lima kemahiran gimnastik

Upload: lidyamundugayu

Post on 07-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Kemahiran GimnastikGimnastik atau gimnastik artistik merupaka sejenis sukan bercorak pergerakan yang banyak melibatkan ketangkasan berangkai dan mementingkan kelenturan, koordinasi, daya tahan, imbangan dan kekuatan. Penguasaan sesuatu kemahiran serta kebolehan mengembangkan setiap aktiviti yang dipelajari dapat membina gaya diri dan keyakinan terhadap sesuatu persembahan. Langkah-langkah keselamatan diri, alatan dan kawasan akan terbentuk melalui latihan yang terancang dengan panduan dan pimpinan formal daripada jurulatih atau guru. Teknik dan gaya perlaksanaan sesuatu kemahiran perlu dipelajari secara khusus. Gimnas juga akan dipupuk agar sedar dan peka terhadap nilai kinestik dan estetik dalam pergerakan yang dipersembahankannya atau orang lain. Dengan itu terdapat beberapa kemahiran yang telah dipilih dalam tugasan ini. Antaranya ialah :

Gambar Rajah 1 : Kemahiran Gimnastik

1. Guling Hadapani. Langkah pertama untuk melakukan guling hadapan ialah, para atlet gimnastik dari keadaan sedia berdiri, atlet perlu merendahkan badan dengan cara membengkokkan kaki. seperti dalam gambar rajah 2 di bawahii. Selain itu, atlet perlu menghulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan untuk mendapatkan sokongan. iii. Jatuhkan badan ke hadapan dan letakkan kedua-dua belah tangan di atas tilam. Pada masa yang sama, atlet menolak dengan kedua-dua belah kaki sambil menundukkan kepala. Seperti dalam gambar rajah 3 di bawah.iv. Dengan menolak menggunakan kaki, badan atlet akan bergerak ke hadapan secara automatiknyav. Keadaan kepala yang menunduk menyebabkan bahagian belakang tengkok dan bahu terletak di atas tilam. Sebaik sahaja kaki atlet melepasi atas permukaan lantai, kedua-dua kaki atlet perlulah diluruskan contonya dalam gambar rajah 4 di bawah.vi. Apabila kaki atlet melepasi pertengahan gulingan, lutut perlulah dibengkokkan untuk mendapatkan kekemasan. Manakala momentum badan ke hadapan diteruskan.vii. Kedua-dua bentuk kaki atlet perlulah mendarat dengan lutut dibengkokkan. Seperti dalam gambar rajah 5 di bawah.viii. Kedudukan badan atlet juga adalah seperti keadaan duduk dekam contonnya dalam gambar rajah 6 di bawah.ix. Apabila sampai ke peringkat yang terakhir, atlet perlu meluruskan kaki dan berdiri tegak. Kedua-dua belah tangan juga perlu diangkat ke atas dengan keadaan yang yakin. Hal ini demikian kerana, dengan mengangkat tangan, pergerakan seseorang atlet telah selesai dalam keadaan yang seimbang dan sempurna. Seperi dalam gambar rajah 7 di bawah.2. Lompat DekamLompat dekam dilakukan sebagai latihan untuk membina kekuatan kedua-dua belah tangan. Selain itu, lompat ini juga boleh digunakan sebagai ansur maju untuk dirian tangan dan aktiviti-aktiviti tangan lain. Antara cara melakukan lompatan dekam ialah :i. Langkah pertama para atlet perlulah duduk secara berdekam di atas kedua-dua bebola kaki. Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihulurkan lurus ke hadapan. Seperti dalam gambar rajah 8 di bawah.ii. Atlet juga perlu bersedia untuk menggerakkan badan ke hadapaniii. Apabila atlet menggerakkan badan ke hadapan, kedua-dua belah tangan hendaklah diletakkan di atas lantai di hadapan badan. iv. Pindahkan berat badan ke atas tangan sementara melejangkan kaki ke atas. Namun begitu, kaki tidak perlulahdiluruskan ke atas contohnya dalam gambar rajah 9 di bawah.v. Imbangkan badan di atas kedua-dua belah tangan selama beberapa minit yang mampu. Seperti dalam gambar rajah 9 di bawah. Peringkat terakhir ialah, atlet mendarat semula ke atas kedua-dua belah kaki.3. Roda KeretaPerlakuan roda kereta dilakukan dengan bergerak ke arah sisi. Perlakuan ini melibatkan penggunaan tangan dan kaki secara menyeluruh. Antara cara untuk melakukannya ialah :i. Pertama