laporan refleksi

3
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 Kolej Ibu Zain (KIZ) SEMESTER 2 SESI 2013/2014 HHHC9801 Kemahiran Kreatif dan Inovatif Pensyarah :PROF.MADYA SR.DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI Pelajar: HEW HUEI MIN A146827 FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

Upload: xic-min

Post on 28-Jul-2015

96 views

Category:

Data & Analytics


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan refleksi

Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 Kolej Ibu Zain (KIZ)

SEMESTER 2 SESI 2013/2014

HHHC9801

Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Pensyarah:PROF.MADYA SR.DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI

Pelajar: HEW HUEI MIN A146827

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

Page 2: Laporan refleksi

Laporan Refleksi:

Secara kesimpulan,melalui aktiviti Malam Anugerah Tahunan Kolej ke-18, saya

mendapati bahawa diri saya telah berjaya mempelajari kemahiran Kreatif dan innovatif. Ini

kerana saya baru mengetahui menjadi seorang ajk cenderamata bukan satu kerja yang mudah,

malah kami perlu sentiasa mengeluarkan idea idea yang kreatif dalam melaksanakan tugas

cenderamata di program ini.

Pada awalnya, apabila saya dipilih sebagai AJK cenderamata , saya mendapati

jawatan tersebut adalah amat memerlukan kemahiran kreatif dan inovatif. Hal ini demikian,

peranan ajk cenderamata meliputi tugas seperti mereka bentuk sijil , mencari cenderamata

yang murah dan menarik untuk perasmi, rakan kerjasama serta hadiah cabutan bertuah. Pada

mulanya, saya tidak mempunyai idea untuk mereka bentuk sijil yang bersesuaian dengan

tema MATK iaitu “Garden”. Saya perlu memasukkan latar belakang yang bersesuaian pada

sijil supaya kelihatan cantik dan kemas. Ini amat memerlukan kreatif saya untuk mereka

bentuk sijil tersebut. Melalui pencarian di laman web, saya berjaya mencari gambar yang

sesuai sebagai latar belakang sijil tersebut.

Selain itu, kami juga perlu mencantikkan dulang yang akan digunakan pada malam

MATK. Kemahiran Inovatif amat diperlukan untuk menghiaskan dulang dengan color ribbon

yang terhad. Seperti gambar yang ditunjukkan saya bersama ajk cendermata melipat ribbon

dan melekatkannya pada setiap sisi dulang dan akhirnya kami berjaya mencantikkan dulang

tersebut dengan daya kreativiti dan inovatif.Di samping itu, kami juga telah mengembangkan

daya kreatif dan inovatif dalam membuat “crown queen & princess”.Hal ini demikian

sekiranya kami membeli “crown” di pasaran adalah amat mahal dan tidak berbaloi. Oleh itu,

exco cenderamata telah memberi cadangan kepada kami supaya membuat “crown” tersebut

dengan kami sendiri. Seperti gambar yang saya telah tunjukkan merupakan hasilan kami

dalam mereka bentuk “crown” .

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa melalui program MATK, saya telah

berjaya menerapkan kemahiran kreatif dan inovatif semasa menjalankan tugas sebagai

seorang cenderamata. Walaupun modal yang diperuntukkan untuk bahagian cenderamata

agak kecil tapi dengan daya kreatif dan inovatif, kami masih berjaya menyiapkan semua

tugas cenderamata .Saya berasa amat untung kerana dapat mempelajari sesuatu kemahiran

yang baru.Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada semua AJK MATK , tanpa kerjasama

semua, program kami pasti tidak dapat dijalankan sedemikian dengan lancar.