leadership assgment 3

54
BAB 1 1.1 PENGENALAN Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada dalam kalangan pemimpin. Begitu juga kesediaan subordinat memberi komitmen yang tinggi kepada organisasi. Kesemua ini bergantung kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi dan meyakini mereka untuk bertindak memajukan organisasi. Kepentingan kepimpinan guru besar menjadi salah satu elemen dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Jemaah Nazir Sekolah, 2003). Antara garis panduan dalam standard kualiti pendidikan Malaysia ialah guru besar hendaklah menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah dengan cara menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi, mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. Ini menunjukkan bahawa persoalan kepimpinan merupakan perkara yang penting dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan generasi akan datang. Dalam konteks kepimpinan guru besar di Malaysia, setiap guru besar semestinya mempunyai kebolehan untuk menginterpretasi 1

Upload: kuhasnawiyah76

Post on 06-Feb-2016

227 views

Category:

Documents

6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Leadership Assgment 3

BAB 1

1.1 PENGENALAN

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada dalam

kalangan pemimpin. Begitu juga kesediaan subordinat memberi komitmen yang tinggi kepada

organisasi. Kesemua ini bergantung kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi dan meyakini

mereka untuk bertindak memajukan organisasi. Kepentingan kepimpinan guru besar menjadi

salah satu elemen dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Jemaah Nazir Sekolah, 2003).

Antara garis panduan dalam standard kualiti pendidikan Malaysia ialah guru besar hendaklah

menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah

dengan cara menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi,

mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. Ini menunjukkan bahawa

persoalan kepimpinan merupakan perkara yang penting dalam menentukan kejayaan dan

kecemerlangan generasi akan datang.

Dalam konteks kepimpinan guru besar di Malaysia, setiap guru besar semestinya

mempunyai kebolehan untuk menginterpretasi perubahan dan menggunakan gaya kepimpinan

tertentu dalam memotivasikan guru serta kakitangan ke arah perubahan tersebut. Dalam

menentukan kejayaan sesebuah sekolah seseorang guru besar bukan sahaja mentadbir,

membimbing dan menyelia orang bawahannya tetapi harus bijak bertindak mempengaruhi orang

bawahannya ke arah mencapai matlamat organisasinya . Kecemerlangan sesebuah sekolah

mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja guru. Guru mendapat kepuasan apabila

keperluannya dipenuhi dan majikan mendapat kepuasan apabila pekerjanya dapat mencapai

tingkat produktiviti yang tinggi ( Jaafar, 2007).

1

Page 2: Leadership Assgment 3

1.2 Latar Belakang Masalah

Peranan guru besar sebagai pemimpin di sekolah memerlukan komitmen yang tinggi

kerana fungsi sekolah hari ini adalah amat besar dan mencabar. Dalam organisasi sekolah, guru

besar dilihat sebagai personaliti yang bertanggungjawab untuk mewujudkan kemajuan dan

diharapkan mampu untuk membawa pelbagai perubahan dan kecemerlangan sekolah. Di sekolah,

masalah yang sering dihadapi oleh guru besar adalah untuk memberi kepuasan dalam pelbagai

perkara kepada guru-guru. Guru besar selaku pemimpin sekolah seharusnya berusaha

memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelbagai perkara terutamanya yang melibatkan

aspek kepuasan kerja kerana faktor komitmen guru adalah penting untuk mempertingkatkan lagi

mutu pendidikan dan kejayaan sekolah. Guru besar sepatutnya memberi kepimpinan yang

berkualiti dan terbaik kepada orang bawahannya khususnya guru-guru. Gaya kepimpinan guru

besar yang berhubung kait dengan kepuasan kerja guru perlu dikaji supaya mampu menghasilkan

beberapa tindakan susulan mengenai keberkesanan kepimpinan mereka. Ini kerana

kecemerlangan pelajar dalam pelbagai segi samada kurikulum atau kokurikulum banyak

bergantung kepada faktor kepuasan kerja guru. Penyataan Masalah kualiti kepimpinan guru besar

dalam pengurusan kurikulum berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya.

Sebagai pemimpin utama di sekolah, guru besar perlu berupaya mempengaruhi semua guru

untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar mempunyai kualiti

kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru. Berdasarkan latar belakang kajian

yang dikemukakan ini wujud beberapa masalah berkaitan kualiti kepimpinan guru besar dengan

kepuasan kerja guru. Kajian ini juga bagi meninjau persepsi guru-guru apabila wujudnya

ketidakpuasan kerja dengan gaya kepimpinan guru besar. Dalam kajian ini isu utama yang

2

Page 3: Leadership Assgment 3

hendak dilihat adalah persepsi guru-guru mengenai gaya kepimpinan guru besar yang memberi

kepuasan kerja kepada mereka.

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1) Mengenal pasti persepsi guru terhadap keberkesanan kepimpinan guru besar dari

segi perancangan dan pengurusan organisasi sekolah.

2) Mengenal pasti persepsi guru terhadap keberkesanan kepimpinan guru besar dari

aspek pembangunan profesionalisme guru

1.4 Persoalan Kajian

1) Apakah persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari segi perancangan dan

pengurusan organisasi sekolah?

2) Apakah persepsi guru terhadap faktor kepimpinan guru besar dari aspek

pembangunan profesionalisme guru?

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa.

Maju mundurnya sesebuah negara berkait rapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh

rakyatnya. Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan kepimpinan guru

3

Page 4: Leadership Assgment 3

besar merupakan fokus utama. Guru besar sering dilihat sebagai punca masalah atau sebagai

penyelesai masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah

merealisasikan sekolah yang cemerlang.

Jamaliah dan Norasimah (2005) melihat kepimpinan sebagai daya mempengaruhi

tingkahlaku seseorang sehingga menyebabkannya sanggup memberi kerjasama untuk mencapai

sesuatu matlamat yang dipersetujui. Kebanyakan ahli teori bersetuju bahawa kepimpinan adalah

suatu proses melibatkan satu atau lebih individu yang menggunakan daya pengaruhnya ke atas

orang lain untuk mencapai matlamat bersama sesebuah organisasi. Namun begitu, tahap daya

kepimpinan dalam mempengeruhi tingkahlaku pengikut akan berbeza mengikut persepsi dan

penerimaan pengikut terhadap sumber pengaruh yang digunakan oleh peminpin (dalam

Mohammed Sani & JamalulLail, 2012).

Weber (1991), Edmonds (1979), Mortimore (1988), Hussein Mahmood (1993), dan

Shahrir Marzuki (1997) sependapat bahawa kepimpinan pengetua / guru besar merupakan faktor

utama mempengeruhi keberkesanan sekolah. Leithwood dan Jantzi (1994) menggariskan enam

kategori kepimpinan yang diamalkan di sekolah iaitu: kepimpinan pengajaran, kepimpinan

transformasi, kepimpinan moral, kepimpinan penyertaan, kepimpinan pengurusan dan

kepimpinan kontigensi. Kebanyakan literature dalam bidang pendidikan menyatakan bahawa

kepimpinan pengajaran/instruksional (Hallinger& Murphy, 1985) dan kepimpinan transfomasi

(Bass, 1985; Leithwood&Jantzi, 2000; Griffith, 2004; Ross & Gray, 2006) mempunyai pengaruh

yang kuat terhadap kejayaan sesebuah sekolah di samping mampu meningkatkan kepercayaan

dan keyakinan diri guru. M Ruslin Ekon (2002) melaporkan gaya kepimpinan pengetua/guru

4

Page 5: Leadership Assgment 3

besar yang sesuai untuk mewujudkan sekolah berkesan ialah kepimpinan berorientasikan tugasan

dan orientasi manusia. Pengetua/guru besar yang mengamal gaya kepimpinan ini mementingkan

hasilan kerja dan juga pada masa yang sama mementingkan hubungan baik dengan pekerjanya.

