m8.docx

Click here to load reader

Upload: minxuan-chan

Post on 09-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Minggu 8: Asas Pertolongan Cemas7

PERTOLONGAN CEMASDefinisi: Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna. Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.Tujuan Pertolongan Cemas1. Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.1. Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.1. Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.1. Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran.Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.

Prinsip-Prinsip Asas Pertolongan Cemas1. KESAKSAMAAN- Tidak membezakan antara kaum, bangsa, agama ataupun darjat.

1. BERKECUALI- Tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman politik atau idealogi.

1. SUKARELA- Setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan itu haruslah dilakukan secara sukarela.

1. BERKEYAKINAN- Setiap ahli pertolongan cemas haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang sungguh yakin dan tenang semasa menghulurkan bantuan dan pertolongan.

1. CEPAT DAN TANGKAS- Ahli pertolongan cemas haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan bantuan yang diberi itu haruslah cepat dan tangkas tetapi tidak gopoh.Prinsip-prinsip pertolongan cemas:1. Menyelamatkan nyawa2. Mengurangkan kesakitan3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospitalPeraturan Am Pertolongan cemas:1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mulamemerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.Tindakan serta merta pertolongan cemas:1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna.

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:1. Bertindak dengan cepat dan tenang. 2. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dan lain-lain.3. Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D] Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R] Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B] Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baika) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya.c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa.f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.Pembalut (Bandages)

- Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:

a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).b) Pembalut lebar (broad bandage).c) Pembalut panjang (narrow bandage).d) Pembalut gulung (rollar bandage).Kegunaan Kain Pembalut

a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.c) Mengampu bahagian yang cedera.d) Membantu menghentikan pendarahan.e) Mengurangkan bengkak.

Kain Anduh Tiga segi- Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4 meter.

Antara kegunaan kain anduh ialah:

a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.b) Menghenti atau menahan pendarahan.c) Menetapkan bahagian yang cedera.d) Dapat digunakan sebagai pengipas.e) Menutup tempat yang luka atau cedera.f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

Anduh (sling)Jenis-jenis Anduh

a) Anduh besar (large arm sling)- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling)- menahan pendarahan anggota atas.- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.- Mengampu anggota atas yang cedera.

c) Anduh kecil (small arm sling)- mengampu kecederaan di bahagian bahu.- Mengampu tulang klavikal yang cedera.- Mengampu anggota atas yang cedera.

d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

Anduh dan BalutanBalutan Cincin

Cara-cara lipatan untuk balutan cincin

1. Selepas kita menggulungkan kain anduh seperti yang ditunjukkan kita balutkan ia seperti gelang atau lebih senang dipanggil seperti cincin.Balutan cincin ini digunakan untuk menghalang tulang/benda tajam yang tertusuk masuk dalam anggota badan kita supaya tidak bergerak ke tempat lain.

Cara-cara membuat balutan anduh kecil1. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan.1. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.1. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

Cara-cara membuat balutan anduh besar1. Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.1. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.1. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.1. Fungsi: - mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.