalan-soalan yang telah diedarkan. Ianya melibatkan pengunjung Klinik Kesihatan Merbok yang berumur 30 tahun dan ke atas. Penyelidikan ini mengambil seramai 30 orang responden kajian yang dipilih secara rawak tanpa had dan kuota kaum. 3.5 Pemerolehan Data Penyelidik mendapatkan data dengan cara memberikan soalan-soalan yang telah ditetapkan kepada responden. Sebelum penyelidik menjalankan kaji selidik ini, terlebih dahulu penyelidik mendapatkan keizinan dan menerangkan kepada responden mengenai maksud sebenar kajian ini. Maka penyelidik mengedarkan soalan-soalan 12

HEALTH SYSTEM RESEARCH

kepada responden yang dipilih. Setiap kertas soal selidik ini mengandungi sebanyak 25 soalan. Penyelidik mengambil masa selama setengah jam untuk mendapatkan semula kertas jawapan yang telah diedarkan. Hal ini kerana borang soal selidik amat ringkas dan mudah untuk diisi. 3.6 Kajian Rintis / Pilot Study Satu kajian rintis atau pilot study dilakukan kepada 3 orang pengunjung klinik bagi menguji tahap kefahaman terhadap soalan yang diberikan. Responden bagi kajian ini akan mengisi borang soal selidik yang bakal digunakn untuk responden sebenar. Sekiranya terdapat kekeliruan penerangan bagi memudahkan soalan dijawab. Responden bagi pilot study ini tidak termasuk di dalam 30 responden sebenar dimana hasilnya akan digunakan penyelidik bagi analisis data kajian nanti.

3.7

Limitasi Kajian Terdapat beberapa masalah berlaku semasa kajian ini dilakukan dalam

pencarian dan penyediaan maklumat seperti a) Maklumat yang diperolehi daripada internet tiada fakta yang tepat dan tidak boleh digunapakai untuk kajian. b) Maklumat diperolehi daripada internet boleh digunakan tetapi tiada nama penulis artikel. c) Jarak yang jauh dan masa yang singkat menghalang penyelidik bertemu dengan guru penyelaras bagi menyelesaikan masalah yang berlaku semasa kajian dijalankan. 13

HEALTH SYSTEM RESEARCH

d) Tempoh kajian dan pengumpulan data dilakukan dalam masa yang singkat. e) Bahan rujukan daripada buku dan artikel sukar diperolehi memandangkan tempat praktikala yang jauh daripada kolej.

3.8

Kaedah Penganalisaan Data Jawapan yang diberikan oleh responden akan diisi sendiri di dalam borang soal

selidik yang diberi. Jawapan yang dijawab akan ditandakan di bahagian pilihan bagi setiap soalan yang diberikan. Segala jawapan bagi soalan di dalam borang kaji selidik akan dipindahkan di dalam bab 4 iaitu analisis data. Setelah semua borang dijawab, penyelidik akan mengutip borang tersebut dan menyimpannya tanpa mencemar kerahsiaan jawapan yang diberi. Bagi mengelakkan kebocoran maklumat, penyelidik sendiri akan mengutip sendiri borang tanpa melibatkan orang tengah.

14

HEALTH SYSTEM RESEARCH

4.1 ANALISIS DATA BAHAGIAN A: DEMOGRAFI Kenyataan 1: Maklumat jantina responden. JANTINA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH RESPONDEN 12 18 30 PERATUS (%) 40 60 100

15

HEALTH SYSTEM RESEARCH

40%Lelaki

60%

Perempuan

Responden lelaki menunjukkan bilangan seramai 12 orang bersamaan manakala responden

40%

perempuan menunjukkan bilanghan seramai 18 orang

bersamaan 60%. (Sila rujuk lampiran jadual 1)

Kenyataan 2: maklumat umur responden. Umur (Tahun) 30 40 41 50 51 60 Melebihi 60 Jumlah Responden 4 8 12 6 30 Peratus (%) 13.3 26.7 40 20 100

