latihan ansur maju dalam acara lompat jauh

8
2.0 LATIHAN ANSUR MAJU DALAM ACARA LOMPAT JAUH Acara padang terbahagi kepada tiga acara lompatan iaitu lompat tinggi, kijang dan lompat jauh. Sebelum memulakan latihan lompat jauh yang sebenar, setiap peserta digalakkan mencuba beberapa aktiviti atau latihan ansur maju yang telah ditetapkan. Latihan ansur maju ini amatlah penting untuk peserta yang baru mula untuk menjiwai acara padang ini. Di dalam latihan ansur maju ini terbahagi kepada empat jenis latihan. Keempat-empat jenis latihan ini dipecahkan mengikut fasa-fasa yang terdapat di dalam acara lompat jauh. Bagi latihan untuk fasa yang pertama ialah fasa larian kandas atau fasa penujuan. Di dalam lompat jauh fasa ini memainkan peranan yang penting kerana jika langkah yang tidak sekata di dalam larian kandas atau penujuan ini akan mempengaruhi lompatan. Jadi di sini ada dinyatakan mengenai latihan ansur maju untuk fasa penujuan ini iaitu pertama berjalan secara perlahan membuka langkah mengikut kemampuan dan mengekalkan langkah tersebut sehingga lima puluh meter. Latihan ini diulang sebanyak empat kali bagi membentuk langkah yang sekata. Kemudian latihan ini diteruskan lagi dengan berlari sambil melangkah sepanjang lima puluh meter. Larian beserta langkah ini dikekalkan dan diulang sebanyak empat kali untuk membentuk langkah yang sama dan sekata di dalam fasa larian kandas ini. Selain itu, peserta juga boleh menggunakan latihan ansur maju yang lain dengan berlari anak dan melangkah ke kawasan mendarat. Ini dibuat secara berulang-ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Latihan ini adalah untuk memberi tumpuan

Upload: akhtar-othman

Post on 14-Nov-2015

141 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

waj olahragaacara lompat jauhlatihan ansur maju

TRANSCRIPT

2.0 LATIHAN ANSUR MAJU DALAM ACARA LOMPAT JAUHAcara padang terbahagi kepada tiga acara lompatan iaitu lompat tinggi, kijang dan lompat jauh. Sebelum memulakan latihan lompat jauh yang sebenar, setiap peserta digalakkan mencuba beberapa aktiviti atau latihan ansur maju yang telah ditetapkan. Latihan ansur maju ini amatlah penting untuk peserta yang baru mula untuk menjiwai acara padang ini. Di dalam latihan ansur maju ini terbahagi kepada empat jenis latihan. Keempat-empat jenis latihan ini dipecahkan mengikut fasa-fasa yang terdapat di dalam acara lompat jauh.Bagi latihan untuk fasa yang pertama ialah fasa larian kandas atau fasa penujuan. Di dalam lompat jauh fasa ini memainkan peranan yang penting kerana jika langkah yang tidak sekata di dalam larian kandas atau penujuan ini akan mempengaruhi lompatan. Jadi di sini ada dinyatakan mengenai latihan ansur maju untuk fasa penujuan ini iaitu pertama berjalan secara perlahan membuka langkah mengikut kemampuan dan mengekalkan langkah tersebut sehingga lima puluh meter. Latihan ini diulang sebanyak empat kali bagi membentuk langkah yang sekata. Kemudian latihan ini diteruskan lagi dengan berlari sambil melangkah sepanjang lima puluh meter. Larian beserta langkah ini dikekalkan dan diulang sebanyak empat kali untuk membentuk langkah yang sama dan sekata di dalam fasa larian kandas ini.Selain itu, peserta juga boleh menggunakan latihan ansur maju yang lain dengan berlari anak dan melangkah ke kawasan mendarat. Ini dibuat secara berulang-ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Latihan ini adalah untuk memberi tumpuan kepada pelajar untuk melakukan larian dengan langkah yang sama. Contoh bagi latihan ini disertakan dengan gambar sekali di bawah.

