transformational leadership lengkap

41
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN........................................................ 1 SOALAN............................................................... 3 Pengenalan........................................................... 4 Latar Belakang Teori Kepimpinan Yang Digunakan.......................5 Komponen-Komponen Kepimpinan Transformatif..........................6 1. Karisma atau pengaruh..........................................7 2. Inspirasi/Motivasi.............................................7 3. Stimulasi Intelektual..........................................7 4. Pertimbangan individu..........................................8 Tiga Gaya Kepimpinan Yang Diamalkan.................................8 Latar Belakang Organisasi........................................... 10 Gaya Kepimpinan Yang Dimiliki Oleh Ketua Jabatan....................11 Aplikasi Teori Kepimpinan Berpandukan Situasi.......................12 Berurusan Dengan Pihak Atasan......................................13 Berurusan Dengan Ahli Mesyuarat Pengurusan, Pentadbiran, Dan Profesional (M3P)..................................................15 1

Upload: paspologen

Post on 07-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

1 perkongsian hasil carian...

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN1ISI KANDUNGAN

3SOALAN

4Pengenalan

5Latar Belakang Teori Kepimpinan Yang Digunakan

6Komponen-Komponen Kepimpinan Transformatif

71.Karisma atau pengaruh

72.Inspirasi/Motivasi

73.Stimulasi Intelektual

84.Pertimbangan individu

8Tiga Gaya Kepimpinan Yang Diamalkan

10Latar Belakang Organisasi

11Gaya Kepimpinan Yang Dimiliki Oleh Ketua Jabatan

12Aplikasi Teori Kepimpinan Berpandukan Situasi

13Berurusan Dengan Pihak Atasan

15Berurusan Dengan Ahli Mesyuarat Pengurusan, Pentadbiran, Dan Profesional (M3P)

17Berurusan Dengan Staf Akademik

20Berurusan Dengan Staf Bukan Akademik

23Berurusan Dengan Pelajar

26Berurusan Dengan Pihak Ketiga

26Rumusan

28Lampiran 1

29Lampiran 2

30Rujukan

SOALAN

Bincangkan bagaimana pemimpin dalam organisasi anda mengurus organisasinya berdasarkan model atau teori pengurusan yang digunakan. Hujahkan perihal implikasi model atau teori yang digunakan oleh pemimpin anda sama ada dari sudut positif dan negatif.PengenalanKepimpinan merupakan aspek yang paling penting dalam pengurusan kerana kepimpinan menyumbang kepada kestabilan dan kejayaan sesuatu organisasi atau pun negara (Chemobo & Musiega, 2014). Kepimpinan wujud dalam setiap aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Ia juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus. Sepertimana, kepemimpinan juga adalah hubungan yang ada dalam diri seseorang atau pemimpin, untuk mempengaruhi orang lain dalam bekerja secara sedar dalam hubungan tugas untuk mencapai sesuatu tujuan yang diinginkan (Sahin, 2011). Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap dan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi menetapkan matlamat, menyusun, mengarah, dan menyelaras supaya perjalanan organisasi berjalan lancar dan berkesan. Peranan pemimpin juga mengawal dan menyusun pengikut bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu juga, perkaitan kepimpinan ketua sesebuah organisasi juga boleh ditafsirkan sebagai proses membujuk orang-orang lain untuk mengambil langkah menuju sasaran bersama (Rajbhandari, 2014)Latar Belakang Teori Kepimpinan Yang Digunakan

Dunia pendidikan telah berubah ke arah melahirkan pemimpin baru berdasarkan gaya kepimpinan yang menggalakkan perubahan ke arah postitif (Sart, 2014). Kepimpinan transformatif adalah pendekatan yang membangunkan potensi pengikut melalui pelbagai mekanisme seperti motivasi, prestasi, dan moral individu ke arah menjayakan misi dan visi organisasi (Liontos, 1992). Dengan memahami kelemahan dan kekuatan pengikut, pemimpin membantu pengikut membina keyakinan dalam menjayakan tugasan, serta menjadi role model kepada pengikut, pemimpin dapat mengoptimumkan potensi pengikut bagi menjayakan visi dan misi organisasi. Kepimpinan transformatif ini menghasilkan hubungan yang saling meransang dan mempertingkatkan keupayaan pengikut-pengikut menjadi pemimpin dan mungkin mengubah pemimpin-pemimpin menjadi agen-agen moral .Kepimpinan transformatif juga adalah adalah pendekatan yang membangunkan potensi pengikut melalui pelbagai mekanisme seperti motivasi, prestasi, dan moral ke arah menjayakan misi dan visi organisasi. Dengan memahami kelemahan dan kekuatan pengikut, membantu pengikut membina keyakinan dalam menjayakan tugasan, serta menjadi role model kepada pengikut, pemimpin dapat mengoptimumkan potensi pengikut dan menjadi lebih responsif (Odumeru & Ifeanyi, 2013).