Responden berumur 51 60 tahun menunjukkan bilangan responden tertinggi terlibat dalam penyelidikan ini iaitu seramai 12 orang. Ini diikuti oleh responden berumur

16

HEALTH SYSTEM RESEARCH

41 50 tahun iaitu seramai 8 orang. Bilangan responden terendah adalah responden berumur 30 40 tahun iaitu seramai 4 orang yang terlibat. (sila rujuk lampiran jadual 2)

Kenyataan 3: maklumat bangsa responden. Bangsa Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Responden 25 3 2 0 30 Peratus (%) 83.3 10 16.7 0 100

Bilangan responden berbangsa melayu adalah tertinggi iaitu seramai 25 orang diikuti oleh bilangan responden berbangsa cina iaitu 3 orang. Manakala bilangan responden terendah adalah berbangsa india iaitu 2 orang. Lain-lain bangsa tidak mempunyai responden dalam kajian ini. (Sila rujuk lampiran jadual 3)

Kenyataan 4: status perkahwinan responden. Status perkahwinan Berkahwin Duda / Janda Bujang Jumlah Responden 27 3 0 30 Peratus (%) 90 10 0 100

Status perkahwinan bagi responden yang sudah berkahwin adalah 27 orang bersamaan dengan 90%. Responden janda atau duda menunjukkan bilangan seramai 3

17

HEALTH SYSTEM RESEARCH

orang manakala responden bujang tidak diperolehi daripada kajian yang dijalankan. (Sila rujuk lampiran jadual 4)

Kenyataan 5: maklumat taraf pendidikan responden. Taraf pendidikan Ijazah Diploma SPM PMR Sekolah pondok Tidak bersekolah Jumlah Responden 1 4 9 6 2 8 30 Peratus (%) 3.3 13.3 30 20 6.7 26.7 100

Peratusan tertinggi dalam kajian ini menunjukkan responden mempunyai taraf pendidikan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu sebanyak 30%. Responden tidak bersekolah menunjukkan peratusan sebanyak 26.7%. Peratusan terendah adalah responden bertaraf pendidikan peringkat ijazah. Ini diikuti oleh taraf pendidikan sekolah pondok sebanyak 6.7%.(Sila rujuk lampiran jadual 5)

18

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Kenyataan 6: Maklumat pekerjaan responden. Pekerjaan Sektor awam Swasta Berniaga Petani Tidak bekerja Jumlah Responden 5 12 8 2 3 30 Peratus (%) 16.67 40 26.67 6.67 10 100

Bilangan responden yang bekerja dalam bidang swasta adalah seramai 12 orang. Responden yang berniaga pula menunjukkan seramai 8 orang. Bilangan responden yang terendah adalah responden yang bekerja sebagai petani iaitu seramai 2 orang. (Sila rujuk lampiran jadual 6)

Kenyataan 7: maklumat pendapatan responden. Pendapatan (RM) Responden Peratus (%) Lebih 2000 0 0 1500 2000 1 3.3 1000 1500 9 30 500 1000 15 50 Kurang 500 5 16.7 Jumlah 30 100 50% daripada keseluruhan responden berpendapatan RM500 hingga RM1000. Ini diikuti oleh responden berpendapatan RM 1000 hingga RM 1500 dengan peratusan sebanyak 30%. Responden berperatusan 0% adalah responden yang berpendapatan melebihi RM2000. (Sila rujuk lampiran 19

HEALTH SYSTEM RESEARCH

jadual 7)

Kenyataan 8: bilangan ahli keluarga. Bilangan ahli (orang) 12 34 56 Melebihi 6 Jumlah Responden 3 15 12 0 30 Peratus (%) 10 50 40 0 100

15 1 5 10 5 0 3 R ponden es 0 12B ILAN GANAN AK

1 2 3 4 5 6 Melebihi 6

15 responden menyatakan mempunyai bilangan seramai tiga hingga empat orang. Tiada responden menyatakan mempunyai bilangan ahli keluarga melebihi 6 orang.(Sila rujuk lampiran jadual 8)

