latih tubi

9
1. Rajah 1 menunjukkan seorang budak lelaki yang menghidap penyakit kekurangan zat makanan. Rajah 1 Apakah jenis makanan yang kurang dalam dietnya? A. Vitamin B. Serat C. Protein D. Lemak 2. Jadual 2 menunjukkan nilai kalori bagi empat jenis makanan. Makanan Nilai kalori (kJg - 1 ) Nasi 12.7 Ayam 7.7 Telur 6.0 timun 0.55 Jadual 2 Seorang pelajar makan 250 g nasi, 200 g ayam, 50 g telur dan 100 g timun semasa makan tengah hari. Apakah jumlah tenaga yang diambilnya? A. 4170 kJ B. 4855 kJ C. 5055 kJ D. 5070 kJ TING 5, BAB 2 : NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN Page 1

Upload: su

Post on 07-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sains teras

TRANSCRIPT

Page 1: latih tubi

1. Rajah 1 menunjukkan seorang budak lelaki yang menghidap penyakit kekurangan zat makanan.

Rajah 1Apakah jenis makanan yang kurang dalam dietnya?

A. VitaminB. Serat C. Protein D. Lemak

2. Jadual 2 menunjukkan nilai kalori bagi empat jenis makanan.

Makanan Nilai kalori (kJg-1)Nasi 12.7

Ayam 7.7Telur 6.0timun 0.55

Jadual 2

Seorang pelajar makan 250 g nasi, 200 g ayam, 50 g telur dan 100 g timun semasa makan tengah hari. Apakah jumlah tenaga yang diambilnya?

A. 4170 kJB. 4855 kJC. 5055 kJ D. 5070 kJ

TING 5, BAB 2 : NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN Page 1

Page 2: latih tubi

3. Rajah 3 menunjukkan kitar nitrogen.

Rajah 3

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan bakteria penitritan?A. PB. QC. RD. S

4. Antara kelas makanan berikut, yang manakah paling diperlukan oleh orang-orang yang tinggal di kawasan beriklim sejuk?

A. Serat.B. Lemak.C. Protein.D. Vitamin.

5. Jadual 5 menunjukkan nilai kalori bagi tiga jenis makanan.

Makanan Nilai kalori (kJ/ 100g)Mi goreng 870

Telur 610Susu 270

Jadual 5Seorang pelajar memakan 100g mi goreng, 50 g telur dan meminum 150 g susu untuk sarapannya. Berapakah jumlah kalori yang diambil oleh pelajar tersebut?A. 1580 kJ.B. 1885 kJ.C. 2360 kJ.D. 2495 kJ.

TING 5, BAB 2 : NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN Page 2

Page 3: latih tubi

6. Rajah 6 menunjukkan keadaan arteri yang disebabkan oleh pengambilan makanan X yang berlebihan.

Rajah 6

Antara yang berikut, yang manakah contoh makanan X?

A. Kekacang.B. Ikan.C. Daging.D. Roti dan bijirin.

7. Antara nutrien berikut, yang manakah diperlukan dalam jumlah yang sedikit oleh tumbuh-tumbuhan ?

A. Ferum.B. Kalium. C. Natrium.D. Fosforus.

8. Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri masalah kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan.

Sengaja mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit.

Suatu penyakit psikologi

Sangat kurus dan selalu terjadi di kalangan remaja perempuan.

A. Skurvi. B. Obesiti.C. Kwarsyiorkor. D. Anoreksia nervosa.

TING 5, BAB 2 : NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN Page 3

Page 4: latih tubi

9.

Antara persamaan berikut yang manakah menunjukkan proses tersebut?

A. Sebatian ammonium nitrit dalam tanahB. Gas nitrogen nitrat dalam tanahC. Nitrit dalam tanah nitrat dalam tanahD. Nitrat dalam tanah gas nitrogen

10. Nutrien manakah yang penting dalam pembentukan enzim tumbuhan?

A. Oksigen.B. Nitrogen. C. Kalium.D. Fosforus.

11. Rajah 11 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji nutrien yang diperlukan bagi pertumbuhan anak benih.

