lompat kijang

15
LOMPAT KIJANG

Upload: aina-miswan

Post on 01-Feb-2016

537 views

Category:

Documents


64 download

DESCRIPTION

olahraga

TRANSCRIPT

Page 1: Lompat kijang

LOMPAT KIJANG

Page 2: Lompat kijang

SEJARAH LOMPAT KIJANG

Bermula pada abad ke 19 di Ireland. Acara lompat kijang adalah gabungan antara

lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang.

Versi awal dipertandingkan di Sukan Olimpik Moden pada tahun 1866 di Athens, Greek.

Pemenang pertama acara ini ialah James Connoly dari Greek.

Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step dan jump dan kemudian ditukar namanya kepada triple jump.

Page 3: Lompat kijang

TEKNIK LOMPATAN Pada mulanya, melakukan dua kali lonjakan

(hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan.

acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an, dan terus kekal sehingga ke hari ini.

Page 4: Lompat kijang

FASA LOMPAT KIJANG

Fasa Lari Landas atau penujuan Fasa lonjakan (hop) Fasa Ketingting Fasa Melangkah (step) Fasa melompat (jump) Fasa Pendaratan

Page 5: Lompat kijang

FASA LARI LANDAS ATAU PENUJUAN Fasa ini bertujuan untuk menjana kelajuan larian supaya

pelompat dapat menghasilkan lonjakan yang berkesan. Kepantasan berlari yang optimum oleh pelompat

merupakan faktor yang penting dalam peringkat ini Jarak larian landas biasanya adalah di antara 35-42m. memerlukan kelajuan yang konsisten dan Kelajuan

ditambah secara progresif dan kekerapan langkah bertambah mulai 6 langkah terakhir

Kedudukan badan agak tinggi dan tegak.Kecondongan badan adalah paling minimum ,khususnya pada langkah-langkah terakhir.

Pelompat hendaklah mencapai kelajuan maksimum yang agak terkawal, pelompat tidak seharusnya mengurangkan kelajuan dengan tujuan membuat persediaan untuk melonjak.

Pelompat hendaklah berlari terus dengan menggunakan papan itu sebagai titik loncatan.

Page 6: Lompat kijang

FASA LONJAKAN pelompat melakukan 3 kali lonjakan untuk

menyempurnakan lompatan kijang. Lonjakan pertama lonjakan dari papan lonjak

untuk melakukan ketinting. lonjakan kedua dengan kaki yang sama dan

melangkah dengan kaki yang bebas Lonjakan ketiga pula terus dilakukan di kaki

itu sebaik saja tamat langkahnya untuk menyempurnakan fasa lompatan dan pendaratan

Lonjakan ketiga ini lebih tinggi daripada lonjakan pertama dan kedua.

Page 7: Lompat kijang

FASA KETINGTING Kaki yang terkuat perlu digunakan dalam fasa ini. Semasa menghampiri papan lonjakan,pelompat harus

menggunakan kelajuan yang diperolehi untuk membuat ketingting yang jauh

Pendaratan kaki lonjak pada papan diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki

Lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu dan diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke hadapan.

Kaki kiri digerakkan ke hadapan dan lutut bengkok sementara kaki kanan pula dijatuhkan ke belakang untuk mengimbang gerakan kaki ke hadapan.

kedudukan kaki kiri adalah di depan badan,peha selari dengan bumi,dan bahagian bawah kaki dalam keadaan senang.

Sebelum mendarat,kedua-dua tangan di hayun ke belakang badan.

Semasa memijak tanah, kaki dibengkokkan pada lutut untuk persediaan melangkah.

Pelompat membuat lompatan ketinting yang rendah untuk membolehkannya mendarat secara aktif (active landing)supaya memudahkan tindakan yang seterusnya.

Page 8: Lompat kijang

FASA MELANGKAH pelompat akan melangkah dengan

memanjangkan kaki yang bebas ke hadapan dan meninggikan lututnya

kedua-dua tangan dihayun kuat ke belakang untuk menggerakan badan ke atas dan ke hadapan.

Kaki kanan di hadapan dihayun ke belakang dan kaki kiri di gerak ke hadapan supaya berada di bawah kaki.

Kedudukan kaki terbuka di kekalkan seketika.Sebelum mendarat kaki kanan dibawa ke depan dan menyentuh bumi.Ketika ia memijak bumi,ia dibengkokkan di pergelangan kaki dan lutut.

Page 9: Lompat kijang

FASA MELOMPAT

pelompat terus melakukan aksi lompat jauh iaitu kaki lonjak menolak dengan kuat dan disertai oleh ayunan tangan,dan mendarat dalam kawasan pendaratan

fasa ini, ,pelompat hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan pergerakannya

Tindakan tangan yang beroordoninasi boleh membantu kawalan imbangan badan peserta.

Page 10: Lompat kijang

FASA PENDARATAN

Sebelum mendarat,pelompat akan melojurkan keedua-dua kaki ke hadapan sambil menghayunkan kedua-dua tangan ke hadapan untuk membantu layangannya.

Pelompat mendarat dengan bahagian tumit kedua-dua kakinya mencecah kawasan pendaratan terlebih dahulu dan seterusnya badan digerakkan ke hadapan atau ke tepi.

Page 12: Lompat kijang

PERATURAN Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan bermula.

Kedudukan pencapaian peserta ditentukan menerusi lompatan yang paling jauh daripada sejumlah lompatan yang dilakukannya.

Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta diberikan tiga lompatan dan peserta yang mempunyai lompatan terbaik dipilih ke pusingan akhir.

Sekiranya jumlah peserta kurang daripada lapan orang,mereka diberikan enam lompatan setiap seorang.Peserta yang membuat lompatan paling jauh tanpa batal dikira pemenang.

Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas menggunakan kaki yang sama dengan kaki yang mendarat untuk lonjakan kedua.Pada lompatan selepas lonjakan kedua,peserta hendaklah menggunakan kaki yang sebelah lagi untuk mendarat dan melonjak untuk lompatan sebenar.Jika peserta tidak mematuhi aturan ini lompatan dikira batal.

Page 13: Lompat kijang

Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan di lorong larian dan lompatan.Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihi papan pelepas ,lompatan dikira batal.

Ketika pertandingan berlangsung,peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat kijang untuk membuat lompatan percubaan atau latihan

Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau paling dekat dengan papan melonjak ,tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta.

Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak.

Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong yang telah disediakan.

Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyrat diberikan oleh pegawai pertandingan.

Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan peserta adalah dilarang ,kecuali kasut atau spikes

Page 14: Lompat kijang

KESALAHAN PESERTA Kaki peserta tersentuh tanah melebihi papan

melonjak. Memijak dan menyentuh kawasan di luar pelepas. Peserta membuat ketiga-tiga lonjakan menggunakan

kaki yang sama. Peserta membuat dua lonjakan pertama dengan kaki

yang berlainan. Peserta menggunakan alat bantuan atau sokongan

semasa membuat lompatan. Peserta mengambil masa terlalu lama melebihi masa

yang dibenarkan untuk membuat lompatan. Peserta terus berlari di sepanjang lorong larian hingga

ke kawasan pendaratan tanpa melakukan lompatan.

Page 15: Lompat kijang

PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SUKAN LOMPAT KIJANG

LORONG LARIAN PAPAN LONJAKAN KAWASAN PENDARATAN

PITA PENGUKUR

BENDERA ISYARAT