daeng lima bersaudara

Upload: nur-asyiqeen-mohd-idris

Post on 29-Oct-2015

158 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUNNAMA: NUR ASYIQEEN MOHD IDRISSINOPSISSultan Muhammad Zainuddin telah meminta izin daripada Sultan Banjar untuk belayar ke negeri Matan. Pelayaran tersebut turut disertai Opu Daeng berlima bersaudara, iaitu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak, dan Daeng Kemasi. Setelah sampai di Kuala Kandang Kerbau di Matan, Sutan Muhammad Zainuddin telah mengawinkan anakandanya dengan Daeng Menambun. Dengan pertolongan Opu Daeng berlima bersaudara, Sultan Muhammad Zainuddin berjaya menangkap Panembahan Agung. Sebagai balasannya, Opu Daeng berlima bersaudara dianugerahi mana-mana jajahan daerah negeri Sukadana.Setelah itu, Opu Daeng belayar ke Riau. Di Riau, mereka dipanggil oleh Sultan Raja Sulaiman untuk membantu baginda menyerang Siak. Opu Daeng berlima bersaudara bersetuju jika mana-mana antara mereka berlima akan dipilih menjadi Yamtuan Muda dan berkuasa dalam pemerintahan kerajaan Riau.3Setelah perjanjian itu dipersetujui, Opu Daeng berlima bersaudara pun menyerang Siak. Yang Amtuan Raja Kecil dan keluarganya terpaksa berundur ke hulu Siak. Sultan Raja Sulaimin melantik Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda Riau dan mengahwinkan Daeng Chelak dengan adindanya, iaitu Tengku Puan. Kemudian, Daeng Perani belayar ke Selangor. Di Selangor, Daeng Perani telah berkahwin dengan anakanda Yang Amtuan Raja Selangor dan mempunyai seorang anak perempuan.Seterusnya, Opu Daeng berlima bersaudara telah diundang oleh Raja Kedah. Pada masa itu, sedang berlaku perebutan kuasa antara Raja Kedah dengan adindanya. Raja Kedah meminta bantuan Opu Daeng berlima bersaudara untuk memasyuhrkannya sebagai Yang Amtuan Raja Kedah. Setelah Bermuafakat dengan nakhoda dari Timur, Raja Kedah dimasyhurkan sebagai Yang Amtuan Kedah yang baharu. Hal ini telah mencetuskan peperangan yang berakhir dengan kemenangan di pihak yang Yang Amtuan Kedah yang baharu. Baginda menunaikan janjinya, iaitu memberikan lima belas bahara kepada Opu Daeng berlima bersaudara.Marhum Sultan Adil telah mengundang Opu Daeng berlima bersaudara ke Sambas. Daeng Kemasi diputuskan untuk dihantar ke Sambas, Daeng Kemasi dikahwinkan denganTengu Tengah dan digelar Pangeran Mangkubumi. Selepas 40 hari di Sambas, Daeng Menambun pulang ke Matan. Di Matan berlaku perebutan kuasa antara anak-anak Sultan Muhammad Zainuddin untuk menggantikan baginda sebagai Sultan Muda. Oleh itu, Pangeran Emas Seri Negara diminta ke Mempawah. Dalam perjalanan ke sana, mereka singgah di Sebukit dan mendirikan negeri disitu. Apabila tiba di Mempawah, berlakuKonflik apabila Daeng Mempawah, Daeng Pabahar, dan Daeng Malingsam tidak mahu memberikan satu Negeri pun kepada Panembahan Sengkauk. Ratu Sultan kemudiannya bermesyuarat dengan Daeng Menambun dan mereka mengambil keputusan untuk kembali ke Sebukit.TEMAHikayat Opu Daeng Menambun ialah kebijaksanaan, kehebatan, dan kepahlawanan berlima bersaudara bagi meluaskan pengaruh dan ketuanan.

PERSOALANKesetiaan rakyat terhadap pemerintah atau ketua.Mengembalikan maruah negara.Perpaduan dan permuafakatan penting untuk menjamin kejayaan.

Perjanjian yang dibuat secara diteliti supaya tidak merugikan diri, rakyat dan negara.

Penghargaan terhadap khidmat atau pertolongan yang diberikan.

WATAK DAN PERWATAKANOpu Daeng PeraniAnak yang paling tua daripada lima orang adik-beradik.Berkahwin dengan anak Nakhoda Alang.Dikurniakan 2 orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng KhatijahDikahwinkan dengan anakanda Yang Amtuan Raja SelangorMengutamakan kesenangan dan kebahagiaan adik-beradiknya yang lain.