Kenyataan 9: Maklumat tempat tinggal responden. Tempat tinggal Taman perumahan Kampung Kawasan setinggan Jumlah Responden 12 18 0 30 Peratus (%) 40 60 0 100

20

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Seramai 18 orang responden tinggal di kawasan kampung manakala 12 orang responden tingal di kawasan taman perumahan. Responden yang tinggal di kawasan setinggan pula tiada dalam kajian ini. (Sila rujuk lampiran jadual 9)

Kenyataan 10: maklumat penyakit kronik responden. Penyakit Penyakit jantung Kencing manis Darah tinggi Tiada penyakit Jumlah Peratusan tertinggi Responden 3 10 5 12 30 menunjukkan responden Peratus (%) 10 33.3 16.7 40 100 yang tidak mempunyai penyakit

kronik iaitu 40% atau 12 orang responden. Responden yang mempunyai penyakit kencing manis atau diabetes mellitus pula adalah seramai 10 orang atau 33.3% daripada keseluruhan responden. Responden terendah adalah responden yang mempunyai penyakit jantung iaitu 10%. (Sila rujuk lampiran jadual 10)

BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK Pengetahuan. Kenyataan 11: Pengetahuan pemakanan seimbang responden. Pengetahuan Ya Tidak Jumlah Responden 21 9 30 Peratus (%) 70 30 100

Peratus pengetahuan responden tentang pemakanan seimbang. 70 % peratus menyatakan tahu tentang pemakanan seimbang. 30% peratus daripada responden

21

HEALTH SYSTEM RESEARCH

menyatakan tidak mempunyai pengetahuan tentang pemakanan seimbang. (Sila rujuk lampiran jadual 11)

Kenyataan 12 : Maklumat kefahaman pemakanan seimbang responden. Kefahaman Ya Tidak Jumlah Responden 12 18 30 Peratus (%) 40 60 100

Peratusan kefahaman responden berkaitan pemakanan seimbang. 40 % faham tentang pemakanan seimbang manakala 60% tidak faham tentang pemakanan seimbang. (Sila rujuk lampiran jadual 12)

Kenyataan 13 : Maklumat pengetahuan piramid makanan responden. Pengetahuan Ya Tidak Jumlah Responden 18 12 30 Peratus (%) 60 40 100

Jumlah responden yang mempunyai pengetahuan berkaitan piramid makanan. 18 orang responden daripada keseluruhan responden menyatakan mengetahui tentang piramid makanan. Responden yang menyatakan tidak mengetahui tentang piramid makanan adalah 12 orang. (Sila rujuk lampiran jadual 13) 22

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Kenyataan 14 : maklumat persetujuan pemakanan seimbang menjamin kesihatan responden. Setuju Ya Tidak Jumlah Responden 25 5 30 Peratus (%) 83.3 16.7 100

T k ida P tus(% era ) R ponden es Ya

0

20

40

60

80

100

83.3% peratus menyatakan bersetuju dengan penyataan bahawa pemakanan seimbang menjamin kesihatan. Bagaimanapun, 16.7% menyatakan tidak setuju. (Sila rujuk lampiran jadual 14)

23

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Kenyataan 15: Maklumat pengetahuan makanan perlu diambil mengikut umur responden. Pengetahuan Ya Tidak Jumlah Responden 5 25 30 Peratus (%) 16.7 83.3 100

83.3% responden menyatakan tidak mengetahui tentang makanan perlu diambil mengikut umur. Responden yang menyatakan mengetahui tentang makanan perlu

diambil mengikut umur. (Sila rujuk lampiran jadual 15)

Kenyataan 16: Maklumat pengetahuan responden tentang pemakanan mengikut keperluan tenaga seharian. Pengetahuan Ya Tidak Jumlah Responden 5 25 30 Peratus (%) 16.7 83.3 100

