latihan ansur maju lompat tinggi

6
LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI Aktiviti Mendorong 1. Aktiviti Mendorong a) Berjalan dengan lutut tinggi, b) Berlari dengan lutut tinggi, c) Berlari dalam bulatan, d) Berlari mengikut laluan angka lapan, e) Melonjak, f) Melonjak untuk menyentuh bola yang digantung. 2. Latihan Lompatan a) Memulakan lompatan dengan gaya gunting, b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L” kaki selari dengan palang, c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L” serta kaki bersudut 45 darjah. d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah dengan kaki menghala ke palang. e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian dan mendarat. f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat. g) Ulang (f) dengan papan anjal. h) Menentukan titik semak. i) Membuat lompatan dengan mengambil 7 hingga 9 langkah.

Upload: lowchen-ochen

Post on 20-Dec-2015

546 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

kemahiran dalam lompat tinggi pjm

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI

Aktiviti Mendorong

1. Aktiviti Mendorong

a) Berjalan dengan lutut tinggi,

b) Berlari dengan lutut tinggi,

c) Berlari dalam bulatan,

d) Berlari mengikut laluan angka lapan,

e) Melonjak,

f) Melonjak untuk menyentuh bola yang digantung.

2. Latihan Lompatan

a) Memulakan lompatan dengan gaya gunting,

b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L” kaki selari dengan

palang,

c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L” serta kaki bersudut

45 darjah.

d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah dengan kaki

menghala ke palang.

e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian

dan mendarat.

f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu

tingkat.

g) Ulang (f) dengan papan anjal.

h) Menentukan titik semak.

i) Membuat lompatan dengan mengambil 7 hingga 9 langkah.

Page 2: Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi

Menentukan Titik Semak

Latihan Ansur Maju Gaya Straddle

Langkah 1 :

Menentukan kaki lonjakan. Kaki yang dirasakan adalah kaki terkuat, slesa

dan mudah melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan menjadi pilihan

sebagai kaki lonjakan.

Langkah 2 :

Membuat beberapa barisan menghadap suatu tanda yang telah disediakan di

atas tanah, kemudian lakukan larian dan terus melompat menggunakan kaki yang

telah dipilih untuk melakukan lonjakan.

Langkah 3 :

Page 3: Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi

Mengasingkan pelajar mengikut kaki lompatan yang digunakan iaitu

mengasingkan pelajar yang melonjak menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.

Kedudukan pelajar yang melonjak dengan kaki kanan berada di sebelah kanan

menghadap palang, manakala yang melonjak dengan kaki kiri berada di sebelah kiri

menghadap palang.

Langkah 4 :

Untuk permulaan gunakan tali getah sebagai menggantikan palang untuk

memberikan keyakinan dalam diri pelajar. Ikatkan tanda sepeerti kain putih pada

tengah-tengah getah tali getah, ini bertujuan sebagai penanda pengamatan tahap

lompatan.

Langkah 5 :

Arahan diberikan agar pelajar bergerak ke arah hadapan. Seterusnya diikuti

dengan arahan menghayunkan kaki setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh

penanda yang telah diikat pada tali getah.. ketinggian tali getah dimulakan dari paras

pinggang sehingga paras bahu.

Langkah 6 :

Pada tahap ini, penerangan teknik yang sesuai untuk melakukan aktiviti bagi

gaya ini adalah seperti berikut :

a) Kedududkan badan hendakalah disandarkan ke belakang.

b) Kaki yang digunakan untuk untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke

hadapan.

c) Kedua-dua belah tangan degerakka ke belakang badan.

d) Pada masa sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan dengan

kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayun ke atas.

Setelah penerangan tentang lonjakan menegak ke atas dicapai ddan penekanan

perlu ditegakan kkepada lonjakan atas.

Langkah 7 :

Page 4: Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi

Mempraktikan langkah 1 hingga langkah 6 ditali getah sebagai makluman

bahawa gaya yang dipelajari adalah gaya straddle.

Langkah 8 :

Mempekenalkan aksi peringkat putaran. Dilakukan dengan berpasangan.

melakukan satu demonstrasiputaran diperkenalkan dan dilakukan. Secara

berpasangan seorang akan menjadi pelompat dan seorang pembantu. Pelompat

akan menendang sebelah kaki ke atas, pembantu pula akan memegang

pergelanagan kaki sebela. Kaki tersebuta diputarkan ke arah sisi. Perkara yang

ditekankan dan ditegaskan ialah badan hendakalah diangkut ke bawah, kepala

direndahkan dan tangan diturunka.

Langkah 9 :

Sediakan bangku panjang daan letakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di

atas bangku. Hayunkan kaki secara bebas ke atas dan jatuhan adalah diatas tulang

belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan, seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa

langkah.

Langkah 10 :

Setelah teknik ini dikuasai, perkenalkan teknik larian landas. Ianya

menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

Latihan Ansur Maju Gaya Fosbury Flop

Langkah 1 :

Berlari anak atau pantas beberapa langkah kehadapan kemudian melengkok

beberapa langkah ke kiri jika melonjak dengan kaki kiri tetapi jika dengan kaki kanan

harus melengkok kea rah kanan. Latihan ini bertujuan melatih pelajar agar boleh

lurus dan melengkok.

Page 5: Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi

Langkah 2 :

Apabila pelajar melangkah tandaan di bahagain melenkung pelajar harus

melonjak dengan serta merta ke atas, dngan kudua-dua belah tangan dihayun ke

atas dengan siku dibengkokkan dan badan di pusingkan di udara dengan lutut kaki

bebas menyilang badan. Pelajar akan mendarat di atas kaki lonjak sambil

manghadap tempat permulaan.

Langkah 3 :

Seterusnya pelajar akan melonjak ke atas dan melentikkan badan. Sebelah

tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palag yang tergatung.

Langkah 4 :

Pelajar berdiri membelakangkan tali getah atau palang, kemudian melonjak

dengan kedua-dua belah kaii ke belakang sambil melentikkan badan melepasi tali

getah. Pelajar mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan. Tujuan latihan

ini adalah untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

Langkah 5 :

Mengambil 5 hingga 7 langkah dari kawasan palang, kemudian berlari dan

terus melompat dengan gaya fosbury flop. Latihan ini merupakan latihan berlari

pantas dan menentukan tempat yang sesuai untuk melonjak.