Pendekatan ini dipengaruhi oleh teori keperluan manusia yang diperkenalkan oleh Abraham Maslows (Burns, 1978 dalam Covey, 2007). Maslows ini menyatakan manusia mempunyai keperluan yang perlu dipenuhi dan prestasi kerja pekerja berkait rapat dengan kepuasan yang mereka kecapi di tempat kerja. Kepimpinan transformational memenuhi keperluan pada peringkat tertinggi iaitu keyakinan kendiri dan kepuasan kendiri dalam hieraki Maslows.

Rajah 1 : Hieraki Keperluan Maslows

Komponen-Komponen Kepimpinan TransformatifTerdapat empat komponen kepimpinan transformatif menurut Warillow (2012) dalam Odumeru & Ifeanyi (2013):

1. Karisma atau pengaruhKarisma berkaitan dengan bagaimana keupayaan pemimpin menarik pengikut melalui ketrampilannya. Pemimpin berkarisma memaparkan keyakinan, pendirian, dan berupaya mengembleng pengikut. Pemimpin mempunyai satu set nilai yang jelas dalam setiap tindakan, berupaya memberi contoh kepada pengikut. Hubungan yang tulen mesti dibina antara pemimpin dan pengikut pada asas moral dan etika yang kukuh.2. Inspirasi/MotivasiPemimpin mempunyai wawasan yang menarik dan jelas dapat memberi inspirasi kepada pengikut untuk bertindak. Pemimpin dengan inspirasi menjadikan pengikut sentiasa bermotivasi tinggi, sentiasa optimis berkomunikasi mengenai matlamat masa depan organisasi, dan memberikan makna untuk setiap tugas mahupun arahan. Pengikut akan mempunyai rasa bersama untuk menjayakan matlamat organisasi dan bertindak secara lebih baik untuk menghasilkan keputusan yang terbaik bagi melicinkan perjalanan organisasi. Aspek ini juga penting untuk mendapatkan sokongan daripada pengikut untuk menjayakan matlamat organisasi yang dirangka oleh pemimpin. Kemahiran komunikasi yang dimiliki oleh pemimpin juga penting untuk menjelaskan matlamat dan mempengaruhi pengikut.3. Stimulasi IntelektualSejauh mana pemimpin mencabar andaian, mengambil risiko dan mengembangkan idea pengikut. Pemimpin dengan sifat ini merangsang dan menggalakkan kreativiti dalam diri pengikut. Pemimpin bertindak menyediakan rangka kerja untuk pengikut melihat bagaimana mereka dapat menyumbang kepada pemimpin, organisasi, satu sama lain, dan matlamat. Apabila pengikut mendapat pandangan keseluruhan dan diberi kebebasan daripada pemimpin untuk laksanakan tugasan tersebut, pengikut dapat melaksanakan tugasan tersebut secara kreatif dan berkesan.4. Pertimbangan individu Sejauh mana pemimpin memenuhi keperluan setiap pengikut dengan bertindak sebagai mentor atau jurulatih kepada pengikut dan memenuhi keperluan pengikut. Ini juga merangkumi keperluan untuk menghormati dan meraikan sumbangan individu setiap pengikut kepada organisasi. Kepelbagaian pengikut dalam sesuatu organisasi adalah merupakan satu kekuatan kepada organisasi. Pendekatan ini bukan sahaja mendidik generasi akan datang untuk menjadi pemimpin, tetapi juga memenuhi keperluan individu untuk mencapai kepuasan kendiri dan harga diri. Ia juga secara langsung menggerakkan pengikut kepada pencapaian pada masa depan.Tiga Gaya Kepimpinan Yang Diamalkan