25 orang responden tiada pengetahuan tentang pemakanan mengikut keperluan tenaga seharian. Manakala 5 orang responden mempunyai pengetahuan tentang pemakanan mengikut keperluan tenaga seharian. (Sila rujuk lampiran jadual 16)

Kenyataan 17: Maklumat responden tentang kesan tidak amal pemakanan seimbang. Pengetahuan Ya Tidak Jumlah Responden 22 8 30 Peratus (%) 73.3 26.7 100

24

HEALTH SYSTEM RESEARCH

73.3% menyatakan mengetahui kesannya manakala hanya 26.7% menyatakan tidak mengetahui kesan tidak mengamalkan pemakanan seimbang. (Sila rujuk lampiran jadual 17)

Sikap. Kenyataan 18: Maklumat tentang penyertaan program kesihatan berkaitan pemakanan responden. Penyertaan Ya Tidak Jumlah Responden 8 22 30 Peratus (%) 26.7 73.3 100

Hanya 8 orang responden daripada keseluruhan yang menyertai dalam program kesihatan pemakanan. Selebihnya, 22 orang responden tidak pernah menyertai program kesihatan pemakanan. (Sila rujuk lampiran jadual 18)

Kenyataan 19: maklumat responden tentang keinginan mengikuti program kesihatan pemakanan. Keinginan Ya Tidak Jumlah Responden 27 3 30 Peratus (%) 90 10 100

Berdasarkan jadual, 90% responden berkeinginan mengikuti program kesihatan pemakanan. Hanya 10% responden tidak ingin mengikuti program kesihatan pemakanan. (Sila rujuk lampiran jadual 19)

25

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Kenyataan 20: maklumat minuman kegemaran responden. Minuman Teh tarik Kopi o Milo susu Teh o Nescafe Tongkat Ali Radix Jumlah Responden 15 2 1 3 2 4 3 30 Peratus (%) 50 6.7 3.3 10 6.7 13.3 10 100

Peratus tertinggi adalah responden yang gemar minum teh tarik iaitu 50%. Minuman tongkat ali menunjukkan 13% responden gemar minum. Milo susu pula menunjukkan peratus responden terendah sebagai minuman kegemaran iaitu 3%.(Sila rujuk lampiran jadual 20)

Kenyataan 21: maklumat persetujuan responden tentang pengurangan makanan dan minuman apabila umur meningkat. Persetujuan Ya Tidak Jumlah Responden 13 17 30 Peratus (%) 43.3 56.7 100

Persetujuan responden berkaitan kenyataan pengurangan makanan dan minuman apabila meningkat umur. 56.7% atau 17 orang responden tidak bersetuju manakala 43.3% atau 13 orang responden menyatakan bersetuju dengan kenyataan bahawa pengurangan makanan dan minuman apabila meningkat umur. (Sila rujuk lampiran jadual 21)

26

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Amalan. Kenyataan 22: makumat pengamalan pemakanan seimbang responden. Pengamalan Ya Tidak Jumlah Responden 14 16 30 Peratus (%) 46.7 53.3 100

60 50 40 30 20 10 0 R ponden es Pera (% tus ) Ya T k ida

46.7% daripada responden

mengamalkan pemakanan seimbang. Selebihnya

responden tidak mengamalkan pemakanan seimbang iaitu 53.3%.(Sila rujuk lampiran jadual 22)

Kenyataan 23: maklumat pengamalan adat resam dan darjat dalam pemakanan. Amalan Ya Tidak Jumlah Responden 6 24 30 Peratus (%) 20 80 100 27

HEALTH SYSTEM RESEARCH

Responden yang mengamalkan pemakanan mengikut adat resam dan darjat adalah 6 orang. Manakala 24 orang responden tidak mengamalkan pemakanan mengikut adat resam dan darjat. (Sila rujuk lampiran jadual 23)