Kajian amalan kepimpinan sekolah berprestasi tinggi di Malaysia berbentuk kualitatif

oleh Jamilah Ahmad dan Yusoff Boon (2011) mengatakan bahawa sekolah berprestasi tinggi

adalah sekolah yang menitikberatkan kepada orientasi proses dan orientasi pencapaian murid-

murid serta pencapaian organisasi sekolah. Orientasi pencapaian murid menekankan kejayaan

murid-murid dan kemenjadiannya, manakala oreintasi proses adalah kaedah-kaedah untuk

mencapai kecemerlangan murid dan organisasi sekolah seperti mempunyai visi yang jelas dan

strategik, kepimpinan yang berkesan, pembangunan profesional, penglibatan semua pihak untuk

membuat keputusan, dan wujudkan hubungan dan kerjasama yang sihat dan kukuh dari semua

pihak: guru, kakitangan sokongan ibubapa dan komunit setempat.

Kajian Azizi Yahaya, Halimah Maalip, Noordin Yahaya dan Lim (2011) terhadap 158

orang guru dari lima sekolah penerimaan Anugerah Sekolah Cemerlang (APC) melaporkan

bahawa gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan merupakan gaya kepimpinan yang paling

dominan diamalkan oleh para guru besar di sekolah APC. Dapatan kajian juga menunjukkan

pengamalan faktor kepimpinan guru besar dari aspek budaya ilmu berfikir, permuafakatan,

motivasi dan dorongan, kepimpinan kurikulum dan pengupayaan kepmpinan berada pada tahap

tinggi, terutamanya n dalam aspek kepimpinan budaya ilmu.

5

Page 6: Leadership Assgment 3

Dalam kajian Abdul Ghani Kanesan dan Anandan (2012) terhadap 320 orang guru di

sekolah menengah kebangsaan harian Kedah dan Pulau Pinang, berpendapat bahawa kepimpinan

pengajaran/instruksional memberikan pengaruh yang lebih kuat terhadap pembelajaran pelajar

berbanding kepimpinan transformasi. Hal ini berlaku kerana pengetua sering diberikan kursus

dan pendedahan tentang kepimpinan pengajaran supaya guru-guru melakukan perubahan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kepimpinan pengajaran juga kerap diamalkan di sekolah kerana

pengajaran dan pembelajaran adalah core business di sekolah (Leithwood, 1994).

Laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM (2013) aspek penilaian dan pemantauan

terhadap kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan bahawa hanya 12%

guru di Malaysia mencapai Tahap BAIK dan CEMERLANG; sebahagian guru masih berada

pada Tahap HARAPAN (52%); MEMUASKAN (31%) iaitu tahap yang masih boleh diperbaiki;

dan hampir 5% pada Tahap LEMAH. Aspek kelemahan yang dikenalpasti adalah berkaitan

dengan pembelajaran berpusatkan murid secara“hands‐on” dan pengintegrasian Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) kurang dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah.

Kajian tersebut mencadangkan pengurusan pendidikan (pengetua/guru besar) di Malaysia

hendaklah:

a) Memperkasakan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah di

setiap peringkat pengurusan;

6

Page 7: Leadership Assgment 3

b) Perubahan dari segi pendekatan pengajaran danpembelajaran ke arah berpusatkan

murid yang berorientasikan proses pembelajaran dan proses berfikir yang bukan

berorentasikan peperiksaan;

c) Kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan aspirasi murid perlu dicapai; dan

d) Melonjakkan mutu pendidikan untuk mencapai tanda aras bertaraf antarabangsa.

Jelas bahawa dasar Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri yang berfokus

terhadap pemantauan kurikulum berkualiti dan pencapaian akademik pelajar juga menyebabkan

pengetua/guru besar lebih menumpulkan perhatian terhadap pengurusan kurikulum dan

pembelajaran pelajar di sekolah.

Menurut Daud Ibrahim (2003), kompetensi bermaksud “competence, proficiency, skillful

and skill”. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan kemahiran dan ciri-ciri

peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan.

Beare (2001) menggariskan lima komponen kompetensi minimum bagi menilai seorang guru

iaitu: kurikulum (kepakaran subjek), pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah (bersedia,

menerima tanggungjawab, hubungan baik dengan murid, ibu bapa, menjaga reputasi institusi

pendidikan dan sumbangan profesional.

William (1996) menyatakan amalan guru di bilik darjah adalah signifikan dalam

menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna proses menjadikan seseorang guru lebih

kompeten perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan

kompetensi guru‐guru dilaksanakan secara berterusan. Oleh itu, pengetua/guru besar perlu

7

Page 8: Leadership Assgment 3

memastikan guru-gurunya diberi latihan secara berterusan untuk menjadikan mereka lebih

kompeten dan profesional.

Bagi orang yang belajar belajar bagaimana untuk belajar adalah penting untuk

memastikan matlamat pembelajaran tercapai. Bush dan Middlewood (2005) melaporkan

kebanyakan kajian mengesahkan pandangan bahawa kebanyakan guru berkesan adalah pelajar

(learner) yang baik dan mereka belajar secara berterusan. Mereka menyarankan empat kaedah

pembelajaran profesional guru yang dilakukan secara formal dan tak formal iaitu: a) Mengkaji

dan menganalisis kerjanya sendiri; b) Belajar daripada guru lain; c) Melibatkan diri dalam

perbincangan, membuat keputusan, mesyuarat dan understudy di sekolahnya sendiri; dan d)

Mengikuti kursus, mesyuarat, seminar, bengkel dan persidangan di luar (dalam Jamil Adimin,

2012).

Sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah

Haji Ahmad, 2005). Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang

diamalkan di sekolah itu. Kepimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan

sekolah yang berterusan. Oleh itu, pengetua/guru besar haruslah mempunyai pelbagai kebolehan,

selain daripada memiliki kebolehan mengajar yang dapat menjadikan teladan kepada para guru,

beliau juga harus berkebolehan untuk menginterpretasikan perubahan dalam sekolah,

berkemahiran menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian dan tepat pada situasi yang

berlainan, mampu memotivasikan guru, staf dan pelajar supaya lebih berminat dan berkomited

dengan segala urusan dan aktiviti di sekolah.

8

Page 9: Leadership Assgment 3

Perbezaan di antara kepimpinan dan pengurusan dilihat dari sudut apa yang dilakukan

oleh pemimpin dan pengurus. Pemimpin bertindak membawa perubahan kepada organisasi

manakala pengurus mengekalkan kecekapan (efficiency) dan keberkesanan (effectiveness)

susunan organisasi (Cuban, 1988; dalam Jamil Adimin, 2012). Ruslin Ekon (2012)menyatakan

pengetua di sekolah-sekolah di Malaysia lebih banyak menjalankan fungsinya sebagai pengurus

daripada peminpin. Akibatnya pengetua kekal dengan fungsi tradisionalnya iaitu lebih kepada

seorang birokrat daripada peminpin profesional. Mereka lebih menumpukan kepada pengurusan

sesebuah organisasi berdasarkan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan sahaja dan kurang

menekankan aspek membentuk visi, strategi, motivasi, inspirasi, kreatif dan inovatif. Keadaan ini

menghalang proses ke arah keberkesanan dan kecemerlangan sekolah.

