laporan projek

3
LAPORAN PROJEK/AKTIVITI YANG DIJALANKAN PROJEK/AKTIVITI : MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN SEKOLAH DAN ENGLISH DAY TARIKH : 07 JULAI 2014 (ISNIN) & 10 JULAI 2014 Pada hari Isnin bersamaan 07 Julai 2014, para pelajar PISMP semester 8 mendaftarkan diri di sekolah masing-masing untuk menjalani Intership selama satu bulan. Internship ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada kepada guru baharu untuk memulakan tugas apabila di sekolah nanti. Saya dan tiga orang rakan yang lain telah mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu Seri Petaling (2), Kuala Lumpur. Seperti biasa, pada hari Isnin akan diadakan perhimpunan mingguan. Saya telah ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis untuk perhimpunan tersebut. Pada mulanya saya menolak kerana saya berasa kurang yakin untuk mengendalikan perhimpunan tersebut kerana hari tersebut merupakan hari pertama saya kembali ke sekolah setelah hampir dua bulan saya meninggalkan sekolah. Namun, atas nasihat, sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan dan guru yang lain, akhirnya saya mengendalikan masjlis perhimpunan sekolah tersebut. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah dan juga lagu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seterusnya, diikuti pula oleh bacaan doa yang diketuai oleh pengawas yang bertugas. Pengawas bertugas juga mengetuai bacaan ikrar dan

Upload: nurainzati

Post on 19-Jul-2016

43 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROJEK

LAPORAN PROJEK/AKTIVITI YANG DIJALANKAN

PROJEK/AKTIVITI : MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN SEKOLAH DAN ENGLISH DAY

TARIKH : 07 JULAI 2014 (ISNIN) & 10 JULAI 2014

Pada hari Isnin bersamaan 07 Julai 2014, para pelajar PISMP semester 8

mendaftarkan diri di sekolah masing-masing untuk menjalani Intership selama satu

bulan. Internship ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada kepada guru

baharu untuk memulakan tugas apabila di sekolah nanti.

Saya dan tiga orang rakan yang lain telah mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan

Bandar Baharu Seri Petaling (2), Kuala Lumpur. Seperti biasa, pada hari Isnin akan

diadakan perhimpunan mingguan. Saya telah ditugaskan untuk menjadi pengacara

majlis untuk perhimpunan tersebut. Pada mulanya saya menolak kerana saya berasa

kurang yakin untuk mengendalikan perhimpunan tersebut kerana hari tersebut

merupakan hari pertama saya kembali ke sekolah setelah hampir dua bulan saya

meninggalkan sekolah. Namun, atas nasihat, sokongan dan dorongan daripada

rakan-rakan dan guru yang lain, akhirnya saya mengendalikan masjlis perhimpunan

sekolah tersebut.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah dan juga lagu

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seterusnya, diikuti pula oleh bacaan doa yang

diketuai oleh pengawas yang bertugas. Pengawas bertugas juga mengetuai bacaan

ikrar dan visi serta misi sekolah. Seterusnya, guru yang bertugas memberikan

laporan yang berlaku sepanjang minggu sebelumnya.

Penyampaian hadiah untuk kebersihan dan kecerian disempurnakan oleh Guru

Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu Seri Petaling (2). Memandangkan

sekolah tersebut baharu sahaja menerima kehadiran Penolong Kanan Pentadbiran

yang baharu, maka beliau diminta menyampaikan sedikit ucapan. Seterusnya guru

besar pula menyampaikan ucapan kepada murid-murid.

Page 2: LAPORAN PROJEK

Bagi slot anti dadah, murid yang bertugas diamanahkan untuk memberitahu umum

tentang penyalahgunaan dadah. Beberapa soalan dikemukakan dan murid dapat

menjawab soalan-soalan tersebut.

Page 3: LAPORAN PROJEK

REFLEKSI PROJEK/AKTIVITI YANG DIJALANKAN

PROJEK/AKTIVITI : MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN SEKOLAH DAN ENGLISH DAY

TARIKH : 07 JULAI 2014 (ISNIN) & 10 JULAI 2014