Latihan 1Fasa kedua adalah fasa lonjakan, latihan ansur maju untuk fasa ini amatlah penting kerana jika peserta tersalah menggunakan kaki untuk melonjak, peserta mungkin akan mengalami kecederaan selepas membuat lonjakan. Latihan ansur maju untuk fasa yang kedua ini ialah dengan melompat untuk menentukan kaki dominan atau kaki yang paling kuat untuk membuat lonjakan. Latihan ansur maju ini mestilah dilakukan kerana peserta perlu melonjak di atas papan menggunakan kaki dominan. Contoh latihan yang sesuai untuk ansur maju bagi lonjakan ini adalah latihan lompat ketingting antara dua tempat dan melepasi halangan.Ansur maju sebegini amatlah penting bagi peserta yang mengambil acara ini. Berlari dari check mark atau tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas. Latihan ini akan dapat membantu atlet merasai keadaan yang sebenar semasa melonjak ke atas. Mereka hendaklah mencuba untuk membuat lompatan setinggi mungkin semasa latihan. Gambar rajah boleh dirujuk di bawah sebagai gambaran terhadap perlakuan yang diceritakan.

Latihan 2

Gunakan tali sebagai halangan. Berlari dan melonjak. Semasa berada di udara, kaki bebas di buka luas ke hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas ( kaki di sebelah hadapan ) mencecah tanah dahulu. Latihan yang dilakukan ini adalah untuk fasa ketiga iaitu fasa layangan. Latihan ini untuk memastikan atlet melonjak dengan tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di fasa layangan.

Latihan 3

Latihan 4

Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas supaya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke hadapan. Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan atlet dengan cara mendarat yang betul.

Latihan 5

Selain itu, terdapat juga aktiviti atau latihan yang lain difikirkan sebagai latihan untuk lompat jauh. Antara cadangan aktiviti yang sesuai bagi acara lompat jauh adalah seperti berlari sejauh 20 hingga 30 meter, lompat jauh dirian, melompat melepasi halangan, dan lompat ketingting.

2.1 LATIHAN ANSUR MAJU YANG DIPILIH

1. LARI LANDASAnsur maju ini dilakukan bersama pasangan. Apabil atlet A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan, atlet B perlu berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak. Sekiranya atlet A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di tempat permulaan. Jika kaki lonjakan atlet A menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah. Jika kaki atlet A menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah ke hadapan. Ulang sebanyak 3 kali di tempat permulaan yang baru.

2. LONJAKANAnsur Maju 1 Peserta melonjak dari papan lonjakan. Peserta berdiri di atas papan lonjak. Lutut dibengkokkan dan badan dibongkokkan rendah. Kedua dua belah tangan diayun. Perlakuan ini adalah untuk mendapatkan daya lonjakan. Peserta melonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan tumit.

Ansur Maju 2 Peserta melonjak dari hujung bangku. Peserta bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku dan melonjak dengan kuat. Lutut kaki bebas diayun seberapa tinggi yang boleh. Kedua dua belah tangan juga diayun ke hadapan dan mendarat dengan tumit.

3. LAYANG DAN MENDARATAnsur Maju 1Atlet berlari, melonjak melepasi kayu atau tali.Atlet hendaklah berlari merentasi seutas tali yang direntangkan di atas pasir berjarak 1 - 1.5 meter dari papan lonjakan. Atlet hendaklah lari sejauh lima hingga enam langkah dan melonjak melintasi tali atau kayu yang direntangkan dan mendarat.

Ansur Maju 2Atlet berlari dan melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.Atlet berlari lima hingga enam langkah dari kawasan lonjakan dan atlet perlu melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir. Tumit digunakan ketika fasa mendarat.

Ansur Maju 3Atlet berlari dan melonjak dengan kaki lonjakan melepasi kayu.Atlet berlari dan melonjak menggunakan kaki lonjakan melepasi kayu yang diletakkan di atas kon (kecil dan besar). Atlet juga perlu berlari sejauh lima hingga enam langkah sebelum melonjak melintasi kayu dan mendarat menggunakan tumit.