lesson plan sc form 3

9

Click here to load reader

Upload: vikneswaran-gunahlan-nesh

Post on 22-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

about science

TRANSCRIPT

Page 1: Lesson Plan Sc Form 3

Mata Pelajaran : Sains Tingkatan 3

Tajuk : Bab 9 Bintang dan Galaksi

Sub-tajuk : 9.3 Mensyukuri Kewujudan Alam Semesta Sebagai Anugerah Tuhan

Masa : 40 minit

Konsep-konsep sains :

1. Fungsi Matahari dan Bulan2. Haba3. Saiz alam semesta4. Teori Letusan Besar (Big Bang Theory)

Pengetahuan sedia ada :

Pelajar telah mengetahui tentang

1. Matahari (ciri-ciri, struktur, fenomena di permukaan, penjanaan tenaga).2. Bintang dan galaksi dalam alam semesta.3. Lahir dan matinya bintang.4. Galaksi Bima Sakti.

Hasil pembelajaran :

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat

1. Menghargai keunikan, ketertiban, keindahan dan keharmonian alam semesta sebagai satu tanda keagungan Tuhan.

2. Memerihalkan luasnya alam semesta berbanding Bumi. 3. Menyatakan semua yang wujud di alam semesta adalah tidak kekal.4. Menerangkan kepentingan Matahari dan Bulan kepada kehidupan di Bumi.

Sikap Saintifik dan Nilai Murni :

1. Pelajar dapat menghargai ketertiban alam ciptaan Tuhan dan melahirkan rasa kesyukuran.

2. Menyedari bahawa ilmu manusia adalah terbatas dan ilmu mutlak itu hanyalah milik Allah dan menginsafi betapa kerdilnya manusia di sisi Allah.

3. Keadilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.4. Berfikiran rasional – dapat membuat penaakulan.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

1. Lampiran 12. Power Point Guru3. Buku Teks4. Rajah / Model Matahari

MODUL PENGAJARAN

Page 2: Lesson Plan Sc Form 3

5. Laman web untuk dilayari oleh pelajar6. Kertas Sebak7. Pen Marker

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran :

Perbincangan

Pembelajaran koperatif

Kaedah Penerapan Nilai Murni

Nilai Kaedah pelaksanaanKesyukuran Perbincangan dengan pelajar. Soalan-soalan yang dikemukakan berupaya

membantu pelajar memahami, menyedari dan meyakini bahawa Tuhan mengatur ketertiban alam ini. Fasa : Refleksi.

Kesederhanaan Menyedari bahawa kemampuan manusia adalah terbatas. Hasil kajian harus digunakan kepada jalan yang diredhai Allah. Pelaksanaan : fasa refleksi.

Keadilan Semasa aktiviti kumpulan, guru memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam perbincangan dan pembentangan di kelas. Setiap ahli kumpulan diberi tugas yang adil. Pelaksanaan : Fasa penstrukturan semula idea.

Berfikiran rasional

Murid-murid diajak berfikir tentang kepentingan Matahari dan Bulan kepada hidupan di Bumi.Pelaksanaan : Fasa penstrukturan semula idea dan aplikasi idea.

Rancangan Pelajaran

Fasa (Masa) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penerapan Nilai Murni

Catatan

Orientasi (5 Minit)

Matahari 1.Kelas dimulakan dengan bacaan doa.2.Guru menunjukkan rajah atau model matahari. “Boleh sesiapa ceritakan semula kepada saya ciri-ciri matahari yang telah anda

Kesedaran Model / Rajah Matahari

Page 3: Lesson Plan Sc Form 3

pelajari?”3.(Jawapan pelajar). Seterusnya guru mengaitkan dengan pelajaran hari ini : Kepentingan Matahari dan Bulan kepada hidupan di bumi.Luasnya alam semesta.

Pencetusan Idea (5 minit)

Konsep : 1.Fungsi Matahari dan Bulan2.Haba3.Saiz alam semesta4.Teori Letusan Besar (Big Bang Theory)

Guru menayangkan power point yang mengandungi konsep-konsep yang berkaitan dan meminta pelajar memberikan pendapat masing-masing.