Kepimpinan adalah satu gaya atau pendekatan untuk membawa pengikut mencapai matlamat dalam organisasi. Val dan Kemp (2004) menyenaraikan tiga jenis kepimpinan yang boleh dilaksanakan berdasarkan situasi dan matlamat yang ingin dicapai. Situasi yang berlaku dalam satu-satu masa boleh ditangani dengan berpandukan gaya kepimpinan yang dinyatakan dibawah tanpa memberi kesan kepada kepimpinan transformatif. Tiga gaya kepimpinan yang dinyatakan adalah seperti berikut:1. Autokratik

Gaya kepimpinan autokratik merujuk kepada pemimpin membuat keputusan sendiri dan mempunyai ciri-ciri seperti:

Pemimpin menetapkan semua polisi Teknik dan langkah melaksanakan tugas ditentukan oleh pemimpin Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin Pemimpin akan mengkritik apabila dirasakan perlu2. Demokratik

Gaya kepimpinan demokratik merujuk kepada keputusan ditentukan oleh ketua dan pengikut mempunyai ciri-ciri berikut:

Polisi organisasi ditentukan oleh kelompok

Teknik dan langkah pelaksanaan kerja dibincangkan sehingga semua orang faham Pemimpin akan memberi nasihat kepada ahli dalam melaksanakan tugas Anggota bebas bekerja dengan siapa yang dia suka Pembahagian tugas ditentukan oleh kelompok Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritikan

3. Laissez faire

Gaya Laissez Faire merujuk kepada gaya lepas-tangan di mana kebebasan diberi sepenuhnya kepada kelompok untuk menentukan matlamat, teknik dan kaedah bekerja. Pemimpin hanya campur tangan apabila diterima pelanggan.

Walaupun gaya autokratik sering disebutkan sebagai gaya yang tidak disukai oleh pengikut, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu gaya autokratik juga adalah perlu dan berkesan terutama apabila faktor masa yang singkat serta orang bawahan yang tidak produktif. Gaya Laissez-faire pula adalah disebutkan sebagai gaya yang paling tidak berkesan kerana memberi kebebasan kepada pengikut untuk melaksanakan tugasan sendiri tanpa perlu diarah atau diselia oleh pemimpin (Val & Kemp, 2004). Pengalaman gaya ini sering menjadikan organisasi tidak mempunyai arah. Namun begitu jika gaya ini dikenakan kepada orang-orang bawahan yang matang dan bermotivasi tinggi, gaya Laissez-faire ini adalah antara yang sangat sesuai (Goodnight, 2004).

Latar Belakang Organisasi

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya terletak di kawasan berbukit seluas 19.4 hektar kira-kira 2 km dari bandar Kota Kinabalu. Ia berdekatan dengan Hospital Ratu Elizabeth, Muzium Negeri dan Masjid Negeri serta pusat-pusat membeli belah di Karamunsing dan Luyang.Dahulunya, institusi ini dikenali sebagai sebagai Maktab Gaya atau Gaya Teachers Trainning College yang telah ditubuhkan pada 22 April 1963 dan diterajui oleh En. J.E. Todd sebagai Pengetua Pertama Maktab Perguruan Gaya.

Pada 4 Julai 1963, Maktab Perguruan Gaya dibuka secara rasmiya oleh Sir William Goode iaitu Gabenor North Borneo Colony yang terakhir. Majlis Perasmian Institut Perguruan Gaya pada 4 Julai 1963. Di antara tahun 1963-1981, IPG diuruskan di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Pada tahun 1981, sesuai dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran semua Maktab perguruan di seluruh negara, tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan Institut Perguruan Gaya telah dipindahkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementeriaan Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Pada 6 Mei 2006, Maktab Perguruan Gaya telah dinaiktaraf selaras dengan penjenamaan semula Maktab-Maktab Perguruan di Malaysia kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Kurikulum dan sistem latihan yang dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya adalah sama seperti di institut-institut lain di Malaysia. Kurikulum perguruan ini meliputi bidang akademik, pengkaedahan, kokurikulum dan praktikum yang wajib diikuti oleh semua pelajar.Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya (IPGKG) ditubuhkan pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada 27 institut pendidikan guru yang mengendalikan kursus melatih guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dengan menawarkan kursus bertaraf diploma dan ijazah sarjana muda. Visi IPG adalah untuk menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan guru dengan misi melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

IPGKG memiliki seramai {bilangan] staf akademik dan seramai [ bilangan} staf bukan akademik. Pengurusan di IPGKG terbahagi kepada dua iaitu staf akademik yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan staf pengurusan yang terlibat dalam aspek pengurusan perjalanan harian IPGKG.