sekali, atlet berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu. Kedua-dua belah tangan perlulah diluruskan ke atas dalam keadaan bentuk V. Seperti dalam gambar rajag 10 di bawah.ii. Langkah kedua, angkat kaki kiri ( dominan ) dan gerakkan ke sisi kiri contohnya dalam gambar rajah 11 di bawah.iii. Seterusnya badan juga digerakkan ke sisi kiri.iv. Kaki kiri mendarat di sisi kiri, diikuti oleh tangan kiri seperti dalam rajah 12 di bawah. Pada masa yang sama, kaki kanan diangkat ke atas dalam keadaan lurus. v. Gerakan badan ke sisi kiri diteruskan dengan melakukan pendaratan tangan kiri diikuti oleh tangan kanan. vi. Sementara itu, kaki kiri diangkat ke atas vii. Seterusnya, kaki dibuka luas dalam bentuk V semasa kedua-dua kaki berada di atas seperti dalam rajah 13 di bawah.viii. Pergerakan badan ke sisi kiri diteruskan. Walaubagaimanapun, kaki kanan perlulah mendarat terlebih dahulu. Seperti dalam rajah 14 di bawah.ix. Semasa kaki kanan mendarat, tangan kiri diangkat daripada lantai.x. Atlet juga perlu mengangkat tangan kanan daripada lantai diikuti oleh pendaratan kaki kiri.xi. Apabila keadaan sudah stabil, kaki kanan dibawa rapat dengan kaki kiri dan kedua-dua belah kaki atlet perlulah diluruskan. Badan perlulah dalam keadaan tegak sementara kedua-dua belah tangan diluruskan ke atas dalam bentuk v. Contohnya dalam gambar rajah 15 di bawah.xii. Semasa atlet melakukan pergerakan, kedua-dua belah tangan dan kaki sentiasa terbuka. Pergerakan yang licin merupakan roda yang tenga berguling sementara tangan dan kaki merupakan jari-jari roda.4. Dirian Tangani. Untuk memulakan langkah dirian tanga, atlet boleh berdiri tegak dengan kedua-dua belah kaki rapat manakala kedua-dua belah tangan perlulah diluruskan ke atas seperti yang terdapat dalam gambar rajah 16 di bawah.ii. Sebelah kaki kanan ( dominan ) diangkat ke atas dan ke hadapan. Contohnya dalam rajah 17 di bawah.iii. Turunkan kaki yang telah diangkat dan pada masa yang sama atlet perlu membongkokkan badan dan gerakkannya ke bawah dan ke hadapan seperti dalam gambar rajah 18 di bawah.iv. Selepas itu, atlet perlulah meletakan kedua-dua belah tangan di atas lantai. Gunakan tangan untuk menyokong berat badan atlet. Kaki belakang perlulah dihayunkan (kiri) lurus ke atas dan diikuti oleh kaki sebelah kanan. Conthnya dalam gambar rajah 19 bi bawah.v. Akhir sekali, luruskan tangan. Manakala kaki atlet perlulah diluruskan, rapat dan tegak ke atas. Bahagian hujung kaki juga perlulah dititik beratkan. Hujung kaki perlulah diluruskan menuju ke aras langit. Kepala perlulah didongkkan dan imbangkan badan dalam posisi ini seberapa lama yang boleh seperti dalam gambar rajah 20 di bawah.5. Hambur Arabi. sebagai langkah permulaan hambur arab, atlet diminta untuk berdiri tegak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas. Kaki kiri perlulah diangkat lurus ke hadapan. Seperti dalam gambar rajah 21 di bawah.ii. Selepas itu, turunkan kaki yang diangkat ( kiri ) sambil menurunkan tangan. Seperti dalam rajah 22 di bawah.iii. Semasa tangan mendarat, badan perlulah dibongkokkan ke arah perlakuan dengan pantas. Berat badan atlet akan disokong oleh kedua-dua belah tangan seperti dalam rajah 23 di bawah.iv. Kedua-dua belah kaki perlulah dihayunkan ke atas secara lurus. Pada masa yang sama juga, selurh badan dipusingkan 180 darjah sehingga muka menghadap ke arah permulaan. Contohnya dalam gambar rajah 24 di bawah.v. Ketika ini, tapak tangan juga dipusingkan sehingga menuju kea rah permulaan seperti dalam gambar 25 dan 26 di bawah. vi. Kedua-dua belah kaki atlet dihayunkan dengan pantas untuk persediaan melakukan pendaratan. Atlet perlu mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki secara serentak. Muka dan mata atlet perlulah dalam keadaan fokus dengan menghadap ke bahagian permulaan seperti dalam gambar rajah 27 di bawah.