Rasional Power point

Penstrukturan Semula Idea (45 minit)

1. Matahari adalah sumber tenaga utama bagi Bumi.2. Haba daripada Matahari menjadikan Bumi sentiasa panas. Tanpa haba, bumi menjadi terlalu sejuk dan tidak sesuai / tidak dapat didiami. Haba dari matahari amat penting dalam proses kitaran air. Tanpa air bersih benda hidup akan mati.3. Pasang surut air disebabkan oleh daya graviti Bulan terhadap Bumi.4. Luas dan saiz alam semesta tidak terbayangkan. Ahli astronomi mendapati galaksi mempunyai berbilion bintang yang jauhnya hingga 15 000

1.Pelajar dibahagi kepada lima kumpulan.2.Setiap kumpulan diminta mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan.3.Pelajar berbincang dalam kumpulan.4. Pelajar melayari internet untuk mendapat maklumat tambahan.5.Hasil perbincangan setiap kumpulan dibentangkan di kelas.Pelajar diminta membuat pengagihan tugas dalam kumpulan

Keadilan Lampiran 1 :Aktiviti kumpulan

Kertas sebak

Pen penanda

Laman web

Page 4: Lesson Plan Sc Form 3

juta tahun cahaya.5. Pembentukan dan keadaan sebenar alam semesta tidak diketahui. Menurut Teori Letusan Besar 12-15 bilion tahun dahulu alam semesta bermula dengan ledakan yang dahsyat dan terus berkembang hingga kini.

secara adil dan memastikan setiap ahli terlibat dalam kerja kumpulan.

Aplikasi Idea(15 minit)

Persoalan yang perlu pelajar fikirkan : 1.Adakah jarak 15 000 juta tahun cahaya ini menggambarkan betapa luasnya alam semesta?.2.Adakah anda menerima teori Letusan Besar/ Big Bang Theory.3.Nyatakan sikap nilai saintifik dan nilai-nilai murni yang dipunyai oleh ahli-ahli sains yang membolehkan mereka menemui hukum-hukum alam yang telah diciptakan oleh tuhan ini?.

1.Ahli kumpulan lain boleh bertanya soalan kepada kumpulan yang sedang membentangkan tugasan mereka.2. Pelajar perlu mencari ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan fenomena penciptaan alam semesta dan ketertibannya.

Keadilan

Rasional

Power point

Refleksi(15 minit)

1.Sains mencadangkan suatu yang mungkin, bukan suatu yang mutlak.2. Ilmu Allah adalah luas.3. Pembentukan dan keadaan sebenar alam semesta tidak diketahui. Kita juga tidak mengetahui apa akan berlaku pada masa hadapan. Namun, kita harus bersyukur kerana dikurniakan alam ini.

1.Guru meminta pelajar memberikan rumusan pelajaran hari ini dan mengaitkan penemuan sains dengan kurniaan Allah serta keperluan manusia untuk mensyukurinya. 2.Guru juga menyatakan tentang hakikat sains sebagai perkara yang

Kesyukuran

Kesederhanaan

Power point

Surah Al-Ahqaaf (46); 3

Surah Ad-Dukhaan (44);38 dan 39

Surah Al-Hadiid (57);3

Surah Al-Furqan(25);2

Page 5: Lesson Plan Sc Form 3

bukan mutlak.3. Guru mempamerkan ayat al-Qu’ran tentang penciptaan alam semesta yang menggambarkan kekuasaan Allah dan memberikan penerangan ringkas tentang ayat berkenaan.

Surah Adz-Dzariyaat (51);47

Surah Al-Mulk (67);3

RUJUKAN

Nik Zaharah Nik Yaacob 2011. Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Sains. Kuala Lumpur : Jumaju Enterprise.

Tajul Ariffin Noordin dan Nor ‘ Aini Dan 2007. Pendidikan Bersepadu : Ilustrasi & Penjeladan Lengkap. Bangi : Penerbit UKM.

Tho Lai Hoong, Hasnah Abu Samah. 2012. Buku Teks Sains Tingkatan 3 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Petaling Jaya : Penerbit Sasbadi SDN.BHD.

Page 6: Lesson Plan Sc Form 3

KONSEP GURU BERSEPADU

PRINSIP PENDIDIKAN BERSEPADU

PERANAN GURU IMPLIKASI KEPADA PELAJAR

IBADAH Membimbing aspek akademik dan peribadi pelajar

Pelajar menyedari pentingnya belajar dan pelajaran

AQIDAH Memberi khidmat terbaik Sedar dan insaf bahawa belajar adalah kewajipan agama

HARMONI Bertanggungjawab Lebih berdisiplin dan sistematikBERAKHLAK Bermotivasi tinggi Peningkatan prestasi dan maruah

diriFITRAH Membina potensi pelajar Kemajuan ke arah

kecemerlanganADIL Berusaha memahami masalah

sebenar Dapat belajar dalam keadaan sejahtera

BERILMU Dapat mengajar dengan lebih berkesan

Dapat menikmati kelazatan ilmu

1. BERFIKIR Dapat menyelesaikan masalah hingga ke akar umbi

Dapat merasai rahmat Allah SWT

Rajah 1 : Peranan guru mengikut perspektif Pendidikan bersepadu.

Sumber : Tajul Ariffin Noordin dan Nor ‘ Aini Dan 2007. Pendidikan Bersepadu : Ilustrasi & Penjeladan Lengkap. Bangi : Penerbit UKM.