9

Page 10: Leadership Assgment 3

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk dalam sesuatu kajian merujuk kepada perancangan yang disediakan untuk

menjalankannya. Perancangan adalah penting untuk memberikan panduan kepada pengkaji

menjalankan penyelidikannya. Pelaksanaan perancangan penyelidikan akan melibatkan aktiviti

pemilihan kaedah kajian, persampelan, pengumpulan data, menganalisis dan menulis laporan

kajian. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Menurut Creswell (2005) reka

bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mana

pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan populasi. Kajian ini

berbentuk kuantitatif. Ary, Jacobs, Razavieh dan Sorenson (2006) juga menjelaskan kaedah

tinjauan deskriptif ini sesuai digunakan untuk mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku.

3.2 Sampel

Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan yang melibatkan pertimbangan individu intuk

memilih sampel berdasarkan pengetahuan penyelidik dan tujuan khusus penyelidikan. Sampel

bagi kajian ini adalah guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Responden ini terdiri

daripada guru matapelajaran, guru kanak, pentadbir dan guru panitia. Responden dipilih secara

rawak seramai 30 orang.

3.3 Instrumen

Secara umumnya instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa kaedah untuk

memperolehi dan mengumpul data kajian. Instrumen utama kajian ialah soal selidik yang

terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A merupakan bahagian profil responden iaitu jantina,

10

Page 11: Leadership Assgment 3

matapelajaran yang diajar dan jawatan yang dipegang di sekolah. Bahagian B pula mengandungi

13 item iaitu 7 item mengenai persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari segi

perancangan dan pengurusan organisasi sekolah manakala bahagian C mengandungi 6 item

mengenai persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari aspek pembangunan

profesionalisme guru. Pembentukan soal selidik ini adalah berdasarkan kepada perkara utama

iaitu memenuhi kehendak objektif kajian. Soalan yang dibuat bagi kajian ini adalah ringkas dan

padat untuk memudahkan kerja analisis dibuat.

3.4 Pengumpulan Data

Borang soal selidik diedarkan melalui serahan tangan untuk memastikan responden memberi

maklum balas terhadap borang soal selidik. Apabila responden selesai menjawab soal selidik,

penyelidik terus mengutip dan menyemak semula agar semua soalan dijawab oleh responden.

3.5 Analisis data

Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis statistik

deskriptif dalam kajian ini banyak melibatkan kekerapan dan peratusan. Soal selidik dianalisis

sebaik sahaja instrumen dikumpul menggunakan Microsoft Excel. Data akan dianalisis mengikut

peratus dan ditunjukkan dalam bentuk graf.

3.6 Rumusan

Secara keseluruhan, bab ini telah menghuraikan metodologi kajian yang meliputi reka bentuk

kajian, persampelan, kaedah pengumpulan dan proses penganalisisan data. Kaedah kajian

tinjauan telah dipilih untuk menjawab persoalan kajian ini seperti yang dibincangkan dalam Bab

1. Semua data yang telah dipungut dan dapatan daripada analisisnya akan ditunjuk dan dijelaskan

dalam bab berikutnya.

11

Page 12: Leadership Assgment 3

BAB 4

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif. Semua data yangdiperolehi

telah dianalisis menggunakan microsoft excel. Soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

profil responden, persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari segi perancangan dan

pengurusan organisasi sekolah dan persepsi guru terhadap faktor kepimpinan guru besar dari

aspek pembangunan profesionalisme guru.

4.2 Profil responden

Seramai 30 orang pelajar daripada sebuah sekolah telah dipilih sebagai sampel. Jadual 4.1

menunjukkan taburan kekerapan mengikut jantina. Peratusan responden mengikut jantina pula

dapat dilihat seperti dalam Rajah 4.1

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan

Lelaki 14

Perempuan 16

Junlah 30

12

Page 13: Leadership Assgment 3

Berdasarkan Jadual 4.1 dan Rajah 4.1, bilangan responden perempuan dalam kajian ini adalah

seramai 16 orang orang yang telah menyumbang kepada 53% daripada sampel. Bilangan

responden lelaki bagi kajian ini adalah 14 orang yang telah menyumbang kepada 47% daripada

sampel.

Berdasarkan borang soal selidik, kajian juga melihat kepada mata pelajaran yang diajar oleh

responden di sekolah. Jadual 4.2 menunjukkan kekerapan responden mengikut mata pelajaran

yang diajar.

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Mata Pelajaran yang diajar

Mata pelajaran Bilangan Peratus(%)

Bahasa Malaysia 7 23

Bahasa Inggeris 4 13

Sains 2 7

Matematik 5 17

Agama 7 23

13

142%

44%

46%

48%

50%

52%

54%

53%

47%

perempuanlelaki

pera

tusa

n

Rajah 4.1 Peratusan mengikut jantina

Page 14: Leadership Assgment 3

Lain-lain 5 17

Jumlah 30 100

Berdasarkan Jadual 4.2, bilangan responden yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia

adalah 7 orang (23%), Bahasa Inggeris 4 orang (13%), Sains 2 orang (7%), Matematik 5 orang

(17%), Agama 7 orang (23%) dan mata pelajaran lain-lain adalah 5 orang (17%).

Item yang terakhir dilihat dalam profil responden adalah jawatan yang dipegang oleh responden

di sekolah. Jadual 4.3 menunjukkan bilangan responden mengikut jawatan yang dipegang di

sekolah.

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Jawatan yang Dipegang

Mata pelajaran Bilangan Peratus(%)

Pentadbir sekolah 4 13

Guru kanan 3 10

Guru panitia 2 7

Guru mata pelajaran 21 70

Jumlah 30 100

Berdasarkan Jadual 4.2, majoriti daripada responden bagi kajian ini merupakan guru mata

pelajaran dengan peratusan sebanyak 70 %. Manakala reponden lain yang memegang jawatan

pentadbir sekolah adalah 13%, guru kanan adalah 10% dan yang paling sedikit adalah guru yang

memegang jawatan sebagai guru panitia dengan peratusan sebanyak 7%.

4.3 Persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari segi perancangan dan pengurusan

organisasi sekolah

14

Page 15: Leadership Assgment 3

Terdapat 7 soalan dalam bahagian ini dimana persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari

segi perancangan dan pengurusan organisasi sekolah akan dianalisa mengikut item. Setiap item

tersebut dianalisa menggunakan jadual kekerapan skala.

4.3.1 Item 1

Guru besar sekolah saya menentukan tugas-tugas tertentu guru.

Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 30 orang guru berkaitan dengan persepsi

responden terhadap item 1 dapat dilihat dalam Jadul 4.2. Kekerapan dan peratusan telah

disenaraikan seperti berikut:

Jadual 4.4 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 1

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 5 17

Sangat setuju 25 83

Jumlah 30 100

Seramai 25 responden iaitu 83% daripada semua responden sangat bersetuju bahawa guru besar

sekolah mereka menentukan tugas-tugas tertentu guru. 5 orang (17%) responden memilih skala

setuju daripada keseluruhan responden yang terlibat.

4.3.2 Item 2

Guru besar sekolah saya sentiasa ingin kekalkan standard pencapaian.

Keputusan terhadap item 2 ini ditunjukkan dalam jadual 4.5 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.5 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 2

Skala Bilangan Peratus

15

Page 16: Leadership Assgment 3

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 11 37

Sangat setuju 19 63

Jumlah 30 100

Hasil kajian menunjukkan seramai 19 orang (63%) sangat bersetuju bahawa guru besar sekolah

mereka sentiasa ingin kekalkan standard pencapaian di sekolah manakala 11 orang (27%)

daripada keseluruhan responden memilih skala setuju bagi item ini.