IPGKG juga menguruskan kursus-kursus seperti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (KPPB), Program Khas Guru Gred 42, dan kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan profesionalisme perguruan.Gaya Kepimpinan Yang Dimiliki Oleh Ketua Jabatan

IPGKG diketuai oleh seorang pengarah yang bergred DG54 iaitu Puan Salmah Binti Abdullah dan timbalan beliau Puan Lee Yoke Lee yang bergred DG52. Tuan pengarah mengamalkan gaya kepimpinan transformatif dan juga gaya kepimpinan autokratik, demokrasi, dan Laissez Faire.Aplikasi Teori Kepimpinan Berpandukan Situasi

Tuan pengarah menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengurusan namun mempunyai satu gaya kepimpinan yang jelas iaitu kepimpinan transformatif. Beliau mengembleng tenaga dan kekuatan pekerja bawahan beliau bagi mencapai visi dan misi IPGKG. Tuan pengarah selalu menyatakan visi yang hendak beliau capaikan kepada staf beliau mahupun pihak ketiga termasuk pelajar guru serta pihak waris.

Pendekatan gaya kepimpinan seperti autokratik, demokrasi, dan Laissez Faire dipraktikkan oleh tuan pengarah berdasarkan situasa dan keperluan semasa. Sebagai contoh, apabila berhadapan dengan Ahli Majlis 3P, pengarah lebih gemar mengamalkan gaya kepimpinan Laissez Faire dengan memberi kebebasan kepada Ahli Majlis 3 P menyusun dan merancang program.

Terdapat juga beberapa kes yang menunjukkan tuan pengarah mengamalkan gaya kepimpinan Autokratik seperti berhadapan dengan karenah pelajar yang berurusan terus dengan tuan pengarah bagi merayu sesuatu keputusan yang telah dibuat. Terdapat satu kes pelajar diarah untuk berpindah bilik asrama. Pelajar tersebut merayu dengan pelbagai alasan terus kepada tuan pengarah. Tuan pengarah menggunakan gaya kepimpinan autokratik ini untuk memastikan keputusan tersebut dapat dilaksanakan.Berurusan Dengan Pihak Atasan

Pihak atasan bagi tuan pengarah IPGKG adalah Tuan Rektor IPGM, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, dan Menteri Pendidikan Malaysia. Selain itu, terdapat juga Jawatankuasa Senat IPGM yang dianggotai oleh tuan pengarah yang mengurus berkaitan hal akademik dan Ahli Majlis Pengarah yang bertindak sebagai satu badan pengurusan tertinggi di peringkat IPGM.

Pada peringkat ini, tuan pengarah menerima secara langsung arahan yang diberikan oleh pihak atasan. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pihak atasan terhadap tuan pengarah adalah autokratik kerana dasar-dasar pendidikan, peraturan-peraturan perkaitan pengurusan kewangan dan pentadbiran, dan arahan-arahan dari semasa ke semasa yang datang terus daripada pihak atasan dan mereka bertindak sebagai pembuat dasar.

Namun begitu, Jawatankuasa Senat dan Majlis Pengarah menggunakan pendekatan demokrasi. Semua keputusan dan arahan berkaitan yang hendak dilaksanakan melalui proses perbincangan dan hasil akhir adalah tertakluk kepada gaya kepimpinan demokrasi. Kepimpinan TransformatifGaya KepimpinanKekuatanKelemahan

Tuan pengarah memahami dan mendokong penuh Visi dan Misi IPG, Peta Strategik IPG, dan PPPM. Gaya kepimpinan autokratik oleh pihak atasan.1. Arahan pelaksanaan dijalankan secara sepenuhnya dan akan dipatuhi oleh tuan pengarah dan pengikut beliau.1. Kadang kala keputusan yang diambil oleh pihak atasan itu menimbulkan kesulitan kepada pihak penerima seperti arahan untuk melaksanakan program Misi Bantuan Banjir dengan menggunakan peruntukan sedia ada yang telah dikurangkan peruntukan berbanding tahun sebelumnya.

2. Arahan oleh Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan jamuan makan semasa mesyuarat atau kursus dihadkan kepada 2 jenis kuih dan secawan air teh sebagai satu langkah penjimatan menimbulkan kesukaran kepada IPGKG dan semua bahagian untuk melaksanakannya.