Kenyataan 24: maklumat kekerapan sarapan pagi di warung atau kedai makan dalam seminggu. Kekerapan 57 34 12 Tidak pernah Jumlah Responden 6 7 2 15 30 Paratus (%) 20 23.3 6.7 50 100

50% responden yang terlibat dalam menyatakan tidak pernah bersarapan diwarung atau kedai makan. Manakala responden yang dating ke warung dan kedai makan dalam kekerapan antara tiga hingga empat kali seminggu. (Sila rujuk lampiran jadual 24)

Kenyataan 25: maklumat kekerapan pengambilan makanan dalam sehari. Kekerapan 1 kali 2 kali 3 kali Responden 0 3 23 Peratus (%) 0 10 76.7 28

HEALTH SYSTEM RESEARCH

4 kali Jumlah

4 30

13.3 100

Kekerapan tiga kali responden mengambil makanan adalah tertinggi iaitu 23 orang. Ini diikuti oleh empat kali pengambilan makanan iaitu empat orang. Tiada responden menunjukkan kekerapan sekali mengambil makanan dalam seminggu. (Sila rujuk lampiran jadual 25)

PERBINCANGAN

Kajian telah dijalankan di Klinik Kesihatan Merbok, Kedah pada 3 Mac 2009 bertujuan mengkaji masalah peningkatan pesakit Diabetes Melitus yang mempunyai kaitan denganm pengamalan pemakanan seimbang. Seramai 30 orang responden terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih secara dari pelbagai kaumyang datang

29

HEALTH SYSTEM RESEARCH

mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Merbok. Sebanyak 30 keping borang soal selidik diedarkan dan berjaya dikumpulkan semula dengan 25 soalan berjaya dijawab dengan sempurna. Hasil kajian telah dikelaskan kepada tiga kriteria iaitu pengetahuan, sikap dan amalan pemakanan seimbang. Hasil kajian telah diperolehi berdasarkan kriteria pengetahuan mendapati kebanyakan responden kurang pengetahuan walaupun hanya sekadar. Ini dibuktikan dengan tahap faham tentang pemakanan seimbang. Keputusan ini boleh dikaitkan dengan status pendidikan dan pekerjaan. Majoriti responden dalam kajian mempunyai pendidikan tertinggi dibawah sijil PMR. Kesibukan bekerja menyebabkan sesetengah responden tiada masa untuk mendapatkan pengetahuan daripada program kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini telah di nyatakan oleh Ng Kim Teck, 2008 melalui website

http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Diabetes_Melitus menyatakan bahawa hari ini hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap Diabetes Melitus. Malangnya, lebih separuh daripadanya tidak menyedari mereka menghidapi penyakit ini. Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana komplikasi diabetes meningkat 100

peratus dari 21,872 pada tahun 1995 hingga 41,375 pada tahun 2005. Kriteria kedua yang menjadi perbincangan adalah sikap responden mengenai pemakanan seimbang. Hasil kajian yang telah lakukan mendapati kebanyakan responden di Klinik Kesihatan Merbok jarang mengikuti program yang dianjurkan oleh klinik kesihatan. Namun kebanyakan responden menyambut baik program yang

diadakan berdasarkan kepada keputusan dimana seramai 27 orang responden berkeinginan untuk menyertai program kesihatan. Namun begitu, penyelidik dapat