4.3.3 Item 3

Guru besar sekolah saya meminta guru mengikut segala peraturan dan syarat kerja yang telah

ditetapkan.

Keputusan terhadap item 3ini ditunjukkan dalam jadual 4.6 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 3

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju 1 3

Setuju 9 30

Sangat setuju 20 67

Jumlah 30 100

Seramai 20 orang (67%) sangat bersetuju bahawa guru besar meminta guru mengikut segala

peraturan dan syarat kerja yang telah ditetapkan. 9 orang (30%) responden menyatakan mereka

bersetuju dan hanya seorang (3%) responden sahaja yang menytakan tidak setuju.

16

Page 17: Leadership Assgment 3

4.3.4 Item 4

Guru besar sekolah saya menjelaskan apa yang diharapkan daripada guru.

Keputusan terhadap item 4 ini ditunjukkan dalam jadual 4.7 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.7 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 4

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 10 33

Sangat setuju 20 67

Jumlah 30 100

Daripada data yang diperolehi, sejumlah 10 orang (33%) menyatakan bahawa mereka setuju

guru besar sekolah akan menjelaskan apa yang diharapkan daripada guru. Sejumlah 20 orang

(67%) lagi menyatakan mereka sangat setuju dengan penyataan ini.

4.3.5 Item 5

Guru besar sekolah saya memastikan semua tugas diselaraskan.

Keputusan terhadap item 5 ini ditunjukkan dalam jadual 4.8 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.8 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 5

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 19 63

Sangat setuju 11 37

Jumlah 30 100

17

Page 18: Leadership Assgment 3

Hasil kajian menunjukkan seramai 19 orang (63%) bersetuju bahawa guru besar sekolah mereka

memastikan semua tugas diselaraskan dan 11 orang (37%) daripada keseluruhan responden

memilih untuk bersetuju bagi pernyataan ini.

4.3.6 Item 6

Guru besar sekolah saya memastikan setiap tugas disiapkan oleh guru selewat-lewatnya pada

tarikh akhir.

Keputusan terhadap item 6 ini ditunjukkan dalam jadual 4.9 mengikut kekerapan dan

peratusan.

Jadual 4.9 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 6

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju 1 3

Tidak setuju - 0

Setuju 12 40

Sangat setuju 17 57

Jumlah 30 100

Daripada data yang diperolehi, sejumlah 17 orang (57%) menyatakan bahawa mereka sangat

setuju bahawa guru besar sekolah mereka memastikan setiap tugas disiapkan oleh guru selewat-

lewatnya pada tarikh akhir.. Sejumlah 12 orang (40%) lagi menyatakan mereka setuju dengan

penyataan ini. Hanya seorang responden sahaja yang sangat tidak setuju dengan item ini.

4.3.7 Item 7

Guru besar sekolah saya memastikan setiap kerja disiapkan dengan sempurna oleh guru.

Keputusan terhadap item 4 ini ditunjukkan dalam jadual 4.10 mengikut kekerapan dan peratusan.

18

Page 19: Leadership Assgment 3

Jadual 4.10 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 7

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 14 47

Sangat setuju 16 53

Jumlah 30 100

Hasil kajian menunjukkan seramai 16 orang (53%) sangat setuju bahawa guru besar sekolah

mereka memastikan setiap kerja disiapkan dengan sempurna oleh guru dan 14 orang (47%)

daripada keseluruhan responden memilih untuk bersetuju bagi pernyataan ini.

4.4 Persepsi guru terhadap faktor kepimpinan guru besar dari aspek pembangunan

profesionalisme guru.

Terdapat 6 soalan dalam bahagian ini dimana persepsi guru terhadap faktor kepimpinan guru

besar dari aspek pembangunan profesionalisme guru akan dianalisa mengikut item. Setiap item

tersebut dianalisa menggunakan jadual kekerapan skala.

4.4.1 Item 1

Guru besar sekolah saya menggalak warga sekolah meneroka ilmu pengetahuan baru.

Keputusan terhadap item 1 ini ditunjukkan dalam jadual 4.11 mengikut kekerapan dan

peratusan.

Jadual 4.11 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 1

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

19

Page 20: Leadership Assgment 3

Setuju 12 40

Sangat setuju 18 60

Jumlah 30 100

Hasil kajian menunjukkan seramai 18 orang (60%) sangat setuju bahawa guru besar sekolah saya

menggalakkan warga sekolah meneroka ilmu pengetahuan baru dan 12 orang (40%) daripada

keseluruhan responden memilih untuk bersetuju bagi pernyataan ini.

4.4.2 Item 2

Guru besar sekolah saya menggalakkan warga sekolah menghadiri kursus atau seminar

pendidikan.

Keputusan terhadap item 2 ini ditunjukkan dalam jadual 4.12 mengikut kekerapan dan

peratusan.

Jadual 4.12 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 2

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju 1 3

Setuju 14 47

Sangat setuju 15 50

Jumlah 30 100

Daripada data yang diperolehi, 50 % responden menyatakan bahawa mereka sangat setuju

bahawa guru besar sekolah menggalakkan warga sekolah menghadiri kursus atau seminar

pendidikan. Sejumlah 14orang (47%) lagi menyatakan mereka setuju dengan penyataan ini.

Hanya seorang responden sahaja yang sangat tidak setuju dengan item ini.

4.4.3 Item 3

20

Page 21: Leadership Assgment 3

Guru besar sekolah saya menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan .

Keputusan terhadap item 3 ini ditunjukkan dalam jadual 4.13 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.13Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 3

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 11 37

Sangat setuju 19 63

Jumlah 30 100

Daripada data yang diperolehi, 19 orang (19%) responden menyatakan bahawa mereka sangat

setuju bahawa guru besar sekolah menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan sesama mereka.

Sejumlah 11orang (37%) lagi menyatakan mereka setuju dengan penyataan ini.

4.4.4 Item 4

Guru besar sekolah saya mementingkan aktiviti perkembangan staf.

Keputusan terhadap item 4 ini ditunjukkan dalam jadual 4.14 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.14 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 4

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 15 50

Sangat setuju 15 50

Jumlah 30 100

21

Page 22: Leadership Assgment 3

Daripada data yang diperolehi, 50 % responden menyatakan bahawa mereka sangat setuju

bahawa guru besar sekolah mementingkan aktiviti perkembangan staf manakala 15 orang (50%)

lagi menyatakan mereka setuju dengan penyataan ini.

4.4.5 Item 5

Guru besar sekolah saya menggalakkan warga sekolah menjalani kajian tindakan .

Keputusan terhadap item 5 ini ditunjukkan dalam jadual 4.15 mengikut kekerapan dan

peratusan.

Jadual 4.15 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 5

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju 1 3

Setuju 12 40

Sangat setuju 17 57

Jumlah 30 100

Hasil kajian menunjukkan seramai 17orang (57%) sangat bersetuju bahawa guru besar sekolah

mereka menggalakkan warga sekolah menjalani kajian tindakan dan 12orang (40%) daripada

keseluruhan responden memilih untuk bersetuju bagi pernyataan ini. Hanya seorang responden

sahaja yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini.

4.4.6 Item 6

Guru besar sekolah saya menggalakkan perbincangan intelektual di kalangan warga pendidikan.