Sentiasa mengadakan perbincangan, Gaya kepimpinan demokrasi Jawatankuasa Senat dan Majlis Pengarah1. Keputusan yang dibuat akan diperhalusi dan dibincang secara keseluruhan.

2. Contohnya penetapan mata pelajaran yang perlu diambil oleh pelajar guru peringkat ijazah sarjana muda perguruan akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Senat sebelum dilaksanakan diperingkat IPG. Pihak Jawatankuasa Senat akan menimbang cadangan yang diberikan oleh pihak lain.1. Walaupun satu-satu cadangan dibincangkan secara mendalam, kelemahan yang timbul adalah mengambil masa yang panjang.

Berurusan Dengan Ahli Mesyuarat Pengurusan, Pentadbiran, Dan Profesional (M3P)Majlis Pengurusan, Pentadbiran, dan Profesional (M3P) merupakan satu jawatankuasa yang ditubuhkan diperingkat IPGK. Keahlian M3P terdiri daripada ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, dan penyelaras-penyelaras berkaitan. Ahli majlis ini bertindak sebagai pembuat keputusan dan perancang aktiviti di peringkat IPGK. Tuan Pengarah biasanya mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi dan Laissez Faire dalam memastikan kelancaran perjalanan IPGK.

Kepimpinan TransformatifGaya KepimpinanKekuatan

1. Menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada pada setiap ahli M3P.

2. Menyatakan berulangkali tentang kepercayaan, kekuatan pasukan, dan menyokong tindakan yang diambil bersama.

3. Menggalakkan ahli M3P menyelesaikan masalah yang timbul dalam bidang kuasa masing-masing dan setiasa menyokong tindakan yang diambil selagi ia memenuhi SOP yang ditetapkan.Demokratik1. Sesuatu keputusan diberikan mandat kepada ahli M3P untuk putuskan.

2. Perbincangan dilakukan dalam mesyuarat.

3. Contoh, tindakan yang hendak diambil bagi menghalang seorang pelajar guru daripada menduduki peperiksaan akhir semester. Perbincangan dijalankan meliputi jumlah jam ketidakhadiran, masalah-masalah lain yang timbul, tindakan tatatertib yang mungkin ada, dan prosedur kerja dipatuhi.

1. Laissez Faire1. Tuan pengarah akan membenarkan ahli M3P melaksanakan sesuatu tugasan secara Laissez Faire kerana beliau menaruh kepercayaan kepada ahli M3P. Setelah satu-satu perkara hendak dilaksanakan dibincangkan atau dimaklumkan, tuan pengarah memberi kepercayaan kepada ahli M3P untuk merancang dan melaksanakan perkara tersebut.

2. Contoh, Sambutan Perayaan Hari Guru atau Karnival Akademik. Tuan pengarah hanya dimaklumkan tentang perancangan dan status kewangan. Ahli M3P akan merancang, melaksanakan, dan membuat pelaporan perjalanan program tersebut.

Berurusan Dengan Staf Akademik

Staf Akademik di IPGKG terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan gred DG44. Mereka memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing dan kadangkala mempunyai ego yang tersendiri. Malahan, pada awal kedatangan tuan pengarah semangat keindividualistik amat kuat dikalangan mereka. Kepimpinan TransformatifGaya KepimpinanKekuatan

1. Melibatkan staf akademik dengan visi dan misi IPG serta Plan Strategik IPGM.

2. Menggalakkan staf akademik menjalankan kajian berkaitan dengan dunia pendidikan.

3. Sentiasa mengadakan perbincangan dan lawatan ke bilik dan kelas.

4. Memberi sokongan dan galakkan untuk staf akademik menjalankan dan menyertai bengkel dan seminar pembangunan profesionalisme berterusan (CPD).Autokratik1. Keputusan autokratik yang diambil oleh tuan pengarah dibuat biasanya melibatkan perkara yang berkaitan dengan prosedur kerja, urusan kenaikan pangkat dan sebagainya.

2. Keputusan diambil secara autokratik kerana keperluan pengarah untuk bertindak sebagai pengawal dan pengurus organisasi bagi mematuhi sesuatu arahan.