30

HEALTH SYSTEM RESEARCH

mengesan kesan dimana punca penyumbang kepada peningkatan pesakit diabetes iaitu 50% daripada responden gemar minum teh tarik. Ini kerana kandungan teh tarik adalah susu pekat manis iaitu mengandungi lemak dan gula. Food Guide Pyramid, 1992 menyatakan bahawa kumpulan teratas adalah lemak, gula, ais krim dan minyak. Makanan dalam kumpulan ini mesti kurang pengambilan. Ianya berada diperingkat teratas dalam piramid makanan. Responden juga kurang bersetuju bahawa pemakanan perlu dikurangkan mengikut peringkat umur dimana lebih daripada 50% responden tidak bersetuju dengan pendapat ini. Ini dipengaruhi oleh faktor umur dimana lebih 50% responden berumur 51 tahun dan ke atas. Kriteria ketiga yang dibincangkan adalah amalan responden mengenai pemakanan seimbang. Ia merangkumi amalan seharian, adat resam dan darjat. Data yang diperolehi melalui soal selidik mendapati tidak 50% responden mengamalkan pemakanan seimbang. Walaupun begitu, hanya 20% responden tidak mengamalkan adat resam dan darjat dalam pemakanan. Ini kerana majoriti responden yang terlibat dan penduduk sekitar adalah berbangsa melayu. Bangsa kurang mengamalkan pemakanan mengikut adat resam. Namun begitu, bilangan responden sarapan pagi di kedai atau warung adalah 50%. Bagaimanapun, bilangan kekerapan responden yang mengambil makanan sehari majoriti adalah tiga kali sehari seramai 23 orang. The Malaysian Adult Nutrition Survey, 2003 menyatakan bahawa corak pemakanan menunjukkan jenis dan corak pengambilan makanan menerangkan tentang tabiat atau kelakuan pemakanan seseorang. Daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa 91.78% penduduk bandar mengambil sarapan pagi berbanding penduduk pendalaman iaitu 87.44%. Keputusan yang diperolehi bagi pengambilan makanan

31

HEALTH SYSTEM RESEARCH

tengah hari, dimana penduduk bandar 90.21% berbanding penduduk pendalaman iaitu 87.46%. Namun corak pemakanan lelaki dan perempuan tidak mempunyai perbezaan. Ini menjelaskan bahawa penduduk bandar memerlukan tenaga yang lebih berbanding penduduk pendalaman. Corak pemakanan antara lelaki dan perempuan adalah sama menunjukkan bahawa keperluan pemakanan antara lelaki dan perempuan sama.

KESIMPULAN

Pemakanan seimbang merupakan satu perkara yang sangat penting pada masa kini. Ini kerana terdapat masyarakat dinegara ini yang tidak mengedahkan pentingnya pemakanan seimbang terutamanya individu yang berpotensi mendapat

32

HEALTH SYSTEM RESEARCH

diabetes mellitus. Justeru itu,

masyarakat yang tidak mengamalkan pemakanan

seimbang akan mengalami masalah terutamanya dari segi kesihatan. Masyarakat yang kurang kesedaran tentang pemakanan seimbang perlu bijak berfikir dan diberi pendedahan secara global. Daripada tujuan kajian yang dijalankan maka penulis dapati penemuan dan perbincangan melalui jawapan dari borang soal selidik dan kajian semula yang diperolehi maka kajian ini mencakupi objektif kajian. Penulis mendapati kekurangan pengetahuan tentang pemakanan seimbang yang berlaku pada masa kini dan hasil daripada kajian adalah berpunca dari kurangnya kesedaran pengetahuan dan pendedahan mereka terhadap pemakanan seimbang. Kesedaran perlu diberi kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua dan muda. Walaupun media massa di Malaysia semakin canggih, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mampu atau tidak sempat untuk menonton televisyen disebabkan terpaksa bekerja untuk menyara hidup.

CADANGAN BIBLIOGRAFI

Frank dan Rosalie Hurd ( August 1998 ) America Medical Journal. Mattes JA 2000 ( April 2000 ) American Journal Infection Control.

33

HEALTH SYSTEM RESEARCH

US Department of Agriculture, Food Guide Pyramid, 1992 The Malaysian Adult Nutrition Survey, 2003 Sue Rodwell Williams(1997), Nutrition and Diet Therapy. Cummings(1998), Ministry of Health, 2003 Kempen cara hidup sihat (1996) http://www.moh.gov.my Kempen cara hidup sihat (1997)http://www.moh.gov.my Makan secara sihat di bulan Ramadan http://www.moh.gov.my Ng Kim Teck, 2008 http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Diabetes_Melitus

34