Keputusan terhadap item 4 ini ditunjukkan dalam jadual 4.16 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.16Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 6

Skala Bilangan Peratus

22

Page 23: Leadership Assgment 3

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 11 37

Sangat setuju 19 63

Jumlah 30 100

Daripada data yang diperolehi, 19 orang ( 63%) responden menyatakan bahawa mereka sangat

setuju bahawa guru besar sekolah menggalakkan perbincangan intelektual di kalangan warga

pendidikan manakala 11orang (50%) lagi menyatakan mereka setuju dengan penyataan ini.

Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative

and qualitative research. Upper Saddle River, N.J: Merrill.

Ary, D., Jacobs, L.C., Razavieh, A., & Sorensen, C. (2006). Introduction to research in education

(7th ed.). Canada : Thomson Wadsworth.

BAB 1

1.3 PENGENALAN

23

Page 24: Leadership Assgment 3

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada dalam

kalangan pemimpin. Begitu juga kesediaan subordinat memberi komitmen yang tinggi kepada

organisasi. Kesemua ini bergantung kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi dan meyakini

mereka untuk bertindak memajukan organisasi. Kepentingan kepimpinan guru besar menjadi

salah satu elemen dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Jemaah Nazir Sekolah, 2003).

Antara garis panduan dalam standard kualiti pendidikan Malaysia ialah guru besar hendaklah

menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah

dengan cara menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi,

mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. Ini menunjukkan bahawa

persoalan kepimpinan merupakan perkara yang penting dalam menentukan kejayaan dan

kecemerlangan generasi akan datang.

Dalam konteks kepimpinan guru besar di Malaysia, setiap guru besar semestinya

mempunyai kebolehan untuk menginterpretasi perubahan dan menggunakan gaya kepimpinan

tertentu dalam memotivasikan guru serta kakitangan ke arah perubahan tersebut. Dalam

menentukan kejayaan sesebuah sekolah seseorang guru besar bukan sahaja mentadbir,

membimbing dan menyelia orang bawahannya tetapi harus bijak bertindak mempengaruhi orang

bawahannya ke arah mencapai matlamat organisasinya . Kecemerlangan sesebuah sekolah

mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja guru. Guru mendapat kepuasan apabila

keperluannya dipenuhi dan majikan mendapat kepuasan apabila pekerjanya dapat mencapai

tingkat produktiviti yang tinggi ( Jaafar, 2007).

1.4 Latar Belakang Masalah

24

Page 25: Leadership Assgment 3

Peranan guru besar sebagai pemimpin di sekolah memerlukan komitmen yang tinggi

kerana fungsi sekolah hari ini adalah amat besar dan mencabar. Dalam organisasi sekolah, guru

besar dilihat sebagai personaliti yang bertanggungjawab untuk mewujudkan kemajuan dan

diharapkan mampu untuk membawa pelbagai perubahan dan kecemerlangan sekolah. Di sekolah,

masalah yang sering dihadapi oleh guru besar adalah untuk memberi kepuasan dalam pelbagai

perkara kepada guru-guru. Guru besar selaku pemimpin sekolah seharusnya berusaha

memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelbagai perkara terutamanya yang melibatkan

aspek kepuasan kerja kerana faktor komitmen guru adalah penting untuk mempertingkatkan lagi

mutu pendidikan dan kejayaan sekolah. Guru besar sepatutnya memberi kepimpinan yang

berkualiti dan terbaik kepada orang bawahannya khususnya guru-guru. Gaya kepimpinan guru

besar yang berhubung kait dengan kepuasan kerja guru perlu dikaji supaya mampu menghasilkan

beberapa tindakan susulan mengenai keberkesanan kepimpinan mereka. Ini kerana

kecemerlangan pelajar dalam pelbagai segi samada kurikulum atau kokurikulum banyak

bergantung kepada faktor kepuasan kerja guru. Penyataan Masalah kualiti kepimpinan guru besar

dalam pengurusan kurikulum berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya.

Sebagai pemimpin utama di sekolah, guru besar perlu berupaya mempengaruhi semua guru

untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar mempunyai kualiti

kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru. Berdasarkan latar belakang kajian

yang dikemukakan ini wujud beberapa masalah berkaitan kualiti kepimpinan guru besar dengan

kepuasan kerja guru. Kajian ini juga bagi meninjau persepsi guru-guru apabila wujudnya

ketidakpuasan kerja dengan gaya kepimpinan guru besar. Dalam kajian ini isu utama yang

hendak dilihat adalah persepsi guru-guru mengenai gaya kepimpinan guru besar yang memberi

kepuasan kerja kepada mereka.

25

Page 26: Leadership Assgment 3

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1) Mengenal pasti persepsi guru terhadap keberkesanan kepimpinan guru besar dari

segi perancangan dan pengurusan organisasi sekolah.

2) Mengenal pasti persepsi guru terhadap keberkesanan kepimpinan guru besar dari

aspek pembangunan profesionalisme guru

1.5 Persoalan Kajian

3) Apakah persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari segi perancangan dan

pengurusan organisasi sekolah?

4) Apakah persepsi guru terhadap faktor kepimpinan guru besar dari aspek

pembangunan profesionalisme guru?

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa.

Maju mundurnya sesebuah negara berkait rapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh

rakyatnya. Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan kepimpinan guru

besar merupakan fokus utama. Guru besar sering dilihat sebagai punca masalah atau sebagai

26

Page 27: Leadership Assgment 3

penyelesai masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah

merealisasikan sekolah yang cemerlang.

Jamaliah dan Norasimah (2005) melihat kepimpinan sebagai daya mempengaruhi

tingkahlaku seseorang sehingga menyebabkannya sanggup memberi kerjasama untuk mencapai

sesuatu matlamat yang dipersetujui. Kebanyakan ahli teori bersetuju bahawa kepimpinan adalah

suatu proses melibatkan satu atau lebih individu yang menggunakan daya pengaruhnya ke atas

orang lain untuk mencapai matlamat bersama sesebuah organisasi. Namun begitu, tahap daya

kepimpinan dalam mempengeruhi tingkahlaku pengikut akan berbeza mengikut persepsi dan

penerimaan pengikut terhadap sumber pengaruh yang digunakan oleh peminpin (dalam

Mohammed Sani & JamalulLail, 2012).

Weber (1991), Edmonds (1979), Mortimore (1988), Hussein Mahmood (1993), dan

Shahrir Marzuki (1997) sependapat bahawa kepimpinan pengetua / guru besar merupakan faktor

utama mempengeruhi keberkesanan sekolah. Leithwood dan Jantzi (1994) menggariskan enam

kategori kepimpinan yang diamalkan di sekolah iaitu: kepimpinan pengajaran, kepimpinan

transformasi, kepimpinan moral, kepimpinan penyertaan, kepimpinan pengurusan dan

kepimpinan kontigensi. Kebanyakan literature dalam bidang pendidikan menyatakan bahawa

kepimpinan pengajaran/instruksional (Hallinger& Murphy, 1985) dan kepimpinan transfomasi

(Bass, 1985; Leithwood&Jantzi, 2000; Griffith, 2004; Ross & Gray, 2006) mempunyai pengaruh

yang kuat terhadap kejayaan sesebuah sekolah di samping mampu meningkatkan kepercayaan

dan keyakinan diri guru. M Ruslin Ekon (2002) melaporkan gaya kepimpinan pengetua/guru

besar yang sesuai untuk mewujudkan sekolah berkesan ialah kepimpinan berorientasikan tugasan

27

Page 28: Leadership Assgment 3

dan orientasi manusia. Pengetua/guru besar yang mengamal gaya kepimpinan ini mementingkan

hasilan kerja dan juga pada masa yang sama mementingkan hubungan baik dengan pekerjanya.