3. Isu kepatuhan ISO dan MQA. Biasanya tuan pengarah akan menggunakan kuasa eksekutif beliau bagi memastikan staf akademik mematuhi kehendak ISO dan MQA. Tuan pengarah akan bertindak melalui ketua Audit ISO dan Setiausaha MQA bagi memastikan semua staf akademik mematuhi peraturan-peraturan kedua-duanya.

Demokratik1. Tuan pengarah juga menggalakan staf akademik menyuarakan pandangan berkaitan sesuatu isu. Sesuatu keputusan yang diambil biasanya mendapat persetujuan majoriti yang terlibat melalui pengundian.

2. Contohnya, cadangan mengadakan parkir kenderaan berbumbung bagi staf akademik. Tuan pengarah membuka cadangan untuk dibincangkan sama ada melalui mesyuarat jabatan atau unit mahu pun perbincangan melalui media sosial seperti WhatsApp kumpulan pensyarah. Akhirnya keputusan dipungut melalui ketua jabatan/unit.

Laissez Faire1. Bagi gaya kepimpinan ini, tuan pengarah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada staf akademik untuk laksanakan perancangan yang dirancang sama ada dilaksanakan secara individu, komiti, atau jabatan.

2. Contohnya dalam kajian tindakan, tuan pengarah memberi kebebasan dan galakan kepada staf akademik untuk menghasilkan kajian tindakan. Tuan pengarah memberi galakan dan menggerakkan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi untuk lebih proaktif mencapai sasaran yang ditetapkan.

Perancangan, pelaksanaan program dan pergerakan mereka lebih kepada untuk kepentingan diri sendiri. Namun begitu, tuan pengarah mengambil pendekatan kepimpinan transformatif untuk mengurangkan sifat keindividualan itu kepada kerjasama untuk kepentingan organisasi. Tuan pengarah selalu menekankan kepentingan mencapai visi IPGKG dengan berpandukan misi yang satu dan perlu bergerak bersama-sama sebagai satu pasukan.Selain itu, tuan pengarah juga ada menyatakan tentang kepimpinan transformatif ini kepada staf akademik yang beliau jumpa. Dengan menyatakan tentang gaya kepimpinan ini, staf akademik berupaya untuk memahami dan bersama dengan tuan pengarah dalam setiap tindakan yang diambil.

Tuan pengarah mengamalkan ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan iaitu autokratik apabila berhadapan dengan situasi yang memerlukan mandat pengarah, demokrasi pula apabila memerlukan sesuatu tindakan atau keputusan dikembangkan idea, dan Laissez Faire diamalkan apabila berhadapan dengan staf akademik yang mempunyai kemahiran dan cemerlang.Berurusan Dengan Staf Bukan Akademik

Staf bukan akademik di IPGKG terdiri daripada pegawai profesional seperti pegawai pengurusan, pustakawan, kaunselor, dan pegawai teknologi maklumat serta pembantu akauntan dan staf operasi bergred 27 dan ke bawah. Kesemua staf operasi diletakkan dibawah pengawasan Ketua Unit Khidmat Pengurusan sementara pegawai profesional diletakkan dibawah pengawasan dan arahan ketua jabatan atau unit yang terlibat.Kebiasaannya tuan pengarah akan bertindak secara tidak langsung melalui ketua jabatan atau unit yang terlibat dalam menguruskan staf bukan akademik. Pengarah lebih gemar menggunakan gaya kepimpinan demokratik dan Laissez Faire dengan menurunkan kuasa dan kepercayaan kepada ketua jabatan atau unit yang terlibat terutama sekali ketua Unit Khidmat Pengurusan. Namun, terdapat juga beberapa tindakan autokratik yang tuan pengarah ambil terutama berkaitan dengan tindakan tatatertib terhadap staf bukan akademik.Kepimpinan TransformatifGaya KepimpinanKekuatan

1. Tuan pengarah akan memuji tindakan positif yang dilakukan oleh staf pelaksana, mengucapkan ucapan tahniah apabila berlaku sesuatu peristiwa yang baik, dan sentiasa memberi sokongan moral kepada staf pelaksana.

2. Menjalankan tinjauan keperluan latihan yang diperlukan oleh staf pelaksana melalui unit LDP dan Unit Khidmat Pengurusan serta menjalankan latihan tersebut.Demokratik1. Tuan pengarah mengambil tindakan kepimpinan demokratik dengan bersedia menerima maklum balas dan cadangan daripada staf bukan akademik apabila melibatkan sesuatu keputusan dalam bidang kepakaran staf tersebut seperti unit penyelenggaraan memberi cadangan dan penyelesaian berkaitan masalah kerosakan router wifi.