Opu Daeng MenambunDikahwinkan dengan anak Sultan Muhammad Zainuddin, iaitu Puteri KesumbaDiberi gelaran Pangeran Emas Seri NegaraSangat kasih akan abang dan adik-beradiknya.Taat kepada perintah dan suruhan agama

Opu Daeng ChelakHandal dan cekap bermain senjataDikahwinkan dengan adik Sultan Raja Sulaiman, iaitu Tengku Puan.Dikurniakan empat orang anak iaitu Tengku Putih, Tengku Hitam, Yang Amtuan Muda Raja dan Raja Halimah.

Opu Daeng MerewahDilantik oleh Sultan Raja Sulaiman sebagai Yamtuan Muda di negeri RiauBerkahwin dengan anak Ungku Datuk Temenggung, iaitu Ungku Encik AyuDikurniakan anak lelaki, iaitu La Mafaunuk dan dua orang perempuan iaitu Raja Fatimah dan Tengku PuanMengamalkan sikap bermuafakat dalam membuat sebarang keputusan dengan saudara-saudaranya yang lainBerani menentang musuh

Opu Daeng KemasiAnak Bongsu daripada 5 adik beradik lelaki.Dikahwinkan dengan adik Marhum Sultan Adil, iaitu Urai Tengah atau Raden Tengah.

LATARLatar TempatDi Kuala Kandang Kerbau, Matan. Contohnya, Opu Daeng berlima bersaudara berjaya menangkap Panembahan Agung lalu dibawa ke Kuala Kandang Kerbau, Matan.Dinegeri Riau. Contohnya, Opu Daeng berlima bersaudara bertemu dengan Sultan Raja Sulaiman.Di negeri Kedah. Contohnya, peristiwa perebutan kuasa pemerintahan antara Raja Kedah dengan saudaranya

Latar MasaLatar Masa cerita ini berlaku pada waktu malam dan siang, manakala tempohnya tidak dinyatakan secara jelas.

Latar MasyarakatMasyarakat feudal yang mengamalkan sikap pemerintahan beraja atau raja berkuasa mutlak. Contohnya, kerajaan Riau berada di bawah pemerintahan Sultan Raja SulaimanMasyarakat Bugis yang taat dan patuh pada perintah raja. Contohnya, Opu Daeng berlima bersaudara patuh pada perintah Raja Riau supaya menangkap Panembahan AgungMasyarakat yang suka berperang untuk mendapatkan kuasa. Contohnya, peperangan yang berlaku antara Raja Kedah dengan saudara lelakinya kerana berebut gelaran Yang Amtuan di Kedah.

GAYA BAHASABahasa IstanaMama yang suka mengikut adinda, dibawalah. Mana yang suka tinggal, biarlah dia mengikut paduka kakanda..Lalu bertitah Sultan kepada anakanda, Mana-mana jajahan daerah negeri Sukadana bebas anakanda mana suka, tiada ayahanda boleh peduli.Bahasa ArabInsya-Allah, seboleh-boleh saya tolong Dengan langkah rijalul ghaib (orang-orang rijahul ghaib pergi sesudah solat Jumaat). Mustaiblah (mustaid) sudah sekaliannya alat

SimileSaya semua ini berlima bersaudara, satu ibu dan satu ayah seperti satu nyawa tiada berceraiPeribahasaSeperti pemukul jangan patah dan tanah jangan lembangDidayungkanlah gurap lajunya seperti kilatSeperti ayam takutkan musangSeperti aur ditarik sonsangHiperbolaJikalau dibedil orang-orang, semua peluru dekat dia berkumpul di dalam pasu itu dihadapannnya.Pengulangan atau repetisiSama baik, sama jahat, sama baik

NIlai Keberanian Opu Daeng berlima bersaudara memiliki keberanian yang tinggi ketika berdepan dengan pihak musuh.BermuafakatOpu Daeng berlima bersaudara sentiasa bermuafakat sebelum membuat sebarang keputusan.

Kasih sayangOpu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi berpeluk-pelukan dengan tiga saudaranya yang lain sebelum berangkat ke negeri Sambas.KegigihanOpu Daeng berlima bersaudara berusaha gigih sehingga mereka beroleh pelbagai kejayaan dan kekuasaan.PerpaduanRaja Mempawah, Daeng Pabahar. Dan Daeng Malingsam seia sekata tidak mahu memberikan negeri kepada Ratu Sultan sehingga menyebabkan Ratu Sultan tidak dapat berkuasa di Mempawah dan terpaksa kembali ke Sebukit.

PengajaranKita hendaklah berhati-hati dalam membuat perjanjian supaya kita tidak mengalami kerugian.Kita hendaklah menghargai khidmat atau pertolongan yang diberikan.Kita perlu mengembalikan maruah negeri.Sesuatu tugas hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin bagi mencapai kejayaan.