Kajian amalan kepimpinan sekolah berprestasi tinggi di Malaysia berbentuk kualitatif

oleh Jamilah Ahmad dan Yusoff Boon (2011) mengatakan bahawa sekolah berprestasi tinggi

adalah sekolah yang menitikberatkan kepada orientasi proses dan orientasi pencapaian murid-

murid serta pencapaian organisasi sekolah. Orientasi pencapaian murid menekankan kejayaan

murid-murid dan kemenjadiannya, manakala oreintasi proses adalah kaedah-kaedah untuk

mencapai kecemerlangan murid dan organisasi sekolah seperti mempunyai visi yang jelas dan

strategik, kepimpinan yang berkesan, pembangunan profesional, penglibatan semua pihak untuk

membuat keputusan, dan wujudkan hubungan dan kerjasama yang sihat dan kukuh dari semua

pihak: guru, kakitangan sokongan ibubapa dan komunit setempat.

Kajian Azizi Yahaya, Halimah Maalip, Noordin Yahaya dan Lim (2011) terhadap 158

orang guru dari lima sekolah penerimaan Anugerah Sekolah Cemerlang (APC) melaporkan

bahawa gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan merupakan gaya kepimpinan yang paling

dominan diamalkan oleh para guru besar di sekolah APC. Dapatan kajian juga menunjukkan

pengamalan faktor kepimpinan guru besar dari aspek budaya ilmu berfikir, permuafakatan,

motivasi dan dorongan, kepimpinan kurikulum dan pengupayaan kepmpinan berada pada tahap

tinggi, terutamanya n dalam aspek kepimpinan budaya ilmu.

Dalam kajian Abdul Ghani Kanesan dan Anandan (2012) terhadap 320 orang guru di

sekolah menengah kebangsaan harian Kedah dan Pulau Pinang, berpendapat bahawa kepimpinan

28

Page 29: Leadership Assgment 3

pengajaran/instruksional memberikan pengaruh yang lebih kuat terhadap pembelajaran pelajar

berbanding kepimpinan transformasi. Hal ini berlaku kerana pengetua sering diberikan kursus

dan pendedahan tentang kepimpinan pengajaran supaya guru-guru melakukan perubahan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kepimpinan pengajaran juga kerap diamalkan di sekolah kerana

pengajaran dan pembelajaran adalah core business di sekolah (Leithwood, 1994).

Laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM (2013) aspek penilaian dan pemantauan

terhadap kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan bahawa hanya 12%

guru di Malaysia mencapai Tahap BAIK dan CEMERLANG; sebahagian guru masih berada

pada Tahap HARAPAN (52%); MEMUASKAN (31%) iaitu tahap yang masih boleh diperbaiki;

dan hampir 5% pada Tahap LEMAH. Aspek kelemahan yang dikenalpasti adalah berkaitan

dengan pembelajaran berpusatkan murid secara“hands‐on” dan pengintegrasian Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) kurang dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah.

Kajian tersebut mencadangkan pengurusan pendidikan (pengetua/guru besar) di Malaysia

hendaklah:

a) Memperkasakan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah di

setiap peringkat pengurusan;

b) Perubahan dari segi pendekatan pengajaran danpembelajaran ke arah berpusatkan

murid yang berorientasikan proses pembelajaran dan proses berfikir yang bukan

berorentasikan peperiksaan;

29

Page 30: Leadership Assgment 3

c) Kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan aspirasi murid perlu dicapai; dan

d) Melonjakkan mutu pendidikan untuk mencapai tanda aras bertaraf antarabangsa.

Jelas bahawa dasar Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri yang berfokus

terhadap pemantauan kurikulum berkualiti dan pencapaian akademik pelajar juga menyebabkan

pengetua/guru besar lebih menumpulkan perhatian terhadap pengurusan kurikulum dan

pembelajaran pelajar di sekolah.

Menurut Daud Ibrahim (2003), kompetensi bermaksud “competence, proficiency, skillful

and skill”. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan kemahiran dan ciri-ciri

peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan.

Beare (2001) menggariskan lima komponen kompetensi minimum bagi menilai seorang guru

iaitu: kurikulum (kepakaran subjek), pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah (bersedia,

menerima tanggungjawab, hubungan baik dengan murid, ibu bapa, menjaga reputasi institusi

pendidikan dan sumbangan profesional.

William (1996) menyatakan amalan guru di bilik darjah adalah signifikan dalam

menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna proses menjadikan seseorang guru lebih

kompeten perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan

kompetensi guru‐guru dilaksanakan secara berterusan. Oleh itu, pengetua/guru besar perlu

memastikan guru-gurunya diberi latihan secara berterusan untuk menjadikan mereka lebih

kompeten dan profesional.

30

Page 31: Leadership Assgment 3

Bagi orang yang belajar belajar bagaimana untuk belajar adalah penting untuk

memastikan matlamat pembelajaran tercapai. Bush dan Middlewood (2005) melaporkan

kebanyakan kajian mengesahkan pandangan bahawa kebanyakan guru berkesan adalah pelajar

(learner) yang baik dan mereka belajar secara berterusan. Mereka menyarankan empat kaedah

pembelajaran profesional guru yang dilakukan secara formal dan tak formal iaitu: a) Mengkaji

dan menganalisis kerjanya sendiri; b) Belajar daripada guru lain; c) Melibatkan diri dalam

perbincangan, membuat keputusan, mesyuarat dan understudy di sekolahnya sendiri; dan d)

Mengikuti kursus, mesyuarat, seminar, bengkel dan persidangan di luar (dalam Jamil Adimin,

2012).

Sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah

Haji Ahmad, 2005). Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang

diamalkan di sekolah itu. Kepimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan

sekolah yang berterusan. Oleh itu, pengetua/guru besar haruslah mempunyai pelbagai kebolehan,

selain daripada memiliki kebolehan mengajar yang dapat menjadikan teladan kepada para guru,

beliau juga harus berkebolehan untuk menginterpretasikan perubahan dalam sekolah,

berkemahiran menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian dan tepat pada situasi yang

berlainan, mampu memotivasikan guru, staf dan pelajar supaya lebih berminat dan berkomited

dengan segala urusan dan aktiviti di sekolah.

Perbezaan di antara kepimpinan dan pengurusan dilihat dari sudut apa yang dilakukan

oleh pemimpin dan pengurus. Pemimpin bertindak membawa perubahan kepada organisasi

manakala pengurus mengekalkan kecekapan (efficiency) dan keberkesanan (effectiveness)

31

Page 32: Leadership Assgment 3

susunan organisasi (Cuban, 1988; dalam Jamil Adimin, 2012). Ruslin Ekon (2012)menyatakan

pengetua di sekolah-sekolah di Malaysia lebih banyak menjalankan fungsinya sebagai pengurus

daripada peminpin. Akibatnya pengetua kekal dengan fungsi tradisionalnya iaitu lebih kepada

seorang birokrat daripada peminpin profesional. Mereka lebih menumpukan kepada pengurusan

sesebuah organisasi berdasarkan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan sahaja dan kurang

menekankan aspek membentuk visi, strategi, motivasi, inspirasi, kreatif dan inovatif. Keadaan ini

menghalang proses ke arah keberkesanan dan kecemerlangan sekolah.