Laissez Faire1. Bagi gaya kepimpinan ini, tuan pengarah memberi kepercayaan kepada staf bukan akademik untuk melaksanakan tugas yang diberi mengikut bidang kepakaran mereka. Dengan memberi kebebasan ini, staf bukan akademik akan lebih bebas dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Namun begitu, bukan semua staf bukan akademik yang diberi kepercayaan ini.

2. Contohnya, tuan pengarah memberi kepercayaan kepada pembantu operasi unit keceriaan untuk merancang bersama ketua Unit Khidmat Pengurusan untuk menceriakan kawasan IPGKG dengan tanaman pokok-pokok hiasan.

Autokratik1. Terdapat beberapa kes yang menunjukkan tuan pengarah menggunakan kuasa autokratik bagi menangani masalah yang ditimbulkan oleh staf bukan akademik. Tindakan sebegini biasanya berkaitan dengan tatatertib dan dijalankan mengikut prosedur standard perkhidmatan awam.

2. Kelebihan tindakan autokratik ini adalah mengujudkan rasa kepatuhan kepada peraturan dikalangan staf bukan akademik.

3. Contohnya, terdapat seorang staf yang terlibat dengan gejala penagihan dadah dan ditahan oleh pihak berkuasa. Tuan pengarah menggunakan kuasa beliau berpandukan Perintan Am Perkhidmatan Awam dengan membawa kes tersebut ke peringkat tindakan tatatertib.

Berurusan Dengan PelajarPelajar guru di IPGKG terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang SPM yang sedang mengikuti PPISMP, PISMP, dan DPLI-PPC. Mereka berumur sekitar 19 hingga 24 tahun dan kebanyakannya masih bujang. Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) adalah jabatan yang menguruskan hal kebajikan pelajar guru. Tuan pengarah melalui ketua jabatan HEP mengamalkan ketiga-tiga gaya kepimpinan dan juga kepimpinan transformatif bagi mencapai visi IPGKG iaitu Melahirkan guru berjiwa pendidik.Kepimpinan TransformatifGaya KepimpinanKekuatan

1. Menggalakkan pelajar baru meneroka pengalaman baru. Namun, dalam situasi yang terkawal.

2. Meletakkan harapan yang tinggi tetapi tidak 100% kepada pelajar guru dan sentiasa memaklumkan kepada pelajar guru tentang keupayaan mereka untuk menjadi guru yang terbaik apabila memasuki alam pekerjaan.Autokratik1. Tuan pengarah mengamalkan gaya kepimpinan autokratik apabila berhadapan dengan pelajar yang berhadapan dengan tindakan tatatertib dan pelajar yang mengganggu perjalanan sesuatu keputusan yang dikeluarkan.

2. Kekuatan gaya kepimpinan ini digunakan apabila berhadapan dengan kes-kes berkaitan tatatertib ini akan menyebabkan pelajar lain patuh dengan peraturan. Selain itu, ketegasan dalam gaya autokratik ini dapat menjamin kelancaran sesuatu keputusan yang dibuat melibatkan mobilisasi pelajar yang besar.

3. Contohnya, kes pelajar mabuk di asrama. Dengan bukti yang cukup dan perbicaraan pelajar dibawah Akta 172 yang mana pengarah bertindak sebagai Pegawai Tatatertib dibawah akta tersebut. Pelajar tersebut di buang dari pengajian.

4. Contoh kedua, terdapat pelajar membuat rayuan terus kepada tuan pengarah berkenaan arahan untuk menukar bilik. Tuan pengarah menggunakan kuasa autokratik beliau untuk tidak membenarkan rayuan pelajar tersebut kerana proses perubahan bilik melibatkan semua pelajar yang tinggal di asrama. Tindakan membenarkan pelajar tersebut kekal di bilik asal akan menyebabkan permohonan pelajar lain juga terpaksa diterima juga.

Gaya kepimpinan demokrasi1. Tuan pengarah mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan mengiktiraf kumpulan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan menjadikan mereka wakil pelajar untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar.

2. Tuan pengarah selalu menerima pandangan dan cadangan MPP yang bersesuaian dengan kehendak IPG.

Gaya kepimpinan Laissez Faire1. Gaya kepimpinan ini diamalkan oleh tuan pengarah dengan memberi kepercayaan dan kebebasan kepada pelajar guru.