Rajah 11

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan pertumbuhan alga yang akan mempengaruhi keputusan eksperimen?

A. Menyimpan tabung didih di dalam peti sejuk beku.B. Menambah satu lapisan minyak ke dalam tabung didih.C. Membalut tabung didih dengan kertas hitam.D. Menggantikan kapas dengan penyumbat getah.

TING 5, BAB 2 : NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN Page 4

Bakteria yang hidup dalam bintil akar tumbuhan kekacang bertanggungjawab untuk satu proses dalam kitar nitrogen.

Page 5: latih tubi

12. Seorang individu menghidap penyakit beri-beri. Masalah kesihatan ini berpunca daripada kekurangan nutrien N dalam gizi hariannya. Apakah nutrien N?

A. Besi.B. Protein.C. Vitamin B.D. Vitamin D.

13. Maklumat berikut menunjukkan beberapa gejala yang diperhatikan pada tanaman.

Tompok kuning pada daun. Tisu mati pada hujung daun dan tepi daun.

Makronutrien manakah yang kekurangan?

A. Sulfur. B. Kalium.C. Magnesium. D. Fosforus.

14. Jadual 14 menunjukkan nilai kalori bagi beberapa jenis makanan.

Jenis Makanan Nilai kalori (kJ/ g)Roti 12.5

Mentega kacang 24.6Pisang 4.2Susu 13.6

Jadual 14Tajul telah memakan 250g roti, 30 g mentega kacang, 150 g pisang dan meminum 300 g susu untuk sarapannya. Berapakah jumlah kalori bagi sarapannya?

A. 7552 kJB. 7738 kJC. 7948 kJD. 8573 kJ

TING 5, BAB 2 : NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN Page 5

Page 6: latih tubi

15. Rajah 15 menunjukkan nodul akar bagi suatu tumbuhan kekacang.

Rajah 15Bakteria dalam nodul akar mengikat gas nitrogen dalam atmosfera kepada R. apakah R?

A. Ammonia.B. Ion nitrat.C. Nitrogen oksida.D. Nitrogen dioksida.

16. Antara yang berikut, yang manakah dianggap sebagai suatu gizi yang seimbang?

A. Nasi, ikan, bayam dan epal.B. Roti, betik, daging dan ayam.C. Nasi, roti, lobak merah dan tembikai.D. Ubi kentang, kacang panjang, lobak merah dan betik.

17. Rajah 17 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kekurangan nutrien kalium dalam pertumbuhan anak benih.

Rajah 17

Apakah yang akan berlaku kepada anak benih selepas seminggu?

A. Anak benih menunjukkan pertumbuhan yang sihat dan normal.B. Anak benih menunjukkan pertumbuhan yang terbantut dan klorosis.

TING 5, BAB 2 : NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN Page 6

Page 7: latih tubi

C. Anak benih menunjukkan pertumbuhan yang terbantut terutamanya pada akar.D. Anak benih menunjukkan pertumbuhan yang terbantut, kematian pra-matang dan

daun bertukar menjadi kekuningan dan perang.

18. Jadual 18 menunjukkan nilai kalori bagi tiga kelas makanan.

Kelas Makanan Nilai kalori (kJ/ g)Karbohidrat 16.7

Protein 16.7Lemak 37.6

Antara makanan berikut, yang manakah mengandungi jumlah nilai kalori sebanyak 334.1 kJ?

Makanan Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g)A. P 3 4 6B. Q 4 5 5C. R 5 6 4D. S 6 7 3

19. Rajah 19 menunjukkan satu kelas makanan yang harus dimasukkan dalam gizi harian kita.

Rajah 19

Apakah fungsi kelas makanan yang ditunjukkan dalam rajah di atas?

A. Menghalang sembelit.B. Menggalakkan pertumbuhan tulang.C. Membantu mencegah pereputan gigi.D. Mengawal atur suhu badan.

20. Nutrien yang manakah diperlukan oleh tumbuhan untuk membina klorofil dan protein?

A. Kuprum.B. Besi.C. Fosforus.D. Nitrogen.

TING 5, BAB 2 : NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN Page 7