32

Page 33: Leadership Assgment 3

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk dalam sesuatu kajian merujuk kepada perancangan yang disediakan untuk

menjalankannya. Perancangan adalah penting untuk memberikan panduan kepada pengkaji

menjalankan penyelidikannya. Pelaksanaan perancangan penyelidikan akan melibatkan aktiviti

pemilihan kaedah kajian, persampelan, pengumpulan data, menganalisis dan menulis laporan

kajian. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Menurut Creswell (2005) reka

bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mana

pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan populasi. Kajian ini

berbentuk kuantitatif. Ary, Jacobs, Razavieh dan Sorenson (2006) juga menjelaskan kaedah

tinjauan deskriptif ini sesuai digunakan untuk mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku.

3.2 Sampel

Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan yang melibatkan pertimbangan individu intuk

memilih sampel berdasarkan pengetahuan penyelidik dan tujuan khusus penyelidikan. Sampel

bagi kajian ini adalah guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Responden ini terdiri

daripada guru matapelajaran, guru kanak, pentadbir dan guru panitia. Responden dipilih secara

rawak seramai 30 orang.

3.3 Instrumen

Secara umumnya instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa kaedah untuk

memperolehi dan mengumpul data kajian. Instrumen utama kajian ialah soal selidik yang

terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A merupakan bahagian profil responden iaitu jantina,

33

Page 34: Leadership Assgment 3

matapelajaran yang diajar dan jawatan yang dipegang di sekolah. Bahagian B pula mengandungi

13 item iaitu 7 item mengenai persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari segi

perancangan dan pengurusan organisasi sekolah manakala bahagian C mengandungi 6 item

mengenai persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari aspek pembangunan

profesionalisme guru. Pembentukan soal selidik ini adalah berdasarkan kepada perkara utama

iaitu memenuhi kehendak objektif kajian. Soalan yang dibuat bagi kajian ini adalah ringkas dan

padat untuk memudahkan kerja analisis dibuat.

3.4 Pengumpulan Data

Borang soal selidik diedarkan melalui serahan tangan untuk memastikan responden memberi

maklum balas terhadap borang soal selidik. Apabila responden selesai menjawab soal selidik,

penyelidik terus mengutip dan menyemak semula agar semua soalan dijawab oleh responden.

3.5 Analisis data

Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis statistik

deskriptif dalam kajian ini banyak melibatkan kekerapan dan peratusan. Soal selidik dianalisis

sebaik sahaja instrumen dikumpul menggunakan Microsoft Excel. Data akan dianalisis mengikut

peratus dan ditunjukkan dalam bentuk graf.

3.6 Rumusan

Secara keseluruhan, bab ini telah menghuraikan metodologi kajian yang meliputi reka bentuk

kajian, persampelan, kaedah pengumpulan dan proses penganalisisan data. Kaedah kajian

tinjauan telah dipilih untuk menjawab persoalan kajian ini seperti yang dibincangkan dalam Bab

1. Semua data yang telah dipungut dan dapatan daripada analisisnya akan ditunjuk dan dijelaskan

dalam bab berikutnya.

34

Page 35: Leadership Assgment 3

BAB 4

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif. Semua data yangdiperolehi

telah dianalisis menggunakan microsoft excel. Soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

profil responden, persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari segi perancangan dan

pengurusan organisasi sekolah dan persepsi guru terhadap faktor kepimpinan guru besar dari

aspek pembangunan profesionalisme guru.

4.2 Profil responden

Seramai 30 orang pelajar daripada sebuah sekolah telah dipilih sebagai sampel. Jadual 4.1

menunjukkan taburan kekerapan mengikut jantina. Peratusan responden mengikut jantina pula

dapat dilihat seperti dalam Rajah 4.1

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan

Lelaki 14

Perempuan 16

Junlah 30

35

Page 36: Leadership Assgment 3

Berdasarkan Jadual 4.1 dan Rajah 4.1, bilangan responden perempuan dalam kajian ini adalah

seramai 16 orang orang yang telah menyumbang kepada 53% daripada sampel. Bilangan

responden lelaki bagi kajian ini adalah 14 orang yang telah menyumbang kepada 47% daripada

sampel.

Berdasarkan borang soal selidik, kajian juga melihat kepada mata pelajaran yang diajar oleh

responden di sekolah. Jadual 4.2 menunjukkan kekerapan responden mengikut mata pelajaran

yang diajar.

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Mata Pelajaran yang diajar

Mata pelajaran Bilangan Peratus(%)

Bahasa Malaysia 7 23

Bahasa Inggeris 4 13

Sains 2 7

Matematik 5 17

Agama 7 23

36

142%

44%

46%

48%

50%

52%

54%

53%

47%

perempuanlelaki

pera

tusa

n

Rajah 4.1 Peratusan mengikut jantina

Page 37: Leadership Assgment 3

Lain-lain 5 17

Jumlah 30 100

Berdasarkan Jadual 4.2, bilangan responden yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia

adalah 7 orang (23%), Bahasa Inggeris 4 orang (13%), Sains 2 orang (7%), Matematik 5 orang

(17%), Agama 7 orang (23%) dan mata pelajaran lain-lain adalah 5 orang (17%).

Item yang terakhir dilihat dalam profil responden adalah jawatan yang dipegang oleh responden

di sekolah. Jadual 4.3 menunjukkan bilangan responden mengikut jawatan yang dipegang di

sekolah.

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Jawatan yang Dipegang

Mata pelajaran Bilangan Peratus(%)

Pentadbir sekolah 4 13

Guru kanan 3 10

Guru panitia 2 7

Guru mata pelajaran 21 70

Jumlah 30 100

Berdasarkan Jadual 4.2, majoriti daripada responden bagi kajian ini merupakan guru mata

pelajaran dengan peratusan sebanyak 70 %. Manakala reponden lain yang memegang jawatan

pentadbir sekolah adalah 13%, guru kanan adalah 10% dan yang paling sedikit adalah guru yang

memegang jawatan sebagai guru panitia dengan peratusan sebanyak 7%.

4.3 Persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari segi perancangan dan pengurusan

organisasi sekolah

37

Page 38: Leadership Assgment 3

Terdapat 7 soalan dalam bahagian ini dimana persepsi guru terhadap kepimpinan guru besar dari

segi perancangan dan pengurusan organisasi sekolah akan dianalisa mengikut item. Setiap item

tersebut dianalisa menggunakan jadual kekerapan skala.

4.3.1 Item 1

Guru besar sekolah saya menentukan tugas-tugas tertentu guru.

Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 30 orang guru berkaitan dengan persepsi

responden terhadap item 1 dapat dilihat dalam Jadul 4.2. Kekerapan dan peratusan telah

disenaraikan seperti berikut:

Jadual 4.4 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 1

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 5 17

Sangat setuju 25 83

Jumlah 30 100

Seramai 25 responden iaitu 83% daripada semua responden sangat bersetuju bahawa guru besar

sekolah mereka menentukan tugas-tugas tertentu guru. 5 orang (17%) responden memilih skala

setuju daripada keseluruhan responden yang terlibat.

4.3.2 Item 2

Guru besar sekolah saya sentiasa ingin kekalkan standard pencapaian.

Keputusan terhadap item 2 ini ditunjukkan dalam jadual 4.5 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.5 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 2

Skala Bilangan Peratus

38

Page 39: Leadership Assgment 3

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 11 37

Sangat setuju 19 63

Jumlah 30 100

Hasil kajian menunjukkan seramai 19 orang (63%) sangat bersetuju bahawa guru besar sekolah

mereka sentiasa ingin kekalkan standard pencapaian di sekolah manakala 11 orang (27%)

daripada keseluruhan responden memilih skala setuju bagi item ini.