2. Kekuatan gaya Laiseez Faire ini adalah meningkatkan kreativiti pelajar dan menggiatkan pelajar dalam gerak kerja luar.

3. Tuan pengarah memberi kebebasan kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam ko-kurikulum. Namun begitu, kegiatan tersebut hendaklah selaras dengan peraturan yang ditetapkan.

Berurusan Dengan Pihak KetigaPihak ketiga yang sering berurusan dengan IPGKG ialah pihak Audit ISO dan MQA serta pihak Audit Negara. Tuan pengarah mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi dalam berurusan dengan pihak-pihak ini. Dari sudut kepimpinan transformatif, beliau lebih banyak berbincang, menerima pendapat, dan memberi kerjasama dalam menjayakan program yang dilaksanakan. Kekuatan gaya kepimpinan ini adalah urusan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Contohnya, Audit MQA membuat teguran ke atas program yang dijalankan, teguran tersebut diterima oleh tuan pengarah. Penambahbaikan dijalankan bagi memenuhi kehendak pihak terbabit.

Rumusan

Tuan pengarah mengamalkan kepimpinan transformatif dan gaya kepimpinan autokratik, demokrasi, dan Laissez Faire dengan membina hubungan baik mengikut keadaan seperti contoh yang diberikan dapat membina hubungan baik dan meningkatkan produktiviti sepertimana saranan Sart (2014). Gaya kepimpinan tuan pengarah menyokong dapatan kajian yang dijalankan oleh yang menyatakan pemimpin perempuan lebih mengamalkan kepimpinan transformatif.

Budaya kerja yang dijalankan oleh tuan pengarah banyak membantu beliau melaksanakan tugas dengan licin dan berkesan. Secara tidak langsung tuan pengarah mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau untuk melahirkan guru berjiwa pendidik yang menjadi visi IPG.

Secara keseluruhannya, gaya kepimpinan tuan pengarah merangkumi ketiga-tiga gaya iaitu autokratik, demokrasi, dan Laissez Faire berdasarkan situasi dan siapa yang berurusan dengan beliau. Selain itu, pendekatan kepimpinan transformatif diperkenalkan untuk membangunkan organisasi bagi mencapai matlamat IPGKG. Penerapan secara berterusan pendekatan ini dapat membantu tuan pengarah meningkatkan prestasi kerja pengikut beliau kerana mereka saling faham tentang visi dan misi organisasi.Lampiran 1

PRINT DAN BUANG LAMPIRAN 1 DAN 2 NI DAN GANTI DENGAN CARTA ORGANISASI YANG DISERTAKAN.

Lampiran 2Rujukan

Chemobo, D., & Musiega, D. (2014). The effect of transformational leadership styles on teacher academic mean score in public secondary schools in Kakamega Central Sub County. International Journal for Management Science and Technology, 2(8), 114.Covey, S. (2007). The Transformational Leadership Report. Transformational Leadership Journal.

Goodnight, R. (2004). Laissez-Faire Leadership. Encyclopedia of Leadership, 16(1988), 820823.

Liontos, L. B. (1992). Transformational Leadership. ERIC Digest, (72), 17.

Odumeru, J. a., & Ifeanyi, G. O. (2013). Transformational vs. Transactional Leadership Theories: Evidence in Literature. Internationational Review of Management and Business Research, 2(2), 355361.

Rajbhandari, M. M. S. (2014). Leadership readiness for flexibility and mobility: The 4 th Dimensions on Situational Leadership styles in educational settings Department of Educational Leadership and Management . ( DELM ) Faculty of Education University of Johannesburg . Leadership Re. University of Johannesburg.

Sahin, S. (2011). The Relationship between Instructional Leadership Style and School Culture (Izmir Case). Educational Sciences: Theory and Practice, 11(4), 19201927. Retrieved from http://ezproxy.umsl.edu/login?url=http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=eric&AN=EJ962681&site=ehost-live&scope=site

Sart, G. (2014). The New Leadership Model of University Management for Innovation and Entrepreneurship. Eurasian Journal of Educational Research, (57), 7390. Retrieved from http://dx.doi.org/10.14689/ejer.2014.57.6

Val, C., & Kemp, J. (2004). Leadership Styles. Pathways, 2831.

5