4.3.3 Item 3

Guru besar sekolah saya meminta guru mengikut segala peraturan dan syarat kerja yang telah

ditetapkan.

Keputusan terhadap item 3ini ditunjukkan dalam jadual 4.6 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 3

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju 1 3

Setuju 9 30

Sangat setuju 20 67

Jumlah 30 100

Seramai 20 orang (67%) sangat bersetuju bahawa guru besar meminta guru mengikut segala

peraturan dan syarat kerja yang telah ditetapkan. 9 orang (30%) responden menyatakan mereka

bersetuju dan hanya seorang (3%) responden sahaja yang menytakan tidak setuju.

39

Page 40: Leadership Assgment 3

4.3.4 Item 4

Guru besar sekolah saya menjelaskan apa yang diharapkan daripada guru.

Keputusan terhadap item 4 ini ditunjukkan dalam jadual 4.7 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.7 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 4

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 10 33

Sangat setuju 20 67

Jumlah 30 100

Daripada data yang diperolehi, sejumlah 10 orang (33%) menyatakan bahawa mereka setuju

guru besar sekolah akan menjelaskan apa yang diharapkan daripada guru. Sejumlah 20 orang

(67%) lagi menyatakan mereka sangat setuju dengan penyataan ini.

4.3.5 Item 5

Guru besar sekolah saya memastikan semua tugas diselaraskan.

Keputusan terhadap item 5 ini ditunjukkan dalam jadual 4.8 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.8 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 5

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 19 63

Sangat setuju 11 37

Jumlah 30 100

40

Page 41: Leadership Assgment 3

Hasil kajian menunjukkan seramai 19 orang (63%) bersetuju bahawa guru besar sekolah mereka

memastikan semua tugas diselaraskan dan 11 orang (37%) daripada keseluruhan responden

memilih untuk bersetuju bagi pernyataan ini.

4.3.6 Item 6

Guru besar sekolah saya memastikan setiap tugas disiapkan oleh guru selewat-lewatnya pada

tarikh akhir.

Keputusan terhadap item 6 ini ditunjukkan dalam jadual 4.9 mengikut kekerapan dan

peratusan.

Jadual 4.9 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 6

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju 1 3

Tidak setuju - 0

Setuju 12 40

Sangat setuju 17 57

Jumlah 30 100

Daripada data yang diperolehi, sejumlah 17 orang (57%) menyatakan bahawa mereka sangat

setuju bahawa guru besar sekolah mereka memastikan setiap tugas disiapkan oleh guru selewat-

lewatnya pada tarikh akhir.. Sejumlah 12 orang (40%) lagi menyatakan mereka setuju dengan

penyataan ini. Hanya seorang responden sahaja yang sangat tidak setuju dengan item ini.

4.3.7 Item 7

Guru besar sekolah saya memastikan setiap kerja disiapkan dengan sempurna oleh guru.

Keputusan terhadap item 4 ini ditunjukkan dalam jadual 4.10 mengikut kekerapan dan peratusan.

41

Page 42: Leadership Assgment 3

Jadual 4.10 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 7

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 14 47

Sangat setuju 16 53

Jumlah 30 100

Hasil kajian menunjukkan seramai 16 orang (53%) sangat setuju bahawa guru besar sekolah

mereka memastikan setiap kerja disiapkan dengan sempurna oleh guru dan 14 orang (47%)

daripada keseluruhan responden memilih untuk bersetuju bagi pernyataan ini.

4.4 Persepsi guru terhadap faktor kepimpinan guru besar dari aspek pembangunan

profesionalisme guru.

Terdapat 6 soalan dalam bahagian ini dimana persepsi guru terhadap faktor kepimpinan guru

besar dari aspek pembangunan profesionalisme guru akan dianalisa mengikut item. Setiap item

tersebut dianalisa menggunakan jadual kekerapan skala.

4.4.1 Item 1

Guru besar sekolah saya menggalak warga sekolah meneroka ilmu pengetahuan baru.

Keputusan terhadap item 1 ini ditunjukkan dalam jadual 4.11 mengikut kekerapan dan

peratusan.

Jadual 4.11 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 1

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

42

Page 43: Leadership Assgment 3

Setuju 12 40

Sangat setuju 18 60

Jumlah 30 100

Hasil kajian menunjukkan seramai 18 orang (60%) sangat setuju bahawa guru besar sekolah saya

menggalakkan warga sekolah meneroka ilmu pengetahuan baru dan 12 orang (40%) daripada

keseluruhan responden memilih untuk bersetuju bagi pernyataan ini.

4.4.2 Item 2

Guru besar sekolah saya menggalakkan warga sekolah menghadiri kursus atau seminar

pendidikan.

Keputusan terhadap item 2 ini ditunjukkan dalam jadual 4.12 mengikut kekerapan dan

peratusan.

Jadual 4.12 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 2

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju 1 3

Setuju 14 47

Sangat setuju 15 50

Jumlah 30 100

Daripada data yang diperolehi, 50 % responden menyatakan bahawa mereka sangat setuju

bahawa guru besar sekolah menggalakkan warga sekolah menghadiri kursus atau seminar

pendidikan. Sejumlah 14orang (47%) lagi menyatakan mereka setuju dengan penyataan ini.

Hanya seorang responden sahaja yang sangat tidak setuju dengan item ini.

4.4.3 Item 3

43

Page 44: Leadership Assgment 3

Guru besar sekolah saya menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan .

Keputusan terhadap item 3 ini ditunjukkan dalam jadual 4.13 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.13Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 3

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 11 37

Sangat setuju 19 63

Jumlah 30 100

Daripada data yang diperolehi, 19 orang (19%) responden menyatakan bahawa mereka sangat

setuju bahawa guru besar sekolah menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan sesama mereka.

Sejumlah 11orang (37%) lagi menyatakan mereka setuju dengan penyataan ini.

4.4.4 Item 4

Guru besar sekolah saya mementingkan aktiviti perkembangan staf.

Keputusan terhadap item 4 ini ditunjukkan dalam jadual 4.14 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.14 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 4

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju - 0

Setuju 15 50

Sangat setuju 15 50

Jumlah 30 100

44

Page 45: Leadership Assgment 3

Daripada data yang diperolehi, 50 % responden menyatakan bahawa mereka sangat setuju

bahawa guru besar sekolah mementingkan aktiviti perkembangan staf manakala 15 orang (50%)

lagi menyatakan mereka setuju dengan penyataan ini.

4.4.5 Item 5

Guru besar sekolah saya menggalakkan warga sekolah menjalani kajian tindakan .

Keputusan terhadap item 5 ini ditunjukkan dalam jadual 4.15 mengikut kekerapan dan

peratusan.

Jadual 4.15 Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 5

Skala Bilangan Peratus

Sangat tidak setuju - 0

Tidak setuju 1 3

Setuju 12 40

Sangat setuju 17 57

Jumlah 30 100

Hasil kajian menunjukkan seramai 17orang (57%) sangat bersetuju bahawa guru besar sekolah

mereka menggalakkan warga sekolah menjalani kajian tindakan dan 12orang (40%) daripada

keseluruhan responden memilih untuk bersetuju bagi pernyataan ini. Hanya seorang responden

sahaja yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini.

4.4.6 Item 6

Guru besar sekolah saya menggalakkan perbincangan intelektual di kalangan warga pendidikan.

Keputusan terhadap item 4 ini ditunjukkan dalam jadual 4.16 mengikut kekerapan dan peratusan.

Jadual 4.16Taburan Kekerapan Skor Bagi Item 6

Skala Bilangan Peratus

45

Page 46: Leadership Assgment 3

46